02 August 2013

Syurga (II)

Kalau esok kita berpergian lagi, selalu gelak tawa. Tangis sedih hiba.
Yang menggoncang dunia itu kata-kata. Yang mengantar kita ke ujung dunia itu lena.

Kita serupa. Meneguk secangkir cinta. Menelan sepahit sisa.

Kita yang satu. Berputar-putar dalam lena yang dalam; selalu bercumbu pada jiwa. Pada rasa. Pada hakikat dan ketika bahawa kita bersama.

Kalau esok yang musnah dalam titian ke akhirnya itu kita, maka kita sebutkan lagi. Tuturkan lagi bahawa
cinta kita lebih berusia dari jasad. Lebih megah dari dunia. Lebih lewat dari kemusnahan.

Kalau kita sejauh begini, titipkan pada emosi. Relungkan dada untuk mengingat cinta. Sampaikan barang sekalipun pada angin, pada setiap debu, seketul zarah.

Ah aku. Bila kita sudah bersatu, seluruh alam sudah binasa. Aku tidak gentar dihentam dunia. Aku lali dipukul angkasa. Aku tidak mati dihukum rasa.

Asalkan kita; pada suatu masa dan detiknya, memandang dalam ke mata. Bertentang jiwa dengan jiwa. Menari dengan keasyikan dunia. Bila kita; kau dan aku; sama-sama lagi hilang dalam kelarutan hati.
“Aku cintakanmu, kau memberikanku saat manis yang bahagia.

Selagi kau berada di sampingku, setiap tempat adalah syurga.”
Sesungguhnya, aku telah jatuh cinta.

Dan kalau esok, kita sudah terlupa tentang sumpah setia. Ceritakan kepada mereka, siapa yang tersipu di perdu cinta? Ah, kalau kita sudah lupa, tiada apa lagi yang ada.

Hanya cinta.
Hanya cinta.

1 comment:
Write curses
  1. Assalamualaikum, kunjung balas dan follow di sini. Terima kasih ke blog saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter