1- Nama watak yang tak logik
Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi.Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet?
Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke?
2- Jalan cerita yang berulang-ulang
“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...”Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni?
Tuhan tolong ~ ah never mind.
|
Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan.
Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz.
*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point*
Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je?
3- Perwatakan yang sama
Sampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan?Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran?
Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia.
Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan.
Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.)
Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu”
Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian.
Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira)
Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character?
Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya?
Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari.
Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je.
4- Happy ending
Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati.Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel)
5- Tidak mencabar minda
Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama.“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan.
Cuba macam ni:
Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan.
Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta.
Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!”
Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran.
Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21. Ulasan je pun.
6- Tema yang membosankan
Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa taknak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa taknak include tema yang lebih mendalam?Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama.
Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX).Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan.
Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau? Review je pun.
Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. Boring~
wah
ReplyDeletependapat yang sungguh bernas :)
*tiba-tiba saya dapat ilham ... :D
ilham nak buat apa tu? nak tulis novel cinta yang luar biasa ke? haha!
DeleteIa terikat kepada jenis penerbitan. Saya selalu pergi ke kedai buku dan lihat ada juga kisah novel cinta Melayu yang menarik. Apapun ia juga sama dengan novel cinta Inggeris. Yang wajib ada antaranya seperti adegan seks dan cinta yang berlebihan.
ReplyDeleteye, bergantung pada penerbit juga :)
Deletenak cari novel cinta yang rare sangat susah. yup, memang akan bergantung kepada penerbit novel. contohnya novel-novel FIXI ada jugak novel cinta, tapi lebih matang dan mendalam =)
DeleteSaya suka novel terbitan PTS publication. =)
DeleteAlaf 21? Mungkin...
saya pun selalu berfkikir macam ni bila baca novel....
ReplyDeleteCik Eka baca novel cinta macam ni ke? haha
Deleteha ah bedaduz... ahaha
Deleteeka ada la baca tu pun baca ekspress je..adik kita suka baca novel gini..
tumpang je sekaki..
tang nama tu memang saya sokong! hehehe
haha! kan? nama nak pelik2 je. feeling2 europe kot...
Deletece tengok website penerbit novel.
ReplyDeletesyarat2 (lebih kurang gini lah)
-tema CINTA
-nilai2 murni
-bla3..
-hepi ending
da penerbit nak, xleh expect novelis tulis lain dari apa yang dimintak.
xlaku weh. buku xdapat terjual. penerbit rugi~
(maap bahasa cam pasar lak. :))
haha. itulah, menulis novel sekarang ni semata-mata untuk keuntungan, bukan untuk pembentukan budaya ilmu. =)
Deleteurm , at least mereka membaca .. so lama2 budaya ilmu dpt d bentuk .. drp mereka sekadar baca gosip2 artis, baca bahan2 lucah .. lebih baik baca novel .. dapat jugak pengajaran n ilmu ..
Deletesuke sogok pembaca dengan cerita khayalan.. tp dh permintaan penerbit mcm tu.. hurmm, ntah la
ReplyDeleteitula..penerbit tak rasa bertanggungjawab ke nak buat cerita yang lebih bijak? kenapa nak suap pembaca dengan cerita-cerita khayalan yang takde faedah? *kalau adapun faedah sikit sangat*
Deletependapat yg awesome! aish. slalu terfikir mcm ni. tp at least hlovate dh byk tlg mengubat rindu nk bc novel blk. :P well novel mcm ni biasanya golongan matang yg suka. xsemua. but most of them. ;)
ReplyDeleteokey, baca entri ini buat minda terbuka ;). Tapi sebenarnya perkara yg paling susah utk ditulis adalah menulis cerita biasa-biasa kisah org2 yang ada disekeliling kita compare to menulis ikut formula. Sebab tu kebanyakan penulis menulis ikut formula, sebab benda tu mudah diimaginasikan dalam fikiran.
ReplyDeletelebih mudah drpd melihat-mengkaji perwatakan-dan-memahami-character itu sendiri.
Err.. cuma pendapat. hewhew..
betul2 .. kalau nak novel yg betul lain dari yg lain, tulis tentang perjalanan hidup sendri .. pengalaman2 kita dlm hidup sejak dri kcik smpai la besar .. mybe akn jdi lain dri yg lain kn sbb kisah hidup kita x sama dgn org lain ..=)
Deletetry bce novel2 hlovate,,lps bace hlovate,memang mintak kaki la novel2 alaf 21,, :)
ReplyDeleteyesszaa.... hlovate memang best!
Deleteyup betulllll...hlovate memang terbaiklah
DeleteNovel keluaran jemari Seni memang terbaik!!
Deleteramai yang mencadangkan baca hlovate...ada kesempatan saya cuba cari..terima kasih atas perkongsian kalian =)
Deletehlovate dbest!!
DeleteNovel Hlovate mmg lain dari yg lain la.. Tak dinafikan.
Deletebila anda bace hlovate anda pasti menyukai tulisan KARYA LEPAK.
Deletepenulisan yang penuh dengan pengajaran & tarbiyah.
bergantung jenis publisher jugak..x semua sama hehe,,,
ReplyDeleteSatu2nya novel Melayu yang lain daripada yang lain: Novel2 Bahruddin Bekri. tu je satu2nya novel melayu yang saya baca
ReplyDeletesokong! novel dia Diari Mat Despatch saya dah buat koleksi semua sekali 5 buku!
Deletesekarang baca FIXI dan novel2 Ramlee Awang Murshid je.huhu.dah lama tak baca novel cinta.
ReplyDeleteSalam bro...Sebagai salah seorang penulis novel dan buku di Malaysia ni...GUA SANGAT SETUJU DENGAN PENDAPAT LU...Every point of it...Aku sebagai penulis perlukan komen2 pedas macam ni...No ass kissing. Kalau ada lagi 120 000 orang berfikiran macam lu bro...Insya'Allah dunia penulisan kita boleh lawan dunia penulisan barat...
ReplyDeletego Resman go!
Deletenak mintak judul buku cik Resman boleh tak? hehe. nak cuba cari n baca...
DeleteWahh Bro...pendapat yg bernas!!!Tp ada jugak novel melayu yg lain dari plot yg biasa...Cuba baca Novel tulisan Marwilis Hj Yusof ...pasti ada kelainannya...jgn lupa jugan pada koleksi RAM's....itupun unik gak...hee...hee...saya ada terbaca gak yg ada penulis dh sentap dgn pendapat Bro ni...tp Bro x salah sbb itu pendapat msng2 kan...
ReplyDeleteSalam, suka entry ni, seperti Encik Resman, saya juga rasa kalau ada 120 000 and more than that, pembaca yang berfikiran macam tuh mahukan kelainan, insyaAllah duna penulisan kita boleh lawan dunia penulisan barat. Saya sendiri suka cerita tentang orang biasa2 tapi TANPA cinta paksa memaksa dan cuba untuk sesuatu yang berlainan. Kita boleh cubakan to be different?
ReplyDeleteand i like this paragraph : Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran? <-- something that I'm working on currently :)
Salam bedaduz..boleh cuba baca novel Seikat Kembang Merah karya Imaen atau Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya, Velvet di Durham - Aishah Madadiy (terbitan Jemari Seni)dan anda tidak akan menemui 6 perkara di atas di dalam novel-novel tersebut :)
ReplyDeletesetuju, kalau novel2 imaen, lain dari yang lain :)
Deletesetuju. saya pun pernah stop beli novel. sbb kes mcm ni la. tapi sejak saya beli dgn jemari seni. minat baca dtg balik. sampai sekarang belum stop lagi. bacalah karya2 dari publisher ni. gerenti x menyesal dh.
DeleteinsyaAllah saya cuba cari nanti. terima kasih atas cadangan anda =)
Delete:-)
Deletewalaupun ada penulis yg marah dgn awak tp pada pendapat sy awak mmg betul!!
ReplyDeletesebelum ni sy minat jugak novel tp lps asyik jumpa jln cerita yg sama, makin lama makin meluat... scene kebetulan yg dia tulis pun kadang2 mmg sgt mengarut dan tak mungkin akan jd....
paling stuju yg bab tan sri ue, kalau tak tan sri, datuk... mesti ke citer pasal anak org kaya?
Itulah sebab Faisal Tehrani,Pak Samad Said,Nisah Haron dll novelis sastera prolifik negara terasa kecik hati, sbb xde org nak baca novel dorang. Dah asyik2 pembaca sekarang suka sgt membaca novel2 picisan berjalan cerita mcm kat atas. Sbnrnya novel yg membia masyarakat bnyk di pasaran, tp novel yg merosakkan minda msyarakat lebih mndapat sambutan sbb mentaliti remaja Melayu yg suka sgt berkhayal dgn cerita 'gatal' mcm tu. Mcm mana nak ubah dorang ni ya? hmm...
ReplyDeleteokey dah jumpa komen wakil Grup Karyawan Luar Negara. heheh :)
DeleteTertarik baca entri ni....memang ada benarnya kebanyakan komen penulis blog...saya sendiri sebagai pembaca juga dah bosan dengan tema2 novel melayu sekarang.
ReplyDeleteBagi saya penulis lelaki lebih berjaya mengolah cerita cinta berbanding penulis wanita...sbg contoh: ramlee awang mursyid...dia penulis thriller tp pengolahannya tentang perasaan cinta lebih jujur...x fantasi sangat mcm penulis wanita...lg 1 contoh ialah andrea hirata...kisah cinta yg die tulis lebih mencabar jiwa untuk kita sama2 masuk dalam jiwa watak2nya yg sedang dilamun cinta.
Sebenarnya saya sendiri seorang penulis...dan sy rasa faham kenapa novel2 cinta begitu...selain kehendak pasaran, penerbit juga memainkan peranan.penulis terikat dengan kehendak penerbit...saya sendiri pernah cuba buat ending yg tragis tp penerbit tolak dan mereka ttap mahukan happy ending, hero kena beesatu dengan heroin... :-(
Tertarik baca entri ni....memang ada benarnya kebanyakan komen penulis blog...saya sendiri sebagai pembaca juga dah bosan dengan tema2 novel melayu sekarang.
ReplyDeleteBagi saya penulis lelaki lebih berjaya mengolah cerita cinta berbanding penulis wanita...sbg contoh: ramlee awang mursyid...dia penulis thriller tp pengolahannya tentang perasaan cinta lebih jujur...x fantasi sangat mcm penulis wanita...lg 1 contoh ialah andrea hirata...kisah cinta yg die tulis lebih mencabar jiwa untuk kita sama2 masuk dalam jiwa watak2nya yg sedang dilamun cinta.
Sebenarnya saya sendiri seorang penulis...dan sy rasa faham kenapa novel2 cinta begitu...selain kehendak pasaran, penerbit juga memainkan peranan.penulis terikat dengan kehendak penerbit...saya sendiri pernah cuba buat ending yg tragis tp penerbit tolak dan mereka ttap mahukan happy ending, hero kena beesatu dengan heroin... :-(
boleh cuba baca Jemari Seni, JS Adiwarna dan Fixi :)
ReplyDeleteSetuju....tulisan Noor Suraya, Imaen, Hlovate....memang best...
Deletepenyokong Hlovate lagi! haha,menarik2. tak sabar rasanya nak cari. fixi mmg judul2nya seronok dibaca. =)
Deletependapat anda ada betulnya tetapi jangan sekadar
ReplyDeletememberi pandangan tanpa buat penyelidikan
seolah-olah novel Melayu itu tiada nilainya
kata orang jauh berjalan luas pemandangan
lebih banyak kita teroka lebih banyak hasilnya
kalau sekadar mengkritik
tetapi tidak resolusi yang di cari
apa faedahnya?
saya sarankan penulis mengulit dulu karya2 hebat dari John Norafizan, Faisal Tehrani
antaranya Odisi Bulan Biru, Tuhan Manusia
jalan ceritanya segar, tidak tertumpu kepada aspek2 yang anda sentuh sahaja
malah berbeza.
cuma minda rakyat kita sudah dijajah oleh
karya-karya novel pop.
kenyataan itu pahit, tapi ia adalah kunci kepada keraguan yang bersarang dalam hati
jangan sekadar menuding, tetapi jadilah perunding.
selamat membaca novel Melayu yang mungkin taboo bagi anda.
insyaAllah, terima kasih atas saranan anda =) akan diusahakan...
DeleteTuhan Manusia berat sungguh...dah 5taun beli xhabis2 lagi baca =_='
DeleteBoleh cuba baca Jemari Seni kalau nakkan kelainan :) Mostly Alaf21 je banyak buat cerita yang macam benda-benda awak cakap tu.
ReplyDeletehehe. setuju2. jemari seni novel dia selalu sold out, n nampak kelainannya =)
Deleteyup, agree.. eisya suka baca novel dari jemari seni ataupun PTS publication ^_^ tapi kadang2 minat baca buku yang ada unsur thriller ataupu supernatural macam werewolves atau vampire tu, hahahaha ^_^
DeleteSalam n hye. Saya suke entri ni. Sangat merangsang pemikiran. Cuma saya tak rasa kita patut "generalise" novel melayu hanya kerana beberapa novel mcm onbak rindu dan adam n hawa yg dh pun ditulis beberapa tahun dulu, (cuma baru di komersilkan skrg melalui filem & drama.
ReplyDeleteCuba jemari seni. Dapat dibezakan cara penulisannya tak cliche dan tipikal. Fixi mungkin agak berat utk org yg kurang memahami bahasa tersirat dan sastera. Tp masih lagi suatu pendekatan novel melayu yg sangat berbeza.
Paling menarik saya rasa, dengan contoh menarik ayat novel cadangan kat atas, kita perlukan lebih banyak penulis mcmni supaya manusia diajar berfikir sambil membaca. Saya suka pada sesuatu yg dibaca dlm keadaan tersirat. Sebab sesuatu bahasa yang tersirat itu indah bacaannya. keep on writing what u want urself to read so people will appreciate ur writings.. :)
Just my opinion! :)
agreed with nuha ^^
Deleteada banyak lagi novel2 yang bagus untuk dibaca diluar sana ^^
Entry yg menarik. Salam tumpang lalu buat muka tak malu. Novel alam legenda; aku dan legenda. Tau Tak sehebat RAM dan penulis fantasy thriller yg lain lain tp masih lg ingin mencuba. Terima kasih. alamlegenda.blogspot.com
ReplyDeletethx atas perkongsian =)insyaAllah saya akan menjengah ke link di atas...
DeleteTerima kasih tuan Bedaduz... Ingin juga menjemput tuan untuk join group Buku Tiga Lima di FB.... Group ni amat menarik untuk mengetahui perkembangan novel pelbagai genre. Juga terdapat komen2 pembaca untuk rujukan
DeleteEntry yg menarik. Salam tumpang lalu buat muka tak malu. Novel alam legenda; aku dan legenda. Tau Tak sehebat RAM dan penulis fantasy thriller yg lain lain tp masih lg ingin mencuba. Terima kasih. alamlegenda.blogspot.com
ReplyDeletehahaha. sangat sangat setuju dengan pendapat owner blog ni.. sy pon sbnarnye selalu jugak pikir macam tu. watak dye suke berulang2 kan? jalan cerita sama. tapi, sy tetap jgk bce utk isi keboringan walaupun kdg2 boring..haihh -_-
ReplyDeleteyeah, 100% agree.. kadang2 kesudahannya we can predict.. and if berulang2, we can feel the story is boring ryte? :D hehehehe
DeleteMenarik... memang pendapat yang menarik.
ReplyDeleteTidak adil untuk pukul rata semua novel cinta Melayu adalah SAMA namun tidak dinafikan juga, ada kebenarannya lebih-lebih lagi dengan berlambaknya novel POP cinta Melayu di luar sana.
Sebagai penulis, memenuhi kehendak penerbit bermakna memenuhi kehendak khalayak besar pembaca. Tak boleh nak salahkan penulis 100% kerana selain daripada atas dasar minat, pastinya penulis juga berimpian untuk menjadi penulis bestseller suatu hari nanti.
Saya sendiri adalah seorang penulis novel yang pernah berada di persimpangan yang sama; menulis mengikut formula yang sedia ada ATAUPUN mencuba formula sendiri. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menurut kata hati, menulis karya total fantasi sehingga lahirlah novel Sayap-Sayap Tanarebt pada bulan Mac 2012 yang lalu.
Harga yang perlu dibayar - kena terbitkan sendiri (maklumlah, tak ikut formula). Namun syukur, sudah tersebar di seluruh negara (TQ MPH).
Pengalaman saya setelah beberapa bulan bergelar penulis novel fantasi - Sememangnya agak sukar untuk memecah kelompok pembaca tegar novel pop cinta Melayu. Formula yang digunakan penerbit bukan formula suka-suka, ianya telah terbukti berjaya menambat kesetiaan pembaca-pembacanya.
Namun, tiada dendam dan iri hati. Penulis dan pembaca bebas untuk punya pilihan sendiri... Tepuk dada tanya selera!
Saya berminat nak membaca hasil tulisan novel anda. mungkin boleh berkongsi judul2 yang anda karangkan?
DeleteSetakat ni baru satu judul - SAYAP-SAYAP TANAREBT: Menjejak Sang Penakluk Daratan...
DeleteSekarang tengah menulis tajuk yang kedua bawah siri SAYAP-SAYAP TANAREBT ni. InsyaAllah akan diterbitkan cukup ulang tahun pertama novel pertama, dalam bulan Mac 2013 nanti.
Boleh dapatkan novel ni di MPH, Borders, Times, Kinokuniya serta beberapa kedai buku independence yang lain.
Jomlah tengok blog saya... www.sayaptanarebt.blogspot.com :)
saya tabik penulis yang terbitkan sendiri karya dia.
Deletesaya pun bercita2 nak buat camtu nanti.berdiri atas kaki sendiri baru la dapat 100% kepuasan kan.tapi kena study ngan Sayap Tulis Publishing dulu la. ^_^
syabas 100x
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam persinggahan,
ReplyDeleteBagi saya anda masih belum cukup meneroka dunia penulisan novel sehingga anda berpendapat sedemikian. Sekiranya anda seorang yang bijak dan rajin, pasti anda ketemu dengan novel yang tinggi nilai cintanya. Berjalanlah ke hadapan meneroka dunia penulisan. Pasti anda temui karya yang sebati dengan jiwa anda.
Maaf, satu lagi. Sesebuah karya yang terhasil itu adalah daripada idea yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada pengarang. Idea bagus namun, pengarang masih belum cukup matang untuk mengulit bahan dan idea tersebut akibat desakan untuk mengaut keuntungan.
Jadilah sebahagian daripada mereka pastinya anda merasai.
Wassalam.
Sokong pendapat eva...cer masuk dlm dunia mereka..be inside their shoe n u will know...
DeleteBetul tu... masuk dlm dunia penulis, baru anda tahu apa yg mereka rasa dan fikir...
DeleteDlm apa bahasapun, sama shj. Ada novel picisan, ada novel yg mencabar minda. Ada novel Achdiat Akasyah, ada novel Feisal Tehrani. Pilihan di tangan anda. Malah faktanya adalah: novel picisan Inggeris berlambak di pasaran. Dan akan terus berlambak selagi ada permintaan.
ReplyDeletesetuju ngan zizie ali...
Deletesetuju ngan zizie ali...
Deletesetuju ngan zizie ali...
DeleteSalam...
ReplyDeleteSaya bukanlah penulis apatah lagi penerbit. Tetapi adalah kurang sopan menempelak karya orang lain. Memberi pendapat dan mengutuk tu,jauh bezanya. Karya mereka adalah hasil titik peluh mereka. Sekiranya ini merupakan mata pencarian seseorang, sekurang kurangnya ia dilakukan dengan cara halal. Ckpla srkadar memberi komen secara general agar tiada yang berkecil hati seterusnya mendoakan perkara yang tidak baik. Mohon maaf andai terkasar bahasa.. Sekadar memberi pandangan
kurang sopan juga apabila menulis novel tetapi tidak menghargai intelektual pembaca.
Deletemaafkan saya jika anda terasa, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk memartabatkan kembali karya Melayu.
kalau disogokkan dengan cerita2 cinta begini, sampai bila baru kita nak berfikir ke hadapan?
cuba cari novel Cintaku Di Harajuku. kisah pemuda melayu jd yakuza & bercinta dgn cucu yakuza smp kena buru dgn yakuza lain. mmg champ cerita ni..!
ReplyDeletesory tajuknya Hatiku Di Harajuku
DeleteinsyaAllah saya cuba cari judulnya. terima kasih untuk perkongsian anda =)
Deletetry baca Bisik2 Gelora by Fauziah Ashaari and Aku bukan Mistress by Acik Lana..Dua2 novel ni more kpd cerita reality, BBG berkisar pasal seorang perempuan yg dirogol n mengandungkan anak suaminya seorang bekas banduan yg x punya apa2, terperangkap dengan dosa lalu dan try untuk dapatkan kepercayaan suami sendiri walaupun dia mampu untuk hidup sendiri, tapi dia tetap bertahan sehingga anak dia lahir..n ABM plak pasal seorang perempuan simpanan yang asalnya seorang budak kampung yang naif menjadi mangsa seorang bapa saudara. Sangat sedih sebab dia melalui jalan gelap sendiri dan dihina hanya kerana dia seorang pelacur. Mula2 ko akan rasa novelis tu mcm menggalakkan aktiviti pelacuran, tp at d end ko akan tahu hakikat bahawa x semua orang yang jahat itu semuanya jahat. try la baca
ReplyDeletesaya sokong. baca dulu. ombak rindu versi novel x sama dgn versi filem. box office pun sebab pembaca novel nak tgk cerita ni difilemkan shj. lebih kpd situasi tipah tertipu jugak.
Deleteterima kasih atas cadangan anda. macam menarik je bunyi ceritanya. hehe. insyaAllah saya cuba belek2 nanti.
Deleteuntuk novel Ombak Rindu, saya agak tawar hati nak membacanya. tapi kalau ada urge yang kuat, mungkin jugak saya akan cuba tengok nanti. hehe.
hahaha.. mind blowing..
ReplyDeleteagree sgt2..^^
ni pandangan balas saya:)
ReplyDelete1- Nama watak yang tak logik
setuju!!!!! memang novel skang nama watak tu sgt2 tak logik esp pnulis baru. nama seswai guna 15tahun akan datang.
2- Jalan cerita yang berulang-ulang dan 3- Perwatakan yang sama
tak. ada novel yang jalan ceritanya lain. cuma majoriti sama. bila dah majoriti yang minoriti ni orang tak nampak. awak boleh baca novel2 jemari seni. *cadangan
4- Happy ending
ada jgak novel sad ending. baca Lily Buat Najah- Nazurah Aishah
5- Tidak mencabar minda
kalau novel cinta, memang tak mencabar. dah namanya cinta...
6- Tema yang membosankan
based on writer. ada novel yang bagus tp mungkin awak tak baca.
itu pandangan saya. boleh saya tahu berapa banyak novel yang awak dah baca? kalau tak keberatan boleh share kat sini tajuk novel tu. sebab saya sebagai peminat novel, rasanya tak semua novel begitu.
Looks like you are one of Jemari Seni's fan. Jom kita jadi gang, sebab at least Jemari Seni tu ada juga bab islamik dia. I'm one of Hlovate's fan.
Deletenak join Jemari Seni fan club boleh? haha! semua org mcm upvote Jemari Seni n Hlovate, which definitely means something...
Deleteboleh nak join. sangat dialu-alukan supaya awak dapat menilai semula kualiti novel cinta melayu yang ada di pasaran sekarang.
Deletetry read JS nanti hang tau apa rasanya.... hidup ni kena merasa baru tau menilai :-)
DeleteSaya setuju. Sebab saya pun tak baca novel melayu, dan lagak tajuknya yang begitu 'mengasyikkan' (konon) tak beri input yang bagus. Boleh buat bab cinta, tetapi tak boleh ke bagai perasa dalam makanan? Haihhh, otak penulis sekarang memang perlu dijaga!
ReplyDeleteyeah, agree with you also.. but demi support novel melayu,eqah baca gak walaupun jalan ceritanya berulang2 dan kesudahannya dapat di predict sendiri dan kadang2 jalam cerita tu mmbosankan,hahahaha ^_^ Sbab tu lebih suka baca novel jenis thriller,fantasi and supernatural macam vampire ataupun werewolves
DeleteSalam, buat semua yg suka entri ni. Aduss... pedas juga bahasa cili kau ya bro... Terasa aku akan kepedasannya. Apa pun aku suka benda yg kau dedahkanni. Sememangnya itulah yg seringb terjadi, sehingga aku tercari-cari buku mana yg hendak dibaca. Tapi sebenarnya masih ada penulis2 yg menulis dengan idea2yg bernas dan tersendiri, seperti Faisal Tehrani. Aku suka dia. Dia menulis dengan hati dan minda dan aku juga berharap aku akan dapat menulis seperti itu. So, sekarang apa kata kau cuba baca buku aku "Lembayung Kasih-Mu dan Persis Bidadari Syurga" Memanglah ada kelemahan. sebab aku bukanlah sasterawan. Tapi sekurang2nya aku telah lari sedikir dari konsep cerita cinta yg dimomokkan oleh penerbit novel sekarang. Sebab aku menulis dengan mesej dakwah. Masih lagi bertemakan cinta,kerana manusia dan cinta tidak boleh dipisahkan, tapi apa yg aku tulis ialah cinta kepada ALLAH melebihi cinta kepada manusia. Apa yg aku harapkan pembaca dapat mengutip segala ilmu2 yg aku sampaikan lewat hadis2 Rasulullah SAW dan juga Firman ALLAH, Bagi aku dakwah ini menyeluruh,dan kirta akan dipersoalkan tentang apa yg kita tulis dan kita baca. So, aku seru kepada penulis2 sekarang. Hidangkanlah kepada pembaca2dan juga peminat anda sekalian sesuatu yg boleh memberi menfaat dan ilmu kepada mereka,bukan sekadar hiburan yg melalaikan dan kita boleh mendidik pembaca melalui pena kita yg lebih tajam dari mata pisau.
ReplyDeleteinsyaAllah saya cuba cari nanti. terima kasih atas pandangan anda =) nampaknya bila tulis entry macam ni baru saya dapat input tentang judul2 novel yang unik dan tidak mengikut rentak novel semasa =)
DeleteOuch!!!! Terasa sebab saya pernah buat nama hero Adam Zafran dan Iqbal Rahman (Iyalah, nama Adam dan Iqbal tu dinyatakan oleh Encik Blogger). Tapi dua orang tu manusia tau, bukan cyborg. Adam Zafran tu adik kawan saya dan Iqbal Rahman tu kawan saya. (Kerjanya memang mengutip nama member-member sebagai watak novel) hehehehe...
ReplyDeleteApa-apa pun saya tak nafikan pendapat awak ni ada betulnya. TAPI tak semua novel Melayu ni macam tu. Cuma yang kita tengok novel yang di'drama'kan dekat tv kebanyakannya adalah versi kena tangkap>>>kahwin paksa>>>tak suka>>>eh, tersuka!!>>>happy ending. Biasanya novel yang dijadikan drama atau filem ni novel yang mendapat sambutan hangat pembaca. Wallahualam.
Apa kata awak cuba tulis satu novel. Dah publish beritahu sebab saya nak beli. (Ni bukan perli ya. Saya serius) Sebab saya tengok gaya penulisan awak menarik juga. Kalau awak dah tulis novel saya nak beli sebab saya nak tengok kelainan yang awak cuba bawa dalam novel awak tu untuk lari dari konsep penggarapan cerita novel Melayu yang dikatakan klise. :)
Sokong sgt2 dgn pija...so bila dah diterbitkan jgn lupa inform ktorg ye...
DeleteSalam..anda tidak adil dalam membuat pernilaian. Gara-gara anda tersalah baca novel popular yang tidak berkualiti maka anda anggap semua novel tidak bagus. Apa yang anda komen ada antaranya adalah slot dalam telemovie yang mana jalan ceritanya telah diubah dari manuskrip novel yang asal. Bukan soal cinta sahaja yang dipertengahkan oleh penulis-penulis tetapi banyak hal terutama berkaitan dengan isu semasa. Saya sarankan anda baca karya puan Norhayati Berahim dan anda nilailah. Anda jumpa nama melayu di sana dengan mengetengahkan isu semasa kini.
ReplyDeleteSaya pulak memg peminat novel melayu emm saya pilih penulislah norhayati berahim saya baca dulu novel norhosham mustapa fauziah ashaari emm shaari isa dan lain mungkin anda belum habis meneroka alam novel melayu sesekali yu layanlah jugak novel karya utusan jgn menilai dari satu dua syarikat je
ReplyDeleteOrang kata tepuk dada tanya selera... Kalau tak minat tak payah beli atau tak payah baca... Setiap orang ada minat masing-masing.
ReplyDeleteAda yang suka genre sastera atau kisah masyarakat seperti Faisal Tehrani, A Samad Said, etc..
Ada yag suka cerita ala Islamik Habiburahman, Fatimah Syarha dan seangkatannya..
Ada puak yang suka cerita thriller macam Ramlee Awang Murshid,
Ada yang suka karya Jemari Seni macam penulis Hlovate, Noor Suraya, Imaen, Ika Madera etc...
Ada yang suka cerita cinta Siti Rosmizah...
Ada yang suka cerita2 grup Buku Karangkraf @ Alaf 21 macaam Ombak Rindu dan Adam & Hawa...
Ada yang suka buku bahasa santai, bahasa sms/ bahasa pasar...
Ada yang suka buku cerita vampire mcm Twillight (By the way sudah ada beberapa penulis2 novel Malaysia yang menulis cerita tentang cinta Vampire dan juga orang Bunian)...
Ada yang suka cerita 18SX macam Harlequine, Mills and Boons...
Ada juga yang suka cerita kahwin kontrak/kahwin paksa despite cara tu salah kalalu ikut hukum agama Islam,
Ada yang suika chicklit macam Shopaholic and etc...
Ada yang suka komik/novel grafik...
Ada juga yang langsung x suka membaca apa-apa...
KESIMPULANNYA ada banyak genre novel di pasaran... novel cinta juga ada macam2 jenis cinta.. seram/ mistik/ meleleh tangkap lentok/ islamik/ masyarakat etc..)
Cinta itu sendiri Universal pada maksudnya. daripada penerangan di atas saya baca lebih menjurus kepada novel cinta meleleh tangkap lentok...
Tak boleh salahkan penulis (mereka menuis ikut format yg ditetapkan penerbit) dan penerbit juga sebab itu adalah permintaan.. when there is demand there is supply..
lagipun kebanyakan pembaca adalah wanita yg hatinya lembut yang banyak kasih sayang dalam hati mereka tetapi mungkin x jumpa Mr.Right mereka lagi atau asyik dikecewakan atau dapat suami pun jenis hampeh... maka mereka demand novel2 cinta seperti ini untuk mencari escapism bagi hidup mereka.. macam industri bollywood yg boleh terbit sampai beratus filem yg hampir serupa jalan ceritanya (hero heroin jumpa, jatiuh cinta, family halang cinta, lawan org jahat hero dah kena pukul separuh mati pun boleh menang in the end) .. sebabnya demand utk cerita sebegitu adalah tinggi di india. dikatakan hiburan itu adalah keperluan sebagai cara rakyat2 india yg miskin untuk melupakan kelaparan perut mereka.
cuba kalau lelaki di luar sana bersifat lebih caring dan sebagus hero dlm novel... saya percaya kalau lelaki2 di dunia ini especially jejaka Malaysia ada ciri2 itu tapi nama tak hebat2 maacm Adam Mukhriz dan jejaka itu x handsome mana pun, para wanita tak akan heran dah dengan Aaron Aziz atau hero novel cinta.. buat apa nak baca novel kalau kita dah ada hero yg hebat di sisi kita... penulis blog ini lelaki kan? cuba anda (ajak kawan2 lelaki anda yg lain juga) aplikasikan dlm hidup anda sifat2 heroic untuk merubah pandangan kaum hawa drp terus masyuk dengan novel2 seperti yang dinyatakan di atas.
kalau rasa novel2 begini tak kena dengan jiwa anda, senang x payah beli. kalau penulis tu menulis cerita yg tak bagus, jangan beli next book dia dah. senang cerita kan? x payah nak peningkan diri.. ada banayk lagi masalah dunia lain untuk difikirkan..
Like.. bernas!
DeleteOh my... saya suka apa awak tulis..!! ^^
Deletesetuju sgt2 bab pasal demand+supply.
dgn pasal cari escapism tu.. ^^
This comment has been removed by the author.
DeleteFakta yang bernas Iejay..gud job...Like kamu py novel..Lagu Cinta..memang novel muzikal la..terbaik!
Deletesetiap org ada pandangan masing2... saya beli buku apa yg berkenan, apa sahaja genre walaupun kadang2 x baca (tersimpan aje dalam almari) sebab saya memang suka buku drp kecil, apa yg baik saya ambil, apa yg tak baik saya tolak tepi... kalau terkena penulis yg tak best next time saya x beli lagi dah... easy peasy... buku tu cabang ilmu.. sekalipun novel cinta seperti di atas... wahyu pertama yg Rasulullah s.a.w terima pun 'Bacalah' (memanglah ayat tu x maksudkan baca novel cinta/18sx)tetapi drp ayat tu ALLAH suruh kita membaca untuk buka minda, baca untuk ilmu...
ReplyDeletepandangan yang diberi di atas memanglah tepat tapi bukan semua novel cinta seperti itu.. yang saya nampak itu lebih mewakili novel ombak rindu dan Adam dan Hawa aje... novel cinta ada macam2 tau... ya novel memang selalu klise tapi depend pada cara olahan penulis. cerita klise yg digarap dgn baik takkan jadi cerita klise... tapi kalau cerita klise yg digarap dgn gaya klise akan jadilah cerita klise. kita tak boleh elak klise dalam hidup. kalau konon tak nak klise maka bila makan gunalah cawan instead of pinggan, org tidur atas katil, pergilah tidur dalam bilik air..
Pada pandangan saya penulis blog ni sendiri tak banyak venture baca novel cinta melayu, x buat kajian mendalam sebelum tulis topik ni (jadi tak bolehlah nak tuduh penulis maalysia ni x buat kajian sebelum menulis)... x bolehlah pukul rata semua novel novel melayu seperti di atas. Marah penulis2 novel cinta Melayu dan penerbit (banyak topik pasl blog ni di FB.. saya pun tahu pasal ni drp FB).. Novel tu adalah hasil idea yg diilhamkan ALLAH. bukan senang nak menulis novel.. memang ada yg ceduk idea org lain dan buat pula novel sendiri.. Ina way itu adalah inovatif... cuma inovatif yg cukup x memberangsangkan aje... memang penulis ada tanggungjawab ketika menuis tapi itu depend pada penulis sama ada nak bertanggungjawab atau tidak..
saranan saya pergilah ke kedai buku/perpustakaan dan cari buku/novel drp genre yg anda suka (jangan asyik baca buku pasca siwazah anda sahaja dan kemudian menunding jari org yg baca novel ni x berkembang minda mereka)... kalau tak suka cerita cinta yg ada sekarang, buat review novel tu dan jelaskan kekurangan novel tu supaya penulis boleh kaji balik di mana kekurangannya.. atau email terus penulis/penerbit (sekarang kan zaman IT) supaya mereka ambil perhatian...
like
DeleteLike lagiii.. haha.
DeleteBETUL
Deleteini nama nya FAKTA - jika anda hanya membace sekadar beberapa buah novel shaja jgn mbuat andaian
terus terang sy juga tidak suka bace cerita novel yg betemakan kawen paksa - tapi jgn jadi katak dalam tempurong sebab BANYAK lagi novel yg menampilkan serita yg menarik.
tentang nama - harap awak jgn ketinggalan zaman sbab nama orang sekarang mmg byk yg sudah glamour & moden. Jadi tak kan nk tulis nama watak menggunakan nama yang antik saperti ramli, salmah jauyah jalil!
nama Exora Qistina tapi duduk ulu tembeling. saya ketinggalan zaman atau penulis novel tak realistik?
DeleteOrg kg xboleh guna nama glamer2 ker? Kadang2 yg duk kg tu la lagi glamer nama nya dari yg duk bandor neh...ish3
DeleteZaman skg xde benda yg xlogik...nak or tidak je...
saya rasa dh ramai yang letak nama anak fancy2.
Deletekalau saya ada anak nanti pun nak letak nama anak fancy2 mcm awak bg contoh tu^^
ps: Ada lagi orang letak nama anak salamah? *nanti nak check yello pages^^*
yeah, agree with you also.. kadang2 setiap kali baca novel melayu mcm ni, terpikir gak dengan kata2 you kat atas tu, sampai bila novel2 melayu macam ni but demi support novel melayu,eqah baca gak walaupun jalan ceritanya berulang2 dan kesudahannya dapat di predict sendiri dan kadang2 jalam cerita tu mmbosankan,hahahaha ^_^ Sbab tu lebih suka baca novel jenis thriller,fantasi and supernatural macam vampire ataupun werewolves tapi kebanyakkan novel inggeris lah, hehehehe.. hahaha, no offense, tu pendapat eisya sendiri :D
Deleteassalamualaikum, tahniah2!! sangat betul pandangan saudara. saya pun suka baca novel dulu tapi sekarang...
ReplyDeleteyup, novel ramlee awang mursyid sangat bagus! think out of the box!.harapnya, penulis novel cinta sekarang lebih mendalami psikologi manusia dan lebih berilmu dalam menyampaikan mesej.
biar santai asal sampai!!
Scroll sampai bawah. Banyak yang dah komen penulis/novel yang best cam Hlovate,Faisal Tehrani,Ramlee Awang Murshid.
ReplyDeleteNak promote salah seorang novelis yang saya suka jugak!! Nurul Syahida Kamaruddin. Karya terbitan Prima. :)
Hilal Asyraf. Karya terbitan Galeri Ilmu dan PTS
DeleteSaya agak setuju dgn kenyataan blogger ini krn saya student teater yang banyak meneroka keindahan seni, kualiti, hasil seni dan nilai sesuatu karya itu. Sebagai pemerhati seperti anda, saya juga peminat novel tetapi untuk membaca novel cinta agak kurang pada masa sekarang kerana lecturer saya pernah memberi kritikan semasa saya hendak menulis skrip jangan buat cerita klise seperti kisah cinta. Bukan saya nak kata cerita cinta itu tidak boleh tetapi kita explore sesuatu yang lain daripada yang lain dan larilah daripada cerita cinta krn kebanyakan cerita cinta tidak membantu kepada perkembangan otak kita, hanya hiburan, imaginasi atau lebih kpd angan2 dan sudahnya hanya tinggal mimpi di siang hari. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, ada yang setuju, terima dan juga sebaliknya. Apa pun syabas atas keberanian saudara mengupas topik ini. :)
ReplyDeletesaya setuju, banyak novel cinta yang menarik like you guys suggested. *fixi, jemari seni etc etc* saya pun pernah baca novel2 tu (eg contengan jalanan) dan kesannya memang superb!
ReplyDeletetapi cerita2 ni semua masih belum mainstream, dominasi masih dkt novel2 picisan berciri2 di atas.
n memang kita dah ada novel vampire, tapi itu pun sah2 copy idea mcm twilight.
novel cinta mungkin boleh jadi escapism, tapi kalau dah 10,000 novel yang lebih kurang sama, apa nilai escapism dkt situ?
Escapism adalah bermaksud keluar drp reliti harian.. Maka Escapism tiada kadar nilai pemboleh ubah mcm semua benda. Nilainya Infiniti. Maka biarlah ada 10, 000 novel lebih kurang sama; tidak perlu dikritik klisenya.
DeleteNak ubah sesuatu mainstream bukan mudah. Kita dah biasa dimomokkan dgn cerita cinta di layar perak. Antara buku dan tv org lebih banyak tgk tv. org kita kurang membaca. Pada saya sebelum nak ubah selera utama pembaca kita kena ubah dulu cerita di layar perak.
Cuba baca dulu cerita vampire atau bunian penulis cerita cinta melayu. Jangan pukul rata kata mereka tulis tiru twillight series. (entah2 siapa tahu twillight tiru cerita melayu.. Ikut sejarah org inggeris memang suka tiru/ ambil hak org dan claim tu adalah hasil mereka). Saya ada novel box set twillight series, pun x habis membacanya. X lalu nak habiskan. Sebab org inggeris tulis dgn ilmu dan khayalan. Org kita menulis dgn ilmu, khayalan dan IMAN...
Nak mengkritik boleh tapi jangan pukul rata anggap semua sama...
Siapa lagi nak memartabatkan hasil penulis melayu kita kalau bukan kita pembaca sendiri.
saya pun tak habis baca twilight. malah tak pernah baca pun kecuali belek sekali masa ada sale.
Deletebukan kata ceritanya meniru, tetapi ideanya. orang dah ada cerita vampire baru kita nak buat vampire/bunian
kita memang nak memartabatkan novel kita, sebab tu saya tulis entry ni. sbb nak membidas golongan novelis yang menulis tetapi enggan berfikir. mereka yang kental memperbodohkan pembaca dengan fantasi cinta mereka.
kalau kita memartabatkan karya yang berkualiti, itu sesuatu yang betul. tetapi memartabatkan novel picisan?
Habis kalau org dah buat cerita pasal ayam maka orang lain tak boleh buat pasal ayam dah? maka dia dikira menirukah kalau buat pasal ayam? sekalipun dia mungkin bercerita tentang ayam gulai dan karya yg dah ada itu tentang lawan sabung ayam. pada saya biarlah kalau konsep sama tetapi jalan ceritanya berbeza. itulah org panggil kreativiti. PM sendiri minta rakyat Malaysia berinovatif. Macam mana elak pun hidup ini adalah satu putaran. That is life. Kita tak selamanya boleh nak jadi different.
DeleteJangan kata penulis x berfikir, x buat kajian sebelum menulis. Awak baru nak menulis satu novel kan? Memang ada wujud editor di sesetengah penerbitan yg jenis tak kisah apa fakta si penulis letak sebab pada mereka novel tu fiksyen.
TETAPI ada banyak lagi editor yg strict nak tahu dan pastikan fakta yang ditulis adalah tak serong. Ada org menulis tentang bab penyakit dlm bukunya satu dua bab sahaja sebab dia baca tentang penyakit tu dah macam gaya baca jurnal perubatan oleh budak-budak medic sebab semata2 nak tahu apa yg dia tulis.
Bidasan awak ni terlalu general. sebagai pembaca, penulis novel klise dan hidup dikelilingi kawan2 drp golongan novelis, penerbit2 novel melayu etc.. saya dan kawan2 juga selalu concern tentang lambakan novel-novel kebelakangan ini yang cabul bahasanya, tajuknya mengerikan, yang tebalnya tahap kamus tetapi isinya kosong etc... TAPI kami berbincang sesama kami sahaja. Kami tak kutuk kaw2 depan2 macam ni dan point semua org dalam satu penerbitan tu adalah macam tu. Kami tak kata yg tu bagus yg tu tidak sebab kami faham setiap org ada seleranya. Nak menegur kena berhikmah.
sebagai pengguna kita ada kuasa membeli. kalau tak mahu memartabatkan novel picisan buat kempen yg betul.
sorry to say ni kalau buat paperwork untuk tesis boleh kena reject ni pasal tajuk general sangat. tapi saya tak tahulah sangat bab tesis. saya ni sekolah pondok aje. P.E.A.C.E
lol. persoalannya kenapa awak butthurt sangat?
Deleteactually saya setuju dengan most of your points. tapi x paham kenapa nak emo sangat psl entry ni.
komen awak sendiri suggest novel2 picisan tu tak bagus. so apa lagi yang awak nak sampaikan ni?
I'm not butthurt.. Tapi setiap kali anda menyebut cerita picisan, karya picisan, novel picisan, penulis picisan.. It do hurt us who are in this industry.
DeleteRakan2 dan kakak2 saya dlm industri novel yg dikira antara penulis hebat di Malaysia (malah salah seorang tu merupakan munsyi DBP) pun tak pernah labelkan mana2 karya di Malaysia ni (termasuk karya2 yg kami bimbangkan) sebagai picisan. Siapa anda yg kurang membaca dan mungkin dah lama x baca karya penulis Malaysia yg pada anda kurang bermutu, x ada nilai intelek untuk memberi label sebegitu?
Cuba try baca novel Ujang tgk menangis ke tak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDalam kategori picisan, novel "Ombak Rindu" bukanlah terlalu teruk. Pengarang telah cuba lari drpd sterotype konvensional dalam pelukisan watak. Setiap watak telah cuba duwujudkan sisi hitam dan putihnya. Malah, meletakkan watak ustazah dalam kancah pelacuran juga merupakan satu percubaan yg berani. Konvensionalnya ialah watak gadis lincah atau gadis kampung yang naif.
ReplyDeleteAdalah lebih baik jika pemilik blog ini membaca novel 'Ombak Rindu' dan melihat perwatakan secara komprehensif. Bukan sekadar mengenal Aaron Aziz, Maya Karin, Bront Palarae, Lisa Surihani. Jgn sampai nanti pasca-siswazah dituduh lebih mengenal artis yg merupakan simptom budaya hedonisme.
Deletekalau ada orang yang belanja saya, boleh juga. kalau nak suruh saya beli karya yang entah berkualiti entah tidak, macam satu pembaziran. =)
DeleteCuba namakan satu tajuk buku dan penulis yang pada anda adalah berkualiti dan anda suka sangat2?
Deletetapi jangan ambil karya klasik macam Tenggelamnya Kapal Van Der Vich (saya baca cerita tu dan ada bahasa yang saya tak suka dalamnya tapi sebenarnya bahasa itu adalah accaptable pada zaman itu), Panji Semerang, Badai Semalam etc... Namakan buku tahun 90an dan ke atas ya.
hurm, soalan yg agak susah since saya jarang baca novel Melayu disebabkan kekecewaan berganda setiap kali nak pilih buku novel dkt kedai, semua novel cinta picisan...
Deleteapa kata awak yg suggest novel apa yg best sejak tahun 90an hingga sekarang?
patutla ada entry ni. rupanya awak dah lama tak baca novel cinta melayu. hurmmmm kalau awak baca, memang tak kan wujud entry ni sebab novel sekarang dah banyak pilihan. kalau salah pilih je jumpa novel macam yang awak tulis di entry ni
Delete@puteri_kebayan : hehe...
DeleteSaya dlm beberapa tahun ni berkecimpung dalam bacaan novel melayu ni... Saya setuju ngan sebahagian pendapat ttg novel melayu ni... tapi saya rasa anda bukanlah pembaca buku yang menyeluruh dari segi genre... point yang anda berikan hanyalah khusus untuk genre 'love story' dan org yang membaca love story ini adalah orang yang suka berimaginasi tentang cinta dan bila kita bercakap tentang cinta.. kita akan perlukan point2 yang anda berikan... maka buku itu akan jadi best-seller... kena ingat.. tujuan penulis buku cinta ni selain nak melahirkan idea dan penulisan diorang... they'll go for $$$ too.. so kena ikut citarasa peminatlah... hihih
ReplyDeleteyes, pendapat saya lebih kepada genre novel cinta yang mendominasi pasaran sekarang =)
Deletekalau thriller atau adventure dsb, saya tak sentuh dalam entry ni =)
Sebenarnya soalan kenapa dan kenapa you tu, dah banyak dijawab novel Alaf 21. Tentang penerokaan tema baru dan eksploitasi minda ke arah sesuatu yang futuristik pun sudah lama bersusun di shelves Karangkraf.
ReplyDeleteKenapa saya tidak suka novel orang putih [dulu saya memang peminat nombor 1 - almaklum sekolah pun beraliran Inggeris, member pun Cina dan India saja, terselit juga sorang dua mat saleh.
1] Dari awal sampai mula, sentiasa ada selingan adegan seks. Sampai dekat yard rumah pun mesti ada hero selak baju heroin dan bla bla bla..
2]Hindustan mat saleh neyh ada kala mengalahkan Hindustan bollywood sendiri.
3]kalau bab supernatural vampire ke entah mende, hero dan heroin tersangatlah cantiknya. Melukiskan watak2 syaitan sebagai cantik dan jelita sebenarnya adalah syirik bagi yg bersubahat seronok membacanya. kerana sebaik-baik Azazil yang cantik itu menderhaka kepada ALLAH swt watala, mula2 yg terjadi ialah kedua-dua matanya TERJOJOL keluar dan menjadi makhluk seburuk-buruknya dan dipanggil iblis oleh Melayu karat macam kita dan dipanggil Lucifer oleh Mat saleh yg sangatlah HEBATnya itu...Terima kasih di atas perkongsian di atas. Cuba dapatkan atau pinjam lebih kurang seribu buah buku Alaf 21 anda akan temui sekurang2nya separuh yg anda cari itu dalam timbunan seribu itu.
like
Deletesetuju! tapi nak membaca sampai seribu novel alaf 21, tak larat nak muntah.
Deletesaya tengok sinopsis belakang dulu, kalau jalan cerita lebih kurang sama macam novel2 lain, letak terus.
vampire bukannya syaitan, asal usul tak sama. syaitan dari api, vampire asalnya manusia. tak baik letakkan hukum syirik siapa yang membaca novel2 mcm tu.
kalau macam tu membaca novel cinta yang ada adegan rogol tu hukum apa pulak? novel cinta yang ada ayat2 yang melalaikan antara lelaki dan perempuan hukumnya harus ke?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemmg x dinafikan novel2 melayu skrang ni agak sama semua jalan ceritanya,,pembaca pun dah boleh agak endingnya..
ReplyDeleteaku dah stop baca novel cintan cintun ni..
now,aku just suka baca novel hlovate,hilal asyraf,fatimah syarha, faisal tehrani
im agree with you :D hehehehe
DeleteSaya CABAR awak buat 1 novel yg xde ciri2 yg awak sebutkan seperti di atas..... ADA BERANI.....??
ReplyDeleteyes, berani. saya sedang dalam proses menulis novel sendiri. nantikan =)
Deletekalaupun novel saya haprak, sekurang2 nya saya x repeat idea2 penulis picisan sekarang....
Ya Rosni Musa -- kita tunggu novel Bedaduz - sedang mbayangkan novel yg luar biasa tidak cliche - watak bernama jauyah atau yg setaraf dgn nya - berwajah hudoh gigi jonggang pipi x cerah dan berjerawat - bercinta dan dating cara mcm mana ye? susah nk bayangkan sbb ia nya karangan Bedaduz - yg tak pernah trfikir oleh penulis sekarang ni - miahahaa ...
Deleteya sila hasilkan novel anda - dan watak lelaki macammana ? nama jamil????
Saya cuma terkilan dengan senang hati awak melabelkan penulis sekarang picisan.
Mohon maaf pada penulis sekarang - walaupon saya tidak menyukai semua novel di pasaran sekarang tapi dengan ilmu penulisan sya yg sgt sedikit saya tidak akan melabel penulis sekarang 'picisan' --- malah saya hargai penulis sekarang yang berani untuk menulis sbb menulis ini adalh anugerah ALLAH.
sangat teruja nak bace novel anda - pasti ramai yg menantikn w'pon - tapi saya tak janji nak beli sbb yg pasti cerita awak! Harap awak uwar2kan nanti bila novel awak keluar- siapa publishernya?
mmg kesihan lh awak sbb ilmu mengenai novel melayu sgt cetrak.
ReplyDeletemay b 50 % novel di pasaran ada ciri yg awak tulis tetapi 50 % lagi adalah mempunyai tema yg brlainan.
tulisan awak sangat 'overall' tidak ada penyelidikan khusus - mana data2?
bagi saya pendapat awak ini terlalu sangat 'generl' umum - yang anti novel melayu!
sila buat kajian yg menyeluruh bukan generalisasi - x pon awak buat kertas kerja - proposal kajian novel melayu sejak 5 tahun kebelakangan ini --- dengan fakta detail.
saya bukanlah pembace tegar atau pon penulis tapi untuk menghukum semua novel melayu sekarang saperti yg awak tulis di atas adalah salah ---- jangan memperlihat kn kejahilan awak mengenai perkembangan novel melayu sekarang. Adakah isu ini awak pernah bentang kan di Universiti atau forum atau diskusi umum?
jika belum - sila buat penyelidikan khusus buat kertas kerja dengan FAKTA sekali.
sila bace novel dari penulis bebas saperti Haiza Najwa, RAM, Karya Lepak.
saya tak menghukum semua novel macam ni, sila faham. tapi kalau anda sendiri cakap 50% novel2 mcm ni, tak ke itu bermaksud separuh? separuh daripada novel melayu x berkualiti but still anda nak defend? what crap is this?
Deletethis is just an opinion, takde nya nak ketengahkan sampai peringkat data semua. takde masa nak ketengahkan data. tapi kalau dah sampai ada org fikir mcm ni, sama ada dengan data atau tidak, dah menunjukkan persepsi negatif terhadap karya2 melayu.
saya tak kisah dipanggil jahil, sekadar nak membuka mata masyarakat pembaca tentang dilema pembaca melayu sekarang yang ingin berfikir.
Haiza Najwa pon ada komen dkt sini, yang RAM dan karya lepak insyaAllah saya cuba baca nanti. thx btw =)
Siapa kata vampire bukan syaitan dek. Allah mencipta tiga entities neyh Malaikat, Jin dan Manusia. Iblis itu juga berasal dari Jin berbapakkan Jaan.
ReplyDeleteBaca fakta neyh.
Jin adalah makhluk halus yang diciptakan Allah dari api. Jin yang membangkang dan ingkar serta mengajak kepada kederhakaan kepada Allah adalah satu jenis syaitan. Manusia yang derhaka dan mengajak kepada kederhakaan juga adalah syaitan. Jadi syaitan tidaklah semestinya hanya diwakili oleh golongan jin tetapi ia juga diwakili oleh manusia. Sebagai latihan, adakah Firaun dan George Bush boleh dipanggil syaitan??
Syaitan dengan penjelasan ini boleh terdiri dari jin atau manusia. Kedua-dua golongan ini mempunyai sifat yang berbeza tetapi tugas yang sama iaitu menyebarkan keingkaran dan kederhakaan serta kerosakan di muka bumi. Apa yang dinyatakan ini amat selari dengan firman Allah dalam Al-Quran surah Al An’aam:112 dan An Naas:1-6
112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, (Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi)
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
YANG DIMAKSUDKAN PEMBISIK ITU ADALAH SYAITAN LAKNATULLAH.
kak, (since u called me dik), please don't quote Quran out of context. this entry ni entry bodoh2 je, janganlah nak dibawa ayat al-Quran ke dalam pertelingkahan ni.
Deletevampire dlm cite mat salleh tu actually manusia yang lahir dari keturunan manusia tapi tak boleh mati *kecuali cucuk kayu dkt jantung dia*
saya faham maksud akak dari ayat al-Quran ni, tapi janganlah take this entry too seriously. blog ni bukan boleh quote utk penulisan ilmiah pun, tulis suka2 je.
mintak maaf kalau terasa.
menulis bukan main suka2 atau saperti yg awak cakap "this entry ni entry bodoh2 je" dik Bedaduz.
Delete*harap lain kali jangan buat entry 'bodoh2'(i quote ur statement)
apabila awak menulis brerti awak mesti bertanggung-jawap/accountable dengan tulisan awak sendiri - dan yg pasti pembace will take this entry seriously - sbb awak telah melabel penulis sekarang tak kreatif/picisan.
Dan saya rase memang ramai penulis novel yang mbace entry ini akan 'terasa' dengan kata2 awak.
urm, saya peminat cerita vampire .. bukan vampire tu dikira syaitan ke ? dia x mati sbb dia terikat dgn perjanjian antara manusia dgn syaitan kalau x silap .. tu sebab dia x boleh mati melainkan kena tusuk kayu kat jantung .. so x leh nak bangkang statement akk kat ats bulat2 .. sbb xde manusia kat dunia ni x boleh mati sbb da ajal dorang da ditentu kan .. betul x ? klau syaitan ye .. even vampire tu muncul bila dalam aliran darah dia ada bercampur dgn darah vampire (kena paksa minum), n dia mati waktu darah tu ada lagi .. so dia hidup balik lpas tu .. kn mkna ny dia da dikira kturunan syaitan sbb mati hdup balik .. impossible bleh jdi dlm dunia realiti .. huhu .. maaf la ye lau pe yg sy ckp salah sbb bnda ni bdasarkan pngalaman sy tgok n baca kisah2 vampire ni .. bukan sy nk sokong kturunan syaitan, tpi tu la .. minat dgn kisah2 cmtu ..
Deletebeginilah,
ReplyDeletedari 10 anak yang dilahirkan, tak semuanya cemerlang.
begitu juga bila kita mengeluarkan sesuatu.
Dari 10 yang dihasilkan, mungkin cuma 1 atau 2 saja begus.
tapi, yang lain bukan tak bagus, cumanya ada kekurangan.
Lebih banyakkan membaca ya. :)
terima kasih atas saranan =)
Deletebukan berniat mengungkit kekurangan, tetapi mengajak sama2 berfikir memperbaiki kekurangan...
God, people in here who are butthurt are so annoying. It's a personal opinion. Does he say he wants to ban Malay novels? Hell no! It's just about what he thinks his problems about Malay novels and his reasons, which are personal opinions. In my opinion, I see the local authors restrict themselves, not going for a more different approach, they just follow the majority of what other authors are doing. I'm talking about those love stories. yeah, there are new books like Fixi and such, Hooray... But are they popular? They're still not in the mainstream. The mainstream are the type of books that was typed on this entry, which is true. My advice, why not try like, you know, do like a Cecelia Ahern, Sophie Kinsella or her other self, Madeleine Wickham, those type of stories. Modern romance but still tasteful, add a Malaysian flavour in it. I know originality is hard to come by, but repetition bores the readers and kills the interest of the readers. I know there are other different, great stories, but care to think why they are not popular, or not picked up by the media bigwigs to turn it into a TV series? All I'm saying is, break the chain, try something different, it's not like I want it to change suddenly, but find the inner creativity in writing original material and then it can bloom into successful writing. All of you are missing the point of this entry. You let your emotions control you. You defend at the wrong angle for this entry. Think before you comment.
ReplyDeleteyeah, agree 100% with your statement ^_^
Deletesatu entry angkuh yang mahu menjulang ilmu sendiri.
ReplyDeletesatu komen angkuh yang enggan mengakui kebenaran.
Deletesaya PALING xbrape stuju dgn pndgn awk ttg 'Nama watak yang tak logik' .... bg saya lg xlogik org yang kate xlogik ttg nama watak dlm novel (phm ke ?? ) bg saya sndri , dunia realiti skrg pon dah ramai org yg nama yg kita jrg dgr ... so,xmustahil n logik kalo dlm novel pon nk ltk nama watak yg sebegitu ... xperlu nk timbulkan isu sgtt ttg nama watak ... benda biasa... xperlu kata xlogik .... just my opinion ~
ReplyDeletettg pndgn awk yg laen , saya agak b'setuju jgk laa~
This comment has been removed by the author.
DeleteYup... Saya rasa point yang nama hero dan heroin tu yang paling tak logik. Saya menulis letak nama hero dan heroin guna nama kawan-kawan saya... (Terasa sebab nama hero novel saya dinyatakan oleh penulis blog. Dia bukan cyborg dan dia wujud..) :)
DeleteHanya bangsa MELAYU mampu memartabatkan BAHASA MELAYU...
ReplyDeleteSaya xmau komen tentang picisan or klise or what so ever...masing2 ada minat tersendiri...klu suka...beli...xsuka diam2 sudah lah....cuma yg menarik perhatian sy...cara pendapat or hujah2 yg disampaikan...
Yup..betul...ini hanya pendapat...xsalah memberi pendapat...yg salahnya menghukum sebelum tanpa mempertimbangkan dengan akal kurniaan Allah swt...
Adakah kite tergolong dgn masyarat timur yg dah hilang ketimurannya...or kita masih lagi masyarakat timur yg masih kaya dgn budi bahasa..
Penulis blog ada mengatakan penulis malaysia ni terlalu direct...cer buat kami2 pembaca ni berfikir...jadi apelah salahnye kalau penulis blog ni mengaplikasikan apa yg diperkatakan dulu...sebelum terus menghukum...
Xsalah menegur...penulis malaysia ni bukan la xboleh ditegur langsung...tegurlah...setiap teguran dialu2kan...asalkan berhemah dan bukan hanya menghentam...ye la...skg dah moden...zaman dah maju...dunia dah canggih...mane ada adab sopan...berbudi bahasa...ye tak...cer guna pakai zaman dulu2...menegur secara belapik...cthnya mak2 kite tegur supaya jgn duduk atas bantal...nanti bisul bontot...padahal sebenarnya bantalkan tempat letak kepala...
Jadi dimana sebenarnya jati diri kita sebagai bangsa melayu tu sendiri..fikir2 dan renungkan sejenak...
Laa... entry bodoh ke? Sorry... salah masuk, tak perasan.
ReplyDeletekak, pembetulan. entry bodoh2 x sama dgn entry bodoh. kata novelis melayu, kiasan bahasa tak faham ke?
Deleteoh btw. entry bodoh pon ada org tu masuk 3-4 kali nak komen. orang tu bodoh jugak ke?
btw, saya baru baca sedutan novel akak. agak menarik jugak (jujur). mungkin ke nanti baca novel akak boleh terbukak hati saya nak baca novel cinta melayu yang lain?
well, mana tau kan. arini saya kutuk novel melayu, esok saya jadi peminat akak paling besar. novel akak pon disebut2 dalam ruangan komen ni.
peace! jangan over stress dgn entry bodoh2 ni. teruskan berkarya dan cipta kelainan =)
assalam .. berkenaan dgn entry awk, ad bnar ny .. mmang kbnyakan novel jln cerita dia lbih kurg .. even sy pon kdg2 jdi bosan .. tpi kita fikir positif .. myb penulis tu bru masuk ke dunia penulisan .. so belum arif selok belok yg sbenar .. utk point nama x logik tu , kita x boleh nak kutuk penulis .. sbb mcm feeqa jeeda ckp, nm org zmn skrg pon da pelik2 .. bgi sy asal kn nme tu still ada mksud dlm Islam, x salah .. cuba byg kn nama hero ny "Busu" .. agak2 rating novel boleh naek x ? oke, kita tukar kpada point perwatakan sma .. ad statement yg ckp psl mat salleh tbe2 tau speaking malay .. x kn kita nak harapkan novelis describe word by word mcm mana mat salleh tu boleh ckp melayu kn ? nanti silap2 novel meleret sbb nk dscribe satu2 .. pstu nnti silap2 ad yg komen kata novelis skrg cerita meleret2 lak .. kita x nk mcm tu .. utk novel happy ending, x semua ny yg happy ending .. ad jugak yg sad ending .. tpi silap2 klau sad ending, pmbaca request dgn novelis tok smbung novel tu .. ad sequal .. n last2, happy ending jugak kn ? n utk novel yg x mncabar minda tu, sbenar nya nak menulis novel pon bukan senang kn ? ilham bukn dtg setiap masa .. klau novelis buat novel yg mncabar minda, silap2 xde sape nak beli sbb bacaan ny berat .. sdang kan org nak beli novel juz for fun .. nak hilangkan stress .. nak berangan2 .. mcm cerita hindustan, kita tau cerita tu x logik .. even cliche sgt .. pattern yg sama .. tapi knapa org still nak tgok ? sbb org nak hiburkan hati .. nak suka2 .. mcm novel jugak .. kalau novelis buat cerita yg "berat", silap2 org pon x nak beli sbb silap2 makin stress bila baca novel tu .. tapi macam tu la .. novelis berkarya sbb nak menzahirkan idea n ilham mereka .. n pembaca beli novel sbb nak isi masa lapang .. mcm sy, sy beli novel sbb nak release tnsion sy ble sy stress .. n by the way, bila baca novel, at least ad pngajaran, ilmu n pengalaman yg kita leh dpt .. tu yg penting sbnar nya .. ni pndapat sy la bdasarkan entry awk .. juz pndapat general .. bukan nak defend atau apa .. smua ada pndapat masing2 kn .. terpulang .. =)
ReplyDeleteharap jgn ada yg marah ye dgn pendapat sy .. sbb nama pon pndapat ..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya peminat novel. dan mgakui mmg kebanyakan novel seperti yg anda katakan. jln cerita same, kisah maktiri, kena dera, antara dua darjat, orang kaya semua. dan sy juga tak berminat sgt dgn cerita seperti itu, maka harus pandai pilih novel dan jalan ceritanya, ade beberapa novel yg saya beli tapi tak habeskan, antara sebabnye, sprti yg anda katekan. i cant go through reading all that lame part^^. tapi ade satu penulis cerita novel melayu yg hebat, penuh nilai. dan dijamin tidak seperti anda katekan. *walaupun name watak agak org putih jugak*. HLOVATE. pasti awk thu^^
ReplyDeletesalam singgah. Assalamu'alaikum.
Hlovate dh lama tak ade novel baru
Deletetapi pasti penulis baru saperti KARYA LEPAK jugak sangat berbakat!
era penulisan yang baru walaupon tetap tema cinta!
selain hlovate, karya lepak, acik lana, Rehan Makhtar, nasz, hanni ramsul, sha ibrahim.. try cari karya dorg. :)
Deletesebenarnya byk lagi penulis selain nma di atas.. tp so far bg sy ni yg memberi impak kpd pembaca novel tegar spt sy.. Mmg ad novel spt yg saudara nyatakan di atas. Tp ada byk lagi menarik n ada kelainan.. pernah bce novel Bila Nak Saksi (watak Usop N Jelita - nama biasa jer).. novel Aku Bukan Mistress (lari dri kelainan), hanni ramsul - biar YM berbicara..
Deletesemuanya mempunyai jalan cerita yg berbeza tp masih bwh genre cinta.
apa2 pun trima kasih atas pandangan saudara! :)
ada jer genre seram2 apa semua tu. tpi x banyak novelis mampu tulis. bukan penulis x cuba, tapi kebolehan tu ada tanda titiknya. dan hanya sesetengah penulis dikurniakan kebolehan menulis cerita novel yg lari daripada kebiasaan penulis lain. carilah :)
ReplyDelete*err, act kalau nama saya diletak dlm novel sah2 semua org kata 'wujud ke org nama ni?' ahahaha! Nama biasala nak grand sbb budak skolah pun giler nama punya gempak kot. tapi kebiasaannya org pempuan kalau dia baca satu novel n dia gilakan story tu, nama anak pun dia bubuh dngan nama hero @ heroin. ~tu yg nama budak skarang ni gempak2 kut?
mak bapak sekarang ni kalau nama anak tak panjang 2 patah perkataan lebih tak sah la. Rare mak bapak yg kasi nama anak dia Salmah skang ni. hihi. sorry just pendapat juga, menyemak aje kat blog awak. :)
haha.. nmpk komen rin kat sini^^ setuju pasal rare mak bapak kasi nm anak dia salmah skrg ni.
Deleteanyway.. ini baru betul2 komen sy tentang entry awak.. (^__^)V
saya baca entry awak, byk point yang saya setuju. dan ad jgk point yg sy baca gelak je. (^O^)ㅋㅋㅋㅋ
semua ada ad cita rasa sendiri, kalau baca kat komen kat sini mostly fans hlovate n JS dah dtg recommend novel kat awak, sy akui novel hlovate mmg lain dari lain, jalan cerita dia tak ada sama dgn org lain, tapi...saya bukan peminat dia.novel dia bagus(selalu sy akan suruh org lain cerita kat saya jln cerita dia kat sy), tapi kdg2 saya tak faham apa dia tulis (@.@ maybe sy tak cukup bijak mcm org2 lain).
Hlovate, sy beli, paksa adik baca dan suruh dia cerita balik kat sy.
saya suka novel yang bila sy baca, boleh emo kaw2. hehehe ^^;;
pasal jln cerita sama; sgt setuju especially pasal kawen paksa, tangkap basah, kahwin sbb wasiat etc etc.. bersepah2 kat kedai buku kan?
bg awak itu something yg negatif, tp bg saya tak. *ok, sy tau awak mst kata sy x betul*
sebab. dengan peliknya sy ni suka novel2 mcm dan kemudian compare dgn novel2 yang lain yg sama tema, mcm mn penulis tu buat novel dia tak sama mcm org lain punya.(rasa mcm menonton movie/drama remake pun ad, Huan Zhu Gege zhao wei version VS New Huan Zhu gege)
ap yg jadi, kalau ad org ke-3 dlm tu, sy nk tahu mcm mn dia kacau hero+heroin ni. tema yang sama, tapi ap yg jd dlm novel tu selalunya tak sama.
mcm mn nk ckp eh *sy risau awak confuse dgn ap yg sy ckp*
sy bg contohlah ye, novel siti rosmizah.
Novel SR mmg best seller, mmg ulang cetak berbelas kali. tp novel dia semua cerita pasal org kawen tanpa cinta, saya dh baca semua novel dia. tema yg sama tp tak serupa.
contoh:
7hari mencintaiku - kahwin tnpa cinta, heroin dia mmg spoil gila, selalu gaduh dgn mak mertua. last skali baik..happy ending.
takdir itu milik aku - kahwin tanpa cinta, heroin mmg dungu nak mampos (tahap campak novel kat dinding smbil curse: dungu betul kau ni!!! bodoh!!!) laki dia mmg mcm sial punya kejam(m0128xm08j7^$&(GBbbbb7 *cursing never end*)..last2 insaf.. baik..happy ending.
nmpk mcm sama, tp lain..
mungkin bukan saya sorang yang fikir mcm ni, kalau tak mcm mn novel2 pasal kawen tanpa cinta ni still boleh jual.
sorry...sy tau komen sy tak bernas mcm komen org lain, dn sgt mengelirukan. sy dtg sini nk menyuarakan pendapat saya je.
Semua org ad pendapat yang tak sma. ^^;;
ps: sy nmpk awak komen awak nak buat novel.. sy tggu..(sy xperli ye.. mmg ikhlas ni.)
wah menarik :)
Deletekalau gitu memang berpijak di bumi nyata.
tema cinta memang klise, sebab setiap manusia akan melalui fasa tu.yang buat bosan ialah cara penulis mengolah tema tu ^_^
Salam...saya suka membaca, tak kisahlah; novel cinta, novel thriller, novel islamik, novel fantasi, travelog, sejarah, motivasi...dll. Karya Acik Lana, Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Noor Suraya, Faisal Tehrani, Hamka, Hlovate, Pahrol Mohd Juoi, Xarine, Ust Hasrizal Abd Jamil, Abd Latip Talib,Harun Yahya, Nirrosette..dll. Semua saya layan, yang baik saya ambil, yang buruk saya buang dan yang tak logik saya simpan..hak masing-masing untuk memilih..macam bila kita makan, kita perlu ambil makan yang berkhasiat untuk makan, tapi kadang- kadang tekak kita nak juga makan makanan ringan..macam tu juga pilihan makanan; ada orang tak suka makan sayur, ada orang suka makanan manis..semuanya terletak pada diri setiap individu itu sendiri..kita tak boleh salahhkan penulis, pilihan terletak ditangan pembaca...
ReplyDelete* saya tak suka mengkritik sesebuah karya kerana karya mereka, ibarat 'periuk nasi' mereka...
I like 14 juta kali!
Deletenama penulis di atas mmg dh byk kenal terutama Fauziah Ashaari Aisya Sofea - mereka penulis yang tidak mudah melatah saperti beberapa penulis baru.
DeletePenulis islamik saperti Pahrol Mohd Juoi memang kita tabik!
penulis terbaru di blog yang rasayne mbuat karya yang tidak teralu cliche ia lah Karya Lepak. sila lawati blog beliau.
Tidak keterlaluan di katakn tulisan Karya Lepak juga hebat saperti Hlovate malah lebih sopitiskated dan berilmiah.
This comment has been removed by the author.
DeleteAdik penulis blog akan menjadi penulis kan ? Selepas saya membaca semua komen di dalam. Reply itu dan ini..rasanya patut saya juga menulis komen. Malam tadi, sudah mengarang bagai nak gila, akhirnya tekan publish dan error. Haaaa..hambik ko Mardihah.
ReplyDeleteBaiklah, untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Hatta menjadi pembaca yang berjaya kita harus membaca. Baik. Saya bawa perbincangan ini kepada menjadi penulis yang berjaya. Bila menjadi penulis, pokoknya turut sama menjadi pembaca. Betul tak?
Pesan Dr Faisal Tehrani, mahu menjadi penulis berjaya ada tiga syarat.
1) Membaca
2) Membaca
3) Membaca
Mahu tunggu “urge” dan kawan belanja beli novel Ombak Rindu melampau sangatlah namanya wahai penulis blog. Kesian ….Kemudian melabel penulis novel picisan amatlah saya rasakan melampau teramat-amat waima penulis itu sebenarnya sudah menulis dan periuk nasi mereka haruslah kita jaga. Sama macam kau tak suka makan pedas, janganlah letak cili padi seperiuk dalam sambal. Itu cari nahas namanya. Kalau suka makan sayur, belilah sayur banyak-banyak. Begitu ibaratnya. Amatlah tidak berasas apabila memberi komen mengenai novel melayu itu dan ini tetapi tidak membaca dan lama tak membelinya. Right me if I’m wrong.
Saya berada dalam bidang yang sama dengan penulis lain. Saya merasakan turut sama terpanggil untuk adik tidak ‘klise’ dalam memberi komen.
Cuba baca novel Faisal Tehrani. Baca tunggu teduh dulu sajalah dulu. Nak lain-lain lagi best dan mengasah skill menulis bacalah Karya Nan Indah ya adik.
Tekuni karya IMAM, karya Hassan Abdullah. KAPAL karya Othman Haji Zainuddin.
Baik, jujurnya saya baca novel Ahadiat Akashah. Cuba cari apakah yang diisi oleh beliau dalam semua karyanya. Jujur! Baca OTAK karyanya yang kreatif. Kemudian baca Pilot Café. Kreatif menjadikan sebuah kapal terbang sebagai café makanan. Cuba cari apakah yang ada dalam novel AA sehingga dia mempunyai peminat dari dulu lagi.
Menjadi penulis berjaya, harus membaca dan membedah kenapa karya penulis ini memenangi hati pembaca dalam anugerah pembaca pilihan POPULAR. Takdir itu milik aku dan MAID sewajarnya juga dibaca. Eh, silap. Saya yang baca sebab saya nak tahu kenapa, mengapa, apakah, bagaimanakah, penulis ini menulis dan menjadikan novel mereka best seller. Menghukum sesebuah karya itu terletak dalam hati. Tak suka, susunlah cantik2 novel di atas rak buku. Tapi, penulis harus baca karya ini untuk mencari ‘nilai’ dan sesuatu yang mereka tulis. Mudah bukan?
Kalau nak muntah darah hijau, muntahlah sendiri. Diam-diam dan bedahlah buku apa sekalipun.
Hadamkan juga hlovate. Ya, saya beli sebab orang kata best. Bila jadi penulis dan review yang baik dari ramai pembaca, saya harus beli sebab mahu membaca kisah dan tengok isinya. Itu barunya betul sebelum hentam novel melayu itu dan ini.
Tekuni novel puan Suraya, novel novel acik lana, melur jelita dan RAM.
Dalam sesebuah novel. Ada isi dan nilainya. Saya bawa lagi contoh di sini. Suami Aku Ustaz, Perempuan Lindungan Kaabah. (ya, mesej dakwah dalam cinta) tidakkah ini membantu pembaca dalam mencari nilai murni. Kita dah banyak lambakan novel bermutu, cuma mungkin adik tidak ketemu atau sebenarnya malas mahu membeli, membaca dan mengkaji nilai sesebuah novel. Atau mungkin tunggu ‘URGE’ juga. Siapa tahu kan? Klise itu akan tetap ada. Dalam drama pun ada dik. Semua cerita orang kaya. Cerita orang miskin pun dah ada.
Haaa..mahu lain dari yang lain bacalah Andrea Hirata pula. (meski beliau penulis dari Indonesia). Ah..banyak lagi contoh. Tak terkira nak menulisnya. Takut tak muat pula ruangan komen ini.
Adik, menulis itu manis dan ia ibarat cinta kepada si penulis. Menghukum novel itu dan ini sebagai picisan kurang saya gemari. PICISAN itu dalam kamus DBP bermakna roman yang sangat rendah nilai sasteranya. Pada saya apabila sesebuah karya itu terbit, ia adalah sebuah nilai sastera dalam bentuk perjuangan si penulis menghasilkan karyanya. Ia saduran yang lahir dari ilham, jemari dan kemudian diterbitkan agar pembaca menilainya sendiri.
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera.
Oh, sebelum undur diri, pesan saya sebagai seorang kakak. Baca. Baca dan baca.
nak komen boleh je.. Tapi awak tu dah baca semua novel melayu yg ada dlm malaysia ni ke??? baru baca sesetengah dah komen kebabommmm...huhuhu... sorry, Peace no war...
ReplyDeletesaya peminat novel melayu dan saya setuju dengan penulis blog ni. maaf saya xbaca semua komen tapi saya bersangka baik yang penulis sebenarnya tak kondem semua novel. mana-mana novel yang tak bersifat macam yang dikata maknanya novel tu bagus la.rileks la, jgn fikir negatif sangat. yang salah kita betulkan. yang betul kita tambah baikkan. biasa la teguran secara umum gini, yang novel dia bagus xpayah la terasa.
ReplyDeletesaya membesar dengan novel-novel terbitan syarikat Creative Enterprise dan novel Ahadiat Akashah. meningkat dewasa sikit saya mula hadamkan novel-novel Faisal Tehrani dan jadikannya koleksi peribadi (tapi xdapat kumpul semua sebab novel2 dr.FT mahal.huhu -_-"). memang benar saya lihat jurang intelek yang besar,sangat besar antara penulis dulu dan kini. penulis sekarang temanya lurus dan tidak mencabar minda langsung. saya tidak kata mereka tidak cerdik, tapi saya sendiri yang rasa tidak cerdik bila membaca karya novelis sekarang khususnya terbitan Alaf 21. cakap terus la senang kan, xde salah faham. bila balik dari oversea dan lihat lambakan novel melayu saya terkejut, tapi lebih terkejut lagi ialah novel2 tu sebahagian besarnya tak berkualiti. saya terpaksa mencangkung berjam-jam di rak kedai untuk meneliti mana satu yang berbaloi untuk saya beli dan jadikan koleksi. sejujurnya ada novel yang saya beli dan ketepikan begitu saja bila mendapati isinya tidak bagus sebaik bungkusan plastik dibuka.
betul novel sekarang tak ada lagi yang boleh buat menangis macam (Dan, Mimpi Pun Berguguran), Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, mencabar minda macam Bedar Sukma Bisu dan Cinta Hari-Hari Rusuhan dr.FT, dan lain-lain. setakat ini tak ada jumpa. mungkin ada terperuk di kedai lain yang saya tak pergi.
tapi masalah yang berlaku ni saya tak nafikan bukan 100% salah penulis. kita maklum generasi sekarang apa yang diorang consume, semuanya hiburan picisan yang tak berkhasiat untuk minda, jadi itu jugalah yang mereka luahkan dalam karya. yang paling teruk dari tu saya perhatikan industri penerbitan sekarang dah lebih kepada lombong duit. buku yang bagus dijual melambung2 harganya manakala yang ntah pape dijual murah. mestilah orang akan pilih yang murah walaupun isinya tak bagus. saya ada juga buat sikit research pasal industri novel sekarang dan saya dapati benda ni memang benar. rakan penulis pun ada kongsikan cerita yang sebahagian penulis sekarang memasuki industri ni untuk cari keuntungan besar. cari wang tak salah, tapi bila CARI UNTUNG BESAR tu ia jadi tamak dan menyedut mana-mana saja sumber wang tanpa mengira persembahan mereka bermanfaat ke tidak untuk minda pembaca.
yang kecik2 bab nama dan watak novel tu malas la nak komen kan...memang rata2nya tak berpijak di bumi nyata. pedulikanlah. ada yang lebih penting dari tu.
media, baik penulisan, kartun, drama, filem, semua adalah alat untuk mencorak mentaliti manusia. kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis dan siarkan. tanggungjawab tu bukan saja di dunia tapi nun di akhirat sana akan disoal tak habis. jadi berhati2 dengan kuasa pena. penulis ibarat tukang masak. tukang masak yang bagus akan jaga kualiti dan piawai masakannya. tukang masak yang tak bagus akan bedal semua sampah ke, sayur tak basuh ke, semua campak masuk kuali dan dihidang kepada masyarakat. lalu nak makan? tidak.
maaflah kalau kasar teguran saya. saya besar hati kalau kengkawan sudi kongsikan nama2 penulis bagus yang korang follow.saya hanya sorang penyokong industri ni dan tetap tak putus asa menyokong industri ni. saya harap penulis2 juga tak putus asa tingkatkan kualiti dan rasa tanggungjawab masing-masing untuk kita angkat minda anak-anak muda kita ke tahap yang lebih dibanggakan.
ya, saya juga sedang berjinak-jinak dengan novel-novel HLOVATE dan karya lepak.saya suka pembaharuan yang mereka bawa, siap dengan unsur tarbiyah secara halus yang jarang dapat dilakukan hatta seorang pelajar agama. cuma yang saya lihat karya pembaharuan seperti ni kurang mendukung nilai satera melayu bila kebanyakan bahasa yang digunakan terlalu santai sampai tahap bahasa rojak. memang best baca buku dengan bahasa santai macam berborak kan.kita rasa lebih dekat dengan apa yang kita baca tapi kesan buruknya......tengoklah bahasa pertuturan generasi lepas tu macam mana.
Deleteanyway saya pun xgemar juga bahasa yang terlalu sastera macam sesetengah sasterawan muda sekarang,sampai kita pun xpaham dia menulis cerpen atau sajak.huhu.selamba sudaaaa.yang penting bukan bahasa rojak :)
Jadi, dah tahu kelemahan novel Melayu maka berhentilah membaca dan mulakan menulis sendiri.
ReplyDeleteMaaf nak komen tentang tajuk artikel ini yang tak lojik... 6 Sebab Kenapa Saya Tak Baca Novel Cinta Melayu. Kalau tak baca macam mana anda tahu 6 perkara tersebut? Adakah anda sekadar serkap jarang?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete"Suka makan pizza?"
Delete"Tak suka"
"Pernah makan pizza?"
"Tak pernah"
"Kah kah kah kah.."
ya Siti Aishah Hanim - tilisan Karya Lepak mmg harus di beri perhatian sbb kebanyakan tulisan beliau byk pengisian - tapi tidak dpt di nafikan cara penulisan adalh santai - mungkin mereka ada tujuan atau punya target mesej hendak di tujukan pada siapa - ia itu para remaja zaman sekarang- yg suka bahasa santai. Sebab bahasa keterlaluan sastra susah utk di fahami.
ReplyDeleteya cerita Karya Lepak ada mbawa pembaharuan dalam penulisan dan yg penting unsur tarbiyah yg mereka masukkan dalam cerita.
thumbs up Karya Lepak & Hlovate - teruskan berjuang untuk menulis - sbb cara penulis kelian sgt di minati para pembace masa ini.
Semenjak 'Romeo and Juliet' membawa kpd "Tenggelamnya Kapal van der Wijck","Hartini" hinggalah kepada yg sedang hangat di pasaran, plot asas fiksi cinta tak pernah berubah. Ada wira, ada wirawati. Mereka berdepan dgn pelbagai konflik. Berakhir dgn peleraian konflik. Sebab itulah, kehebatan sesuatu fiksi cinta bukan terlalu bergantung kpd 'cerita yg baru' tetapi lebih kepada cara pengolahan peristiwa,sisipan nilai ilmu, dan permainan bahasa sang pengarang. Memilih sesuatu novel hanya berdasarkan sinopsis kulit belakang biasanya akan mengecewakan.
ReplyDeletesalam encik zizie ali
Deleteberdasarkan penulisan encik, rasanya pengolahan dan gaya bahasa encik bukanlah bertaraf picisan.
kenapa encik terasa dgn entry saya, sedangkan saya hanya mengutuk karya yg tidak berkualiti? karya encik bukan tergolong dalam karya2 yg tak berkualiti, jadi kenapa terasa?
saya bersetuju dgn point2 yg encik berikan, sebab pendapat saya tidak bercanggah dengan point encik. tapi kenapakah encik terlampau defensive mempertahankan novel2 picisan sampah yg tidak berkualiti sedangkan encik bukan novelis yang sedemikian rupa?
Sebab saya suka entri ini. Berjaya mengundang polemik. Ada ketikanya, polemik membawa byk hikmah. Heh heh heh
Deletethe number of commentators is too damn high!!!
ReplyDeleteyeah, agree with you also.. kadang2 setiap kali baca novel melayu mcm ni, terpikir gak macam kata2 you kat atas tu, sampai bila nak macam ni? but demi support novel melayu,eqah baca gak walaupun jalan ceritanya berulang2 dan kesudahannya dapat di predict sendiri dan kadang2 jalam cerita tu mmbosankan,hahahaha ^_^ Sbab tu lebih suka baca novel jenis thriller,fantasi and supernatural macam vampire ataupun werewolves.. no offense anyway.. tu pendapat eisya jer,, masing2 lain pendapat kan, hehehehehe ^_^
ReplyDeletehemmm satu pendapat membina. teguran berasas. tanpa pengkritik dan pengkaji, karya akan terbiar busuk. tugas pengkarya - berkarya, tugas penerbit - menerbit, tugas pembaca - membaca & menilai. Tapi dik, usah digunikan kesemua novel Melayu itu dalam satu buntil... buatlah longgokan mengikut gred, baru simpul ok? kakak gemar belajar perkara begini. kerana apa yang kita tulis itu tak penting, tapi apa yang orang baca, itu yang mustahak. so... semoga adik mengambil yang baik2 sahaja kerana itu dari Allah, segala kelemahan itu dari pengarang itu sendiri. & kepada para novelis, ambil mesej ini sepositifnya. Kita saling belajar, ok?
ReplyDeleteSalam, apa kata saudara cuba baca buku saya, Salahkah Aku? terbitan Karnadya. Tiada kisah cinta lara dan tiada wanita miskin dan lelaki kaya. Tiada nama fancy dan tiada Datuk dan Datin. Masih menerapkan unsur persahabatan, tetapi penuh dengan pengkhianatan dan kepercayaan yang terlerai. Kisah pancaroba dan muslihat duniawi di antara watak utama yang menjadi mangsa orang-orang di sekelilingnya sehigga dia diculik dan terpaksa menebus semula maruahnya yang tercalar. Ada kejutan di akhir cerita dan banyak unsur-unsur suspens di dalamnya. Kisah menelusuri tiga benua - Malaysia, England dan Mesir. Saya bukanlah penulis kisah cinta, seorang wanita dan nama saya ialah Aimee Nour. Jika saudara sudi baca, bolehlah bagi tahu saya apa pendapat saudara tentang karya saya itu. Terima kasih.
ReplyDeletehttp://aimeenour.blogspot.com
www.facebook.com/AimeeNourNovelis
Apa kehel ni yob?
ReplyDeletedah jadi macam kamfung fenim lalet, hahaha
Peelik... macammanalah nak buat org melayu kawin dgn vampire.. boley ke/? melayu pun tau vampire tu bknnye wujud... hmm,..
ReplyDeletesetuju dgn artikel ini.
ReplyDeletesaya pembaca tegar novel2 melayu. tapi masih belum ketahap utk memboikot novel2 melayu, kerana masih byk lg karya2 bermutu walaupun bertema percintaan. antara penulis yg bagus karyanya Noor Suraya, Imaen, Hlovate, Syud dan beberapa org lg penulis dari Jemari Seni.
penerbitan lain kebyakannya mempunyai ciri2 yg disebut oleh tuan blog terutamanya dari Kaki Novel, novel rendah mutu dan membosankan yg hairannya menjadi top seller dikebanykkan kedai buku. kesian kerana ini yg disogokkan kpd pembaca diluar sana.
novel=drama
ReplyDeletejalan cerita lebih kurangg =__=
Ramainya penulis novel promote novel mereka di sini. Terkenal juga yea awak punya entri ini.
ReplyDeleteSaya suka novel Melayu 'Lagenda Budak Setan'. Best!
haha. terbaek bro. bila kau ulas benda ni, baru aku perasan. mmg betul la novel cinta dulu lagi best dari yg sekarang yg ntah macam apa2. tp, ada je novel cinta yg best sekarang ni tp syarikat publication yg kecik n penulis xterkenal sangat. susah nak cari.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletetumpang sekaki berbalas komen. saya juga merupakan penulis skrip drama tv dan novel tapi masih baru. pendapat sedara saya setuju. tiada kelainan yang cuba dicipta oleh penulis sekarang. cinta meleleh yang klise. saya juga cuba tampilkan kelainan iaitu genre persahabatan heavy. kisah susah tiga sahabat berusaha untuk berjaya namun hanya seorang yang berjaya dan jadi lupa diri tinggalkan dua sahabatnya. natijah manuskrip saya ditolak oleh semua publishing. jadi saya tulis juga nnovel cinta. tapi komedi kisah lelaki bendul dengan pesakit mental. masih dalam proses menyiapkan. buat semua penulis jangan emosional terima teguran secara terbuka untuk jadi lebih baik. begitu juga dengan drama tv saya cuba tampilkan kelainan. hasilnya drama saya terpilih untuk disiarkan di RTM pada 18 dec 2012 berjudul MAK SANGGUP. ada sesiapa berkesempatan menonton boleh beri komen jika tida boleh tonton online di youtube kemudian beri komen saya terima secara terbuka
Salam.
ReplyDeleteBenar sekali dengan komentar dan hujah-hujah saudara. Oleh kerana itu, saya lebih memilih membaca novel-novel tulisan penulis lelaki kerana lebih realistik dan membangunkan minda secara tak langsung. Antaranya adalah FAISAL TEHRANI dan RAMLEE AWANG MURSHID. Mereka adalah novelist yang saya hormati dan kagumi. Tunggu Teduh Dulu adalah karya pertama FT yang saya baca dan saya terus menjadi peminatnya pada ketika itu juga. Begitu juga RAM dengan karya IGAUAN MAUT..sudah cukup untuk membuatkan saya mencari karya-karya beliau yang lain.
Saya bukan penulis novel namun saya ada membuat beberapa karya berdasarkan kisah sebenar dan saya kongsikan dalam blog peribadi. Satu artikel bahasa inggeris ada menyatakan kebanyakan penulis barat yang hebat-hebat memulakan penulisan pada usia 25 tahun kerana pada masa itu, biasanya seseorang itu sudah melalui fasa hidup yang boleh dikira matang dan ada pengalaman. Rentetan itu, saya mula menulis pada usia itu untuk tujuan berkongsi cerita.
Pada pendapat saya ada dua golongan yang menulis karya novel iaitu menulis atas dasar minat+imaginasi dan menulis atas dasar bakat+pengalaman. Bagaimana pula pendapat anda?
ermm.....kalau ada mana-mana kedai buku yang menjual novel-novel dulu yang susah nak cari kini...tak pun,ulang cetak novel2 lama tu...ok gak kan...( kepingin nak baca)
ReplyDeletesetuju!!
ReplyDeleteSegala novel berunsur kan fakta yang membuat kan pembaca nya berfikir dan begitu juga segala novel yg berunsur kan fantasi tanpa fakta membuat kan pembaca nya berkhayal..kedua dua nya tetap sebagai bahan bacaan..terpulang pada pembaca nya...cuma apa yg dapat di perolehi oleh pembaca itu sudah dapat kita teka bukan..membayar untuk belajar mencari fakta seperti saudara saudari belajar di kolej mahupun universiti adalah sesuatu yg berbaloi kan..tetapi membayar hanya semata mata ingin mendapat kan khayalan indah yg belum tentu hadir pada realiti anda bukan kan itu tidak berbaloi....jadi renung renung kan lah dan selamat menimba ilmu walau dari mana sekalipun ia di cipta...maaf atas pendapat yg tak seberapa ini
ReplyDelete