11 January 2015

Pengalaman Temuduga Inspektor Polis PDRM di PULAPOL

Hai y’all and selamat kembali ke sekolah!

Entry kali ini entry khas yang ditulis khas oleh seorang sahabat saya, seorang calon inspektor polis terkandas ditujukan untuk sesiapa yang berminat nak bergelar pegawai polis. Dia dah 2 kali dapat panggilan temuduga polis, tapi malangnya dua-dua kali tak dapat. Mungkin tak cukup kacak hewhew

Tapi pengalaman berharga tu dia nak share dengan orang lain yang nak tahu tentang proses pengambilan inspektor polis. Katanya lepas dia google tak banyak maklumat yang available mengenai proses untuk memohon menjadi pegawai polis.

Proses Pemilihan dan Temuduga Inspektor Polis PDRM

Here goes:

======

Pengalaman saya selama 2 kali menjalani proses pengambilan calon kadet inspektor polis. Kali pertama untuk pengambilan tahun 2012/2013 & kali kedua untuk tahun 2014/2015. Tujuan saya sekadar berkongsi pengalaman kepada semua yg berminat utk menyertai PDRM.
Proses pengambilan calon kadet inspektor polis bermula dengan:

1. Isi borang SPA online
2. Ujian fizikal
3. Temuduga + Medical check up
4. Malaysian Integrity Test (MIT)
5. Ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Kali pertama saya gagal dalam Temuduga dan kali kedua saya berjaya dalam temuduga tapi gagal dalam MIT. Pada pengambilan 2012/2013 tiada ujian MIT lagi, hanya pada pengambilan tahun 2014/2015 baru ada ujian MIT. Semuanya akan saya terang satu persatu-satu kemudian.  (untuk kenderaan boleh ambil Kereta Sewa Ampang)


1. Isi borang SPP online www.spa.gov.my/

Anda perlu isi borang SPA Online dengan memilih jawatan inspektor di ruangan Jawatan dalam PDRM. Ini kerana PDRM tidak lagi mengeluarkan borang di IPD. Seterusnya kalau ada rezeki anda hanya perlu menunggu pangilan telefon daripada IPD berdekatan anda utk mengambil surat menjalani Ujian Fizikal.

Pengambilan Inspektor hanya dibuka 2 tahun sekali. Kalau sudah lama anda mengisi borang SPA tetapi tidak mendapat pangilan, Ada 3 perkara yg perlu dibuat:

1. Check balik sama ada anda melepasi syarat-syarat menjadi Inspektor polis mengikut ketetapan SPA- umur, tinggi,kelulusan pendidikan dll. (kalau rasa ketot, masih bawah umur sila sedar diri dengan kadar segera)
2. Selalu update SPA atau isi lain borang SPA anda.
3. last sekali telefon unit pengambilan PDRM untuk maklumat lanjut.

Pengambilan polis kini adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis.  


2. Ujian Fizikal

Anda akan diminta hadir ke sekian tempat dengan membawa beberapa salinan dokumen. Se eloknya datang awal utk memudahkan segala urusan. kesemua aktiviti di lakukan dalam dewan.
Antara aktiviti dalam Ujian Fizikal:


  1. check BMI
  2. Tekan tubi 20x
  3. Bangun tubi 20x
  4. lari ulang alik 10x
  5. lompat bintang 20x
  6. lompat turun tekan tubi 20x
  7. check anggota badan
  8. kawad & suara (minum air asam jawa dulu sebelum interview, kasik vokal mantap)


Gilos dahsyat kan nak masuk. Agak-agak dah semput tuh start la pergi gym sekarang sebelum ujian fizikal nih.

Pada pengambilan tahun 2014/2015 lebih kelonggaran diberikan, antaranya yang rabun (berkaca mata) dengan power tertentu dibenarkan dan yg dah berkahwin (wanita) pun dibenarkan tapi jangan pregnant sudah.Jika anda berjaya dalam Ujian Fizikal, tidak semestinya anda akan dipanggil ke temuduga seterusnya.

Disini ada 3 perkara yg akan menolong anda utk berjaya ke temuduga:

I. Rezeki

kalau ada rezeki tak kemana...ekeke.... banyak2 la berdoa pada ALLAH

II. Jurusan Ijazah

Bidang pengajian anda juga memberi markah tambahan spt bidang pengurusan, kejuruteraan dll.

III. Aktif kokorikulum di Universiti

Badan uniform - spt SUKSIS, PALAPES, JPAM dll diberikan keutamaan dan markah tambahan.
Persatuan/kelab – lagi tinggi jawatan lagi tinggi markah.
Sukan – hanya peringkat IPT ke negara diberikan markah.
(kalau masa dekat U aktif kelab mencanting batik je, mungkin anda kena consider pilihan kerjaya lain hehehehe)


3. Temuduga + Medikel Check up


 

“Kenapa nak jadi polis ni?”
“Saya nak masuk filem KL Gangster 4.”
 
Anda akan sekali lagi mendapat pangilan daripada IPD berdekatan utk mengambil surat menghadiri temuduga pada sekian tarikh. Temuduga adalah yg paling mencabar sekali. Pada hari aku berjaya dalam temuduga hanya 6 orang berjaya daripada 27 orang..dasyat tak?? huhu. Skop temuduga adalah berkisar tentang PDRM, Isu semasa, pengetahuan agama dan lain-lain. Paling banyak ditanya adalah soalan mengenai PDRM.

Anda akan di temuduga oleh 3 panel penemuduga. 2 panel dari PDRM yg berpangkat keris silang tu... jangan main-main.... huhu. 1 panel lagi daripada SPA. Semuanya bergelaran datuk & tan sri.

Anda akan ditemuduga secara berseorangan. duduk atas kerusi dihadapan panel dengan jarak 3 meter lebih kurang. masa tu lah ketar lutut, nak terkencing, otak blur semuanya ada...
 
Pakaian

Pakaian kemaja putih, black tie, black belt, s
eluar slack hitam, sepatu hitam lg berkilat. kalau ada blazer lg style... Rambut, janggut & misai pun kena potong kemas.. biar nampak berminyak rambut tu...jangan kering serabai. Kalau wanita pakai baju kurung & sepatu hitam bertutup saja. Jangan lupa seterika baju biar nampak line kalau seluar slack tu...
Adab ketika di bilik temuduga

Bila masuk ke bilik temuduga langkah kehadapan sedikit kemudian bagi salam... Asalamualaikum Tan sri (tgk gelaran yg tertinggi). (make sure sebut nama Tan Sri dengan nama paling menggoda) Kemudian jalan ke kerusi... jalan la segak2 jangan jalan mcm nk pi pasar. kemudian duduk di kerusi bg segak.. jangan bongkok2 duduk tu.. dan ucapkan terima kasih tuan/tansri/datuk. kalau anda seorang bekas anggota badan uniform jangan hentam kawad mcm kat padang kawad.. kawad biasa saja.. x payah nak hentak kaki bagai.

Bila hendak menjawab soalan kena ada eye contact dan kalau x faham soalan minta diulang soalan dengan sopan. Jangan yg ditanya lain dijawabnya lain.

Kalau anda x tahu jawapan, jangan merapu.. kena panel semuanya otai-otai.

Cuba maintain cool & sentiasa senyum walaupun tak dapat menjawab 1-2 soalan. kalau korang down masa tu habis la... awal2 dah down mcm mana pulak kat pulapol nanti.


Soalan-soalan temuduga

Sebenarnya dalam temuduga ini kalau confident & well prepared, ada pengalaman bekerja sikit tak kira lah kerja apa pun, public relation (PR) bagus insyallah akan menolong anda dalam temuduga ini.
Panel l daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) akan menanyakan soalan yg berkaitan diri anda saja... tak melibatkan PDRM. Panel ini akan bertanya soalan dalam bahasa melayu.

Antara soalannya yg febret:

Ceritakan pasal latar belakang diri anda?

masa nie la anda ceritakan tentang diri anda secara ringkas & padat ( tentang family,pendidikan,pencapaian,pengalaman kerja dll). Jangan sampai Panel l cakap itu saje?... itu maksudnya terlalu pendek. Ambil masa anda dan anggap spt anda sedang bersembang. kalau ini temuduga anda yg kali ke2 @ ke3 bagitau la kpd Panel.. sbb diaorang tak tau korang dah berapa kali temuduga.

Kenapa nak masuk PDRM?

Rata-rata calon akan menjawab saya nak masuk PDRM sebab saya betul-betul berminat. Puii.. lepas masuk pulapol sebulan masa tu minat pun dah hilang. tak dinafikan ada yg betul berminat tp support jawapan MINAT anda dengan beberapa alasan lain lagi...cthnya gaji polis dah mahal & menjamin masa depan... cewah..hahaha.

Bagaimana bidang pengajian anda (Ijazah) dapat diaplikasikan didalam PDRM?

Cthnya kalau anda mempunyai ijazah vetrinar mcm mana nak jawab? belajar pasal binatang jer... haa.. cakap la dalam PDRM pun ada unit haiwan spt unit berkuda dan unit anjing (K9) jd boleh diaplikasikan disitu.. cuba relatekan bidang yg anda belajar dengan PDRM.


Panel ll daripada PDRM. beliau akan menanyakan soalan dalam English..huhu.. ramai calon yg x berapa reti nak speaking akan jem kepala otak kat sini hingga menyebabkan failed temuduga.. sebenarnya korang tak tau yg markah utk English tu sikit jer, x effect pun kalau tak fasih. Bantai cakap jer.. beliau cuma nak psiko jer. Apa yg penting keep cool.

Tapi soalan beliau agak tricky jugak.. cth soalan yg pernah ditanya yg saya pun x berapa ingat, lebih kurang mcm nie la.. which one is correct? do the right thing or do the thing right.... kalau x dengar betul2 mau konfius dibuatnya.

Beliau juga akan menanyakan soalan berkaitan tentang bidang pengajian anda. faham betul2 apa yg anda belajar.. jangan sampai apa yg korang belajar pun korang x tau apa-apa... Ada jugak soalan berkaitan PDRM dan isu semasa.

Seterusnya, jangan dok pandai-pandai cakap pasal apa yg korang tak tau kerana yg korang tak tak tau itulah akan soal balik...

Panel lll juga daripada PDRM tapi beliau menanyakan soalan dalam bahasa melayu. Beliau agak tegas tapi best..huhu..Kebanyakan soalan beliau adalah soalan basic tentang PDRM. Kalau basic pdrm pun x tau..memang teruk la. cth : PDRM bawah kementerian apa, dalam PDRM ada berapa jabatan, visi & misi PDRM dll...

Di penghujung temuduga... Anda akan dapat merasakan yg anda SESUAI atau TIDAK SESUAI dalam temuduga. Habis interview anda perlu menunggu di dalam dewan dimana anda akan mengetahui keputusan temuduga.

Selepas sesuai temuduga

Kalau anda SESUAI temuduga bermaksud anda telah berjaya dan perlu mengisi borang, urine test, cap jari... lepas itu ada taklimat utk medikel check up dan Special Branch dll..walaupun anda sudah sesuai temuduga jangan berhenti kerja lagi kerana selepas ini ada lagi satu ujian iaitu ujian Malaysian Integrit Test (MIT)... kalau lulus MIT baru la berhenti kerja... kalau x ibarat yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran...
 

4. Malaysian Integrity Test (MIT)


Pada pengambilan 2014/2015 baru-baru ini ramai juga calon yg fail MIT boleh dikatakan hampir separuh la daripada yg sesuai temuduga termasuk saya jugak... kecewa separuh nak mati pun ada, mau tak nya semua proses dari ujian fizikal hingga ke ujian MIT makan masa hampir 6 bulan... tup tup fail plak MIT nk tunggu pengambilan seterusnya mau makan 2 tahun lagi...huhu... tp apa boleh buat, kita sebagai umat islam perlu redha dengan Qadak & Qadar ALLAH...belum rezeki lagi nampaknya. Teruskan berusaha....

Daripada kajian yg saya buat sedikit sebanyak kpd golongan yg failed MIT dapat lah saya simpulkan beberapa faktor. Antaranya:


I. Pengurusan masa

114 soalan perlu dijawab dalam masa 30 min. Oleh kerana pertama kali mengambil ujian ini maka calon yg terlalu berhati-hati dalam menjawab soalan akan kesuntukan masa. Ada yg x habis jawab soalan pun ada jugak. kira-kira 4 soalan dalam 1 min... klau baca 1 soalan 2-3 kali mmng x sempat la.


II. Panik

kalau dah kesuntukkan masa jadi panik la jawabnya.. berlaku la kesilapan yg bodoh spt tersilap menanda jawapan soalan A ke jawapan soalan B. Dengan masa yg singkat x sempat nak double check balik jawapan.

III. Failed disebabkan mencapai objektif MIT itu sendiri.

MIT adalah ujian Psikometrik utk menilai kecenderungan personaliti seseorang itu. Ekoran banyak berlaku kes-kes korupsi kebelakangan ini. Jadi antara objektif ujian MIT dilakukan bagi menapis calon yg cenderung kearah korupsi.

Setelah lulus MIT anda akan mendapat pangilan daripada unit pengambilan Bukit Aman utk mengambil surat lantikan di sekian tempat sebulan sebelum masuk ke pulapol...
Insyallah teknik menjawab soalan MIT akan saya kongsi lagi pada masa akan datang.. kena kumpul maklumat lagi... huhu.

Jika anda mendapat secebis ilmu daripada perkongsian ini, tidaklah saya meminta apa-apa balasan... sekadar doa utk kejayaan saya di dunia dan di akhirat....


Ikhlas,

- Zulkarnain, Kedah
 (sudah jadi inspektor polis. Terima kasih atas doa kalian)

===


So how was it? Rasanya detailed dah tu explanation dia. Kalau ada sebarang soalan nak tanya lagi bolehlah jenguk-jenguk beliau dekat facebook.

139 comments:
Write curses
  1. satu perkongsian yang ilmiah,gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami. terima kasih untuk artikel ini.bolehkan saya tahu siapakah orgnya yang berkongsi pengalaman di atas?ada soalan saya nk tnye pd beliau. untuk saudara, sy ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. namanya Zulkarnain. kalau ada soalan boleh is borang blogger contact form. nanti saya cuba sampaikan pada beliau insyaAllah :D

      Delete
  2. Replies
    1. Sy nak tnya psal kos ijazah yg layak untuk diambil untuk msuk inspektor.. klu ad ijazah dlm bidang computer system security boleh mohon tak ?

      Delete
    2. Hi tuan Nak tanya saya baru settle temuduga dan mendapat surat medical checkup dan telah buat cop jari semua adakah saya lulus temuduga?

      Delete
    3. susah tak untuk soalan MIT yg ramai sngt fail tu...pstu medical checkup check apa je

      Delete
  3. thank you bro.. perkongsian yang amat berguna..

    ReplyDelete
  4. Good job..thanks atas maklumat y sgt berguna..semoga Allah memberikan anda kejayaan dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  5. Tahniah Nain and Syed. Izham gtaw kt grup tadi. Artikel ni punya la dah lama. Keep it up u alls

    ReplyDelete
  6. Bro Thanks alot! Ada interview pada Isnin depan! TQ for your tips.

    Minat nak tau tentang MIT tu aaaa

    ReplyDelete
  7. Salam, saya baca entry tuan berhubung pengambilan inspektor polis. Saya cuma nak betulkan fakta panel temuduga seorang lagi bukan daripada SPA tetapi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang mana dilantik berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 140.

    Walau bagaimanapun kami mengucapkan terima kasih di atas entry tuan yang sgt menarik dan mampu memberi kefahaman kepada masyarakat yang berminat untuk menjadi anggota polis.

    Nur Ilyani Mat Yusof
    Penolong Setiausaha
    Suruhanjaya Pasukan Polis
    KDN Putrajaya

    Regards,
    Nur Ilyani binti Mat yusof

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Puan atas perkongsian yang berguna itu. insyaAllah. semoga kita beroleh manfaat

      Delete
    2. hai,, nak tanya untuk MIT berapa seksyen yer? selain dari psikometrik soalan pengetahuan am ada ke?

      Delete
    3. hai,, nak tanya untuk MIT berapa seksyen yer? selain dari psikometrik soalan pengetahuan am ada ke?

      Delete
    4. hai,, nak tanya untuk MIT berapa seksyen yer? selain dari psikometrik soalan pengetahuan am ada ke?

      Delete
  8. Thanks atas maklumat tu. nak tahu sgt psl tips MIT tu. Sy minat sgt2 nak jadi inspektor tp smpai skrg blm ada panggilan. Info awk membantu sgt2.. doakan kejayaan kta semua di dunia dan akhirat. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. InsyaAllah. pasal tips MIT tu nanti saya cuba tanyakan tuan punya cerita kalau dia sudi share

      Delete
  9. thanks sbb share ilmu yang ada.. sya harap temuduga awak yg ketiga akan berjaya.. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. sebenarnya ni pengalaman kawan saya. nanti saya sampaikan pada dia :D

      Delete
  10. Terima kasih atas perkongsian ni. Semoga bertambah2 laa rezeki beliau. Amin.

    ReplyDelete
  11. thanks for da info....
    saya baru nk attend IV hari selasa nii..
    seriusly takot. xda la letak hrpan pun. just cuba nasib.
    kalau ada info, please update... sgt berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya :D
      insyaAllah ada latest info akan saya update

      Delete
  12. Salam,

    Saya ada soalan berkenaan dengan ujian fizikal (physical test). Berdasarkan entry, antara ujian2 yang akan dikenakan adalah spt;

    check BMI
    Tekan tubi 20x
    Bangun tubi 20x
    lari ulang alik 10x
    lompat bintang 20x
    lompat turun tekan tubi 20x
    check anggota badan
    kawad & suara

    Soalan sy;
    1/ Mengikut pengalaman author, adakah once xlepas BMI, applicant terus akan direject?
    2/ Adakan sume tekan tubi, bangun tubi dan etc di atas akan dilakukan bermasa?
    3/ Lompat turun tekan tubi tu mcmne? Nama omputih-nye ade x?
    4/ Lari ulang alik tu, juga bermasa ke? (ada involve lari2 yg lain x? cth, 5km dalam 30mnt ke?)
    5/ Adakah physical test kat atas tu default setiap pengambilan?

    Maap sebab banyak soalan. Saya just ingin tahu..

    Terima kasih

    -Anonymous-

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Yup. Pastikan badan in shape
      2. 4. Ya ada masa tertentu. Jadi buat yang terbaik.
      3. Bayangkan macam ni - Pertama lompat. Kemudian tekan tubi. Faham?
      5. Yup. Begitulah ceritanya.

      Sama-sama.

      -Budak Celah Anon

      Delete
    2. Lompat turun tekan tubi tu mcmne? Nama omputih-nye ade x?

      nama omputihnya BURPEE

      Delete
    3. 1/ yup

      2/ tidak, tapi jgn lambat sgt.

      3/ burpee (https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTHeYpsaRSfm51DOJJJXe_i7Yxpr_kXktgynxdQIc3AIwKk4UGYQA)

      4/ 2.5km for 14minit.

      5/ kesemua wajib. goodluck.

      Delete
    4. 1.utk BMI, kalau anda seorang yang berbadan sasa, secara logiknya, BMI akan lebih 26..tapi xde la direject...ok jer..

      2. tekan tubi lari apa smua tu xnmpak pula ada masa, tapi buat cepat2 la utk selamat..jgn buat mcm orang x mkn nasi 1 minggu..

      3. lari ulang alik tu x set masa,tapi buat secara cepat2 dan tangkas...nampak sikit kesungguhan.

      4.pngalaman ujian aritu, x semua standard..ada juga panel akan suruh buat benda lain..lompak katak ke, lompat apa2 ...dan jumlah tekan tubi bgun tubi boleh ikut suka atas panel tu nak beri berapa..nasib la

      Delete
  13. Alhamdulillah. Saya diterima masuk ke PULAPOL setelah 3 kali temuduga. Terima kasih atas doa-doa pembaca sekalian. Saya doakan pula agar pembaca semua pun dapat masuk menjadi polis yang berakhlak. Hidup PDRM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nain ni kawan kepada empunya blog ni yg tlong share ni eihh >>

      klo ade ape2 maklumat2 boleh la share kat saya

      bro nain ade no fon x ?? sng la nk contact

      Delete
  14. terbaek la bro....

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. tips terbaik.. harap ada share pasal MIT and lain2 jugak

    next weeka da ujian fizikal..ada satu yg risau sikit..

    -2.4km in 15minutes
    -burpess
    -sit up
    -push up
    -standing board jump(lebih 3 kaki)
    -sit and reach(hujung jari lepas tapak kaki)
    -shuttle run (4x10m)

    based on pegawai kata, ujian MIT depend aritu, boleh jadi ada, boleh jd xda..

    Good luck untuk semua calon, siapa2 ada tips leh la share.
    Saya risau btul yg standing board jump & 2,4km T_T

    -FS-

    ReplyDelete
  17. thaxs. budak u.. entry ni sangt membantu.. nanti tlg update entry MIT pula. hehe. sy pun ade physical test & run 2.4 km pada 9/8..

    terima kasih n gudluck kepada yang bakal menghadiri fizikal test next week :)

    ReplyDelete
  18. Nk tnya kiranya kelonggaran utk ujian mata tu bermakna kita boleh pakai contact lense ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada puan ni cakap dekat saya...walaupun bercermin mata jangan terus anggap masa depan nak masuk pdrm gelap sebab ramai saja sekarang ni inspektor dan konstabel yang rabun tapi lepas. Dorang cakap nanti akan ada ujian mata juga dan tahap lulus V 6/9... Sempat juga puan tu pesan lagi, kalau ada duit lebih sikit, harap bolehlah pergi buat Lasik. :)

      Delete
  19. Masa MIT nnt kena bawak sijil sukan x? tuan zulkarnain fb nama ape?

    ReplyDelete
  20. Hello,

    Thank you so much..entry ni sangt membantu.. Boleh update ttg MIT x.. minggu depan da nak test.. :)

    Thank You,
    Mizelyne@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you.. MIT 21 Oct ne.. Harap2 semua berjalan dgn lancar nti.. Aminn :)

      Delete
    2. =D untung la elaine..syu MIT 18/10/2015 huhuhu nervous kot..

      Delete
    3. :) Gud Luck Syu.. sy pn nervous ne harap2 kita semua lepas.. Amin2..

      Delete
    4. Hi Elaine, Sy pun MIT 21 Oct ne. u kat sabah ker?

      Delete
    5. Hello.. yup Sabah :) Gud Luck ya ^_^

      Delete
  21. salam, boleh tanya yg kebanyakkan ckp ada nak test MIT tu dah tau ke bila tarikh? (sbb da sebulan tunggu MIT sampai skang belum dpt info) tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cek SSO skg sis, sbb yg sy dpt info MIT result kuar start 05.10.2015 :)

      Delete
    2. yup dah boleh chek..sy punya MIT on 15 October 2015

      Delete
    3. TQ Elaine & Hadi..... baru lepas cek, on 13/10 ni. hehe ingatkan dah xdapat, gdluck kwn2 :))

      Delete
    4. suraya..jgn lupa share mcmne bentuk soklan ye..thanks..
      sy MIT 24/10 ni..

      Delete
  22. sgt membantu.. tapi nk tahu psl MIT sbb next week ada ujian tu.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum ..... boleh share pasal ujian MIT sikit tak?? :D

      Delete
  23. siapa dpt ujian MIT??semua dh cek result ke???kalau boleh share la bentuk soklan mcmna ye..email sy..ngsuesant@gmail.com..thanks kawan-kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa MIT??nanti share mcmna bentuk soalan ye..sy MIT 24/10 ni...

      Sue
      ngsuesant@gmail.com

      Delete
  24. Salam..hai awak tq for the information.
    Saya nak tanya kat mana boleh dapatkan contoh2 soalan MIT.Saya sitting exam 15hb ni..tqvm

    ReplyDelete
  25. Hye.. thanks for the info. Sngt2 berguna. Bleh share x psl MIT test tu cna? Sy da MIT test 20/10 ni

    ReplyDelete
  26. Info yg sangat berguna..boleh share tak contoh soalan MIT?

    ReplyDelete
  27. great info bro.....plz share with us about MIT.....it will be helpful for us.... cheers.

    ReplyDelete
  28. salam..mcm mana nk amik mit online tu ya ??tlg reply bro..urgent

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujahid saari, pergi ke tempat ujian yg dinyatakan pada surat pd masa dan tarikh yang dinyatakan.

      Delete
  29. Just wanna share :
    Make sure finish all the question within the time frame given.
    MIT test is all about individual integrity.Just go and seat for the test. Everything will be fine. Not so sure if mine will pass, cause I have no Idea how the selection process works. haha. So goodluck yee.

    Regards,
    -Sham-
    Seat for MIT last week on 12 Oct 2015

    ReplyDelete
  30. hi...actually tiada tips tuk MIT coz jawapan pd diri kita sendiri. pilih lah sama ada utk jwb secara jujur @ jawab secara positif. tp yg penting jawab lah secara konsisten... xtahu mcm mana cara pemilihan jawapan yg betul akn di buat, terasa mcm peluang ada 50-50, sama ada lulus @ gagal. yg penting jgn lupa berdoa kwn2 suma. gdluck! :)

    ReplyDelete
  31. Salam, perkongsian yang menarik :D
    Saya ingin bertanya kalau rabun warna terus reject ker?
    contoh kalau rabun warna tidak teruk sngat. Sekadar bertnya harap dapat memberi respon. thanks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far , kalau rabun jauh dekat ni ..ada jer nmpak lepas...utk rabun warna ,rasa mcm agak susah..sebab sy tgok byak kali calon2 yg rabun warna , dorg suruh baca nombor2 yg tricky tu...if x dapat, mmg totally out...tapi if rezeki ada, dapat jgk tu...yg penting try..

      Delete
    2. maksudnya, medical checkup akn di buat selepas kita lulus temuduga, kan? so, if kita dah lulus temuduga & if kita xlepas checkup dibhgn mata (rabun) mmg terus di reject ke?

      Delete
    3. Eya..medical checkup akan check mata lagi sekali nnti..

      Delete
    4. Masa bila masa latihan menembak di pulapol ka sbab sya msa medical check up sya bole baca lagi tpi doktor tu ok la tu sya pon stop la smpai vision 6/9 ada apa2 effect ka masa tapisan bukit aman?

      Delete
  32. bro..saya terlepas tarikh untuk cap jari 10..camne ek?
    still boleh lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlepas tarikh utk cap 10 jari??untuk apa tu?ujian MIT ke atau lapor diri?

      Delete
  33. salam kepda warga blogger dan pembaca sekalian. saya ingin bertanya, berape lamakah training di pulapol untuk pelatih inspektor?

    ReplyDelete
  34. Wahh.. Mencabar jgk ye nak masok polis, ingat senang je, so ujian MIT tu macam mane kaedah nak jawab mengikut tips, ade sape leh kongsi sikit x.. Asal jngan ujian MIT dlm bhase english sdah. Ape2 pun thanks kongsi pendapat, doakan sape2 bleh lepas semua ujian termasuk sye,,hehehe .. Amin betul ckp brader kat atas tuu, JANGAN BERHARAP, CUMA NASIB

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujian MIT ada dwibahasa english/bahasa melayu...trik soalan psikologi tentg diri kita sendiri..hati2 sbb soalan nmpk mudah tp mngelirukan..

      Delete
    2. ujian MIT ada dwibahasa english/bahasa melayu...trik soalan psikologi tentg diri kita sendiri..hati2 sbb soalan nmpk mudah tp mngelirukan..

      Delete
  35. 12/11 ni sy MIT..hehe..harap2 semua berjln lncar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12/11 ni ujian MIT utk skim inspektor ke?

      Delete
  36. pengambilan inspektor dh lepas ke? esok ade mit utk konstabel..

    ReplyDelete
  37. Salam, tmpang tnye. Sape2 tau bila pnggilan temuduga isp? Aritu p test mit da n depa kata cek bulan 11.. ni da prtghn bln 11..xda pa brita pn.. kol xdpt pon..hmm sapa2 bole tlg sat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar-dengar hari ni keluar result panggilan temuduga untuk insp.

      Delete
    2. dengar dengar jer kot...smpai arini xde apa2 berita...ramalan aku end of this month kot...

      Delete
  38. Salam..ujian MIT atas kertas ke dalam komputer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkomputer...soalan dia once you clink next..kamu x boleh patah balik...kena jawab sepantas mungkin...then dia ada masa berjalan ...cukup masa, siap ke, x siap...dia terus tutup sistem....so get ready...

      Delete
  39. nak tanye. Soalan MIT ni mmg tak bole back kan? What if kita ter double click satu soalan yg belum jawab. So kita kira xjawab la kan soalan tu? Tolonnn anyone?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak rasa sistem akan teralih sekiranya tersalah klik dan tertinggal soalan yang belum dijawab...selagi belum di klik mana-mana jawapan selagi itu next tak dapat klik...

      Delete
    2. Ok tq so much. takut jugak kan. nnt xpasal2 rugi satu soalan.

      Delete
  40. TEMU DUGA BAGI EKSESAIS PENGAMBILAN BAGI JAWATAN INSPEKTOR (L/W) 2015 MULAI 10/12/2015 HINGGA 20/02/2016.

    Perhatian:
    - Hanya nama calon-calon yang telah menduduki ujian MIT pada 12/10/2015 hingga 25/10/2015 dan LULUS sahaja akan dipaparkan.
    - Calon-calon yang gagal menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
    - Calon-calon yang tidak tersenarai dianggap gagal dalam ujian MIT. Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan
    dan minat yang begitu tinggi untuk menyertai PDRM.
    - Keputusan data untuk negeri Selangor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak sahaja. Bagi negeri-negeri lain masih dikemaskini.
    Sila tunggu pengumuman rasmi. Harap maklum.

    ReplyDelete
  41. 31hb ni iv. wish me luck friends

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck Elias Abdan!! saya iv 10 feb...nanti share2 la soalan iv.:)

      Delete
  42. kawan. boleh x share sikit soalan apa yg ditanya pasal pngtahuan agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti dia tanya soklan sm ttg agama. Ruukun islan rukun iman.. baca doa qunut ke �� mcm pejabat agama. Eh nnt share pls pngalam iv! Bg link fb.huhuhu

      Delete
  43. surat pengiktirafan daripada kpm tu dapat print tak? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa sekarang surat pengiktirafan tu tak boleh nak print. kena email kat recognition@mohe.gov.my utk mohon pengiktirafan.

      Delete
    2. Terima kasih, mohon doa semoga dipermudahkan tuan/puan.

      Delete
  44. saya tergolong dalam calon 2015 utk pengambilan inspektor tahun ni. terima kasih utk info yg diberi. tahun ni berbeza. ujian mit dulu,last sekali baru inteviu. so inteviu sy belum hadap lagi ni. hehe takut plak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jedi...bila iv? saya 5/1/2016. ade notes atau apa-apa bahan utk get ready utk iv?

      Delete
  45. Salam,

    Ada tak kes dah lulus IV, Sb Vetting, med check smua..tapi tak dapat surat lantikan?

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Esok iv. Oh nooo.. Ape nak buat ni?? Kne bwak resume tak? Adoiii. Baru check.. Soo bad..

    ReplyDelete
  48. Siapa2 dah lepas iv..share la soalan...

    ReplyDelete
  49. Salam, saya nak tanya..saya graduate drpd IPTS..so kalau nak isi permohonan jawatan inspektor tu..dia ada minta no untuk kor suksis..mcm saya ni tak ada no kor suksis..so, nak buat mcm mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat dalam ape ye cik dia mintak nombor kor suksis tu? Dlm sso or spa???

      Delete
    2. Kat dalam ape ye cik dia mintak nombor kor suksis tu? Dlm sso or spa???

      Delete
    3. Slm cik nak tanya kalau daripada ipt swasta boleh apply ke tq?

      Delete
  50. Salam.tuan saya nk tanya,saya lulusan ijazah sarjana muda perniagaan antarabangsa dan sijil tinggi pelajaran malaysia. Adakah saya layak memohon jawatan inspektor polis.? Adakah lulusan macam saya ni diperlukan pdrm? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...yang penting bidang dan universiti tersebut mendapat pengikhtirafan dari JPA atau kementerian pendidikan tinggi.

      Delete
  51. siri 3/2015 inspektor bila masuk pulapol ? mungkin ada yang tahu?

    ReplyDelete
  52. siri 3/2015 dah lama masuk bln 7 2015 lg. bulan ni 23/4 mereka habis latihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pencerahan

      Delete
  53. sama-sama. tgh menanti kemasukan untuk siri 1/2016 jika ada rezeki sebahagian warga sang saka biru. Doakan saya.

    ReplyDelete
  54. Hi..i wanna ask u something abt this field.
    can u pls add me on fb? tq.
    www.facebook.com/razra525

    ReplyDelete
  55. Hi salam sejahtera kawan-kawan sekalian..ada tak sebarang info tentang tarikh pengambilan inspektor..setakat ini hanya permohonan inspektor sahaja dibuka bagi tahun 2016/2017..dan adakah akan ada pengambilan khas inspektor bagi yg dh tauliah kor suksis lain daripada pengambilan inspektor dikalangan org awam?

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum . Nak tanya , lepas ujian MIT ada temuduga lagi tak ?

    ReplyDelete
  57. Aduhhh ini yg buat nebess ni😭😭 fizikal dah lepas tunggu panggilan utk MIT je lagi. Minta2 dipermudahkan. Terimakasih share story🌸

    ReplyDelete
  58. nak tayer skit bulan berapa dpt tahu di terima dalam SPA....












    ReplyDelete
  59. Assalammulikum,nak bertanya bagi yg dh llus ujian mit 215 tu berapa bulan yah tnggu ujian lisan tu,..

    ReplyDelete
  60. Alhamdulillah. Terima kasih atas info ini. sedikit sebanyak ada juga tips yg bole senangkan hati ni sebelum iv. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan duni Akhirat. Amin .Terima kasih admin dn empunya entri 😊

    ReplyDelete
  61. Nak bertanya
    ada kursus tertentu ke dalam Univ yg membolehkan memohon sbg Inspektor
    Atau apa2 kursus degree sahaja dari Univ yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana kursus ijazah boleh mencuba

      Delete
    2. kalau pernah patah kaki dan tumit retak
      mcm mana eh
      dan ada kesan jahitan
      tumit kaki bentuk lain sikit
      bagaimana yer?
      saya tk faham tentang ujian fizikal
      dah tak sakit dah

      Delete
  62. Saya nak tnya sikt psal kes rabun tuh, sbb x mention mendalam..hehe
    Brapa sbnarnya power yg dbenarkn untuk lepas eh?...tq

    ReplyDelete
  63. Maaf blh tnya..kmsukan kadet ins dlm pulapol ada berapa siri setahun?

    ReplyDelete
  64. Terima kasih kepada saudara yang sudi berkongsi pengalaman temuduga ini.Semoga Allah memberikan yang lebih baik kepada awak atas sikap mulia dan baik awak. Saya pun In Shaa Allah akan bergraduat tahun ini dan saya juga akan mencuba nasib untuk mengikuti temuduga Inspektor Polis suatu hari nanti. Kita sama-sama berpinta kepada Allah semoga diluaskan rezeki dan dimakbulkan apa yang kita inginkan. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih,penyayang dan maha kaya...AAMIIN...

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan spm. Untuk menjadi pegawai polis adakah perlu mengambil diploma penguasaan undang2?

    ReplyDelete
  66. sye rabun warna tapi takdela kuat sangt rabun warna tu sikit2 je..boleh ke masok polis?minat memang dri kecik minat polis n yg buat sye bingung nie rabun warna

    ReplyDelete
  67. Thanks atas info diberikan..berapa CGPA diploma yang diminta dari PDRM?
    Atas 3.0 ka?

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter