06 February 2012

Kristianisasi: Hakikat dan Malaysia


Salam peeps! How many of you yang suka baca majalah dekat sini? Majalah hiburan? Majalah Bahasa Melayu? Majalah English?



OK, majalah English in particular. Ada sesiapa langgan tak? Oh, come on. Baca pun tak?

OK lah. Never mind. Just so you know, saya salah seorang pelanggan majalah TIME edisi Asia, dan untuk pakej yang saya ambik, dapat dua majalah bulanan free; iaitu Reader’s Digest dengan Knowledge.
Readers_Digest_Cover-8_6_06 BBC-Knowledge-Cover

I bet you guys mesti tak pernah baca majalah TIME kan? To be honest, bahasa dia agak tinggi dan susah sikit nak faham, dan dia lebih fokus kepada politik semasa dekat Amerika. So kenapa saya langgan jugak kan kalau susah nak faham? Bukan sebab nak budget high class ye.

Pertama, nak improve English, and then nak jugak mengetahui isu semasa dunia dan jugak nak memahami pandangan Amerika terhadap Malaysia. Untuk pengetahuan anda, TIME merupakan majalah yang kuat menyokong Anwar. Mereka jarang mengambil pandangan pemimpin di Malaysia, kecuali Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin kerajaan. Jadi sekarang anda faham kenapa Anwar suka mengampu Amerika. Sebab mereka sebenarnya penyokong Anwar yang kuat dalam pelbagai isu.

Saya nak cerita tentang satu artikel dalam majalah TIME yang saya baru baca. Masa tu saya dekat fakulti, dan terjumpa longgokan majalah lama dekat depan surau perempuan. Kebetulan, majalah yang atas sekali atas timbunan tu ialah majalah TIME. Dan yang menarik perhatian saya; kulit depan majalah tu ialah lambang salib emas yang digenggam satu tangan, bertajuk; ONWARD, CHRISTIAN SOLDIERS? – A new flock of missionaries has launched a campaign to take the Gospel to Islamic countries. But they could inspire more backlash than belief.

timeaugust2003

Dalam Bahasa Melayunya: Mara ke hadapan, tentera Kristian? Sekumpulan mubaligh telah melancarkan kempen untuk membawa Gospel ke negara Islam. Tetapi mereka mungkin menyebabkan lebih banyak reaksi negatif daripada menyebarkan kepercayaan.

OK, kemungkinan besar rakyat Malaysia takkan baca majalah ni, sebab ia ialah edisi Eropah dan bukan Asia, dan saya rasa majalah ni telah dibeli oleh pensyarah saya yang belajar dekat sana masa majalah ni diterbitkan. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan majalah antarabangsa berbahasa Inggeris akan diterbitkan dalam 3 edisi untuk setiap isu; iaitu edisi Amerika, Eropah dan Asia. Termasuklah TIME dan Reader’s Digest.

Majalah TIME yang saya jumpa tu bertarikh 4 August 2003. So saya pun bawak balik buku tu dan terus bukak halaman pasal gerakan Kristianisasi di negara Islam.

Tajuknya Missionaries Under Cover (Mubaligh yang Menyamar). Untuk pengetahuan anda, artikel ini ditulis pasca 9/11 dan juga pasca perang Iraq. Artikel ini merupakan satu susulan kepada keganasan yang dialami mubaligh Kristian dan umat Islam yang berjaya dimurtadkan mereka di negara-negara Islam yang terlibat. Segala maklumat di bawah datang daripada artikel tersebut, dan tidak ada daripada sumber luar yang lain.


PERMULAAN PENYEBARAN DAKYAH KRISTIAN KEPADA UMAT ISLAM

Pada Tahun 1970-an, gerakan Kristianisasi telah dipusatkan kepada golongan Amerika Latin, di mana puak Protestan konservatif berlawan dengan Katolik untuk memikat hati golongan msikin, dan untuk yang lebih berani, mereka berdakwah kepada negara Afrika dan Iron Curtain (Tembok Berlin; sekitar Eropah).

Walaubagaimanapun, pada tahun 1974, strategis dakwah bernama Ralph Winter mencadangkan bahawa mereka memfokuskan gerakan Kristianisasi untuk “golongan yang belum terdedah”, iaitu mereka yang belum pernah mendengar Gospel (Bible). Pada tahun 1989, seorang penginjil bernama Luis Bush menunjukkan bahawa golongan yang belum diKristiankan berada dalam latitude ke 10 dan ke 40, yang kebanyakannya merupakan orang miskin, dan ‘diperhambakan’ oleh Islam, Hinduism, Buddhism atau dalam bahasa mudahnya, diperhambakan Syaitan. (bagi mubaligh Kristian, selain agama Kristian, agama lain ialah menyembah Syaitan sebagai Tuhan)

Data daripada Center for the Study of Global Christianity di Gordon-Conwell Theological Seminary di Massachusetts menunjukkan jumlah mubaligh Kristian yang masuk ke negara Islam dari 1982 ke 2001 meningkat sebanyak dua kali ganda – daripada 15,000 kepada lebih 27,000, dan peristiwa 9/11 merupakan antara faktor terpenting yang meningkatkan kegiatan dakwah mereka.
Sama seperti umat Islam, mereka mendakwa ingin menyelamatkan umat manusia. Tetapi dengan cara berbeza iaitu memujuk mereka untuk menyembah Trinity.
 
PENDAPAT PENDAKWAH KRISTIAN TENTANG ISLAM


Ini adalah beberapa pendapat mubaligh Kristian yang dicatat oleh majalah TIME:
Barbara, atau Shafira (nama samarannya ketika berdakwah di Baghdad)
“Jesus dibangkitkan dari mati dan masih hidup. Muhammad sudah tiada.”
“Dengar cerita mereka (umat Islam). Jangan bertengkar dengan mereka tentang Israel”
“Islam ialah agama di mana Tuhan menyuruh pengikutnya menghantar anak mereka untuk mati demi Dia. Kristianiti ialah agama di mana Tuhan menghantar anakNya untuk mati demi pengikut agamaNya”

“Islam ialah pengganas, Muslim ialah mangsa.”
“Kami berdoa supaya senjata pemusnah besar-besaran iaitu Islam, dihapuskan. Tuhan, kami bersaksi bahawa darahMu cukup untuk mengampunkan setiap Muslim. Ia mencukupi.”

Josh, mubaligh muda berumur 24 tahun.

“Saya berdoa supaya apabila mereka pergi ke masjid, Jesus akan menjelma kepada mereka. Saya berdoa menentang panggilan itu (azan), - mendoakan supaya azan tidak akan berkesan kepada jiwa mereka.”

Henry, pendakwah di Afrika Utara

“Tansir bermakna memaksa orang menukar agama, manakala tabshir bermakna berkongsi, menjadi saksi.” – menunjukkan mereka mengkaji Bahasa Arab sebelum menyebarkan Kristian.

Robert, pendakwah Kristian di Iraq

“Anda mesti faham diplomasi tidak berkesan menentang Syaitan. Jika perisai Syaitan ditembusi (dalam konteks ini, beliau merujuk kepada Iraq), lubang itu akan direbut untuk dimasuki dari pelbagai sudut, dan bila Kristus diisytiharkan di Iraq, huru hara akan berlaku. Tapi untuk Syaitan, itulah tujuan mereka. Untuk menghuru-harakan dunia.”

Franklin Graham, penginjil kegemaran Pemerintahan Bush.

“Islam ialah agama yang sangat jahat dan kotor”

Gospel According to Matthew, the Great Commission:

“Maka pergilah dan carilah murid-murid dari semua negara, baptiskan mereka dengan nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarkan mereka untuk mematuhi segala yang saya ajarkan kamu”

STRATEGI DAKWAH KRISTIANISASI

Mereka memasuki negara-negara Islam terutamanya yang sedang bergolak dan tidak stabil; termasuklah Iraq, Afghanistan dan Palestin. Menurut rekod, kegiatan Kristianisasi menjelma semula selepas pemerintahan Taliban; kerana sewaktu Taliban memerintah Afghanistan, sebarang kegiatan Kristian adalah tidak dibenarkan.

Mereka menggunakan pendekatan yang tidak langsung seperti mengedarkan risalah, menjemput orang ramai yang lalu lalang untuk menonton filem mengenai Jesus, bercakap mengenai Kristus ketika mengedarkan mainan kepada kanak-kanak. Selain itu, ada juga yang berdakwah kepada pemandu teksi kerana pemandu teksi mempunyai kefasihan berbahasa Inggeris yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa, seperti yang dilakukan Josh di Iraq.
Walaubagaimanpun, strategi terpenting dakwah Kristianisasi ialah melalui aktiviti kebajikan seperti membina istitusi kebajikan (rumah orang tua, khemah pelarian etc etc) dan menyediakan bantuan kemanusiaan.

Selain itu, dakwah Kristianisasi juga mula disampaikan melalui pendekatan baru; secara tidak rasmi, iaitu mubaligh Kristian tidak lagi berdakwah secara langsung, sebaliknya memasuki sesebuah negara dengan melakukan sesuatu pekerjaan yang kritikal, seperti menjadi jurutera mekanikal, penjual komputer dan mengajar perniagaan. Tugas mereka yang tidak rasmi ialah menyebarkan Kristian di samping melakukan pekerjaan seharian mereka.

Terdapat juga mubaligh yang menyamarkan kepercayaan mereka sebagai salah satu keimanan dalam Islam: seperti menjemput golongan murtad prospek ke “masjid Jesus”, ataupun mengucapkan kalimah shahadah “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah” di hadapan masyarakat Islam.


REAKSI

1- Selain umat Islam, terdapat golongan Kristian yang tidak bersetuju dengan kemasukan pendakwah Kristian ke negara-negara Islam ini, termasuklah penulis artikel TIME itu sendiri. Ini kerana kedatangan mereka menyebabkan ketidakstabilan dalam komuniti antara umat Islam dan Kristian yang sebelumnya memang bebas menganut agama kepercayaan masing-masing.

2- Terdapat keganasan yang menimpa golongan mubaligh Kristian. Seorang pembantu jururawat di Lebanon, Bonnie Witherall, 31, misalnya telah ditembak sebanyak 3 kali sehingga mati sewaktu ingin membuka kliniknya pada suatu pagi bulan November 2002. Pembunuhnya tidak dapat ditangkap.

3- Terdapat ramai juga umat Islam yang berjaya dimurtadkan, termasuklah umat Islam Palestin di Tebing Barat. Seorang mubaligh, “Sam”, 46 mendakwa berjaya memurtadkan lebih 100 orang Islam Palestin, dan dia menggelar mereka sebagai ‘hero sebenar’.

4- Untuk keluarga umat Islam yang murtad atau komuniti atau pihak berkuasa tempatan, ada antara mereka ada yang mengambil tindakan sendiri dengan membunuh atau melakukan kekejaman terhadap golongan yang murtad terbabit. Ini boleh berlaku kerana sesetengah kawasan menyatukan undang-undang Islam ke dalam sistem perundangan, yang memungkinkan hukuman dilaksanakan untuk mereka yang meninggalkan agama Islam.

MALAYSIA

Memandangkan isu Kristianisasi agak sensitif di Malaysia, agak sukar untuk memberi pendapat tanpa menyinggung mana-mana pihak. Sesetengah pihak mendakwa ia tidak wujud, sesetengah yang lain mendakwa ia hanya mainan politik, dan ada juga yang tahu tentang kewujudannya, tetapi dihalang daripada bersuara (i.e Hasan Ali). Walau bagaimanapun, majalah TIME sendiri dah admit memang kegiatan Kristianisasi ni wujud, kenapa kita still in denial just sebab politik? Ini bukannya sekadar khabar angin, tapi realiti.

Bukanlah tujuan saya untuk menyalakan permusuhan, sekadar berkongsi dan melakukan yang termampu sebagai seorang Muslim. Sebab tu saya cuba menulis seneutral mungkin, dan menulis semata-semata sebagai analisis daripada artikel TIME tersebut dan tidak meletakkan pendapat sendiri. Kita telah lumpuh dalam isu ini disebabkan keangkuhan PAS dan kelemahan UMNO.
Walaubagaimanapun, sebagai Muslim, saya percaya bahawa agama Islam dan Kristian sama-sama menyeru kepada kebaikan, cuma dari segi akidahnya berbeza. Agama Kristian juga menggalakkan kita menghormati ibubapa, menyayangi jiran dan berbuat baik sesama manusia, sama seperti Islam.
Saya tidak boleh menerima konsep Trinity dan Jesus anak Tuhan, tetapi saya percaya bahawa Isa ialah seorang Nabi dan seorang hamba Allah, dan Tuhan itu sifatnya satu, bukannya tiga dalam satu. Wallahualam.

Dan tidak seperti Islam yang menerima Isa sebagai Rasul Ulul Azmi, Kristian tidak boleh menerima Nabi Muhammad sebagai Nabi. Malah mereka mempertikaikan akhlak Baginda dan al-Quran. Bukanlah sesuatu yang baik untuk berdakwah dengan memperlekehkan agama orang lain dan menipu anda seorang Islam hanya untuk menarik orang Islam menyertai Kristian.
Dan tidak mustahil untuk Islam dan Kristian hidup bersama. Mereka di Timur Tengah telah hampir 2000 tahun hidup dalam agama yang pelbagai, namun mereka menghormati kepercayaan masing-masing. Islam juga tidak memaksa untuk orang kafir memeluk Islam.


Petikan Surah al-Kafirun:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Untuk menutup entry ni, saya mempersembahkan sebuah video ucapan seorang wanita agnostik Yahudi yang kagum dengan penulisan al-Quran; Lesley Hazleton.


2 comments:
Write curses
  1. kalau nak tahu banyak tentang kegiatan mubaigh, boleh ke Joshua Projects. Google je..

    Website ni memang dibina khas siap dengan statiistik dan level penembusan 'dakwah' mereka lagi.

    ReplyDelete
  2. kalau nak tahu banyak tentang kegiatan mubaigh, boleh ke Joshua Projects. Google je..

    Website ni memang dibina khas siap dengan statiistik dan level penembusan 'dakwah' mereka lagi.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter