16 May 2026

rasa bosan kita hari ini, mungkin ketenangan yang pernah kita doakan dulu

 Assalamualaikum dan hai-yeee!

 

 Saya perlu menulis tentang topik ini hari ini, kerana apa? Ya, kerana saya sedang menghabiskan cuti hujung minggu duduk di rumah sahaja, tiada aktiviti. Sejak Abah pergi November 2023, saya akan balik ke Temerloh 2 minggu sekali menjenguk Mak. Sebelum tu dalam sebulan sekali balik kampung, sekarang makin kerap sebab Mak dah duduk sorang-sorang. Jadinya sebab minggu sebelum ni dah balik kampung, weekend ni tinggallah dekat rumah sewa, sebelum balik minggu depan pulak untuk raya haji. Oh speaking of which, tahun ni tahun pertama saya berkorban alhamdulillah ada lebihan rezeki tahun ni. 

 

Selalu kan orang bila bosan waktu weekend dia akan gambarkan dengan 'mereput' 'pishang' dan lain-lain perkataan seolah-olah memberitahu cuti weekend ni kena jugak buat something untuk tak rasa mereput atau pishang. Suatu masa dulu pun saya macam tu. Circa 2015 - 2016 dulu masa mula start kerja, kawan-kawan belajar dah duduk jauh. Setiap kali weekend kalau tak buat apa rasa sendu. Tulah jugaknya sebab saya mula join hiking, sebab rasa macam loser betul kalau weekend duduk rumah semata-mata.

 

Tapi bila dah start aktif hiking pulak, terlalu banyak aktiviti. Pernah ada satu masa tu saya tak ingat bila last tidur siang, sebab hari Isnin - Jumaat dah kerja, Sabtu Ahad pulak adalah merayap ke mana-mana gunung atau camping. Know-know dah malam Ahad esok kena masuk ofis semula. 

 

Dan kemuncak waktu weekend makin gila bermula tahun 2019, bila saya pegang jawatan baru dekat tempat kerja. Dulu quality officer, sekarang HR dan akaun. Dulu weekend boleh tenang-tenang, balik kerja boleh balik awal, sekarang balik kerja lebih normal lepas isyak daripada lepas asar. Hari Sabtu bergilir antara balik kampung, pergi camping + hiking, dengan masuk ofis siapkan kerja.

 

Bila takde buat apa Sabtu mulalah bawak kereta pergi ofis, nak menyiapkan kerja yang tertunda dari semalam. Waktu tu tak tahu macam mana nak gambarkan stressnya. Bila kena biasakan diri dengan audit, dengan bayar gaji staf lagi, KWSP SOCSO LHDN. It was getting even worse bila ada siasatan badan berkuasa (taknak bagitau badan berkuasa mana, takut orang google jumpa blog ni) yang menahan top management untuk siasatan. Waktu tu terus bertukar workload melampau-lampau sangat rasanya. Dari 4 akaun kena jaga 20. Normal sangat lepas solat isyak tu mengadu dekat Allah sambil menangis atas sejadah 'Ya Allah, penat.'

 

Tak pernah ada rasa tenang ya waktu tu. Paling sedih bila fikir sekarang dah duduk tempat yang ada kolam renang, tapi tak pernah dapat turun mandi. Weekend takde dekat rumah, hari biasa pulak balik malam kolam dah tutup. Waktu tu jugaklah saya berhenti membaca buku, sebab jiwa tak pernah rasa tenteram untuk duduk diam-diam berjam-jam lamanya nak habiskan satu novel. 

 

Sekarang ni, alhamdulillah, dah banyak slow down. Kerja memang tak kan berhenti, tapi saya dah mengambil pendekatan idgaf. Dulu ya, memang kejar deadline kaw kaw sampai perasaan dan jiwa dead terlebih dulu sebelum bertemu deadline. Sekarang ni kalau tak sempat bersedia jelah menjawab 'maaf saya tak sempat'. Workload pun dah banyak berkurang dari dulu, dah tak segila tahun 2021-2023.  

 

Lalunya, apa?

 

Ya, lalunya masa pernah hidup dilanda badai yang menggila, selalu mengadu pada Allah, penat, tak larat, tak kuat. Jadinya sekarang bila ada weekend yang tak buat apa, saya selalu ingatkan diri 'mungkin rasa bosan nilah ketenangan yang kita minta pada Tuhan dulu.' Iya rasa bosan tu datang sebab jiwa kita tidak terbeban, jiwa kita terlalu merdeka tidak ada perlu dikhuatirkan sehingga kita mentafsir ketenangan dan kestabilan itu sebagai sesuatu yang membosankan.

 

Saya pernah dilanda kegilaan suatu masa dulu waktu siasatan badan berkuasa berlangsung, akaun-akaun syarikat dibekukan sedang saya yang in charge untuk akaun-akaun tu semua, balik dari kerja pandang-pandang belakang takut ada yang mengekori, walau ada masa senggang sekalipun hati sentiasa gundah gulana. Sekarang, 'weekend tak buat apa-apa' adalah weekend yang paling disyukuri, kerana weekend yang tiada apa-apa itu walaupun tidak ada keseronokan, tidak juga ada kerisauan. Dan tidak ada kerisauan itu adalah bahagia yang lebih besar daripada mana-mana aktiviti berseronok.

 

Boleh tidur balik lepas subuh, boleh cari makan-makan, boleh guling atas katil. 

 

Going off tangent here, sejak Afiq dah kahwin rasa saya secara de facto menjadi pusat gerakan untuk aktiviti jejaka-jejaka bujang (dan duda), jadi kalau saya tak menggerakkan aktiviti takdelah aktiviti untuk weekend tu. Pulak tu deorang kalau saya tak ajak, deorang buat aktiviti jugak, tapi dengan orang lain hahahaha.

 

Dulu adalah rasa sedih kan kalau kita tertinggal kawan-kawan buat aktiviti tak ajak, tapi sekarang ni rasa lega gila. Bila orang tak ajak tahu-tahu deorang post igstory, be like wehhh mujur kau tak ajak. Tak tahu macam mana nak tolak kalau orang ajak tapi kita taknak join. Kitonyo pulak people pleaser. Dapat pulak si amerbaqawi ajak join program semua jenis compressed hiking atau lari-lari dalam hutan. Guwe sunggah ga kuat. 

 

 Begitulah gais ceritanya di edisi kali ini. Kalau ikut sekarang ni masa dah 10.34. Jumpa lagi di edisi seterusnya assalamualaikum dan bye-eeee!

 

 

 

 

 

 

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter