18 May 2026

menulis (dan tidak menulis)

 Assalamualaikum wbt dan apa khabar guys!

 

 Lama sudah tidak bersiaran di sini, taknak bagi alasan cuma nak bagitau, betapa pemilihan mouse sebenarnya memainkan peranan ya dalam mood mengemaskini blog. Ya saya dah taip 4 entry pasal Kinabalu, tinggal nak letak gambar je. Tapi tak letak-letak sebab geram dengan mouse baru ni. Tinggallah 4 entry Kinabalu dalam draft, belum post-post lagi. 

 

Mouse lama dulu rosak, bila cari mouse baru dekat kedai semua tak menepati citarasa. Citarasa saya simple je, nak mouse ada wayar, taknak wireless. Dekat kedai samaada yang wireless, atau mouse gaming je, no in between. Lagi tragis sebenarnya ada dapat 2 mouse free gift awal tahun ni, dua-dua wireless. Dua-dua tak guna. 

 

Dah akhirnya terpaksalah beli mouse gaming tu. Mouse gaming tu bila terlalu canggih, dia jadi terlalu mengarut. Dia mouse jenis boleh guna untuk orang yang tangan kanan atau kidal, dan disebabkan dia macam ada predictive algorithm kot atau sebab boleh pakai dua-dua tangan tak taulah, bila kita gerak mouse tu, cursor tu bergerak ke arah lain dekat monitor. Konon-konon dia predict ke arah mana kita NAK pergi, bukan gerak ikut arah mana kita SEDANG pergi. 

 

Dia buat sakit hati tau lagi-lagi bila kita nak klik button, tengah buat payment, cursor anak panah dia melalut ke laut pergi dia. Nak klik button terklik benda lain. Yihhh sakit hati kita. Berapa kali dah kalau tak bersabar, rasa nak campak mouse tu ke dinding. 

 

Jadinya bila nak buat benda yang memerlukan precision yang tinggi, contohnya nak klik column dalam excel atau edit gambar dalam report, and in this case, blog entry, memang hazab. Nak klik benda lain terklik benda lain. Tengah heret gambar ke bawah, dia berhenti, tersekat tengah-tengah jalan. Sampai boleh jari sakit tau sebab kita menekan-nekan mouse tu dengan geram dan secara tidak ergonomik. 

 

Eh awat cite pasal mouse je dah masuk berapa perenggan laaa sayanglah nak sambung cite topik utama hari ni, boleh dapat dua blog entry ni. Huahahaha. Tunggulah ya dapat mouse baru pulak ke, baru kita update pasal Kinabalu *scroll Shopee sat*

 

Pasal entry 2026 ni kan. Kisahnya macam ni. Kan Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2026 akan berlangsung hujung bulan ni. Dalam group WhatsApp pemenang sayembara anekdot tu, masing-masing dah start promote buku penulisan mereka yang akan diterbitkan bersempena PBAKL. Sungguh rasa kagum lah, deorang memang penulis sejati, bukan macam saya ni tulis blog ikut mood, masuk sayembara menulis satu terus mendiamkan diri. Deorang masih mengekalkan momentum menulis. Pernah jugak tanya apa tips deorang konsisten, dan honestly memang saya rasa deorang sangat disiplin, jenis yang sanggup mencuri masa barang sejam dua saban hari waktu anak-anak dah tidur duduk depan laptop untuk menulis.

 

Padahal ikutkan masing-masing ada kerjaya hakiki jugak. Dan masing-masing dah berkeluarga. Menulis ni cuma sekadar pekerjaan kedua. Daku ni dahlah bujang, still tak mampu jugak nak menulis.

 

Ada beberapa sebabnya saya rasa saya tak mampu nak menjadi penulis yang published. Pertamanya, bukan nak bagi alasan, tapi sebab saya rasa ke-ADHD-an yang meruncing. Saya tak boleh nak follow routine yang tetap, depends pada sporadic burst of energy nak siapkan task instead of mengikut prosedur yang berulang. Usually energy tu pulak depends pada deadline, bila deadline dah dekat baru ada tenaga yang datang daripada perasaan panik. Jadi nak menulis secara konsisten tu tersangatlah payah. Sometimes rasa macam nak ambil drugs, tapi tak tahu mana nak dapat prescription. 

 

Kebetulan tadi baca ada orang ambil weed (ok taknak Google tapi honestly tak tahu apa beza ganja, marijuana, weed, grass, moss, mushroom) yang kata weed tu tak bagi dia rasa high, tapi mendiamkan otak dia sekejap. Buat seketika masa dia ambil weed tu, dia rasa otak dia normal dan dia for the first time boleh berfikir secara tenang.  

 

That aside, point kedua saya rasa menyebabkan saya tak boleh jadi penulis yang published adalah, saya takuad nak handle rejection. Dulu pernah siap satu manuskrip, dah hantar ke beberapa publisher, semua reject weh. Bapak sedih. At that moment terus rasa 'apa kurangnya aku di matamu??' dan engagement di blog dan social media bukan indikator karya itu bagus ya. Walaupun bab-bab awal saya mendapat komen positif di blog, tapi di mata publisher barangkali dipandang sebelah mata je. 

 

 Itu membawa kita ke point seterusnya iaitu, saya taknak berada bawah spotlight. Masa pergi majlis penyampaian hadiah sayembara anekdot tu kan, perkara yang sama tentang setiap penulis yang saya nampak adalah - engagement dengan masyarakat. Setiap karya penulisan itu adalah hak untuk masyarakat menilai, kerana memang sifatnya perlu dibaca khalayak. Takde orang menulis untuk disimpan sendiri, kecuali diari lah kan.

 

 Jadinya nampak di situ, betapa penulis itu tidak boleh tidak, mengasingkan diri daripada mata masyarakat. Pemenang-pemenang SEA Write Award yang menang anugerah dekat Thailand balik Malaysia kena bagi ucapan dan syarahan. Pemenang-pemenang anugerah penulisan, kena berucap dan dijemput dalam forum untuk berdiskusi tentang idea dan falsafah mereka. Heck, even Teme Abdullah yang mysterious pun munculkan diri time nak autograph buku walaupun bertopeng. The only one yang orang tak kenal adalah Hlovate, tapi nak jadi Hlovate tu karya tu sendiri kena sangatlah power sampai orang memang beli semata-mata sebab karya, bukan sebab promosi.

 

Itu jelah kot nak cerita kali ni. Update lain yang berkaitan adalah, baru-baru ni kesihatan kak Mid tidak berapa menggalakkan. Kak Mid kanser limfoma tahap 4 dan ini kali kedua kansernya kembali. Baru-baru ni kak Mid dimasukkan ke PPUM. Sejak sebelum raya kak Mid dah berkampung di hospital. 

 

Saya sempat melawat kak Mid beberapa minggu lepas dengan Q. Waktu tahu kak Mid mula sakit tu, saya cari naskhah Dewi Putih online, niat nak kongsi dengan kak Mid. Novel tu lah yang memberi tuah kepada saya memenangi sayembara menulis anekdot tu. Kak Mid pula antara orang yang sangat supportive dengan penulisan saya. Selalu rajin dia tinggalkan komen dekat blog.

 

Kebanyakan naskhah Dewi Putih yang dijual tu samada photostat, atau dah out of stock. Novelnya pulak tahun 1990an kan memang tak ada cetakan kedua. 

 

Sampailah saya jumpa ada orang iklankan dekat satu group fb novel tu, cetakan pertama. Tapi dah nampaklah dah usianya sedikit usang, eh tapi overall still lawa lagilah. Buku dah masuk 30 tahun kan. Saya PM dia kata nak beli. Laa dia kata buku tu hilang tak jumpa dah dalam timbunan buku. Waktu tu 12 Januari 2026. Saya cuma kata kalau jumpa buku tu nanti info lah.

 

Tapi saya tak menyimpan harapan dah masa tu. Takpelah kalau takde. Sekali 15 April haritu, ada dapat mesej orang bagi salam. Disertakan sekali satu gambar. Eh novel Dewi Putih! Katanya lepas dah kemas rak, baru jumpa. Alhamdulillah ada rezeki kak Mid. Jam tu jugak saya beli, transfer RM30 (tak taulah pricey atau tidak, tapi I won RM800 using this book as my muse, so RM30 tu macam berbaloi jah hahaha) 

 

Esok tu sampai dekat ofis, weekend tu jugak jumpa kak Mid, pass buku tu dekat kak Mid. Alhamdulillah nampak kak Mid senyum walau dalam struggle. Syafakillah kak Mid. Adalah jugak sekeping gambar dengan kak Mid dengan buku Dewi Putih tu.

 

 

                                    Boleh letak satu je gambar sebab taknak guna mouse😗😡

 

So guys and gals itu jelah nak story kali ni. Kalau ada yang membaca ni, doakan lah ya saya berjaya menjadi penulis buku. Ada satu lagi point saya nak share tentang kenapa saya tak boleh jadi penulis, ada rezeki saya kongsikan. Dan doakan ya urusan kak Mid dipermudahkan, moga cepat diberi kesembuhan. Amiiiin. Oh happy birthday jugak kak Mid! 

 

16 May 2026

rasa bosan kita hari ini, mungkin ketenangan yang pernah kita doakan dulu

 Assalamualaikum dan hai-yeee!

 

 Saya perlu menulis tentang topik ini hari ini, kerana apa? Ya, kerana saya sedang menghabiskan cuti hujung minggu duduk di rumah sahaja, tiada aktiviti. Sejak Abah pergi November 2023, saya akan balik ke Temerloh 2 minggu sekali menjenguk Mak. Sebelum tu dalam sebulan sekali balik kampung, sekarang makin kerap sebab Mak dah duduk sorang-sorang. Jadinya sebab minggu sebelum ni dah balik kampung, weekend ni tinggallah dekat rumah sewa, sebelum balik minggu depan pulak untuk raya haji. Oh speaking of which, tahun ni tahun pertama saya berkorban alhamdulillah ada lebihan rezeki tahun ni. 

 

Selalu kan orang bila bosan waktu weekend dia akan gambarkan dengan 'mereput' 'pishang' dan lain-lain perkataan seolah-olah memberitahu cuti weekend ni kena jugak buat something untuk tak rasa mereput atau pishang. Suatu masa dulu pun saya macam tu. Circa 2015 - 2016 dulu masa mula start kerja, kawan-kawan belajar dah duduk jauh. Setiap kali weekend kalau tak buat apa rasa sendu. Tulah jugaknya sebab saya mula join hiking, sebab rasa macam loser betul kalau weekend duduk rumah semata-mata.

 

Tapi bila dah start aktif hiking pulak, terlalu banyak aktiviti. Pernah ada satu masa tu saya tak ingat bila last tidur siang, sebab hari Isnin - Jumaat dah kerja, Sabtu Ahad pulak adalah merayap ke mana-mana gunung atau camping. Know-know dah malam Ahad esok kena masuk ofis semula. 

 

Dan kemuncak waktu weekend makin gila bermula tahun 2019, bila saya pegang jawatan baru dekat tempat kerja. Dulu quality officer, sekarang HR dan akaun. Dulu weekend boleh tenang-tenang, balik kerja boleh balik awal, sekarang balik kerja lebih normal lepas isyak daripada lepas asar. Hari Sabtu bergilir antara balik kampung, pergi camping + hiking, dengan masuk ofis siapkan kerja.

 

Bila takde buat apa Sabtu mulalah bawak kereta pergi ofis, nak menyiapkan kerja yang tertunda dari semalam. Waktu tu tak tahu macam mana nak gambarkan stressnya. Bila kena biasakan diri dengan audit, dengan bayar gaji staf lagi, KWSP SOCSO LHDN. It was getting even worse bila ada siasatan badan berkuasa (taknak bagitau badan berkuasa mana, takut orang google jumpa blog ni) yang menahan top management untuk siasatan. Waktu tu terus bertukar workload melampau-lampau sangat rasanya. Dari 4 akaun kena jaga 20. Normal sangat lepas solat isyak tu mengadu dekat Allah sambil menangis atas sejadah 'Ya Allah, penat.'

 

Tak pernah ada rasa tenang ya waktu tu. Paling sedih bila fikir sekarang dah duduk tempat yang ada kolam renang, tapi tak pernah dapat turun mandi. Weekend takde dekat rumah, hari biasa pulak balik malam kolam dah tutup. Waktu tu jugaklah saya berhenti membaca buku, sebab jiwa tak pernah rasa tenteram untuk duduk diam-diam berjam-jam lamanya nak habiskan satu novel. 

 

Sekarang ni, alhamdulillah, dah banyak slow down. Kerja memang tak kan berhenti, tapi saya dah mengambil pendekatan idgaf. Dulu ya, memang kejar deadline kaw kaw sampai perasaan dan jiwa dead terlebih dulu sebelum bertemu deadline. Sekarang ni kalau tak sempat bersedia jelah menjawab 'maaf saya tak sempat'. Workload pun dah banyak berkurang dari dulu, dah tak segila tahun 2021-2023.  

 

Lalunya, apa?

 

Ya, lalunya masa pernah hidup dilanda badai yang menggila, selalu mengadu pada Allah, penat, tak larat, tak kuat. Jadinya sekarang bila ada weekend yang tak buat apa, saya selalu ingatkan diri 'mungkin rasa bosan nilah ketenangan yang kita minta pada Tuhan dulu.' Iya rasa bosan tu datang sebab jiwa kita tidak terbeban, jiwa kita terlalu merdeka tidak ada perlu dikhuatirkan sehingga kita mentafsir ketenangan dan kestabilan itu sebagai sesuatu yang membosankan.

 

Saya pernah dilanda kegilaan suatu masa dulu waktu siasatan badan berkuasa berlangsung, akaun-akaun syarikat dibekukan sedang saya yang in charge untuk akaun-akaun tu semua, balik dari kerja pandang-pandang belakang takut ada yang mengekori, walau ada masa senggang sekalipun hati sentiasa gundah gulana. Sekarang, 'weekend tak buat apa-apa' adalah weekend yang paling disyukuri, kerana weekend yang tiada apa-apa itu walaupun tidak ada keseronokan, tidak juga ada kerisauan. Dan tidak ada kerisauan itu adalah bahagia yang lebih besar daripada mana-mana aktiviti berseronok.

 

Boleh tidur balik lepas subuh, boleh cari makan-makan, boleh guling atas katil. 

 

Going off tangent here, sejak Afiq dah kahwin rasa saya secara de facto menjadi pusat gerakan untuk aktiviti jejaka-jejaka bujang (dan duda), jadi kalau saya tak menggerakkan aktiviti takdelah aktiviti untuk weekend tu. Pulak tu deorang kalau saya tak ajak, deorang buat aktiviti jugak, tapi dengan orang lain hahahaha.

 

Dulu adalah rasa sedih kan kalau kita tertinggal kawan-kawan buat aktiviti tak ajak, tapi sekarang ni rasa lega gila. Bila orang tak ajak tahu-tahu deorang post igstory, be like wehhh mujur kau tak ajak. Tak tahu macam mana nak tolak kalau orang ajak tapi kita taknak join. Kitonyo pulak people pleaser. Dapat pulak si amerbaqawi ajak join program semua jenis compressed hiking atau lari-lari dalam hutan. Guwe sunggah ga kuat. 

 

 Begitulah gais ceritanya di edisi kali ini. Kalau ikut sekarang ni masa dah 10.34. Jumpa lagi di edisi seterusnya assalamualaikum dan bye-eeee!

 

 

 

 

 

 

17 December 2025

IMRAN'S COUNCIL OF EMINENT PERSONS

Imran invited me to his house for dinner last Wednesday. We just had dinner together with Munir on the previous Sunday at Setapak Central's Suki-ya, so I wasn't sure what's the motive behind this invitation when we had just met not 3 days ago. On a working night some more (esok kerjalah, gila!). But I wasn't one who could deny invitation to free food, was I lol

 

Imran said this is sort of a get-together to celebrate some of his friends' achievements in life. I was kind of deluded to think that Imran remembered I had just won the Sayembara Menulis Anekdot a fortnight before and we were celebrating that as well because turned out, he didn't remember it at all. He never even mentioned it once. 

 

Imran did imply, his friends that were coming are all successful in their respective field. I never met any of them before, except for Munir and a few of his modeling friends. And on that note, for a social butterfly like Imran, it goes without saying that we (his hiking/camping friends) are his less successful bunch of friends lol

 

 I went to his place after work after Maghrib prayer. It was raining cats and dogs, and I encountered few accidents on my way. I called Munir first, because he was the only guest that I knew personally coming. Imran and Munir greeted me at the gate, and Imran straightaway ushered me into the house, introducing me to the guests that had come earlier than me.

 

The dining table was already full with people. So I've gotta tap into my extrovert-ness, so I thought. I said my salam's and hi's, and Imran introduced me to someone washing dishes at the sink. 'Hi Bad, that is Alan. Alan, this is Bad.' Frigging hell it's THE Alan! The blonde lawyer slash influencer slash famous person. I was right off the bat starstruck. I literally knew him before I met him, he was all over the internet. He did some interviews and podcasts, and he represents high profile clients in court.

 

'Alan, the famous Alan?!' I exclaimed. 'Famous?' Alan chuckled. He was fashionably unbothered, and I, as a result, was unfashionably fangirling. 

 

Imran brought me to the dining table. Imran's mother and one of their neighbours that I had met before greeted me.

 

All the chairs at the table were occupied, but some of them moved to the table at the other side of the kitchen to make space for the newcomers. Imran was busy introducing me to the menus. Chicken rice, udang masak lemak, daging masak hitam, his infamous sambal neraka. Imran told me that apart from his sambal neraka, the sambal belacan was made by Alan, who learned it from his frequent visits to Dayang's house. 'Who's this Dayang we're talking about? Dayang Norfaizah?' I retorted and laughed at that joke. They were not laughing. 'Oh shit, it must be Dayang Norfaizah then.'

 

'Let Alan tell you who's the Dayang.' Imran said. Them name dropping left and right really made me nervous. How big their circle actually is? (And nobody ever clarified who this Dayang is till now. But I just knew it's THE Dayang Norfaizah) 

 

I filled my plate with chicken rice, and took an empty slot next to Auntie (I forgot her name, but since everyone was calling her auntie, we're going to call her Auntie with a capital A). If I had to guess, I would say Auntie was friends with Imran's mom's due to their closeness of age. But Imran told me he knew Auntie from her son instead, who is also a model. Imran showed me her son's instagram page, but I could not recognise him at all. We apparently don't run in the same circle, I mean, come on. He's a frigging model. I'm at best could be the 'before' model for a liposuction procedure. 

 

Auntie wears a turban, and is very urban. She taught Imran the ins and outs of pageantry and coached Imran during his pageant days (have Imran pageant days ended though? I could not tell)

 

On my right side, was Shawn. The only other male guest aside from me and Munir tonight. Shawn is a literal dean at MAIWP University, as in he's a dekan fakulti yall, he was just 38 years of age (!!!). I knew MAIWP education branch solely from Fareez, who sent Auf to MAIWP primary school in Putrajaya, and from our mutawwif in Madinah who was a scholar of MAIWP. I never knew they had a full fledged university here in KL. 

 

Shawn knew Imran from social media, and his latest project now is a collaboration with Universitas Malang in Indonesia regarding early childhood education. They just got back from Malang to visit the university, and a delegation from Universitas Malang was also currently visiting them in Malaysia. Shawn has his own personal driver, who, as we spoke, was waiting outside for him. Shawn excused himself the earliest of us all, because he had to go on air tomorrow at Kool FM. They invited him there for an interview. 

 

Kak Su arrived later than me, but she was straightaway drawn into a conversation with Shawn, because they both work in education sector. Kak Su told us that she was involved in the latest national education blueprint, but Imran corrected her. 'Involved? No, Kak Su LEADS the team!' 

 

Kak Su works in KPM Putrajaya, in Parcel E. 

 

Tonight, in attendance also were 4 other intelligent ladies, who work as optometrists. One of them, Diana, had just completed her PhD. Imran met them during an IMARET camping. IMARET by the way stands for IMAM Response and Relief Team, an NGO that focuses on humanitarian relief works and outreach programs for marginalised communities (had to Google this one yall). They had made few rounds to secluded villages, administering medicines and vaccines and whatnots. 

 

At this point, I gave up already. I shall not speak anything about myself, lest they think I'm here as a crown jester.  

 

'Imran, why did you invite me? Are you trying to humiliate me in front of these people?' I joked to Imran. This really feels like a humiliation ritual. I've got nothing worthy about myself to tell to these people. But worst of all was Munir. He literally went to the next room and played with cats as all the conversations were happening.

 

Imran revealed to me that having long conversations with Alan, and watching the TV drama SUITS convinced him to pursue a Master's degree in law. Alan by the way, had also just completed his PhD. So tonight we were in the presence of two PhD holders. Isn't it great? He has a law degree from UUM, and he took a second degree in English literature at Nottingham University in Semenyih. He fast tracked to PhD, skipping Master, and he even finished his PhD earlier than scheduled. IKR?? As if you need more reasons to like him.  

 

We played a round of UNO on Munir's insistence. This is where Munir's demeanor took a turn. He became more energetic and chaotic as we went on. I guess he just loves UNO that much. I recounted that day we played UNO in Batam, when Munir absent-mindedly uploaded his hand to instastory, WHILE we were still playing. And all of us followed him on ig. While we played UNO, one of the optometrists (I will not name names, Imran. Not even torture going to extract this information from me) said to me 'I used to be nervous to take pictures with Imran, because you know. He's good looking.' 

 

Are we talking about the same Imran? I almost stared in wonder, it was all too confusing to me. Clearly we knew different versions of Imran lol. Imran told Shawn that if he ever needed him to participate, just tell the date in advance. I quickly rebuffed Imran 'That's a lie! I asked you one whole year before and you still wouldn't commit!' I was talking about Kinabalu of course, I asked him last year and he said 'Oh, I don't like planning too far in advance'. *rolls eyes*  

 

As the hour was getting late, we concluded our game, took some pictures. And they cleaned the kitchen (I'm sorry guys I don't mind doing the cleaning. But there were already too many overachievers taking over all the tasks, leaving nothing else to do) 

 

All in all, it's almost illogical I didn't at all feel inferior. I mean, if anything, these people only inspired me to be better, and to give back as much as I could. I don't know how to conclude this story, but yeah, this story is real yall. I now run in the same circle as Alan, I'm so upper echelon now you have to book an appointment just to have dinner with me lol

 

I guess that's how I'm going to conclude. I'll be talking about my Kinabalu trip next. See you soon XOXO 


30 November 2025

SAYEMBARA MENULIS ANEKDOT MEMBACA DAN ALAM

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

 

Sebenarnya nak bercerita tentang sayembara menulis anekdot ni macam ada suatu perasaan segan. Tapi at the same time, bangga jugaklah hahahaha

 


YANG TERSURAT

 

Saya menyertai sayembara menulis ni sebab bila baca tajuk, tema dan syarat penyertaan, ehhh macam sesuai je dengan aku. Membaca dan Alam temanya. Untuk ahli-ahli NGO. Dalam fikiran waktu tu, hmm berapa ramai je kan penulis ni ahli NGO, dan berapa ramai je ahli NGO yang menulis. Saya fikir NGO tu macam persatuan-persatuan kebajikan. Lepas keputusan diumumkan, barulah tahu NGO yang masuk kebanyakannya NGO menulis, macam Ikatan Penulis Sabah, Persatuan Pustakawan Malaysia, Persatuan Penulis Johor. Saya pulak masuk bawah GEMA lah kan of course hahaha mungkin satu-satunya NGO aktiviti outdoor yang hantar penyertaan😁

 

Lepas tu bila dia kata kena menulis tentang membaca dan alam, eh rasanya sesuai dengan aku ni. Saya graduan jurusan Alam Sekitar. Boleh kira hiker jugaklah kan pernah selalu masuk hutan gitu #hikermontel. Dan anekdot yang perlu ditulis dalam lingkungan 300 sampai 600 patah perkataan, tak banyak sangat perkataannya, still doable. 

 

Cuma yang tricky sikit part brief dia 'pengalaman pertama membaca, dengan menyentuh unsur alam sebagai elemen penting dalam penulisan.' Adoiyai spesifik pengalaman PERTAMA membaca, dan perlu dikaitkan dengan alam. Macam mana kalau pengalaman pertama membaca tu tak melibatkan alam.

 

 Tapi macam satu percikan elektrik, saya terus tahu nak tulis apa dan bagaimana. Saya teringat novel pertama saya baca masa kecil yang betul membuatkan saya rasa kena dengan tema membaca dan alam ni.

 

Saya tulis last minute. Tapi bukan sebab over confident. Selama ni saya kira apa yang saya tulis dalam blog tu adalah satu anekdot, jadi saya menulis anekdot untuk sayembara ni saya layan macam saya menulis blog. Bila ada idea yang jelas, yang kita ada conviction laju je jari-jari kita menari di papan kekunci. Saya tulis sehari sebelum tarikh tutup 24 Oktober 2025, tapi saya hantar pada 24 Oktober 2025 tu. 

 

YANG TERSIRAT

 

Saya sebenarnya baca iklan sayembara menulis ni dekat posting ig story Amir Muslim. Amir ni lama dah saya follow sebab dia macam taiko bidang hiking ni kan. Start follow dia bila dia cerita kisah seram masa pergi hiking. 

 

Rasa masa saya menulis tu automatically, sebab masuk sayembara pun bawah GEMA kan, jadi anekdot saya secara tak langsung menjadi satu ode atau tribute kepada GEMA. Rasa mengungkap kembali perjalanan saya daripada pertama menyertai GEMA tahun 2016 mendaki Bukit Batu Putih, naik ke Gunung Kenderung dengan Fareez kena dera dari segi mental dan fizikal, pertama kali naik ke Gunung G7 (Yong Yap) dan menulis tentang mendaki G7 saya yang pertama dalam blog.

 

Saya rasa banyak ayat dalam anekdot saya itu adalah fragmen-fragmen yang saya pinjam daripada pelbagai sumber. Ada ayat dari lagu, ada frasa-frasa yang saya pernah jumpa dari sajak-sajak, ada ayat pinjam dari orang lain (lol thanks Keon) malah ada ayat daripada blog entry saya sendiri hahaha.

 

Anekdot saya ni, sebab saya tulis macam tulis blog, saya tak rigid sangat tulis tentang satu peristiwa. Takut juga penyertaan dibatalkan sebab sebenarnya bukanlah dalam format anekdot yang tulen, tapi saya yakin kalau kita menulis dengan jujur, mesej kita akan sampai. Menang atau kalah belakang cerita, yang penting karya kita tu adalah curahan sebenar emosi dan idea kita. 

 

Saya hantar penyertaan dekat salah seorang urusetia Dewan Bahasa dan Pustaka, En Nor Mohamad namanya. Lepas majlis penyampaian hadiah diumumkan, saya terjumpa akaun facebook En Nor Muhamad dan baru tahu dia jugak sebenarnya seorang hiker. 

 

Saya ada mesej jugak orang lain ajak masuk tapi tulah, sebab tajuknya spesifik Membaca dan Alam, ramai writer's block. Tak tahu nak tulis pasal apa. Dan ada jugak yang tak pasti deorang ni ahli GEMA tak lol ramai pernah menyertai program GEMA tapi tak pasti dah berdaftar belum, sebab nak hanatr penyertaan kena ahli NGO. 

 

KEPUTUSAN

 

Saya dapat panggilan telefon daripada En Fatah, urusetia DBP jugak masa tengah makan tengahari. Masa tu lebih kurang 2 minggu lepas tarikh tutup sayembara. Dia bagitau saya ialah salah seorang pemenang, tapi dia rahsiakan nombor berapa. Masa tu rasa macam, wow sekejap je dia nilai. Tak sampai 2 minggu dah putuskan siapa pemenang.

 

Sebab ada 13 pemenang (10 saguhati, 3 yang ada tempat) saya adalah menyimpan harapan untuk menang tempat bernombor. Tapi sebab ni sayembara pertama yang saya masuk, saya fikir mesti ramai lagi yang dahsyat-dahsyat kan. Mesti ramai lagi yang faham selok belok sayembara DBP, macam mana penilaiannya, siapa jurinya. 

 

Bila En Fatah masukkan saya dalam group WhatsApp pemenang sayembara, naaa terus rasa rendah diri. Dalam group tu, kalau Google nama masing-masing semua keluar tajuk-tajuk buku yang deorang tulis dan sayembara yang deorang pernah menang. Saya tengok nama Rohaidah Yon, bila Google banyak juga menang sayembara menulis. Nama Shield Sahran, penulis buku FIXI, yang belum habis taip namanya dekat search bar Google, dah keluar suggestion. Hafizuddin Ghazali,  penulis FIXI jua. Siti Wahida Amanullah, pemenang sayembara cerpen. Norshahkang, ramai mutual firends dengan dia sebab dia MRSM Langkawi, kami sebaya pulak, lepas tu dia sambung belajar UK. Pun penulis buku jugak.  

 

Jadi saya decide nak diam jelah dulu dekat situ, taknak engage sangat sebab segan. Kalau dapat saguhati pun OK lah sebab yang lain-lain semua hebat-hebat. Tak malu hahaha. 

 

Biarlah takde siapa kenal, nanti ambil hadiah diam-diam lepas tu post lah dekat media sosial. Tapi kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan.

 

En Fatah call saya hari Selasa, lagi 3 hari sebelum majlis anugerah. Katanya dia ada hantar surat ke presiden GEMA minta hantar wakil ahli, tapi belum terima jawapan. Dia minta saya hantarkan sekali lagi ke presiden GEMA dan ingatkan presiden untuk hantar ahli.

 

Jadi sebab kitonyo tak kenal presiden GEMA terkini, dulu presidennya Amar, saya post lah dalam group GEMA bagitau ada dapat surat daripada DBP dan tag Amar di situ. Saya tak baca pun surat tu, saya cuma bagitau ada surat dari DBP untuk tuan presiden. Lalu disusuli dengan pertanyaan Amar 'Dia tahu Bad GEMA ke?' Masa tulah saya bagitau, saya salah seorang pemenang sayembara. DBP minta hantar wakil untuk ahli NGO yang menang.

 

Dan disusuli dengan kekagetan semua bila dia kata dia minta 30 orang wakil. Aduh terus dada rasa senak. Ramailah tengok aku nanti hahaha ingatkan nak datang diam-diam je. Saya confirm balik dengan En Fatah, nak 30 orang wakil dari GEMA ya? Iya katanya dia bagi banyak kerusi untuk GEMA sebab pertamanya, GEMA baru berkolaborasi dengan DBP untuk pertandingan pidato minggu sudahnya, dan keduanya, ahli GEMA ialah salah seorang pemenang sayembara (sayalah tu).

 

Daripada nak ambil hadiah sorang-sorang, dah kena seru ramai pulak. Masa tu lagi 3 hari. Jadi stress sebab saya rasa bila dia mesej saya personal, termasuk tanggungjawab saya kena cari 30 orang tu lepas tu anxiety pulak bila fikir ada 30 pasang mata nanti tengok saya naik pentas urgh 

 

Dipendekkan cerita, saya pun menyeru the usual suspects, geng-geng bujang. Jan pertama sekali menyahut dan menkonfirmasi kehadiran, Syiemey pulak kesian juga seru dia dari Johor sebab minggu sebelumnya baru dia naik KL pergi wedding Irsyad. Oh speaking of which, saya ajak newlyweds Irsyad dan isterinya, tapi deorang ada appointment lain. Munir kata dia ada shooting, tapi kalau free dia datang. Imran nak datang, tapi dia kata sekejap je.

 

NAIB JOHAN

 

Alhamdulillah, dalam rasa percaya tak percaya, saya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua sayembara menulis anekdot ni. Kejayaannya memang kecil, tapi bagi diri saya impaknya terlalu besar. Pertamanya dipilih daripada kalangan penulis-penulis yang dahsyat-dahsyat. Bermakna, saya ada tempat bersama mereka. Dan keduanya, apabila sayembara ini diadili oleh Sasterawan Negara ke-15, Dato Rahman Shaari dan ketika sesi ulasan penghakiman, dia memetik dan menganalisa karya saya. 

 

 

Sejujurnya, saya rasakan seolah-olah keraguan terhadap penulisan saya melebur hilang sebaik saya mengenali tulisan saya yang dibacakan oleh SN di khalayak ramai. Pertama kalinya dalam hidup, saya rasakan karya saya diangkat terlalu tinggi, pada tahap yang saya tidak pernah mimpikan akan tercapai. Kritikan beliau meminjamkan legitimasi kepada bakat saya, kepada tulisan-tulisan saya. Dan itu membuatkan saya rasa benar-benar bersyukur.   

 

Tetapi yang benar saya rasakan ketika itu, betapa perjalanan saya bersama GEMA telah membawa saya ke sini. Melihat keterujaan rakan-rakan menyambut dan meraikan kemenangan saya - sama-sama hadir sewaktu hari Sabtu (pergi kerja pun saya tak seawal ni - kata Saidah) ada suatu perasaan yang tidak mampu saya ungkap. 9 tahun yang lalu, ketika saya melangkah keluar dari zon selesa, menyertai segerombolan anak-anak muda (ya muda sewaktu itu. sekarang masih muda) ke hutan-hutan, gunung-gunung dan ke lautan, betapa segala itu telah tertumpah ke dalam karya saya, dan memberikan kemenangan kepada saya. Untuk itu juga, saya rasa terlalu bersyukur.

 

Oh di penghujung majlis ada beberapa peristiwa berlaku yang boleh dijadikan anekdot. Salah satunya, rakan serumah saya, Irfan memperkenalkan diri kepada Dato Rahman Shaari dan dia menjawab 'oh pemenang tempat kedua? Yang GEMA Selangor tu?' Kelihatan kecil, tapi apabila diingati oleh SN terasa begitu terharu. 

 

Sekian. Ada masa saya tuliskan lagi beberapa halnya tentang sayembara anekdot ini. Jumpa lagi! 

 

 

 


 

 

 

 

 

31 October 2025

MENGHILANG DAN KEMBALI

 Terlalu lama. Terlalu lama rasanya tidak kemudi di sini, sebuah hiliran kali yang menghanyutkan kolek emosi. 

 

Dan ingin saya ceritakan, apa yang berlaku dalam sela masa selama saya berdiam dari sudut ini. 

 

Sejak Abah berpulang, setahun juga saya terpempan. Rasa seolah dunia terhenti, dan dalam persilangan garis masa dan ruang yang membeku, saya masih meratapi Abah. Masih ada rasa kesalan, mengenangkan hari-hari terakhir bersamanya di tepi katilnya, menjadi insan terakhir yang mendengar suaranya sebelum dia pergi.

 

Saya melepaskan dunia selama hampir setahun, kembali ke kampung halaman setiap 2 hujung minggu menemani Mak yang kini menjadi balu. Hiba masih menyerang dan menghenyak dada setiap kali tiba ke pusara Abah, berbicara dengannya seolah dia masih mendengar, sambil mengusap-usap batu nisannya dan membuang rumputan yang menjalar. Tanpa disedari, air mata mula bergenang di kolam mata. 

Saya kembali perlahan-lahan, mula aktif semula di dunia nyata, menyambung jalinan dengan sahabat-sahabat yang masih mengejar mimpi yang sama. Bertemu semula Irsyad dan Eirzreen bagaikan suatu anugerah Tuhan, bagaikan memujuk hati yang rawan kehilangan Abah. Tidak berapa lama Abah meninggalkan kami menuju ke negeri abadi, Irsyad dan Eirzreen masing-masing kehilangan ayahanda tercinta. 

 

Dalam waktu kami bersama, kami berbicara tentang kehilangan bapa kami, tentang erti merelakan dan emosi-emosi yang menikam dan merentap-rentap tangkai jantung sementelah kepergian ayah kami.

 

Kami bertualang lagi, tapi kali ini seiring usia dan masa, kami kembali dengan intensiti yang jauh lebih rendah. Jika sebelumnya pertemuan kami harus berlaku dalam lingkungan gunung dan hutan belantara, sewaktu adrenalin menjalar dalam kapilari darah, kami kini memerhati alam dari sudut selamat. Kami lebih betah tinggal di chalet dan mengunjungi air terjun, sungai dan tasik tanpa perlu bermalam-malam menghilangkan diri ke dalam hutan, menikmati hutan dalam nyaman dan tenang, dengan secangkir teh di tangan, dan berlatarkan asap arang yang membakar daging yang diperap lada hitam.

 

 Menuju dekad seterusnya dalam kehidupan, barangkali kami lebih tenang. Banyak persoalan masa muda yang tiada jawapan, kita biarkan bergantungan, tidak lagi ternanti-nanti sekiranya akan terungkai dalam kesimpulan yang konkrit. Kematangan barangkali, merelakan apa yang berlaku tanpa perlu lagi dipersoal bagaimana dan mengapa, ke mana seterusnya. Kami juga suatu hari nanti akan berpergian juga, tidak ada gunanya meneka-neka sesuatu yang tidak pasti. 

 

Saya juga perlahan-lahan, mengagumi seni daripada jendela yang berbeza. Dulu penulisan adalah medium terutama untuk saya melampiaskan inspirasi yang terbit daripada pengalaman, kini video dan audio juga termasuk dalam cara-cara saya bercerita. Saya perlu terus pragmatis, fikir saya. Tahun 2016 dulu tahunnya saya mengambil anjakan paradigma, serasa seekor phoenix bangkit dari abu, daripada api bangkit menjulang sebagai sesuatu yang baharu. Kini beranjak hampir sedekad, saya rasakan masanya telah tiba untuk terus mencipta semula diri dalam iterasi yang berbeza. 

 

Begitulah sekian tulisan pada kali ini, hanya sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang masih sudi membaca dan meniliti. Semoga kita berjumpa lagi seterusnya.  

  

08 October 2024

Lata Charok: Again X Tanjong Hills

LATA CHAROK

 6 years, before I am here again. The colours of nature are as beautiful as ever - the turbid cloudy brownish stream, translucent water droplets suspending in the air, the greens emerging from the crack of stones on the slippery slope. The morning here felt a tad drowsy; a serene state obscured from the concrete jungle. 

 

A fallen log punctuates the landscape, a runway stage crossing the river like a bridge to another world. This is the center stage; where the spotlight falls -  the beacon of light beaming from above while the waterfall is the backdrop sight and sound. Imran and Afiq would climb onto the wood, posing, modeling, just basking in the atmosphere of forbidden surrealism. 


I was here 6 years ago, and it still felt like yesterday. This was a part of my initiation to what was to become my new destiny. Ropes used to straddle the stream of the waterfall where I abseiled down the waters, my fear of heights reverberated. Now the ropes are no more, the stones are silent, as if not letting on any kept secrets. 

 

The outside world is sprawling, encroaching further into the pristine jungle. We remained connected to our telco service providers, 4G no less. Roofs of buildings can be seen as soon as you stick your head out of the jungle canopies. We sustained some injuries from the nature trying to reclaim what was theirs - the tracks are now covered with thorny veins, some of the tracks have disappeared altogether underneath the undergrowth - no traces of human interruption observable. 


We were forced to move out once our collective presence was known. 


TANJONG HILLS

 

Underneath the shrouds of banana leaves, we found our oasis. The lazy stream was just 10 steps away, yet the real tranquility lied where we lay down. There were a makeshift table, two flip chairs, one tent, two picnic sheets, and the panoramic sky just before our eyes. The melancholic evening couldn't even get to our emotions, even when the yellow-orange glow was painting everything it touched with its acidic hue.  

 

The night arrived while we were busy doing whatever. We cooked our dinner - grilling Korean-marinated tenderloin cutlets, brewing matcha lattes and dicing carrots and salads into little cubes.

 

We talked, joked and played cards with reckless abandon; just having fun like there were no worries in the world. More than happy, I am grateful to be here. I can do this every other week, I thought to myself. I have a newfound love for these people. I loved our conversations, big and small. I love the fact that for some time in the fleeting world, we were invincible. Untouchable. We tasted glory in the air and it was delicious.

 

'We are now at the age of heaven's dwellers' Imran said almost nonchalantly, relating to our current age - 33. Imran taught me how to determine the qiblat using the Orion constellation earlier when the darkness fell and the stars and moon shone brightly in the Janda Baik night sky. I was amused. 


Imran was anxious of staying here tonight, he didn't want to leave his mother alone. 'Can I offer you some words of wisdom?' I asked.  'Don't let the chance to create memories pass you by. You will never know the true value of memory until after it happens. Don't go back yet.' A few rounds of card games and a bottomless round of drinks lulled his determination to take off. 

 

There were laughter, there was this understanding that we were forever young that tomorrow can't take away today, that our time here might be fleeting, yet the memories sketched into our minds make us immortal. How can something as simple as just being, could mean so many things at once?


Tomorrow was not promised, but today we lived. And lived; indeed we did.


 





09 July 2024

LUMIA, BUIH KENANGAN

Tahunnya 2018. Atau mungkin lebih awal dari itu.


Itulah kali terakhir, aku menerima SMS daripadamu. Aku tidak tahu apa yang berlaku dahulu, perbualan kita terhenti atau WhatsApp mengambilalih tali bebenang komunikasi.

 

Suatu masa dahulu, ada canda. Ada amarah. Ada bahagia. Ada rindu yang berselirat pada buih-buih mesej di skrin telefon. Tegar aku dengan Windows Phone, kental dengan relik sejarah.

 

Telefonku berhenti berfungsi tahun itu. Aku berfikir aku boleh melepaskan kapal kertas di arus sungai, akan kukejarnya di hadapan. Setelah kapal kertasku hanyut, aku lalu terlupa terus di mana. Bagai mana. Seperti apa. 

 

Memori denganmu seperti itu. Sejarah kita yang disimpan sebuah peranti zaman purba, tidak lagi dapat dibuka. Sudah hanyut terus dari hulu. Kadang kurindu juga, membaca suaramu atas tulisan. 6 tahun kita tidak bersua, kukira kau suka dengan susunan ini. 

 

Aku tidak pantas untukmu. Untuk mengemis sebuah pertemuan denganmu juga aku cukup malu. Cukuplah aku dihukum wajahmu yang kerap kali terlintas di mindaku, dan mengenang detik-detik dulu sudah cukup untuk melunaskan rindu. 

 

Walau kita dapat bertemu empat mata, antara kita sudah kehabisan kata-kata. Apa yang aku mampu tanyakan padamu? Bahagiakah kau? Sihatkah? Apa yang boleh aku tawarkan kepadamu? Aku...tiada apa. 


Dan akhirnya aku mengerti, mengapa aku menulis lagi tentangmu kali ini. Bahawa di hujung rasa ini, yang berubah adalah nada. Dulu aku menulis tentangmu dengan keghairahan penuh murka, dengan luahan rasa yang membuak-buak dalam dada. Suaraku penuh dendam, tulisanku tentangmu adalah percikan-percikan api yang tidak kenal erti tenteram.


Betapa kini yang sebenarnya aku rasa ketika mengingatimu, hanyalah ketenangan. Aku menerima keadaan kita pada hari ini, seadanya. Bahawa hidup kita ini dalam keterasingan, adalah suatu ketentuan jua. Bahawa aku tidak lagi merintih, dan kau tidak lagi perlu menoleh. Tamatnya pertemuan kita dahulu, mungkin juga untuk selamanya. Aku telah berdamai dengan itu. 


Sekali lagi, kuucapkan salam damai kepadamu. Masa depan nanti, bila nadaku telah terubah lagi oleh waktu, akan kulawati lagi daerah silam kita, mengenangnya dalam rona-rona warna yang berbeza.


12 November 2023

Hospital, Abah dan memori-memori (final)

10 November 2023

There were few hints at first and I was too stubbornly optimistic to acknowledge them.

Malam tadi Abah muntah. Banyak. Segala isi perut daripada susu yang kami masukkan selang 3 jam terkeluar semula.

Saya tanya pada nurse, perlu bancuh semula ke nurse? Nurse kata tak payah dah. Nafas abah pun dah laju. Kita bagi pakcik puasa dulu satu hari. Abah dan pakcik di katil sebelah dihentikan makanan. Ada beberapa hints di situ, tapi kesemuanya ditepis dengan anggapan, kali ini sama seperti sebelum-sebelum ini. Abah akan kembali stabil dan akan kembali kepada pangkuan kami seperti selalunya. Abah sentiasa pulang, berjaya lari dari tahanan wad. 

Kita lupa bahawa kematian hanya perlu menyentuh kita sekali untuk menang, walau kita pernah 999 kali mengalahkannya.

Pagi tadi oksigen abah menjunam ke paras bawah 90%. Hanya 88%. Apabila menatap skrin, saya hanya berfikir oh bekalan oksigen perlu dikuatkan lagi untuk kembali ke paras selamat. Ya stubbornly optimistic.

Nurse melihat saya tenang, seraya berkata 'boleh dah panggil adik beradik. Oksigen abah 88% dah'. Hint yang seterusnya. 

Untuk apa? saya tertanya sendiri. Tapi sementelah dari itu, oksigen Abah terus menurun. Ada sampai ke 79% hingga kekal bermain di peratus 81 ke 83. Ini bahaya, pada fikiran saya.

Saya menyeru adik beradik dalam group keluarga. Oksigen Abah dah makin drop. Mana-mana yang jaga Abah lepas ni bacakan Yasin. Masih ada kedegilan di situ, berfikir bahawa selepas ini jalan untuk kesembuhan adalah panjang, tapi tentu ada. Mesti ada. Masih berfikir akan ada giliran-giliran menjaga Abah lagi selepas ini. 

Tapi segalanya berubah pada kelakuan nurse. Mesin bacaan tekanan darah dan paras oksigen dibiarkan terus terpasang di tangan Abah mengambil bacaan setiap masa, sedangkan semalam hanya sejam sekali bacaan diambil. 

Jantung saya mula gugup. Adik beradik tiba seorang demi seorang. Melihat paras oksigen dan tekanan darah Abah makin berkurang, semua mula mendapatkan Abah. Pak cik saya menyuruh mula membaca Yasin, saya katakan telah dua kali saya membacanya malam tadi sebelum tidur dan pagi tadi. Tapi apabila Abengah menyuakan surah Yasin ke tangan saya, realiti mula menapak. 

Tapi tamparan kebenaran yang sebenarnya tiba, apabila saya bertanya sekali lagi kepada nurse, perlukah membancuh susu Abah pagi ini dan nurse mengatakan, hari ni tak perlu bagi makanan dah. Pakcik dah start nazak sikit. 

Wait what? Apa maksud nazak sikit? Ya Allah maksud nurse Abah takkan kembali pulih? Semua hint yang diberikan akhirnya make sense. Susu tak payah dibancuh lagi, sebab badan abah dah tak terima makanan. Abah memuntahkannya semula. Oksigen dan tekanan darah dipantau setiap masa sebab Abah sudah tidak stabil, bila-bila masa saja boleh merudum bacaannya. Nurse meminta dipanggil adik beradik semua, sebab masa Abah sudah suntuk. 

Rasa tidak percaya. Tidak logik. Mana mungkin? Malam tadi dalam jagaan saya, abah marah-marah 'Mohlah kita balik!' gesa Abah. Saya menenangkannya 'Abah belum sihat lagi. Kenapa Abah nak balik?' 

'Abah dah tak daya!' ya Allah kalau saya tahu waktu itu adalah antara kalimah terakhir yang terbit dari bibirnya. 

Malam tadi, nurse mendengar bunyi nafas Abah seperti berkahak, lalu diambil tiub untuk menyedut kahak di kerongkong Abah. Abah marah apabila merasa tajam tiub itu menyentuh mulutnya. Abah memegang tiub itu dengan tangannya, tidak dilepaskan. 'Jadilah! Nak membunuh!' 'Tampor kang!' diugutnya nurse dengan jerkahan. Saya tertawa lucu dengan telatah Abah sambil memegang tangannya kuat-kuat, menahan abah daripada menghalang tiub masuk ke mulutnya. Tidak mengerti itulah antara kali terakhir saya akan mendengar suaranya, atau menggenggam tangannya seerat itu. 

Abah menggigit tiub dengan giginya apabila tiub dimasukkan ke dalam mulut. 'Pakcik jangan gigit!' rayu nurse. Akhirnya nurse berjaya memasukkan tiub itu di celahan gigi Abah yang rongak. Masih saya tertawa lucu, begitu comel Abah. Esok akan saya ceritakan kepada Abah sewaktu dia sudah sihat, betapa saya terhibur melihat gelagatnya ketika dia sakit. 

Pagi ini segalanya sirna. Dr tiba untuk rondaan pagi, memaklumkan kepada kami dengan bahasa yang paling halus, bahawa harapan untuk Abah telah tiada. Ubat-ubatan yang diberikan untuk menyembuhkan Abah akan dihentikan, kini ubat yang diberikan hanyalah untuk melepaskan Abah pergi tanpa kesakitan. Makanan dan air juga akan dihentikan, badan Abah sudah tidak berupaya memprosesnya. 

Kami perlu merelakan Abah pada kali ini. Saya terasa buntu. Benar, kaki tidak terasa menginjak bumi. Otak rasa berhenti berjalan, semuanya terus masuk ke mod autopilot. Kami sekarang hanyalah menunggu jantung Abah berhenti berdegup. Tiada apa lagi yang kami boleh lakukan.

Minyak dan krim sapu yang kami sapukan untuk melegakan Abah tidak lagi mampu mengurangkan kesakitannya. Makanan kesukaannya kini tidak lagi dapat dijamah olehnya.

Di mesin kardiograf, jantung abah masih mengepam darah, adakalanya terhenti sebelum bergerak semula. Denyutan nadi abah melemah. Semua organ dalaman abah sedang berhenti berfungsi satu demi satu. Tiada setitis air kencing abah di beg urinal, tanda buah pinggangnya sudah tidak boleh memproses air, kuman sudah merebak ke seluruh organ dalaman. 

Kami kebingungan. Malam tadi sepertinya ada harapan. Malam tadi Abah masih minta saya membawanya turun dari katil, dia ingin berlunjur di birai. Masih lagi sempat memarahi nurse, masih mampu menyebut namanya sendiri bila ditanya oleh nurse. 

"Tarik tangan Abah. Abah nak turun!'
'Tak boleh Abah. Abah tak larat.'
'Tariklah tangan Abah! Abah tahulah macam mana gayanya!' 
 
Saya menarik kedua tangan Abah untuk mendudukkannya. Apabila saya melepaskan tangannya, Abah kembali terbaring ke belakang. Saya memintanya berehat dulu, esok kita cuba semula. 

Terngiang-ngiang suara Abah malam tadi. Walau sudah lemah masih degil ingin duduk, masih ingin hidup seperti sediakala.


Dalam masa beberapa jam, keadaan Abah telah merosot. Kami semua mengusap-ngusap tangannya, mengelus lembut pipinya, membelai dahinya yang sudah tua, menyentuh kakinya yang sudah tidak akan berdiri lagi. 'Abah. Abah...' Setiap dari kami mengambil peluang untuk bersama dengan Abah, mendakapnya antara kali-kali yang terakhir.

Sewaktu tengahari, kami yang lelaki memutuskan untuk ke masjid untuk solat Jumaat manakala adik beradik yang perempuan dan Mak tinggal di sisi Abah, bersedia dengan sebarang kemungkinan.
 
Sewaktu memandu pulang, saya memusing jauh ke gerai nasi kukus di Petronas Simpang Songsang, tempat di mana saya dan Abah berdua pernah singgah dahulu ketika pulang dari menghantar Abah ke klinik. Inilah kali kedua saya di kedai ini, kali pertama bersama Abah dulu, kali kedua kini berseorangan, mengagau kembali memori dengan Abah di sini. Perut tidak terasa lapar, hanya diisi untuk memberi tenaga. 
 
Saya kembali ke hospital setelah solat Jumaat, keadaan masih sama. Saya mula menelan hakikat pahit bahawa Abah tidak akan bangun semula. Bahawa ayat-ayat yang disebutnya malam tadi, itulah kali terakhir saya mendengarnya bersuara. Genggaman tangannya itulah kali yang terakhir dia memegang tangan saya. Saya merasa sedih. Tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih untuk membesarkan saya. Tidak sempat meminta ampun atas segala kesalahan saya terhadapnya. Tidak sempat memeluknya erat-erat sewaktu dia masih sedar.

Daripada lubang jarum di tangan Abah, keluar cecair daripada ubat-ubatan yang tidak boleh diproses tubuhnya, sehingga basah tilamnya.

Mak menemani Abah di sisi katil dari pagi tadi, tidak berganjak. Mak tidak menangis, hanya menatap Abah dari kerusi roda. Ada suatu keredhaan dalam diri Mak. 

Mak lebih realistik dari segi logistic. Mungkin untuk menutup pedih hati sendiri, mak berpaut kepada ketenangan dalan merencana. 'Kemaskan barang-barang abah. Pinggan cawan tupperware yang tak pakai bawak balik. Abah dah tak makan dah.' Mak kedengaran acuh tak acuh, tapi dalam hati Mak ada badai yang melanda.

 
11 November 2023

Sewaktu berumur 9 tahun, ketika kami melawat Abah sewaktu Abah bekerja di Kuala Lumpur. Di Jalan Pekeliling sewaktu bas bergerak meninggalkan stesen ketika kami ingin pulang ke Temerloh. Abah melambai kami dari luar bas, mengikut bas bergerak sehingga keluar ke jalan besar. 

Kami melambai-lambai Abah dengan sedih. Ketika itulah saya berdoa kepada Allah dalam diam, matikanlah kami sembilan beranak sekali, supaya tiada antara kami yang akan tertinggal di atas dunia, sepertimana kami meninggalkan Abah bersendirian di terminal. 

Dari itu, saya mula beranggapan doa itu ada kemungkinannya termakbul. Mungkin suatu kejadian akan meragut kami semua. Kesemua sembilan orang sama-sama melangkah pergi dari dunia, tiada seorang pun tertinggal di sini.

Abah masih bertahan setelah ubat dihentikan, tapi keadaannya semakin merosot jam ke jam. Kami membahagikan giliran 3 jam dua orang untuk menjaga abah, sekiranya apa-apa berlaku dalam giliran kami, kami akan memaklumkan adik beradik lain dengan segera. 

Saya mengambil giliran pukul 3 pagi hingga 6 pagi dengan adik bongsu saya. 

Pukul 1.56 pagi, saya sudah bangun dan menyiapkan diri, bersolat tahajud 2 rakaat. Tidur sekadar untuk melepaskan lelah. Sejak pagi semalam, saatnya nurse memaklumkan abah sudah nazak sikit, perasaan saya - kosong. Badan bergerak tetapi kepala dan perasaan menerawang ke dimensi lain. Kami berkumpul kini hanya untuk menanti suatu ketentuan - pemergian Abah.
 
Perasaan menunggu Abah untuk pergi buat selama-lamanya. Terasa suatu beban bagai dada dihenyak. Ya Allah betapa gelapnya.
 
Pukul 3 kami bergerak ke hospital. 

Sepatutnya kami menggantikan giliran Abengah dan Cik Abang (gelaran untuk isteri Abengah) tapi mereka berdua tidak mahu meninggalkan Abah selepas giliran mereka tamat. Mereka mahu terus bersama Abah kerana denyut nadi Abah semakin perlahan. 

Sebaik tiba di katil Abah, bacaan tekanan darah dan nadi Abah tidak menentu. Selama ini saya fikirkan gambaran di drama hanyalah satu hiperbola, graf di mesin yang perlahan-lahan memberi bacaan mendatar. Tetapi realitinya begitu jua. Mesin tidak berhenti berkelip lampu merah dan berbunyi amaran, menandakan bacaan vitals Abah sentiasa di paras bahaya.

Kami bergilir-gilir membaca Yasin, membisikkan kalimah Lailahaillah di telinga Abah dan memeluk Abah dan membelainya perlahan-lahan. Kami tahu perpisahan akan tiba bila-bila masa. Saya mengucup-ngucup tangan Abah, tahu tangan itu tidak akan lagi menyentuh saya. Dengan kudrat tangannya itulah Abah membesarkan kami, menoreh getah, berbakti kepada tanah. Memandu kami ke sekolah, asrama. Saya mengelus-ngelus pipi Abah dan dahinya, mengucup-ngucup pipi dan dahinya dan menatap wajahnya dalam-dalam. Ya Allah matanya tidak lagi akan terbuka selepas ini. Badan Abah sudah mula sejuk.

Graf kesihatan Abah kini benar-benar terlalu mendatar, terlalu sedikit pergerakan. Bila-bila masa saja, ketentuan itu akan tiba. Saya mengambil mushaf al-Quran dan mula membacakan Yasin. Biarlah kali ini saya membaca terus dari lembaran-lembaran naskhah al-Quran, sebagai peneman Abah di hujung-hujung hayatnya.

Pukul 4.42 pagi dalam selang alunan bacaan Yasin, abah telah pergi buat selama-lamanya. Graf mendatar di paparan skrin, tiada lagi denyutan nadi. Telah terhenti degupan jantung Abah. Tamatnya riwayat Abah. Hanya dengan begitu, Abah, telah tiada. 
 
Abah menghembuskan nafas terakhirnya dengan begitu tenang, seolah-olah masih tidur di perbaringan. Dengan demikian juga, separuh belahan jiwa saya pergi. Sebelah sayap saya telah patah. Sebahagian raga saya telah mati.

Abah selalu berkata kepada Mak, dia takut mati bersendirian. Pada waktu malam, dia enggan membenarkan Mak pergi dari sisinya. Pada penghujung hayatnya, Abah akhirnya pergi ditemani kami. 

Dan akhirnya juga saya temukan, doa yang saya ungkapkan ketika berumur 9 tahun di terminal bas itu, tidak dimakbulkan Tuhan.







20 October 2023

Day #2 Writing Challenge: Executive Lounge

(for future reference) 

Orang selalu fikir bila pergi airport, nak tunggu sampai boarding tu duduk je dekat kerusi sampai kematu punggung. Kini tidak lagi! (this is not a commercial)

Dulu-dulu saya pun fikir ehhh bestnya boleh duduk Executive Lounge dekat Airport. Boleh baring boleh mandi boleh charge telefon dengan selesa. Tapi tak pernah terdetik nak betul-betul pergi, sebab fikir mesti tak mampu, mesti untuk first class passenger je.

Sampailah masa pergi Langkawi tahun 2019. Flight kami nak balik KL petang dalam pukul 4 gitu kot tapi pukul 12 lebih kami dah dekat Airport lepas checkout hotel. Lama kan nak menunggu. Tiba je terdetik hati nak tanya dekat Executive Lounge berapa charge kalau nak masuk.

Surprisingly, masa tu takde charge masuk, cuma kena beli makanan je. Tak silap makanan dia paling murah RM20, nasik ayam. Starting daripada tulah berlakunya anjakan paradigma. Tak delah harga kayangan Executive Lounge ni. Kalau bayar RM20 boleh duduk atas sofa, boleh charge telefon, tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai, tak perlu risau beg kita kena rembat. Berbaloi sangat kan. And then tak perlu pun first class ticket. Ticket biasa pun boleh masuk. 

So starting dari tu, bila ada flight yang terlalu lama masa menunggu, saya pun menjinak-jinakkan diri dengan idea Executive Lounge.

Minggu lepas saya kena pergi ke Kelantan untuk site visit. Dengar je nama Kelantan terus rasa yihh beratnya. Sebelum ni pernah site visit dekat daerah kecil yang memang terpaksa drive tidur semalam, tempat site visit kali ni pulak dekat Kota Bharu.

Bila ambil kira cost, masa, tahap kepenatan dengan jarak tempat site visit dari airport, saya pun buat keputusan ambil pesawat ke sana. Kapal terbang paling awal ada waktu pagi sebelum subuh, jadi sempat pagi tu bergerak ke klia2 tak payah tidur dekat Kelantan. Naik flight pun lebih kurang sejam gitu lah. 

Cuma sebab nak tiket murah kan, eh this happens exactly 2 days sebelum MYairline gulung tikar. Waktu balik saya ambil tiket pukul 9.25 malam MYairline. Site visit pulak habis tengahari. Pukul 1 tengahari dah habis. Nak menunggu flight balik klia2 lagi 8 jam. Kawan dekat KB nak ajak lepak pula takde.

Pagi tu sempat borak dengan abang Grab pasal tempat-tempat menarik di KB. So saya adalah buat short itinerary berdasarkan suggestion dia sementara menunggu boarding flight malam tu.

Cumanya yang pertama, nak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain kena naik Grab sebab kalini tak drive. Total spend untuk Grab haritu je dah RM50 lebih. Dah macam tak berbaloi. Cuma untung pergi Nasi Ulam Cikgu, sebab dekat sini banyak tourist attraction yang tak perlu naik grab jalan jauh. Ada Istana Jahar, Muzium DiRaja, Kompleks Kraf.

Lepas lunch saya naik Grab menuju ke sana, dah habis lawat tempat tu semua, baru pukul 3 petang. Fikir punya fikir, nak pergi semua tempat kena ambil grab, akhirnya saya pun decide untuk terus ke airport KB menunggu flight 9 malam.

Dekat airport masa solat rasa macam nak lepak surau je, tapi bila fikir lama sangat, saya lepak kedai makan. Kedai makan ni pulak adoiyai harga makanan semua kayangan sebab dekat airport. Maggi pun RM10. Air secawan pun RM5. Saya pun fikir eh carilah Executive Lounge sini. Kalau dok kedai ni pun habis puluh-puluh ringgit.

Saya ronda-ronda aras bawah airport, macam takde pun Lounge. Dekat Google ada nampak tapi tak sure masih beroperasi tak. Yang pelik tengok dekat Google lounge dekat airport KB ni bawah seliaan Universiti Malaysia Kelantan. Bila bukak Facebook page dia, baru nampak post dia last bulan 8. Eh macam bukak lagi ni.

Tapi rupanya kena naik aras atas, kena lalu departure. Maksudnya lepas dah masuk departure tak boleh keluar dah. I was like oh okay lah aku pun takde tempat lain nak pergi. 

Tapi bila nak lalu pintu ke departure tu, pegawai tu tanya waktu flight. Saya tunjuk tiket flight 9.25 malam, saya bagi tau nak masuk ke Executive Lounge dekat tingkat atas. Dia kata saya kena ke pejabat MYairline untuk dapat pelepasan. 

Oh ok. This is new. Saya pun berjalan lah ke hujung airport ke pejabat MYairline (to think back of it, mesti staf-staf tu sekarang dah takde kerja kan. Kesian pula). Staf sana hantar mesej kot dekat bos dia, then dia kata dah boleh masuk ke departure. Saya pun kembali ke departure. 

Pegawai yang menjaga pintu departure melepaskan saya masuk, tapi pegawai kastam yang menjaga mesin Xray tu ragu-ragu. Mana staf MYairline? Dia tanya pada pegawai departure yang melepaskan saya. Setelah diterangkan oleh pegawai pintu tu, dia pun melepaskan saya. Later on bila berborak dengan staf Lounge, baru saya tahu, AirAsia dengan MYairline je yang nak masuk departure kena ada staf yang jaga. Sebab policy hand carry luggage yang strict. Jadi staf deorg akan cek. 

Kalau naik MAS dia akan lepaskan je naik. 

So lepas naik je eskalator ke atas nampaklah Karya Executive Lounge Universiti Malaysia Kelantan terpampang. Kalau tengok harga normal online RM50, tapi di kaunter dia kata harga RM29.90 saja. Oh wow ini lagi berbaloi. 

Ada 3 jenis menu dia tak silap. Satu, yang boleh pilih satu je. Yang ini ada satu hidangan carbohydrate macam nasi goreng, spaghetti, mee. 2 lagi free flow, which are air minuman dan dessert.

Masuk-masuk je saya nampak peti sejuk penuh air kotak dan air tin. Saya tanya dia boleh ambil ke air dalam tu? Kena bayar lain ke? Dia kata tak payah yaalll boleh je amek free flow. Astaga.

Saya order spaghetti Arabiatta, dengan air teh. Air panas yang kita order pun semua free flow, boleh minta dia sediakan takde limit. Saya ambil port sofa dekat celah-celah tempat tersembunyi. Lega rasanya dapat melabuh punggung dekat kerusi empuk. Charging port pun banyak. 

Masa tu ada sorang je lagi guest dekat lounge ni. Lagi syok. Tenang je. 

Baru pukul 4. Ada 5 jam lagilah lebih kurang sebelum boarding. Kerusi empuk boleh baring, toilet ada dekat dalam. Tak perlu berebut. Ada surau lagi dekat dalam Lounge. Lepas tu atas meja dia ada jajan-jajan, free flow juga. Nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan 😆 semuanya tak sampai RM30. 


Cut story short, flight saya delay dari 9.25 ke 10.45. Mungkin tanda-tanda MYairline nak melingkup dah kot time tu huhu

Anyways lamalah duduk situ sampai lounge tutup 9.30 malam. Barulah saya duduk luar tunggu waktu boarding. Kenyang ya rabbi ya masa tu. Dah tak terminum dah air tin dia, air kopi air teh semua dah minum. Siap tapau air mineral dia sebab kan bila dah lalu departure kita tak boleh bawak botol air dah. Kira ada lounge ni cheat code nak melepasi sekatan botol air. 

In conclusion, please yalls jangan pergi kalau Airport tu ada lounge. Biar je kosong. Sebab kalau yall pergi nanti ramai orang dah tak best huhu.

That's all from me today. Jumpa lagi next entry bye-yeeee

19 October 2023

Day #11 Writing Challenge: Hari kedua di HosHAS

Harini start bercakap dengan waris di katil sebelah abah. Katil belah kiri belum sempat ditemubual dah checkout. Berjaya lolos dari hospital petang tadi.


Waris katil sebelah kanan abah orangnya dari Maran. Nampak anak lakinya menjaga seorang, justeru ada suatu rasa faham kepada keadaan mentalnya. Saya bertanya di mana ayahnya. Keseluruhan katilnya tiada di sebelah. 

Katanya dibawa ke dialisis. 

Ayahnya menghidap kanser. Buah pinggangnya sudah gagal di tahap 5. Perlu di dialisis. Saya menggelarnya adik nampak seperti masih di bangku sekolah. Tapi dia membetulkan saya, katanya sudah habis belajar.

Penat. Begitulah satu perkataan yang boleh menceritakan peri keadaan menjaga pesakit di hospital. Malam tadi lebih 24 jam saya di hospital, masih memakai pakaian yang sama dari pagi semalam dari rumah di Putrajaya. Bererti lebih 24 jam juga tidak mandi. Tidur sekejap-sekejap atas kerusi di tepi katil. 

Mengendalikan Abah bukan mudah. Teringat kata-kata cikgu Zarina masa darjah dua dulu, orang tua nanti dia akan kembali jadi macam budak kecil. Tak boleh berjalan, terpaksa pakai lampin, makan bersuap, tiada lagi rasa segan atau malu. Begitulah rasanya menjaga Abah. Harini saja 4 kali Abah melepaskan hajat.


Saya pulang sebentar petang tadi, sekadar untuk mandi, makan tengahari, membasuh baju kotor yang dibawa pulang lebih 500km dari site visit di Johor Bahru. Walau sudah kembali ke kampung lebih 24 jam, belum lagi boleh merebah badan di atas katil melunjurkan kaki. Kerana berjanji bahawa kepulangan ini bukanlah cuti, terpaksa juga melunaskan tugasan-tugasan kerja pejabat.


Sementara saya di rumah, kakak menemani Abah di hospital. Anak-anaknya Boboiboi kuasa tiga ditinggalkan di rumah mak. Bertambah pula tekanan melakukan kerja di komputer. Anak-anak saudara sama-sama ingin membantu katanya. Habis ditekan-tekan papan kekunci sambil saya menyiapkan kerja.


Anak saudara saya yang kedua dari adik beradiknya rasa bosan ditinggalkan ibunya, mula tantrum. Mula-mula mengugut ingin mencampak telefon saya, kemudian ingin membuang beg saya di luar rumah. Setelah mengugut tiada duit raya akan diberikan kepadanya tahun hadapan, dia mengambil pisau ingin menikam dadanya sendiri. Ya dramatis sungguh anak saudaraku (seperti bapa saudaramu jua) gara-gara kebosanan ingin menikam diri sendiri (I have video proof BTW totally going to bring this up once he's old enough to cringe from past behaviours). One cracked screen protector and a bag of Chupa Chups lollipop later, barulah berjaya ditenangkan anak-anak saudara. 


Dalam pada diserang dua hala oleh anak-anak sedara, sempat jugalah menyiapkan tugasan sekadar mana yang kritikal. Walau ikut perjanjian asal sepatutnya lebih lagi, tapi itulah. Perjanjian asal tidak termasuk Abah ditahan di wad. Terpaksa menyiapkan kerja ala kadar.


Sekarang di sebelah Abah di wad. Abah sudah lama tidur. Masa yang ada saya gunakan untuk mengejar 15 post Writing Challenge. #ambitious. Penat. Sangat penat. 


Pak cik di katil sebelah sudah kembali dari dialisis. Abah bangun sekejap tadi, ingin bercakap dengan mak. Soalan pertama Abah "Anak-anak siapa yang balik?" aduhai meruntun. Begitulah ibu bapa kita pada masa tua, menghitung hari-hari kepulangan anak ke pangkuan. Ada ketakutan juga kita nanti bagaimana? Moga Allah permudahkan.


Besok masih ada komitmen kerja pukul 3 petang, ada online session dengan supplier. Tapi macam perlu cancel je. Not in the right mind nor have the time for a meeting.


Ada satu soalan menerpa di minda, paraphrasing Dan Brown dalam buku Digital Fortress - "Who takes care of the caretakers?" (OG line - who will guard the guards?) 


Orang telefon kita tak tanya dah tidur ke belum, makan ke tidak, OK ke tak mental? Semua tanya "Abah macam mana dah?" so far boleh lagi I think tapi I can totally see macam mana caretakers orang tua ni boleh burnout.

So yeah. Itu jelah untuk harini. Apa-apa tambahan kita update besok ya. 

Day #10 Writing Challenge - Hospital Abah dan memori-memori (2)

(langkau 10 bahagian Writing Challenge)
*menulis pada pukul 11.30 malam di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah* 

Keriuhan group WhatsApp keluarga membawa kepada mesyuarat tergempar adik beradik kami tentang topik yang sangat berat-mak dan abah bagaimana sekarang?

Dua bulan yang lalu, bengkak di kaki abah semakin membesar. Sayalah yang membawa abah ke hospital setelah pulang dari masjid waktu maghrib pada malam Sabtu. Mengangkat abah ke dalam perut kereta sendiri satu tugas yang getir, kerana abah sudah tidak mampu mengampu beratnya sendiri. Penat mendukung Abah dari katil ke kerusi roda, seterusnya dari kerusi roda ke kereta, kakinya langsung tidak memberi kerjasama. 

Tepat sewaktu azan Isyak berkumandang, tayar bergolek. Teringat malam itu, hanya berfikir Abah hanya akan dirawat dan diberi ubat, tetapi doktor merumuskan masalah Abah lagi serius dari yang kami fikirkan. Thrombosis - salur darah Abah di kaki tersumbat.

Abah ditahan di hospital pada malam itu, dan keluarga kami terus diuji. Abah sebelum ini walau perlahan, mampu mengurus dirinya sendiri. Kini Abah berdiri sendiri pun tidak betah lagi.

Sebelum ini hanya ada La untuk melihat-lihat Abah dan Mak, masak lauk tengahari, menyediakan hidangan di atas meja untuk Mak dan Abah makan pada waktu malam, menjemur dan mengangkat kain di ampaian. Mak dan Abah boleh berjalan walau dengan bantuan tongkat.

Kini tidak lagi. 

Abah tidak mampu lagi berjalan sendiri ke tandas. Harus ditolak atas kerusi roda. 

Kami bercakaran. Berhujahan dalam mencari kata sepakat. Pada akhirnya diputuskan (dengan penuh kontroversi) ada satu kitaran 10 minggu untuk menjaga Mak Abah. Abengah akan mengambil 4 minggu sewaktu pulang dari offshore, manakala baki 6 minggu akan diambil kami berenam yang lain. Bermakna setiap kami yang bekerja perlu mengambil tempoh cuti seminggu sewaktu giliran kami, tiada kompromi.

Giliran saya setelah dipersetujui, jatuh pada minggu kedua kerana tarikh yang tidak kritikal untuk tugasan kerja. Ada perbincangan yang panjang dengan majikan, bahawa saya memohon bekerja dari rumah dan bukan cuti sewaktu giliran saya. Bermakna tugasan-tugasan kerja masih perlu disiapkan walau di kampung.

Dan giliran tersebut bermula pada hari ini. Rabu 18 Oktober 2023. Sengaja saya susun jadual giliran saya supaya bermula pada hari Rabu dan berakhir pada hari Selasa, kerana tidak mahu satu minggu berderet tidak bekerja. Sekurang-kurangnya kedua-dua minggu saya akan masuk ke pejabat. 

Dan seperti kali terakhir saya menghantar Abah ke hospital, takdir saya Abah perlu ditahan di wad. Pada kali ini, tekanan darah Abah terlalu rendah - 4.5 (what's the unit here, I'm not sure). Dr mengesahkan ada luka di usus Abah, tapi Dr perlu memasukkan kamera untuk menentukan lokasinya. Sepatutnya pada hari ini Dr hanya mengambil bacaan mingguan darah Abah. Kini tersekat kami di sini. 

Dari pukul 8 pagi tadi Abah di hospital, semalam redam dalam tangis air mata mengkhabarkan kepada Mak untuk menyiapkan bajunya untuk ke hospital hari ini, katanya tidak akan kembali lagi. Mak apabila terlihat gambar jarum branula di leher Abah semakin berjujuran air matanya membayangkan yang tidak-tidak (bukan-bukan, tapi dengan cara orang Sabah menyebutnya). Tangan dan kaki Abah bengkak, tiada tempat lagi untuk Dr memasukkan jarum. 

Begitulah update ringkas tentang menjaga Abah. 20 minit yang lalu baru diumumkan Abah akan dihantar ke wad dan warisnya (saya) dimaklumkan melalui pembesar suara, kerana saya tidak dibenarkan menemani Abah sewaktu menjalani rawatan di zon kuning. Tadi sempat melihat Abah dimasukkan darah, melihatnya pun dah gelap mata, mabuk. Can never be a doctor, for sure. 

Ya dari 8 pagi sampai 11 malam di sini. Malam saya baru saja akan bermula sekarang. Menjaga Abah di wad sehingga dibenarkan keluar. Wish me luck guys. 

06 October 2023

Day #1 Writing Challenge: Rinjani

 to kakasarah and Naja: Talk is cheap people. Stop talking, start writing!



Saya baru balik dari Rinjani bulan lepas. Hampir seminggu menghabiskan masa di pulau Lombok, hanya untuk mendaki. Gunung Rinjani ialah gunung kedua yang saya daki di negara seberang, selepas Gunung Kerinci tahun 2017 dulu. Coincidentally, Gunung Rinjani ni jugak gunung kedua tertinggi di Indonesia selepas Kerinci (imma pretend Carstenz Pyramid di Irian Jaya tidak wujud), well at least gunung berapi kedua tertinggi lah di Indonesia, pada ketinggian 3726 meter dari aras laut.


Sebetulnya, rasa nervous tu takdelah teruk sangat, tak macam masa pergi Kerinci dulu. Dulu sebab kali pertama nak mendaki gunung di negara orang, tak tahu bagaimana. Kalau berlaku kejadian tak diingini, bagaimana. Nak travel ke negara dia satu cerita, nak travel dari Airport ke homestay satu hal, nak mendaki gunungnya satu hal. Nak kena fikir pakaian, peralatan, insurans, passport, ehhh segala macam lah. 


Tapi bila dah kali kedua ni macam lebih bersedia mental. Yang tak bersedianya, isu dengan passport (🤫). Nak kata nervous naik Rinjani ni tak sangat. Sebab dekat Rinjani ni money talks baby. Kau malas nak jalan? Haaa ada ojek boleh naik sampai checkpoint 2. Kau malas bawak beg? Apedehal upah sajoh porter. 3 hari 2 malam load dia angkat. Kau malas bawak ration? Settle. Semua dah include dalam pakej. Sekali dengan kerusi healing dengan tilam dia angkut naik haa. Tak larat jalan masa nak keluar? Ada ojek jugak lagi haa. Pendek kata asal ada duit, semua boleh di Rinjani. 


Berangkatlah kami ke tanah seberang pada hari Jumaat 15 September 2023, Fareez hantar saya ke klia2. Semata sebab nak pergi Rinjani ni saya beli Phone baru okay. Angkat dekat Digi plan 36 bulan Samsung S23 Ultra (#followersperlutahu #humblebrag) 


Sebetulnya phone terakhir saya beli masa tahun 2020. Rasa cukup 3 tahun boleh dah upgrade lagi-lagi memikirkan kegunaan kerja kan. 



Waktu Lombok ni sama dengan waktu Malaysia, to be precise, macam Sabah Sarawak. Pukul 5 petang dia macam 6 petang Semenanjung. 


Not sure how to approach writing about Rinjani, tapi yang saya nak highlight ialah kehilangan dan kerosakan benda-benda penting masa di Rinjani. 


Waktu hari kedua kami lepas turun dari puncak di Danau Segara Anak, kami mandi di kolam mata air panas. Saya tumpang baju basah dalam beg Syiemey, beg tu ditinggalkan luar khemah. Waktu tu dah penat kan takde teringat nak sidai ke apa. Secondly, ada porter jadi fikir baju basah takpelah nanti masuk dalam beg, porter bawak turun 🤭


Esok pagi tu masa nak mengemas barang, Syiemey tak jumpa beg tu. Dah puas tanya semua orang, semua orang yang nampak beg tu last dekat luar khemah kami. Konklusinya, sebab dekat danau tu tiada haiwan yang cukup besar mampu mengangkat beg tu, hanya ada satu kemungkinan iaitu manusia.


Paling sedih, baju saya dalam tu ialah baju YYBTN 😭😭😭 baju oren yang dok pakai sepanjang hiking trip dari tahun 2016 lagi. Terasa macam sebahagian dari identiti sebagai seorang pendaki hilang. Dengan seluar hiking dalam tu yihh baru beli tak sampai setahun pakai.


Keduanya, strap pinggang dekat beg saya yang bagi porter bawak tu pecah. Sama jugak dah 7 tahun hiking tahun ni jugak kehilangannya. Sedih sebab kita jaga dari dulu. So conclusion yang saya dapat masa tu ialah porter ni tugasnya angkat barang dari Point A ke point B, tapi samada barang tu kondisinya sempurna atau tidak, itu jatuh nombor dua. Tapi takpelah saya redho je. Cuma memikir macam mana nak ganti. Ada ke kedai sparepart Karimor dekat Malaysia?


Sepanjang bersembang dengan Kakasarah on trek, semacam ada bau-bau persaraan dah hinggap lol mungkin ini masanya melepaskan kerja-kerja mendaki ni ke generasi pelapis (ada ke pelapis????) Kira barang-barang yang hilang ni macam satu petanda lah masa persaraan dah tiba. Gitu. 

 Bye bye baju YYBTN. You are sorely missed

Anekdot lain di Rinjani - ya sangat lawa. Better dari Kerinci in terms of the view. Sebab view dia pelbagai jenis dari treknya yang panjang. 


Sepanjang-panjang ke puncak sampai keluar ke pintu rimba, pelbagai view dihidangkan. 



Ada benda-benda lain nak dicerita, tapi writing challenge 10 hari kan so kena ration-ration biar cukup 10 hari. Ok itu saja update untuk Day 1 writing challenge. Kembali ke Kakasarah dan Naja 🤣


01 June 2023

RANDOM AWESOME

 If there's a song yang boleh describe the early 2010s, I think Yuna's Random Awesome would be a great contender. 

 

Zaman indie tengah mekar waktu tu, daripada buku-buku (FIXI, Dubook), kepada music (Hujan, Yuna) kepada the explosion of blogs, permulaan zaman social media and konsep viral and memes baru nak di-grasp by the general populace. 


Zaman tudung Hana Tajima, gwiyomi. keek (?) and vines. 


To be frank though, early 2010s for me was a confusing era. Masa tu I rasa macam lagi krisis identiti dari zaman sekolah. I mean kan waktu remaja orang kata zaman tercari-cari identiti diri, tapi for me personally waktu early 20s paling tak faham. 


You went straight daripada tak boleh bercinta, tibajah orang tanya bila nak berumahtangga. Daripada zaman tak dibenarkan sama sekali bawak kereta, tibajah orang tanya bila nak amek lesen, bila nak beli kereta. Zaman peralihan daripada remaja kepada dewasa, daripada zaman study ke zaman bekerja, bila kau bukan setakat nak kena adapt dengan perubahan pada diri sendiri, tapi nak kena adapt dengan expectation dengan masyarakat yang tiba-tiba berubah. Dalam otak kita, rasa macam diri masih awal remaja, tapi orang semua suruh kita galas tanggungjawab sebagai orang dewasa.


Hari ni study, esok orang dah tanya bila nak dapat kerja. Making everything worse, harini beramai-ramai dengan kawan-kawan, esok dah sorang-sorang, semua dah tercampak ke serata pelusuk dunia. Sebelum ni kawan-kawan ialah kekuatan kita, tapi sekarang kena belajar menghadapi semua tantangan dan cabaran bersendirian. Everything moved at a fast pace, you were hardly catching up. 

 

I would be 34 this year, and lots have changed from my early 20s era. A few keynote moments in my life during the 2010s ialah I started hiking, and I pergi umrah. Both really shaped me as a person that I am today. In a sense that I began to readjust my expectations, re-calibrate my objectives in life, and reshape my circle of friends. Pergi umrah tulah kot, terus strengthen the concept that this dunia is temporary, and knowing that our main goal is akhirat, would you start to review your perspective on life. And dari situ, we start to make changes to our life. 


Pergi hiking was perhaps the best decision that I made masa umur 27 tahun. Dekat sini I began to have altogether different notions of life, that people are very diverse and awesome, and what we believe was true about ourselves might actually be wrong. I used to believe that I would never physically able to scale a mountain, now I can't even recall how many peaks I have conquered without having to list them down and count them one by one. 


Oh and unfortunately, being in your 30s, kawan-kawan yang dulu kahwin pun ada yang dah start cerai berai. Having social media lets you see every drama unfolds, every step of the way daripada kahwin, rumah tangga bergoncang, tiba dah deactivate account, tukar profile picture daripada gambar family bahagia tiba gambar sorang je takde pasangan takde anak. 


Btw I menulis ni pun sebab tiba teringat lagu Random Awesome Yuna, and how I relate to that song so much when I was 22 gitu and excited for my 24th birthday sebab lyrics dia 'No they don't know much about us, when we're exchanging glances. We'll figure out one day, what happened on your 24th birthday' tiba bukan 24 tahun, dah nak masuk 34 tahun dah pun lol


On that note people, shall I conclude this post. Bye-yeee and see you again very soon.



31 May 2023

issawap

mungkin, terabadi dalam rasa-rasa yang tidak tertera, adalah peristiwa-peristiwa yang tidak terencana.

 

ada mungkin kita melihat keindahan dari balik tirai keterbiasaan, lalu untuk seketika, sewaktu seputar  pinjaman masa, kita terpana - egois dan sayu melakur kepada satu bagian atma.


kita tidak punya siapa-siapa lagi. kita tiada punca arah yang lainnya lagi. bertemu dalam sangkar kebarangkalian, menggapai persilangan-persilangan langka, tersisih pada sisa usia yang hasad kepada kita barangkali tali takdir yang mengikat jiwa kita. 


rasa - begitulah. bagai pancawarna - 5 garisan cahaya. tidak seperti pelangi, tapi tetap tiada cela.

 

bersemadi ke dalam mimpi-mimpi, adalah hasrat untuk kekal terabadi dalam suatu rasa yang sama, suatu detik yang beku pada suatu garis kala, di suatu satah terpencil suasana, waktu dan tempat terpaling bahagia. untuk terus kekal utuh, berdiri di persada meski segalanya sudah tidak serupa.



21 January 2023

Hospital, Abah dan memori-memori (part 1)

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. 21 Januari 2023.

Untuk kesekian kalinya di sini, sudah tidak terhitung dengan jari. 

Saya menghabiskan masa kali ini menaip beberapa anekdot tentang Abah di telefon, sambil menjaganya di wad. Kadang terhenti ketika Abah minta mengurut bahu, kadang dia meminta bantuan ingin duduk ketika terlalu lama berbaring. 

Melihat dada Abah berombak turun dan naik, rasa lega bergulir dalam sanubari. Di usia Abah 87 tahun, kami masih dapat merasa kasih sayang seorang ayah. 

Saya lahir sewaktu Abah sudah berusia 53 tahun, waktu bersara ketika itu masih 55 tahun. 2 tahun lagi sebelum seharusnya pencen.

Dalam memori seumur hidup saya, bapa saya adalah seorang yang telahpun tua. Saat saya mengenalnya usianya sendiri sudah hampir ke angka 60. Saya tidak pernah mengenali beliau ketika beliau muda, apatah lagi sebagai seorang pertengahan usia. Tuntasnya, persoalan-persoalan jodoh, ajal dan maut hanya di atas sana yang mengetahui. 

Dan sedari kecil lagi, bicara Abah selalu tentang hal-hal orang tua. Sejak umur 7 tahun begitu, Abah mengingatkan kami umur 63 adalah jangka hayat umur umat Nabi. Selepas 63 adalah tahun-tahun hadiah. Maka semenjak usianya 63 tahun, kami tahu setiap tahun kami bersama Abah bila-bila saja boleh jadi tahun terakhir bersamanya. 

Tragedi pertama sewaktu saya berusia 6 atau 7 tahun. Entah bagaimana, Abah terjatuh di kebun getah sewaktu menoreh. Zapp - pisau menoreh yang tajam menggores pinggang Abah, tersiat kulitnya dalam bentuk segitiga sehingga ternampak isi, seolah kertas dinding yang mengelupas apabila gamnya tidak melekat lagi. Saya walaupun kecil memahami seriusnya skala kecederaannya - apabila Abah berehat sementelah menunggu lukanya sembuh, saudara mara kami datang menziarahinya tidak kunjung putus.

Dari nada cemas Abah bercerita, kami cukup faham jika ajal menjemput Abah ketika itu. Abah sedang bersendiri dalam kebunnya, boleh jadi dia tidak akan ditemui sesiapa setelah pitam. Nasib Abah baik, sempat ditemui orang ramai ketika dia sudah banyak hilang darah. 

Memori terawal saya tentang kecederaan parah Abah itulah, tapi di minda kakak-kakak dan abang saya, ada peristiwa yang lebih awal pernah berlaku.

Ketika kami kecil, Abah kehilangan pekerjaan. Oh ceritanya lebih panjang dari itu, tapi dipendekkan kisah, Abah lebih sanggup berhenti daripada berkonflik di tempat kerja. Hidup kami 9 beranak terus susah sejak itu.

Abah membawa kami tinggal ke kebun getahnya di seberang Temerloh. Ada sebuah pondok kecil di situ tempat kami berteduh, tapi tiada elektrik ataupun air paip. Abah mengumpul dan menadah air hujan daripada bumbung rumah ke dalam tong drum, apabila kami ingin ke tandas Mak akan mencangkul lubang untuk membuang dan kami menggunakan air tersebut untuk beristinjak.

Mujur kebun Abah ada 2 perigi mata air, untuk mandi kami akan berlari anak sambil melompat untuk mengelak pacat dari pondok Abah ke perigi.

'Dan dia tidak pernah merasa, kerana derita itu adalah dia' tulis Usman Awang dalam sajaknya Mata Ayah, dan kami merasai maksud ayat itu dengan setiap salur urat, nadi, nafas dan rasa hati terpaling dalam, bahawa setiap kesusahan kami tidak terasa bagai suatu derita, kerana kami telah bersebati dengannya.

Tragedi terawal dalam memori kakak-kakak dan abang saya ialah, waktu masih menetap di pondok Abah kami pernah berkunjung ke sebuah petak sawah milik kenalan Abah. Mereka berpesta menahan jaring menangkap ikan-ikan dalam bendang. Dalam memori saya teringat ikan melompat dari air dan saya cuba menangkap dengan tangan.

Ketika hari petang, Abah sudah resah ingin pulang. Ketika dalam keriuhan bersiap untuk pulang, kaki Abah terpijak sengat ikan keli daripada sekian banyak ikan-ikan yang telah didaratkan. 

Pap! Serentak rasa sakit menikam kaki Abah dari sengat keli. Abah berjaya memandu kami pulang ke pondok walau telah tercedera, dan malam itu, Kak Long dan Mak melakukan pembedahan ke kaki Abah untuk mengeluarkan sengat keli.

Kami semua tidak boleh memandu kecuali Abah, kami tidak ada telefon, elektrik mahu pun air paip. Malam itu, bertemankan api pelita, menggunakan pisau dapur, kaki Abah ditoreh. Apabila berjaya mengesan sengat keli, akibat ketiadaan pengepit, Kak Long terus menggigit sengat dan membawanya keluar dari daging kaki Abah dengan giginya. 

Memori ini sendiri mengingatkan saya kepada watak ibu An-Mei, Suyuan dalam The Joy Luck Club, yang menoreh cebisan kecil daging di tangannya untuk dijadikan sup buat ubat di penghujung usia neneknya, suatu resipi kuno sebagai ikhtiar terakhir seorang anak untuk menyelamatkan nyawa ibubapanya.

Pengorbanan itu - sifat hormat paling tinggi kepada orang tua, yang terlalu agung sehingga dirasai daripada sedalam tulang belulang. 

(bersambung...)




19 January 2023

seorang buta

 ada tulisan yang kita biarkan ditimpa tulisan-tulisan lainnya, lalu terus tertimbun ke dalam draft di bawah himpunan draf-draf yang lainnya. usia berlalu, tulisan itu tidak lagi relevan, hanya suatu pintasan sejenak emosi dan memori yang rawak di garis masa. saat dibuka kembali, oh begini yang aku fikir dan rasa pada detik sekian-sekian, kadang ada rasa malu menumbuh di sanubari, tersipu kerana pernah berfikir dan merasa demikian suatu masa dahulu. 


dan demikian, dalam menjalani detik-detik tertentu, rasa perlu terabadi ke dalam tulisan, tetapi lupa dan malas merajai, maka memori itu menjadi pudar, tidak pernah tertulis menjadi lembaran yang boleh dibaca semula. seiring peredaran zaman, semakin dilupai dan sampai suatu masa, padam bersama jasad yang membawanya.

 

aku masih di sini, tahun ke dua puluh tiga millenia ketiga. yang membuatkan aku ingin bercerita, adalah ada tulisan-tulisan yang diterjemah dan terluah dari rasa dan asa terpaling dalam, tiap kata diuntai dengan emosi dan juraian air mata, dan apabila kau kirimkan tulisan itu kepada penerimanya, hanya sepi yang dihambur kembali. dan kau sedari, tidak semua berbicara dalam bahasa yang sama. 


kau boleh mengarang puisi terindah, syair paling romantis, tapi jika yang mendengarnya hanyalah sebuah tembok yang tuli dan bisu, apakah maknanya? kau mampu melakar lukisan paling indah dalam seantero alam semesta, tapi yang melihatnya hanya seorang yang buta, apakah gunanya? 


untuk itu, aku mengerti. frekuensi kita semua tidak akan sama. aku hanya mampu menulis segenap rasa lara, tapi itu tidak bermaksud jiwamu yang membaca mampu meresap maknanya.

30 November 2022

seperti mati lampu

(untuk sahabatku, Azahari)

Ada bayangan hitam seringkali ternanti, bila saatnya cahaya usir. 

 

Dan bila kau pergi bersama cahaya, kegelapan mula merangkulku. 

 

Aku ingin kembali sekali lagi, walau kutahu kita tidak mampu memutar takdir. Ke hari-hari biasa kita, waktu pagi kau telah ternanti, meminta peranti hitam dariku. Waktu tengahari ketika rasa lapar menggigit, merencana ke mana kita walau pilihan terhad ke hanya empat atau lima kedai yang sama. Bila ada yang datang bertamu, kita terlupa seketika bahawa kita senantiasa berdua. Keterbiasaan adalah pententeram jiwa, menyelimutkan rasa damai saat-saat taufan melanda. 


Dan taufan sering membadai kita. Pada hari-hari dan tarikh-tarikh yang sama tiap purnama, kita bergelumang dalam timbunan kertas dan notifikasi bertubi-tubi. Ada yang bertanya, ada yang meminta. Semuanya gila - pada fikiran kita. 


Hari-hari singkat, tidak pernah lewat di sela masa, adalah cuma persinggahan sementara.


Dan kini, aku sepi sendiri. Tiada lagi mendengar tawamu bercerita, intipati-intipati kisah yang tidak kupeduli isinya, hanya melihatmu terhibur membuat hatiku terhibur sama. Ada rasa hiba yang mengikat ketat rasa hati sewaktu melihatmu pergi, tapi masih setia bibirku mengukir senyum, biar perpisahan kita tidak basah dengan air mata. 

 

Aku mahu hari ini kuingat sebagai hari yang bahagia, bahawa kau telah pergi ketika aku sudah mampu berdiri sendiri, meski kita tahu kau tidak akan berpaling lagi. 


Aku mengerti pergimu lebih baik dari kau di sini, di sisiku wahai sahabat. Walau segala deritaku pernah terpadam dahulu, walau pernah dinding-dinding ini menelanku sebelum kau hadir. Tapi kita tidak harus selamanya bersama. Jalan takdirmu bukan terus tinggal di sini. 


Kini aku kembali ditekan dalam dimensi yang sama, tiadamu untuk mengusir derita pergi. Hanya suatu ruang kosong tempatmu dahulu yang menatapku kembali. Aku akur kepada ketentuan, bahawa pertemuan kita telah berakhir di persimpangan ini. 


Tiada lagi bunyi, hanya sunyi. Kerusi kuningmu tetap menanti tuannya kembali. 


Terima kasih teman, dalam hidupku yang dewasa kau telah sudi menumpangkanku walau sekejap di pundakmu, menopang hidupku waktu semuanya hampir berantakan. Semoga bahagia sentiasa mengiringimu, semoga jiwamu basah dengan rasa damai, semoga doa-doamu dan cita-citamu dimakbul Tuhan.


Jangan kau gusar tentangku. Aku selalu begini. Aku terus sendiri. 

03 October 2022

DABONG-STONG-KEM BAHA (part 2)

DAY 2: HIGHER AIR TERJUN, SLIDING, CAMPFIRE DAN KISAH ATOQ

 

Malam bersilih siang

 

Tiap kali camping, mesti sebelum subuh automatically terjaga. waima penat macam mana sekalipun. Afiq selalu yang bangun paling awal. Well you know, pagi je mesti dah riuh dekat kem. Naja kata dia terkejut beberapa kali Adeng mengigau sebelah dia sambil mendengus ‘Sakit! Sakit!’ 

 

Bila Naja tanya Adeng kenapa, Adeng kata sejuk lol 

 

Dekat fly sebelah sana, semua  orang melurut ke bawah. Idk why, deorang kata angin lalu dekat atas jadi rasa sejuk, tu semua bermigrasi beransur-ansur ke bawah.

 

Pagi-pagi jugak dah ada group lain yang tiba dari bawah, sunrise attack. Kem yang malam tadi diam, jadi hingar. Khemah kami pulak yang paling dekat dengan air terjun, jadi semua orang akan lalu kawasan kami nak ke air terjun. Keluar dari khemah, Afiq cepat-cepat suruh saya solat. 

 

‘Pukul 6 tadi matahari dah naik!’ kata Afiq. Dari remang fajar siddiq, nampak awan karpet, saujana mata memandang. Masa tu otak belum betul-betul bangun, belum 100% boleh menanggapi sketsa alam di depan mata.

 

Lepas siap solat, terus kami melangkah ke tepi air terjun. Waktu ni dah bangkit, dah mula sedar pemandangan. Kalau semalam dah cantik, hari ni subhanallah lebih-lebih cantik lagi. 

 

 Danaunya di langit. Eh 

 

Words can’t even describe the scenery. Bayangkan kalau ada lautan yang dibuat daripada gula-gula kapas. Can you imagine that? Dan daripada celahan awan gula-gula kapas tu, matahari naik perlahan-lahan. Daripada pukul 6, sampai lebih jam 9, awan karpet masih bergulung, bermalasan. We are really higher than the clouds.

 

Kami berphotoshoot bagai nak rak, of course kan. Datang Kem Baha, merentasi 4 sempadan negeri naik keretapi, untuk menikmati alam dari satu perspektif unik. (We haven’t realised it yet, but the most important thing that we picked up along the journey was in truth, the friendship #cheesylel)  

 

 Red passion.

 

Lepas matahari dah mula panas, pinggir air terjun pun dah mula kosong, sarapan mula dimasak. Pagi ni menu nasik lemak, well mestilah kan telur dah bawak satu sarang kalau tak buat nasi lemak telur apa gunanya hahaha. Walaupun pecah satu, kata Afiq, contigency, tapi 29 bijik untuk 14 orang. Sorang still dapat 2 bijik. 

 

The clouds are the real snack there.

 

Time ni Atoq suruh kami sidai beg semua yang basah semalam kena hujan. Bapak-bapak kan Atoq hahaha macam ayah suruh anak basuh kasut masa cuti hujung minggu. Sebab seluar saya ni ada kesan darah malam tadi kena gigit pacat (guys did you know pacat – technically lintah ada 32 otak? #randomfacts) pagi-pagi ni saya dah mandi nak membasuh seluar. Lepas tu basuh kasut dan stoking sekali yang berlumpur-lumpu semalam. Penuh batu-batu besar dan pokok sekitar air terjun tu kami jadikan ampaian. 

 

 From Stong to stinggan real quick lol

 

Atoq dan Jan di tepi sungai pagi ni menggoreng cekodok tepung. Dapatlah pow deorang  seketul dua sementara menunggu nasi lemak masak.

 

Siap nasik lemak, kami bersantap di tepi sungai atas kayu balak yang melintang. Best weh tiap kali makan je ada view air terjun. Siap-siap basuh pinggan mangkuk, baring-baring bawah fly, ingatkan hari ni nak chill je dekat campsite TLDM (tidur lepak dan makan) *boleh jadi juga TUDM - tidur, UNO dan makan* tapi deorang kata Pokcu suggest naik ke atas, naik ke even higher air terjun. Actually tak tahu nama air terjun tu, tapi sebab dia dekat atas lagi daripada Kem Baha maka saya sebut higher air terjun je.

 

Saya dengan Sapek kan geng jentera berat, kami nak stay je dekat kem mula-mula. Alaa sini pun dah ada air terjun kenapa nak naik. Mindset, lepas sampai Kem Baha ni perjalanan dah tamat. Tak payah hiking dah.

 

Cue: Atoq’s entrance. Habis diuli-uli lemak dekat perut saya disuruh naik. ‘Jomlah, takde hiburan dekat atas nanti!’ Aduh senak kot jari dia cucuk. And what do you mean hiburan? Is that all I am to you? A hiburan? Tibeh emosi

 

‘Kesian dekat Sapek. Dia kan slipped disc? Siapa nak temankan dia?’ hagitu alasan.

 

Masa deorang nak bersiap tu, Sapek tanya ‘Best sangat ke air terjun atas ni? Kejap Google.’ Yeah in case you’re wondering, dekat Kem Baha ni ada line. Bila dah Google, dia tunjuk gambar dekat saya.

‘Nak naik tak?’

Wehh cantik kot air terjun atas.

‘NAK!’ 

 

Kami berubah fikiran, nak naik atas jugak. Gitu sekelip mata je berubah. #dasar

 

Sebab kasut dah basuh jemur, tak boleh nak pakai. Saya pakai selipar je naik atas. 30 minit je kata Pokcu, kali ni saya memilih untuk percaya. Gamble jelah walau takut jugak selipar Fipper putus. Oh btw selipar Fipper memang terbaik. #testimoni naik turun air terjun lepas


 

Surprisingly, walaupun 30 minit, saya rasa pendakian ke atas kali ni lagi sulit dari semalam. In terms of masa, semalam lagi panjang, tapi in terms of kesusahan, harini lagi banyak terrain yang bahaya, at least for me. Ada beberapa slope yang lagi bahaya nak naik berbanding semalam – ada batu yang bertali, ada tangga, batu-batu sungai. Ataupun sebab pakai selipar jadi rasanya lebih berhati-hati.

 

Beberapa kali ingatkan dah sampai, tapi Pokcu teruskan lagi berjalan. Nak kata betapa banyak air terjun yang ada dekat sini, mana-mana air terjun boleh stop dan jadi tempat bermandi. Sampailah ada satu air terjun tu, yang ada dua air terjun berlainan jatuh ke bawah membentuk satu sungai.

 

Dekat sini, saya dengan Fauzan sampai dulu dekat satu waterfall kecil. Fauzan turun dulu, sliding atas batu ke dalam kolam. Mula nervous, tapi tengok Fauzan berjaya je, saya pun sliding sekali. Mujur ada cushion natural di pungkoq, yang lain kurus-kurus semua kesakitan terloncat-loncat atas batu hehu rasain lo! Kutuk lagi kan hiker montel bahahahaha

 

Lama juga kami dekat sini, Nisa dengan Didiy tak naik sampai atas lagi. Deorang maintain main dekat air terjun yang bawah sikit. Ada pulak tempat kayu tumbang celah air terjun, terus dijadikan tempat bobois berphotoshoot.

 


Lepas berjam-jam mandi dan bergambar, kami turun semula ke air terjun semalam. Dekat kolam yang ini, tempat sliding lagi tinggi, kena naik tali. Semalam airnya laju, harini dah tenang. Tempat sliding ni lah selalu nampak orang share dekat socmed kalau pergi Stong. Sliding ni tinggi, nampak memang horror turun dari atas. 

 

Dekat sliding ni, ada 3 mental barrier. Pertama, kena panjat tali dari bawah nak ke atas. Kedua, nak berjalan dari tempat tali ke tempat sliding. Ketiga, nak beranjak ke atas tempat sliding tu dan melungsur ke bawah. Yang ketiga ni requires kita untuk make that leap of faith, to lose control.

 

Bagi saya mental barrier nak di overcome paling susah ialah dari bawah nak panjat ke atas. Sebab takut tergelincir mostly. Afiq macam biasa, fearless. Dia orang pertama gelungsur.

 

Orang kedua, Jan. Ketiga baru saya. Itupun berapa lama duduk dekat atas tu nak overcome the mental barrier. Lepas dah berjaya terjun oh my I was ecstatic. ‘I did it!’ saya melaung gembira. 

 


Majoriti dari kami slide termasuklah the only 2 wanita, Didiy dan Nisa, kecuali beberapa orang *jeling tajam*

 

Syiemey punya narrative hagitu always about overcoming his fear of water bodies, if I may. Syiemey paling takut kalau melibatkan aktiviti terjun.

 

Ada yang terjun lebih dari sekali. Masa bagi encouragement suruh Naja slide, saya kata takde benda nak takut. Naja tanya saya, kenapa taknak repeat kalau tak takut? Lol sekali cukuplah

 

Pokcu menutup aktiviti sliding kalini, dengan sliding secara berdiri. Standing ovation. 10, 10, 10 across the board!

 

Lepas siap sliding semua, kami kembali semula ke kem. Dekat sini Atoq mula buka cerita. Katanya tengah menderu-deru air, dia terdengar sayup-sayup anaknya memanggil. PTSD Atoq triggered kepada kejadian kepala air yang dialaminya tahun lepas.

 

Dabong Fashion Show, 2022

 

Time nilah juga ternampak satu figura yang dinanti-nanti – kak Zura dah sampai bawak tembikai laici yalls! Allahu terharu semua ada. Menjerit-jerit na kami dekat kem excited nampak kak Zura datang bawak tembikai laici dalam botol.

 

‘Nanti botol ni akak nak balik tau!’ kata kak Zura. 

 

 Kak Zura handing over tembikai laici dalam botol. We love you kak Zura! 

 

 

Later on petang tu bila sembang dengan kak Zura nak pulangkan botol, dia kata bila hujan petang semalam, dia cakap dah memang rezeki kami untuk dapat awan karpet pagi tadi. Kata kak Zura beberapa minggu lepas trip dia takde langsung awan karpet. Alhamdulillah syukur. Such an irony kan, untuk dapat the greatest view kena suffer melalui hujan lebat. Such is life. Kata kak Zura, turun je semalam dari Stong, dia pergi ke kedai makan, order tembikai laici dalam botol.

 

Balik rumah dia bekukan, pagi tadi dia keluarkan dari dalam peti sejuk bawak naik atas. Allahu patutlah sejuk lagi air tembikai laici dia. Guys, I’m actually lost for words. Bayangkan kita nak sangat air tembikai laici atas gunung, dan kita dapat air tembikai laici dalam gunung. Doa yang dimakbulkan lah kan tu?

 

Kak Zura ni kerja seharian dia ialah fitness instructor. Class. I mean literally class as in dia kata dia ada class fitness masa weekdays, masa weekend dia jadi malim gunung lel

 

Menu kami tengahari ni nasik putih, ayam masak kicap. Dapatlah sikit sorang merasa air tembikai laici (to those yang tak merasa I’m so sorry. Hit me up I belanja tembikai laici mkay dekat luar kekeke) Lepas siap makan, kami menyambung sesi bermain indoor games di setting outdoor. Kali ni main UNO Flip. Bila main UNO Flip ni all bets are off. Strategy semua takde sebab banyak sangat wildcard. Tengah nak menang tiba kena flip. Game ni jadi sangat panjang, letih gelak pun iya.

 

Petang ni si Syiemey mula dah nampak tak sihat. Kami gurau dengan dia, sebab dia tak turun sliding tu demam. Orang lain semua adrenaline dah bawak keluar, Syiemey je tak terluah. Itu jadi demam hahahahaa

 

Dah petang sikit angkat baju dari jemuran, start masak untuk dinner. Ya trip ni memang TLDM. Kami bawak keluar semua beg dari pondok guide, sebab ramai orang macam tak proper kan letak beg dekat situ. Kami jadikan beg sebagai penahan angin dekat dalam fly.

 

Tak lama tu malam menjelang, sedar tak sedar Kem Baha ni dah penuh dengan manusia. Tapak-tapak lapang yang kosong sebelum ni, harini tak semena-mena dah penuh. Nak pergi kencing dekat sungai pun segan takut orang nampak. Toilet apatah lagi penuh sokmo.

 

Makan malam, nasi dengan ayam masak rendang. I like sebab rendang dia berkuah-kuah. Selesai makan, tak tahu siapa yang mulakan, tapi campfire mula dinyalakan. Sedikit demi sedikit, kayu kayan yang entah dari mana bertimbun jadi umpan api. 

 

Ground picnic Syammil dibuka, bersendat-sendatan kami duduk. Dapatlah sikit sorang duduk melabuh punggung. 

 

Adeng jadi DJ malam ni, request lagu dengan dia. Ingatkan dia guna speaker bluetooth, rupanya letak phone dalam kole besi je nak amplifykan bunyi. 

 

Masing-masing membakar marshmallow, buat smores. Cucuk je marshmallow dekat ranting kutip mana entah haha. Nampak ada window of opportunity, saya pun terus cakap dekat Atoq. ‘Atoq, ceritalah. Pengalaman kepala air.’ 

 

Afiq = Jaafar in Aladdin

 

Sebab teringat Atoq kata tadi masa dekat air terjun apa semua terngiang-ngiang suara anaknya memanggil. Untuk sampai tahap macam tu, mesti level trauma dia tinggi sejak tragedi kepala air tahun lepas. 

 

Atoq pun mula bercerita, daripada mula dia decide sekeluarga nak camping ke Kenaboi sampailah diselamatkan orang Asli. Bagaimana tanda-tanda mulanya keluar lipan dan buih-buih dari tanah, bermakna segenap ruang dalam tanah sudah dipenuhi air. 

 

Bagaimana perlahan-lahan Atoq dan isterinya melihat kereta mereka tenggelam sedikit demi sedikit, bunyi debris mencalar kereta mereka dalam air. Bagaimana orang Asli hanya mampu memandang mereka dari jauh tanpa dapat berbuat apa-apa, dipisahkan oleh sungai yang arusnya makin menggila.

 

Saya duduk sebelah Fauzan, setiap kali Atoq bercerita Fauzan akan memberi fakta tambahan. Tanah ladang orang Asli terbelah tiga, Fauzan sendiri yang masuk ke dalam kawasan tersebut menaiki motosikal mencari Atoq. Bagaimana Fauzan secara tidak sengaja menjadi mangsa amukan amarah mereka yang risaukan Atoq.

 

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

 

- Mata Ayah, Usman Awang  


Atoq bercerita penuh perasaan kejadian kepala air yang melanda keluarganya Disember lalu.  

 

 

Pihak berkuasa mulanya menganggap Atoq sekeluarga antara mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut. Cerita Atoq ni kalau tak dengar dari mulut sendiri, rasa macam tak percaya. Tapi dari penceritaan Atoq, memang dapat rasa ketakutan waktu semuanya berlaku. Paling takut bila Atoq kata satu tahap sekeliling dia digenangi air, Atoq rasa dipanggil-panggil nak terjun ke dalam. Untuk cerita penuh, yalls boleh book trip dengan Atoq. Dengar cerita dari dia sendiri baru feel.

 

Sebab lama sangat campfire kan tibajah semua jadi lapar. Tiba request gegurls buatkan maggi lobster. Ya rabbi dap uh tapi sebab terlalu pedas takut nak makan banyak takut esok nak memerut. La ni bila fikir balik terliur rasa

 

Dalam pukul 1 jugak kami masuk tidur malam ni, sambil api terus membakar. Syammil mula nak tidur dengan adik dia, Saiful lol hemek dah siap pasang. Tapi tiba Syammil kata takut tidur dekat luar. Syiemey pulak demam jadi dia tidur dekat  bilik rawatan khemah Atoq dan Jan, jadi Syammil ambil tempat Syiemey bawah fly. 

 

Kesian Syammil malam sebelum ni dia tak boleh tidur.

 

Speaking of which, trip kali ni banyak betul kekeliruan identiti. Syiemey terkejut bila tahu Saiful dengan Syammil aren’t related at all. Juju confuse nama Syiemey dengan Syammil. Juju siap kata ‘eh ada sorang lagi kan nama Syammil?’ Juju pulak, namanya Aizuddin, macam senpai. And dekat UTP orang panggil Juju senpai, makanya bila panggil either Aizuddin atau senpai Juju akan toleh haha

 

 

 Syammil (kanan) dan adiknya yang terpisah sejak lahir, Saiful

 

DAY 3: KEMBALI KE KETAMADUNAN

 

Esok paginya kami bangun solat subuh. Nyenyak bangat ini malam saya langsung tak terjaga sepanjang malam. Sama macam semalam, pagi ni pun dah riuh. Dari pukul 5 dah dengar orang datang melihat sunrise. Yihh pagi-pagi dah ada orang suluh-suluh headlamp ke khemah kita.

 

Itik Atoq salai. Saki baki asap dari campfire tadi malam

 

Sebelum solat subuh kami beratur di toilet (gara-gara Maggi lobster pedas). BTW toilet ni takde air, kena tadah dekat air paip luar. Tapi OK lah dari takde toilet langsung.

 

Pagi ni sebab semalam tak hujan, awan karpet ada, tapi tak semeriah semalam.Cumanya, kabus molek pagi ni (does that sound Kelantanese? I'm trying 😁)

 

Smoke fills the skyAnother day in a new town for me


Breakfast kami spaghetti aglio olio (kots?) dan telur-telur yang berbaki semalam digoreng bersama baki rendang ayam. Makanan dihidang di air terjun pagi ni, kali yang penghabisan. Tapi kayu balak tempat duduk tu dah takde, semalam ada orang potong dengan chainsaw. Pagi ni kabus kadang naik menutupi seluruh kem, visibility hampir sifar. Rasanya ni selalu orang panjat Everest panggil 'whiteout' bila pandangan mata dikaburi salji dan kabut putih. Anyways, 'Makan dalam kabus', checked 😁✅

 

The last morning

 

Kami siap-siap kemas barang mana dulu yang boleh sebab nak main air buat kali terakhir. Eh tiba-tiba pulak harini ada bola, jadilah buat permainan.

 

Kami mandi di kolam air terjun tempat sliding semalam. Tak pasti apa yang membuatkan kami seronok sangat main air walhal ada satu bola je, lepas tu kami bahagi 2 team main polo. Mungkin bila dah berusia ni jarang sangat kita give in to our impulse just to have unabridged fun, kita rasa macam kita tak layak untuk bergembira macam anak-anak sebab social standing kita – sebagai seorang ayah, suami, anak, pak cik, pemimpin, pekerja yang perlu menunjukkan sisi matang setiap masa. Strip that away, and we’re left with outselves in our most basic form. Perhaps explaining why this trip was too valuable to us. To reconnect with  our inner child. To reconnect with people most valuable to us.

 

Atoq lah yang duduk tepi remind kami mengenai masa, takut kami main tak ingat dunia kang pukul berapa nak turun. Ayah-ayah kan hahaha

 

Balik ke khemah, kami mengemas baki-baki barang. Mujur kaum waniter belum turunkan khemah lagi jadi kami pun taklah rushing kemas barang. Whew finally this is it.

 

Kasut, thank God semuanya kering. Rasa inilah first trip bermalam turun semula pakai kasut yang bersih dan kering. 

 

The last group pic, I reckon

 

Kami bergambar di pintu masuk Kem Baha sebelum memulakan perjalanan turun. Sorry team sweeper, harini I dengan Sapek pengkhianat haha kami turun cepat-cepat. Weh BTW kalau makanan ontrek saya nak cepat bagi gula ialah gummy candy, makanan Sapek ialah makanan baby. Yang buah-buahan blend lepas tu hisap dari straw. First time try, tapi boleh consider untuk next trip.

 

Kali ni turun terasa cepat sangat berbanding naik. Cuma kami dah tak lalu air terjun, terus sampai ke homestay di kaki gunung. Cuma turun ni dua kali bertemu Atoq. I'm so flattered lol Atoq kan bila on track tak pernah sekali, sokmo pantas lajak ke hadapan.

 

Sampai bawah semula, siap mandi semua, kami solat dekat surau. Kereta Pokcu kemudiannya membawa kami semua ke mercu tanda Stong, seterusnya ke Che Da Mee Udang Galah. Gigih lah dia angkut kami beberapa trip.

 

Eh nilah last group pic lol 

 

Kedai Che Da Mee Udang Galah ni enak bangat dahlah murah. Satu mangkuk cuma RM15, dengan 3-4 ekor udang, ikut saiz. Saya tak suka mee kuning, jadi saya pilih maggi. Kuah dia biasa sedap dah, tapi bila pilih Maggi lagi sedap sebab ada extra perencah Maggi kari.

 

Special shoutout to Adeng, bakal pengantin!

 

Train kami pukul 11.20 malam, jadi banyak sangat masa terluang nak menunggu train. Senpai dengan Juju pioneer letak je beg dekat depan kaunter stesen, lepas tu konpiden chow macam tu. Nampak sangat kan beza confidence orang yang selalu travel overseas dengan kami ni hahaha tiber. Nampak deorang berani je letak beg situ, kami pun ramai-ramai kumpul beg tu setempat dan tinggalkan begitu saja.

 

Kami berjalan-jalan ke sekitar pekan Dabong, dekat kawasan padangnya ramai gila manusia. Kata Juju, untuk orang-orang sini, tempat nilah KLCC. Dabong City Center. Lol tagune

 

Ada pasar juga dekat sekitar Dabong. Kami belilah buah-buahan sikit, kacang-kacang sikit nak buat piknik sebelum naik tren. Saya amused tengok Atoq amused dengar anak-anak kecil kecek Kelate.

 

Sementara menunggu train, kami sempat main Uno Flip kali terakhir, Syiemey pulak demam makin panas. Train Nisa awal-awal dah tinggalkan kami, pukul 8 malam tadi.

 

Dalam menunggu-nunggu train sampai, saya dengan Sapek cerita pengalaman kami dekat surau malam pertama dekat Kem Baha, tiba Atoq pulak buka cerita lagi horror pasal Kem Baha. Katanya Kem Baha ni dari sudut makhluk halusnya terbahagi dua, yang baik-baik dekat sebelah tempat kami dirikan khemah, yang tak berapa baik dekat seberang sungai. 

 

Bercanda di tepian trek keretapi

 

 

Kata Atoq, orang-orang yang tahu kalau ada orang kena rasuk dia akan tanya yang merasuk tu datang dari mana? Lazimnya dia akan tunjuk arah seberang sungai. Time nilah Atoq bukak cerita (eh Atoq ni memang sangat atok-atok yang bercerita dekat cucu-cucu time balik kampung haha) tentang seorang karakter pendaki bernama, (urm kena ubah nama dia) untuk confidality, kita panggil namanya 'Nurfaizah' #ytjt.

 

Menurut Atoq yang pernah beberapa kali hiking bersama Nurfaizah, Nurfaizah ni sangat mudah ‘terkena’. Dengan hijabnya yang terbuka, dan badannya yang agak lemah, Nurfaizah ni paling mudah kena kacau.

 

Menurut Atoq, Nurfaizah ni family dia sendiri ada sejarah. Nama keturunannya sendiri kata orang mudah terkena. Nurfaizah ni dilahirkan dengan birth defect, tangan kirinya tak berjari. Kata Atoq, masa dirasuk dekat Kem Baha, si Nurfaizah ni korek sampah-sampah dan makan dengan lahapnya sampah-sampah tu dengan tangan kirinya.

 

Paling horror Atoq cerita pengalaman dia hiking dengan Nurfaizah di Kuala Kangsar, tempah homestay sebelum mendaki dekat satu apartment. Yang esoknya bila disiasat, apartment tu dah lama ditutup tiada berpenghuni. Entah macam mana deorang boleh book apartment tu sedangkan apartment tu rupanya langsung tiada manusia. Dekat apartment tu, masa Nurfaizah gunakan tandas, dia pandang atas. Ada wanita rambut panjang yang lehernya patah sedang turun dari atas siling ke arah Nurfaizah .

 

Nurfaizah terus kerasukan. Dalam dirasuk tu kata Atoq, Nurfaizah boleh berlari menggunakan lutut. Badannya mengerekot dua. Belum sempat menutup sesi kisah mistik kami, train pun sampai. Awal daripada jadual.

 

Atoq demonstrasi badan Nurfaizah terpatah dua #CeritaAtoq


Masuk je train semua dah bersetuju nak lepak dekat cafe. Kami letak beg terus berlari ke cafe. *Taklah berlari lol saja dramatik* Syiemey masuk je train, terus terbaring atas katil.

 

Adalah drama sikit dekat cafe ni, meja saya, Afiq, Juju dengan Didiy order maggi sup, dia buat 2 mangkuk. Mula kami ambil satu je, tapi sebab maggi dia sedap, yang salah order tu pun kami ambil hehe. Kami order teh tarik, walaupun tak kacau semua susu dia dekat bawah, manis leting bak kata demo. Kami tambah dengan air masak sebab tak tahan manis.

 

Meja sebelah – Senpai, Naja, Syammil, Saiful ada order yang silap, ada yang tak dapat.

 

Masa ni dah rasa mengantuk ya amat. Bangun seawal subuh dah takde rehat, aktiviti dari pagi main air, hiking turun dari Kem Baha, lepas tu jalan dekat bandar Dabong. Dalam 12.30 gitu, kami bersurai ke katil masing-masing. Semua salam dengan Naja siap-siap sebab dah taknak bangun subuh tu nak babai dia.

 

Bangun subuh tu, saya sedar train baru bergerak dari stesen Mentakab, means Naja dah turun. Sampai dekat stesen Gemas semula dalam pukul 7.50, sampai je senpai, Sapek, Syammil dengan Saiful dah kena berlari ke ETS sebelah.

 

Sampai je stesen, Ostad Fairus dah menunggu Didiy. Kami lewat 30 minit dari jadual. Saya Afiq Juju Atoq, Jan dengan Didiy dan Fairus breakfast sekali buat kali terakhir di Gemas. Syiemey je sorang pitam dalam kereta, tak larat sangat nak bangun. Didiy dan Fairus lepas ni nak bergerak terus balik kampung.


 

Sebelum bergerak, kami singgah dekat Family Mart, Afiq nak beli kopi takut mengantuk nak drive. Saya dengan Jujuy beli soft serve durian. Sepanjang jalan balik ni, kami bertiga choir lagu Celine Dion lol

 

Kami sampai semula ke Putrajaya pukul 12 tengahari, lepas siap punggah beg semua, Juju tak jumpa kunci motor dia. Wehh kami selongkar habis beg dia hahaha mujurlah jumpa.

 

END OF STORY

 

Whew panjangnya entry kali ni. Wasn’t expecting berjela-jela tapi itulah, mungkin sebab terlalu banyak memori dan anekdot, banyak nak dicerita. Ingat nak update kemudian sikit, tapi si Naja dah siap udpate blog dia pastu dia nak linkkan blog dia sekali, dah rasa obligated pula nak siapkan cepat haha

 

Naja jarang lepas habis trip nak update blog, apatah lagi immediately, which means banyak terbuku lah tu emosi dia nak luahkan. I can tell from the fact he hasn’t left the WhatsApp group that Naja still feels so strongly about this trip. Usually lepas habis trip bila group WhatsApp tu still active, Naja akan leave, unlike me saya stay je sampailah orang yang remove hahaha

 

So that’s it folks. Jarang ada trip yang kita selesa dengan semua ahli dalam lineup. This trip is one of the rare exceptions. Minor inconveniences kita rasa bittersweet sebab menjadi sebahagian dari pengalaman manis kita. Dan Kem Baha ni is just too perfect for us, taklah begitu accessible sampai penuh manusia takde privacy, but at the same time taklah susah sangat nak didaki. 

 

Thanks to the 13 of yalls, proof to me that it's never too late to create new friendships, to amend the friendships that have been tainted, and to be brave in face of an uncertain future, where perhaps, not all of us will stay together.  Here's to more trips together!


With that, I bid my farewell. May we meet again, young and beautiful people.


XOXO

- Bad, hiker terpaling montel



Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter