12 January 2015

Girl Power

If you really think about it, it’s all on the girls.

Ada setengah perempuan sampai kena toreh muka sebab tak mahu kena rogol, tapi ada setengah perempuan rela tubuh dijamah artis Kpop walaupun bertudung.

Ada perempuan yang berperang mati-matian nak menutup aurat sebab pemerintah tak bagi pakai hijab, tapi ada perempuan yang berjuang untuk kebebasan membuka tudung (yes Sisters in Islam, I’m looking at you)

K-pop gay

Ada perempuan yang kena bakar, kena simbah asid, kena bunuh sebab memelihara kehormatan diri. Tapi dalam masa yang sama ada perempuan yang sanggup berlakon pakaian menjolok mata, alur dada terdedah, seksi separuh maut, berpegangan, adegan ranjang dengan lelaki dengan alasan ‘watak suami isteri’.

Ada perempuan nak kahwin mintak ribu-ribu, tapi kalau nak berzina atas batu tepi sungai pun jadi.
It’s all on the women, really.

Semuanya pada perempuan, dia tak mahu atau dia rela.

Dah kalau lelaki Kpop tu tanya boleh pegang ke tak, dia pulak yang terlebih teruja sampai nak peluk-peluk lebih sudu dari kuah, nak kata apa.

Kalau pengarah suruh pegang tangan, suruh pakai seksi-seksi dalam drama, kalau dia sanggup, apa boleh buat lagi?

Perempuan tak sedar, kuasa sebenar ada pada dia. Lelaki boleh marah, pukul, simbah asid, tapi kalau dia memilih untuk memelihara maruah dia, maka takde siapa boleh ambil dari dia.
Tapi kalau dia sendiri tak kisah maruah dia jadi permainan...

Sekurang-kurangnya, bila rela diri sendiri dipergunakan, fikirkanlah perasaan wanita-wanita lain yang rela bergolok gadai, rela mati demi maruah diri.

P/S: Dah baca entri hangat K-Pop Dan Keaslian Asia?

2 comments:
Write curses
  1. setuju sangat dengan post ni. dunia oh dunia

    ReplyDelete
  2. exactly!!!!! i'm a k-popper too... and if u put them in front of me, i might faint/screaming/drooling... no touching2.... hahaha,,,

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter