18 May 2026

menulis (dan tidak menulis)

 Assalamualaikum wbt dan apa khabar guys!

 

 Lama sudah tidak bersiaran di sini, taknak bagi alasan cuma nak bagitau, betapa pemilihan mouse sebenarnya memainkan peranan ya dalam mood mengemaskini blog. Ya saya dah taip 4 entry pasal Kinabalu, tinggal nak letak gambar je. Tapi tak letak-letak sebab geram dengan mouse baru ni. Tinggallah 4 entry Kinabalu dalam draft, belum post-post lagi. 

 

Mouse lama dulu rosak, bila cari mouse baru dekat kedai semua tak menepati citarasa. Citarasa saya simple je, nak mouse ada wayar, taknak wireless. Dekat kedai samaada yang wireless, atau mouse gaming je, no in between. Lagi tragis sebenarnya ada dapat 2 mouse free gift awal tahun ni, dua-dua wireless. Dua-dua tak guna. 

 

Dah akhirnya terpaksalah beli mouse gaming tu. Mouse gaming tu bila terlalu canggih, dia jadi terlalu mengarut. Dia mouse jenis boleh guna untuk orang yang tangan kanan atau kidal, dan disebabkan dia macam ada predictive algorithm kot atau sebab boleh pakai dua-dua tangan tak taulah, bila kita gerak mouse tu, cursor tu bergerak ke arah lain dekat monitor. Konon-konon dia predict ke arah mana kita NAK pergi, bukan gerak ikut arah mana kita SEDANG pergi. 

 

Dia buat sakit hati tau lagi-lagi bila kita nak klik button, tengah buat payment, cursor anak panah dia melalut ke laut pergi dia. Nak klik button terklik benda lain. Yihhh sakit hati kita. Berapa kali dah kalau tak bersabar, rasa nak campak mouse tu ke dinding. 

 

Jadinya bila nak buat benda yang memerlukan precision yang tinggi, contohnya nak klik column dalam excel atau edit gambar dalam report, and in this case, blog entry, memang hazab. Nak klik benda lain terklik benda lain. Tengah heret gambar ke bawah, dia berhenti, tersekat tengah-tengah jalan. Sampai boleh jari sakit tau sebab kita menekan-nekan mouse tu dengan geram dan secara tidak ergonomik. 

 

Eh awat cite pasal mouse je dah masuk berapa perenggan laaa sayanglah nak sambung cite topik utama hari ni, boleh dapat dua blog entry ni. Huahahaha. Tunggulah ya dapat mouse baru pulak ke, baru kita update pasal Kinabalu *scroll Shopee sat*

 

Pasal entry 2026 ni kan. Kisahnya macam ni. Kan Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2026 akan berlangsung hujung bulan ni. Dalam group WhatsApp pemenang sayembara anekdot tu, masing-masing dah start promote buku penulisan mereka yang akan diterbitkan bersempena PBAKL. Sungguh rasa kagum lah, deorang memang penulis sejati, bukan macam saya ni tulis blog ikut mood, masuk sayembara menulis satu terus mendiamkan diri. Deorang masih mengekalkan momentum menulis. Pernah jugak tanya apa tips deorang konsisten, dan honestly memang saya rasa deorang sangat disiplin, jenis yang sanggup mencuri masa barang sejam dua saban hari waktu anak-anak dah tidur duduk depan laptop untuk menulis.

 

Padahal ikutkan masing-masing ada kerjaya hakiki jugak. Dan masing-masing dah berkeluarga. Menulis ni cuma sekadar pekerjaan kedua. Daku ni dahlah bujang, still tak mampu jugak nak menulis.

 

Ada beberapa sebabnya saya rasa saya tak mampu nak menjadi penulis yang published. Pertamanya, bukan nak bagi alasan, tapi sebab saya rasa ke-ADHD-an yang meruncing. Saya tak boleh nak follow routine yang tetap, depends pada sporadic burst of energy nak siapkan task instead of mengikut prosedur yang berulang. Usually energy tu pulak depends pada deadline, bila deadline dah dekat baru ada tenaga yang datang daripada perasaan panik. Jadi nak menulis secara konsisten tu tersangatlah payah. Sometimes rasa macam nak ambil drugs, tapi tak tahu mana nak dapat prescription. 

 

Kebetulan tadi baca ada orang ambil weed (ok taknak Google tapi honestly tak tahu apa beza ganja, marijuana, weed, grass, moss, mushroom) yang kata weed tu tak bagi dia rasa high, tapi mendiamkan otak dia sekejap. Buat seketika masa dia ambil weed tu, dia rasa otak dia normal dan dia for the first time boleh berfikir secara tenang.  

 

That aside, point kedua saya rasa menyebabkan saya tak boleh jadi penulis yang published adalah, saya takuad nak handle rejection. Dulu pernah siap satu manuskrip, dah hantar ke beberapa publisher, semua reject weh. Bapak sedih. At that moment terus rasa 'apa kurangnya aku di matamu??' dan engagement di blog dan social media bukan indikator karya itu bagus ya. Walaupun bab-bab awal saya mendapat komen positif di blog, tapi di mata publisher barangkali dipandang sebelah mata je. 

 

 Itu membawa kita ke point seterusnya iaitu, saya taknak berada bawah spotlight. Masa pergi majlis penyampaian hadiah sayembara anekdot tu kan, perkara yang sama tentang setiap penulis yang saya nampak adalah - engagement dengan masyarakat. Setiap karya penulisan itu adalah hak untuk masyarakat menilai, kerana memang sifatnya perlu dibaca khalayak. Takde orang menulis untuk disimpan sendiri, kecuali diari lah kan.

 

 Jadinya nampak di situ, betapa penulis itu tidak boleh tidak, mengasingkan diri daripada mata masyarakat. Pemenang-pemenang SEA Write Award yang menang anugerah dekat Thailand balik Malaysia kena bagi ucapan dan syarahan. Pemenang-pemenang anugerah penulisan, kena berucap dan dijemput dalam forum untuk berdiskusi tentang idea dan falsafah mereka. Heck, even Teme Abdullah yang mysterious pun munculkan diri time nak autograph buku walaupun bertopeng. The only one yang orang tak kenal adalah Hlovate, tapi nak jadi Hlovate tu karya tu sendiri kena sangatlah power sampai orang memang beli semata-mata sebab karya, bukan sebab promosi.

 

Itu jelah kot nak cerita kali ni. Update lain yang berkaitan adalah, baru-baru ni kesihatan kak Mid tidak berapa menggalakkan. Kak Mid kanser limfoma tahap 4 dan ini kali kedua kansernya kembali. Baru-baru ni kak Mid dimasukkan ke PPUM. Sejak sebelum raya kak Mid dah berkampung di hospital. 

 

Saya sempat melawat kak Mid beberapa minggu lepas dengan Q. Waktu tahu kak Mid mula sakit tu, saya cari naskhah Dewi Putih online, niat nak kongsi dengan kak Mid. Novel tu lah yang memberi tuah kepada saya memenangi sayembara menulis anekdot tu. Kak Mid pula antara orang yang sangat supportive dengan penulisan saya. Selalu rajin dia tinggalkan komen dekat blog.

 

Kebanyakan naskhah Dewi Putih yang dijual tu samada photostat, atau dah out of stock. Novelnya pulak tahun 1990an kan memang tak ada cetakan kedua. 

 

Sampailah saya jumpa ada orang iklankan dekat satu group fb novel tu, cetakan pertama. Tapi dah nampaklah dah usianya sedikit usang, eh tapi overall still lawa lagilah. Buku dah masuk 30 tahun kan. Saya PM dia kata nak beli. Laa dia kata buku tu hilang tak jumpa dah dalam timbunan buku. Waktu tu 12 Januari 2026. Saya cuma kata kalau jumpa buku tu nanti info lah.

 

Tapi saya tak menyimpan harapan dah masa tu. Takpelah kalau takde. Sekali 15 April haritu, ada dapat mesej orang bagi salam. Disertakan sekali satu gambar. Eh novel Dewi Putih! Katanya lepas dah kemas rak, baru jumpa. Alhamdulillah ada rezeki kak Mid. Jam tu jugak saya beli, transfer RM30 (tak taulah pricey atau tidak, tapi I won RM800 using this book as my muse, so RM30 tu macam berbaloi jah hahaha) 

 

Esok tu sampai dekat ofis, weekend tu jugak jumpa kak Mid, pass buku tu dekat kak Mid. Alhamdulillah nampak kak Mid senyum walau dalam struggle. Syafakillah kak Mid. Adalah jugak sekeping gambar dengan kak Mid dengan buku Dewi Putih tu.

 

 

                                    Boleh letak satu je gambar sebab taknak guna mouse😗😡

 

So guys and gals itu jelah nak story kali ni. Kalau ada yang membaca ni, doakan lah ya saya berjaya menjadi penulis buku. Ada satu lagi point saya nak share tentang kenapa saya tak boleh jadi penulis, ada rezeki saya kongsikan. Dan doakan ya urusan kak Mid dipermudahkan, moga cepat diberi kesembuhan. Amiiiin. Oh happy birthday jugak kak Mid! 

 

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter