Kalau adik-adik baru masuk, tahun pertama semuanya konfem dapat duduk kolej. Jangan risau ye. Tahun depannya baru kena saling bunuh membunuh nak duduk kolej. Dekat UPM ada 17 kolej. Ada 5 kategori kolej dekat sini: Kolej Engineering, Kolej Asasi, Kolej Medik, Kolej Serumpun, Kolej Tradisional.
Kolej engineering khas budak-budak engineering je, iaitu budak laki kolej 10, budak pompuan kolej 11. Kolej medik khas untuk student medic, nursing, veterinar dan yang sewaktu dengannya, kolej 17.
Kolej 17 ni kira kolej paling eksklusif la dekat UPM. Duduk dalam apartmen, bangunannya macam syurga cantiknya. Kolej asasi budak-budak Asasi Sains Pertanian, dekat kolej 13. Budak-budak course lain semua berterabur dekat kolej serumpun dan tradisional.Ye, budak-budak lain yang bernasib malang. Siapa suruh malas belajar dulu, kan dah tak dapat masuk engineering dengan medik. Duduklah kolej yang biasa-biasa je.
Kolej tradisional ialah: kolej pertama sampai 9. Kolej serumpun ialah kolej 12, 14, 15, 16. Kolej
Kalau masa adik second year dan gagal berbunuhan untuk tinggal di kolej tradisional, kolej serumpun bakal menerima adik dengan tangan terbuka. Oh ya, yuran pun beza-beza ikut kolej. (Yuran kolej serumpun mahal sikit dari kolej tradisional. Hewhewhew)
Adik jangan takut, duduk sebilik 2 orang je. Best kan? Ada jugak bilik sorang je. Duduk dorm tu untuk sekolah menengah je. Dekat U dah takde. Oh tapinya dekat kolej serumpun masih ada sebilik 4 orang. Yang tu, semoga berjaya. Kekeke.
Apa, nak tahu kemudahan yang ada? Loker ada. Meja study ada. Lampu study ada. Bantal bawak sendiri lah. Baldi pun sendirilah. Apa, ingat UPM sponsor ke benda-benda tu? Oh tapi tilam tak payah bawak takpe.
Kolej serumpun (source)
2- Tempat-tempat hangout Shopping mall paling mainstream dekat UPM ialah MINES, dan kini IOI City Mall dah pun dibuka. Kalau ada transport sendiri, boleh pergi Jusco Cheras Selatan dan Alamanda. Kalau waktu malam, untuk yang ada transport sendiri, bolehlah berkunjung ke bazar larut malam MINES dan downtown Cheras.
Kalau rasa free takde kelas dan nak jalan jauh sikit, naiklah komuter pergi Midvalley.
Kalau rasa-rasa tak mampu lagi, almaklumlah first year selalu sengkek sikit, adik-adik bolehlah jalan kaki dan membeli belah di Sri Serdang. Kami tak ngumpat punya *roll eyes*.
3- Transport rasmi ialah bas
Kalau adik-adik baru nak masuk UPM, adik-adik kena tahulah yang transport utama di UPM ialah bas. Bukan jalan kaki, bukan basikal. Bas ya. Nak pergi kuliah, nak pergi keluar, nak pergi MINES, semuanya menaiki bas saja. Nak naik motor? Tunggu second year. Nak bawak kereta? Tunggu final year, atau jadilah MPP atau MTM. Pengangkutan awam pulak komuter.
Tapi kalau nak pergi komuter pun kena naik bas dulu. Lepas sampai komuter, barulah boleh tukar naik LRT line Sentul Timur dekat Bandar Tasik Selatan, atau LRT line Gombak dekat KL Sentral.
Adik-adik jangan confuse, Bandar Tasik Selatan dan Terminal Bersepadu Selatan (BTS dan TBS) adalah stesen yang sama. Sebelah-sebelah je. Nak pergi TBS kena turun dekat BTS.
Tapi ingat. Bas UPM ni sampai 11 malam je. Kalau nak pergi mana-mana lepas tu, jalan kaki jelah ye…
Perlu diingatkan jugak, sekarang sebab UPM hampir melengkapkan transformasi ke arah menjadi Kampus Hijau, ada setengah kolej dah takde perkhidmatan bas, dan kini kena naik bas......ikal.
4- Bagaimana ingin pulang ke kampung halaman
Kalau duduk Kelantan/Terengganu, naik komuter terus je sampai stesen Putra, lepas tu beli tiket bas dekat situ. Yang duduk Pahang, naik LRT line Sentul Timur dekat TBS, lepas tu turun dekat Titiwangsa. Stesen bas Pekeliling betul-betul seberang jalan.
Yang duduk Melaka/Johor, naik komuter turun TBS je. Dah sampai terus beli tiket.
Kalau duduk Negeri Sembilan lagi senang. Naik je komuter sampai Seremban. Dekat situ baru tukar naik bas.
Duduk Utara, naik keretapi senang. Naik komuter straight sampai KL Sentral. Dekat situ naik keretapi terus. Kalau nak naik bas pun senang. Beli tiket dekat Kajang Sentral.
Atau boleh naik LRT Sentul Timur ke Pudu. Dari Pudu/Puduraya/Pudusentral, boleh ambil bas ke Utara (credit to Amirul Asyraf Azizan ).
Yang duduk Sabah/Sarawak, naik komuter turun TBS, lepas tu tukar KLIA Transit. Terus je dia hantar pergi KLIA. Hujung sem pulak selalunya UPM hantar bas ke LCCT dan KLIA.
5- Makan-makan
Kepada adik-adik fresh graduan matrikulasi, jangan terkesima ya depan kaunter kalau kena caj sampai RM5 untuk sekali makan. Dekat sini dah tak macam hidup fairy tale dekat matrik tahu, makan RM2.50 je untuk lunch. Dekat sini standard la RM5, tu pun tak beli air lagi.
Kalau dengan air, dalam RM6++, kalau lunch nak minum cool blog pulak dekat sepuloh hengget adik spend. Adik sila jangan celupar komplen “Mahalnya mak cik makanan ni! Saya ambek lauk sejemput je!” sebab kebarangkalian adik akan dibebel dengan kisah hidup menyayat hati mak cik itu adalah sangat tinggi (Sewa mahal dik! Mak cik tak mampu nak bayar! Sayur sekarang pun dah mahal!)
Dekat UPM banyak café, tapi makanannya sama je. Lebih kurang. Nak tahu mana yang sedap nanti sendiri explorelah ya. Jangan lupa pergi cuba kedai makan dekat luar (untuk yang ada transport) seperti kedai Pak Ya dan padang.
Hanya RM 8.90. Ya, ini makanan sebenar di UPM (source)
6- Internet Adik jangan risau, kemudahan internet berkelajuan tinggi ada di mana-mana saja di dalam UPM. Dalam waktu biasa, perkhidmatan ini dinamakan uSpot. Dalam waktu luar biasa pula, ia diberi nama uSipot.
Dengan uSpot, dalam bilik boleh online, dekat fudcourt boleh online, dalam dewan kuliah boleh online. Adik tidak perlukan broadband ketika di UPM.
Walaupun adik-adik tak perlukan lagi broadband, tapi demi meningkatkan lagi pengalaman internet adik-adik di kampus, adik-adik akan dibekalkan dengan broadband 4G YES seketul sorang. Yeay! #terimakasihUPM Sungguhpun begitu, 4G YES ni kadang-kadang boleh juga dipanggil 4G NO sebab kadang-kadang lembab juga takde internet. Hewhew
7- Kokurikulum yang menarik
Kalau adik-adik masuk UiTM, wajib amek sukan untuk koko. Kalau di UIA, kena amek keusahawanan. Tapi dekat UPM, adik-adik boleh pilih macam-macam jenis koko untuk bergraduasi. Ada elemen kebudayaan (caklempong, seni tari, vokal asas, kompang, mencanting batik), sukan (memanah, menunggang kuda, golf, memancing), social service (Bakti Siswa) dan jugak, kadet (SUKSIS – polis, PALAPES – askar).
Menarik tak? Rasa nak amek semua kan? Tapi nak grad kena amek 2 je. Tapi kalau masuk SUKSIS/PALAPES, tak payah amek koko yang lain. Sekarang ni, dah wajib ambil Bakti Siswa sebagai salah satu kredit untuk bergraduasi. Jadi adik-adik kena pilih satu lagi koko untuk cukupkan 2 kredit graduasi.
U kau ada ajar main kuda? Hado? (source)
Kubur Cina tepi fakulti bahasa, fakulti bahasa, kolam ikan, Bukit Ekspo. Jangan pulak gatal-gatal nak pergi melawat tempat ni konon-konon nak buat seekers pulak ya.
Sebab kalau adik hilang, kami jawab “ada aku kesah?” lepas tu sambung stalk profile crush dekat facebook guna uSpot.
Baca captionnya aja dah cukup seram an? An?
9- Apa menariknya UPM? Kebun/dusun buah-buahan. Time berbuah adik rasa macam tikus jatuh atas kebuk padi. Petik saja rambutan tepi jalan. Buah cempedak, dokong, pulasan, semuanya ada. (Durian susah sikit, tapi kalau adik ada bakat pecah rumah, boleh curi masuk dusun durian)
UPM jugak U terbesar di Malaysia, dengan ladang-ladangnya yang popular. U lain mana ada ladang dalam kampus. Adik tahu tak banyak filem, videoklip dan iklan-iklan di Malaysia yang dirakam di ladang UPM? Cerita Vikingdom KRU yang tak keluar dekat Malaysia, cerita Legenda Budak Setan, Puteri Gunung Ledang, dan macam-macam lagilah.
Cover album Siti Nurhaliza pun shoot dekat ladang UPM. Banyak sangat sampai tak tersebut. Sekarang ni pulak UPM dah ada Muzium Kesenian Melayu, yang mana adik-adik boleh tengok rumah-rumah tradisional Melayu yang sudah siap dibina semula dekat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Itu sajalah ye adik-adik. Kalau ada benda nak tanya, silalah tinggalkan di ruangan komen di bawah. InsyaAllah, ada masa abam boleh jawab. Kalau ada masa lebih abam buat entry baru. Hewhewhew.
hahaha. there're lot of things they have to know about our lovely UPM.. how to baik dgn guard.. notice jgn salah bustop or your bus you're waiting for will never come.. what to do if your car kena clamp..where to get UPM event's calendar. which kedai dkat foodcourt yg sedap & murah and so on ^^ nice article bro.
ReplyDeletevisit me back ya
Ha ah lah betul jugak.Boleh share?
Deletemana nak pegi kalau kena clamp
Deleteagreed... walaupun saya just student pjj tp memang marvelous lah...suka sangat bila time kelas.. drive di kawan upm macam duk oversea... dgn pokok pain nye.. dengan ladang kiri kanan jalan nya.. heaven.. bangga siot...
ReplyDeleteTerbaikkkk!!
ReplyDeleteTrimas :)
hani mmg bakal upm-ians pun.. thnks 4 da story
ReplyDeletegudluck junior :) semoga hani bakal experience life campus yang fun :D
DeleteAssalamualaikum.. berkenaan koko, klau dh prgi PLKN, adakah di kecualikn koko? Ke cane?
ReplyDeletekalau dah pergi PLKN, tidak dpt pengecualian koko. jgn risau, koko sabtu saja. tapi pilihlah koko yang x brape fizikal. elemen kebudayaan je dah ada mcm2: teater, caklempong, canting batik
Delete*saya pun bekas pelatih PLKN :D*
Oh, senior bks platih plkn jgk, ana ingt dikecualikn, mcm dkt uitm tu, senior mcm fhm je, ana mmg x brapa nk suka aktiviti2 lasak, caklempong n canting batik pn ok jgk, ana gila seni, hihihi ok syukran alaik atas infonya.. :)
DeleteSelamat datang! Usah risau. UPM ada banyak pilihan untuk ko-K. Baru-baru ini kelab AJK Masjid ada. Mungkin boleh sertai sekali?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih atas usaha saudara membuat entry untuk bakal pelajar UPM. Sedikit teguran dari saya untuk renungan saudara. Saya berpendapat kurang sesuai saudara menulis tidak belajar rajin-rajin sehingga tidak dapat medic mahupun engineering kerana bagi saya semua kursus ada kelebihan masing-masing. Tambahan lagi bila saudara meletakkan perkataan "MALANG" di situ. entry ini telah di kongsi di salah sebuah group untuk pelajar ambilan 13/14 UPM. dan ada yang tertanya-tanya mengenai perkataan "MALANG" tersebut. dan untuk Kolej Serumpun. rasanya tak perlulah meletakkan perkataan setinggan tersebut. Saudara cuma memberikan tanggapan buruk pada pelajar baru yang dapat Kolej Serumpun sedangkan hakikatnya tidaklah seperti yang saudara katakan. Maaf sekiranya saya menyinggung saudara :)
saya pun tinggal di kolej biasa saja, dan course biasa saja. *bukan budak medik atau engineer*. saya menulis ttg tidak belajar rajin2 itu secara berseloroh saja, sbb sy pon kategori pelajar biasa2.
Deletemaksud MALANG itu pun bukan merujuk kepada keadaan kolej itu sendiri, tapi lebih kepada persaingan mendapatkan bas kerana ramai org, parking susah, banyak kes kecurian motor, tanah runtuh, ramai orang etc etc
harap jangan terasa kerana tujuan entry ini saja utk bergurau senda :)
Kolej serumpun membuatkan pelajarnya kurang mesra senior-junior. Itu satu kebenaran.
DeleteDan kes yang Bedaduz nyatakan memang terjadi. Lagipun ini hanyalah pandangan ikhlas dia.
Bedaduz.sya nk tnye.sya suka bca blok u. sya mhu bertanya sya ingin masuk pjj kat upm..jauh kw kelas sis.sbb sya xde transport...susah ke klau xde trnsport.sila jwab.tqq
Deletekelab gamelan ada tak?
ReplyDeleteAda. Bawah kelab budaya.
DeletePatutla blog saya up sahaja kebelakangan ini. Rupanya ada orang share link ke situ. Thanks buddy.
ReplyDeleteEntri ni memang sesuai untuk junior mendapat pandangan jelas secara berseloroh oleh blogger terkenal. Hehee.
haa. nak tanya la. KOKO wajib utk student veterinar tak?
ReplyDelete2 subjek kokorikulum wajib bagi semua pelajar UPM ambil. Kini diwajibkan mengambil juga 1 subjek Bakti Siswa.
DeleteTerima kasih kepada saudara Syed kerana berkongsi maklumat ini. Selain itu, para mahasiswa/i juga boleh bergiat aktif dalam persatuan Islam seperti Persatuan Belia Islam Nasional UPM. =)
ReplyDeleteTak sabaq nak masuk Upm. Harap harap semua okay. Hehehe. Yang penting masjid. Masjid jauh tak? Saya kolej 16. :)
ReplyDeletesukacita dimaklumkan..hehe agak jauh jugak la masjid dengan kolej2 kediaman..tapi usah risau bas 'sentiasa' ada dan surau kat setiap kolej ada.kalau kolej engineering dekat sket dengan masjid.
DeleteBilik boleh pilih tak nak bilik single kalau mari awal masa daftar? Orientasi strict tak?
ReplyDeletehehe..arigato senpai..a lot of info that i can have from dis post..tq so much but i felt sad about something..bdk malang??mls bljr xdpt amik kos engine n medic??ayat ap tuh..xelok org bce..yg msuk u x semua kos yg ringan2 tu mls bljr..tu yg diorg plih,depend on their own interest..sume kos ad kekuatan msing2..ap kekuatan ye??pkir sendiri..tu je la nk ckp coz sy rse sentap gak r..p xpe..people can have their own opinion.i salute that..pape pom..tq so much!!:-)
ReplyDeleteBagi yang nak tahu tips dan trik di UPM, entri Mari Kenali UPM - Panduan Ringkas untuk Bakal Junior UPM sesuai untuk anda.
ReplyDeletetidak pernah belajar di UPM....
ReplyDeleteBanyak yang tak ada di Universiti Putra Malaysia. Bukan, bukan begitu maksudnya, bukan nak perkecilkan universiti yang besar. Walaupun saya tidak pernah belajar di Universiti Putra Malaysia, saya pernah berada di Serdang beberapa puluh tahun lepas. Banyak yang sudah tiada di sana, walaupun banyak juga benda-benda yang dulu tiada, sekarang telah ada.
ReplyDeleteTentu seronok dapat peluang belajar di Universiti dalam taman, universiti kampung dalam bandar. Prof. Azahari pernah kata, siapa yang tak curi buah dalam kebun UPM, tak cerdik, tapi siapa yang curi tetapi kena tangkap, lagi tak cerdik. Jadi bagi menyahut cabaran itu, studen yang tak ingin jadi tak cerdik suka memberanikan diri untuk memetik isi kebun, termasuk mengutip raja buah depan Kolej Tun Perak.
Tak sangka, Kolej Pertama sudah beberapa kali ditukar nama, Kolej Kediaman Cikgu Rashid yang sudah klasik sudah benar-benar dinamakan kolej klasik bersama-sama kolej lama yang lain. Dengar khabar, ada yang mengatakan bahawa Kolej Pak Rashid akan dirobohkan, benarkah? K-8 yang suatu ketika merupakan kolej terbaharu semasa saya pernah hadir, rupa-rupanya juga termasuk kolej klasik.
Jika dahulu, apabila ke ladang yang jauhnya hingga hujung kampung seolah-olahnya, pelajar-pelajar terutama yang tahun pertama akan berlarak berjalan kaki bagai sekumpulan lebah mencari madu di taman lagaknya. Itulah kehidupan orang kampung elit suatu ketika dahulu, bertani dan menternak menjadi nadi utama UPM.
Bukit Ekspo bukanlah rumah hantu kepada bekas-bekas pelajar Universiti Pertanian Malaysia, malah di situlah mereka lepak selepas penat-lelah berkebun, menternak ayam dan memerah susu. Adakah pelajar-pelajar UPM sekarang tidak lagi didedahkan untuk mandi di kolam bukit ekspo?
Benarlah agaknya, UPM yang dulu sudah tiada.
kepada yang nak adventure sikit time malam malam.. meh la join saya dan kawan2 ke dusun durian waktu malam.. bleh main sembunyi sembunyi dengan pak guard.. hohoho..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteOkay yg ni boleh follow ni.Hahaha nak experience gak
DeleteI am so proud to be a part of UPM hehe...I duduk kolej serumpun sebab nak bebas sikit daripada kolej tradisional. Alhamdulillah kolej serumpun tak kurang hebatnya hehe....selesa la juga untuk pelajar lelaki. ATM pun dekat, kafe, kedai runcit, fotostat semua dekat....Kiranya I paling sayang Kolej 15 UPM buat waktu ini heheh :)
ReplyDeleteSy ex-K5..hihi Alhamdulillah dpt stay kolej dr 1st year smpi grad.. 1st & 2nd year kira tough jugak la.. nk kene active mcm2 club & persatuan.. kalo x active say Bye2 jela.. siang g kuliah, mlm jd ajk event.. jawatan plg best jd ajk TTK (tugas2 khas) utk event.. wp nmpk remeh je tp kitorg org penting gak tau.. kalo kitorg x wat setup sume tu, x jln ar event.. hihi disebabkan konon2 active kat kolej, dilantik pulak jd duta aras.. mase final year ar best.. dpt single room.. privacy woo nk wat final project.. tade sape kacau..hihi ape2 pun mmg byk la experience best kt UPM.. ^_^
ReplyDeleteNak tnya, pmilihan utk ddk di kolej kediaman dipilih mngikut apa? Fkulti? Or scara rawak (utk kos slain medic dan engine)
ReplyDeletek11 bukan kolej serumpun,,,sekian trima kasih!
ReplyDeletecan i ask?? kalau taman pertanian upm.. kolej apa plg terdekat or rumah sewa sekitar situ?? i buat praktikal situ tp i x tahu menahu area serdang ni..1st time seumur hidup jejak selangor..huhu
ReplyDeletetaman pertanian, lebih baik ambil kolej2 tradisional. rumah sewa kalau adapun sekitar kawasan Sri Serdang, which is located outside of UPM. kalau takde transport memang jauh
DeleteHi bro. Just wanna ask. Kolej kediaman disediakan utk undergraduate students je ke? Postgraduate disediakan x? Haha. Just asking. Hope u dont mind to reply. Thanks:)
ReplyDeletepostgrad by default tak disediakan kolej. tapi boleh dapat kalau rajin bertanya. selalu kolej serumpun terima student postgrad, kolej2 tradisional ikut kekosongan. kolej 10, 11, 13 dan 17 belum pernah dengar lagi terima student postgrad.
DeleteAssalamualaikum. Nak tanya. Postgrad pon wajib amek koko ke?.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya. Postgrad pon wajib amek koko ke?.
ReplyDeleteoh postgrad tidak perlu. jangan risau :)
Deletesalam and hai. thank you for the good information. anyway saya nak tanya, macam mana nak ke Institut penyelidikan produk halal dari TBS? dan ada tak mana2 kediaman yang saya boleh tinggal dan transportation yg disediakan kerana saya akan menjalani latihan prakltikal di situ tahun ini. terima kasih.
ReplyDeleteSalam. Lepas post dekat facebook, ni jawapan terbaik yg saya dapat untuk permasalahan saudari:
DeleteLokasi IPPH adalah di infoport UPM, if lalu jalan MARDI ambil laluan ke IOI Mall tapi jangan lah masuk ke IOI plak, tgk signboard.
A. Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) dari TBS:
1.naik teksi terus pergi ke IPPH.
2. Dari TBS ke komuter serdang, naik bas UPM masuk UPM berhenti dekat fakulti bahasa, ambil teksi pergi ke IPPH.
(Tak ada bas pergi ke infoport. Jalan kaki? laluan highway yang membahayakan. boleh la try kalau nak).
B. Kediaman
1. hubungi Kolej serumpun (12,14,15,16) jika ada kekosongan boleh sewa. Boleh juga mencuba KOSASS if ada kekosongan.
2. Cari rumah/bilik sewa area serdang.
(Jangan tanya aku sebab dalam senarai aku dah berlambak tanya pasal rumah/bilik sewa dan hanya beberapa jek aku berjaya tolong)
C. Transporatation
Tak ada transportation yang disediakan pergi ke infoport UPM (meaning IPPH sekali lah tu).
Inisiatif = Car pool dengan kawan2, naik teksi, bawa kenderaan sendiri.
Assalamualaikum :) . sy nak tanya sikit, kalau tak kisah harap jawab lah ^^
ReplyDeletesy dapat tawaran ASPer ni tp masih ragu2 nak pegi ke tak :/
1. betul ke majority student ASPer ni comes from skolah elit ? *mrsm, sbp etc?*
2. Lect ASPer mengajar gune straight english ke time kuliah? *sy lemah sikit nak ketchup totally in english.
Terima kasih :)
Waalaikumusaalam hee sy dpt jgak ASPER ..sy sekolah biasa je hee.
Deletesiapa usaha dia dapt jgn risau ..ada je yg straight A tapi pointer xcemerlanG
ada yg spm bias2 pointer gempak
tu dtg dr usaha tanpa jemu ..SOLAT tawakal dan doa
jgn risau kat sana nanti semua sama je ..tiada yg beza ttg latar belakang sekolah dan keputuSan sebba kita dh jadi pelajar ASPER :)
jadi masing struggle utk menempatkan diri utk coutse degree plak :*
Waalaikumusaalam hee sy dpt jgak ASPER ..sy sekolah biasa je hee.
Deletesiapa usaha dia dapt jgn risau ..ada je yg straight A tapi pointer xcemerlanG
ada yg spm bias2 pointer gempak
tu dtg dr usaha tanpa jemu ..SOLAT tawakal dan doa
jgn risau kat sana nanti semua sama je ..tiada yg beza ttg latar belakang sekolah dan keputuSan sebba kita dh jadi pelajar ASPER :)
jadi masing struggle utk menempatkan diri utk coutse degree plak :*
asslam.sis suka bca blok sis.sya mhu bertanya sya ingin masuk pjj kat upm..jauh kw kelas sis.sbb sya xde transport...susah ke klau xde trnsport.sila jwab.tqq
ReplyDeletekalau dalam UPM je ada bas, so supposedly takde masalah. tapi sabtu ahad and petang bas ni kurang reliable.
Deletekalau nak datang UPM dari KTM pun ada bas, tapi kekerapannya sejam sekali
terbaik! terima kasih :)
ReplyDeletesaya kolej 11 ! thanks for these infooss :)
ReplyDeletewelcome! :P
Deleteok..so agak2 nya budak master ada can x nak duduk hostel?
ReplyDeleteada memang ada, tapi tipis. tapi jangan putus asa. cuba dan terus mencuba insyaAllah boleh. carilah kolej serumpun UPM, mesti ada kosong
DeleteKita boleh pilih ke bilik yang kita nak ye? Saya kolej 15
ReplyDeletesepatutnya boleh, tapi ikut kekosongan. good luck btw :D
DeleteSalam...nk tye tuk bdak pjj ade bg hostel x..klu ukm ade sebulan baya rm40..plissss..nk taw sgt....
ReplyDeleterasanya budak PJJ boleh apply kolej, tapi still kena bayar setiap hari. RM5.50 tak silap untuk satu hari, so sebulan lebih kurang RM165 sebulan.
DeleteAssalamualaikum, sy Syafi bakal student praktikal di UPM januari 2016, boleh saya tahu macam mana saya nk memohon untuk duduk di kolej serumpun kerana saya sudah beberapa kali telefon pihak pengurusan pentadbiran untuk bertanyakan hal tersebut tetapi panggilan telefon saya di jawab dengan nada kurang baik dan selepas itu tidak berjawab sehingga ke hari ini. Mohon bantuan..terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum, nak tanya.
ReplyDeleteSaya calon SPM Persendirian tahun ni, umur 19.
Kalau next year result dapat bagus boleh apply masuk Asasi Pertanian UPM tak?
tq.maklumat berguna sangat.
ReplyDeleteadakah penginapan paling dekat dekat
kampus bahasa.bole jalan kaki?
assalamualaikum boss
ReplyDeletesaya ada mntak bacelor komunikasi upm. ada rezeki insyaAllah masuk upm. bersenyawa dgn upm utk 7 sem kot. haha. mknanya saya akan ditempatkan di kolej serumpun la erk? yg part berbunuhan utk second year tu msudnya macam mana boss??? lagi satu, kalau yg main ketuk besi yg bunyi bunyi mcm dlm cite hantu tu caklempong la kan? ke gamelan?? btw nice article. i was smiling all alone like crazy. double thumbs up dude..haha
assalamualaikum boss
ReplyDeletesaya ada mntak bacelor komunikasi upm. ada rezeki insyaAllah masuk upm. bersenyawa dgn upm utk 7 sem kot. haha. mknanya saya akan ditempatkan di kolej serumpun la erk? yg part berbunuhan utk second year tu msudnya macam mana boss??? lagi satu, kalau yg main ketuk besi yg bunyi bunyi mcm dlm cite hantu tu caklempong la kan? ke gamelan?? btw nice article. i was smiling all alone like crazy. double thumbs up dude..haha
ada chance ke serumpun, atau kolej tradisional. ikut rezeki.
Deleteyang part berbunuhan tu maksudnya kena kumpul merit dan berebut tempat yang limited hehehe
caklempong tu a part of gamelan. dekat UPM rasanya caklempong ada ditawarkan. nanti cek dekat jadual semester ok. good luck and welcome to UPM flyme faizal :D
Salam, saya nak tahu keadaan kolej tradisional tu teruk ke? Macam mana pula dengan kolej serumpun? Saya takut akan kebersihan kolej kediaman. Harap abang boleh jawab. And terima kasih untuk post yang sangat berbaloi ni. Saya mohon ekonomi. Tq. Thumbs up! :)
ReplyDeleteSedara/i krayeol jangan bimbang. Kebersihan kolej2 semua terjaga.. cuma bagi kolej tradisional ni, old school la sikit. Hehe.. pengurusan kolej semua terbaik dalam menjaga kolej masing2. ✌ Welcome to upm :) berilmu berbakti!
Deletemacam2 kenangan kt upm ni. maklumlah akak skrg ni nk msuk final year tp akak bljr dr asasi g..so kira lg lama lah..kenangan masa asasi, kenangan masa aktif kt kolej 2..la ni dok mereput kt kolej 15..hewhew saja pilih stu sbb x lrt nk beraktifan dh..kpd adik2 yg bru nk msuk UPM ni, enjoy your life, study tu better ngan kwn2 lah, lg happening..akak biasa study sorg tp smnjak msuk thun 2 la akak bnyk dok bljr ngan kwn akak, lepak pun slalu sama2 ( akak suka brtukar2 geng :D) ..apa yg akak nk ckp ialah mmg best la UPM ni, bnyk knangan, syg nk tnggl ( wlupun xda lah aktif sngt pun kt kolej, kna pks bru msuk aktviti kolej XD)
ReplyDeleteade kelab kompang jugak, sila lah masuk! sekarang dah x ingat camne nak main kompang :P
ReplyDeletesaya student postgrad di medic upm. saya undergrad pon di upm, fakulti biotech, student KTDI. sekarang sudah bekerja dan kadang2 datang ke upm urusan tesis dan dokumen. saya rasa UPM dah x macam dulu. macam lengang je. dulu meriah student tunggu bas, mungkin sekarang sebab kene naik basikal kan. tapi saya rasa environmental maintenance dah tak terjaga. saya xtahu apa kena dengan management sekarang. tapi sekarang da x nampak tukang kebun or pekerja yang bersihkan upm. oleh itu, memang nampak terbiar, rumput panjang. rasa sedih jugak sebab upm dah x macam dulu. xpela.
BTW, hidup UPM!!
student medic UPM last dekat KTDI rasanya tahun 2007 kan? saya pun dulu pernah menyertai kompang di UPM :)
ReplyDeleteyup sekarang memang rasa UPM lesu. circa 2008-2010, sangat meriah. sekarang ni nampak tak bermaya, kosong semacam. kampus pun dah tak berapa meriah. saya pun kurang selidik kenapa
Nak tanya,saya nk g tbs dri upm,selain dari naik komuter kat ktm serdang tu,ada cara lain ke mcm bas ke?
ReplyDeleteX ada. Melainkan uber/grab/student cab.😁
DeleteSalam. Boleh saya tahu, untuk Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre under Fakulti Bioteknologi dan Biomolekul Sains dekat dengan kolej apa ya?
ReplyDeleteHi nak tanye,hostel die mcm mane ? Mcm rumah/apartment ke atau bilik shj ? Tandas kat dlm bilik or luar ? And then ape course yg ditawarkan di uml yg kurang persaingain? Sorry banyak question hehe..harap reply
ReplyDeleteUmp*
ReplyDeleteassalamualaikum :) pergi kelas pakai baju biasa or baju kurung?
ReplyDeleteassalamualaikum :) pergi kelas pakai baju biasa or baju kurung?
ReplyDeletesorry lambat reply. pergi kelas pakai baju biasa :D
DeleteHai nak tanya. Kolej apa yang paling dekat dengan MARDI Serdang?
ReplyDeleteK17.😊
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya nak tanya kenapa yuran untuk asasi sains pertanian mahal ye?adakah bnyk program yg dilakukan..btw saya dpt tawaran asasi di UPM..thank you..soalan ni sy saja tanya..harap boleh jawab ye..
Waalaikumussalam. Saya tolong ye. Saya bekas asasi pertanian juga(asper12). Asasi dekat upm mmg agak mahal sedikit berbanding dengan asasi2 lain sebab degree nanti mmg terjamin korg akan degree di upm even pointer x tinggi mana. So, kat situ, korg dah x perlu nak compete dengan student2 luar(matrik, stpm,i dip) dan lagi 1, yang kita semua tahu, upm is research university. And antara yg terbaik di asia & dunia. Harap Membantu😊. Maaf kalau ada misunderstood or anything.
DeleteTerbaik.
ReplyDeletesalam. nak tanya kalau lepasan matriks ada chance tak nak masuk upm ni?
ReplyDeleteyup ada peluang.
DeleteNak tanya, biasanya pelajar engin diambil dari result matrik/asasi sehingga berapa cgpa?
ReplyDeletedalam 2.5 ke atas
Deletenk tnye, disebabkan upm uni terkemuka, knape course spt bachelor kejuruteraan mekanikal tiada kepujian? bukan ke kepujian tu penting?
Deleteberikan satu contoh kepentingan ijazah dengan kepujian yang anda tahu?
Deleteutk info kolej kediaman lawati http://k11.upm.edu.my/
ReplyDeletethanks for the info!
DeleteUitm Perlis pun ada ladang 😄
ReplyDeletesebesar UPM ke ladang dia? hehe
DeleteAwk course apa? Kalau sudi reply lahh yee
ReplyDeletesaya ambil Sains Alam Sekitar. boleh baca sini untuk lebih lanjut hehe https://bedaduz2.blogspot.my/2014/10/apa-yang-perlu-anda-tahu-jika-anda.html
Deleteapa syarat nak masuk suksis ? setahu saya dia tak kesah pun rabun. need ur opinon hehehe
ReplyDeleteAku berpendapat fasi upm yang rasa diorang tu hebat sangat sampai nak suruh hormat dorg mcm dorg tu mak m ktorang kepala bana. aku susah pun nt korang bukan nak tolong, haprak acah bagus fasi upm 2018/2019.
ReplyDeleteKlw naik bus dari Selatan, lalu highway PLUS, apa nama bus stop kecik tepi UPM yg student lalu turun ye? Sebelum masuk Tol Sg. Besi
ReplyDeleteR&R Serdang
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJadi maksud kamu pelajar dari course lain untuk orang bodoh? Jadinya bakal pakar-pakar ekonomi negara, bakal pakar-pakar sains pertanian dan perhutanan, bakal ahli-ahli pendidik yang pernah mendidik kamu di sekolah dan bakal mendidik anak kamu pula nanti dan sebagainya adalah orang-orang yang bodoh kerana tidak mengambil aliran kejuteraan atau perubatan? Sayang sekali ya, info sudah memadai namun pemikiran masih membawa budaya yang penuh kekolotan dan kampung, maaf ya.
ReplyDeletehi Anon. not sure if you understand sarcasm, but that joke was at my expense. it's a self deprecating joke, i was saying it to myself sbb masa dulu malas belajar tak dapat masuk medik dan engineering.
Deletefurthermore, i ada tulis entry lain berkenaan dengan kursus yang selalu terlepas pandang tapi boleh jadi pilihan kerjaya yang bagus iaitu course saya sendiri, Sains Alam Sekitar.
sapa kata bukit ekspo berantu.. itulah tempat merendek.. melyan perasaan .. tempat tu jgk yang dijadikan tapak ekspo..byk nostalhgia tu.. bertahun aku dok upm ni baru tau berantu.. antu kepala hitam adalah
ReplyDeletehi. nk tnya kolej canselor ni termasuk dlm kolej serumpun ataupun tradisional ye?
ReplyDeletetradisional
DeleteAssalamualaikum and hai. Nk tnya beberapa soaln blh? Klau nk smbung degree di UPM tp pergi dn blik means xdduk di kolej blh ke? Stiap kolej ada bayran sndri and berbeza eh (blh trgkan terperinci sbb sye xfhm sngt bab kediaman kolej ni)? Klau pelajar ada transport sndri blh bwk msuk kolej ke? Klau dr diploma swasta yg bkerjasama dgn UPM ada chance x nk msuk UPM? Please jwb sbb sye nk searching beberpa Universiti yg ok utk smbung degree. Thanks!
ReplyDelete