13 July 2013

Mengajar Tuisyen

Salam peeps. Do you know how it feels like to teach tuition?
Saya mula mengajar tusyen beberapa bulan lepas. Itupun sebab roommate pujuk. Katanya takde siapa boleh mengajar English dekat pusat tusyen tu. Nama pusat tusyen tu? Rahsia. Hehe.

Mengajar tusyen ni nak kata seronok, takdelah seronok. Lepas habis kerja dekat fakulti petang tu, malamnya kena berkejar ke pusat tusyen pulak. Penat lagi memenatkan. Lepas habis Maghrib je dah kena bergegas siap-siap nak mengajar. Nak kata bayaran lumayan, cuma dapat RM10 je sejam mengajar. Macam tak berbaloi kan?

Lagi satu, mengajar dengan belajar tak sama. Kalau kita belajar, masuk kelas, otak kosong pun takpe. Tapi kalau nak mengajar takkan otak kosong nak masuk kelas kan? Mahu tergagap-gagap nak bercakap dekat anak murid. Kurang-kurang kena jugak rancang sejam mengajar tu nak isi dengan pelajaran apa.

Saya mengajar subjek English untuk Form 3 sampai Form 5. Tapi kelasnya disatukan sebab studentnya sikit. Tak ramai. Students nya pulak, bertukar-tukar. Kelas tak pernah finalise. Minggu ni 8 orang, minggu depan keluar 3 orang jadi 5 orang. Minggu depannya keluar 2 masuk sorang.

Last-last kita main ajar ikut suka suki je tak boleh ikut silibus sangat. Sebab karang kalau ikut silibus, budak-budak yang baru masuk tak boleh follow punya. Lagi satu, silibus manalah sama Form 3, Form 4, Form 5. Tapi dah pusat tusyen kasik tanggungjawab tu, saya OK jelah.

Hari mengajar pulak hari Khamis, 9-10 malam. Sejam je seminggu. Sebab sejam saya dibayar RM10, maka sebulan dapat RM40 je. Haaa...nampak tak berbaloi, tapi pengalaman tu yang penting. Lagipun saya nak menimba pengalaman jadi cikgu ni.

Dulu masa lepas SPM pernah apply jadi cikgu, tapi tak lepas ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan). Saya ni tak berakhlak molek kot untuk seorang guru. Hahaha.

Murid-murid tusyen yang saya ajar semuanya India. Kadang-kadang geram sebab murid-murid ni sembang Bahasa Tamil, lepas tu gelak-gelak. Kita dok terkulat-kulat tak faham dia cakap apa. Tapi semuanya baik-baik, walaupun kuat bercakap. Kadang-kadang susah nak control, kadang-kadang degil. Paling susah bila kita nak suruh dia cakap English sekali dengan kita. Kadang-kadang dia tak tahu perkataan tu dalam English, dia tanya kawan dia dalam Bahasa Tamil.

Mengajar tusyen ni memang takdelah boleh buat income sangat. Setakat hobi suka-suka bolehlah. Walaupun kadang-kadang sebenarnya letih. Ramai jugak kawan-kawan Master yang sambil buat Master, sambil mengajar tusyen. Deorang ni ada yang sampai boleh dapat RM500 sebulan. Semua tu rezeki kan. Yang penting semuanya bahagia.

Bulan puasa pulak lagi kritikal. Hari Khamis hari tu first time saya mengajar masa bulan puasa. Berapa kali saya menguap masa mengajar sebab letih. Sebab tahu tak larat nak mengajar, awal-awal saya suruh deorang buat latihan je. Lepas habis buat latihan, kami bersembang pasal puasa dalam kepercayaan masing-masing. Yang Hindu, kenapa puasa. Yang Kristian, bila puasa.

Sekarang dah beberapa bulan mengajar, tapi saya kekok lagi. Macam tak berapa biasa nak mengajar bercakap dalam English 100%. Kekadang tergeliat lidah nak bercakap. Tapi dah murid-murid semua yang mintak ajar English 100%. Kalau ajar sekerat-sekerat agaknya susah dia nak tangkap kot.
Kalau sesiapa yang rasa terdetik nak mengajar tusyen ni, just go for it.

Takde rugi mencuba. Kalau suka boleh proceed, kalau tak suka berhenti sajor. Bukan tetap pun macam cikgu kerajaan kan.

That’s all for today peeps. Good night. Have a blessed Ramadhan!

3 comments:
Write curses
  1. Kalau kau join pusat tuisyen aku mesti lagi best. Bayaran lebih kurang sama, tetapi layanan pengetua tip top.

    ReplyDelete
  2. uh... sangat tak berbaloi ajar kat pusat tuh... bayar murah... kedekut taik kucing punya management.. tapi kalau buat untuk pengalaman tak pe...

    ReplyDelete
  3. masa sambung master, ade join ajar tuisyen. subject chemist form 4 & science form 2. Alhamdulillah, bayaran RM25 1 jam sbb im not officially a teacher..ade dpt class private tuisyen jgk + class ganti cikgu2 lain yg ade mslh..so, sebulan dapat la rm500-600. but skrg da stop sbb nk focus buat thesis. ape pn, good luck ;)

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter