Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

09 September 2014

Sahabat, Sayap dan Sami (3)



Blog entry ini ditulis lebih dua tahun yang lalu, tapi disebabkan saya takde kekuatan nak publish entry ini ketika itu, maka terperap terjeruk dalam draft sampai dua tahun lebih.
 
Blog ini menceritakan perhubungan saya dengan sahabat-sahabat saya yang waktu tu sangat berantakan. Tapi alhamdulillah sekarang semuanya OK *tak tipu memang sekarang kami sangat akrab!* Dendam-dendam semua tu alhamdulillah, dah berjaya dihapuskan tanpa sisa.
 
Tapi menariklah bila baca balik entry ni dan compare balik dengan perasaan sekarang, nampak berbeza sangat dan jalan cerita untuk sampai ke tahap sekarang rasa macam satu perjalanan yang sangat panjang. Yang mana dulu asyik bergaduh, marah, jealous, sekarang ni kami memang tak pernah bergaduh dah. Dah sampai tahap moksya persahabatan kot! Tujuan saya publish entry ni bukan bertujuan membangkitkan cerita-cerita lama, tapi sebagai peringatan untuk masa depan tentang masa silam saya, dan sejauhmana telah saya pergi sejak kejadian ini berlaku.
Saya akhirnya menyedari, sikap berlapang dada dan ikhlas dalam persahabatan kunci persahabatan yang berkekalan. Dan blog entry ini adalah gambaran perasaan saya yang belum lagi benar-benar mengerti erti persahabatan sewaktu blog entry ini ditulis.
 
Dan blog entry ini memang sengaja dibiarkan tidak ada penamat, sebab saya lebih suka dibiarkan begitu. Inilah apa yang saya fikirkan dua tahun yang lalu.
 
 
7 Jun 2012
 
Pada petang itu, dia datang kepada saya sekali lagi.
 
“Ikram, kau buat apa dekat sini?” saya bertanya kepada Ikram; melihat dia membawa kotak-kotak besar ke dalam bilik saya.
 
“Aku tension la kerja Astro. Aku ingat nak tumpang duduk bilik kau.” Terkejut. Spontan. Hairan.
 
“Dah tu, kau taknak kerja dah ke?” saya bertanya dengan kehairanan; dan perasaan gembira kerana bertambah sahabat dalam bulatan kami yang semakin hari semakin hambar.
 
“Taklah, aku nak kerja lagi, tapi aku nak duduk dengan korang.” Seakan tidak percaya. Bagaikan mimpi.
 
Dan sepintas kemudiannya, saya bangun daripada tidur.
 
Tidur mainan syaitan; kata mereka. Saya tidak meragui itu, dan saya tidak mengambil berat akan mimpi yang terbaru ini. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu; hati kita dipagut rindu. Lalu kerinduan itu membentuk kenangan dalam mimpi. Alangkah indah; jika kami semua masih bersama.
 
10 Jun 2012
 
“Hari tu aku mimpi kau datang UPM. Kau nak tumpang duduk bilik aku” saya menghantar sekeping mesej ringkas kepada Ikram; hanya untuk menghubunginya semula.
 
“HAHA! Kau biar betul? Yang sebenarnya malam tu aku tidur dekat K2. Aku tension lepas tu Fifi ajak aku pergi downtown aku gerak la. Lepas tu aku tak boleh keluar Pak Guard jaga pintu. Mimpi kau, memang ada hikmah.”
 
Sekali lagi berlaku. Setiap kali saya bermimpi Ikram, ada sesuatu yang terjadi. Dan kali ini, saya dikhianati. Perasaan aneh, kecewa dan takjub menusuk ulu hati. Sekali lagi, mereka keluar bersama tanpa mengajak saya.
 
KAWAN. Adakah dalam persahabatan setiap kali mereka bertemu mereka akan mengabaikan saya? Sudah berkali-kali mereka keluar bersama, setiap kalinya mereka merahsiakan pertemuan mereka daripada saya. Betapa ego, betapa kejinya mereka! – saya menyumpah dengan kebencian. Apakah yang perlu dirahsiakan? Kenapa perlu mengabaikan saya setiap kali mereka ingin bertemu? Mana silapnya saya?
 
Setiap kalinya, saya dapat menghidu. Walaupun hanya dengan mimpi.
 
Dan takjub, kerana mimpi itu memberitahu apa yang tidak terjadi depan mata.
 
29 Julai 2012
 
“Aku tau selama ni korang keluar senyap-senyap tak bagitahu aku. Kau ajak Ikram pergi downtown tak ajak aku!”
 
“Bila masa aku ajak? Ikram yang ajak!”
 
“Ikram kata kau yang ajak!”
 
“Oh yeke? Aku yang ajak ya?” – senyum kambing. “Bukan kau tak suka pergi downtown ke?”
 
“Bukan pergi downtown je. Kalau keluar makan pun kenapa korang tak ajak aku? Apa salah aku? Kau ingat aku tak tahu ke? Budak-budak ni semua cakap deorang suruh kau ajak aku, tapi kau kata aku taknak keluar, padahal kau tak tanya pun aku! Padahal kita kawan kot, duduk serumah! Dah lama tak jumpa, apa salahnya kau bawak aku sekali!”
 
Diam.
 
“Aku tau, kau buat semua ni sebab aku. Sebab kau marah dengan aku...”
 
“Haah. Memang betul. Memang salah kau. Semua orang nak tinggalkan kau. Takde siapa nak duduk dengan kau. Peah pun nak tinggalkan kau!”
 
“Tak, aku tau tak! Peah setiakawan, tak macam KAU!”
 
“Selama ni aku memang sengaja taknak ajak kau. Memang aku taknak bawak kau jumpa kawan-kawan kita. Kau kena berdikari!”
 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
 
Aneh, bagaimana satu mimpi boleh menjerut kami ke pertengkaran ini. Bagaimana suatu mimpi boleh membangkitkan kemarahan; memberitahu kebenaran dan memaksa memberitahu kebenaran. Bagaimana mimpi itu menyemarakkan dendam yang sekian lama saya kuburkan, dendam yang disimpan kerana pengkhianatan.
 
Berdikari – alasan yang mudah untuk menutup pengkhianatan.

_________________________________________________________________________
- Entry tamat -


































































26 January 2014

Kedai Coklat


Ada sebuah kedai coklat baru dibuka di MINES. Besar sungguh kedainya, luasnya dalam 2-3 lot juga. Kedainya sungguh cantik dan menyelerakan, daripada mula masuk penuh dengan coklat yang pelbagai rupa dan warna.

Daripada masuk saja, anda akan disambut oleh haruman coklat. Coklatnya tersusun dalam rak sehingga ke syiling tingginya, dengan pelbagai jenis coklat yang tidak pernah terlihat di tempat lain.

Ada marshmallow berintikan coklat, coklat berintikan marshmallow, coklat putih, coklat cair, sos coklat. Coklat yang dijual dalam jongkong, coklat berbentuk pelbagai jenis haiwan, jejari coklat, robot yang boleh bergerak diperbuat dari coklat. Coklat yang tersedia bersama puding. Puding berintikan coklat. Pendek kata, apa saja produk coklat yang wujud dalam imaginasi anda, wujud di kedai ini. Keadaannya lebih hebat dan meriah daripada kilang coklat Willy Wonka. Malah, lebih terasa tidak logis.

Ada juga coklat yang disediakan bersama buah-buahan. Ada buah epal yang kelihatan biasa saja luarnya, tetapi terasnya telah diisi dengan coklat cair. Ada buah strawberry yang dijual seperti kuih badak berendam – strawberry itu direndam dalam coklat cair yang likat.

Kedai coklat itu juga menjual buah-buahan, lot buah-buahan itu terletak di tengah-tengah kedai, dikelilingi oleh rak-rak coklat. Buah-buahan itu disusun dalam peti sejuk yang panjang seperti di kedai kek. Buah-buahannya juga tidak kurang hebatnya, selain buah-buahan segar, buah-buahan ada juga dijual dalam bentuk hidangan. Ada salad buah yang dibuat daripada hirisan-hirisan buah-buahan sejuk, dan atasnya dicurahkan sos coklat, ada buah nenas yang isinya dipotong keluar dan digantikan potongan dadu salad buah-buahan.
Ada juga burger epal, iaitu epal hijau yang dibelah dua di tengah, lalu dijadikan seperti roti burger dan tengahnya diletakkan hirisan buah-buahan segar. Sungguh menyelerakan.

Ketika saya datang pertama kali ke kedai itu, hari sudah malam. Sudah hampir tutup benar, pekedainya tinggal dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya memakai baju uniform kedai iaitu sweater berwarna biru, dan pekedai perempuan itu seorang gadis Cina yang sangat cantik, memakai kemeja putih di bawah sweater birunya. Rambutnya dipotong dengan potongan serong yang lurus, wajahnya putih dan licin.

Saya pergi pun kerana sudah ramai orang yang memuji kedai tersebut, jadi kebetulan saya ada sedikit masa saya pun singgah ke kedai itu.

Walaupun sudah hampir tutup, masih ramai lagi orang dalam kedai tersebut. Masih ada dalam sepuluh orang lagi. Kebanyakan mereka sedang membeli coklat timbang, iaitu coklat yang boleh dibeli mengikut sukatan sendiri lalu ditimbang. Kelebihan membeli coklat timbang ialah boleh dibeli walaupun sedikit dan boleh dicampurkan dengan coklat lain yang sama harga sukatannya. Tetapi kedainya agak aneh kerana untuk membeli coklat timbang, anda perlu membawa coklat itu ke kaunter, setelah ditimbang di kaunter barulah pekedainya akan memasukkan coklat itu ke dalam plastik. Jadi untuk membawa coklat itu ke kaunter, ramai orang yang menggenggam sahaja coklat di dalam tangan.

Saya sedang membawa coklat pilihan saya untuk ditimbang, iaitu badam bersalut coklat ke kaunter ketika saya melihat seorang wanita keluar dari kedai. Pekerja wanita itu menyiku pekerja lelaki itu, lalu berkata “Tu, tu. Yang keluar tu. Mangsa baru kita.”

Tiba-tiba pekedai lelaki itu bangun lalu mengejar wanita itu, menyebabkan wanita itu berlari. Belum sempat dia sampai keluar kedai, dia sudahpun ditangkap pekedai lelaki itu.

Rupa-rupanya, dia cuba mencuri coklat yang digenggam dalam tangannya.

Wanita itu cuba meronta, tetapi lelaki itu membawanya masuk ke sebuah bilik di belakang kaunter. Rupanya teman subahat wanita itu menunggunya di luar, tetapi melihat wanita itu sudah ditangkap, dia turut menyerah dan mengikut pekedai lelaki itu ke belakang kaunter.

“Malunya, dua-dua pakai tudung” kata saya dalam hati. Pekerja wanita itu masuk ke bilik belakang itu, manakala pekerja lelaki itu keluar dan menggantikannya menjaga kaunter.

Melihat keadaan itu, saya terkejut sehingga coklat badam di dalam tangan terjatuh ke lantai. Saya tidak jadi menimbang coklat itu, kemudian mengutip coklat itu semula. Saya bergerak ke kawasan buah-buahan.
Ketika saya sedang memilih buah-buahan untuk dibeli, tiba-tiba lampu dalam kedai terpadam. Ketika ini, hanya tinggal saya dan dua orang lagi lelaki. Tahulah saya ketika itu bahawa mereka sudah menghalau kami keluar.

Kami beratur di kaunter. Saya membawa semula coklat badam ke kaunter, tetapi kedua-dua pekedai sudah tiada di kaunter. Baik yang lelaki, mahupun perempuan. Keadaan di dalam kedai sungguh gelap, kecuali sedikit cahaya malap daripada bilik belakang kaunter.

“Mana yang laki tu? Tadi dia jaga dekat kaunter ni.” Tanya saya, kuat-kuat, supaya didengari lagi dua orang remaja lelaki itu. Saya tidak pasti pula tentang dua orang gadis yang ditangkap mencuri tadi, samada sudah dilepaskan atau belum.

“Entahlah, jom tengok dekat belakang kaunter tu” pelawa mereka.
Kami bertiga pun masuk ke bilik belakang itu. Anehnya, bilik itu tersangatlah luas. Luasnya seperti dua buah bilik darjah, dan keadaannya sangat gelap. Cuma ada sebuah sofa di penjuru bilik, dan bilik itu tiada tingkap. Suasana dalam bilik itu sungguh sepi.
Dan lebih mengejutkan, cahaya malap yang kami lihat dari luar sebenarnya datang daripada sebuah lagi bilik di dalam bilik besar itu.
“Mana diorang semua?” tanya saya dalam hati.

Kami bertiga berjalan perlahan-lahan, dan walaupun tidak disebut, kami bertiga masing-masing berjalan merapati satu sama lain. Perasaan seram mula hadir. Saya sudah mula menyesal masuk ke bilik itu.
“Kalaulah aku letak balik coklat ni lepastu balik, sekarang aku dah ada dalam bilik dah,” keluh saya dalam hati.

Kami menghampiri bilik bercahaya dalam bilik gelap itu, dan membukanya sedikit.
Daripada pintu yang sedikit terbuka, terlihat seperti pemandangan di sebuah cyber cafe. Terdapat berpuluh-puluh komputer yang terletak dalam baris demi baris, dan komputer itu semuanya sedang digunakan oleh pekerja beruniform biru kedai coklat itu.
Aneh, kenapa kami tidak pernah nampak pula pekerja sebanyak ini dari luar? Kalau dikira, semuanya dalam 30 orang pekerja, yang semuanya sedang kelihatan sibuk memandang skrin dengan wajah yang serius.
Tiba-tiba, satu tangan menyentuh bahu saya dari belakang.
“Korang dah nampak ek?”

Tanya pemilik tangan itu. Saya terkejut, hampir terjerit. Kami menutup pintu itu serta-merta.
Di belakang kami, pekerja lelaki itu sedang berdiri memegang pistol. Tapi lebih mengejutkan, di belakangnya, di suatu sudut gelap yang tidak kami lihat sebelum ini, terdapat pekerja wanita dan dua orang wanita yang ditangkap mencuri tadi. Dua wanita tadi diikat tangannya dengan tali. Kedua-duanya telanjang bulat, manakala pekerja wanita itu masih memakai baju kemeja putih yang sudah dibuka butangnya. Dia tidak memakai apa-apa selain kemeja itu.

“Kenapa diorang tu? Kena tangkap mencuri tadi kan?” saya cuba bertanya berani.
“Ya, sekarang mereka dah takkan mencuri lagi. Mereka dah jadi pelakon video lucah kami. Malah, ini sebenarnya kali terakhir mereka mencuri.”

“Inilah sebenarnya bisnes kami. Kami tangkap orang yang mencuri, kemudian mereka dipaksa berbuat aksi tak senonoh bersama kami dan dirakam. Setiap inci bilik ni, ada kamera. Kami buat keuntungan daripada penjualan video mereka. Di belakang kamu tu, semuanya pekerja sebenar sindiket kami. Merekalah yang menguruskan urusan jual beli syarikat – upload video, masukkan dalam CD, jual, set up dalam website. Merekalah syarikat sebenar kami.”

Jelas pekerja itu, tanpa saya bertanya apa-apa. Kami bertiga terkedu.

“Jadi kedai coklat ni?”

“Kedai coklat ni tak bagi pendapatan menguntungkan pun, tak macam jual video. Malah, kami dapat setup kedai ni pun sebab pendapatan jual video. Kedai ni sebenarnya wujud untuk menutup kegiatan kami. You know, kegiatan haram perlu disembunyikan dengan kegiatan halal.”
“Kenapa bagitahu kami semua ni?” saya bertanya lagi.
“Sebab lepas malam ni, kamu semua dah mati.” Saya terketar lutut. Dua wanita pencuri tadi, terketar-ketar dan menangis. Malu dan ketakutan. Mereka lebih kasihan, seluruh aurat mereka sudah dilihat. Sedihnya, kerana mencuri segenggam coklat...

Saya menghela nafas panjang, lalu saya berlari meluru ke pintu, senekad-nekadnya. Tapi pekerja lelaki itu tidak bergerak sedikit pun. Di luar, kedainya gelap gelita. Saya berlari ke pintu, tapi sudah dikunci. Malah, grillnya sudah pun diturunkan. Saya masuk kembali ke bilik gelap itu.

Dan pemandangan lebih menganehkan sedang berlaku. Mereka semua sedang beraksi pelik yang menggelikan. Termasuklah dua orang lelaki tadi, yang bakal menjadi sahabat terakhir saya di dunia ini. Mereka sedang beraksi sesama sendiri, pasti sekali baru saja diugut bunuh. Manakala yang wanita berkemeja putih, beraksi bersama dua wanita pencuri tadi. Hanya si pekerja lelaki itu sahaja yang berdiri tegak di tengah-tengah bilik gelap itu.

“Kalau esok kami tak keluar, polis akan cari kedai ni! Aku dah check in masuk kedai ni tadi!” saya mengugut mereka, dengan harapan yang tipis bahawa saya dapat melepaskan diri.

“OK, abang tenang. Fikir macam ni. Lepas kami tembak kepala kamu semua sampai terburai, pekerja-pekerja di bilik tu pakai baju kamu, lepas tu keluar dari kedai ni. CCTV di dalam dan luar kedai ni, dan jugak CCTV kedai lain akan rakam kamu dengan baju kamu dah keluar dari kedai ni. Pekerja kami akan bawak henset kamu ke tempat lain untuk mengelirukan polis, kalau family kamu call dapat kesan henset kamu bukan dekat kedai ni.

Kami tunjukkan pada polis bukti CCTV tu. Voila! Selamat.

Kami sebenarnya tak berniat libatkan kamu, cuma sebab kamu dah lihat, kami tak boleh ambil risiko. Macam nilah, kami dah banyak kali buat benda ni, tak pernah lagi polis datang cari sampai sini. Kalau polis datang pun, masa tu kamu semua dah tak bernyawa. Abang relakslah, kurang-kurangnya abang mati tak terseksa. Cepat.”

Jemarinya mula menarik picu pistol.

“Sebab abang dah tak sabar, saya maafkan abang. Abang tak perlu berlakon dalam drama kami. Saya bagi abang pergi dulu.”

Dia menghalakan pistolnya ke kepala saya.

Saya terfikir – susahlah kau nak cari orang badan saiz aku menyamar jadi aku. kesan baju aku ada darah, tak macam diorang. Diorang semua dah bogel. Dalam CCTV polis nampak darah mesti polis tanya. Goddammit, kalaulah aku tak masuk bilik ni tadi....besok aku masih bernafas....kalaulah – BAMMM!
Tembakan tepat pada point blank. Peluru menembus kepala. Saya sudah tidak bernyawa – perlahan-lahan…

perlahan – lahan saya rasa melayang -
jatuh ke atas lantai.

Dan bila saya membuka mata, saya sedang menatap kipas syiling di bilik sendiri. Syukur ya Allah, hanya mimpi.

Di dalam tangan, terdapat sedkit calitan coklat.

27 October 2013

Satu Inci


*inspired by V for Vendetta*

Yang aku suka, tentang malam-malam begini. Adalah lazimnya kita berbicara. Dari hati ke hati. Dari ucapan lidah terus menembus ke dalam dada.

Dan setiap sekian malamnya, aku menanti. Kau ranting terakhir tempatku berteduh. Inci terakhir sebelum aku menyerah. Dalam meter terakhir yang sedang menelanku perlahan-lahan, kau inci terakhir.

Satu-satunya benteng aku daripada menabrak terus ke dalam kesepian.

Dalam satu inci itu, aku menjadi dewasa. Dalam satu inci, aku mengenali siapakah kita dan arah berjalan kita di atas dunia. Dalam satu inci, satu-satunya tempat aku merasa selesa dalam dunia yang meratah pergi serpih-serpih mimpi dan memori kita ke dalam malam tergelap.

Hembus hujan pada jendela yang terbuka meresap sepi kesejukan tatkala kita masih bersemuka – bercerita. Dedaunan hijau di luar melambai ditiup semilir; bersama kicauan burung yang acap bercicip di sebalik dinding.

Malam yang aku suka; bila kita terbakar dengan cita. Kita berkejaran berlari ke hujung jalan, bila terlelah duduk memerhati destinasi. Dan bila kulelah berlari, kita berjalan berganding bahu. Tiap hari, tiap masa.
Kau; bersama senyuman dan gelak tawa; masih meniti hujung dunia remaja. Kita berdendang gembira – kadang marah terasa.

Yang membuatkan aku masih bahagia, bila merenung ke luar jendela. Tiup beku hujan merembes titis-titis ke meja, membasahi cebis kehidupan kita.

Aroma hangat dari cangkir kopi yang berasap, dan skrin monitor yang berjam-jam lamanya kita tatap. Aku sudah lupa apa maknanya derita.

Ini inci terakhirku. Kau; inci terakhirku. Dan dalam inci terakhir ini, aku merasa bahagia.










23 September 2013

Dunia, Garis Merah dan Cinta (2)

(Dunia, Garis Merah dan Cinta)

Kesilapan Ila yang mungkin juga kesilapan pertamanya yang menjerat terus dirinya kepada beberapa siri kesilapan besar yang lain – ialah berlaku jujur tentang peristiwa itu kepada Amat.

Petang itu mereka bertemu sebelum latihan bola, selepas tamat prep petang. Di bawah pohon rambutan, di tepi dusun sekolah.

“Amat, Ila ada sesuatu yang Ila perlu ceritakan pada Amat. TETAPI, Amat kena berjanji pada Ila Amat takkan judge Ila. Amat kena berjanji apa pun yang berlaku Amat akan menerima diri Ila seadanya. Amat kena maafkan Ila. Sebab apa pun yang Ila akan ceritakan pada Amat tidak pernah mengubah perasaan Ila pada Amat.”

“Kenapa serius ni Ila? Amat ada buat salah ke dekat Ila?”

“Bukan Amat. Bukan dari pihak Amat. Yang ni dari bahagian Ila, Amat. Ila terlebih dulu nak mintak ampun dengan Amat. Sebelum Ila mula, Amat berjanji dulu yang Amat takkan tinggalkan Ila setelah Ila ceritakan rahsia ni.”

“Ila ada HIV ke?”
“Bukanlah Amat!”

Amat ketawa kecil.
“Gelabahlah Ila. Macam kucing Amat tengah marah.”

Amat bergurau, Ila tahu. Tetapi Ila gagal menyambut gurauan Amat dengan baik, kerana sedikit sebanyak gurauan Amat berkisar tentang rahsia Ila.

“Kalau takde HIV dah cukup baguslah bagi Amat. Boleh kahwinlah kita!”
Ila pura-pura tidak ambil peduli.
“Amat janji ke tak ni?”

“Amat janji.” Amat mengangkat tangannya. Senyum.

Ila risau. Amat seperti tidak serius. Ila risau keriangan yang Amat tunjukkan barangkali satu penunjuk bahawa sebenarnya Amat belum benar-benar bersedia untuk mendengar sesuatu yang begitu penting. Barangkali Amat belum benar-benar menyangka bahawa rahsia yang Ila simpan sedahsyat itu.

“Amat, Ila serius Amat. Ila tak main-main. Apa yang Ila nak cakapkan mungkin akan mengubah perasaan Amat terhadap Ila. Ila nak Amat betul-betul serius.”
“OK la sayang. Amat serius”

Ila terpana. Sedikit cebisan dalam hatinya segah mendengar panggilan sayang dari Amat. Dan cebisan-cebisan hatinya yang lain mengingatkannya bahawa panggilan sayang itu mungkin akan lupus dari bibir Amat sebaik sahaja Amat mengetahui rahsia Ila.

“Kalau Amat sayang Ila, dengar apa yang Ila nak cakapkan baik-baik.”

- bersambung….

19 September 2013

Sahabat, Sayap dan Sami (2)


-Entry ini ditulis tahun lalu.- (Entri terdahulu)
--

Waktu sekarang...

“Tadi aku baca blog kau. Best!”
 
Ek. Tiba-tiba je.

“Yeke? Haha! Best ke?”
“Haah. Aku suka baca apa yang ko tulis!”
“Yeke. Aku rasa aku tulis ngarut je. Haha!”

“Yang ko tulis pasal Neil tu ko tulis ke, ko copy paste?”

“Aku tulislah!”

Malu bila dipuji. Terima kasih Ikram.
Ikram dah kerja sekarang dengan Astro. Dah maju...

“Kalau banding cara penulisan ko dulu dengan sekarang lain. Tulisan ko sekarang macam dah ada, dah ada.. ."

“Rentak?”

“Haah. Dah ada rentak. Best la kalau baca!”

Haha. Tergelak. Betul ke?

16 November 2011

“Aku nak cakap something dengan ko. Aku ada masalah sekarang”
“Apa dia?”
“Kalau aku cakap, kau jangan judgemental pada aku. Boleh?”
“Iya. Takkan kau tak percaya dekat aku! Cerita jelah!”

Saya memandang kepada butir-butir nasi goreng seafood dalam pinggan. Perasaan yang berat menerpa.

“Sebenarnya, aku dah lama pendam. Tapi aku tak tau nak cakap dekat siapa dah pasal benda ni. Kalau cerita dekat orang lain deorang taknak percaya. Aku ada masalah dengan seseorang. Dengan kawan kita.”

Dan pada malam itu, Ikram menjadi pendengar yang setia kepada saya. Pendengar tentang perasaan yang lama terbuku. Perasaan marah, benci, dendam dan cemburu. Dan segalanya saya luahkan. Tiada rahsia lagi antara kami.

Dua tahun lalu...

Bawah pokok rendang di sebelah fakulti. Sewaktu kami menikmati bebola cucuk dan keropok lekor.

“Aku sebenarnya, sebenarnya...” Ikram ragu-ragu untuk meneruskan percakapan.
“Sebenarnya apa? Baik kau cakap!” saya mendesak.
“Sebenarnya, hmmm, takde apalah...”

“Baik kau cakap! Kalau tak aku assume ko suka dekat ‘#dia’, pastu aku bagitau orang lain!” saya mengugut (hebat jugak saya kalau mengugut ni).

Dan seperti selalunya, Ikram akan berlaku jujur tentang apa yang bermain di fikiran. Dan seperti selalu, kami akan berkongsi apa-apa yang menjadi rahsia. Saya percayakan Ikram lebih daripada mempercayai diri sendiri.

“Kalau aku cakap ni, kau jangan cakap dekat sesiapa tau? Janji?”
“Ya Allah, pernah ke aku bocorkan rahsia kau?”
“Sebenarnya, aku dah jatuh hati dekat ‘dia’...”

Itu barangkali kali pertama seseorang mendengar luahan hatinya terhadap seseorang yang dicintainya. Dan sehingga kini, mereka masih bersama. Saya tumpang gembira.

“Kau rasa kalau aku tak tarik kau dengan dia jadi AJK aku, korang akan bersama tak?”
Ikram senyum,lalu menjawab “Hmmm macam susah sikit kot.”

Kemudian kami tergelak.
 
Tahun lalu

“Saya kecewa dengan kamu Ikram. Kamu tak ingat apa yang saya pernah tolong kamu?” Dr. Z meluahkan kemarahannya kepada Ikram.
 
Dua tahun sebelumnya

“Ada apa awak jumpa saya ni? Nak mintak tambah markah tak boleh!” Dr. Z senyum.
“Bukan tu. Saya taknak pun! Doktor, saya nak bagitau Doktor sesuatu.”
“Apa dia?”
“Sebenarnya ayah Ikram sakit. Dia tak boleh nak concentrate untuk study. Dia balik dari hospital hari ni pun just sebab nak ambik test Dr je.”

Senyuman Dr Z melesap kepada garis halus kerisauan.

Dr. Z menyelongkar kertas jawapan kami.

“Saya bagitau Dr ni bukan nak suruh Dr ubah markah dia ke apa. Cuma saya rasa Dr kena tau.”
Kertas jawapan Ikram ada di tangannya. Dia membelek-belek helaian demi helaian, dan dari wajahnya tidak tergambar perasaan gembira.

Dr. Z meletakkan kertas jawapan ke atas meja. “Awak ada nombor Ikram?”

“Ada!” giliran saya tersenyum – walau dalam hati cuma.

Dr menghubungi Ikram serta merta.
Dan tanpa diduga, Dr mengeluarkan dompetnya. Lalu mengeluarkan sekeping not biru hijau, dan menyampulnya dengan sehelai kertas A4.

“Bagi ni pada Ikram. Jangan bagitahu sesiapa kecuali dia. Bagitahu Ikram saya nak jumpa dia.”

“Baik Dr!”

“Jangan bagitahu sesiapa pasal perbualan kita.”

“Saya janji!”

Buat 4 tahun seterusnya, janji itu selalu terpateri dalam hati. Dan pada hari ini, buat pertama kalinya, janji itu telah saya mungkiri.

04 September 2013

Tunggu Sekejap


“Tunggu sekejap wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau”

Hujan lebat menimpa cermin kereta. Setiap titis berirama halus dan runcing, tajam menikam telinga.

“Kau suka hujan?” dia di sebelah bersuara.

“Suka. Aku rasa tenang. Dan hujan selalu memberi aku peluang untuk berfikir.”

“Hehehehe.”

“Kenapa? Kau tak suka hujan?”

“Tidak. Aku suka. Aku suka basah.”

Diam. Senyum halus.

“Kau tahu, tak semua benda perlu dijadikan rujukan lucah.”

“Tidak, benar. Aku suka benar kebasahan.”

“Kau tahu, semua yang kau hendak tidak mungkin semuanya dapat.”

“Sukakan kebasahan tidak susah untuk didapatkan.”

“Kau rindu aku?”

“Lebih dari kau rindukan aku.”

“Kau sudah dewasa.”

“Tidak. Kau masih anak benar. Kau masih keanakan.”

“Kau rindu menjadi dulu? Sewaktu kita kecil?”

“Masa terlalu kejam. Tidak mungkin berundur.”

“Ah, kita kawan. Kawan saja. Mereka tidak mengerti.”

“Kita lebih dari kawan.”

“Dan aku cintakan kau.”

“Kita satu.”

Lenyap. Lesap. Aku sedang berbicara dengan diriku sendiri, akhirnya bertemu konklusi lucu. Kau dan aku, hanya bicara mainan sewaktu hujan turun.

Dan aku suka berdrama dengan diriku. Aneh tetapi selalu jujur. Bahkan untuk rahsia terpaling dalam.

24 October 2012

Responsibility

“One day you’ll stop dreaming and you will learn how to behave like an adult”
“Why are you so childish? You’re not a kid anymore!”
“Please be serious. You’re a man now”

We can crush from having tonnes of expectations inflicted on top of us from people surrounding. I used to believe that you can choose whatever paths you’d love in life, savouring the taste of freedom of choice.
But not anymore.

Somebody close to me condemns me for running away from responsibilities. In fact, it’s all I have ever done my whole life. Running away from where the circumstances are unfavourable.

I hate being hoped for, or being the hope. I don’t think I can perform under such pressure. I love to take shortcuts, cutting corners where things can be done differently. Where I don’t have to give up my freedom and take the responsibility.

It’s the character that was imprinted into my gene – I deducted. I’m not a born leader, I hate being the person to take charge of everything. The emotional effect is so draining and exhausting.

To some point, I decided to do something else in life. I am seriously considering being a novelist, a book writer, (if blog writing gives me the same amount of money, I’d be a full time blogger), any job that doesn’t require me to work with people, or worse yet, to lead people.

I’d rather follow than lead, just to run away from having to take responsibilities.

I loved to just lie down on my bed all day; reading books like I used to when I was a kid, dismissing the universe altogether and just have it my way. Whenever I have to take responsibilities, it is like having this stone to carry around my back that it drained all my innocence dry.

People asked me to be more serious about life; they thought I am too playful in handling my life. I don’t know how that is a problem, I don’t know whether it is better to be serious in life or just to take things lightly. After all, the world is just temporary.

I just want to be mindless about life; I just don’t think I can be the man people want me to be. I want to be the person I am destined to be, not bound by the norms and expectations that people put. It does not mean a bad thing; it just means that I am living my life as I want it to be lived. In that ways, is how I am responsible for my own life and decisions.

I hate being asked to do certain things in life. How people tell me how I should bring myself, how I should talk, how I should walk. If life can be lived a thousand ways, why should I bother living it your way?
Peace out, kind people. Ignorance is bliss.

image

20 October 2012

Dunia, Garis Merah dan Cinta


*Berdasarkan sebuah kisah benar

Barangkali Ila bukan gadis yang paling pintar di sekolah, tapi dia mengerti akan kebesaran kesilapan yang telah dilakukannya. Lalu kini dia sesungguhnya merasa kurang selesa; seluruh ruang yang sebelumnya merupakan zon selesa yang telah membentuk perimeter lilitan dunianya, kini terasa begitu janggal.

Papan putih di depan kelihatan begitu aneh; dia merasa terasing dengan rakan-rakan sekelasnya, seakan baru pertama kali bersua. Kerusi dan meja, kipas syiling, persekitarannya seperti dimensi yang lain. Hanya kerana dia merasa sesuatu yang berbeza di dalam dadanya telah mengubah seluruh persepsinya terhadap dunia.

Sepanjang hari ketakutan menghantui Ila. Lalu bersilih ganti dengan kekesalan dan rasa bersalah.
“Amat sayang Ila sepenuh hati Amat.” Setiap kali Ila mengingat kalimat itu, dadanya dihenyak dua emosi yang sama berat. Gembira; dan juga marah.

Kata-kata itu Amat ucapkan sebelum mengucup tengkuk Ila; dan seterusnya menceroboh suatu daerah yang terlarang – dengan kemarahan Ila.

Barangkali kemarahan Ila lebih terarah kepada dirinya sendiri; kerana seperti biasa dia terlalu lemah untuk melawan keadaan. Seringkali dia tunduk kepada asakan takdir; rebah kepada kelemahan. Ila marah kerana berasa dirinya lemah dan tidak berupaya. Dan selebihnya emosi itu teralir kepada Amat; yang memaksa Ila melakukan sesuatu di luar kerelaannya.

Ila merenung luar ke taman di luar kelas. Mukanya pucat; ditoreh tidak berdarah. Ketakutan itu sesungguhnya menggetar jantung Ila, menggigit kewarasannya dan menghentam segenap ruang hatinya.
“Ya Allah, ampunkan aku!” bisiknya berulang kali dalam hati.

Kelas-kelas silih berganti, dan kini Cikgu Syariza sedang membaca teks Bahasa Melayu di depan.
“Antara persoalan daripada prosa Khoja Maimon: ialah sifat nafsu serakah manusia yang menjerumuskan manusia kepada perbuatan tidak bermoral seperti curang dan bermukah. Hal ini ditunjukkan dengan jelas melalui watak Bibi Zainab yang ingin bermain kayu tiga bersama saudagar di luar pengetahuan suaminya, Khoja Maimun.”

Ila tersentak. Kali ini kali pertama perhatiannya ditumpu kepada gurunya.
“Selain itu, kebijaksanaan juga suatu persoalan penting dalam prosa ini. Si bayan yang pintar menggunakan kebolehannya untuk bercerita untuk melekakan Bibi Zainab supaya dia tidak keluar daripada rumahnya untuk berzina dengan saudagar.”

“Burung pun tahu berzina tu berdosa. Kalau manusia pun tak reti jugak, tak tahulah nak cakap apa.”
Zus! Hati Ila bagai dipanah. Matanya membeliak. Automatik. Kata yang terluah dari bibir Cikgu Syariza beku, tiada perasaan. Ekspresinya tidak berubah. Petanda bahawa amaran yang disampaikan bersifat tetap – tiada kompromi.

Dan bila menyedari mata Cikgu Syariza bakal bertembung dengan matanya, Ila menunduk – pantas. Buat-buat mencatat.

“Ila, awak kenapa? Awak ni macam Bibi Zainab pulak. Macam simpan sesuatu je!”
Satu kelas tergelak, memandang Ila. Ila kaget. “Weh, kau bermukah dengan Amat ke Ila? Gila lah Ila! Dah pandai dah kan sekarang!” Wafi menambah, melepaskan lagi busur panah ke dada Ila.
Spontan Ila memandang ke sudut belakang kelas “Senyaplah babi!” Mukanya merah dengan marah dan malu.

“Ila, apa ni mencarut? Yang kamu ni Wafi kenapa pulak nak tambah lauk? Saya ada suruh awak bercakap ke?”

Wafi diam. Seluruh kelas juga terpaku. Tidak menyangka begitu drastik reaksi Ila. Ila jarang begini – fikir mereka. Ila menunduk ke atas meja, terasa seluruh kemerahan dan hangat mula berpusat ke hujung matanya; lalu keluar sebagai titisan air mata.

“Hah, tengok. Kan Ila dah sedih. Sudah Ila, sudah. Kalau kamu ada masalah nanti datang jumpa Cikgu. Wafi ni, dia tengah ada masalah ke dengan boyfriend” – perkataan boyfriend itu sengaja ditarik Cikgu Syariza; membawa sedikit gelak kecil kepada kelas, dan Ila membayangkan Cikgu Syariza memuncungkan bibirnya ketika menyebut perkataan itu “tengah masalah keluarga ke, mana kamu tau. Sudah Ila sudah. Nanti orang lain pun ikut sedih. Saya ni emosional sikit tengok orang menangis.”

Keluarga. Perkataan ini tiba-tiba memberi makna kepada perasaan Ila. Sepanjang dua bulan Ila berpacaran dengan Amat, Ila sudah melupakan keluarganya. Ila tidak langsung menghubungi ibunya sepanjang dua bulan, dan hal ini tiba-tiba menjadikan dirinya lebih sedih.

“Ya Allah, apa aku dah buat? Apa perasaan Mak sekarang?”

Mengenang wajah lembut ibunya membuat Ila tidak keruan. “Mak, Mak! Ampunkan Ila Mak! Ila tak dengar cakap Mak. Ila dah buat jahat!” dia berbisik ke dalam hati, dengan sekelumit harapan bahawa ibunya akan mendengar, memaafkannya lantas.

Sebelum mengenali Amat, setiap minggu Ila akan menelefon ibunya di kampung. Bertanya khabar. Dan lebih penting dari itu, menceritakan kepada ibunya setiap kesedihan, ketakutan, kegembiraan, harapan.
Dan bila Amat hadir, Ila merasakan hidupnya telah disempurnakan. Bahawa Amat tempat sebenarnya bergantung, tempat meluahkan segala yang tersirat dan tersurat, dan Ila merasakan sesungguhnya Amat ialah masa depannya. Ila sanggup melepaskan masa silamnya, keluarganya, segalanya. Asalkan Amat berada di sisinya sepanjang masa. Ila cintakan Amat, sepenuh hati.

Dan lebih dari itu, Ila takut Amat tidak dapat menerima dirinya. Seorang anak peneroka Felda. Kerana Amat anak seorang pegawai, tinggal di bandar. Hidup sebagai anak bandar. Amat seorang yang sangat tampan. Putih. Pemain bola. Pelajar pandai sekolah. Ila malah tahu ramai yang meminati Amat. Dan itu menjadikan Ila paranoid. Ila tidak secantik mana; dia sedar hakikat itu.

Malah itu ialah hujahnya ketika mula menolak cinta Amat pada awalnya – namun Amat meyakinkan Ila bahawa peribadi Ila yang membuatkannya jatuh hati. Ila tersentuh – kata-kata yang Amat lontarkan adalah kata-kata idaman setiap wanita – walau secantik mana wanita itu mereka mahu diperakui cantik dalaman; bukan semata-mata luaran. Dan apabila kata-kata itu diluahkan seorang jejaka yang tampan seperti Amat menjadikannya sepuluh ribu kali ganda lebih bermakna.

Dan lebih dari itu pula, Ila lebih takut jika ada orang lain yang mengatakan dia tidak sesuai bersama Amat. Ila takut jika mereka mengenali siapa dirinya yang sebenar. Ila takut jika Amat akan diracuni oleh mereka. Untuk bermain selamat, Ila merahsiakannya terus dari sesiapa. Supaya hal itu langsung tidak akan menjadi gangguan, langsung tidak akan menjadi sebutan sepanjang perhubungan mereka. Tiada siapa menyangka Ila datang dari Felda kerana dia antara pelajar yang fasih berbahasa Inggeris. Malah, Miss Hanis yang mengajar Ila pernah menyebut Ila sebagai ‘student with best grammar I have ever taught’.

Lalu perkara itu menjadikannya sedih. Ila sedar untuk bersama Amat, dia rela membuang keluarganya. Dia sanggup berpura-pura. Ila sanggup mengubah apa saja tentang dirinya untuk disesuaikan dengan keinginan Amat – walau untuk perkara yang tidak diminta. Ila ingin menjadi sempurna di mata Amat.

Dan bila Amat meminta sesuatu yang paling berharga daripada diri Ila, itu menjadikannya lemah. Mungkin kesilapan Ila sebenarnya ialah terlalu jujur kepada Amat. Ila menyedari dia menyimpan beberapa rahsia yang mungkin akan membuatkan Amat tawar hati kepadanya. Antara rahsia itu ialah latar belakang keluarganya; dan juga suatu kisah yang mampu merubah seluruh dinamik perhubungan Ila dan Amat.
Semuanya bermula 3 tahun lalu, sewaktu Ila berusia 13 tahun.

Ila menyertai sebuah kem motivasi untuk pelajar sekolahnya. Dia masih ingat dengan jelas bahawa ketika itu dia masih belum mencapai keremajaan – seorang kanak-kanak kecil. Pada malam itu Ila tidak boleh tidur, dia tidak biasa tidur di dalam dorm. Lalu dia turun dari katilnya, mencapai selipar Jepun di bawah katil dengan kakinya, melilit kepalanya dengan sehelai selendang dan membuka pintu dorm perlahan-lahan.
Ila berjalan menuju ke kantin sekolah, dia mahu meneguk sedikit air suam. Dia berasa sangat dahaga pada malam itu.

Tiba di kantin, dia melihat Cikgu Fareed sedang meronda sekitar kawasan itu. Cikgu Fareed terpandang Ila; terus Ila gumam.

“Kenapa kamu belum tidur lagi ni, Ila? Dah pukul 1 pagi ni! Esok nak bangun pagi pukul 4.30 kan!”
“Saya dahaga Cikgu. Saya nak minum air!”
“Kenapa sorang-sorang je? Kamu tak takut ke?”
“Yang lain dah tidur. Saya tak biasa tidur dalam dorm Cikgu. Saya tak boleh tidur.”

Cikgu Fareed diam seketika, seperti berfikir. “Tak bolehlah macam tu, saya tak boleh bagi keistimewaan kepada kamu sorang. Tak adillah kalau kamu nak mintak tidur tempat lain.”

“Takdelah Cikgu. Saya tak mintak pun. Harap-harap lepas minum air ni saya dah boleh masuk tidur.”
“Ha, pergilah minum dulu!” kata Cikgu Fareed. Ila berjalan melepasi Cikgu Fareed dan mengambil kole dari rak cawan, kemudian berjalan ke mesin penyejuk air. Perlahan-lahan dia mencampurkan air panas dan air sejuk dari mesin, dan meneguk campuran air itu dengan diam. Cikgu Fareed masih berdiri membelakangi Ila.
Selesai minum air, Ila berjalan perlahan-lahan ke arah Cikgu Fareed.

“Terima kasih Cikgu, saya masuk tidur dulu ye.” Lalu Ila terus berjalan menjauhi Cikgu Fareed.
Tiba ke langkah ketiga, Cikgu Fareed memanggilnya. “Tunggu Ila! Mari sini dulu!”
Ila berpusing, patuh. “Kenapa Cikgu?”

“Macam nilah, kalau awak tak selesa tidur dalam dorm, awak boleh tidur dalam bilik sakit. Dekat situ mungkin awak boleh tidur cepat. Lagipun bilik tu takdelah selesa, macam dorm jugak. Cuma tak ramai macam dorm. Kesian jugak dekat awak, orang lain boleh tidur, awak sorang je yang berjaga.”
Ila senyum gembira. “Terima kasih Cikgu!”

Cikgu Fareed senyum kembali.

Ila tidak menyangka pertemuannya dengan Cikgu Fareed akan memberinya rezeki terpijak. Dia berlari pantas ke dormnya, kemudian membuka pintu perlahan-lahan dan menyelinap masuk dengan senyapnya sepertimana dia keluar sebentar tadi. Selepas pasti tiada siapa yang masih berjaga, dia mengambil selimut dan bantalnya, lalu bergegas keluar semula. Ila merasa seronok.

Apabila sampai di bilik sakit, Ila terus berbaring di sebuah katil di tepi tingkap. Terdapat 5 buah katil di situ, yang semuanya kosong kerana cuti sekolah. Ila walaubagaimanapun tidak pernah berasa takut, dia seorang yang berani. Malah apabila tidur seorang dia lebih selesa.

Ila terus berbaring di katil; menyeringai sekejap-sekejap kerana teruja. Seronoknya! Tak sia-sia aku keluar sorang-sorang tadi! Fikir Ila. Tidak lama masa yang diambil Ila untuk tidur setelah merasa selesa.
Dan Ila langsung tidak menyedari sebelum tidur bahawa suatu peristiwa yang akan mengubah hidupnya akan berlaku pada malam itu.

Cikgu Fareed pada malam itu mengambil keputusan yang sangat besar dalam hidupnya; malah satu keputusan yang bukan berpaksikan logik akal.

Perlahan-lahan Cikgu Fareed membuka pintu bilik sakit, kemudian menyoroti lorong ke bilik sakit perempuan. Dia pasti tiada orang lain yang berjaga pada malam itu kecuali dirinya. Dia membuka pintu bilik sakit itu, mendapati Ila sudah diam di perbaringan. Cikgu Fareed menutup pintu, lantas menekan butang kunci.

Cikgu Fareed perlahan-lahan duduk di sisi katil Ila, mengusap rambutnya perlahan-lahan. Cikgu Fareed sudah lama menginginkan seorang kanak-kanak, tetapi tiada kesempatan. Dan malam ini bakal menjadi kali pertamanya.

Ila terjaga, mengenyeh-ngenyeh mata. “Kenapa Cikgu?” tanya Ila dengan perasaan mengantuk yang tebal. “Takde apa. Saya risau kamu tidur sini sorang-sorang. Tu saya datang melawat tu. Ila tidurlah ye.” Ila mengangguk dungu. Menepuk-nepuk bantalnya dan berbaring semula.

Cikgu Fareed berbaring di sebelah Ila di atas katil yang sama.

10 August 2012

Death of a roommate

I would always remember the 20th of Ramadhan as the day I lost a dear friend. It marks the turning point of my whole life. It was the death of my roommate.

You never knew when a particular someone would just be gone. There were just no signs; nothing that can signal you telling that he would be gone forever. And I had that experience with my roommate – which redefined my whole life. My roommate was just one month after his 24th birthday when he died, and the last words I’d ever say too him were ‘Take care’.

He was off to Tarawikh prayer that 20th of Ramadhan, and all I said to him was ‘I don’t feel like going tonight. Take care’. You just never knew that it was the last.

And he never came back. At past 11.00, he still didn’t return. I began to think that he might gone back to his house, or even going out with his friends; but I remembered that he brought nothing to the mosque other than his keys and he wore a sarong.


At 12.00, I started to feel bad. And 5 minutes after that was the first phone call from the police. The officer just mentioned that my roommate was caught in an accident; and that they might need me to identify his body since he didn’t bring along any identification. He was hit by a van just outside the mosque.

First hearing that, I thought that it was all a joke. And after my senses kicking in, I began to think that it’s not him. My mind suggesting that there might be a mistake; any sort of it. I just couldn’t accept that it happened that night.

I asked another friend of mine to send me to Hospital Serdang, just to make sure. My heart racing with each passing moment while inside the car. An officer accompanied me into the room where they kept the ‘allegedly’ dead body of my roommate; and all I could pray was it’s not him. And even if it’s him, I prayed that he was in his perfect shape; I wanted to remember him as a whole person even in his death.

And when first I caught a glimpse of the body, all I knew was it’s him. It’s HIM. And at least one of my prayers was answered; he was indeed, as perfect as when he was alive, except for the bruises that were here and there on his body.

And then it all started. The grief, the denial, the sadness. My friends suggested that I should start packing his things away; so that it would ease his family’s burden. So when they came they don’t have to go through his belongings. I did that duly, only to find out that it was impossible to close this very chapter of my life without breaking down into tears.

His books; his 2-week LCD monitor that he just bought was all reminder that some time before this, there was a human being exist in this very same room as I am, breathing, alive and talking.

It took me some time to really pack his things away; as it had become a very painful and emotional process; and his family only came a week after his death to collect his things. And every night before they came I always waited for somebody to turn the lock, waited for any sign of him coming back to this room.

There were nights when I noticed somebody turned on the light; and woke up just to find that it was the corridor lamp.

I didn’t know where to start, how to start. We never touched each other’s things before, and we were comfortable that way. It felt so wrong to dishonor the understanding we had when now he is gone. His family came a week later on 26th of Ramadhan, 4 days before Aidil Fitri; bringing along clouds of grief. They asked me many things; and I could not help but notice how uncomfortable I was talking about my roommate with ‘arwah’ as the first name.

Even when all of his things were gone, I could not get myself over the fact that my roommate has gone. And when I heard somebody shooing the cats outside, I’m sure it was him teasing the cats like he always did, only to be disappointed that the person just walk away from my room without coming in. There were days when I was listening to songs on my headphones when I heard somebody calling my name from across the table. And when I turned back it was sheer emptiness staring back at me.

I thought it was just a process, until I realized it was two months full I was crying myself to sleep every night; thinking of ‘what if’s’ and ‘how I wish’s’ and coming back from night market bringing his favourite corn on the cob. I understood then, that I had clearly lost an important part of my life.

It was the denial that makes things even harder to comprehend. Every single day I’m telling myself that he would come back; maybe later today; maybe tonight. And one day when I heard knocks on my window, I absent –mindedly fling open the windows to let him come in. and when he wasn’t there, I looked around outside the window to make sure that he didn’t fool me. And I did all that with an utter confidence that it was real – he was really there knocking on my window.

I lost appetite to eat; losing weights tremendously. The sadness was shown into my eyes, where now I have swollen eyes instead of my cheerful ones. I became insomniac; and sometimes when I’m in my worst a very bad paranoid. The emptiness itself now seems like a silent language; cursing me with every profanity that signifies I’m a loser.

I’m feeling guilty; at the very least. Yes, I’d hoped I was not some lazy ass that night when he went to terawikh. If I should have accompanied him, maybe things won’t happen this way. Maybe this is a punishment for my laziness.

And I can no longer relate to my friends; the only thing I talked about when I was with them was my late roommate. They said I should get some help; I could use some. But I just don’t know where to go for help. It’s easy for them to say. They don’t have their roommate run over by a car.


They said there were 5 stages of grief: denial, anger, bargaining, depression and acceptance. But I never stayed permanently on a stage; I kept coming back to the start; sometimes skipping a stage or two; sometimes moving along the stages in backwards; and sometimes feeling all the emotions altogether. I’m all screwed up.

I believe, for all the years to come, I will get over this. But now, I just need time to cry over the death of somebody that I cared dearly. I need some space to mourn for a close friend that had gone for good. Until then, I need my pillow to tell of how I wish things could turn out differently, and how greatly I miss my best friend.

03 June 2012

The Night When It All Ends


This night is the night. THE NIGHT. I am not going to contain anything; I am not going to restrain myself from saying it anymore. This is it.

I waited for him in front of our favourite diner in my blue winter coat and my matching turquoise hijab. They said that a girl wearing a hijab in a foreign country is the girl with the strongest identity; strongest sense of home. I minced at the thought. I doubt that it’s the truth. For me it was just another generalisation or stereotype people have. It’s not necessarily true.

It was past 9 o’clock, and the chill from the freezing winter breeze sends shivers down my spine. The crowd is dispersing away; the streets are getting lonelier. I am not entirely sure if it’s the right time to say it, but I knew it’s the right thing to say. The clock tower with the colourful lights was still flooding the place with its rays. I’m getting more nervous with each passing second.

I always knew what I had done was so wrong, but I did never think twice back then. I was young and wild. And plus, I have repented since. But sins never failed to put that one last punch in your face to remind you of how wrong you were in living life. At least that was my thought when I saw Hakimi from across the street.
He waved his hand; a wide grin on his face now turned into a full-fledged smile. And that smile reminded me of how much I loved him. I almost choked myself with sadness when he ran from across the street. I held back my tears.

“Assalamualaikum, Malina. How are you? Dah lama tunggu?” he asked me in his usual boy-next-door tone. “Waalaikummussalam. Fine. Baru sampai!” I forced myself to sound as cheerful as I could, for I knew at the end of the night, two hearts are going to be broken.

He wore his usual winter coat, with his usual blue jeans. I always teased him on how predictable and boring he is, how he could never surprise me in any ways. And I realised now that I’m going to miss him for that.

“Apa tunggu lagi. Masuk jom?”

“Ah, I forgot to tell you. I have eaten. Let’s just have a walk, shall we? Lepas tu kita grab some kebab ke tengah jalan?” I forced myself again, this time to smile.
“Anything is fine by me. Jomlah kita! I pun tak lapar pun!” and he smiled again. My heart skipped a beat. And we started to walk away from the diner.

“Ah Malina, you ingat tak housemate I orang Iran tu?”
“Ali Reza?”
“Yup. He’s going back to Iran next month. For good! So now he’s selling me his things. His MacBook yang baru 3 bulan pakai pun dia nak jual! Imagine that! And he asked me kalau-kalau you nak beli novel-novel dia. Dia tak larat nak bawak balik semua!” I can see Hakimi was unusually talkative tonight. I can’t help but feeling sorry for him.

“Ah I see. That’s a good suggestion. Tapi I tak rasa nak beli novel dialah. I pun tak larat dah nak baca novel-novel ni semua. Banyak sangat! By the way, dia dah habis belajar ke? Thought he still have another semester?”

“Eh, berapa kali dah another semester. Dah final dah la!”

We suddenly felt into a terrible, awkward silence. Hakimi must have thought that he said something wrong, because I could see his worried face. I didn’t feel like talking happy things with Hakimi tonight. So I stopped when we finally reached a bench.

“Hey, duduk dulu nak? I have things to say to you.” I suggested with a cold voice. “Sure.”
So there we were, sitting side by side. Only a few inches apart.

“Hey, you know how I always wanted to backpack worldwide after I graduate kan? Ingat tak I told you few times before yang I nak backpack dekat Europe, then Australia sebelum pergi India, and then balik Malaysia by road? Ingat tak?”

“Of course I do. Kenapa tiba-tiba you mention pulak? Wait, you missed one part. WE are backpacking together, not just you! After our akad nikah of course. When we are married. So kita honeymoon satu dunia sama-sama! That’s our dream!”

“Maybe I can never achieve that dream. Now, cut me off from that dream. I am not backpacking with you.” I didn’t even stop to gauge his reaction. I did not even see his face when I say it.

“ Hakimi, let’s just get straight to the point. I’m breaking up with you. And I no longer want to marry you...”
“What? But why? Why so sudden? I don’t understand!” Hakimi looked so perplexed and frustrated, his voice didn’t sound solid. I was ready for this moment. From the day I knew it.

We were getting married next summer break in Malaysia. It was just a few months away. But now that marriage is no longer possible.

“Hakimi, in my life, I did bad things that I was never proud of. Things too bad I’m ashamed to admit even to myself. And this hijab; this is just a disguise to cover the wrongdoings I have committed.” I spoke as calm as I could.

“Can’t we just go past your history? Malina, I am ready to accept you no matter who you are. When I said I want to marry you, I am ready to accept you for yourself. Your history, your bad deeds; your strengths; your weaknesses. I am ready for all that. I just want us to be together...”

“Hakimi, you tak faham. I have bigger issues than just my past. It’s my future!”

“Malina, kalau you dah ada orang lain, just say it straight to my face! Tak payah nak bagi alasan bodoh macam lembu! I pun ada otak nak fikir! Tak payah nak pura-pura macam it’s all your fault and pretend like you are the cause!”

I could not mutter any word for now my emotions had taken control over my whole body and thoughts. We went faster to a fight than I thought we would. I wasn’t ready. Hakimi can be short tempered at times. I was planning to take a step-by-step approach.

“Heh, so you mengaku ada orang lain? I dah agak, patutlah dua tiga minggu ni you’re giving me the cold shoulder! I tried to think positive, maybe sebab finals dah dekat you acting out! Tak sangka you’re such a bitch!”

It was a bad word. But I knew I am. Or at least I was.
“Malina I’m sorry. I, I didn’t mean it...”

Words had completely failed me. I did not respond, so the conversation almost died out. And I knew I was crying when I felt warm waters rolling down my cheeks. And maybe that’s why Hakimi did suddenly toning down his voice.

“Hakimi...” I called his name with a croaking voice. I mustered all my strength to say the last words.
“...I’m HIV positive...”

And I stood up, and ran away from Hakimi as fast as I could, sobbing uncontrollably. My chest was clogged with a heavy feeling that made breathing was thousand times harder than it is. I didn’t know if Hakimi was chasing after me, but I hoped he won’t.

Then I say it for a few more times in my head like echoes in a cave: “I’m HIV positive, I’m HIV positive, I’m HIV positive....”

08 April 2012

Lelaki Dalam Cermin

Saya merenung ke dalam cermin dalam-dalam.

Tidak pernah usia saya berdusta. Segalanya terpancar ke dalam cermin. Wajah yang mula dewasa. Tanda-tandanya sudah semakin jelas.

Garis-garis pada wajah yang dimusimkan sengsara, bahagia dan cita-cita. Sudah hampir dua tahun rasanya, masa dicuri dari diri. Wajahnya masih putih, tapi berbalam kuning. Tanda tikaman terik mentari.

Walau dalamnya masih sama, luarannya begitu ketara. Saya senyum tawar. Imej di dalam cermin berbuat yang sama. Saya masam mencuka. Imej di dalam cermin juga. Saya ketawa. Bila melihat imej itu ketawa, saya terhenti. Spontan.

Saya menekap sebelah tangan di atas permukaan cermin. Bahagian tangan kami bersentuh. Yang dirasakan di hujung saraf jari-jari dan tapak tangan hanyalah kesejukan cermin.

Saya memandang imej saya di dalam cermin. Dan dia memandang ke dalam mata. Bagaimana, tanya saya, dia di dalam cermin ini mempunyai sekian segala rahsia dan memori saya? Bagaimana telah dia hidup 22 tahun dalam dunia dan menjadi seperti dia kini?

Merenung ke dalam matanya dalam-dalam, saya melihat kesunyian yang tidak pernah saya tahu wujud. Mata yang airnya tidak pernah surut. Tangisan yang murah. Parut di bawah bibirnya ketika dia berlari lalu jatuh sewaktu usianya 8 tahun dan dagunya mencium kayu balak yang baru ditebang. Saya mengusap parut itu halus. Kepedihan itu muncul semula. Saya sedang bermain sorok-sorok dengan sepupu-sepupu saya.

Sewaktu ingin menyorok, saya terjatuh. Dan kemudian saya terus berlari pulang ke rumah, mengunci pintu. Dan lalu menangis.

Keningnya tebal. Kata setengah orang, kening anak Cina. Ada pak cik Cina yang dapat mengesan aliran darah itu di dalam badannya hanya dengan melihat keningnya. Dan hidungnya yang kemek warisan Bonda. Mukanya bulat bagai purnama, sesuai dengan namanya yang melambangkan bulan mengambang.

Di atas bibirnya, melekat sebutir tahi lalat. Kata orang, mulutnya pedas. Dan ada juga kata orang mulutnya boleh membaham semua jenis makanan. Saya ketawa bila teringat.

Dan di dalam cermin dia juga ketawa. Saya mencemik. Dia juga. Dan saya tidak tertahan geli hati dan terus ketawa. Saya melarikan pandangan darinya untuk terus mampu ketawa.

Oh diri sendiri. Hanya kau yang memahami derita dan bahagiaku. Tiada manusia lain yang lebih mengerti.

28 December 2011

Sahabat, Sayap dan Sami


Petang yang aneh. Bayangan di belakang gunung ialah langit biru-hitam yang dicerobohi selimut jingga mega mentari petang; membentuk dua lapisan warna yang bertindihan; dan antara kami dan gunung itu ialah laut. Indah tetapi sepi.

Pangkor! Saya berteriak. Ini dekat Pangkor! Saya tidak mengerti apa yang berlaku dan bagaimana kami sampai semula ke Pangkor, cuma saya sedar kami perlu melintasi laut itu untuk ke gunung di seberang.
“Ikram, paut kaki aku! Aku bawak kau terbang!” saya berkata kepada Ikram dengan nada tegas. Saya kemudian mengapungkan diri; sepasang sayap tumbuh di belakang. Ikram tidak berganjak. “Cepat paut kaki aku. Aku bawak kau!” saya mengarah lagi.

Ikram patuh. Dia memaut kaki saya. Saya terbang pantas; meluncur merentasi langit. Kami perlu sampai sebelum matahari terbenam. Saya tidak pasti bagaimana saya mengetahui apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan; tetapi saya yakin.

Sewaktu hampir tiba ke gunung itu, kelihatan seorang sami Hindu sedang berdiri sambil memegang butiran tasbih. Saya berasa cuak, tetapi perjalanan harus diteruskan. Untuk kembali semula, saya tahu kami perlu sampai ke gunung itu. Semakin mendekati gunung itu, saya dapat melihat sami itu memandang tepat ke arah saya.

Kemudian mata kami bertembung. Mukanya sungguh mengerikan; dan dalam sekelip mata, tubuh saya menjadi kaku. Saya tidak dapat bergerak!

Kami terapung di tengah udara; saya berteriak: “Ikram, aku tak boleh bergerak!” Dada saya kecut. Ya Allah, bawah dah laut! Kalau sayap ni tak boleh bergerak lagi, kami akan jatuh! Saya kemudian mula membaca ayat kursi.

Dan saya terjaga dengan dada yang gemuruh. Mulut saya masih berkumat-kamit menghabiskan bacaan ayat kursi.

Saya terkejut dari tidur. “Astaghfirullah, Astaghfirullah!” Saya beristighfar; dan memerhati sekeliling.
Saya merasa takut. Mujurlah di sekeliling saya masih dinding konkrit bilik tidur saya. Tiada yang berubah. Saya masih di rumah, dan bukan berhampiran mana-mana pantai. Tidak ada sami di sini.

Ya Allah! Takutnya mimpi tadi! Kemudian saya baring semula; dan memejam mata untuk mengingat semula butiran mimpi itu.

Saya membuka mata semula dan bingkas mencapai diari saya, dan dengan lekas menulis semula setiap butir mimpi itu. Warna langit; laut; sami; sayap. Segala-galanya. Saya takut untuk tidur semula; risau jika saya akan bermimpi sami itu lagi.

Apakah petanda mimpi ini? Kenapa semuanya seperti jelmaan semula perasaan yang pernah saya rasakan? Apakah maknanya?

Saya termenung sebentar. Mimpi ini ialah satu tayangan kepada perasaan sebenar saya. Dan setiap satunya perlu dicerakinkan untuk mendapat makna sebenar mimpi ini. Peristiwa sebulan yang lalu, dan beberapa hari sebelumnya telah membentuk mimpi ini.

Saya yakin. Saya perlu ceritakan mimpi ini kepada Ikram. Mungkin ini mainan syaitan – mungkin, tetapi saya yakin saya tahu makna sebenarnya. Pasti...

18 September 2011

BErFikir

“Kalau aku khabarkan padamu, bahawa cinta, mimpi dan persahabatan itu semuanya hanyalah cebisan kepada cerita yang lebih besar, iaitu kisah tentang seorang manusiawi dah kehidupan yang dijalaninya, mahukah kau masih menyayangi aku?

Dan jiwa aku tiada ruang untuk mencinta, kerana aku bukanlah selayaknya mencurahkan kasih untuk kau. Aku cuma mampu menjanji bahawa kau dan aku akhirnya akan binasa dalam pentas panggung penghidupan, dan selebihnya hanyalah kisah kita akan kembali. Maka berhentilah mencintai aku”

“Dan tahukah kau, bahawa setiap yang kau lakukan pada masa ini hanyalah penghambaan diri kau kepada mata-mata rantai, yang setiap satunya wujud dalam pasar raya yang kau kunjungi, dalam kereta yang kau naiki, dalam filem yang kau tontoni, dalam lagu yang kau dengari?”

“Pimpinlah aku menuju abadi, setiap satu nafas yang kuhembus hanya disertai paluan dosa dan kesalan, dan aku juga masih menyayangi kau, cuma pada batas-batas yang wajar. Sebab manusia itu fitrahnya lahir bersendiri dan mati bersendiri. Dan aku takut jika dengan matinya aku kasih kau padaku akan terputus.”

14 May 2011

Letting Go


Who do you think you are? – Jar of Hearts

In my very vast definition of love, I suddenly stumbled upon somebody. And this world created just for me and you; that nothing seemed to matter anymore. That my world is all about you; you and you. My world revolved around you.

I liked the way everything seemed to be perfect eventhough it was just us. We shared our lives together, soar to heights of dreams and satisfaction. In some ways, you are a part of me. Every tear, laughter and hug. In each I put my heart into. Because I love you.

How in the world, one day, you asked everything to stop? To stop being just us, and diverge our world into two the way it was?

You never knew how you made me feel perfect and loved. How finally I felt like I am worth something to someone. How with all my flaws, you’d still be able to accept me?

No, you are not cruel. You are just taking another path. And I was lonely again on my own. Even worse than before the start. I felt like some of me died inside. Because after all, you are a part of me. Literally.

Many things that I did I did for you. Just for simple reasons to make you happy. But you really didn’t need that. You didn’t need me. At all.

I was risking everything that I had in hand just to taste some sip of your poisonous love. It backfired.

When all hopes started to burn away, the best that I did was finding another strength and cause to live. But your love is so deep trenching inside my soul. Every thing I did without you became so painful itself automatically.

Not that I missed you, or your smiles, or your love. I just need your presence. To comfort me. To give me an unspeakable amount of strength and spirit. To assure me that every path I take in my life you would be there with me.

Even in some of my wildest thoughts, I was dreaming of a family. Of kids of our own. You and I grow old together, and reminisce the good old days with our small grandchildren.

Sometimes I laughed at my own stupidity. And cried consequently. How love had played a deadly game with me, and I lose miserably. And I just miss you even more. And missing and missing until tears seemed to be too little to compare with the excruciating sorrow.

You took away my sunshine and rainbow. But still, I miss you so very much. Because you are a part of me.

28 February 2011

MIMPI

Sejauhmana mimpi boleh mempengaruhi kita? Kadang2 mimpi macam sangat real, n kadang2 mimpi boleh bawak sign yang tertentu. Ada org cakap, mimpi ni salah satu sifat kenabian.

Pernah tak dengar perkataan dejavu? Dejavu means kita melakukan sesuatu, n tetiba kita rasa macam pernah melakukan benda tu, walhal kita tak pernah buat. Selalunya dejavu berlaku kalau kita pernah bermimpi tentang benda tu. Saya pernah banyak kali dapat dejavu, n setiap kali dapat dejavu saya akan bagitau semua orang yang ada pada waktu tu, sebab perasaan mendapat dejavu sangat overwhelming n surreal; that u cannot contain the feeling to yourself.

For me, sometimes mimpi macam extension of the real life. Kadang2 dalam mimpi kita nampak orang2 yang kita kenal, tapi mereka wujud sebagai reflection diri mereka dan situasi dalam real life. Mereka menjadi diri mereka, tapi dalam situasi yang hampir sama dengan reality.

Orang kata, kita mimpi dalam black n white, tapi saya x percaya. Dalam mimpi saya ada banyak warna. N kadang2 saya terlampau obses pada sesuatu sampai boleh bermimpikan benda tu. Contohnya, saya pernah mimpi main Plants vs Zombies sebab terlampau obses! Ho3!

Fullscreen capture 28022011 201002
Mimpi sayakah ini?!

Mimpi saya yang latest ialah pagi tadi. Saya mimpi lif fakulti tertutup n ada seorang budak lelaki yang terperangkap. Lepas tu lif tu akan terhempas. Saya pun jerit2 suruh dia cuba tahan pintu lif, tapi dia cakap dia tak pandai. Sebab dalam mimpi saya, lif tu pernah terhempas. Tapi tak sempat budak lelaki tu terhempas, saya dah bangun dulu. Fuh! Kalau betul terjadi, ngeri!

mati di lif
Mati tersepit di lif!

Kebetulan pulak dalam English ada term “Elevator Dream”, maksudnya mimpi seolah2 kita sedang turun atau menaik, atau bergerak side to side. Hm, mesti semua orang baru pernah dengar kan? Tapi saya yakin semua orang pernah rasa “Elevator Dream” ni.

Kadang2, ada mimpi yang sangat sedih sampai kita rasa nak menangis bila terjaga. Mimpi yang menakutkan pun ada, n bila terjaga rasa ketakutan. Dua-dua pernah saya rasa. Mimpi yang gembira agak jarang pulak. Pelik!

Pernah tak y’all mimpi yang sangat menarik? Kalau ada mehla kita share. Mimpi saya paling menarik maybe mimpi terbang kot. Best! Sebab dalam real life tak mungkin dapat. Sebab tu namanya mimpi je kan?

14 May 2010

Song: Kini dan Bukan Selamanya


Stop

Kita bertempur dan berhujah. Aku merasionalkan emosiku sedang kau menegakkan peganganmu. Kita menerokai lebih dari sempadan persahabatan dan batas perasaan. Kita bersengketa dan berdamai; berhujah dan bertenang; bersama dan berpisah. Dada kita digetarkan darah; marah, benci, dendam dan cemburu. Kita menodai norma, memautkan hati. 

Maka pada firasatku, dapatkah matamu menancap menembusi dadaku dan melihat segala isi hati dan emosiku? Mampukah kau menafsirkan kesedihan dan kesunyian diriku dalam bahasamu? Kita dari dua dunia berbeza; hanya bertemu pada persilangan dimensi ini. Ruang dan waktu ini hanya pertembungan dunia kita, bukan kekal. Hanya sedetik.

Pause

Masa kita adalah kini. Masaku adalah kini. Kita bukan budak yang bermain serangga di waktu pagi; kita bukan orang tua yang menangisi petang. Kita ialah kita kini. Mengapa perlu kau mengejar dewasa dan meninggalkan bahana percintaan kepadaku yang masih berdiam? 

Aku ingin kini; bukan segala mimpi yang kau asakkan bersama cita-cita, harapan, angan dan dongeng untuk masa yang kau tak pasti bila tibanya. Aku bersama realiti, hakikat, kesedaran dan mahuku kepada kelangsungan dan kejadian masa kini. Aku tidak berdiri untuk berkhayal bersamamu. Aku ingin kau menyedari bahawa masa kini kau ada aku. Masa kini kau memiliki aku. Masa kini kau bersama aku.

Play

Kembali. Mahukah kau menjalani setiap mimpiku dalam realiti? Ya, sedang kau makin menghilangkanku dari kotak ingatanmu, mimpiku makin berkisar tentang waktu dulu. Waktu aku belum merasai pahitnya kekecewaan dan kosongnya kerinduan. 

Dan setiap malamku tidak berlalu tanpa kau menemaniku, walau dengan memori yang wujud dalam mimpi. Sahabat, setiap detik yang berlalu mengingatkanku akan tibanya akhir jalinan hati. Kau akan menjadi seperti sahabat-sahabatku dulu; datang dan berlalu seperti angin, sedang aku akan menjadi seperti sahabat-sahabatmu; yang akhirnya cuma meninggalkan secebis kisah dan segaris parut pada jiwa dan kenangan. Maka dapatkah kau merumus apakah sebenarnya kesakitan yang aku rasai tentang kehilangan kau dan perginya kehadiran kau? Aku takut pada masa depan, sahabat. Waktu pandanganku tidak lagi menemui kau setiap hari; waktu setiap hari sedikit ingatanmu tentangku dikikis rakusnya masa.

Delete

Persengketaan kita perlu kita singkirkan. Masa kita bersama bukan lagi panjang seperti waktu kita mula bersua. Setiap hari kita lalui menyemai benih perpisahan dan membuka jendela masa depan. Walau kita berjalan mengundur, masa berlari ke hadapan. Dan walau aku ingin selalu denganmu, perpisahan bukanlah dalam genggamanku. Kembalilah sahabat. Aku tidak bisa berubah, maka kau bersamalah denganku sehingga masanya akan tiba bila kau mampu terbang meninggalkanku dengan mimpi yang kau bina sejak sebelum kita bersama. 

Dan aku tidak akan menangisi perpisahan itu nanti sahabat, sebab aku mengerti bahagia yang kau beri padaku sudah tamat waktunya. Aku akan bersendiri dan mengenangmu selamanya, sehingga tiba detikku pergi. Demimu sahabat, hatiku tidak berganjak dari mengingatmu. Kita ialah penagih cinta dalam meraih kemanisan bersama, kita telah bersama mengejar cita-cita dunia. Perkara betapa kecil bagi kau, memberi kebahagiaan kepadaku. Dan dinding ini hanya pemisah lahiriah aku kepada kau, tetapi hatiku tidak terbatas oleh sekadar timbunan bata dan jarak.

Replay

Sudah tiba masanya. Bukan lagi detik bila-bila. Kini adalah kini. Kau bersama aku, sedang aku bersama kau. Aku dan kau hanya bersama dalam masa dan ruang ini. Bukan dulu. Bukan kemudian hari. Kini adalah kini. Bersamalah denganku sebelum kau mengucapkan selamat tinggal padaku. 

Hiduplah dan kecapi masa kini sedang aku masih ada; jangan larut dalam impian. Kita sahabat, masa kini, bukan selamanya. Sebab aku sedar, janji kau padaku tidak kekal sampai bila-bila. Cukuplah masa kini kita berteman, sahabat; aku bahagia. Aku bahagia. 

End.

p/s: Hai....tengah tensen dapat pulak ilham nak menulis kan....
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter