Kudis-kudis buta merebak di kaki. Semua hadiah dari nyamuk jahanam. Malam-malam kena gigit dengan nyamuk dekat kaki; saya garu-garu dengan kuku kaki. Me gusta! Sedap-sedap garu-garu sambil mata pejam, bibir ketap-ketap. Walhasil, bekas gigitan nyamuk digaru-garu dari busut kecik jadi berdarah. Dari berdarah jadi kudis. Dan besok bila pergi fakulti pakai stokin dan kasut, peluh-peluh yang terperap dekat 9 jam dekat bahagian kaki merubah kudis jadi berair. Dari berair jadi makin gatal. Sebab gatal digaru-garu lagi sambil ketap-ketap bibir.
Dan malamnya nyamuk jahanam gigit-gigit lagi bahagian kaki yang belum berkudis. Lalu busut kecil gatal muncul, digaru sampai berdarah dengan kuku kaki. Bibir mengetap; mata elok terpejam.
Besok kudis yang belum betul kering ditutup stokin dan kasut; terperap sampai 9 jam. Cuma dibuka untuk solat Zuhur. Lalu kudisnya berair; dan kudis yang berair dari hari-hari sebelumnya menjadi bernanah.
Dan belum sempat satu pun kudis bernanah itu sembuh, amanah menyempurnakan kajian datang lagi. Mengumpul sampel dalam ladang kelapa sawit. Belum lagi dikira Broga yang dipanjat. Makin teruk kudis-kudis sebab peluh. Dari bahagian atas tumit, dekat kekura kaki pun dah berkudis.
Bila mandi sabun Antabax dicop “Fresh” disapu bagai nak rak, ditenyeh-tenyeh dekat kaki. Tapi malamnya nyamuk menggigit lagi. Nak kata darah manis, bukan bertunang lagi tuan empunya badan! Berkudis-kudislah lagi, berkuping-kuping. Berair, bernanah. Sakit hati yang teramat dengan si nyamuk! Dah pasang semua jenis ubat nyamuk; yang berasap, yang elektrik, yang sembur. Semua tak jalan. Spesies mutant mana entah nyamuk-nyamuk betina ni semua.
Lalu dah buat keputusan taknak pakai kasut pergi fakulti. Demi kemaslahatan diri sendiri dan demi afiat segera bahagian kaki berkudis khususnya. Bagaimanalah nak berkasut kalau hanya memudaratkan diri. Tapi bagaimanalah nak bekerja di makmal kalau tidak berkasut? Nanti tertumpah asid bagaimana? Setiap hari main dengan asid menghakis.
Susah. Susah. Lagi-lagi bila ditegur mereka yang prihatin. Mana kasut ni? Tak boleh tak pakai kasut buat lab! Bagaimanalah. Kita tak tau mana lagi mudarat; kudis yang memang bernanah atau risiko asid tumpah?
Dugaan. Harus selalu berfikiran kritis. Harus. Nanti kita ketemukan jawapannya. Bagaimana buat kerja makmal kalau tidak berkasut? Saya sudah sedia dengan hipotesisnya. Dan bersedia dengan pertanyaan prihatin mereka, tentunya. Saya terpaksa kak, saya terpaksa! (sila baca dengan nada Tipah Tertipu)
7 Habits of Highly Effective People
3 days ago
Aku cadangkan sapu dengan bawang putih sebelum tidur. Insya-Allah elok sebab aku sapu dengan bawang putih kat bisul aku, lama-lama ia mengecut. Tapi kena pastikan ia sentiasa kering la untuk kesan maksimum.
ReplyDeletemalam tu masa nak tido awak pakai la stoking..baru dia (nyamuk)tak gigit, btw kot2 nyamuk tu suka kat awk ngeh3 >.<
ReplyDelete