11 October 2016

Bukit Berekeh dan Kuala Kangsar Trip

Assalamualaikum dan hai awaa!


View dari puncak Berekeh. Takde awan karpet pun awaa

 Menyambung tradisi seperti sebelum ni (ewah!), pada kali ini kita nak cerita pengalaman mendaki sebuah lagi bukit di Semenanjung Malaysia sewaktu cuti Awal Muharam, 1 Oktober 2016 yang lalu. Perjalanan kali ni bersama dengan coach Fareez, Naufal, Hakim, Azlan Perunding Hartanah, Ita, Una, bersama Nizar (baby Naufal hehe), ibunya, dan juga Alia (baby Azlan hehe) dan juga ibunya. Kami bersembilan menginap di homestay rumah keluarga Yunuss di Kuala Kangsar. Tapi isteri-isteri mithali taklah join mendaki, kaum-kaum bapa dan anak-anak dara je yang mendaki hahaha

Download Tuanku!


Trip Berekeh ni dah terdengar khabar-khabar angin bertiup sebelum pergi Jerangkang lagi, tapi tak tahu bila nak berlangsungnya. Beberapa hari sebelum pergi Berekeh tu barulah si Fareez kata dia ada plan dengan Yunuss dan Naufal nak ke Berekeh ni. Dalam sehari sebelum bergerak barulah trip ni dimuktamadkan keahliannya. Tapi trip kali ni bukan bawah panji-panji mana-mana kumpulan ehewah Kira trip sendiri-sendiri je.

Fareez sewaktu kesubuhan
 
Minggu yang sama jugak si Afiq buat repeat trip ke Jerangkang sekali dengan Ostad dengan Nazirul, dan #ProjekKakiBuku diketuai kak Nina pulak buat piknik dekat air terjun Sofea Jane untuk berdiskusi tentang buku Hamka pada hari Isninnya dengan Amar, Tokie dengan kak Salha et al. Jerangkang tu baru je tripnya dua minggu sudah, memang taklah nak repeat cepat sangat. #ProjekKakiBuku pulak ingatkan gigirls je punya piknik, sekali nampak ada boboi yakni Amar dengan Nasrul (yang join kami pergi Bukit Kutu) ada sekali ciss. Dah melepas satu trip.

 
Selamat pagi dari kami!

Bukit Berekeh ni tingginya lebih kurang 454 meter dari paras laut, terletak di Sungai Siput, Perak. Kami pergi ni sebab nak tengok betul ke orang kata cantik, nampak awan macam karpet bagai. Tapi malangnya kami pergi ni telah terlewat gitu, lepas Bukit Berekeh ni dah viral, dah jadi tourist attraction dah.

 
Awim bawep, awim bawep, awim bawep.....


Anyway, pada malam Jumaat tu, lepas Maghrib, pack-pack barang sikit je sebab panjat bukit je kan, Fareez pun ambil saya dekat 99 Speedmart depan rumah, bertolak ke rumah Hakim di Klang. Kali ni sebab panjat bukit rendah je, (cewah berlagak! Dulu rasa Broga tu dah cukup mencabar hahaha) saya pun takdelah bawak barang banyak, setakat air mineral dengan Snickers bar dan gummy candy je.  

 
Bara bara bara, bere bere berekeh

Lepas tukar naik kereta MyVi Hakim, kami pun meneruskan perjalanan ke R&R Sungai Buloh, meeting point untuk 2 lagi kereta – Naufal dengan Abang Lan kita. Yunuss memang dah sampai kampong dah, tunggu kami dekat rumah. Dalam kereta Hakim tu, sempat makan kuih koci homemade Hakim panas-panas lagi. Dahlah kebuluran tak makan malam lagi huhuhu

Lepas makan malam dan solat, kami bergerak dari R&R Sungai Buloh ke Perak lebih kurang pukul 11, masuk je kereta apa lagi, teruslah pitam saya dekat belakang. Dah offer nak bawak kereta, tapi biasalah, Fareez seram kalau saya bawak kereta hahaha. Adalah alasan nak tidur taknak drive kan muehehe #pandalela

Reunion dengan Una #FreedomGoFreedom! hehe

 Selepas dengan lenanya tidur kadang-kadang terjaga sebab nak menyanyi ada lagu best keluar dekat radio, dan jugak terjaga sebab ada accident motor terbakar, dalam pukul 2 kami masuk ke kawasan kampong. Waktu tu rasa pening sikit sebab masuk simpang, terlepas simpang, pusing-pusing. Akhirnya bertemu juga kami dengan rumah keluarga Yunuss dengan bantuan klu dalam mesej Yunuss *dah macam treasure hunt dah nak mencari ghomahnya hewhew*

 
Bergaya free size atas balak *time ni ada sorang budak pompuan tolong amek gambar, dia suruh kami buat gaya free style, tapi dia sebut free size hewhewhew terus Fareez tanya dia budak wicet ekk? BUKANLAH! dia marah balik*

Kami sampai waktu semua orang dah tidur, Yunuss pun tertidur dah. Pukul 2 lebih jugaklah kami sampai, tempat tidur dah terbentang hehehe. Kata Yunuss, ibu dengan ayahnya ada, dengan 2 orang lagi adik lelaki Yunuss. Tapi semua dah lelap dah.

Sebab masing-masing excited bertemu, kami pun minum-minum teh, makan buah langsat, kerepek keropok, ada lauk lebih si Fareez makan nasik, sembang-sembang. Dalam pukul 3, barulah masing-masing baring lepas kenc, ber dan basuh kaki. Pukul 4 dah kena bangun nak bergerak hmmm, jadi ada yang set alarm pukul 3.30 pagi.

Lepas baring kejap tu alamak, berlaku lagi. Hmmm untuk anda yang ternanti-nantikan cerita gangguan mistik, nanti klik link ni ya.  

Anyway, sebab macam saya cakap, 3.30 dah ada yang set alarm. Dengan bunyi alarm, rasa kena tarik bertubi-tubi, akhirnya saya tak berjaya melelapkan mata. Pukul 4 tu semua dah bangun nak bergerak ke Sungai Siput huu ngantuk awaa

 
Sebelum pulang




Saya gosok gigi je pagi tu, mandi memang taklah kan, sejukkk

Saya naik kereta dengan Hakim duduk dekat belakang, Fareez drive dan sebelah Fareez, Yunuss copilot. Kereta sebuah lagi, Naufal bawak bersama Azlan, Ita dengan Husna dekat belakang.

Sepanjang perjalanan, Yunuss guide Fareez. Sambil tu, Yunuss cerita tentang sejarah negeri Perak – tentang adat pertabalan Sultan Perak yang kena menyusur Sungai Perak untuk berziarah makam-makam Sultan dan pembesar negeri Perak, sehinggalah kisah-kisah para anbiya’. Menarik dengar Yunuss bercerita, sebab Yunuss punya daya hafalan sangat kuat, dia boleh cerita tanpa merujuk teks dan boleh sebut balik nama-nama orang atau benda atau puak dalam cerita dia. Contohnya, 12 keturunan Bani Israil, nama anak-anak Nabi, nama isteri-isteri nabi Ibrahim etc etc.

Kami sampai dekat Bukit Berekeh lebih kurang 5 pagi, Fareez bawak pulak memang seperti pelesit. Sampai je, kami sarung beg, saya bawak air 3 liter, terus mendaki *tanpa warmup hewhew* (Sejak YYBTN, saya akan bawak 3 liter air dalam beg, in case sesat. Sebab trauma awaa kita takudd awaa)

 
Berehat sekejap bawah pokok dekat puncak pertama sambil flashback YYBTN hehehe

Pendakian Berekeh ni mula-mula lalu ladang kelapa sawit, lepas tu terus mencanak ke atas. Waktu berjalan, kumpulan kami terpecah tiga, Yunuss dengan Fareez rintis shortcut; saya, Hakim, Naufal dengan Lan berjalan sekali; dan dekat belakang Ita dengan Husna.

Daripada dekat bawah lagi, dah nampak berpuluh-puluh cahaya headlamp dengan flashlight dari bukit Berekeh, maksudnya dah ramai orang tengah mendaki dan sampai puncak. Time kami mendaki ramai pulak keluarga dengan anak-anak kecil, rombongan budak sekolah pun ada. Nampaknya Berekeh ni pendakian yang ala rombongan Cik Kiah dah hewhewhew

Saya dengan tak bawak headlampnya (bukan tak bawak, sebenarnya memang tak ada hahaha) terpaksalah menggunakan lampu flash dari telefon. Waktu tu memang gelap, tak nampak apa, kena jugak ada lampu. 

 
Simpan mawar yang kuberi
Mungkin wanginya mengilhami
Sudikah dirimu untuk kenali aku dulu
Sebelum kau ludahi aku
Sebelum kau robek hatiku

Risalah Hati - Dewa
*caption takde kaitan dengan gambar hewhew*


Dekat satu cerun tu, kami jumpa semula Fareez dengan Yunuss yang rintis shortcut tadi. Sampai dekat satu lereng tu, saya tertinggal dekat belakang *biasalah kan, load berat muahaha* lepas tu kena jalan belakang satu kumpulan, slow je jalannya. Teringat waktu mula mendaki dulu. Sekarang ni pun still slow lagi dengan mengah-mengah, tapi OK la sikit daripada dulu, mendaki 5 minit dah nak rehat hehehe


Agak-agak sebab orang depan tu slow sangat, saya pun mohon permisi untuk memotong barisan agiter

Kami sampai puncak pertama lebih kurang pukul 6 pagi. Yunuss seperti biasa, hidupkan dapur, bancuh teh. Kami solat Subuh berjemaah dekat puncak pertama, lepas tu breakfast sikit. Saya bukak gummy candy, edarkan. Lepas dah berkumpul semua, kami pun bergerak semula dengan penuh keyakinan ke puncak seterusnya. Mungkin sebab dah terbiasa ditipu dengan puncak tipu waktu mendaki, kali ni mendaki dah tak mental nak menghadap 5 lagi puncak tipu dekat Berekeh ni 

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Inilah coach Fareez aka teman mendaki paling setia walaupun kuat menderaku muahaha


Lepas satu puncak, puncak lagi. Yunuss, Naufal dengan Fareez biasalah, lesap dekat depan. Saya dengan Hakim mengah-mengah dekat tengah, dekat belakang Ita dengan Husna. Kami sampai puncak kelima yakni puncak terakhir lebih kurang 6.30, lebih kurang 1 jam setengah mendaki. Naa dekat atas tu penuh dengan manusia alahaiiii dah serupa macam pasar malam. Saya pulak seperti biasa, peluh gila. Yang lain ni, entah kenapa panjat bukit ke gunung ke peluh takdelah seteruk saya *membela lettew hewhew #fitnah* Saya panjat Berekeh ni pun habis lenjun baju basah dah macam baru lepas mandi.

Dekat atas puncak, masing-masing semua nak berselfie, macam-macam gaya. Kami seperti biasa bukak dapur dulu, bancuh teh. Masing-masing bukak ration. Ada biskut Chipsmore, biskut Tausa yang Lan bawak, kuih koci yang Hakim bawak, dan gummy candy. Air saya yang 3 liter tu saya bagi semua, suruh buat air teh sebab dah taknak bawak turun dah ahaha

Tiba-tiba Yunuss pun tegur saya dah kurus. Dia kata kalau compare masa dekat Gunung Datuk tu tembam. Hahaha kembang kejap kita. Sebab bangga kena puji dah kurus, kita pun celebrate makan banyak lagi hewhewhew

Lepas selesai minum-minum, kami pun berselfie juga. Tapi susah nak ambil angle cantik, ramai sangat orang. Lepas dah puas tengok sunrise, hari pun dah mula panas, pukul 7 lebih, kami mulakan perjalanan turun. Alhamdulillah, sebab beg pun dah ringan, kami shoot je ke bawah. Sampai dekat puncak pertama, kami berehat sekejap sambil bergosip pasal YYBTN haritu hewhewhew, regroup lepas tu terus shoot ke bawah. Sampai dekat lereng yang cerun mula-mula saya jalan slow-slow sebab tunggu orang depan tu, traffic jam pulak, lepas tu dengar ada perempuan jerit-jerit marah. Adoi ada orang psycho pulak pagi-pagi ni.

Fefeling buat Trans Berekeh, naik jalan lain turun jalan lain hehe

Lepas kami sampai dekat bawah lereng tu, Yunuss ajak ikut jalan yang dia rintis dengan Fareez pagi tadi. Katanya, jalannya lagi dekat berbanding jalan yang orang lain lalu. Sebab hari pun dah cerah, pagi tadi tak nampak apa, kami pun setuju. Beberapa kali jugak kami tersalah simpang, dahlah belakang kami ada orang ikut hahaha. 

Victoria Bitch Bridge yaww!


Disebabkan kami masuk jalan lain, keluar jalan lain, kami pun fefeling kami buat Trans Berekeh hewhew

Sampai je dekat entrance, hari dah panas. Kami ambil gambar dekat susunan kayu balak, balik ke kereta terus shoot ke Kuala Kangsar. Sebab malam tu dekat rumah Yunuss tak boleh tidur, saya pun tertidur dengan nyenyaknya. Yunuss ajak sembang lagi pasal teori konspirasi, ksiah para anbiya’ dengan sejarah, tapi sorry Yunuss, memang mengantuk gila kita terlelap terus waktu Yunuss tengah bercakap haha

Train to Berekeh - dibintangi oleh Kim Una, Lim Lan, Pan Doo Gong, Kim Tae-he, Lee Fah Reez, Nau Oppal, dan Yong Ee Ta. Kisah menyayat hati tentang 7 sekawan yang menunggu train tidak sampai-sampai ke Berekeh sehingga terpaksa menanti di jambatan sehingga mereka bertukar menjadi zombie.

Sedar-sedar je dah sampai dekat Victoria Bridge. Victoria Bridge ni adalah sebuah jambatan landasan keretapi lama yang melintasi Sungai Perak, sekarang dah jadi kawasan pelancong. Waktu kami sampai ni ada orang tengah buat fashion photoshoot chisss sibuk je. Lepas kami buat muka tak malu duduk jugak dekat landasan nak bergambar, *hello, tempat public okay. Bukan kau sorang je boleh guna hewhewhew* kami pun buat photoshoot sendiri, lepas tu bertolak balik ke rumah Yunuss.

Sampai-sampai je, dah ada breakfast y’all!  Nasi lemak pulak tu. Malu titew dapat layanan diraja dekat bandar diraja Perak hagitoh

Yunuss pun memperkenalkan kami dekat ibunya yang baik hati dan peramah. Kenyang kami semua makan nasik lemak, bertambah-tambah. Orang lapar disorong nasik lemak hehe

Yunuss perkenalkan kita dekat ibu, then ibu terus panggil kita Tuan Syed haaaa. Lepas basuh tangan nak makan nasik tu, sebab kuku dah masuk tanah dari mendaki semua, saya pun carilah sudu dengan garfu nak makan. Terus ibu kata ‘Hmm memang Tuan ni!” sebab saya sorang je makan pakai sudu dengan garfu, orang lain pakai tangan. Huu segan kejap titew awaa

Lepas makan, saya, Naufal, Lan dengan Hakim ikut Yunuss memanjat pokok langsat. Tapi yang panjatnya Yunuss jelah, kami duduk dekat bawah mengutip buahnya hahaha

Panjat laju-laju, sampai hujung langsat, apa dalam baju, seketul hmmm kuih tat...




Pandalela Dugong menunjukkan skilnya memanjat pokok langsat

Dahsyat Yunuss, pokok langsat kan tegak ke atas, selamba dia panjat sampai ke pucuk atas. Lepas boring duduk tepi jalan (Yunuss suruh kami sapa orang yang lalu lalang hewhewhew lawak je pakcik baru lepas menoreh pun kami bagi salam), saya pun masuk rumah, mandi. Lepas mandi tolong babysit Nizar, baby-nya Naufal. Yunuss pun ajar saya minum teh dengan buah markisa. Buah markisa atau passion fruit tu rasanya masam-masam, campurkan dengan teh dia akan jadi macam teh lemon. 

 
Lepas dah minum teh, ingat nak tidur kejap, sebab si Fareez dengan Hakim tengah syok tidur, tapi tiba tu Yunuss ajak tengok koleksi buku dia. Habis semua kotak-kotak penuh buku dia geledah. Rupanya baru tahu Yunuss ni bibliomania jugak macam saya. Segala-gala jenis buku, daripada komik dan majalah kanak-kanak, sampailah kepada buku teori konspirasi dia simpan. Kata Yunuss, dia sangat sayang buku-buku dia, sampai buku darjah 1 pun dia simpan lagi. Time tengah cerita dengan ibu, tiba ibu eksaited time kita cerita pasal ada satu buku untuk meramal nasib, ibu tepuk bahu kita dengan penuh teruja hahaha

Gambar ni ibu curi ambil time Yunuss selongkar kotak-kotak lama dia hehehe

Anyonyo! Uncle Yunuss menunjukkan bakat mengasuh anak-anak. Ehem, tak lama lah tu...


Lepas kami berguling-guling, tidur mandi segala bagai, kami pun nak bergerak balik. Waktu tu ibu dah start nak masak, huu sedih ja tengok muka ibu time kami kata kami dah nak balik. Lepas tu ibu suruh kami tunggu kejap, ibu rebus jagung. ’10 minit je!’ kata ibu. Ibu suruh saya belah buah tembikai. Kami semua dah macam hmmm OK serba salah semua hahaha. Sedih sebab ibu tak rela berpisah dengan kami

Lepas kami makan jagung dengan tembikai, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada ibu dan Yunuss, pack langsat berguni-guni masuk dalam kereta, bergerak ke Kuala Kangsar, pergi makan laksa sarang Pokok Limau (sedap gila babas weh kuah dia!), pergi masjid Ubudiah Kuala Kangsar, makan cendol, kemudian bertolak semula ke habitat asal hewhewhew


Laksa Sarang nya sedap awaa. Tapi dia suruh kami order air semua sama hmmm

 Malam tu sampai rumah pukul 9:30, dan kami mendapat perkhabaran sedih, sepupu Fareez meninggal dunia akibat kemalangan. Innalillah.

 So far, itulah pengalamannya mendaki Bukit Berekeh yang dah jadi serupa pasaraya haiyoo. Oh waktu kami turun tu, dekat entrance Bukit Berekeh tu dah ada orang meniaga makanan. Hmm pandai betul orang ambil kesempatan. Tapi disebabkan Bukit Berekeh ni terlalu jauh dan juga terlalu ramai orang, serta tak dapat pun tengok awan karpet sebab tak hujan, kami semua macam tak eksaited nak repeat untuk masa terdekat hewhewhew. Kalau nak repeat pun, mungkin lambat lagi.

Itulah saja nak cerita untuk kali ini. Jumpa lagi dalam edisi seterusnya. Sayang awaa semua, byee
 






No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter