Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

26 October 2016

SINERGI


Pukul 4:30 pagi. Saya berbaring di atas katil, langsir terbuka menyerlahkan kegelapan dari ambien luar. Neon-neon cahaya jingga berkerdip dari jalan di bawah, seperti bintang yang terpasak di bumi. Jalan yang basah oleh hujan kelihatan berkaca, memantulkan semula cahaya dari lampu. Angin sejuk menerpa, membawa ketenangan di tengah kota.





Buku Sinergi karangan Hilal Asyraf dalam tangan. Nescafe susu di atas meja. 

Saya menyelak halaman demi halaman. Ada sesuatu tentang buku ini yang Izham ingin saya hadamkan. Sesuatu tentang persahabatan; tentang ukhuwah. Dari baris-baris ayatnya tersembunyi maksud sebenar Izham. 

Pada bab pertama saya mula tersenyum. Ada seorang watak yang namanya seakan nama saya. Badruddin – purnama agama. 

Izham barangkali menghadiahi saya bukunya atas faktor itu; dia teringat kepada saya daripada nama watak itu. Tetapi pada hemat saya, pasti ada suatu lagi faktor yang lebih utama dari itu yang difikirkannya saat dia mengirimkan buku ini kepada saya melalui pos.

4 tahun yang lalu, Izham ingin menemui saya, dia mengambil saya di kolej menaiki motor kapcainya. Bersemangat dia ingin membawa saya dari kolej ketika itu – saya sedang kemurungan.  

Pada malam itu, saya membantu Izham menyediakan makan malam di rumahnya di Putrajaya.
Izham, saya dan Rizal merupakan trio pertama blogger di kolej kami ketika itu. Izham mengasaskan kumpulan UPM Blogger di facebook, sebelum group itu menjadi lubuk spam oleh blogger narsisistik yang lebih mahu perhatian dan trafik ke blog mereka berbanding membina suatu kelompok bermatlamat sama yang supportif. 

Tidak putus asa dengan kegagalan UPM Blogger, Izham memfokuskan usahanya untuk membangunkan group Jom Tanam Sendiri. Kegigihan Izham pada akhirnya menjadikan Jom Tanam Sendiri sebuah komuniti online yang sangat kuat, kini dianggotai hampir 180,000 ahli, dan dijenamakan semula sebagai Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. 

Rizal pula beralih arah dari bidang blogging dan mengasaskan podcastnya, Rambling Monkeys yang menampilkan pelbagai tokoh belia – daripada doktor, penulis novel, pengarah filem indie, eksekutif muda, fitness expert, sehinggalah personaliti media sosial. Kedua mereka berani menongkah arus, mengejar impian mereka sendiri dalam dunia yang selalu menghukum mereka yang enggan menurut norma. 

Sedang saya juga masih begini, takut keluar dari zon selesa, bersama senaskhah novel dalam tangan.

“Kau ada bakat menulis!” kata Izham kepada saya, seperti juga selalu-selalunya. Setiap kali saya menulis sesuatu di dalam blog, Izham setia memberikan komentar positif.

“You have something to offer.” Kata Izham, seperti juga Epy kemudiannya. “You have something in your voice that makes people love to listen to what you have to say.” kata Epy, sambil matanya merenung tajam ke dalam anak mata saya.

Tapi dalam genggaman saya juga, kosong.

Novel pertama saya, Dialog Orang Muda ditulis setelah rakan akrab saya mengumumkan pertunangannya. Rasa kecewa bergulir bersama cemburu, bahawasanya saya merasakan akan kehilangan sorang rakan baik kepada suatu lohong hitam bernama takdir. Tiada lagi malam-malam kami bertingkah, melawan masa yang melarut ke dinihari, berbicara tentang soal-soal hati, perihal dunia, dan juga akhirat. 

Dialog Orang Muda merakamkan segala perasaan saya – kesedihan, harapan dan memori yang hampir lenyap dilupus masa, yang saya ingin ingati sebolehnya, sehingga mati. Menggunakan persahabatan Rumi dan Syamsi Tabrizi sebagai parallel, saya mengisahkan persahabatan saya dan rakan saya dengan kebergantungan yang naif, dengan sebuah harapan bahawa esoknya akan sama dengan hari ini – bahawa tiada apa yang akan pernah berubah. 

Tapi kehidupan bukan selalu begitu. Change is the only thing constant in life. Seperti juga persahabatan Rumi dan Syamsi Tabrizi yang pengakhirannya yang tragis membawa kepada penulisan sebuah buku yang ditelaah sehingga kini, persahabatan saya dan sahabat saya itu juga melahirkan sebuah buku yang sarat dengan emosi setelah tamatnya kami bertualang.  

Dengan penuh keyakinan, saya menghantar manuskrip Dialog Orang Muda ke beberapa penerbit buku. Kesemuanya menolak mentah-mentah tulisan saya, ternyata mereka memandang saya sebelah mata.

Mungkin, saya tidak seberbakat seperti yang saya fikirkan – atau seperti yang Izham fikirkan. 

Di rumah Izham 4 tahun yang lalu, saya menghabiskan malam berbual dengannya. Lagu Yuna, Penakut bermain di komputernya berulang-ulang dari dalam bilik bacaan. Bicara kami menyentuh kepada perkara-perkara yang biasa, dan ada juga yang luar biasa, tapi lebih penting daripada apa yang kami bicarakan, ialah bahawasanya kami sendiri sedang berbicara. Saya perlukan Izham untuk bercerita kepadanya tentang sesuatu yang telah berlaku, sesuatu yang luar biasa yang telah berlaku kepada diri saya. 

Izham mendengar, tanpa sebarang judgment. Dia seperti dia yang biasa, sahabat yang boleh dipercayai jiwa dan raga. 


“Mungkin nasib tak menyebelahi aku…”


Nyanyi Yuna dari stereo komputer. Mungkin nasib tidak menyebelahi saya.

Izham punya, for lack of Malay term, conviction. Dia tahu apa yang dia inginkan dalam hidup, dia tidak punya ketakutan untuk mengejar cita-citanya.

Dan apa yang dia sebenarnya inginkan dalam hidup, ialah untuk menjadi penulis sepenuh masa. Buku pertamanya, Jimat Dari Dapur berada di pasaran lebih awal berbanding buku saya (yang tidak kunjung tiba). Saya mencemburui conviction Izham. Yang saya miliki hanya sebuah blog, dulu hingga kini. Saya mempunyai cita-cita, yang hanya tinggal mimpi ditimbun oleh rutin-rutin harian, pergi dan pulang dari kerja. Betapa aneh, bagaimana sebuah impian dibunuh oleh berlalunya masa. 

 “Nanti kau review buku ni” kata Izham kepada saya setelah saya memaklumkan kepadanya saya telah menerima bungkusannya. 

Dalam buku itu, pertama kalinya saya merasakan Izham meluahkan perasaannya melalui tulisan orang lain. 

Dan dalam buku itu juga, saya menemui persahabatan yang Izham selalu sebutkan. Persahabatan yang membawa ke syurga.

16 May 2016

Reviu Kunang Pesisir Morten

Jujur bicara, novel Kunang Pesisir Morten ialah sebuah novel yang saya beli secara tergesa-gesa untuk menghabiskan Baucar Buku 1 Malaysia di kedai buku Borders, IOI City Mall sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu. 





Dua perkara yang menyebabkan saya tertarik untuk membelinya ialah pada tajuk bukunya sendiri – kunang dan Morten. Saya seorang yang sangat mengagumi kunang-kunang dan kelip-kelip dan tatkala memegang bukunya, saya cuma mempunyai satu Morten dalam fikiran saya, iaitu Kampung Morten di Melaka yang menjadi landmark penting sekiranya anda pernah menaiki river cruise menyusur Sungai Melaka. 

Dengan dua subjek tersebut yang menjadi satu-satunya daya tarikan pertama, tanpa berfikir panjang, segera saya mencapai bukunya di rak terus ke kaunter bayaran bersama buku Dondang Pembukaan, karya Lutfi Ishak. Saya tidak pernah mengenali nama Raiha Bahaudin, pengarang Kunang Pesisir Morten sebelum itu, apatah lagi nama syarikat penerbit tersebut, NuBook Press. Walau bagaimanapun, itu juga menjadikan saya tidak mempunyai sebarang presumption atau expectation terhadap Kunang Pesisir Morten.

KUNANG PESISIR MORTEN merupakan sebuah naskhah yang sangat halus dan berseni, dan tatkala disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 buku Bahasa Melayu yang wajib dibaca oleh Mizan Hashri, saya tanpa sebarang prejudis dan bangkangan bersetuju dengan penilaian tersebut.

Kekuatan novel Kunang Pesisir Morten, pada pendapat saya yang paling utama adalah penggunaan Kampung Morten sebagai latar tempat novel tersebut. Menggunakan latar belakang sebuah kampong di Bandaraya Melaka, salah satu Tapik Warisan UNESCO adalah sebuah percaturan cemerlang yang meminjamkan imej dan panorama yang sangat kaya, artistik dan imaginatif kepada lanskap Kunang Pesisir Morten. 

Tidak sekadar meminjamkan tempat yang kukuh dan berseni sebagai tapak cerita, Kampung Morten juga menyediakan sebuah latar masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa, hanya menunggu untuk diterokai dengan bijaksana oleh Raiha Bahaudin. Sungguhpun demikian, karya Raiha Bahaudin ini tidak menjadikan perpaduan kaum sebagai tema dengan pengolahan yang memualkan seperti buku teks di sekolah, sebaliknya sebuah isu yang dinisbahkan kepada perhubungan antara kanak-kanak dengan latar belakang yang kukuh dan indah.

Salah satu perkara yang saya sukai tentang novel ini ialah penggunaan jambatan secara literal yang menghubungkan dua kaum di kedua-dua tebing Sungai Melaka, sebelahnya ialah kaum Melayu dan sebelah yang lain ialah kaum Cina, dan kanak-kanak watak utama Kunang Pesisir Morten, Lim, Dhiya dan Adi daripada kedua bangsa tersebut mengadakan pertemuan harian mereka di jambatan tersebut, dan juga bagaimana makanan dijadikan sebuah duta untuk kedua-dua kaum merasai budaya masing-masing. Lim, Dhia dan Adi membawa popia, makanan Cina ke Kampung Morten dan karipap dibawa ke kawasan kejiranan Cina dengan cara menjual kedua-dua makanan tersebut secara bersilang di kedua kejiranan tersebut. Kedua hal ini menyerlahkan ketrampilan Raiha Bahaudin sebagai pengarang yang bijak bermain dengan simbolik dan unsur kontradiksi seperti ironi, paradoks dan oksimoron.  

Dalam pengembaraan ketiga-tiga watak cilik Kunang Pesisir Morten, pembaca dibawa mengenali sejarah Bandaraya Melaka yang masyhur, menyusur kekayaan bandaraya tersebut dengan warna-warna yang vibrant, dinamik antara latar masyarakat yang berbeza, dan keindahan Melaka yang berjaya dirangkum oleh pengarang dengan penggunaan laras bahasa yang indah. Kesemua ini menjadikan naskhah Kunang Pesisir Morten sebuah karya yang ulung dengan kekuatan imej latar yang sukar ditandingi oleh mana-mana karya lain. Kekuatan Raiha dalam menyerlahkan imej ke dalam karyanya dengan cemerlang dan berkesan barangkali berkait rapat dengan kecintaannya terhadap seni yang dipantulkan dalam beberapa adegan di dalam novel. Dalam novel Kunang Pesisir Morten, Dhiya dikatakan seorang kanak-kanak kreatif yang mempunyai visual artistik. Sebagai contoh, Dhiya pernah menggunakan air liurnya secara spontan untuk mencairkan warna bagi mendapatkan hasil kemasan lukisan yang dikehendakinya sehingga menyebabkan Adi merasa loya.

Kekuatan kedua novel Kunang Pesisir Morten ialah unsur nostalgia untuk kanak-kanak yang membesar pada era 80an. Unsur penyiasatan dalam novel Kunang Pesisir Morten seperti novel Enid Blyton, Siri Hadi dan Siri Salwa yang menjadi ruji untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 70an dan 80an mewujudkan satu keterujaan terhadap nostalgia lampau. Dalam novel ini, trio Dhiya, Adi dan Lim cuba menyelesaikan beberapa misteri yang menyelubungi kampung mereka, dan mereka turut terlibat secara tidak langsung kerana ingin membersihkan nama mereka akibat persahabatan antara kaum mereka yang dianggap mencurigakan oleh penduduk kampung sehingga mereka dihukum tanpa periksa.

Kisah mereka juga membangkitkan perasaan nostalgia zaman kanak-kanak yang bahagia, sewaktu hidup lebih mudah dan indah, dan persahabatan itu ialah sesuatu yang murni dan suci.  Novel Kunang Pesisir Morten walaupun menampilkan watak-watak kanak-kanak, sebenarnya merupakan naskhah yang direkayasa khas untuk orang dewasa yang memahami dan melihat pantulan kisah mereka sewaktu kecil dalam watak-watak novel ini. Watak Dhiya yang hidup susah tetapi mempunyai bakat luar biasa juga merupakan sesuatu yang boleh difahami oleh anak-anak era 80an yang hidup susah sewaktu kecil, tetapi dengan bakat dan kesungguhan kini ramai yang bergelar jurutera, doktor dan eksekutif muda meskipun membesar dalam keadaan keluarga yang tidak mampu memberikan mereka segala-galanya.

Sungguhpun demikian, naskhah ini tidak suci daripada kesilapan. Ada beberapa perkara yang menjadi pertikaian, contohnya penggunaan frasa ‘Ya ampun’ yang hanya digunakan di Malaysia setelah pengaruh drama sinetron dari Indonesia tiba lewat 2000an, dan juga penggunaan bahasa yang dianggap terlalu sastera untuk kanak-kanak berusia 10 tahun. Memandangkan taraf Kunang Pesisir Morten yang mungkin telah dianggap klasik, kecelaruan ini dikhuatiri akan mempengaruhi penilai sastera pada masa akan datang. Selain daripada khilaf yang boleh dimaafkan ini, Kunang Pesisir Morten ialah sebuah karya unggul bermutu tinggi yang mempunyai karektor-karektor yang tidak klise, gaya bahasa yang indah, dan lanskap yang begitu megah untuk dirasa dan dibentangkan kepada dunia. 

Sambil menyusur Sungai Melaka semula nanti, ketika melewati Kampung Morten, tentu sekali di mata saya akan terbayang Dhiya, Adi dan Lim bermain-main sambil tertawa di pesisir Kampung Morten.  

11 May 2016

Tudung Periuk

Tudung Periuk adalah lagu klasik Melayu dua rangkap dalam bentuk pantun yang didendangkan secara duet oleh Allahyarham P. Ramlee bersama Saloma (Salmah Ismail) dalam filem tahun 1964 arahan beliau, Sumpahan Orang Minyak. Lagu yang dicipta oleh Zubir Said tersebut dinyanyikan dengan penuh gaya lenggok klasik Melayu. 

Mendengar versi lagu Tudung Periuk yang dinyanyikan semula oleh Krisdayanti ketika Konser Traya lewat penglibatannya dalam industri selama 30 tahun, membangkitkan perasaan kekaguman, takjub dan aneh kepada lagu tersebut.

Nyanyian beremosi secara duet yang diiringi orchestra pimpinan Erwin Gutawa, oleh Krisdayanti bersama Nada Badar, penyanyi kanak-kanak Indonesia yang berasal dari Pekanbaru, Riau, memberi nafas baru yang segar malar kepada lagu Tudung Periuk.

Versi Krisdayanti & Nada Badar ternyata lebih mendalam dan diiringi vocal mereka yang berkarektor unik – Krisdayanti dengan suara yang sedikit serak; matang – manakala Nada Badar dengan karektor suara mendayu, bernyanyi cengkok Melayu klasik. 

Tudung Periuk berkisar kepada suatu unsur omnipoten dalam sosiobudaya Melayu yang selalu diterjemah dalam bentuk peribahasa, puisi dan syair – iaitu kesedihan yang diakibatkan oleh perasaan rendah diri dan hina. 

Bait-bait lagu dalam Tudung Periuk membangkitkan suatu perasaan kesunyian yang gundah. Rangkap pertama lagunya berbunyi demikian:


Tudung periuk pandailah menari,
Permainan anak putera mahkota,
Kain yang buruk berikan kami,
Untuk menyapu si air mata.


Pada dua baris pertama pembayangnya, tudung periuk yang dikatakan pandai menari dijadikan permainan oleh seorang putera mahkota. Ini seterusnya membangkitkan sebuah persoalan retorik: betapa tinggi sekali darjat manusia hatta anak putera mahkota sekalipun, mungkin tidak mempunyai seorang teman dan tudung periuk adalah satu-satu peneman dan penghibur hatinya. 

Kesunyian yang dirangkum oleh rangkap ini mempunyai paralel dengan pembukaan lagu Warisan, dengan baris 'Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi.'

Emosi kesunyian yang dibangkitkan pada pembayang ini kemudian dibawa ke maksud rangkap tersebut, ‘Kain yang buruk, berikan kami – untuk menyapu si air mata.’ Tidak cukup dengan sebarang kain, sang pemuisi menganggap dirinya lebih layak untuk menyapu air mata dengan kain yang buruk, akibat merasa dirinya terlalu hina. 

Baris ini ialah satu cerminan kepada perasaan sengsara yang bertimpa-timpa, sedang dalam kesedihan, kain yang buruk dijadikan objek untuk mengusap pergi kesedihan, bermakna kesengsaraan demi kesengsaraan dirasakan oleh pemuisi. 

Rangkap kedua lagu Tudung Periuk membawa maksud yang sama.


Tudung periuk pandailah berdendang,
Pandai berdendang lagu seberang,
Barang yang buruk takkan dipandang,
Dijual tidak dibeli orang. 


Mungkin sekali rangkap kedua ini menerangkan tentang putera mahkota yang masih bermain dengan tudung periuk, dan akibat terlalu sunyi akibat tiada kawan lain dia mendengar tudung periuk berdendang seperti lagu orang seberang. Maksudnya kemudian menerangkan tentang barang yang buruk takkan dipandang orang, dan sekiranya dijual tidak akan dibeli oleh sesiapa.

Maksud rangkap tersebut juga sebenarnya suatu pesanan dalam nada yang hiba, tentang nasib orang yang tidak mempunyai rupa paras yang cantik, yang akan ditinggalkan bersendirian akhirnya.

Falsafah dalam lagu Tudung Periuk dirasai dengan mendalam melalui persembahan Krisdayanti dan Nada Badar, dengan bunyian orkestra orgasmik yang mempertingkatkan lagi pengalaman mendengar dendangan lagu tersebut. Tudung Periuk dendangan Krisdayanti dan Nada Badar adalah sebuah komposisi yang wajib didengar sekiranya anda menginginkan perasaan kagum yang luar biasa hadir ke dalam sanubari.

Kekaguman juga terzahir melalui lagu ini terhadap pemikiran orang lama yang mampu menjadikan objek yang mundane seperti tudung periuk sebuah objek seni yang dimanifestasi sebagai sebuah metafora dalam menyampaikan maksud yang mendalam tentang kehidupan.  





02 May 2016

REVIEW ADA APA DENGAN CINTA 2

‘Rangga, apa yang kamu lakukan ke saya itu… jahat’ – Cinta



Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) 2016, sambungan daripada Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2002, mengungkap kembali perhubungan Cinta dan Rangga sejak pemergian Rangga ke New York yang berjanji akan kembali beberapa purnama kemudiannya ‘untuk mempertanyakan kembali cintanya’.

AADC2 merupakan naskhah lanjutan yang memberikan khalayak sebuah penamatan yang konkrit terhadap percintaan Cinta dan Rangga, lantas memberikan kata putus terhadap persoalan yang bermain dalam minda khalayak lewat tamatnya AADC 14 tahun yang lalu.

Pada kali ini, Nicholas Saputra dan Dian Sastro kembali sebagai Rangga dan Cinta.


Menonton AADC2 di wayang merupakan suatu pengalaman menarik, apabila panggung turut diisi oleh warga Indonesia yang memberikan komen-komen lucu sepanjang filem berlangsung.

“Jogjanya kecil!”, apabila rakan-rakan Cinta terlihat Rangga di Jogjakarta.

“Garuda!”, sewaktu Cinta dan rakan-rakannya menaiki kapal terbang.

Sebelum menonton AADC2, saya sempat meneliti komen-komen dan reviu di blog untuk mendapat sedikit idea tentang apa yang perlu dijangka daripada filem ini. Daripada komen-komen penonton, kebanyakan peminat asal AADC tidak begitu gembira dengan AADC2, manakala peminat yang tidak begitu menyukai AADC pula begitu berpuas hati dengan AADC2.

AADC dan AADC2 menampilkan 2 wajah berbeza sebuah francais yang sama. Filem AADC merupakan satu tapak kukuh yang mempersembahkan falsafah kehidupan dalam bentuk yang mentah, manakala filem AADC2 pula dibina di atas AADC sebagai sebuah ekstensi dan tidak begitu mencuba untuk menyambung naratif AADC dalam konteks persembahan idea.

Justeru, peminat yang menantikan babak-babak yang mendalam dan bermakna dalam filem AADC, seperti air mengalir bersama darah di dalam bilik mandi ketika watak Alya cuba membunuh diri, atau babak Cinta mempersembahkan sajak Rangga dalam bentuk lagu dan Rangga memerhatikan Cinta dengan penuh ketegangan, mungkin akan merasa sedkit kecewa.


Filem AADC2 sendiri secara tidak langsung, menariknya, merupakan sebuah pantulan tentang kematangan. Watak-watak dalam AADC yang gemar berpuisi sewaktu di sekolah, berperangai gila-gila, dan melibatkan kebanyakan masa mereka dalam lingkungan falsafah, kelab dan persahabatan, kini telah dewasa.


Watak Cinta dalam AADC2 langsung tidak mempunyai sebarang puisi, manakala Rangga yang kini memiliki sebuah kedai kopi dan enggan menjadi penulis di sebalik desakan rakan kongsinya, seolah-olah suatu cara halus untuk mengingatkan khalayak bahawa setelah tiba satu usia, puisi itu tidak boleh lagi menjadi sesuatu kebanggaan atau kebergantungan dalam hidup, sebaliknya sebuah hobi atau minat yang menjadi tempat hanya untuk melampiaskan perasaan.

Dalam AADC2, ruang-ruang kosong yang pernah diisi dengan puisi dan sastera dalam AADC, kini diganti dengan unsur-unsur humor. Apabila AADC2 menjadi terlalu serius, ketika itu juga suatu timbal balik dalam bentuk jenaka dizahirkan, lalu menjadikan AADC2 sebuah naskhah yang matang dan tidak begitu intense seperti AADC. Malah, AADC2 sendiri juga menjadikan seni sebagai suatu bahan jenaka, sewaktu Cinta dan rakan-rakannya melawat sebuah pameran seni di Jogjakarta. Rakan-rakan Cinta tidak dapat memahami seni installasi di pameran tersebut dan adegan tersebut ditampilkan dengan penuh aspek lelucon. Mungkin juga di situ AADC2 secara sengaja cuba menjadi parodi sendiri, ataupun meredakan ketegangan yang terbina daripada AADC.

Begitupun, inilah juga antara sebab peminat AADC yang rindu dengan konflik-konflik tegang seperti dalam AADC akan merasa kecewa.


Ada beberapa babak yang boleh dijadikan tear-jerking moments, terutamanya babak Rangga bertemu semula ibunya, tetapi AADC2 tidak menjadikan babak itu sebagai sebuah highlight, sebaliknya lebih kepada suatu konklusi kepada kisah hidup Rangga yang begitu misteri sewaktu diperkenalkan di AADC. Dengan pertemuan semula Rangga dan ibunya, satu aspek dalam kehidupan Rangga kini berjaya diberikan penamat yang gembira.

Kemaafan yang datang bersama kematangan juga merupakan satu aspek yang cuba diterokai dalam AADC2. Cinta dan Rangga bertemu semula untuk mereka menutup kembali kisah lama mereka secara baik, kerana Cinta perlukan penjelasan. Kemaafan dari Cinta untuk Rangga dan kesediannya untuk hidup bersama orang lain (suprise!) bermakna Cinta sudah memaafkan Rangga. Tidak seperti AADC ketika mereka masih remaja, kemarahan seringkali menekan ego mereka untuk mereka bermaafan dan berbaik yang menjadikan permasalahan mereka serius ke hujung cerita.

Dalam AADC2, setelah Cinta menampar Rangga dan berpaling pergi, dia berlari semula ke Rangga dan meminta maaf. Ini menunjukkan watak-watak AADC2 mula berfikir secara matang tentang perbuatan mereka yang boleh menyakitkan orang di sekitar mereka. Rangga juga sedia kembali ke Jogjakarta mencari ibunya sebagai sebuah tanda kesediannya untuk memaafkan ibunya yang meninggalkan dia dan ayahnya atas nama cinta.

Kematangan yang ditonjolkan watak-watak dalam AADC2 menjadikan filem ini sesuatu yang berpijak kepada realiti dan merupakan satu kesesuaian mengikut usia mereka, meskipun hal itu menjadikan konflik mereka segera tamat dan sukar untuk menjadi sebuah plot yang berterusan ke pengakhiran cerita.


Perbezaan ketara dalam AADC2 juga jelas dari segi sinematografi. Tidak seperti AADC dengan kamera yang statik untuk menangkap setiap nuansa dalam ruang yang sama yang memberikan impak ketegangan, pergerakan kamera dalam AADC2 lebih dinamik dan fleksibel, menyoroti setiap aksi dan ekspresi secara khusus yang menterjemahkan pergolakan perasaan dengan lebih halus.

Begitupun, kritikan utama bagi filem AADC2 tentulah dari aspek product placement dan iklan pelancongan Jogjakarta. Filem AADC2 seolah-olah sebuah iklan panjang yang memaksa penonton untuk turut serta dalam perjalanan Cinta dan Rangga melawat tempat-tempat pelancongan sekitar Jogjakarta daripada pagi hari ini ke subuh esoknya, sehingga menjadikan AADC yang merupakan sebuah filem coming-of-age, kepada sebuah filem road movie lewat installasi AADC2.


Begitupun, secara jujurnya, filem AADC2 merupakan sebuah filem yang berjaya dalam misinya yang realistik untuk memberi penutup yang sempurna kepada kisah Rangga dan Cinta, meskipun mungkin tidak begitu memorable seperti AADC. Filem AADC2 menurut sebuah arah yang baik dari segi ceritanya dengan tidak menampilkan pergolakan perasaan dan konflik kehidupan yang serius seperti AADC dan meninggalkan karya-karya sasteranya, sebaliknya jujur dengan keinginan mereka untuk menamatkan naratif AADC secara muktamad, yang merupakan satu kejayaan secara sendirinya.

Filem AADC2 berjaya menjawab segala persoalan yang bermain di minda khayalak tentang apa yang telah berlaku, bakal berlaku dan daripada penamat yang jitu, kemungkinan untuk adanya AADC3 adalah sangat tipis. Atau mungkin juga, kita perlu menunggu beberapa ratusan purnama lagi untuk AADC3?

08 April 2016

Why I'm Loyal To Nokia



I’ve been using Nokia for about 6 years now. In fact, Nokia 5230 was my first full touch screen phone, and my first smartphone which I bought after the Nokia 5230 broke down was a Nokia Lumia 800.













After I crashed the screen of the Lumia 800 to the ground, I bought another Nokia, a Lumia 900. And recently, I bought myself a phablet: Lumia 1320.






After about several years of using Nokia, I always get that stare when I flaunt the Nokia phones I’m using. People find it strange that somebody is still using Nokia in this age. Come on, it’s 2016! Why are you still using Nokia? So they said.






For me, using a Nokia is like making a statement. Buying Samsung, or Lenovo, or Apple, is just too common and mainstream. When all the people are going to an obvious choice like a herd of sheep, you might want to take a step back and reanalyze the choices that you have.






First of all, Nokia might not be relevant now, but you still can’t deny the quality of its products, especially the hardware. The reason being why Nokia is not as popular as other smartphones is because Nokia phones utilize Windows software as their operating system, which in the populace’s opinion is not easy on the eye. The tiles –based interface for them is not as great as icons used in Apple OS and Android. However, some people love the tiles over icons, to each his own. Windows OS also makes it very hard to customize your phone, which might come off as unappealing to the users.






However, the real win relies in the durability and longevity of the phones. One of the signs that Nokia really thinks carefully about the hardware is when you can balance the Nokia on a flat surface. Smartphones now are designed solely for the user’s experience, which is not a bad thing at all. But when you can stand your phone on its bottom, it’s a sign of the designers going for the extra mile. My Lumia 900 can stand on its own, which means something about the design is so perfectly calculated to give the balance to the phone. Samsung can brag all they want about the designs of their phone, but can their phone stand? That’s an interesting question that can open up a whole debate about phone designs and the ingenuity of the design.







See? It can stand on its own!










Apple started off their lap in the competition with a box design, and Samsung phones mostly look similar. Nokia was the braver one in terms of design variety - the leaf phone, the soap, the Nokia N-gage and many more other designs that worth recognition. If the shift is going towards Apple's and Samsung's favour, we the consumers have played our part in killing diversity of phone designs.






Secondly, when Nokia becomes the loser in the marathon, you could rely on one obvious consequence – the price drop. For this though, you’ve got to be patient. My Lumia 900 was bought below the market price with an RM600 rebate for stock clearance. Once Microsoft took over Nokia, many more of the phones were subjected to stock clearance to make way for new Microsoft phones, and that is how I got my Lumia 1320 below market price as well, with an RM300 rebate. Just like the idiom, one man’s rubbish is another man’s treasure. You don’t want to buy Nokia, it’s totally fine, but you’ll help in reducing the price indirectly, and that is where I come into the picture.






Third, the loyalty. I know Samsung and Apple are the frontrunners for the smartphone race, but there is something so human about Nokia that is always attractive to me. The tagline ‘Connecting People’ perhaps come into play when Nokia is designing its phones that you could feel something so genuine in the phone. Maybe it’s another Goliath vs David tale of underdog vs the giants, or that Nokia did no evil compared to Apple, or even Samsung yet still manages to fail miserably, but I just feel that Nokia should remain in the competition. It would break my heart to see the once mighty Nokia go and being sold off like Motorola. If you think about it, if Nokia left the smartphone market, we would lose a very classy and strong phone maker, and leaving the smartphone race to the likes of Samsung and Apple, which would also means diversity would be killed.






Unlike Apple, with the late Steve Jobs’ arrogance and the suicide-inducing condition of the Apple factory in China, and Samsung’s employees getting cancer, or even Android’s Google shady policies about privacy, Nokia remains as a company that is consistent in its welfare and treatment to the workers and to the users as well, which in hindsight perhaps is the downfall of Nokia. Being the nice person means Nokia took less risky approach in its ventures, and if you’re not willing to tackle the big risks in the smartphone market, you’re going to have to go home.






If I’m writing this a few months earlier, I would have to say Nokia offline GPS navigation is the best so far and is a big plus when you’re considering Nokia, but since HERE Drive and Maps will no longer be supported in Nokia phones, Nokia really is in the losing end now.






I’m a realist person, and though I’m very keen to see Nokia to turn this around and that circumstances work in their favour, if nothing groundbreaking is being done by Nokia to win the market again, then it’s a goodbye. However, Nokia was a very resilient company, surviving the competition of the fittest by shapeshifting from one form to another. It was not even a telecommunication company back in the olden days, to start with. Nevertheless, judging from the current trend, I’m expecting Nokia to go completely vanished a few years from now, and while waiting for that time to welcome the smartphone overlords, Samsung and Apple, I’m going to stay loyal to an old friend.





06 April 2016

Shapeless




“Setiap orang punya impian, impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini. Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati.”


“Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari”






“Adinda anggap sebagai janji.”






- Puteri Gunung Ledang











Yang tajam itu tidak semestinya berbentuk tirus. Yang gembira itu tidaknya bulat.






Yang datang meresap perlahan-lahan, menyelinap di celahan jendela jiwa langsung menyusup ke dalam relung dada, adalah sesuatu yang tidak berbentuk.






Kalau kita boleh mentafsir dan mencerakin setiap rasa kepada juzuk kecil terasnya, segalanya tidak mempunyai jirim yang jitu, terapung bagai nebula dalam awan rasa.






Sesuatu yang indah, terbit dari hati adalah sesuatu yang tidak dapat difahami dengan minda. Dan sesuatu yang dirasa dalam hati hanya dapat difahami dengan hati.






Adapun kita tidak pernah mampu melihat apa-apa yang merasuk dan bermain di dalam dada, berzaman-zaman lamanya kita mengerti setiap perasaan itu, menukil-nukil apa yang kita rasakan ke atas kertas, mengagumi rasa tersebut sebagai ilham dari Tuhan.






Setiap pukulan mimpi, kecewa yang bertinggung di puncak hati, atau rasa-rasa cinta yang merekah merah, meski sifatnya wujud, tetapi bukan seperti yang dapat kita simpulkan kepada bentuk-bentuk hakiki. Dalam lembut wujudnya, sifatnya yang tiada sisi, atau hujung atau pangkal, dan tiada warna warni, adalah sesuatu keindahan yang paling mengagumkan dalam sanubari.






Dan keindahan itu, terkadang membawa kita pergi lebih jauh, lebih tinggi dalam kewarasan dan kesedaran kepada hakikat-hakikat kehidupan, walaupun dengan sifatnya yang tidak sempurna. Dan waktu itu, baru mungkin kita temui, bahawa yang tidak berbentuk itu boleh jadi suatu keindahan yang luar biasa.

05 January 2016

My Review on The Force Awakens



I’m not a Star Wars fanboy – just so we clear. So in a way, I did not anticipate the coming of another Star Wars movie in the first place. 



I, however am well aware of the epicness of the Star Wars universe – the extravagant, groundbreaking story of a movie so important in pop culture that it carved its own name in humankind timeline. The first three movies (chronologically according to the real time, that is) are the bomb. Like super duper bomb. That, I could give to the Star Wars.

The first three episodes or the prequels which were released from 1999 to 2005 however were not as satisfying as the originals. 

I remember being starstruck by the motion pictures when I was a kid, even when watching the movies on the small screen. The original Star Wars were nothing short of awesome, spectacular and way ahead of the trend. It breaks every record and exceeds every expectation – it reaches a high point that nobody even thought existed.   

So finally on the 1st of January 2016, against all odds, after ages of cinematic dryspell (aher aher), I watched Star Wars: The Force Awakens on the big screen. 

The new Star Wars, Episode VII is simply a cinematic success, so to speak. The acting and action were brilliant, the CGI was excellent, and the appearance from the original cast made the movie even more bittersweet. But that’s all the good things there are to speak about the movie.

Unfortunately, time changes everything. 

The new Star Wars movies relied heavily on CGI, while the old ones were created from elaborate props and for lack of better word, camera tricks. The new Star Wars could never compare to the brilliance of the originals movie making. The originals were created in a time when it is impossible to create such movies without going to great lengths. And went to great lengths, they did. Yoda, for instance, was a manually operated puppet. If the originals were to be created during our time, I am pretty certain Yoda would simply be CGIed.  

When I first watched the original Star Wars, I marveled at the fact that I could not fully comprehend what I was seeing, with question ‘How do they do that?’ kept playing in my mind. The curiosity kept me interested and for me it was still a mystery. But watching The Force Awakens, I quickly lose interest in the vibrant pictures because I knew it was all green screen and CGI. It was technological-wise, awesome, but that is the best it can give. Awesome, but only on a mechanical level. 

Using real props as opposed to using CGI, the difference lies clearly in the realness of the image. The CGI technology still yet to catch up in providing the audience a sense of realness while watching, and The Force Awakens fails in this fashion. I was hoping the cinematic magic of the original Star Wars are still there – more props, less effects. Sadly, this was not the case. Everything felt too pixelated. 

The original Star Wars was a trendsetter. The Force Awakens, from years of watching similar CGI fest on screen, dulls the whole experience. I was in a way disappointed that the movie fails to deliver that feeling of awe like the originals did to me. The Force Awakens did nothing new than what other 11 or so other movies had already accomplished.  

The mixture of new and old cast however was awesome and it took the audience a walk down memory lane. Seeing Leia and Han Solo in a scene again touches your heart knowing that these people were the same people from the same movie 30 years ago. The raw emotions when they reunited were real and you know that they do really feel what they show on screen – that this was not only their reunion in the movie, this was also their reunion in real life.

The Force Awakens, though was riding on the nostalgia coattail to satisfy the old audience, did so in an amazing, nonchalant way. Not too calculative, not too forcing, just good enough to leave the audience longing for more and leave them crying in nostalgia. 

The plot and plot twists are not so great however. Kylo Ren for me is not a villain created to be hated, nor is he worth of our sympathy. I had nothing to feel about his brutal way and sincerely after watching hours of villain-centric shows like Game of Thrones and Breaking Bad, it’s hard to be satisfied when the villains are written in a lazy manner. Maybe they would give Kylo Ren more backstory in Episode VIII, but for The Force Awakens, Kylo Ren serves as a villain who is bad for the sake of being bad.   

The fact that he is the son of Leia’s and Han’s repeated a dozen similar plots in other movies, oh you know the drill – family issues, parents failure, inherit power from parents and gone bad etc etc. Again, nothing new in the villain department.

All in all, The Force Awakens succeeded mostly because it stays loyal to the old audience – it offers some pieces of the originals – Leia, Luke, Han, Chewbacca, C3PO, R2D2 etc etc. It also does not abandon the new audience by offering actions, a powerful cast ensemble (Daisy Ridley was stunning in her role) and enough CGI fest to boot. 

Some of the old audience, the starry eyed kid watching the originals like me, might not be impressed as much, but as I said it earlier, time has skewed our expectations. We expect too high because most of our preexisted expectations has been fulfilled. Maybe we should lower our expectations a bit to learn to enjoy, I don’t know. The Force Awakens was a great movie after all, breaking every record there is, though it falls short in exceeding expectations. 

And for Disney, The Force Awakens is the first base to expand the Star Wars universe even more and this is the new cash cow it can milk for decades to come.

Verdict: A great action movie for all, just not as groundbreaking as the originals.

12 October 2015

JENAYAH BUKU FIXI

Sejak tulis entry kenapa saya tak baca novel Melayu, boom! Macam-macam kata nista saya terima daripada pembaca *huk3* Konon-konon biadab la, nak up-kan diri sendiri la. Termasuklah orang kata pemuja buku FIXI.

Pemuja ke masalahnya? 




Sewaktu awal kemunculan buku FIXI dalam industri penulisan Negara, pendapat umum terbahagi dua. Ramai yang memuja keberanian FIXI menongkah arus dalam dunia penulisan, tidak menghadkan plot kepada cerita cinta dan norma masyarakat, sebaliknya bermain berani dengan mengetengahkan plot yang melingkari gejala sosial seperti perhubungan luar nikah, gejala rasuah, tragedi manusiawi, jenayah terancang dan permasalahan keluarga. Pendapat umum kedua menghakimi FIXI sebagai pemusnah sastera, bermain dengan idea picisan dan kotor, dan aliran alternatif yang pariah dan mencemar.

Pendapat saya pada mulanya sealiran dengan pendapat pertama. Buku FIXI segar dengan permasalahan yang dekat dengan masyarakat, yang tidak menipu dan jujur dalam pembentangan idea, dan seakan sebuah sketsa tulen yang dipetik dan diolah daripada masalah masyarakat sebenar.  Kemunculan buku FIXI pula kena sewaktu khalayak pembaca naskhah Melayu sedang loya dan mual dengan buku-buku percintaan yang berkualiti rendah yang membanjiri pasaran penulisan Negara. 

Novel-novel tentang percintaan yang seolah-olah diulang cetak dengan permasalahan yang dangkal, tidak asli dan meleret-leret membuatkan khalayak dahaga dengan karya berkualiti. Tambahan pula, industri penulisan menumpukan pengeluaran kepada gadis remaja semata-mata dengan buku-buku fantasi cinta wanita memarginalisasi kelompok pembaca lelaki. Hal ini membawa kepada perlunya kelahiran sebuah penulisan yang lari daripada arus perdana.

Buku FIXI pada mulanya, ironisnya, diterajui penulis-penulis lelaki. Penulis-penulis ini bagaikan mencabar dominasi penulis wanita dengan penulisan yang keras, berbisa dan dengan kejujuran brutal yang jarang dapat dirasai daripada buah tangan penulis wanita yang selalu bermain selamat dengan pemilihan tema dan jalan cerita yang boleh diduga dan berakhir dengan penghabisan gembira. 

Penulis-penulis lelaki FIXI seperti Nizam Bakeri dan Shaz Johar pada awal kemunculan mereka dalam dunia sastera mencantas status quo dunia penulisan dan membuka jalan untuk penulis-penulis seterusnya dengan mengetengahkan kisah hitam gelap noir berpaksikan pulp fiction dengan penulisan yang jarang-jarang ditapis dari segi idea mahupun pengolahan – sesuatu yang merenjat industri penulisan ketika itu. 

Cerita seperti rompakan bank yang mengambilkira pandangan perompak sebagai watak protagonis dengan motif yang boleh dipercayai, dan dengan watak yang mempunyai sejarah silam yang menarik memercikkan warna warni ke atas kanvas karya buku Nizam Bakeri, Pecah, dan kisah anak dara tua yang bercinta dengan beberapa anak muda sebelum diperdaya untuk mengahwini seorang kenalan di kampong yang kemudian menderanya secara mental dan fizikal dan akhirnya menggugurkan kandungan sendiri memberikan suara berani yang memperkasakan wanita dalam karya Shaz Johar, Kougar. 

Suara-suara seperti ini jarang didapati daripada penulisan penulis wanita yang menggambarkan wanita sebagai golongan yang lemah, perlu dilindungi dan dicintai, dan hanya akan gembira dalam dakapan lelaki. 


Keberanian FIXI pada ketika itu, bersama dengan kreativiti mereka (atau gimik, mungkin juga) yang meletakkan tajuk satu perkataan sebagai judul buku mereka, menggegar dan merevolusi dunia penulisan secara total. Masyarakat mula memandang serius penulisan daripada arus alternative, dan pengkarya yang menginap dalam zon selesa mereka mula panas punggung. Malah yang kelakarnya pemain-pemain utama industri mula meniru rentak tarian penulisan arus alternative dengan meniru plot dan idea pokok, serta gimik buku FIXI dengan meletakkan tajuk yang seakan-akan sama, dan rekaan grafik seakan-akan buku FIXI untuk cuba kekal relevan dalam khalayak.

Kelahiran buku FIXI juga berpunca dari penulis-penulis blog sebagai pemerhati diam industri bertahun-tahun lamanya, sebelum mereka mula memegang pen secara figurative dan terus menulis ke arus perdana membuktikan karisma mereka sebagai pemimpi yang bermimpi besar menjelmakan suatu kelainan ke dalam arus penulisan yang mengalir lesu selama bertahun-tahun. Penulis-penulis buku FIXI aktif berkarya secara atas talian melalui media social seperti blog dan twitter sebelum menerbitkan buku mereka yang seolah-olah mempersiapkan mereka untuk memasuki media arus perdana. 

Sungguhpun demikian, saya sedikit skeptic dengan kemampuan buku FIXI untuk terus menggenggam baton dalam perlumbaan dunia penulisan. Sungguhpun tampak kelainan, FIXI berisiko menjadi terlalu selesa dengan identiti mereka, lantas mengulangi formula yang sama dalam setiap buku mereka sehingga akhirnya mereka mengulangi kesilapan pemain-pemain besar industri – keselesaan yang mengekang inovasi dan percambahan idea. 

Setelah beberapa tahun menyokong buku FIXI, saya mula berasa tidak sedap hati apabila formula yang sama diulang-ulang dalam buku-buku mereka. Pada mulanya, kelainan yang lahir daripada keberanian mereka begitu dirasai kerana perbezaan ketara daripada karya-karya yang sediaada, namun kepelbagaian itu dibunuh sendiri setelah terciptanya niche mereka dalam industri.
Identiti yang mulanya merupakan satu kelainan daripada kebiasaan, lama kelamaan menjadi satu kebiasaan sendiri dalam aliran buku FIXI.  

Bak kata pepatah Inggeris, ‘familiarity breeds contempt’. 

Pengulangan watak dalam buku-buku FIXI menjadi satu permasalahan ketara apabila berbicara tentang kelemahan buku FIXI. Penciptaan watak yang dijelmakan atau diinspirasikan daripada pulp fiction dari Amerika mewujudkan watak yang mempunyai luaran Timur dengan nilai-nilai Barat, yang pada satu tahap mengelirukan dan pada tahap yang lain menjadikan keseluruhan karya menjadi sukar dipercayai. 


Watak FIXI jarang dapat dilihat sebagai watak yang dinamik dan 3 dimensi, lazimnya diciptakan dalam satu konstruk yang reduktif kepada beberapa set yang berulang. Watak gila seks, malangnya, merupakan watak ruji yang perlu dalam setiap karya FIXI. Terdapat perkembangan karakter yang dinamik dan menarik, seperti watak Kisha dalam Kougar yang bersahaja dan mengalami metamorfosis lengkap daripada suatu watak yang kebandaran tetapi konservatif, kepada seorang isteri kampung yang mencuba taat dalam keterpaksaan, dan akhirnya sebagai wanita bebas yang memilih jalan sendiri. Suara yang dibawa Kisha menghidupkan dilema wanita urban yang bertembung dengan nilai konservatif. Watak-watak lain, malangnya, adalah salinan tak tumpah daripada karya-karya Barat dengan nilai moral yang korup dan perkembangan watak yang boleh diduga sekiranya ada, dan lazimnya mendatar. 

Watak-watak FIXI mempunyai ideologi, pegangan hidup dan moral yang hampir serupa, yang sengaja dikaburkan dalam warna kelabu dengan cara penyampaian tanpa menyelitkan mesej moral yang ketara. Setiap wataknya dibina dengan nilai teras Barat, seperti pandangan sejagat tentang perhubungan kelamin luar nikah tanpa batasan, kegilaan kepada wang, LGBT, sifat liberal yang memandang enteng kepada nilai moral Timur dan kehidupan beragama dan juga nilai luaran Barat seperti cara berpakaian, percakapan dan perhubungan. 

Awal kemunculannnya, watak-watak seperti ini diraikan dan dilabelkan sebagai watak-watak yang mencerminkan segelintir masyarakat, khususnya masyarakat Melayu urban. Walau bagaimanapun, pengulangan nilai-nilai seperti ini menjadikan karya FIXI secara kolektif suatu kumpulan yang terpisah atau tersasar daripada gagasan sifat umum masyarakat, yang kemudiannya menjadikan karya FIXI terus hanyut sebagai pariah. 

Watak utama dalam buku Gantung, garapan Nadia Khan misalnya, tentang sekumpulan pelajar lelaki di sekolah yang meniduri gadis di sekolah mereka secara bergilir-gilir adalah suatu penciptaan watak yang sangat mengelirukan, tidak berasaskan realiti semasa, dangkal dan menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding memberikan jawapan yang memuaskan. 

Pertamanya, tentang gejala sosial di sekolah berasrama yang seolah-olah mengamalkan gaya hidup bebas tanpa timbul sebarang masalah dengan pihak berkuasa. Watak mereka digambarkan sebagai suatu kumpulan remaja yang berpengaruh di sekolah, berumur dalam lingkungan 16 ke 17 tahun, dan tujuan mereka wujud semata-mata untuk melakukan perhubungan dengan (hampir semua) gadis adalah sukar dipercayai dan satu garapan watak yang tidak kemas dan malas. 

Walhal untuk sesuatu kumpulan untuk menjadi begitu berkuasa di sebuah sekolah tanpa dikenakan tindakan disiplin atau tanpa sedikitpun tentangan dari guru-guru adalah memusykilkan, dan kegilaan mereka kepada seks sehingga menubuhkan kumpulan sendiri untuk meraikannya sewaktu berusia 16 tahun dan tinggal menghuni di asrama bukanlah suatu norma yang boleh diterima untuk dijadikan tapak asas sebuah cerita berlatarbelakangkan Malaysia (waima mungkin untuk mana-mana negara sekalipun). 

Sifat penulis yang membuang terus sifat ketimuran watak dan menggantikannya secara keseluruhan dengan nilai Barat telah melepaskan peluang keemasan untuk mereka berbicara tentang konflik pertembungan nilai. 

Ini membawa kita kepada point seterusnya, iaitu kecenderungan atau tarikan oleh penulis-penulis FIXI untuk meletakkan atau menyelitkan seks di dalam cerita. Kebanyakan adegan seks yang ditonjolkan pada buku-buku awal mereka boleh diterima atas alasan kebebasan berkarya, walau bagaimanapun kelemahan ketara mereka dalam menyajikan adegan-adegan seks dalam buku-buku seterusnya ironisnya ialah kelemahan adegan itu sendiri untuk membawa atau mengembangkan plot cerita. 

Adegan dan innuendo seks yang ditonjolkan bersifat lemah, tidak penting dan memanipulasi. Setiap watak dicipta tampil begitu selesa dengan identiti seksual mereka, yang boleh melakukan sewenang-wenangnya tanpa timbul retribusi, hukuman atau pertentangan dalam masyarakat. Adegan-adegan seks yang digarap melebihi perkembangan watak dilihat suatu unsur yang sebenarnya tidak perlu. Watak Bakar yang merogol anak sendiri sehingga hamil gagal memberi sebarang impak kepada jalan cerita novel Pecah, malah sebenarnya satu sisihan jauh daripada plot induk yang mengganggu kualiti cerita secara keseluruhan.

Watak Maya yang akhirnya didapati seorang lesbian adalah satu plot twist yang gagal dalam novel Mental. Sifat lesbian Maya sebelum timbul pendedahan tersebut langsung tidak disentuh atau diberikan walau sedikitpun perhatian, lantas menjadikan pendedahannya sebagai satu klimaks yang tidak dibina dengan cemerlang, terburu-buru dan rambang. Menggunakan gimik LGBT sebagai satu kejutan seolah-olah dijadikan satu eskapisasi atau jalan mudah setiap kali ingin menerangkan kelainan atau keganjilan sesebuah watak dalam buku FIXI tanpa memberikan watak-watak ini keadilan dalam penceritaan.  

Malah, watak salah seorang dari kumpulan pelajar lelaki dalam novel Gantung pula yang biseksual, sangat mengganggu perjalanan cerita apabila penulis cuba berulang kali mengingatkan sifat watak biseksual tersebut dengan menceritakan secara terperinci fantasi seksualnya setiap kali watak tersebut muncul. Malangnya walaupun dengan pengulangan berkali-kali, sifat biseksual watak tersebut langsung tidak ada kepentingan atau sumbangan kepada keseluruhan cerita. 

Secara kolektifnya, merencahkan cerita dengan seks seperti dalam konteks buku FIXI yang gagal memberikan impak yang jitu dan konklusif adalah gimik murahan yang memualkan pembaca. Kejujuran pada asalnya untuk memberikan cerita tanpa menapis sebarang adegan seolah-olah menjerat penulis-penulis FIXI untuk terus kekal menggunakan seks sebagai suatu kebiasaan yang sukar untuk diubah walaupun tanpa sebab yang konkrit. 

Penggunaan adegan seks, sekiranya benar-benar perlu boleh mencantikkan perjalanan cerita. Namun meletakkan adegan seks semata-mata tanpa justifikasi yang jelas ke atas perkembangan jalan cerita menjadikan keseluruhan karya sesuatu yang janggal dan merunsingkan. 

MASA DEPAN INDUSTRI

Dengan wujudnya buku FIXI sebagai arus baru dalam dunia penulisan, saya meramalkan akan terdapat gelombang baru selepas ini yang akan megamalgamasi atau menggabungkan unsur gaya bahasa sastera klasik dengan jalan cerita sastera moden yang dipelopori oleh FIXI, yang mana akan melahirkan hasil karya kontemporari dengan nilai sastera tinggi. Jujurnya, perubahan sedang berlaku dalam dunia penulisan, cuma arah perubahan tersebut belum dapat dipastikan ke mana. 

KESIMPULAN

Dalam dunia yang dinamik, tidak ada satupun yang boleh kekal, dan keinginan untuk kekal dengan sesebuah kebiasaan lazimnya akan membantutkan perkembangan. Novel-novel FIXI harus mampu membuang unsur-unsur seksual yang mengganggu yang dianggap teras penceritaan untuk terus kekal disayangi oleh pembaca. Dengan novel-novel FIXI yang begitu rigid untuk kekal dengan tema yang bersifat 18SX, mereka sedikit demi sedikit kehilangan khalayak pembaca yang mula mencari sebuah kelainan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter