12 May 2015

Apa Yang Anda Tidak Faham Tentang Pedofilia

Kes pedofilia baru-baru ni tiba-tiba jadi gempar semula, bila seorang pelajar Malaysia dekat UK ditahan dan didakwa sebab memiliki dan mengedarkan video tidak senonoh dengan kanak-kanak. 
Bila berlaku macam tu, semua orang nak menyatakan pendapat masing-masing tentang betapa menakutkannya pedofilia kepada masyarakat.


Here’s some candy for you in case this entry is too harsh to digest!

Lepas tu bila explain sikit pasal pedofilia, bawah perenggan yang sama akan diletakkan ayat "Takut kan pedofilia ni?" Tapi bila kita menerangkan tentang kegiatan jahat pedofilia tanpa mengambilkira punca bagaimana seseorang itu menjadi pedofilia, kita sebenarnya menyebarkan perasaan takut kepada benda yang kita tak faham, macam kita sebarkan ketakutan kita pada hantu dengan jin.

Tapi bezanya pedofilia dengan jin ialah pedofilia ni manusia. Hantu dan jin tidak boleh difahami tetapi manusia boleh.

Dan jugak, dengan menyebarkan ketakutan kepada pedofilia, kita sebenarnya menjauhkan diri kita daripada penyelesaian sebenar kepada masalah ni.
Masalah pedofilia, masalah siapa?


1 – Pedofilia tidak sama dengan pencabul kanak-kanak

Dari segi saintifik, pedofilia adalah istilah yang digunakan untuk manusia dewasa yang TERTARIK secara seksual kepada kanak-kanak. Tapi dari sisi undang-undang, kebiasaannya pedofilia dirujuk sebagai orang dewasa yang telah MENCABUL kanak-kanak. Apabila dari segi definisi asas perbezaan itu dikaburkan, mudah untuk kita salah faham kepada golongan pedofilia.
Bukan semua pedofilia adalah penggila seks dengan kanak-kanak! Itu adalah definisi sempit yang kita takrifkan. Kenapakah definisi ini penting?
Kerana daripada semua kes berkaitan pencabulan kanak-kanak, hanya 20% sahaja telah dilakukan oleh pedofilia. Apakah maksudnya? Maksudnya hanya 20% sahaja kanak-kanak yang dicabul oleh manusia yang tertarik secara seksual kepada kanak-kanak, manakala 80% lagi kanak-kanak telah dicabul oleh orang NORMAL. Maksudnya orang yang otaknya NORMAL empat kali lebih menakutkan berbanding pedofilia. Ini juga bermaksud pencabul kanak-kanak tidak semestinya daripada kalangan pedofilia.
Kenapakah orang NORMAL mencabul kanak-kanak? Sebab pertama, kanak-kanak terutamanya dari kalangan keluarga 'available' dan senang.


2- Berapa ramaikah pedofilia di kalangan kita?


Sehingga kini, hanya terdapat 8 kajian yang dijalankan untuk mengetahui jumlah pedofilia dalam populasi masyarakat. 1 hingga 2 % adalah jumlah pedofilia yang dipersetujui ramai, tetapi kajian terkini yang dijalankan pada tahun 2009 dan 2011 di kalangan pedofilia dalam masyarakat oleh Sarah Goode, felo penyelidik kehormat di Universiti Winchester mendapati anggaran terbaik yang terkini ialah satu dalam lima orang lelaki dewasa, kepada tahap tertentu, boleh dirangsang oleh kanak-kanak. Wanita pedofilia pula dianggarkan sebanyak 5% daripada keseluruhan pedofilia.

Dalam survey berkaitan, 18% lelaki mengakui mereka mempunyai khayalan tidak senonoh dengan kanak-kanak.


3- Siapakah yang boleh menjadi pedofilia?


Antara golongan biasa yang dianggap boleh menjadi pedofilia ialah golongan yang pernah dicabul sebagai kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kajian oleh Hindman and Peters (2001) mendapati daripada 67% pencabul kanak-kanak yang ditangkap mengakui pernah dicabul sewaktu kecil. Setelah mereka melalui ujian poligraf, hanya 29% sahaja yang benar-benar dicabul sewaktu kecil. Bermaksud 38% daripada mereka menipu. Ini menunjukkan hanya 29% sahaja pedofilia yang berpunca akibat pernah dicabul sewaktu kecil dan selebihnya adalah mereka yang normal.
Dr James Cantor yang menjalankan penyelidikan selama berdekad-dekad terhadap pedofilia mendapati terdapat beberapa ciri-ciri biasa pedofilia, iaitu seperti berikut:
  1. Mereka lebih pendek berbanding lelaki biasa
  2. 3 kali lebih cenderung sebagai kidal, atau boleh menggunakan kedua-dua tangan (ambidextrous)
  3. Mempunyai IQ 10 ke 15 markah kurang dari purata
  4. Pernah tercedera kepala sewaktu kecil
Kajian klinikal oleh Dr Cantor juga mendapati pedofilia kurang 'white matter' di dalam otak setelah dijalankan imbasan MRI berbanding penjenayah lain, iaitu menunjukkan kerosakan dalam otak seseorang pedofilia. Dr Cantor menggelarnya 'cross-wiring' atau pendawaian silang, iaitu rangsangan yang sepatutnya membangkitkan perasaan untuk melindungi dan membesarkan kanak-kanak, merangsang perasaan ghairah kepada pedofilia. Memandangkan ciri-ciri ini ditentukan oleh genetic, ini merupakan satu indicator seseorang pedofilia itu sebelum dilahirkan telah 'ditakdirkan' menjadi pedofilia.
Pedofilia yang pernah dicabul sewaktu kanak-kanak pula mempunyai kecenderungan untuk terangsang dengan hubungan dengan kanak-kanak kerana sekiranya mereka dicabul oleh orang yang benar-benar menyayangi mereka, mereka akan percaya bahawa hubungan pedofilia itu ialah sesuatu yang perlu dan asli yang membentuk hubungan kasih sayang antara pedofilia dan kanak-kanak.


4- Penggunaan video lucah kanak-kanak MAMPU menyelamatkan kanak-kanak dari dicabul

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Milton Diamond, Eva Jozifkova, dan Petr Weiss pada tahun 2010 di Denmark, Republic Czech dan Jepun mendapati apabila bahan-bahan lucah kanak-kanak lebih mudah didapati di Negara-negara tersebut, mereka mendapati kes-kes pencabulan kanak-kanak seperti rogol, cubaan rogol dan cabul menurun dengan sangat ketara. Mereka membuat kesimpulan pedofilia menggunakan bahan tersebut sebagai ganti kepada kanak-kanak sebenar untuk melampiaskan nafsu, menyebabkan berlakunya pengurangan kes-kes tersebut.
Hasil kajian mereka membawa persoalan konflik antara etika manusia dan sains. Penyelidik tersebut memberi cadangan penggunaan bahan-bahan lucah yang tidak menggunakan manusia – seperti kartun, esei atau lukisan kanak-kanak adalah justified untuk digunakan sebagai ganti kepada pedofilia.
(Okay, I'm not justifying Nur's vast porn collection here, but you know what I mean. Not that his crime is victimless)
5- Tiada rawatan untuk pedofilia lebih bahaya daripada menunggu mereka mencabul kanak-kanak dan menghukum mereka
Dalam mana-mana budaya manusia sekarang, mereka menafikan kewujudan pedofilia sehinggalah mereka menafikan kewujudan penyelesaian masalah untuk isu ini. Dan apabila mereka mengetahui kewujudan pedofilia, mereka terus-menerus menyebarkan ketakutan dan panic kepada pedofilia tanpa penyelesaian yang konkrit mahupun fakta yang jelas.


"Scary kan pedofilia ni. Tengok gambar baby boleh terangsang!"
Statement seperti inilah yang menyebabkan golongan pedofilia takut untuk mendapatkan pertolongan. Sedangkan BUKAN semua pedofilia mencabul kanak-kanak. Malah ada antara mereka yang sebenarnya mengalami konflik dalam diri sendiri.
Apakah perasaan kita kalau orang kata "Scary kan orang agama Islam ni. Kalau mencuri tangan kena potong."
Point being is, kita tak faham benda tu, so jangan keluar statement bukan-bukan.
Pada masa kini, Jerman merupakan satu-satunya Negara yang berdedikasi untuk membantu pedofilia daripada mencabul kanak-kanak. Projek Pencegahan Dunkenfeld menawarkan rawatan percuma khusus untuk orang dewasa yang tertarik kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur tetapi tidak mahu menurut nafsu tersebut.
Tidak seperti Amerika Syarikat, Jerman tidak mempunyai undang-undang khusus untuk melaporkan jenayah pedofilia kepada pihak berkuasa. Sungguhpun begitu, untuk setiap 2 kanak-kanak yang meninggal dunia akibat didera di Jerman, 27 akan meninggal di Amerika. Ini menunjukkan pelaksanaan undang-undang yang ketat kepada pencabul kanak-kanak tidak dapat dibuktikan untuk membendung jenayah berkaitan kanak-kanak.
 
Virtuous Pedophiles (Virped), sebuah forum atas talian telah ditubuhkan untuk membantu pedofilia daripada mencabul kanak-kanak dengan memberikan dorongan moral kepada ahli-ahlinya. Laman web ini boleh diakses seluruh dunia dan menawarkan sokongan kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama dan kerakyatan. Sehingga kini, forum ini telah mempunyai 800 ahli.
Kajian-kajian dijalankan untuk memahami pedofilia dalam masyarakat juga dilakukan untuk mencari punca sebenar masalah pedofilia bagi mengelakkan masalah lebih serius berlaku pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, semua penyelidik berpendapat kajian-kajian tersebut bukanlah sebagai sokongan untuk menghalalkan pedofilia, namun sebaliknya satu usaha konkrit untuk mencari penyelesaian.


ISU-ISU BERKAITAN PEDOFILIA

  1. Islam vs Sekular
    Dalam Islam, kanak-kanak yang baligh sudah dibenarkan untuk berkahwin. Hal ini sungguhpun dipersetujui oleh rata-rata umat Islam, namun tidak begitu diamalkan pada zaman sekarang. Menurut undang-undang secular pula, terdapat umur-umur tertentu sebagai penanda aras untuk menentukan kanak-kanak boleh membuat keputusan sendiri atau tidak. Oleh itu, kanak-kanak yang sudah baligh tetapi masih bawah umur akan dikira dirogol sekiranya mereka memberikan kebenaran untuk perhubungan kelamin.

     
  2. Kesanggupan kanak-kanak yang terlibat
    Memandangkan kanak-kanak dikira tidak matang, sejauh manakah sebenarnya mereka sanggup untuk terlibat dalam perhubungan pedofilia? Hal inilah yang menjadi titik pertikaian setiap kali isu berkaitan pedofilia dibangkitkan di dalam media.

     
  3. Tidak ada pencegahan, hanya hukuman
    Kebanyakan kerajaan/tamadun mutakhir tidak memperuntukkan sebarang penyelesaian atau pencegahan kepada pedofilia yang tidak pernah mencabul kanak-kanak. Sebaliknya, hukuman keras menanti mereka yang mencabul kanak-kanak. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk mencari penyelesaian kerana pedofilia tidak dapat dirawat sebelum terlambat. Pedofilia yang 'baik' iaitu mereka yang tertarik kepada kanak-kanak tetapi tidak berniat untuk mengapa-apakan kanak-kanak juga tidak dapat mencari pertolongan akibat ketiadaan system sokongan untuk membantu mereka.

KESIMPULAN:

Pedofilia tidak boleh disamaertikan sebagai pencabul kanak-kanak. Tindakan yang lebih progresif seperti yang dilakukan kerajaan Jerman perlu dilakukan untuk memastikan pedofilia diberikan sokongan yang secukupnya untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti jahat melibatkan kanak-kanak.



REFERENCES:

http://www.independent.co.uk/voices/comment/how-can-we-prevent-child-abuse-if-we-dont-understand-paedophilia-8438660.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2010/11/101130111326.htm
http://www.virped.org/
http://www.cracked.com/personal-experiences-1658-5-ways-were-making-pedophilia-worse_p2.html

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter