Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

12 May 2015

Apa Yang Anda Tidak Faham Tentang Pedofilia

Kes pedofilia baru-baru ni tiba-tiba jadi gempar semula, bila seorang pelajar Malaysia dekat UK ditahan dan didakwa sebab memiliki dan mengedarkan video tidak senonoh dengan kanak-kanak. 
Bila berlaku macam tu, semua orang nak menyatakan pendapat masing-masing tentang betapa menakutkannya pedofilia kepada masyarakat.


Here’s some candy for you in case this entry is too harsh to digest!

Lepas tu bila explain sikit pasal pedofilia, bawah perenggan yang sama akan diletakkan ayat "Takut kan pedofilia ni?" Tapi bila kita menerangkan tentang kegiatan jahat pedofilia tanpa mengambilkira punca bagaimana seseorang itu menjadi pedofilia, kita sebenarnya menyebarkan perasaan takut kepada benda yang kita tak faham, macam kita sebarkan ketakutan kita pada hantu dengan jin.

Tapi bezanya pedofilia dengan jin ialah pedofilia ni manusia. Hantu dan jin tidak boleh difahami tetapi manusia boleh.

Dan jugak, dengan menyebarkan ketakutan kepada pedofilia, kita sebenarnya menjauhkan diri kita daripada penyelesaian sebenar kepada masalah ni.
Masalah pedofilia, masalah siapa?


1 – Pedofilia tidak sama dengan pencabul kanak-kanak

Dari segi saintifik, pedofilia adalah istilah yang digunakan untuk manusia dewasa yang TERTARIK secara seksual kepada kanak-kanak. Tapi dari sisi undang-undang, kebiasaannya pedofilia dirujuk sebagai orang dewasa yang telah MENCABUL kanak-kanak. Apabila dari segi definisi asas perbezaan itu dikaburkan, mudah untuk kita salah faham kepada golongan pedofilia.
Bukan semua pedofilia adalah penggila seks dengan kanak-kanak! Itu adalah definisi sempit yang kita takrifkan. Kenapakah definisi ini penting?
Kerana daripada semua kes berkaitan pencabulan kanak-kanak, hanya 20% sahaja telah dilakukan oleh pedofilia. Apakah maksudnya? Maksudnya hanya 20% sahaja kanak-kanak yang dicabul oleh manusia yang tertarik secara seksual kepada kanak-kanak, manakala 80% lagi kanak-kanak telah dicabul oleh orang NORMAL. Maksudnya orang yang otaknya NORMAL empat kali lebih menakutkan berbanding pedofilia. Ini juga bermaksud pencabul kanak-kanak tidak semestinya daripada kalangan pedofilia.
Kenapakah orang NORMAL mencabul kanak-kanak? Sebab pertama, kanak-kanak terutamanya dari kalangan keluarga 'available' dan senang.


2- Berapa ramaikah pedofilia di kalangan kita?


Sehingga kini, hanya terdapat 8 kajian yang dijalankan untuk mengetahui jumlah pedofilia dalam populasi masyarakat. 1 hingga 2 % adalah jumlah pedofilia yang dipersetujui ramai, tetapi kajian terkini yang dijalankan pada tahun 2009 dan 2011 di kalangan pedofilia dalam masyarakat oleh Sarah Goode, felo penyelidik kehormat di Universiti Winchester mendapati anggaran terbaik yang terkini ialah satu dalam lima orang lelaki dewasa, kepada tahap tertentu, boleh dirangsang oleh kanak-kanak. Wanita pedofilia pula dianggarkan sebanyak 5% daripada keseluruhan pedofilia.

Dalam survey berkaitan, 18% lelaki mengakui mereka mempunyai khayalan tidak senonoh dengan kanak-kanak.


3- Siapakah yang boleh menjadi pedofilia?


Antara golongan biasa yang dianggap boleh menjadi pedofilia ialah golongan yang pernah dicabul sebagai kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kajian oleh Hindman and Peters (2001) mendapati daripada 67% pencabul kanak-kanak yang ditangkap mengakui pernah dicabul sewaktu kecil. Setelah mereka melalui ujian poligraf, hanya 29% sahaja yang benar-benar dicabul sewaktu kecil. Bermaksud 38% daripada mereka menipu. Ini menunjukkan hanya 29% sahaja pedofilia yang berpunca akibat pernah dicabul sewaktu kecil dan selebihnya adalah mereka yang normal.
Dr James Cantor yang menjalankan penyelidikan selama berdekad-dekad terhadap pedofilia mendapati terdapat beberapa ciri-ciri biasa pedofilia, iaitu seperti berikut:
  1. Mereka lebih pendek berbanding lelaki biasa
  2. 3 kali lebih cenderung sebagai kidal, atau boleh menggunakan kedua-dua tangan (ambidextrous)
  3. Mempunyai IQ 10 ke 15 markah kurang dari purata
  4. Pernah tercedera kepala sewaktu kecil
Kajian klinikal oleh Dr Cantor juga mendapati pedofilia kurang 'white matter' di dalam otak setelah dijalankan imbasan MRI berbanding penjenayah lain, iaitu menunjukkan kerosakan dalam otak seseorang pedofilia. Dr Cantor menggelarnya 'cross-wiring' atau pendawaian silang, iaitu rangsangan yang sepatutnya membangkitkan perasaan untuk melindungi dan membesarkan kanak-kanak, merangsang perasaan ghairah kepada pedofilia. Memandangkan ciri-ciri ini ditentukan oleh genetic, ini merupakan satu indicator seseorang pedofilia itu sebelum dilahirkan telah 'ditakdirkan' menjadi pedofilia.
Pedofilia yang pernah dicabul sewaktu kanak-kanak pula mempunyai kecenderungan untuk terangsang dengan hubungan dengan kanak-kanak kerana sekiranya mereka dicabul oleh orang yang benar-benar menyayangi mereka, mereka akan percaya bahawa hubungan pedofilia itu ialah sesuatu yang perlu dan asli yang membentuk hubungan kasih sayang antara pedofilia dan kanak-kanak.


4- Penggunaan video lucah kanak-kanak MAMPU menyelamatkan kanak-kanak dari dicabul

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Milton Diamond, Eva Jozifkova, dan Petr Weiss pada tahun 2010 di Denmark, Republic Czech dan Jepun mendapati apabila bahan-bahan lucah kanak-kanak lebih mudah didapati di Negara-negara tersebut, mereka mendapati kes-kes pencabulan kanak-kanak seperti rogol, cubaan rogol dan cabul menurun dengan sangat ketara. Mereka membuat kesimpulan pedofilia menggunakan bahan tersebut sebagai ganti kepada kanak-kanak sebenar untuk melampiaskan nafsu, menyebabkan berlakunya pengurangan kes-kes tersebut.
Hasil kajian mereka membawa persoalan konflik antara etika manusia dan sains. Penyelidik tersebut memberi cadangan penggunaan bahan-bahan lucah yang tidak menggunakan manusia – seperti kartun, esei atau lukisan kanak-kanak adalah justified untuk digunakan sebagai ganti kepada pedofilia.
(Okay, I'm not justifying Nur's vast porn collection here, but you know what I mean. Not that his crime is victimless)
5- Tiada rawatan untuk pedofilia lebih bahaya daripada menunggu mereka mencabul kanak-kanak dan menghukum mereka
Dalam mana-mana budaya manusia sekarang, mereka menafikan kewujudan pedofilia sehinggalah mereka menafikan kewujudan penyelesaian masalah untuk isu ini. Dan apabila mereka mengetahui kewujudan pedofilia, mereka terus-menerus menyebarkan ketakutan dan panic kepada pedofilia tanpa penyelesaian yang konkrit mahupun fakta yang jelas.


"Scary kan pedofilia ni. Tengok gambar baby boleh terangsang!"
Statement seperti inilah yang menyebabkan golongan pedofilia takut untuk mendapatkan pertolongan. Sedangkan BUKAN semua pedofilia mencabul kanak-kanak. Malah ada antara mereka yang sebenarnya mengalami konflik dalam diri sendiri.
Apakah perasaan kita kalau orang kata "Scary kan orang agama Islam ni. Kalau mencuri tangan kena potong."
Point being is, kita tak faham benda tu, so jangan keluar statement bukan-bukan.
Pada masa kini, Jerman merupakan satu-satunya Negara yang berdedikasi untuk membantu pedofilia daripada mencabul kanak-kanak. Projek Pencegahan Dunkenfeld menawarkan rawatan percuma khusus untuk orang dewasa yang tertarik kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur tetapi tidak mahu menurut nafsu tersebut.
Tidak seperti Amerika Syarikat, Jerman tidak mempunyai undang-undang khusus untuk melaporkan jenayah pedofilia kepada pihak berkuasa. Sungguhpun begitu, untuk setiap 2 kanak-kanak yang meninggal dunia akibat didera di Jerman, 27 akan meninggal di Amerika. Ini menunjukkan pelaksanaan undang-undang yang ketat kepada pencabul kanak-kanak tidak dapat dibuktikan untuk membendung jenayah berkaitan kanak-kanak.
 
Virtuous Pedophiles (Virped), sebuah forum atas talian telah ditubuhkan untuk membantu pedofilia daripada mencabul kanak-kanak dengan memberikan dorongan moral kepada ahli-ahlinya. Laman web ini boleh diakses seluruh dunia dan menawarkan sokongan kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama dan kerakyatan. Sehingga kini, forum ini telah mempunyai 800 ahli.
Kajian-kajian dijalankan untuk memahami pedofilia dalam masyarakat juga dilakukan untuk mencari punca sebenar masalah pedofilia bagi mengelakkan masalah lebih serius berlaku pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, semua penyelidik berpendapat kajian-kajian tersebut bukanlah sebagai sokongan untuk menghalalkan pedofilia, namun sebaliknya satu usaha konkrit untuk mencari penyelesaian.


ISU-ISU BERKAITAN PEDOFILIA

  1. Islam vs Sekular
    Dalam Islam, kanak-kanak yang baligh sudah dibenarkan untuk berkahwin. Hal ini sungguhpun dipersetujui oleh rata-rata umat Islam, namun tidak begitu diamalkan pada zaman sekarang. Menurut undang-undang secular pula, terdapat umur-umur tertentu sebagai penanda aras untuk menentukan kanak-kanak boleh membuat keputusan sendiri atau tidak. Oleh itu, kanak-kanak yang sudah baligh tetapi masih bawah umur akan dikira dirogol sekiranya mereka memberikan kebenaran untuk perhubungan kelamin.

     
  2. Kesanggupan kanak-kanak yang terlibat
    Memandangkan kanak-kanak dikira tidak matang, sejauh manakah sebenarnya mereka sanggup untuk terlibat dalam perhubungan pedofilia? Hal inilah yang menjadi titik pertikaian setiap kali isu berkaitan pedofilia dibangkitkan di dalam media.

     
  3. Tidak ada pencegahan, hanya hukuman
    Kebanyakan kerajaan/tamadun mutakhir tidak memperuntukkan sebarang penyelesaian atau pencegahan kepada pedofilia yang tidak pernah mencabul kanak-kanak. Sebaliknya, hukuman keras menanti mereka yang mencabul kanak-kanak. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk mencari penyelesaian kerana pedofilia tidak dapat dirawat sebelum terlambat. Pedofilia yang 'baik' iaitu mereka yang tertarik kepada kanak-kanak tetapi tidak berniat untuk mengapa-apakan kanak-kanak juga tidak dapat mencari pertolongan akibat ketiadaan system sokongan untuk membantu mereka.

KESIMPULAN:

Pedofilia tidak boleh disamaertikan sebagai pencabul kanak-kanak. Tindakan yang lebih progresif seperti yang dilakukan kerajaan Jerman perlu dilakukan untuk memastikan pedofilia diberikan sokongan yang secukupnya untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti jahat melibatkan kanak-kanak.



REFERENCES:

http://www.independent.co.uk/voices/comment/how-can-we-prevent-child-abuse-if-we-dont-understand-paedophilia-8438660.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2010/11/101130111326.htm
http://www.virped.org/
http://www.cracked.com/personal-experiences-1658-5-ways-were-making-pedophilia-worse_p2.html

15 January 2014

NEGARA BINATANG




Animal Farm (dialihbahasa ke Bahasa Melayu menjadi Negara Binatang) ialah sebuah novel allegorikal yang digarap oleh George Orwell, antara penulis termasyhur Inggeris. Novel ini ditulis Orwell pada tahun 1943 – 1944, rentetan daripada Perang Sepanyol.
Animal Farm merupakan novel yang sangat dihargai sejarah, kerana peranannya dalam menceritakan dan meringkaskan sistem politik dan keburukannya dalam bentuk simbolisma haiwan yang memainkan peranan manusia.
Haiwan-haiwan tersebut diberikan sifat manusia (anthropomorphism) untuk mewakilkan setiap golongan masyarakat yang berbeza dalam suatu negara/unit politik.

Saya membaca novel ini ketika tingkatan 4, dan novel ini membantu saya menilai politik Malaysia dengan kaca mata berbeza.

animal-farm

SINOPSIS

Old Major, babi yang tua dan pandai mengumpulkan semua haiwan di Ladang Manor di sebuah reban di ladang tersebut untuk menceritakan mimpinya yang memberi gambaran sebuah negara binatang yang bebas hidup bersama tanpa cengkaman manusia. Apabila Old Major mati 3 malam kemudiannya, 3 ekor khinzir muda, Snowball, Napoleon dan Squealer merumuskan impian Old Major ke dalam satu falsafah yang diberi nama Animalisma.

Suatu malam, haiwan-haiwan di ladang tersebut berjaya menumpaskan penternak mereka, Mr Jones yang pemabuk dalam suatu pertarungan. Mereka menamakan semula Ladang Manor sebagai Ladang Binatang dan mendedikasikan diri mereka untuk mencapai cita-cita Animalisma.

Seekor kuda, Boxer yang gagah, ialah haiwan paling gigih mengorbankan dirinya dengan kekuatan yang dimilikinya dalam ladang tersebut untuk mencapai prinsip-prinsip Animalisma itu. Boxer berpegang kepada prinsip “Saya akan bekerja lebih kuat” dalam merealisasikan impian Ladang Binatang. Kesemua babi-babi di Ladang Binatang diangkat ke posisi pemimpin, kerana mereka dianggap haiwan yang lebih pandai dan pula pandai membaca.

Haiwan-haiwan lain, seperti anjing bernama Jessie dan Bluebell, diambil anak-anaknya oleh Napoleon dan dididik oleh Napoleon untuk kawalan keselamatan. Lembu-lembu diambil susunya oleh babi-babi sebagai makanan. Ayam dan itik mengumpul bijirin menggunakan paruh mereka.

Terdapat haiwan lain, seperti kuda bernama Mollie yang tidak menyumbang sebarang pengorbanan kepada Ladang Binatang kerana biasa dengan kemewahan yang diberikan oleh manusia sewaktu ladang itu belum dimiliki haiwan. Mollie akhirnya melarikan diri ke ladang sebelah kerana dijaga dengan lebih baik oleh manusia berbanding haiwan.

Kucing di rumah peladang itu juga tidak begitu melibatkan diri dalam pergolakan politik ladang itu, tetapi dimaafkan kerana alasannya yang kukuh dan dia berdengkur dengan sangat mengharukan sehingga haiwan-haiwan lain mempercayai niatnya yang suci. Kucing didapati ‘mengundi kedua-dua pihak’ sewaktu pilihanraya.

Kambing biri-biri merupakan sekumpulan haiwan yang tidak begitu memahami konsep Animalisma, tetapi secara buta tuli menyokong pemimpin mereka iaitu babi-babi. Mereka menyanyikan lagu-lagu yang memuja-muja pemimpin mereka yang diajar oleh babi-babi tersbut.

Benjamin ialah seekor keldai yang bijak dan merupakan antara haiwan yang pandai membaca di ladang tersebut, tetapi bersifat pesimistik. Dia meramalkan kehancuran Ladang Binatang pada masa hadapan.

Animal Farm
Babi mengajar membaca

Pada mulanya, Ladang Binatang berkembang dengan jaya, dengan setiap haiwan menyumbang mengikut kemampuan mereka. Snowball, babi pertama mengajar haiwan-haiwan membaca, dan Napoleon, babi kedua mengajar mereka prinsip-prinsip Animalisma.

Tidak lama kemudian, Snowball dan Napoleon mula bercakaran kerana merebut pengaruh dan kuasa di kalangan haiwan-haiwan lain. Snowball ingin membina kincir angin untuk menjana elektrik, tetapi Napoleon mentah-mentah menolak cadangan itu. Mereka memberikan haiwan-haiwan kuasa untuk mengundi, dan sewaktu hari pilihanraya, kedua-dua babi itu diberi peluang untuk mengemukakan manifesto mereka.

Snowball diberi peluang untuk mengemukakan terlebih dahulu cadangan kincir anginnya, diikuti dengan Napoleon. Apabila Napoleon memberi ucapan, dia membuat suatu bunyi, dan anjing-anjing peliharaannya, iaitu anak-anak Jesse dan Bluebell yang diambilnya sejak lahir untuk ‘dididik’ – menyerang dan mengusir Snowball daripada ladang itu.

Napoleon berjaya merampas kuasa dan menjadi pemerintah mutlak Ladang Binatang, lalu membuat keputusan bahawa tiada sebarang pilihanraya dan mesyuarat akan diadakan pada masa hadapan, dan babi-babi itu diberi kuasa penuh sebagai pemimpin dan pembuat keputusan – untuk kebaikan haiwan-haiwan bersama.

Apabila Napoleon berjaya memperoleh kuasa, dia menukar fikirannya tentang kincir angin tersebut, lalu mengerah seluruh kaum haiwan untuk membina kincir angin itu. Semua haiwan, terutamanya Boxer, si kuda yang setia dan gagah membanting tulang demi menyiapkan kincir angin itu. Suatu hari setelah ribut, kincir angin itu didapati tumbang.

Manusia di sekeliling ladang itu merumuskan bahawa dinding kincir itu terlalu nipis, tetapi Napoleon, si babi ketua mengumumkan bahawa Snowball cuba kembali merampas kuasa, dan dibantu oleh haiwan-haiwan lain yang bersubahat dengannya. Maka dengan itu, mana-mana haiwan yang cuba melawan kepimipinan Napoleon, akan dihukum bunuh dengan cara dibaham anjing-anjing peliharaan Napoleon.

Keadaan ladang menjadi sukar setelah tumbangnya kincir angin, dan Napoleon menjadi semakin manusia – tidur di atas katil, minum wiski, berdagang dengan peladang di sekitar. Prinsip Animalis menghalang perbuatan-perbuatan itu yang meyerupai manusia, tetapi ahli propaganda Napoleon, babi ketiga bernama Squealer, membenarkan segala perbuatan itu dengan meyakinkan haiwan-haiwan itu bahawa Napoleon seekor pemimpin agung dan sedang berusaha memperbaiki nasib semua haiwan – sungguhpun haiwan-haiwan lain kesejukan, kelaparan dan bekerja separuh mati sewaktu babi-babi itu hidup senang lenang.

Susu lembu diperah babi-babi itu dan menjadi makanan mereka sedangkan haiwan-haiwan lain dinafikan hak yang sama. Boxer semakin gigih bekerja kerana merasakan usahanya masih belum cukup, sungguhpun dia semakin tua dan kudratnya semakin lemah. Boxer masih setia kepada ladangnya dan menganggap jika ladangnya belum maju, bererti dia belum betul-betul berbakti. Boxer mempunyai prinsip baru, iaitu “Napoleon sentiasa betul.”

Suatu hari, Mr. Frederick, seorang peladang jiran menipu Napoleon dalam jual beli kayu api dan menyerang ladang itu dan meletupkan kincir angin yang dibina semula. Setelah kemusnahan kincir angin itu, pertarungan hebat berlaku antara haiwan-haiwan dengan manusia, dan Boxer, si kuda pekerja yang gagah dan rajin telah tercedera.
animalfarm2.shortdescription
Pertarungan peladang dan haiwan


Suatu hari, Boxer didapati telah hilang, dan babi-babi itu meyakinkan haiwan-haiwan lain bahawa Boxer telah meninggal di hospital. Sebenarnya, Boxer telah dijual ke kilang membuat gam untuk disembelih oleh babi-babi itu, dan duit yang diperolehi daripada penjualan Boxer digunakan untuk membeli wiski.
Tahun –tahun berlalu dan babi-babi semakin berperangai seperti manusia; berjalan atas dua kaki, membawa cemeti dan memakai baju.

Akhirnya, daripada tujuh prinsip Animalisma (dikenali dengan nama 7 Commandments) yang digantung di dalam reban, hanya tinggal “Semua binatang adalah sama, tapi ada binatang lain yang lebih sama”. (“all animals are equal, but some animals are more equal than others.”)

Akhirnya Napoleon makan malam bersama peladang bernama Mr Pilkington dan bercadang bergabung dengan peladang manusia untuk memperhambakan komuniti buruh manusia dan haiwan. Ladang Binatang ditukar nama semula ke Ladang Manor kerana menurut Napoleon, nama itu lebih wajar. Apabila haiwan-haiwan lain melihat Napoleon dan manusia lain makan bersama melalui tingkap, mereka tidak lagi dapat membezakan yang mana manusia dan yang mana haiwan.

SIMBOLISMA

Boxer – Rakyat golongan bekerja yang sentiasa bekerja separuh mati, tetapi kerana ekonomi negara belum cukup kukuh, meyakini bahawa mereka masih belum cukup menyumbang, lalu bekerja dengan lebih keras. Merasakan pemimpin negara sedang melakukan yang terbaik demi kebaikan semua orang, dan mereka ingin berbakti sehingga keadaan menjadi lebih baik. Rakyat golongan seperti Boxer akhirnya disembelih kerana kesetiaan mereka.

Snowball dan Napoleon – Two sides of the same coin. Apabila seekor babi diundi keluar, babi kedua akan menggantikannya. Babi kedua akan tidak bersetuju dan menyebut segala kepincangan babi pertama sewaktu pemerintahannya – curi duit rakyat (susu lembu), makan harta rakyat, pemboros, membazir, projek tiada faedah (kincir angin menjana elektrik) – tetapi selepas menggantikan babi pertama, babi kedua bakal mengulangi perkara yang dilakukan oleh babi pertama. Ya, kerana walau sekian banyak carut dan caci dan nafi menafikan tuduhan, ia sebenarnya hanya menjelaskan hakikat bahawa kedua-duanya adalah sama-sama babi.

Mollie – Haiwan yang kuat (kuda) tetapi memilih untuk tidak bekerja keras kerana pernah mengecapi kemewahan sewaktu pemerintahan manusia. Walaupun mempunyai potensi dan kudrat untuk memajukan negaranya, mereka memilih untuk berhijrah keluar kerana dianggap tidak cukup disayangi pemimpin dan kerana negara luar menawarkan kemewahan kepadanya.

Anjing – Pasukan yang gagah perkasa, tetapi melindungi kelompok yang salah kerana sejak dari awal, mereka dididik bahawa apa-apa berlaku, mereka perlu melindungi pemimpin mereka. Golongan ini banyak melakukan kekejaman kerana menzalimi rakyat yang tidak berdaya, tetapi masih dianggap betul di sisi undang-undang. Mereka sendiri tidak merasa perbuatan mereka zalim kerana sejak awalnya mereka telah dididik sedemikian rupa.

Kambing biri–biri – Haiwan yang tidak memahami politik, lalu diguna-gunakan oleh pemimpin untuk menyanyikan kehebatan mereka.

Benjamin – golongan intelek yang menyedari hakikat sebenar keadaan negara, iaitu mana-mana pihak yang dipilih, hanya bakal menyusahkan rakyat. Golongan ini tidak merasa gembira kerana bersifat skeptikal dan pesimis terhadap mana-mana pemimpin, walau bagaimanapun terus bekerja kerana tiada pilihan lain.

Kucing – hidup bahagia kerana tidak mengambil kisah hal-hal negara. Apabila pilihanraya, memilih kedua-dua pihak. Golongan yang menyedari kegembiraan sebenar adalah dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya mengambil tahu tentang hal diri sendiri sahaja.

Manusia – penjajah yang meletakkan sistem dan nilai mereka ke dalam negara yang dijajah. Meninggalkan negara yang dijajah dengan kacau bilau, dan golongan yang pandai (babi) mengambil peluang menjadi penjajah baru.

Babi–babi – Opportunist, pandai berpropaganda, tamak dan manipulatif. Pemimpin yang tidak pandai bekerja, tetapi pandai berkata-kata. Babi merupakan simbolisma haiwan yang pandai, tetapi suka menggunakan haiwan lain. Semua pemimpin dalam Ladang Binatang dianalogikan sebagai babi.
Babi mulanya seperti memerangi manusia, tetapi akhirnya mereka sendiri menjadi manusia. Simbolisma bahawa mulanya mereka memerangi orang yang memegang kuasa, tetapi setelah mereka memegang kuasa, mereka bakal mengulangi kejahatan yang sama.

Squealer – Babi propaganda. Mereka tidak memegang kuasa, tetapi kerana mereka kroni (sama spesies babi) mereka diberi kemewahan yang hampir sama seperti pemimpin babi yang lain (minum susu lembu, tidur dalam rumah etc etc). Mereka adalah golongan yang mengajak rakyat memuja pemimpin, kerana mendapat kemewahan. Haiwan yang diajak mereka untuk memuja pemimpin tidak mendapat kemewahan yang sama.
Well that goes a long entry.


Kenapakah saya menulis tentang Ladang Binatang?

Kerana sekali lagi saya rasa seperti diperhaiwankan. Digembala dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Membuat kerja – kerja berat kononnya untuk kebaikan bersama. Tapi kebaikannya tidak ternampak di mana-mana.

Dan ketika inilah, saya melihat golongan – golongan di atas wujud. Yang seperti Boxer, habis segala kudrat digunakan, menyumpah seranah kerana terpaksa bekerja keras, tetapi masih patuh menurut arahan. Dan apabila haiwan lain tidak mengikut arahan, si Boxer bakal menerangkan bahawa arahan itu sesuatu yang perlu diikuti untuk kebaikan semua.

Yang seperti Mollie, ingin melarikan diri kerana mahukan kemewahan di tempat lain.
Dan pentingnya, babi – babi yang bersuara memberi arahan, tetapi mereka sendiri tidak turun bersama rakyat untuk merasai kesusahan.

Sekarang, tanya pada diri anda. Binatang yang manakah anda?

06 January 2013

Misteri Hantu Highland Tower

HighlandTower_incident 1993
Salam peeps and hope it’s not too late to wish you a happy new year!

Tahun baru ni ada beberapa peristiwa yang berlaku, seperti kanak-kanak mencabul orang dewasa di Melaka, kematian mangsa rogol di New Delhi dan yang terbaru di UPM ialah tanah runtuh di blok L2, Kolej Serumpun.

Nampak macam tahun baru ni diselubungi tragedi pulak.

Yang menarik perhatian saya (baca tajuk entry ni pun dah tahu) ialah mengenai tanah runtuh. Kalau bercakap tentang tanah runtuh di Malaysia, kes yang paling popular ialah Highland Tower (1993) dan Bukit Antarabangsa (2008), yang kedua-duanya berlaku di kawasan tanah tinggi yang sama. Kedua-dua kes ini mempunyai fakta yang hampir sama, kerana kedua-duanya berlaku pada bulan Disember sewaktu musim monsoon Timur Laut. Monsoon Timur Laut membawa hujan lebat dari Laut China Selatan sepanjang bulan November hingga Mac.

Kes Highland Tower ni ialah kes yang kami sebagai student Alam Sekitar banyak kali kena belajar, dalam kelas Undang-undang Alam Sekitar, Perancangan Alam Sekitar etc etc. Semuanya mengenai teknikaliti dari aspek berbeza tentang kes ni.

Seingat saya, disebabkan kes ni, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikuatkuasakan dengan lebih ketat, dan jugak membawa kepada penubuhan SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) iaitu satu badan keselamatan untuk menangani bencana di Malaysia.

Kes Highland Tower ni merupakan satu kes yang sangat menarik, sebab rentetan daripada bencana ni macam-macam benda berlaku, termasuklah kisah-kisah mistik di sekitar blok 2 dan 3 apatment yang ditinggalkan setelah runtuhnya blok 1 Highland Tower, dan jugak mengenai sikap manusia terhadap alam sekitar.

Sebelum kejadian
Highland Tower merupakan apartment 3 blok yang dibina sekitar 1975 hingga 1978 yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Pembinaan apartmen ini sendiri merupakan satu pencabulan terhadap Akta Pemuliharaan Tanah dan Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana pembinaan bangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan lebih 18 darjah yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar.

Walau bagaimanapun, mungkin Highland Tower tidak akan roboh menyembah bumi sekiranya pembinaan perumahan Bukit Antarabangsa di belakangnya tidak berlaku. Bukit Antarabangsa dibina pada tahun 1991 sebagai perumahan elit yang mengakibatkan penebangan pokok-pokok di kawasan sekitar yang mendedahkan bukit itu kepada tanah runtuh.

Tambahan pula, East Creek iaitu sungai yang mengalirkan air dari bukit di Highland Tower telah dikambus dan digantikan dengan paip. Paip tersebut menjadi tersumbat daripada batu dan kayu daripada tapak pembinaan Bukit Antarabangsa mengakibatkannya pecah.

Hujan lebat selama 10 hari mengakibatkan paip tersebut tidak dapat menampung jumlah air yang melampau disertai lumpur, batu dan tanah. Sebelum kejadian, dikatakan tanda-tanda retakan dan air mengalir daripada tembok penahan di belakang apartment tersebut telahpun diperhatikan, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengeluarkan notis berpindah kepada penghuni Blok 2 dan 3, namun mereka memohon perintah Mahkamah Shah Alam untuk mengenepikan notis tersebut (nampak dak angkuh tak angkuh penduduk dekat situ). Selain itu, jalanraya di sekitar blok tersebut juga telah merekah akibat gelinciran.

Kandungan air yang melampau dalam tanah menyebabkan tanah bertukar menjadi lumpur, mengakibatkan strukturnya menjadi lemah.

Lumpur tersebut akhirnya menolak tembok penahan di belakang blok 1 sehingga pecah, dan kemudiannya menolak dasar bangunan blok 1sehingga tumbang. Dikatakan berat lumpur ketika itu bersamaan dengan berat 200 kapal terbang Boeing 747.

Runtuhnya Highland Tower
Pada pukul 1.35 pm 11 Disember 1993, blok 1 apartment Highland Tower roboh menyembah bumi. Seorang bekas juruterbang Marin Amerika yang sedang bercuti di Malaysia dan menginap di rumah rakannya di Blok C Highland Tower, Bruce Aaron Mitchell (49), berjaya merakamkan gambar turutan kejadian tersebut daripada mula robohnya blok tersebut sehingga tumbang menimpa bumi.

HighlandTower05
 
Disebabkan kejadian berlaku pada hari Sabtu, kebanyakan penduduk tidak berada di rumah. Pasukan penyelamat tiba dari unit FRU, Persatuan Palang Merah, DBKL dan dari pasukan polis dan tentera untuk menyelamatkan mangsa.

Pada mulanya, mereka terlihat batang penyapu yang ditonjol-tonjol keluar membawa kepada penemuan pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya Nur Hamidah Najib, 1 tahun 6 bulan. Selepas itu, Shizue Nakajima, 50, seorang penduduk warga Jepun juga berjaya diselamatkan namun malangnya meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital pada malam yang sama.

Bukit Antarabangsa Highland Tower 1993

Yang menyedihkan, hanya 3 mangsa saja yang berjaya dibawa keluar hidup-hidup, dan pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya, langsung tiada mangsa yang dibawa keluar.

Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu Malaysia kerana ketiadaan pasukan khas untuk bencana seperti ini. Pasukan keselamatan ketika itu bingung kerana tidak mengetahui apakah prosedur yang perlu mereka lakukan untuk misi menyelamat.

Pasukan penyelamat dari Singapura, Jepun dan Perancis datang menghulurkan bantuan bersama teknologi mereka yang lebih canggih. Yang menyedihkan, mereka mendengar bunyi ketukan sehingga hari ke-8 kejadian, namun tidak dapat memastikan daripada mana punca bunyi tersebut, menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Sebaik sahaja bunyi tersebut tdak lagi kedengaran, mereka membuat keputusan tiada mangsa yang masih hidup. Dengan itu, jentera-jentera berat mula menggali dan mengorek runtuhan bangunan untuk mencari mayat. Setiap kali terlihat mayat manusia, mereka berhenti menggunakan jentera dan menggunakan tangan untuk mengangkat mayat tersebut.

Antara mangsa yang meninggal dunia ialah anak Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Carlos Abdul Rashid bersama isterinya. Bau busuk mula mencucuk hidung. Terdapat mayat yang dijumpai tangannya, tengkorak yang pecah, cebisan daging berselerakan dan mayat yang berpelukan.

mangsa-tragedi-highland-tower-1


Selepas kejadian
Kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 49 orang. Penghuni Blok 2 dan Blok 3 memfailkan saman kepada 10 pihak dengan menggunakan bukti bergambar daripada Bruce Aaron Mitchell, dan 10 pihak tersebut termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pihak pemaju. Berdasarkan keputusan mahkamah, majlis perbandaran dilindungi daripada tindakan undang-undang kerana Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Akhirnya, kes ini diselesaikan di luar mahkamah apabila AmFinance (pemilik AmBank, pemilik hartanah) bersetuju membayar RM52 juta kepada plaintiff.

Masalah bila manusia cuba melawan kejadian alam. Pulak tu bila berlaku bencana, nak saman orang lain seolah-olah dia tak bersalah. Padahal mereka sendiri yang memilih nak duduk dekat tempat bahaya. Sama macam orang cakap, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Selain menjadi sarang penagih dan tempat maksiat, dikatakan blok2 dan blok 3 yang masih berdiri kini menjadi sarang langsuir dan pocong.

23 October 2012

6 Sebab Kenapa Saya Tak Baca Novel Cinta Melayu

1- Nama watak yang tak logik

Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi.

Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet?
Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke?

2- Jalan cerita yang berulang-ulang

“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...”

Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni?

image
Tuhan tolong ~ ah never mind.

Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan.

Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz.

*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point*
Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je?

3- Perwatakan yang sama

Sampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan?

Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran?

Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia.

Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan.

Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.)

Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu”

Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian.

Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira)

Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character?

Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya?
Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari.

Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je.

4- Happy ending

Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati.

Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel)

5- Tidak mencabar minda

Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama.
“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan.
Cuba macam ni:

Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan.

Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta.

Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!”

Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran.

Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21. Ulasan je pun.

6- Tema yang membosankan

Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa taknak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa taknak include tema yang lebih mendalam?
Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama.

Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX).Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan.

Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau? Review je pun.

Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. Boring~

12 January 2012

Tentang Pegar Lagi; Merah PADMA, Margasatwa dan Mara Bahaya

Feuerrückenfasan_(Lophura_ignita)
Kesian Si Pegar!

Salam peeps! Today I’m going to talk about burung/ayam pegar again.
I know, some of you might have gone bored about me talking about pegar invariably, but this is also an important issue of Malay language.

Semenjak daripada menulis entry tentang ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, saya sering mendapat pertanyaan tentang benarkah pegar yang dimaksudkan dalam peribahasa itu? Ataupun mereka memang maksudkan pagar?

Lepas KOSMO! mengeluarkan petikan blog saya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pun menafikan bahawa pegar yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa tu.

Sebab tak puas hati, saya buat kajian lagi mendalam tentang pegar (ala, Google je pun). Dan apa yang saya temui agak mengecewakan. Bukan kecewa sebab apa. Kecewa sebab mengetahui status sebenar burung pegar ni. Dan sebagai seorang pelajar Alam Sekitar, bagi saya penting untuk memberitahu pada dunia mengenai burung pegar ni.

Lophura ignita ialah nama saintifik untuk burung pegar, dan dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai Crested Fireback Pheasant atau Crested Fireback, atau Vieillot’s Pheasant. Ia juga banyak dirujuk dalam bahasa lain, seperti Jepun (koshiakakiji: コシアカキジ), Norwegian (Gulhalefasan) dan dalam bahasa Indonesia, selain burung pegar, ia juga dikenali sebagai Sempidan Biru. Ia merupakan sejenis omnivor, dan mempunyai tabiat pemakanan seperti ayam. Burung pegar selalunya tinggal dalam hutan tanah pamah 200m pada paras laut, namun boleh ditemui sehingga ketinggian 1200m.

Pegar merupakan spesies burung yang berada dalam Senarai Merah IUCN, iaitu satu inventori komprehensif untuk merekodkan status konservasi spesies biologi di dunia. Senarai Merah diperkenalkan pada tahun 1963, dan menggunakan beberapa kriteria untuk menilai risiko kepupusan beribu-ribu spesies dan subspecies.

Dalam Senarai Merah, terdapat beberapa lagi pembahagian kategori, iaitu:

clip_image002
EX (extinct) pupus
EW (extinct in wild) pupus dalam habitat liar
CR (critically endangered) terancam kritikal
EN (endangered species) spesies terancam
VU (vulnerable species) spesies terdedah
NT (near threatened) hampir terancam
 Status burung pegar:
clip_image004

NT – hampir terancam

Sekarang ni, burung pegar dah termasuk dalam NT, iaitu hampir terancam. Setiap tahun, burung pegar hanya menghasilkan 5 biji telur ketika musim mengawan; iaitu antara Ogos dan September.

Burung pegar hanya boleh dijumpai di 5 negara dalam dunia yang fana ini; iaitu di Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Ia sekarang jarang dijumpai di Thailand, dan tiada rekod yang jelas mengenai populasinya di Malaysia. Walaupun ia masih dikenali di Sabah, Kalimantan dan Sumatera, tetapi ia hampir pupus di Bangka. Myanmar pula langsung tidak mempunyai rekod mengenai pegar.

Disebabkan aktiviti pembalakan yang semakin menjadi-jadi, populasi pegar menjadi semakin kecil dan tren populasinya ialah menurun.

Di Malaysia, burung pegar dilindungi di Rizab Hidupan Liar Krau dan Taman Negara, di bawah Akta 76/72. Ia juga antara 280 spesies yang dilindungi daripada perdagangan dalam Appendiks 3 CITES.
Menurut Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, “dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi. Selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi...”

Selain itu, menurutnya, ayam pegar ialah “...sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung”.

Pendapat Dr Nor Hisham menyokong bahawa pegar itu yang sebenarnya dimaksudkan dalam peribahasa Melayu itu, dan bukan pagar.

Tengok kawan-kawan. Saya rasa disebabkan kita tak pernah melihat burung pegar, sebab tu kita tak boleh nak bangkang kalau orang kata ‘Pagar’. Sebab kita sendiri tak kenal apa tu pegar.
Generasi saya pun dah tak tahu burung pegar tu apa, apatah lagi generasi yang terkemudian. Tak mustahil kalau burung pegar tu pupus nanti, sampai ke kiamat kita guna ‘harapkan pagar, pagar makan padi.’ Takde siapa yang akan betulkan kita. Sedih tak?

Sebagai pelajar Alam Sekitar, mestilah terasa betul apa yang selama ni pensyarah dan cikgu ajarkan. Rupanya kepupusan binatang pun berkait rapat dengan kayanya bahasa kita. Semakin banyak spesies pupus, semakin kurang perbendaharaan kata kita. Lepas tu kita main tibai perkataan ikut suka. Pegar jadi pagar, batok jadi batuk. Anak cucu kita lagilah tak tau apa-apa; deorang pun terima je; rupanya batuk dekat tangga tu buat kerja separuh jalan.

Tapi tak faham signifikasinya apa. Yang lagi sedih, DBP nafikan kesilapan mereka. Kalau macam tu, kita akan selalu kerugian. Bahasa kita kaya, tapi yang DBP suruh guna tu je yang kita boleh guna. Kalau deorang silap, deorang taknak mengaku pulak tu.

Oh, ada tambahan lagi.

Menurut sumber-sumber tertentu, sebenarnya banyak lagi perkataan yang tersilap diterjemah daripada Jawi ke Rumi.

Antaranya:
Tahukah anda apa maksud PADAM dalam peribahasa Merah Padam? Peribahasa yang betul ialah Merah PADMA.

Padma merupakan sejenis bunga teratai yang berwarna merah.

Kesilapan terjadi ketika menterjemah jawi kepada rumi.

فدم = PADMA.
- Dr. Ramzah Dambul.


(sekali lagi kredit kepada Rashid Rahman Hassan!)

Selama ni kita panggil merah padam. Tapi kenapa ‘padam’ pun kita tak tahu. Apa tu padam? Kenapa merah padam? Tapi kita terima bulat-bulat. Rupanya padma yang dimaksudkan. Merah padma; kemerahan seperti bunga teratai.

pink-lotus
Merah padma: Warna pipi kita bila kita malu…
 
Selain itu, tiada perkataan merbahaya. Yang ada ialah ‘mara bahaya’. Dan tiada perkataan mergastua. Yang ada ialah ‘margasatwa’. Sahabat saya di Indonesia yang menerangkan kepada saya berikutan daripada entry ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Terlopong jugaklah sekejap. Rupanya banyak lagi kesilapan Jawi kepada rumi. Persoalannya, bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil tindakan daripada asyik menafikan kesilapan mereka?
Nampaknya ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Dewan Bahasa dan Pustaka seolah-olah ‘melepaskan batok di tangga’, tak pernah nak kaji habis-habisan aspek Bahasa Melayu.

Oklah. Itu saja untuk kali ni. Jika anda rasakan entry ini ada pengetahuan penting untuk dikongsi, silalah share. Tak perlu mintak kebenaran. Tapi kalau taknak share pun takpe, saya tak paksa pun. Dan jika anda rasa ada lagi pengetahuan tentang kesilapan lain dalam Bahasa Melayu, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan kreditkan nama anda sekali; jangan risau.

Itu saja. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan jumpa lagi!

bird
Save our forest. Save burung pegar.
This community service is brought to you by Uspot UPM.

29 December 2011

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

Salam peeps! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni!

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan.

Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.

Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:

clip_image002

Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:

clip_image004

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

clip_image006
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”


Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.

clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!


 Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...votayhehehe).

Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.

clip_image010

OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

====

Komen di bawah.

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

27 December 2011

Book of Awesome

And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let’s watch something random turn to something awesome

- Yuna, Random Awesome

(sila baca sambil dengar lagu ni… )
 
Mata dah ngantuk, tapi celik lagi. Saya tengah menelek-nelek Reader’s Digest edition lama. Bulan berapa punya entah, tak kira. Baca je bagi cepat mata lelap.

Semua artikel dah baca, kecuali bahagian Books. Tajuk featured books dia bulan tu, nombor 1: Book of Awesome. Ni first time saya dengar tajuk buku ni. So saya bacalah sinopsis dia, kot-kot nak beli ke nanti kalau best. Pretty interesting jugak description dia, so maybe consider nak beli (dekat Big Bad Wolf Books je sudah...)

Book of Awesome

Neil Pasricha seorang manusia biasa yang tak lari dari tekanan hidup. Sebelum dia mula menulis The Book of Awesome, dia di ambang perceraian dengan isterinya, dan seorang kawan rapatnya cuba membunuh diri, dan juga ditambah tekanan bekerja. Ketika itu, Neil berada dalam keadaan tertekan, dan dia mula menulis blog http://1000awesomethings.com untuk meningatkan dirinya tentang perkara-perkara kecil yang membawa keindahan dan kegembiraan kepada dirinya.

bookofawesome3d

Dia menulis tentang indahnya ketika salji turun, dan keenakan bau daripada kedai roti, terjumpa duit dalam poket seluar, mendapat lampu hijau berturut-turut ketika memandu. Segala perkara kecil yang kita tidak hargai, tetapi hakikatnya membawa kebahagiaan kepada kita. The Book of Awesome ialah katalog keindahan-keindahan sejagat yang manusia kongsi bersama.

Tanpa dijangka, blognya mendapat perhatian pembaca, memenangi dua Anugerah Webby (anugerah internet tertinggi), dinamakan sebagai salah satu Top 100 Sites oleh PC Magazine, dan sehingga hari ini, blognya hampir mencecah 50 juta view.

Neil tidak menyangka pandangannya tentang perkara-perkara kecil yang ditulis turut dikongsi oleh ramai orang yang lain.

Sambutan hangat yang diterimanya membuatkan Neil membukukan 1000 Awesome Things kepada The Book of Awesome, yang muncul sebagai #1 International Bestseller untuk 20 bulan berturut-turut; tersenarai sebagai #1 Non-Fiction Book of the Year dalam 3 senarai yang berbeza; dan #1 New York Times Bestseller.

Tulisan Neil Pasricha menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang; suri rumah dan pelajar kolej, orang tua dan golongan profesional sejauh Chile, India dan Bangladesh menulis kepada Neil mengatakan betapa 1000awesomethings memberi makna kepada hidup mereka.

Guru-guru di sekolah menggalakkan murid-murid menulis senarai ‘awesome things’ mereka, dan pesakit-pesakit yang terlantar di katil berterima kasih kepada Neil kerana tulisannya membawa mereka melihat melalui sisi perspektif yang berbeza.

(In some ways, saya rasa saya ni macam si Neil Pasricha pulak… – kawan yang cuba bunuh diri, di ambang percer dalam keadaan tak berapa gembira etc etc Mungkin saya pun boleh tulis buku macam dia? 1fzdxs.jpg).

Book of Awesome mengingatkan kita tentang perlunya berfikiran positif dan optimis; walaupun ketika dilanda masalah, masih ada banyak yang mampu menggembirakan kita walaupun perkara-perkara yang kecil. Fuh!

Lepas baca description dekat dalam blog dia dengan Reader’s Digest, saya rasa seronok pulak. Macam nak start tulis senarai ‘awesome things’ saya. Bas yang awal, dapat senyuman daripada orang lain, ada orang belanja lunch. Hmm, betul betul. Banyaknya benda ‘awesome’ dalam hidup!

So peeps, don’t let sorrow consume you. Apa-apa berlaku, jangan give up. Kadang-kadang sebab terlampau sibuk dalam masalah kita, kita lupa untuk memerhati keindahan yang Allah bagi kepada manusia dalam kehidupan seharian kita. Kita terleka dengan kesibukan hidup seharian sampai kita lupa melihat ‘awesome things’ yang berlaku di sekeliling kita.

So next time, hold your head high; and be gratitude of what you have in your life. Make your own list of your own ‘awesome things’. Chill! So that’s all peeps. Live your life to the fullest; don’t take those small awesome things for granted. Bye and Assalamualaikum!

P/S: kalau nak belanja saya buku ni, amat dialu-alukan! =)

03 May 2011

Fakta-fakta menarik yang anda tidak tahu jika tidak rajin membaca

Fuh! panjangnya tajuk entry kali ni. Hari ni saya nak share beberapa fakta yang menarik yang saya rasa perlu dikongsikan. Susah sebenarnya nak jumpa fakta-fakta nih kalau tak cukup membaca. Hehehe…. Jadi, silakan membaca dan belajar perkara baru:

Jenayah
ruth-ellis
Ruth Ellis
1 – Wanita terakhir yang dihukum gantung di Britain ialah Ruth Ellis pada 13 Julai 1955. Beliau didapati bersalah membunuh kekasihnya, David Blakely kerana David seorang pemabuk yang kerap menderanya. Beliau juga telah dua kali menggugurkan kandungan atas arahan David. Tukang gantung Ruth, Alfred Pierrepoint bersara selepas menggantung belau. Menurut Alfred, Ruth ialah ‘wanita paling berani pernah saya gantung. Alfred bersara kerana bagi beliau, hukuman mati tidak akan mengurangkan pembunuhan, sebaliknya membawa kepada dendam kesumat.

Haiwan
cow
“Makan rumput je pun dah boleh naik 500 kg. Kena diet gini!”

2- Spesies yang paling banyak menyumbang kepada biomass dunia ialah lembu, iaitu sebanyak 650 tan. Seekor lembu dianggarkan seberat 500kg dan jumlah lembu di dunia dianggarkan sebanyak 1.3 bilion. Walaupun serangga dikatakan menyumbang paling banyak biomass, tetapi itu hanya berlaku sekiranya semua spesies serangga digabungkan.

She-wolf_suckles_Romulus_and_Remus
“Sedap pulak susu serigala ni! Nyam2! Lagi sedap dari susu mak!”

3 – Menurut lagenda, Remus dan Romulus, pengasas Rom telah disusukan oleh serigala sewaktu kecil. Mereka diselamatkan oleh serigala tersebut setelah datuk saudara mereka, Amulius membunuh datuk dan menculik ibu mereka, dan meninggalkan mereka untuk mati kelaparan.

Sains
Thomas Alva Edison
Thomas Alva Edison
4 – Thomas Alva Edison bukan pencipta sebenar mentol. Beliau telah membeli paten mentol daripada pencipta asal mentol, Heinrich Goebel yang menciptanya pada 1854. Paten tersebut dibeli oleh Edison dengan membayar jumlah yang sangat kecil kepada isteri mendiang Heinrich, walaupun harganya yang asal jauh lebih mahal. Selepas Heinrich, Joselph Wilson Swan telah berjaya mencipta mentol yang boleh berfungsi dengan sempurna. Edison juga berjaya memiliki paten Swan dengan cara bergabung dengan Swan dalam satu syarikat, iaitu Ediswan United Company dan kemudiannya membeli keseluruhan saham Swan untuk mendapatkan paten mentol tersebut. Edison kemudiannya juga dinamakan sebagai tokoh pencipta yang paling keji dalam sejarah.

jaws11
“Worgh! Make budok!”
5 – Pemanasan global dikatakan akan menyebabkan serangan jerung menjadi lebih kerap. Setakat ini, terdapat peningkatan serangan jerung sebanyak 300% daripada tahun 2007 ke 2008, dan juga dari 2008 ke 2009. Pemanasan global akan meningkatkan suhu air laut, yang menyebabkan habitat jerung akan berubah. Pertukaran habitat jerung ini dikatakan menghampiri kawasan laut yang terdapat ramai manusia.
Sejarah

ogedei
Odegei Khan

6 – Umat Islam dikatakan mundur sekarang akibat daripada penjajahan Mongolia. Tentera Mongolia, yang diketuai oleh Genghis Khan pada kurun ke-13, dan kemudian anaknya Ogedei Khan, telah berjaya menghancurkan Asia Tenggara, subkontinen India, dan Timur Tengah termasuk kota ilmu umat Islam: Baghdad. Dikatakan ketika itu, Sungai Tigris menjadi hitam akibat dakwat daripada kitab-kitab ilmu tokoh-tokoh Islam yang dicampakkan oleh tentera Mongolia ke dalamnya. Tentera Mongolia kemudiannya berjaya menumpaskan Austria, Hungary, dan Empayar Roman, dan setelah menumpaskan Poland, mereka menuju ke arah Jerman. Kerana kematian tiba-tiba Ogedei, mereka terpaksa berpatah balik ke Mongolia sebagai sebahagian ritual untuk melantik pemimpin baru. Sekiranya mereka meneruskan penjajahan ke atas Eropah, Eropah tidak akan maju seperti sekarang. Kerana penjajahan Mongolia, kota Baghdad tidak dapat mengembalikan semula keagungan ilmu Islam kerana terpaksa bermula semula, sebaliknya Eropah terus berkembang sehingga sekarang. 

P/s: umat Islam mundur takde kaitan dengan Freemason ya!

02 May 2011

Telur ke Ayam?

main.eggshell chicken
“Telur ke, ayam?”

Pernah tak rasa menyampah gila nak jawab teka-teki ni? Kalau orang tanya teka-teki ni kena dengar dia cakap yang mana dulu, sebab yang dia cakap mula-mula tulah jawapan.

Well, tak perlu pening dah. Sekarang sains dah jumpa jawapan untuk soalan ni. Kalau  ada orang tanya “Mana dulu. Telur ke ayam?” terus jawab: “AYAM!” Tak kisahlah dia sebut mana dulu, sebab AYAM ialah jawapan yang paling tepat.

Musim panas 2010, saintis British telah menemui protein yang diperlukan untuk pembentukan kulit telur di dalam ovari ayam. Maksudnya ayam mesti wujud dulu sebab tanpa protein tersebut, kulit telur tidak akan dapat dihasilkan.

Ovocledidin-17 merupakan protein yang mengawal proses kristalisasi kulit telur, yang tanpa protein tersebut, kulit telur tidak mungkin akan wujud. Jadi kalau ayam wujud dulu sebelum telur, apa yang wujud sebelum ayam? Tanya soalan ni dekat orang yang tanya kita teka-teki tadi.

21 March 2011

Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang


Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis.

Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.

Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.


junko furota seks ganas jepun

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo.

Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:
  • Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史 Yokoyama Hiroshi))
  • Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲 Kamisaku Jō?))
  • Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
  • Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
  • Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
  • Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)
Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.

Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.
Update: Menurut maklumat tambahan daripada pembaca, setelah kematian Junko Furota, pembunuh-pembunuhnya menyangkakan dia berpura-pura mati, lalu membalut mayatnya dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian.

Setelah itu, mereka memasukkan beg itu ke dalam tong dram 55 gelen dan membancuh simen ke dalam tong itu, dan membuangnya ke sebuah saluran di tanah terbiar di Koto, Tokyo. Sesetengah laporan menyebut bahawa ibu Junko pengsan setelah mengetahui kisah sebenar yang berlaku kepada anaknya dan terpaksa menjalani terapi, walau bagaimanapun sesetengah yang lain mengatakan ibu bapanya telah lama mengetahui keadaannya ketika didera di rumah Kamisaku, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali merayau-rayau di sekeliling rumah tersebut.

So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar.

Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko.

Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
 
P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter