DAY 2: HIGHER AIR TERJUN, SLIDING, CAMPFIRE DAN KISAH ATOQ
Malam bersilih siang
Tiap kali camping, mesti sebelum subuh automatically terjaga. waima penat macam mana sekalipun. Afiq selalu yang bangun paling awal. Well you know, pagi je mesti dah riuh dekat kem. Naja kata dia terkejut beberapa kali Adeng mengigau sebelah dia sambil mendengus ‘Sakit! Sakit!’
Bila Naja tanya Adeng kenapa, Adeng kata sejuk lol
Dekat fly sebelah sana, semua orang melurut ke bawah. Idk why, deorang kata angin lalu dekat atas jadi rasa sejuk, tu semua bermigrasi beransur-ansur ke bawah.
Pagi-pagi jugak dah ada group lain yang tiba dari bawah, sunrise attack. Kem yang malam tadi diam, jadi hingar. Khemah kami pulak yang paling dekat dengan air terjun, jadi semua orang akan lalu kawasan kami nak ke air terjun. Keluar dari khemah, Afiq cepat-cepat suruh saya solat.
‘Pukul 6 tadi matahari dah naik!’
kata Afiq. Dari remang fajar siddiq, nampak awan karpet, saujana mata
memandang. Masa tu otak belum betul-betul bangun, belum 100% boleh menanggapi sketsa alam di depan mata.
Lepas siap solat, terus kami melangkah ke tepi air terjun. Waktu ni dah bangkit, dah mula sedar pemandangan. Kalau semalam dah cantik, hari ni subhanallah lebih-lebih cantik lagi.
Danaunya di langit. Eh
Words can’t even describe the scenery. Bayangkan kalau ada lautan yang dibuat daripada gula-gula kapas. Can you imagine that? Dan daripada celahan awan gula-gula kapas tu, matahari naik perlahan-lahan. Daripada pukul 6, sampai lebih jam 9, awan karpet masih bergulung, bermalasan. We are really higher than the clouds.
Kami berphotoshoot bagai nak rak, of course kan. Datang Kem Baha, merentasi 4 sempadan negeri naik keretapi, untuk menikmati alam dari satu perspektif unik. (We haven’t realised it yet, but the most important thing that we picked up along the journey was in truth, the friendship #cheesylel)
Red passion.
Lepas matahari dah mula panas, pinggir air terjun pun dah mula kosong, sarapan mula dimasak. Pagi ni menu nasik lemak, well mestilah kan telur dah bawak satu sarang kalau tak buat nasi lemak telur apa gunanya hahaha. Walaupun pecah satu, kata Afiq, contigency, tapi 29 bijik untuk 14 orang. Sorang still dapat 2 bijik.
The clouds are the real snack there.
Time ni Atoq suruh kami sidai beg semua yang basah semalam kena hujan. Bapak-bapak kan Atoq hahaha macam ayah suruh anak basuh kasut masa cuti hujung minggu. Sebab seluar saya ni ada kesan darah malam tadi kena gigit pacat (guys did you know pacat – technically lintah ada 32 otak? #randomfacts) pagi-pagi ni saya dah mandi nak membasuh seluar. Lepas tu basuh kasut dan stoking sekali yang berlumpur-lumpu semalam. Penuh batu-batu besar dan pokok sekitar air terjun tu kami jadikan ampaian.
From Stong to stinggan real quick lol
Atoq dan Jan di tepi sungai pagi ni menggoreng cekodok tepung. Dapatlah pow deorang seketul dua sementara menunggu nasi lemak masak.
Siap nasik lemak, kami bersantap
di tepi sungai atas kayu balak yang melintang. Best weh tiap kali makan je ada
view air terjun. Siap-siap basuh pinggan mangkuk, baring-baring bawah fly,
ingatkan hari ni nak chill je dekat campsite TLDM (tidur lepak dan makan) *boleh
jadi juga TUDM - tidur, UNO dan makan* tapi deorang kata Pokcu suggest naik ke
atas, naik ke even higher air terjun. Actually tak tahu nama air terjun tu, tapi sebab dia dekat atas lagi daripada Kem Baha maka saya sebut higher air terjun je.
Saya dengan Sapek kan geng jentera berat, kami nak stay je dekat kem mula-mula. Alaa sini pun dah ada air terjun kenapa nak naik. Mindset, lepas sampai Kem Baha ni perjalanan dah tamat. Tak payah hiking dah.
Cue: Atoq’s entrance. Habis diuli-uli
lemak dekat perut saya disuruh naik. ‘Jomlah, takde hiburan dekat atas nanti!’ Aduh
senak kot jari dia cucuk. And what do you mean hiburan? Is that all I am to you? A hiburan? Tibeh emosi
‘Kesian dekat Sapek. Dia kan slipped disc? Siapa nak temankan dia?’ hagitu alasan.
Masa deorang nak bersiap tu, Sapek tanya ‘Best sangat ke air terjun atas ni? Kejap Google.’ Yeah in case you’re wondering, dekat Kem Baha ni ada line. Bila dah Google, dia tunjuk gambar dekat saya.
‘Nak naik tak?’
Wehh cantik kot air terjun atas.
‘NAK!’
Kami berubah fikiran, nak naik atas jugak. Gitu sekelip mata je berubah. #dasar
Sebab kasut dah basuh jemur, tak boleh nak pakai. Saya pakai selipar je naik atas. 30 minit je kata Pokcu, kali ni saya memilih untuk percaya. Gamble jelah walau takut jugak selipar Fipper putus. Oh btw selipar Fipper memang terbaik. #testimoni naik turun air terjun lepas
Surprisingly, walaupun 30 minit, saya rasa pendakian ke atas kali ni lagi sulit dari semalam. In terms of masa, semalam lagi panjang, tapi in terms of kesusahan, harini lagi banyak terrain yang bahaya, at least for me. Ada beberapa slope yang lagi bahaya nak naik berbanding semalam – ada batu yang bertali, ada tangga, batu-batu sungai. Ataupun sebab pakai selipar jadi rasanya lebih berhati-hati.
Beberapa kali ingatkan dah sampai, tapi Pokcu teruskan lagi berjalan. Nak kata betapa banyak air terjun yang ada dekat sini, mana-mana air terjun boleh stop dan jadi tempat bermandi. Sampailah ada satu air terjun tu, yang ada dua air terjun berlainan jatuh ke bawah membentuk satu sungai.
Dekat sini, saya dengan Fauzan
sampai dulu dekat satu waterfall kecil. Fauzan turun dulu, sliding atas batu ke dalam kolam. Mula
nervous, tapi tengok Fauzan berjaya je, saya pun sliding sekali. Mujur ada cushion natural di pungkoq, yang lain kurus-kurus semua kesakitan terloncat-loncat atas batu hehu rasain lo! Kutuk lagi kan hiker montel bahahahaha
Lama juga kami dekat sini, Nisa dengan Didiy tak naik sampai atas lagi. Deorang maintain main dekat air terjun yang bawah sikit. Ada pulak tempat kayu tumbang celah air terjun, terus dijadikan tempat bobois berphotoshoot.
Lepas berjam-jam mandi dan bergambar, kami turun semula ke air terjun semalam. Dekat kolam yang ini, tempat sliding lagi tinggi, kena naik tali. Semalam airnya laju, harini dah tenang. Tempat sliding ni lah selalu nampak orang share dekat socmed kalau pergi Stong. Sliding ni tinggi, nampak memang horror turun dari atas.
Dekat sliding ni, ada 3 mental barrier. Pertama, kena panjat tali dari bawah nak ke atas. Kedua, nak berjalan dari tempat tali ke tempat sliding. Ketiga, nak beranjak ke atas tempat sliding tu dan melungsur ke bawah. Yang ketiga ni requires kita untuk make that leap of faith, to lose control.
Bagi saya mental barrier nak di overcome paling susah ialah dari bawah nak panjat ke atas. Sebab takut tergelincir mostly. Afiq macam biasa, fearless. Dia orang pertama gelungsur.
Orang kedua, Jan. Ketiga baru saya. Itupun berapa lama duduk dekat atas tu nak overcome the mental barrier. Lepas dah berjaya terjun oh my I was ecstatic. ‘I did it!’ saya melaung gembira.
Majoriti dari kami slide termasuklah the only 2 wanita, Didiy dan Nisa, kecuali beberapa orang *jeling tajam*
Syiemey punya narrative hagitu always about overcoming his fear of water bodies, if I may. Syiemey paling takut kalau melibatkan aktiviti terjun.
Ada yang terjun lebih dari sekali. Masa bagi encouragement suruh Naja slide, saya kata takde benda nak takut. Naja tanya saya, kenapa taknak repeat kalau tak takut? Lol sekali cukuplah
Pokcu menutup aktiviti sliding kalini, dengan sliding secara berdiri. Standing ovation. 10, 10, 10 across the board!
Lepas siap sliding semua, kami
kembali semula ke kem. Dekat sini Atoq mula buka cerita. Katanya tengah
menderu-deru air, dia terdengar sayup-sayup anaknya memanggil. PTSD Atoq
triggered kepada kejadian kepala air yang dialaminya tahun lepas.
Dabong Fashion Show, 2022
Time nilah juga ternampak satu figura yang dinanti-nanti – kak Zura dah sampai bawak tembikai laici yalls! Allahu terharu semua ada. Menjerit-jerit na kami dekat kem excited nampak kak Zura datang bawak tembikai laici dalam botol.
‘Nanti botol ni akak nak balik tau!’ kata kak Zura.
Kak Zura handing over tembikai laici dalam botol. We love you kak Zura!
Later on petang tu bila sembang dengan kak Zura nak pulangkan botol, dia kata bila hujan petang semalam, dia cakap dah memang rezeki kami untuk dapat awan karpet pagi tadi. Kata kak Zura beberapa minggu lepas trip dia takde langsung awan karpet. Alhamdulillah syukur. Such an irony kan, untuk dapat the greatest view kena suffer melalui hujan lebat. Such is life. Kata kak Zura, turun je semalam dari Stong, dia pergi ke kedai makan, order tembikai laici dalam botol.
Balik rumah dia bekukan, pagi
tadi dia keluarkan dari dalam peti sejuk bawak naik atas. Allahu patutlah sejuk
lagi air tembikai laici dia. Guys, I’m actually lost for words. Bayangkan kita
nak sangat air tembikai laici atas gunung, dan kita dapat air tembikai laici
dalam gunung. Doa yang dimakbulkan lah kan tu?
Kak Zura ni kerja seharian dia ialah fitness instructor. Class. I mean literally class as in dia kata dia ada class fitness masa weekdays, masa weekend dia jadi malim gunung lel
Menu kami tengahari ni nasik putih, ayam masak kicap. Dapatlah sikit sorang merasa air tembikai laici (to those yang tak merasa I’m so sorry. Hit me up I belanja tembikai laici mkay dekat luar kekeke) Lepas siap makan, kami menyambung sesi bermain indoor games di setting outdoor. Kali ni main UNO Flip. Bila main UNO Flip ni all bets are off. Strategy semua takde sebab banyak sangat wildcard. Tengah nak menang tiba kena flip. Game ni jadi sangat panjang, letih gelak pun iya.
Petang ni si Syiemey mula dah nampak tak sihat. Kami gurau dengan dia, sebab dia tak turun sliding tu demam. Orang lain semua adrenaline dah bawak keluar, Syiemey je tak terluah. Itu jadi demam hahahahaa
Dah petang sikit angkat baju dari jemuran, start masak untuk dinner. Ya trip ni memang TLDM. Kami bawak keluar semua beg dari pondok guide, sebab ramai orang macam tak proper kan letak beg dekat situ. Kami jadikan beg sebagai penahan angin dekat dalam fly.
Tak lama tu malam menjelang, sedar tak sedar Kem Baha ni dah penuh dengan manusia. Tapak-tapak lapang yang kosong sebelum ni, harini tak semena-mena dah penuh. Nak pergi kencing dekat sungai pun segan takut orang nampak. Toilet apatah lagi penuh sokmo.
Makan malam, nasi dengan ayam masak rendang. I like sebab rendang dia berkuah-kuah. Selesai makan, tak tahu siapa yang mulakan, tapi campfire mula dinyalakan. Sedikit demi sedikit, kayu kayan yang entah dari mana bertimbun jadi umpan api.
Ground picnic Syammil dibuka, bersendat-sendatan kami duduk. Dapatlah sikit sorang duduk melabuh punggung.
Adeng jadi DJ malam ni, request lagu dengan dia. Ingatkan dia guna speaker bluetooth, rupanya letak phone dalam kole besi je nak amplifykan bunyi.
Masing-masing membakar marshmallow, buat smores. Cucuk je marshmallow dekat ranting kutip mana entah haha. Nampak ada window of opportunity, saya pun terus cakap dekat Atoq. ‘Atoq, ceritalah. Pengalaman kepala air.’
Afiq = Jaafar in Aladdin
Sebab teringat Atoq kata tadi masa dekat air terjun apa semua terngiang-ngiang suara anaknya memanggil. Untuk sampai tahap macam tu, mesti level trauma dia tinggi sejak tragedi kepala air tahun lepas.
Atoq pun mula bercerita, daripada mula dia decide sekeluarga nak camping ke Kenaboi sampailah diselamatkan orang Asli. Bagaimana tanda-tanda mulanya keluar lipan dan buih-buih dari tanah, bermakna segenap ruang dalam tanah sudah dipenuhi air.
Bagaimana perlahan-lahan Atoq dan isterinya melihat kereta mereka tenggelam sedikit demi sedikit, bunyi debris mencalar kereta mereka dalam air. Bagaimana orang Asli hanya mampu memandang mereka dari jauh tanpa dapat berbuat apa-apa, dipisahkan oleh sungai yang arusnya makin menggila.
Saya duduk sebelah Fauzan, setiap kali Atoq bercerita Fauzan akan memberi fakta tambahan. Tanah ladang orang Asli terbelah tiga, Fauzan sendiri yang masuk ke dalam kawasan tersebut menaiki motosikal mencari Atoq. Bagaimana Fauzan secara tidak sengaja menjadi mangsa amukan amarah mereka yang risaukan Atoq.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
- Mata Ayah, Usman Awang
Atoq bercerita penuh perasaan kejadian kepala air yang melanda keluarganya Disember lalu.
Pihak berkuasa mulanya menganggap Atoq sekeluarga antara mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut. Cerita Atoq ni kalau tak dengar dari mulut sendiri, rasa macam tak percaya. Tapi dari penceritaan Atoq, memang dapat rasa ketakutan waktu semuanya berlaku. Paling takut bila Atoq kata satu tahap sekeliling dia digenangi air, Atoq rasa dipanggil-panggil nak terjun ke dalam. Untuk cerita penuh, yalls boleh book trip dengan Atoq. Dengar cerita dari dia sendiri baru feel.
Sebab lama sangat campfire kan tibajah semua jadi lapar. Tiba request gegurls buatkan maggi lobster. Ya rabbi dap uh tapi sebab terlalu pedas takut nak makan banyak takut esok nak memerut. La ni bila fikir balik terliur rasa
Dalam pukul 1 jugak kami masuk
tidur malam ni, sambil api terus membakar. Syammil mula nak tidur dengan adik
dia, Saiful lol hemek dah siap pasang. Tapi tiba Syammil kata takut tidur dekat
luar. Syiemey pulak demam jadi dia tidur dekat bilik rawatan khemah Atoq dan
Jan, jadi Syammil ambil tempat Syiemey bawah fly.
Kesian Syammil malam sebelum ni dia tak boleh tidur.
Speaking of which, trip kali ni banyak betul kekeliruan identiti. Syiemey terkejut bila tahu Saiful dengan Syammil aren’t related at all. Juju confuse nama Syiemey dengan Syammil. Juju siap kata ‘eh ada sorang lagi kan nama Syammil?’ Juju pulak, namanya Aizuddin, macam senpai. And dekat UTP orang panggil Juju senpai, makanya bila panggil either Aizuddin atau senpai Juju akan toleh haha
Syammil (kanan) dan adiknya yang terpisah sejak lahir, Saiful
DAY 3: KEMBALI KE KETAMADUNAN
Esok paginya kami bangun solat subuh. Nyenyak bangat ini malam saya langsung tak terjaga sepanjang malam. Sama macam semalam, pagi ni pun dah riuh. Dari pukul 5 dah dengar orang datang melihat sunrise. Yihh pagi-pagi dah ada orang suluh-suluh headlamp ke khemah kita.
Itik Atoq salai. Saki baki asap dari campfire tadi malam
Sebelum solat subuh kami beratur di toilet (gara-gara Maggi lobster pedas). BTW toilet ni takde air, kena tadah dekat air paip luar. Tapi OK lah dari takde toilet langsung.
Pagi ni sebab semalam tak hujan, awan karpet ada, tapi tak semeriah semalam.Cumanya, kabus molek pagi ni (does that sound Kelantanese? I'm trying 😁)
Smoke fills the skyAnother day in a new town for me
Breakfast kami spaghetti aglio
olio (kots?) dan telur-telur yang berbaki semalam digoreng bersama baki rendang
ayam. Makanan dihidang di air terjun pagi ni, kali yang penghabisan. Tapi kayu
balak tempat duduk tu dah takde, semalam ada orang potong dengan chainsaw. Pagi ni kabus kadang naik menutupi seluruh kem, visibility hampir sifar. Rasanya ni selalu orang panjat Everest panggil 'whiteout' bila pandangan mata dikaburi salji dan kabut putih. Anyways, 'Makan dalam kabus', checked 😁✅
The last morning
Kami siap-siap kemas barang mana dulu yang boleh sebab nak main air buat kali terakhir. Eh tiba-tiba pulak harini ada bola, jadilah buat permainan.
Kami mandi di kolam air terjun tempat sliding semalam. Tak pasti apa yang membuatkan kami seronok sangat main air walhal ada satu bola je, lepas tu kami bahagi 2 team main polo. Mungkin bila dah berusia ni jarang sangat kita give in to our impulse just to have unabridged fun, kita rasa macam kita tak layak untuk bergembira macam anak-anak sebab social standing kita – sebagai seorang ayah, suami, anak, pak cik, pemimpin, pekerja yang perlu menunjukkan sisi matang setiap masa. Strip that away, and we’re left with outselves in our most basic form. Perhaps explaining why this trip was too valuable to us. To reconnect with our inner child. To reconnect with people most valuable to us.
Atoq lah yang duduk tepi remind kami mengenai masa, takut kami main tak ingat dunia kang pukul berapa nak turun. Ayah-ayah kan hahaha
Balik ke khemah, kami mengemas baki-baki barang. Mujur kaum waniter belum turunkan khemah lagi jadi kami pun taklah rushing kemas barang. Whew finally this is it.
Kasut, thank God semuanya kering. Rasa inilah first trip bermalam turun semula pakai kasut yang bersih dan kering.
The last group pic, I reckon
Kami bergambar di pintu masuk Kem Baha sebelum memulakan perjalanan turun. Sorry team sweeper, harini I dengan Sapek pengkhianat haha kami turun cepat-cepat. Weh BTW kalau makanan ontrek saya nak cepat bagi gula ialah gummy candy, makanan Sapek ialah makanan baby. Yang buah-buahan blend lepas tu hisap dari straw. First time try, tapi boleh consider untuk next trip.
Kali ni turun terasa cepat sangat
berbanding naik. Cuma kami dah tak lalu air terjun, terus sampai ke homestay di
kaki gunung. Cuma turun ni dua kali bertemu Atoq. I'm so flattered lol Atoq kan bila on track tak pernah sekali, sokmo pantas lajak ke hadapan.
Sampai bawah semula, siap mandi semua, kami solat dekat surau. Kereta Pokcu kemudiannya membawa kami semua ke mercu tanda Stong, seterusnya ke Che Da Mee Udang Galah. Gigih lah dia angkut kami beberapa trip.
Eh nilah last group pic lol
Kedai Che Da Mee Udang Galah ni enak bangat dahlah murah. Satu mangkuk cuma RM15, dengan 3-4 ekor udang, ikut saiz. Saya tak suka mee kuning, jadi saya pilih maggi. Kuah dia biasa sedap dah, tapi bila pilih Maggi lagi sedap sebab ada extra perencah Maggi kari.
Special shoutout to Adeng, bakal pengantin!
Train kami pukul 11.20 malam, jadi banyak sangat masa terluang nak menunggu train. Senpai dengan Juju pioneer letak je beg dekat depan kaunter stesen, lepas tu konpiden chow macam tu. Nampak sangat kan beza confidence orang yang selalu travel overseas dengan kami ni hahaha tiber. Nampak deorang berani je letak beg situ, kami pun ramai-ramai kumpul beg tu setempat dan tinggalkan begitu saja.
Kami berjalan-jalan ke sekitar pekan Dabong, dekat kawasan padangnya ramai gila manusia. Kata Juju, untuk orang-orang sini, tempat nilah KLCC. Dabong City Center. Lol tagune
Ada pasar juga dekat sekitar Dabong. Kami belilah buah-buahan sikit, kacang-kacang sikit nak buat piknik sebelum naik tren. Saya amused tengok Atoq amused dengar anak-anak kecil kecek Kelate.
Sementara menunggu train, kami sempat main Uno Flip kali terakhir, Syiemey pulak demam makin panas. Train Nisa awal-awal dah tinggalkan kami, pukul 8 malam tadi.
Dalam menunggu-nunggu train sampai, saya dengan Sapek cerita pengalaman kami dekat surau malam pertama dekat Kem Baha, tiba Atoq pulak buka cerita lagi horror pasal Kem Baha. Katanya Kem Baha ni dari sudut makhluk halusnya terbahagi dua, yang baik-baik dekat sebelah tempat kami dirikan khemah, yang tak berapa baik dekat seberang sungai.
Bercanda di tepian trek keretapi
Kata Atoq, orang-orang yang tahu kalau ada orang kena rasuk dia akan tanya yang merasuk tu datang dari mana? Lazimnya dia akan tunjuk arah seberang sungai. Time nilah Atoq bukak cerita (eh Atoq ni memang sangat atok-atok yang bercerita dekat cucu-cucu time balik kampung haha) tentang seorang karakter pendaki bernama, (urm kena ubah nama dia) untuk confidality, kita panggil namanya 'Nurfaizah' #ytjt.
Menurut Atoq yang pernah beberapa kali hiking bersama Nurfaizah, Nurfaizah ni sangat mudah ‘terkena’. Dengan hijabnya yang terbuka, dan badannya yang agak lemah, Nurfaizah ni paling mudah kena kacau.
Menurut Atoq, Nurfaizah ni family dia sendiri ada sejarah. Nama keturunannya sendiri kata orang mudah terkena. Nurfaizah ni dilahirkan dengan birth defect, tangan kirinya tak berjari. Kata Atoq, masa dirasuk dekat Kem Baha, si Nurfaizah ni korek sampah-sampah dan makan dengan lahapnya sampah-sampah tu dengan tangan kirinya.
Paling horror Atoq cerita pengalaman dia hiking dengan Nurfaizah di Kuala Kangsar, tempah homestay sebelum mendaki dekat satu apartment. Yang esoknya bila disiasat, apartment tu dah lama ditutup tiada berpenghuni. Entah macam mana deorang boleh book apartment tu sedangkan apartment tu rupanya langsung tiada manusia. Dekat apartment tu, masa Nurfaizah gunakan tandas, dia pandang atas. Ada wanita rambut panjang yang lehernya patah sedang turun dari atas siling ke arah Nurfaizah .
Nurfaizah terus kerasukan. Dalam dirasuk tu kata Atoq, Nurfaizah boleh berlari menggunakan lutut. Badannya mengerekot dua. Belum sempat menutup sesi kisah mistik kami, train pun sampai. Awal daripada jadual.
Atoq demonstrasi badan Nurfaizah terpatah dua #CeritaAtoq
Masuk je train semua dah bersetuju nak lepak dekat cafe. Kami letak beg terus berlari ke cafe. *Taklah berlari lol saja dramatik* Syiemey masuk je train, terus terbaring atas katil.
Adalah drama sikit dekat cafe ni, meja saya, Afiq, Juju dengan Didiy order maggi sup, dia buat 2 mangkuk. Mula kami ambil satu je, tapi sebab maggi dia sedap, yang salah order tu pun kami ambil hehe. Kami order teh tarik, walaupun tak kacau semua susu dia dekat bawah, manis leting bak kata demo. Kami tambah dengan air masak sebab tak tahan manis.
Meja sebelah – Senpai, Naja, Syammil, Saiful ada order yang silap, ada yang tak dapat.
Masa ni dah rasa mengantuk ya amat. Bangun seawal subuh dah takde rehat, aktiviti dari pagi main air, hiking turun dari Kem Baha, lepas tu jalan dekat bandar Dabong. Dalam 12.30 gitu, kami bersurai ke katil masing-masing. Semua salam dengan Naja siap-siap sebab dah taknak bangun subuh tu nak babai dia.
Bangun subuh tu, saya sedar train baru bergerak dari stesen Mentakab, means Naja dah turun. Sampai dekat stesen Gemas semula dalam pukul 7.50, sampai je senpai, Sapek, Syammil dengan Saiful dah kena berlari ke ETS sebelah.
Sampai je stesen, Ostad Fairus dah menunggu Didiy. Kami lewat 30 minit dari jadual. Saya Afiq Juju Atoq, Jan dengan Didiy dan Fairus breakfast sekali buat kali terakhir di Gemas. Syiemey je sorang pitam dalam kereta, tak larat sangat nak bangun. Didiy dan Fairus lepas ni nak bergerak terus balik kampung.
Sebelum bergerak, kami singgah dekat Family Mart, Afiq nak beli kopi takut
mengantuk nak drive. Saya dengan Jujuy beli soft serve durian. Sepanjang jalan balik ni, kami bertiga choir lagu Celine Dion lol
Kami sampai semula ke Putrajaya pukul 12 tengahari, lepas siap punggah beg semua, Juju tak jumpa kunci motor dia. Wehh kami selongkar habis beg dia hahaha mujurlah jumpa.
END OF STORY
Whew panjangnya entry kali ni. Wasn’t expecting berjela-jela tapi itulah, mungkin sebab terlalu banyak memori dan anekdot, banyak nak dicerita. Ingat nak update kemudian sikit, tapi si Naja dah siap udpate blog dia pastu dia nak linkkan blog dia sekali, dah rasa obligated pula nak siapkan cepat haha
Naja jarang lepas habis trip nak update blog, apatah lagi immediately, which means banyak terbuku lah tu emosi dia nak luahkan. I can tell from the fact he hasn’t left the WhatsApp group that Naja still feels so strongly about this trip. Usually lepas habis trip bila group WhatsApp tu still active, Naja akan leave, unlike me saya stay je sampailah orang yang remove hahaha
So that’s it folks. Jarang ada trip yang kita selesa dengan semua ahli dalam lineup. This trip is one of the rare exceptions. Minor inconveniences kita rasa bittersweet sebab menjadi sebahagian dari pengalaman manis kita. Dan Kem Baha ni is just too perfect for us, taklah begitu accessible sampai penuh manusia takde privacy, but at the same time taklah susah sangat nak didaki.
Thanks to the 13 of yalls, proof to me that it's never too late to create new friendships, to amend the friendships that have been tainted, and to be brave in face of an uncertain future, where perhaps, not all of us will stay together. Here's to more trips together!
With that, I bid my farewell. May we meet again, young and beautiful people.
XOXO
- Bad, hiker terpaling montel
No comments:
Write curses