Entry kali ini nak bercerita
tentang pengalaman saya minggu lalu mendaki ke Kem Baha, di Gunung Stong,
Dabong, Kelantan dari 22 ke 24 September 2022.
Pengalaman kali ni rasanya paling unik. Sebabnya sebelum-sebelum ni pernah naik kapal terbang nak hiking gunung (Gunung Kerinci, Indonesia), naik bas (Yong Yap-Bubu-Tok Nenek), selalunya naik kereta. Tapi belum pernah lagi naik keretapi nak pergi hiking. There's a first time for everything kan. Train ke Dabong ni kena naik di Gemas, jadi kami semua (except for a few) kena bergerak ke Gemas untuk memulakan perjalanan.
Trip kali ni, sebenarnya macam biasalah, dah lama rancang tapi asyik 'bila nak pergi? bila nak pergi?'. So in the end, kami (read: Naja) decide je tarikh, beli tiket dan rancang trip start dari situ. Asal kami beberapa orang je, tapi tibajah lineup membiak jadi 14 orang. Kami pilih tarikh seminggu lepas hari Malaysia in hopes that lepas habis cuti panjang jadi takdelah ramai sangat orang.
First time jugak kali ni kami disertai dengan wajah-wajah baru ahgitu. Ada Nisa, wife kepada Aizuddin@Juju (pernah camping sekali dengan Juju literally seminggu sebelum dia menikah), Juju satu batch MRSM Langkawi dengan Afiq, Sapek kawan MRSM KK kami (kami being me and Naja, sebab kami berdua yang selalu trip sekali kan), Saiful adik kepada Sarah isteri Mohsin. Wajah-wajah yang tak berapa baru, ada Atoq dan dua pupu beliau, Fauzan@Jan. Ada Aizuddin-senpai, senior MRSM TGB kami. Ada Adeng, walau beberapa kali udah camping sekali, belum sekali ontrek dengan beliau. Adeng tak ikut naik train dengan kami, dia sorang naik bas.
Dah circle of friends pun merge together kan, nama saya separuh panggil Syed, separuh panggil Bad. Lulz. Putting this disclaimer sebab takut deorang confused baca entry Naja referring me as Syed hahaha
Afiq seperti biasa, gogo kami merangkap pakcik kantin. Oh Syiemey pun ada kali ni, jemputan khas dari negara seberang. Nak kata trip ni hardcore, takdelah teruk sangat tapi sebulan sebelum berlepas saya, Naja, Sapek dengan Syammil adalah panjat Gunung Datok sekali just nak taaruf semula dengan gunung kan lama nau tak mendaki.
Seminggu sebelum pergi dah mula serabut dah, sebab perjalanan kami agak panjang dan bertukar-tukar mod pengangkutan, jadi dok fikir 2 hari perjalanan tu nak pakai apa? Barang-barang nak angkut dalam train macam mana? Kasut/selipar/sandal?
Barang bukan setakat barang personal, barang company lagi. Pulak tu 3 days worth of stuff. Yihhh tertekan jugaklah. Mula ingat nak drive ke Gemas, lepas tu macam malas nak drive sebab tak tahu parking selamat ke tak ingat nak naik train je, tapi lepas tu malas jugak nak naik train sebab fikir barang banyak. In the end sehari sebelum jalan baru decide nak bawak kereta ke sana.
Malam kejadian, barang-barang belum habis kemas. Janji nak gerak pukul 9.30. Pukul 9 tu bila saya check kasut, naa terkopak sudah tapaknya. Gilos kan nak hiking tapi kasut hiking takde, lagi 30 minit nak gerak ni. Mula saya gamble nak pakai sandal je, tapi aih sandal tu macam licin tapak dia, kalau hujan tergelincir batu. Strap dia pulak asyik tercabut.
Naja dengan Syiemey kata easy hike, 30 minit dah sampai Kem Baha. Jadi kalau pakai sandal pun OK. Mula daku hampir percaya, tapi fikir balik, deorang punya 30 minit, 3 jam aku.
Fikir punya fikir, rushing lah pergi Alamanda harap kedai Bata bukak lagi nak beli kasut Power sepasang. Mujurlah 9.40 dia bukak lagi, saya test saiz kasut, dalam pada tu Syiemey call, Afiq call, Juju call. Saya suruh cepat-cepat je salesperson tu bungkuskan dan bayar sebab nak gerak sangat dah ni.
Sampai rumah semula, Juju dengan Afiq dah sampai. Kami siap-siap alihkan barang dalam kereta, lepas tu terus bergerak ke Gemas.
Kelakar dalam group WhatsApp masa tu, si Atoq pulak salah tengok tarikh yalls dia ingatkan esok malam gerak siap dia dah plan nak hantar orang ke airport esok tu. Dia terkejut kitorang semua dah bergerak start dari petang tu, starting dengan Syiemey dan Jan paling awal sekali bergerak dari JB.
DAY 1 - KEM BAHA
Perjalanan dari Putrajaya ke Gemas memakan masa dalam 1 jam setengah. Afiq driving, saya copilot, Juju di belakang. Kami takdelah rushing, tapi tak jugak slow. Traffic clear sebab bukan malam weekend. Sampai-sampai je dekat KTM Gemas, kami cari parking berbayar. Thankfully dekat KTM Gemas parking public dekat pekarangan stesen je, dan Afiq tanya pekerja KTM yang kebetulan park dekat situ, katanya parking situ selamat je untuk tinggalkan kereta bermalam.
Kami turunkan barang-barang company berserta ration dekat parking KTM, agih-agihkan kepada ahli-ahli trip untuk bawak naik train. Masa tu Syammil, Saiful, senpai dengan Sapek (wait, 4Ss?) dah sampai, deorang naik ETS dari Kajang dan KL Sentral. Kelakar deorang kata deorang dah nampak Saiful tapi tak tahu Saiful join sekali trip ni sebab deorang belum kenal (now 5Ss?). Nak tegur pun segan-segan. While Atoq, Syiemey dengan Jan dah sampai tapi deorang lepak kedai makan tunggu kitorang *jeling tajam* hehe
Surprisingly, deorang semua bawak...topi. ‘Wehhh tak dapat pun memo!’ saya kata ke senpai. ‘Entah, siapa yang dalam group ni, siapa yang takde?’ Jawab senpai. Sebab senpai tak masuk pun dalam group WhatsApp besar sebelum trip. Dia kan zuhud taknak dikenali muahahaha
Anyways, dalam kami mengemas-ngemas, masa pun berlalu, tapi Didiy tak sampai-sampai. Time kami dah siap kemas barang nak bergerak naik train, baru nampak Didiy. Ostad hantor Didiy sampai ke Gemas. Rupanya Didiy relaks sebab dia ingatkan train bergerak pukul 1.38 pagi. Waktu sebenarnya is 1.18 pagi. Menggelabah lah Didiy train nak jalan sangat dah masa dia naik haha siap tak sempat scan tiket pakcik tu suruh masuk je.
So nak kata, train ke Dabong ni agak punctual juga. Ingatkan ada delay-delay. Bila train mula bergerak, kami dah letak barang dekat katil masing-masing, I was so excited! Ni memang first time saya naik train seumur hidup (I mean, LRT, MRT dengan komuter tak kira kan?) jadi perasaan selok bak kata orang Pahang haha tak boleh nak hadang-hadang.
Masing-masing semua taknak tidur lagi, dok berjalan dari gerabak ke gerabak, sebab tiket beli asing-asing kan jadi semua terpisah gerabak. Cuma satu jelah yang sama, kami semua dapat katil atas. Kami beli tiket sebulan sebelum berlepas. Ada orang kata nak dapat katil bawah tu 3 bulan sebelum dah kena beli tiket.
Last sekali kami lepak dekat cafe minum-minum air panas. Saya lepak dengan Jan dan Atoq dekat cafe, Atoq seronok nak tengok pemandangan dekat luar, tapi kalau malam tak nampak apa Toq kecuali kalau lalu bandar. Atoq kata katil dia sempit. Dia kata 'Kau mesti tak boleh nak pusingkan badan kan Bad?' pastu dia gelak eh henlooo badan bulat lah senang nak pusing mkayy bahaha
Speaking of which, sokmo lah jadi hiker paling montel dalam mana-mana trip. Trip ni tak berkecuali. Afiq pulak asyik remind je 'Bad badan dah naik' wehhh sedih. (Balik trip terus makan salad 24-7 tak mau dah jamah teh tarik.)
Atoq dan saya kalau dalam nature of business 9-5 kami, akan ada gap yang considerably lebar, I would not dare address him as his first name, let alone his nickname. Tapi tulah, gunung menyatukan perbezaan. That gap is almost nonexistant here. Best kan, dalam dunia ni tak semua tempat perlu dalam binari putih-hitam. Ada juga tempat-tempat wilayah kelabu norma biasa tidak teraplikasi. Contohnya atas gunung, kita semua kawan takde jurang (kecuali jurang generasi, sebab Atoq dan senpai dah berusia #carut).
Anyways, cafe dia OK lah kot. Saya order burger dengan air teh tarik. Teh tarik nice jugak rasa dia. Taklah mahal sangat. Burger dia lah macam burger stadium. But still for me bolehlah I tak memilih makan kalau trip ahgitu
Lapar pun iya juga sebab tak dinner, sempat makan potato chips je dalam kereta tadi. Sebab drama barang tak kemasnya, dengan tapak kasut tercabutnya. Mana nak menyempat ye dok (padahal sebab selalu kemas barang last minute...)
Dah lama tahan mengantuk, dalam pukul 2 lebih, lepas ikat beg dekat tangga, saya masuk tidur. Deorang kata si Juju dengan senpai duduk bukak laptop buat kerja dekat cafe. I was like wuddd cemerlangnya
Eh btw beg kami gedabak, dengan ration tak habis kemas, kasut hiking, selipar Jepun sejadah segala bagai dalam beg-beg kecil. Azahari kata dalam train surau takde sejadah, lantai kosong je. Tapi train kami lagi advance, surau pun takde T.T. Nyudahnya solat kami atas katil je.
Beg hiking tu terpaksa ikat je dekat tangga sebab tak muat letak atas katil.
Train ni lampu dia tak tutup, tapi ada langsir untuk privacy dan menghalang cahaya lampu masuk ke katil. Dalam pukul 4 gitu kot terjaga tiba nampak Naja tengah berjalan catwalk sambil sengih-sengih. Naja naik dekat stesen Mentakab.
Thanks Jan tolong ikat beg yang bergelimpang. Thanks Syiemey tolong tengok 🙄
Pagi-pagi tu saya bangun ke toilet. Ingatkan nak tahan je perut dari membuang, tapi ternyata guwe ga bisa. Toiletnya hazab. Agak sempit dan horror sikit, tapi dah tak tahan nak membuang huhuhu. Terasa bagai seorang gimnas terkehel-kehel kaki lengan nak bukak seluar baju apa semua dalam toilet yang sebesar setengah kangkang kera. Nak ambil wuduk lagi dia punya paip sekali tekan mencurah-curah air tak boleh nak control.
Lepas subuh nak sambung tidur balik, si Atoq dah kacau semua orang ajak pergi cafe. Eh kosser mengantuk kots. Nak bangun tak larat. Saya pandang Jan, Jan pandang saya. 'Nak pergi cafe ke Jan?' Jan kata 'Taknak'. OK sambung peniduran.
Sampailah train dah dekat-dekat stesen Gua Musang dah start nampak pemandangan excitedlah kan kami nampak bukit-bukit batu kapor, baru mata nak celik. Masa tengah melayan perasaan tengok bukit-bukit batu kapor, ada abang tolak troli jual makanan dan minuman buat breakfast. Saya beli nasik goreng telur mata dalam polisterin. Harga RM8 gitulah. Pun not bad jugak.
Sampai dekat stesen Gua Musang, kami sempatlah keluar ambil gambar dekat stesen. Oh btw jumpa Farhanah Jalal dekat atas train, Farhanah satu batch kami dekat MRSM KK. Sempatlah kami bergambar dengan dia. Bercuti ke Kelantan Farhanah dengan husband beliau.
Kami turun sampailah abang driver lokomotif tu hon panjang namatey marah awas ya train dah nak gerak kitorang dok bergambar-gambar lagi. Maafin bang kami semua excited. Lepas naik, kami semua lepak dekat cafe sambil minum pagi. Dah cerah jadi pemandangan luar dah nampak. Mood pagi ni of course lah ceria. I mean, nobody's driving, semua dapat tidur secara adil. It helped a lot for us to stay sane hihi
Sampai ke stesen Dabong 9 pagi lebih. Kami bergambar-gambar lagi sambil menanti guide kami, Pokcu. Lepas Pokcu sampai, kami singgah ke kedai makan sebelah stesen. Oleh sebab saya baru lepas makan nasi goreng atas train, masih kenyang lagi. Minum teh o jelah. Sempat jugak kami menumpang charge telefon dekat kedai ni.
Afiq kata untuk lunch, kena pack siap-siap. Ada 2 kedai boleh pergi, kedai tempat kami lepak sekarang dengan kedai dekat seberang stesen. Separuh dari kami pergi ke kedai sebelah stesen, letaknya dekat Pasar Dabong.
Untuk lauk tengahari saya tapau nasi dengan ikan tilapia goreng berlada dengan kari terung. Masa patah balik semula menuju kedai makan pertama tempat berkumpul, ada sorang akak beg merah tegur kami. 'Ni group Afiq kan?'
Rupanya itulah wife Juju, Nisa. Train dia baru sampai stesen. Jumpa-jumpa je terus dia suruh jaga beg dia sebab dia nak pergi toilet lol Nisa ni dari Kelantan juga, jadi dia tak naik train sekali dengan kami dari Gemas. Katanya dia kenal kami sebab nampak gambar kami dekat Gua Musang yang kami post dalam group.
Perjalanan pendakian kami bermula dengan Pokcu membawa kami naik kereta ke kaki Gunung Stong. Tapi sebab kereta ada 2 je, beberapa kali lah dia nak punggah kami 14 orang ni kan. Sampai dekat kedai makan kaki Gunung Stong, kami pun mula mengemas barang dan menukar baju. Tak tahulah kedai ni siapa punya, tapi nampak OK je kami gunakan tempat ni letak barang semua sambil packing bag.
Tak lama lepas dah siap kemas barang semua, kami punggah beg, angkat sauh, terus berjalan ke pintu masuk Gunung Stong. Haritu lepas Gunung Datok dah janji dengan Sapek nak jadi team sweeper (aka geng jentera berat), dan sebab harini kami takde nak kejar puncak ke apa kan takdelah pressure sangat nak cepat sampai. Didiy dengan Nisa pun nak jadi sweeper harini, maka kami berempat pun duduklah dekat belakang dengan sweeper.
Lepas baca doa dan briefing sikit-sikit oleh sweeper kami Pak Dom Mat (kots nama dia? I pun lupa lah lol), kaki terus dihayun menuju Kem Baha.
Awal biasalah, sebab lama dah tak bawak load pergi hiking, before this habis PKP glamping je sokmo, terasa lah jugak hazabnya nak mendaki bawak beg berat gantang-gantang di belakang (eh it rhymes!)
Kata Pak Dom, mana tempat berhenti itulah checkpoint, weh kami suka. Setiap 5 langkah kami buat checkpoint baru. Dalam beberapa minit berjalan, Sapek jalan laju sikit, tinggal kami bertiga dengan Pak Dom. Banyak jugalah disembangkan dengan Pak Dom. Sebab beg Nisa ni macam tak betul talinya, Pak Dom buat tutorial mengikat tali beg, spesifik yang untuk model beg macam Nisa. Lepas dah habis tutorial, kami start berjalan dalam 10 langkah nampak Sapek belakang pokok tunggu kami sambil sebelah tangan dia pegang beg plastik yang ada satu sarang telur.
'Weh asal tak jalan?'
'Aku tunggu korang'
Lama lak tu dia berdiri sensorang situ ingatkan semua dah lepas naik atas. Dia usya je kitorang dari atas tunggu kitorang jalan. BTW Sapek ada slipped disc, antara kerisauan nak mengajak dia hiking bermalam itulah, nak menggalas beban dekat belakang. Takut sekali slip disc dia menyerang tiba dia terbaring tak boleh bergerak.
Tak lama berjalan dalam 30 minit gitu, kami sampai dekat air terjun Jelawang, air terjun tertinggi di Asia Tenggara *cue: Syiemey’s eyeroll* Syiemey sensitif bila dengar benda-benda yang terpaling ni sejak pergi Langkawi. Dekat Langkawi kan semua benda terpaling, kereta kabel terpaling tu, jambatan terpaling ni.
Saya keluarkan gummy bear dari beg, nak buat mamam-mamam. Dua bungkus plastik gummy candy habis sekelip mata wehh haha. I suka dapat kurangkan load. *mental note: banyakkan gummy candy untuk next trip. Preferably beli online boleh dapay jumbo bag*
Nak merentas sungai ni, mula nak biar je kasut basah. Tapi kata guide, ini satunya sungai kami kena lalu. Jadi saya fikir hmm bukak jelah kan. Lepas ni tak jumpa dah sungai, bagilah kasut kering.
Syammil boleh pulak jumpa kawan dia dekat sini, akak satu tempat kerja. Si Syiemey eh lupa nak cerita Syiemey bawak kerusi OK naik gunung *atas request Afiq* Jadinya sampai je Syiemey dekat sini dia bawak keluar kerusi tu sambil berkata 'aku bawak kan kerusi ni?' untuk menjawab orang yang pelik dia tiba-tiba dia nak bukak kerusi dekat tengah alam *literally tengah alam*
Dalam 20 minit gitu berhenti dekat sini, kami meneruskan pendakian. Geographically, Kem Baha letaknya dekat atas air terjun Jelawang ni je. Tapi realistically dari air terjun bawah ni nak naik ke atas tu tak sekejap
Tak lama pun naik, hujan dah start turun. Seronok jugak rasanya bila hujan, sebab lama sangat dah tak hiking yang betul-betul hiking bermalam. Excited terlebih walaupun pada benda-benda simple yang used to be an inconvenience. Tapi dah tak guna lah daku bukak kasut tadi, dah hujan, kasut pun basah juga pijak lopak dan tanah berlumpur.
Yang best masa naik, Sapek bawak air kopi ais yalss tapau dari kedai tadi dia salin dalam termos. Yang tak best, pacat bersepah-sepah keluar lepas hujan yalls. Lepas ada pacat meyelinap bawah tudung Didiy, tiap kali rasa macam ada benda merayap sikit bawah baju terus bayangkan pacat. Which was not wrong. Siap cakap dekat deorang lagi, untuk pacat-pacat ni, kita ni ibarat buffet. Boleh hinggap pilih je nak makan darah siapa.
Sambil memanjat tu, teringatlah dekat air tembikai laici. Saya kan setiap kali habis trip bermalam je kalau makan dekat restoran mesti nak air tembikai laici. Taknak dah benda lain, tembikai laici je huhu. Saya pun dok cakap dekat deorang 'bestnya kalau dapat air tembikai laici'. So this is where it gets interesting. Apabila rasa doa kita atas gunung dimakbulkan. We'll get back to it later hokay
Sambil borak-borak dengan Pak Dom, dia ceritalah dekat kami background dia. Rupanya dia belajar Muamalat dekat USIM, keluar-keluar jadi malim gunung. Nampak Pak Dom ni halus juga adabnya, nak bukak lagu dikir barat pun dia minta kebenaran kami. Katanya ada orang tak suka orang pasang lagu kuat-kuat time hiking.
*Me yang selalu nyanyi-nyanyi bila ontrek:
Adalah juga terserempak dengan group yang baru turun. Bila tanya semua kata dah dekat, tak jauh dah
Ada satu group ni, guide dia seorang MGP (malim gunung perhutanan) waniter. Kami sempat lah borak-borak dengan akak ni. Namanya kak Zura. Kata kak Zura sampai lusa dia ada trip panjat Stong. Sebelum berpisah tu saya sempat cakap dekat dia 'akak nanti Sabtu akak naik bawak tembikai laici tau'
'Esok pun akak naik'
'Kalau macam tu, nak esok lah kak!'
'Haa ok2.Tembikai laici, air ke buah?'
'Nak air kak!'
Konpidens tau muahahaha main order je dengan orang baru 5 minit kenal tapi sejak hiking nilah belajar erti tak segan mintak air orang dalam hutan. Kalau malu bertanya tak dapat air hakhak Masa YYBTN kan dok pau je air group-group sebelah, dahlah tak kenal.
Perjalanan diteruskan lagi, trek agak berlecak sebab hujan tapi kami steady jelah kan. Trek Stong tak susah sangat, Datok honestly lagi susah, tapi sebab kami bawak load dekat belakang rasalah sikit beban.
Ada satu persimpangan ada papan tanda, jalan ke kanan ke puncak Stong, terus ke depan Kem Baha. 'Dekat depan tu je. Turun ni dah sampai Kem Baha.' Kata Pak Dom.Wah semangat lah terus.
Ternyata, kali ini benar. Kami sampai dekat Kem Baha dalam tengahari juga. But I was right kay. 30 minit Naja dengan Syiemey kata? Nyaris 3 jam kots kami sampai. Yihh
Kem Baha ni surprisingly sangat proper, macam satu perkampungan. Ada bangunan siap, ada surau, dapur, pondok guide. Kem dia lapang dan tidak berapa berdaun atas tanah. Beg terus campak tepi, ration punca keseksaan mendaki semua bawak keluar siap. Saya bawak beras kot beras je dah berapa kilo (agitu drama). Tambah dengan lampu floodlight dan flysheet. Tapi saya sebenarnya dalam diam bangga dengan diri sendiri *pats my back*. I mean, dah lama tak hiking dengan load, and alhamdulillah, berjaya sampai ke kem dengan load still intact dekat belakang tak tinggal mana-mana. *jeling Naja* (note: Naja cerita dia tertinggal khemah gegadis on track. Hmm ter ke sengaja? #carut)
Eh props to Sapek too. Yang berjaya bawak load sendiri dan sampai dengan selamat walaupun ada slipped disc.
Saya, Nisa dengan Sapek bukak kasut, terus ke tepi air terjun menyantap lunch pack. Pemandangan dia masyaAllah, superb. I was immediately stupefied. Dumbstruck. Sambil makan menikmati pemandangan seantero Dabong dari puncak air terjun Jelawang. Sayup-sayup rasanya melihat horizon (GEMA Horizon? gittew), awan-awan putih yang meneduhi jajaran bukit Dabong. Was thinking to myself, what took me so long to be here? Padahal dari 2016 masa naik Kenderung Kerunai dah dengar si Ecah cerita pasal mendaki Gunung Stong.
Tak berapa lama tengah rehat-rehat dekat tepi air terjun, naa hujan pun mula turun. Mula-mula rintik-rintik, tak lama tu terus lebat (rintik huja huuu...mencipta huu huuu). Dengan fly belum pasang air mencurah-curah turun. Ghisau kepala air kot masa tu sebab baru 2 minggu lepas deorang share video kepala air dekat Stong. Kawasan yang mula rancang nak jadikan khemah kena adjust pula sebab longkang dah mula terbentuk dekat bawah khemah (in environment term, we call this gullying)
Kids, memasang fly dalam hujan is an extreme sport. Tapi kagum lah juga tengok Sapek pandai mengikat tali wehh aku dah lama hiking ni pun nak ikat fly gagal lagi hahaha (taknak confess tapi Naja dah confess dulu dalam entry dia, jumping on the bandwagon daku mengaku jelah hahahaha). Something about mengikat tali just doesn't compute in my brain. Which makes me so thankful even more kepada lineup-lineup trip-trip sebelum ni. Thanks guys, Afiq especially selalu shoulder the giant share of the workload, dari memikirkan sekecil-kecil alatan trip seperti sabun basuh pinggan sampailah ke makanan dan menu, sehinggalah ke memasak dan memasang fly di hari kejadian.
Sempat kami bawak lari beg semua masuk dalam pondok guide sebelum habis lencun kena hujan, tapi tak sempat diselematkan khemah waniter huhu terendam dalam hujan. (The same khemah yang Naja tinggalkan on track btw. Tataulah apa nasib khemah ni)
Lepas dah tenang, khemah semua terpasang, minum air panas semua, dah solat (saya solat jamak taqdim) kami pun decide nak pergi mandi. Masa nilah baru tahu luasnya Kem Baha ni. Dekat atas tempat kami nak mandi ada lagi tapak khemah. Rasa macam boleh muat 100-200 orang Kem Baha ni.
Tempat kami mandi petang ni atas sikit, air terjun yang ada tempat sliding. Petang ni air terjun ni agak brutal weh. Dengan air dia keladak dan berbuih, seolah-olah macam nak berlaku kepala air. Air memancut-mancut dari atas, sampai terpecah ke angle 90 darjah. Kami mandi tak lama, Afiq dah ajak naik sebab risau kan baru lepas hujan lebat.
Saya Naja Syammil dengan Sapek sidai baju basah kami dekat bangunan dapur guide. Sebab harini kosong lagi, almaklumlah hari bekerja dekat Kelantan kan takde orang hiking lagi. Sebab dekat sini ada atap jadi taklah kena hujan baju kami in case kalau malam ni hujan lagi. Baju takpe lagi basah, jangan tuala. Mental weh kalau tuala basah.
Dinner kami nasik putih, daging
blackpepper bulgogi, salad dengan kewpie dressing. Kali ni pertama kali tengok Afiq
guna teknologi seal precooked meals dalam paket macam ration askar. Jimat masa
memasak, sampai kem panaskan balik je atas dapur. Oh BTW thanks juga senpai
selaku timbalan chef. Arigato gozaimas notice me senpai!
Masa dinner ni lah nampak pacat besar wehh kenyang makan darah Syiemey. Lepas tu kan, bila saya pergi basuh pinggan dekat dapur, deorang kata ada sekor lagi pacat out of nowhere dekat khemah. Masa tu takdelah terfikir pacat tu saya punya. Tapi lepas basuh pinggan, Syammil jerit 'weh kenapa seluar kau tu?' pointing at seluar saya.
Sekali ya rabbi, dah meleleh-leleh darah macam baru lepas beranak. Habis seluar saya basah dekat lutut dengan darah. Darah tak berhenti-henti mengalir. So pacat yang deorang nampak dekat khemah tu pacat dari kaki saya lah tu. Lepas habis hujan ni berpesta-pesta pacat haa. Dahlah seluar tidur bawak satu je. Solat pun belum tapi darah tak berhenti mengalir.
Weh panjang betul hari pertama punya story ni kan. Anyways, malam ni belum habis ya. No, far from it. #kisahmistik
Masa kami nak solat dekat surau, surau ni proper, as proper as it gets ikut standard hutan, takde lampu, dan lantai dia dah runtuh sikit dekat beberapa tempat. Saya Saiful dengan Sapek bertiga duduk dekat saf yang kedua, belakang sekali. Saiful antara saya dengan Sapek. Masa tengah nak letak headlamp dekat atas lantai tu, tiba terpandang macam ada objek seperti kaki orang yang dialihkan cepat-cepat dekat saf belakang di ekor mata.
Dalam hati tu terlintas dua benda; 1- lantakkan aje. Buat-buat tak tahu. 2- kalau betul belakang ni ada benda lain, perhatikan reaksi Sapek. Sapek ni magnet benda-benda mistik tau kalau ada trip dengan dia dia antara orang yang akan cepat detect dan rasa kehadiran benda-benda paranormal.
Lepas siap solat, dah nampak mulut Sapek terkumat-kamit. Oh nampaknya telahan saya benar, ada benda lain selain kami ‘bersolat’ dekat surau. Saya tanya Sapek ‘Dekat belakang kan?’ pastu Sapek tanya ‘Kau tak dengar ke bunyi?’ well thank God no.
Sapek kata dengar bunyi macam orang solat follow kami di belakang, tapi bunyinya macam memperolok-olok kami yang tengah solat. Antara solat Isyak qasar dan solat Maghrib, Sapek tepuk lantai kuat-kuat sebab marah.
Lepas solat, kami balik semula ke khemah. Aktiviti seterusnya dimulakan – permainan werewolf. Naja already pointed out dalam blog dia how Juju was the man of the night lol for stringing together activities for us that night. Quite a paradigm shift actually, selalu main werewolf ceritanya sama. Dengan Juju watak-watak berubah, 10 ekor anak kucing and stuff. (I’m obviously Bri’ish Short Hair cos I’m fluffy liddat)
First round main, first person kena bunuh is...Naja. Hey kalau Naja mati dulu I know siapa yang bunuh – Sapek! Sapek je yang akan target Naja’s ass relentlessly, consequences be damned. At the same time, masa duduk sebelah Fauzan, masa Juju tanya ‘doktor nak selamatkan siapa?’ saya boleh rasa movement tangan Fauzan. So, Fauzan is the doctor.
There was no doubt in my head Sapek is one of the killers. Saya pun advocate semua orang untuk bunuh Sapek. Sapek calmly refused to defend himself. Lalu terbunuhlah dia oleh orang kampung. Lepas Sapek kena bunuh, saya perasan Juju hanya bercakap ke satu arah bila dia nak address werewolf. Which confirms that lepas Sapek kena bunuh, werewolf tinggal lagi sekor dan dia berada dekat arah Juju bercakap.
Dekat arah tu, ada 3 orang. Afiq, senpai dengan Atoq. Afiq is uncharacteristically silent, which for me is his own style bila dia jadi werewolf. The next elimination round, saya advocate untuk orang kampung eliminate Afiq. And surprisingly, tekaan saya betul hahaha
Which consequently menyebabkan saya disingkirkan pertama on the next game cisss
The next round of game, sampai tinggal 3 orang weh. Sekumpulan anak kucing gagal mencari chihuahua di kalangan mereka sampailah saat-saat akhir bila tinggal Sapek, Syammil dengan Naja. Syammil dengan Sapek menyingkirkan Naja. Guess siapa 2 ekor chihuahua pembunuh? Naja dengan Syiemey! Sesuai kan dua-dua membawa watak anjing penyamar muahahahaha
BTW Syiemey kata lepas saya tersingkir permainan jadi competitive. See my level, see my level? Tibe
Malam tu kami tidur bawah fly, Saiful tidur di hammock (how do you pronounce this word? Dengar mat salleh sebut hemek, orang Melayu sebut hemok). Kaum waniter dah lama beradu di alam mimpi dalam khemah hijau. Atoq dan Jan dalam khemah yang Jan bawak naik. Masa sembang dengan Jan tanya dia wehh beg kau berat kot bawak khemah personal tapi kata Jan it’s a safety measure against agas. Cuma tambah berat sikit.
Malam ni lepas hujan, angin menderu-deru tiup lalu ke bawah fly kami. Mana lubang angin lalu tu kami tutup dan sepit dengan fly extra. Dingin sampai ke tulang.
...bersambung ke Part 2
No comments:
Write curses