08 October 2016

Kisah Mistik dari Gunung

Assalamualaikum dan hai y’all! 



Sebenarnya agak berat hati nak menulis nukilan ni, hmm atas sebab-sebab tertentu. Tapi memandangkan ramai sangat yang bertanya, saya bukaklah sedikit cerita berkenaan pengalaman-pengalaman err, mistik sepanjang menjalani aktiviti outdoor sejak beberapa bulan yang lalu.

Kalau nak cerita yang sampai seram-seram melampau, takdelah, sebab ni semua berdasarkan pengalaman sendiri yang tak sampai 3 bulan pun pergi hiking hewhewhew. Nak yang lagi power kena tanya taiko-taiko. Tapi mungkin kita semua boleh mengambil sedikit sebanyak iktibar dan pengajaran haagitu. Moga-moga, insyaAllah.


Disclaimer: Kisah seram di bawah. Agak panjang, sila baca dengan risiko sendiri.

Kali pertama waktu berhiking saya terasa kehadiran benda tu waktu dekat Gunung Datuk, tapi yang tu rasa gitu-gitu je. Tak kira gangguan direct lah yang tu. Bila dah masuk kereta, benda tu pun hilang.

Kali kedua, trip outdoor saya kena kacau waktu perjalanan ke Kenderung Kerunai. Waktu tu dengan Din, Ecah dengan Aziz, berempat dalam kereta. Din yang bawak kereta. Din ni jugak seorang pengamal perubatan tradisional atau nama tak glamernya, bomoh.

Sewaktu sepanjang perjalanan dekat PLUS menghala utara, kereta Din macam berbunyi pelik, lepas tu berapa kali lalu ada orang suluh high beam dari arah bertentangan. Malam tu kami lalu satu kawasan baru lepas kemalangan, ada 5 bijik kereta terlibat sebab hujan lebat.

Saya tak fikir panjang, sebab tak rasa apa-apa. Tapi Din macam risau, sebab dia kata kereta dia baru servis, tak mungkin bunyi pelik sangat, selama ni pulak tak pernah berbunyi. Kami berhenti sekejap dekat R&R, Din cek kereta dia. Kami pun masing-masing tolong suluhkan bawah kereta dia guna telefon masing-masing. Takde apa yang pelik. Lepas Din cek tu, kami pun teruskan perjalanan.

Waktu tu Din bukak cerita, dia kata dekat bumbung dia tadi ada benda bertenggek mengikut kami. Din kata dia rasa susah nak kawal kereta, rasa macam dia terpukau, macam ada benda tarik stereng dia ke tepi jalan. Waktu tu pulak kami semua tidur. Masa tu terfikir, eh bahayanya, kami semua berdengkur kot, tinggal Din sorang-sorang kena menghadap. Cuba kalau Din terlepas kawalan stereng, naudzubillah. 

Saya tanya Din, kau nampak ke? Din kata benda tu Din tak perlu nampak untuk dia tahu ada. Tapi sebab kali ni saya tak rasa meremang atau berdebar-debar macam kali lain kena kacau, saya takdelah terkesan sangat.

Esok malamnya, nak tidur dekat kem lepas turun daripada Gunung Kerunai tu, saya kena gangguan. Perjalanan kami turun dari Kerunai waktu tu dah petang, waktu Maghrib kami masih atas gunung berjalan turun. Rasa sedikit ralat sebab rasa macam sepatutnya waktu Maghrib dah tak perlu jalan, sepatutnya sebelum Maghrib dah sampai kem. Yelah kan, waktu tu baru first time saya join hiking yang ada tidur malam, sebelum ni panjat sehari je. Dalam waktu Isyak, baru kami sampai kem.

Khemah kami dekat tepi sebatang sungai, dekat tanah lapang.

Dalam pukul 10, lepas makan malam, saya masuk dalam khemah, bentang carry mat, masuk dalam sleeping bag nak tidur. Bila nak lelap je, benda tu menjerit dekat telinga dengan tarik tangan saya berkali-kali setiap kali mata nak tertutup. Waktu tu tak seram, tapi geram. Sakit hati titew awaa sukahati je kacau orang nak tidur, dahlah aku baru panjat gunung, lagi 3 jam kena bangun nak panjat gunung seketul lagi, tak cukup rehat, peha melecet. Bongok betul haa kan marah dah titew. Tapi nate ni tak tahu dari mana dia datang, memang dari tapak kem ke, atau dia mengikut saya turun dari Kerunai waktu Maghrib tu, atau yang semalam bertenggek dekat kereta Din, atau....atau yang dari Abah.

Tapi lepas saya baca ayat Kursi dengan 3 kul, alhamdulillah tidur nyenyak....untuk 3 jam. Wuu sebab pukul 2 dah kena bangun nak panjat Kenderung penadd awaa

Kali ketiga, malam sebelum panjat Bukit Kutu, dekat rumah Bintang. Waktu tu bilik dia nyamuk berlambak-lambak satu hal, yang benda tu mengganggu satu hal lagi. Sebelum tidur tu, sebab Bintang tahu saya selalu kena kacau, dia tanya saya “OK ke rumah aku?” saya pun jawablah “Takpe, kalau tidur sebilik berdua, jarang kena kacau.” Saya pun tidur atas lantai, Bintang tidur atas katil.

Sekali, sepanjang-panjang malam benda tu kacau. Dia nak bagitahu yang jangan fikir dia takkan kacau kalau saya tidur berdua dengan orang lain sebilik. Dan lagi penting, jangan cakap besar dengan dia. Tapi eh cakap je besar dengan dia. Dia nak marah tu hal dialah, tapi jangan kita takut cakap besar sebab kita takutkan dia. Salah niat tu. Kita cakap besar dengan pemahaman bahawa Allah lebih kuat dari dia, dan kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah, jadi dia takde sebab nak angkuh kacau kita. Dia kacau kita tu atas sebab Allah benarkan je.

Dan cakap besar tu bukan maksudnya nak provoke dia, macam ‘Eh kau ingat kau powerlah? Aku tak takutlah! Kalau power tunjuklah muka kau!’ tapi cakap besar macam ‘Aku tak suka dekat kau. Kau jangan kacau aku, pergi main jauh-jauh. Kau jangan ingat kau hebat. Allah lagi hebat dari kau! Kau tak takut ke Allah punya balasan azab neraka untuk makhluk yang kufur!’ Macam tulah lebih kurang.

Tension betul dengan nyamuk menggigit, dengan benda tu dok tarik tangan. Paling siot, dia tarik tangan yang saya lapik bawah kepala sampai kepala saya tertarik sekali. Maksudnya nak tunjuk sejauh mana dia boleh kacau, bukan takat sentuh2 tangan yang bebas, tangan yang tertindih bawah kepala pun dia mampu tarik.

Kali keempat, dekat YYBTN. Yang ni yang paling teruk. Tapi yang ni waktu balik, waktu jalan sorang-sorang dalam hutan tu memang dah rasa macam tak syok, tapi masa tu tak fikir apa sebab biasalah, jalan dalam hutan sorang-sorang memang normallah rasa seram sejuk.

Waktu balik tu, dalam kereta ada Emai, Aizuddin, Lan dengan Pijey. Lepas drop Pijey dekat Bangsar dan Lan dekat Desaminium, tiba-tiba dada saya berdebar-debar, kepala meremang. Lepas tu ‘UWEK!’ dah loya nak muntah. Kali last teruk sampai nak termuntah ni masa kali pertama ubatkan Abah dekat kampung.

Emai dengan Aizuddin tanya kenapa? Perut masuk angin ke? Tapi saya memang perut tak rasa memulas ke apa, OK je. Tapi tiap 2 minit je ‘UWEK! UWEK!’. Saya baca ayat Kursi dengan 3 kul, tengah-tengah baca ‘UWEK! UWEK!’

Saya kata dekat Emai dengan Din, rasa ada benda mengikut. Tapi tak tahulah deorang percaya ke tak huhuhu takut deorang fikir ‘Eee overnya budak ni. Poyo je kata ada benda nak mengikut. Nak perhatian lah tu!’

Tapi saya kata dekat deorang, jom singgah mana-mana dulu, taknak balik rumah lagi. Lepas tu Aizuddin dengan Emai setuju, kami pun singgah mamak. Sambil lepak minum-minum tu, saya baca ayat Kursi dengan ayat 3 kul dan berzikir tak henti-henti. Tiap kali baca surah al-Falaq, benda tu marah, dapat rasa sebab kepala rasa macam mengembang (I know it sounds funny, but it did felt so), dan bulu roma meremang. Lepas baca berpuluh-puluh kali, akhirnya the next surah al-Falaq saya baca tu, benda tu dah tak respon, masa tu barulah rasa lega. Untuk faham kenapa benda tu tak suka surah al-Falaq, kena faham maksud surah al-Falaq tu sebagai surah perlindungan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Allah ciptakan yang datang dalam kegelapan.

Lepas balik rumah je, saya tak tidur. Terus keluarkan semua baju, basuh beg dengan carry mat, basuh baju semua, sampai takde satu pun daun kering atau debu atau pasir daripada hutan tu, lepas tu jemur. Lepas Subuh, barulah saya tidur. Alhamdulillah, tak kena apa-apa dah.

Lepas balik YYBTN, saya baca kisah Hassan Ayat memang meremang. Hassan Ayat hilang pada tahun 2009 waktu dalam perjalanan turun dari Gunung Yong Yap menuju Kem Agas. Waktu orang terakhir sampai, baru deorang sedar Hassan Ayat tak sampai ke Kem Agas. Operasi besar-besaran mencari Hassan Ayat dilakukan, waktu tu semua kumpulan hiking sanggup gunakan duit dan kudrat sendiri, ambil cuti masuk ke hutan Yong Yap untuk tolong mencari Hassan Ayat.

Deorang jumpa tempat tidur Hassan Ayat dalam hutan tu, sepatutnya kalau ikut logik tak mungkin Hassan Ayat tu boleh pergi jauh dari situ. Dan tempat Hassan Ayat tu tidur dinamakan Kem Hassan sehingga ke hari ini. Macam-macam benda berlaku berkenaan dengan kes Hassan Ayat, seorang pendaki yang tolong dalam ekspedisi mencari, Sue namanya meninggal dunia akibat kemalangan di Tapah, Perak sewaktu dalam perjalanan balik dari operasi mencari dan menyelamat Hassan Ayat.

Deorang tinggalkan banyak tanda untuk membantu Hassan kembali ke trek yang asal sebab Hassan Ayat bukan pendaki baru, kira dah selalu masuk hutan, tapi Hassan tak pernah dijumpai sehingga ke hari ini. Waktu baca tu rasa lega gila dah keluar hutan huhuhu

Lepas turun dari YYBTN, waktu tu saya ada perbincangan dengan kawan yang sama naik YYBTN (nama dirahsiakan). Kami berbincang bertiga, saya, A dengan M dekat kedai makan. Tiba-tiba, kawan saya tu, namanya A, bukak cerita sejak balik YYBTN dia rasa semacam. Waktu tu, saya tak ambil pusing sangat. Cuma dengarlah A cerita. Katanya tiap kali lelap, dia akan bau wangi. Dan bau wangi tu bukan bau perfume ke sabun ke, tapi bau bunga.

Lepas tu dia kata, kalau dia duduk ofis sorang-sorang, dia akan rasa sesuatu. Sebelum panjat YYBTN dia Ok je. Mula saya dengar jelah, tak fikir apa-apa, tapi tiba-tiba tu saya rasa sesak nafas. Rasa dada berat, lepas tu tiba-tiba rasa sunyi sangat. Rasa walaupun ada bersama A dengan M, saya rasa kena tarik dekat satu tempat gelap yang ada saya sorang je. Dada berdebar-debar gila. Saya cepat pegang tangan M, saya suruh A berhenti cerita sebab saya kata benda tu ada dekat situ. A dengan M terus berhenti bercakap, tapi saya pulak yang belum pulih.

M, seolah-olah faham, terus nasihatkan saya. ‘Jangan layan benda tu.’ Saya pun kuatkan semangat, sambil tak putus baca ayat Kursi. Lepas tak lama tu, baru perasaan tu hilang. Baru rasa macam saya kembali semula dekat situ. A minta maaf, kata dia tak tahu. Saya pun kata saya tak tahu saya akan alami benda tu waktu dia cerita tu, tapi sebab saya dah rasa tu, saya suruh dia pergi berubat. Saya kata dekat dia saya dapat rasa betul benda tu ada.

Selalu kalau orang cerita hantu, saya dengar je tapi takde rasa apa-apa pun, macam masa kami dekat kem Agas, malam pertama dekat YYBTN masa Amirul cerita pengalaman dia dekat Yong Belar yang berpusing-pusing tak jumpa jalan ke puncak. Yang tu seram jugak, siap ada makhluk bagai yang deorang nampak. Tapi saya dengar tu takde rasa sesak nafas ke apa. Padahal yang tu tengah hutan, tengah malam kot cerita. Yang dengan A dengan M ni, tengah-tengah bandar boleh rasa sampai macam sesak nafas bagai.

A pergi berubat dekat Darulsyifaa’ dia kata Ustaz tu marah dekat dia sebab terlalu lambat datang berubat.

Kali yang latest saya kena gangguan, dekat rumah keluarga Yunuss trip Berekeh kali ni.

Waktu dekat Klang lagi, sebelum sampai rumah Hakim, saya dengan Fareez lalu satu kawasan lapang, yang penuh dengan lalang. Dekat situ dah rasa eh, ada benda tak kena dekat sini. Tapi saya banyak kali jugak ada firasat macam tu, tapi in the end takde apa pun. Kadang-kadang tu kita yang over sensitive, kadang tu benda tu sepintas lalu je.

Sampai dekat rumah Yunuss, memang rasa perfectly OK walaupun lalu kubur, kawasan gelap dan sebagainya sebelum sampai. Waktu nak masuk tidur tulah, mimpi ngeri bermula *sebenarnya bukan mimpi pun, sebab belum sempat nak mimpi dah kena kacau huuu*

Waktu nak tidur, saya memang ingat lagi, sebab boleh nampak jam dekat atas archway ke dapur, betul-betul pukul 3 pagi, saya pun pejam mata nak tidur. Tiba-tiba dada berdebar-debar. Jantung tiba-tiba berdegup kencang. Mula saya kata hmm sebab kafein dalam teh tadi. Saya paksa jugak mata pejam. Tapi tiba tu dapat rasa satu perasaan macam kena tarik. Nak describe perasaan tu, bayangkan kita berselimut dari kaki ke kepala, lepas tu dapat rasa orang rentap selimut tu dari kaki sampailah selimut tu terlucut. Bezanya, kita tak pakai selimut pun. Macam tulah perasaan kena tarik tu.

Mula dah kena sekali, saya bangun, terduduk. Yunuss sedar masa tu, dia tanya ‘Kenapa Bad? Nak pergi toilet ke?’ saya geleng kepala. ‘Nyamuk ke?’ saya geleng.

Segan pulak nak susahkan dia. Taknak pulak cakap ada benda tu kacau, satu sebab takut benda tu permainan perasaan je. Kedua, sebagai tuan rumah kang dia kecik hati pulak kita macam tuduh rumah dia ada benda tu huhuhu. Saya baring lepas tu saya baca ayat Kursi dengan 3 Kul.

Sambil tu, dalam gelap tu rasa ada benda lain duduk sekali. Mujur saya bukan Abah, Abah memang boleh nampak. Saya memang taknak nampak benda tu. Rasa sepanjang masa benda tu ada, sebab tiap kali dah habis baca ayat Kursi, bila nak tidur rasa lagi kena tarik. Sampailah pukul 4 pagi, nak bertolak tu saya dah tak boleh tidur.

Tapi bila dah kerap kena ni, takut orang ingat kita buat cerita, kang orang kata tiap kali buat outdoor je kena kacau. Gedik, nak tarik perhatian. Tapi serius cakap, kalau saya ni jenis tak selesa tidur tempat baru, time dekat kem Agas, puncak Yong Yap, kem Berlumut, Lata Jerangkang, memang tidur nyenyak walaupun semua tu tengah hutan siap berdengkur bagai. Cuma bila ada masa-masa atau tempat-tempat tertidur tu rasa kena sentak kaki, tangan, dengar orang menjerit dekat telinga, tak boleh tidur, hmmm yang tu malas nak komen.

Yang mimpi benda kotor bagai. Kena hempap lagi. Banyak kali tapi so far yang kena waktu buat outdoor tu jelah. Kalau orang tuduh saya sengaja buat cerita, nak je doakan dia pun rasa apa yang saya rasa, sampai satu malam tak boleh tidur kena kacau, pastu esok tu kena continue hidup macam biasa. Rasa nak separuh gila tidur tak pernah cukup.

Saya tak suka cerita pasal benda ni sebab nanti kita teringat dekat dia, lepas tu nanti dia datang betul. Sejak kena gangguan lepas tolong Abah berubat tu, saya dah tak boleh tutup lampu waktu tidur seorang. Lepas tu dekat rumah bila dengan Abah je, dapat rasa dia datang kalau Abah cerita pasal dia. Nak cerita dekat orang, lepas habis cerita benda tu datang dekat kita, bukan dekat orang yang dengar kita cerita tu huhuhu Orang pulak dengar je boleh, tak tahu boleh faham ke tak.

Hmm allahualam.

Renung-renungkan dan selamat beramal!Oh, dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri :P

Update: Untuk membaca Kisah Mistik Dari Gunung bahagian kedua, klik sini.



1 comment:
Write curses
  1. Salam, saya berminat nak masukkan pengalaman you dalam buku saya tetapi saya nak reword (tulis semula dalam ayat saya.) Saya buat dalam bentuk cerpen saja. Boleh? Dalam buku tu nanti ada banyak cerpen lain. Kalau izinkan mohon hubungi saya ya. T kasih.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter