01 March 2011

Pro-Pa MERUSUH DI FOODCOURT

Serdang, 1 Mac 2011 – Kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Pelajar (Pro-Pa), mengadakan demonstrasi aman di Putera Foodcourt di sini semalam bagi menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap ketidakcekapan pengendali dan penjual makanan dalam menyediakan sajian makanan.

Jurucakap mereka, Sheikh Syafiq berkata bahawa tindakan tersebut diambil setelah pihak mereka berulang-ulang kali memfailkan notis dan bantahan terhadap peniaga-peniaga di foodcourt berkenaan isu tersebut, tetapi tidak dilayan.

“Kami sudah banyak kali cuba menemui ketua peniaga di sini, tetapi kami diremehkan. Ini tidak sepatutnya terjadi di sebuah universiti demokrasi seperti di UPM”, tambah beliau. “Kejayaan kami memecahkan pintu kaca di BHEP tempoh hari membuktikan Student Power akan tertegak di UPM, dan langkah yang kami ambil ini merupakan susulan terhadap peristiwa berdarah tersebut, supaya selepas ini kami akan dapat menguasai semua bangunan di UPM, termasuk Bangunan Pentadbiran dan Putera Foodcourt.” kata beliau penuh yakin.

24022011033 Keadaan sekitar Putera Foodcourt di depan gerai Mak Teh  Corner

Menurut Sheikh lagi, memandangkan cita-cita untuk mengadakan Parlimen Mahasiswa akan tercapai tidak lama lagi, Pro-Pa akan mencadangkan satu lagi bidang pentadbiran iaitu penyajian makanan diletakkan ke bawah autonomi pelajar. “Kami bercadang untuk mengadakan Dapur Mahasiswa, iaitu mahasiswa akan menggantikan pekerja-pekerja sekarang sebagai tukang masak, peniaga makanan, pencuci pinggan, pencuci lantai dan yang sewaktu dengannya, kerana kami sudah muak dengan pentadbiran foodcourt yang tidak telus dan tidak cekap. Bagi saya, kalau mereka tidak cekap, berikan saja hak autonomi pada mahasiswa, kerana kami sudah cukup matang untuk mengendali hal ehwal kami sendiri, dan kami bukan budak kecil yang boleh diperbodohkan!” terang beliau dengan penuh tegas.

Sementara itu, seorang lagi ahli Pro-Pa, Rafidah Afidah sewaktu ditemubual berkata “saya sangat bersetuju jika pelajar diberikan kuasa autonomi dalam mentadbir foodcourt. Sebelum ini, terlalu banyak masalah kezaliman peniaga seperti makanan tidak sedap, terlalu mahal, dan makanan Melayu tetapi rasa Indonesia dan Bangladesh.

Tambahan pula, pelajar tidak dapat menempah makanan kegemaran mereka. Sebaliknya, mereka terpaksa memilih menu yang telah disediakan oleh peniaga. Ini menunjukkan mahasiswa tidak ada demokrasi memilih makanan, dan kami bagaikan lembu dicucuk hidung! Sebagai contoh, seorang pelajar inginkan Nasi Goreng Mongolia, tetapi kerana tidak disediakan dalam menu, dia tidak dapat menempah makanan tersebut. Ini ialah kezaliman yang nyata terhadap mahasiswa yang matang lagi intelek!” kata Rafidah lagi.

52301182
Nostalgia Putera Foodcourt

“Sekiranya kita diberi kuasa mentadbir foodcourt melalui Dapur Mahasiswa, saya berjanji setiap pelajar boleh memilih makanan kegemaran mereka, termasuklah Pipit Goreng Berlada dan Nasi White Pepper, kerana hanya mahasiswa tahu apa yang mereka inginkan, bukan peniaga makanan!” tambah Rafidah.

Apabila ditanya, adakah pelajar mempunyai banyak masa untuk mentadbir sebuah foodcourt, ini ialah jawapan Rafidah:
“Zaman sekarang budak yang pointer tinggi pun tak dapat kerja. Lagipun, inilah perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Di Universiti, kamu boleh belajar semuanya, dan belajar memasak itukan ilmu berharga? Selain itu, pelajar juga akan belajar berniaga dan membersihkan lantai dan pinggan mangkuk. Kita jangan berfikiran sempit dan mengehadkan ilmu ke dalam kelas sahaja!”

Dalam perkembangan yang sama, Mak Teh, pemilik Mak Teh  Corner, melampiaskan rasa sedihnya akibat kaunter kedainya yang dipecahkan secara tidak sengaja dalam demonstrasi tersebut oleh pihak Pro-Pa. Pekerja Mak Teh yang tercedera termasuk bekas pekerja Malay Hidang telah dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

Situasi di Putera Foodcourt menjadi tegang apabila sekumpulan pemimpin Pro-Pa yang sedang bermesyuarat dengan Mak Teh, cuba melarikan resipi sulit beliau yang dikatakan mengandungi bukti campur tangan pekerja asing dalam penyediaan makanan. Saudara Rahman yang cuba melarikan resipi tersebut apabila ditemubual menyatakan dia meminta maaf jika perbuatannya adalah salah, tetapi dia yakin resipi tersebut mengandungi bukti penyelewengan Mak Teh.

Selain itu, aktivis Pro-Pa juga berharap Dapur Mahasiswa dapat menjadi kenyataan memandangkan sifat tidak endah pekerja Putera Foodcourt yang membiarkan budaya coupling harum subur mekar di foodcourt terbabit. Menurut mereka, perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tidak sopan dan sikap pekerja foodcourt yang tidak menghiraukan budaya negatif itu merupakan satu sifat yang zalim.

Dengan cara menggantikan semua pekerja di Putera Foodcourt dengan pelajar biasa, akan dapat menangani pelbagai masalah yang timbul akibat ketidakcekapan pekerja foodcourt sekarang.

Demonstrasi bermula pada malam semalam di foodcourt, walau bagaimanapun Mak Teh hanya dapat melayan mereka pada pagi semalam kerana: “Mak Teh manalah kerja waktu malam. Siang baru bukak kedai. Mana ada orang kerja waktu malam, nak oi. Diorang silap timing berdemo tu! Bukan Mak Teh taknak layan!” kata Mak Teh  yang masih sedih kerana ketiadaan pekerjanya yang disayangi.

Polis Cawangan Serdang setakat ini masih menyiasat punca sebenar kepecahan kaunter dan rundingan antara Pro-Pa dan peniaga makanan di Putera Foodcourt masih lagi buntu. Demonstrasi tersebut turut disertai oleh ahli Pro-Pa daripada Universiti Harvard, University of Colombo, dan universiti-universiti yang kurang popular di serata dunia.

Demonstrasi dimulakan dengan laungan tiga kali “Hidup Pro-Pa!”, “Bukak Kaunter!” , “Hidup Mahasiswa” dan berakhir setelah kaunter Mak Teh Corner pecah.

16 comments:
Write curses
  1. haahaha..mcm betul je..'sindir menyindir'

    ReplyDelete
  2. RLOL...aku ingatkan betul la sangat. Sindiran yang pedas! Aku tak berani nak sindir, nanti abis kena serang orang berhijap kat aku...*innocent*
    hehe

    ReplyDelete
  3. selatantimur: sentap hati maknak!
    Stalker00: thanx!
    hort: ho3....hati2...
    zEha: betul3...

    ReplyDelete
  4. "Dalam perkembangan yang sama, Mak Teh, pemilik Mak Teh Corner, melampiaskan rasa sedihnya akibat kaunter kedainya yang dipecahkan secara tidak sengaja dalam demonstrasi tersebut oleh pihak Pro-Pa. Pekerja Mak Teh yang tercedera termasuk bekas pekerja Malay Hidang telah dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan"

    LOL.. pekerja tu terluka hati dia bila ada orang yang maki-maki dia... padahal selama ni muka dah la masam cam cuka.. aku memang reject la kedai tu... tapi sekarang..emmm. tak tau lak.

    ReplyDelete
  5. hahaha...mak teh corner pun turut terbabit..
    tak pasal2 kaunter kene pecah..hahaa

    ReplyDelete
  6. sentap hati mak nak hahaha...pedas tp tepat on your faceeee

    ReplyDelete
  7. aku plak nk tambah ...pro pa turut berasa tidak puas hati dengan kualiti makanan yg ada lantas membuat sebuah restoran bereplikakan batu nisan agar ketika makan kita akan lebeh mengingati matiiiiii..

    ReplyDelete
  8. Baik pro-pa merusuh kat bangla jual air tu lagi baik.

    Suka beria macho depan perempuan. Depan lagi muka masam semacam jer,,,,

    ReplyDelete
  9. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan saya datang ziarah blog anda :)
    da xmo la citer sal PRK tuh..xbest dah..sakit ati jek..he3. salam persahabatan :)

    ReplyDelete
  10. senget tenet...aku ingat betul la tau cerite pro-pa ko nih...hahahahhaha...tp pape makanan kat makteh bile pekerja indon die yg jage mesti mahal giller....
    tenet..pasni ko suggest kan kat bangla tu pakai deodoren yer...nak pengsan aku kalau die lalu sebelah.....

    ReplyDelete
  11. sejak 2 taun aku meninggalkan UPM, dah macam2 jadik kat sane ek? adeii... ape la nak jadi... demokrasi2 gak, blaja nak taruk celah mane :P...
    by the way nice #sarcasm entry.. :P

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter