06 September 2016

Yong Yap Bubu Tok Nenek - Part 1

Assalamualaikum dan hai y’all!


Lineup gagah perkasa. Nah dapat juga korang merasa keluar dalam blog bedaduz yang femes hewhewhew #perahsantan

YYBTN SURVIVORS!! *pasang lagu tema Survivor*

Fuh fuh setelah berhempas pulas mendaki beberapa gunung, ber carbo loading tak henti-henti, berlatih-latih turun naik tangga sampai dah naik menyampah tengok tangga, akhirnya sampailah hari yang dinanti iaitu hari mendaki Yong Yap – Bubu – Tok Nenek yeay!


Typo yang mengundang

Pada malam 26 haribulan Ogos sehinggalah 30 Ogos 2016 yang lalu, saya telah menghabiskan usia remaja meluangkan masa di dalam hutan Kelantan, untuk mendaki 3 gunung iaitu Yong Yap – Bubu – Tok Nenek atau nama pendeknya, YYBTN bersama-sama dengan geng GEMA Selangor Backpackerz #kamitakdelahpoyosangat lol

Hari Jumaat tu, seperti biasa, sebab stress dengan gelabah barang-barang belum complete, waktu solat Jumaat tu sempat lari kejap pergi kedai nak beli windbreaker, kasut hiking dengan seluar track. Kasut hiking memang lunyai dah, tapaknya dah nipis pijak sebutir batu saiz macam beras dah boleh rasa sakit tumit bah. Seluar track habis koyak turun dari Bukit Kutu itu hari, windbreaker pulak memang tak pernah ada. So lepas beli semua tu, habis dalam RM200 jugak huhuhu pokai kita


Mula ingat nak balik awal kemas barang, sekali petang tu dan dan lah dekat ofis kena punggah fail satu lori. Urghhh dan-dan lah kan. Fail daripada tahun 2014 sampai 2016 kena angkut dari ofis masuk stor kena guna lori huuu benci benci dah terpaksa haritu balik lambat


Malam tu, lepas solat Maghrib, Aizuddin @ Din datang menjemput dekat rumah, kemudian kami ambil Lan Perunding Hartanah dekat rumahnya di Desaminium dan kami pun mulakan perjalanan ke Shah Alam.


Sampai dekat Shah Alam, kami berkumpul dekat Stadium. Waktu ni berkenalan lah sikit-sikit dengan ahli rombongan Cik Kiah. Wah banyak jugak wajah-wajah baru, termasuklah Edi, kawan saya dari MRSM Jasin. Kawan-kawan yang tak berapa baru Dan yang join waktu pergi Lata Medang. Kawan-kawan lama seperti biasa, Amirul, Hakim, Tokie, Fakhitah, kak Nina, Yunuss, Iwan Nenek Kebayan, Naufal, Ostad Fairus, Amar, Afiq err dan lain-lain.


Menunggu bas tiba di stadium

Coach Fareez takyah citelah dok, tiap hari jumpa hewhewhew. Oh ya, Ash dan abah Abang Fauwaz ada y’all menghantar kami flag off katanya. Abah Abang Fauwaz pesan dekat Edi suruh jaga saya baik-baik wuuu terharu sebak titew. Yelah kan, ni first G7 kot saya panjat. Sebelum ni mendaki manja-manja je. Yang ni 3 gunung terus nak tapau. Mestilah Abang Fauwaz concern kan dekat anak chomel dia muaahahahaha


Jadi setelah kami semua menaiki bas, simpan barang semua, dalam pukul 11 malam kami mulakan perjalanan ke urm, Lojing kot, eh ke Cameron Highlands huhuhu tak pasti mana. Rasanya Cameron Highlands.

Kami singgah kejap dekat R&R Sungai Buloh untuk beli ration terakhir, saya dengan Edi sempat beli gula-gula gummy candy, bar coklat Picnic, Snickers dan Cadbury dengan air mineral 1.5L dua botol untuk air kompeni.


Selamat pagi Cameron!

Yeay! Dah sampai Cameron!

Ingatkan sampai esok paginya, sekali sampai destinasi pukul 2 lebih. Dah kenapa awal sangat sampai nak tidur dalam bas pun tak sempat huhuhu. Turun bas je ya ampun, sejukkkkk. Lagi sejuk dekat luar daripada dalam bas weh, kenapa awaa. Rupanya sebab kami dah sampai ke tanah tinggi. Turun-turun je kena punggah barang masuk dalam masjid dalam suhu subzero ewah.

Lepas masuk dalam masjid, kemas barang sikit-sikit, kami pun sambung tidur.

Esoknya bangun solat subuh berjemaah, lepas tu kemas-kemas beg semua orang kena bawak barang kompeni dalam beg masing-masing, breakfast, lepas tu tapau lunch. Yunuss ajak saya mandi pagi tu, gila kau bah air sejuk nak pitam memang tidaklah daku nak mandi.




Inilah carbo loading kami yang penghabisan di tamadun manusia. Lepas ni makanan semua masak dalam hutan

Waktu pagi tu sempat cakap dengan Edi “Edi, kau nampak tak? Akulah yang paling gemuk antara semua peserta ni. Huuu takut Edi kalau tak lepas YYBTN ni huuu maluuu”
Edi dok gelak je ciss. Kita punya risau sebab takut tak cukup training nak memanjat.

Tak lama lepas kami bersarap-sarap, datanglah 4 wheel untuk membawa kami pergi jauh dari ketamadunan ewah

Ya ampun muka Taufiq kena tutup dengan rambut siapa tuh dah nampak macam berkerak apa

DAY 1: KEM AGAS


Perjalanan hari pertama agak senang lenang. Kami sampai ke kampong orang Asli lebih kurang pukul 9. Lepas berbual dengan Tok Baten (biasalah kan, nak masuk kawasan orang kena jumpa ketuanya), kami pun memulakan perjalanan masuk ke hutan.


Hakim salam dengan adik dia sebelum masuk hutan. Sedih kot berpisah 

Waktu tu memang nervous gila y’all sebabnya nilah kali pertama saya trekking sambil bawak beg berat berkilo-kilo. Selama ni panjat gunung daypack je, even dekat Kenderung Kerunai pun beg tinggal dekat kem, badan je bawak naik puncak.

Yang kali ni panjat tiga-tiga puncak Yong Yap, Bubu dengan Tok Nenek dengan beg berat dekat belakang. Belum kira lagi lemak-lemak ekstra bergantang-gantang dekat perut huhuhu Waktu tu memang fikir habislah kalau tak larat mendaki kena carut.

Terbayang-bayang dalam otak orang tanya dekat Fareez kalau saya tak larat.
“Weh, budak ni tak training ke?”
Lepas tu Fareez jawab “Training. Tapi tak cukup kot.”
“Apsal kau bawak orang camni gogo?”
“Takpelah, kalau macam nilah, lain kali aku tak bawak dah.”

Huuu nanges awaa kalau betul-betul terjadi dialog ni. Tapi nak buat cemana kan. Rasa training dah habis all out dah. Sekarang ni berserah jelah. Waktu tu pulak jari kaki melecet dari panjat K2 dengan Bukit Kutu belum habis sembuh, terpaksa balut jari dengan self adhesive bandage nak elakkan dari luka makin teruk.

Kami pun mulalah berjalan dalam hutan. Mula saya berjalan dengan Edi. Lepas tu bila jalan landai je, takde mendaki sangat, saya pun dapat pace, laju pulak saya berjalan tinggalkan Edi hehehe

Kami kumpulan, FORTEEN!
~Jika denganmu salah, ku tak ingin yang benar~ 

Pagi tu mula-mula jalan je dah kena cross 5 kali sungai huuu bayangkanlah. Ada sungai boleh pijak-pijak batu dia, tapi ada yang memang kena masuk dalam, basahlah kasut dengan stoking sobs3. Memang tak dapat dielakkan. Waktu sungai ke berapa entah, tapak kasut Edi tercabut. Mujurlah ada Lan Perunding Hartanah yang bawak kasut getah extra. Selamatlah Edi daripada hiking pakai selipar Jepun.

Sampai dekat satu point tu, kami berhenti kejap untuk regrouping. Sambil tunggu orang belakang sampai, saya bagitahu dekat Edi takut peha melecet. Edi macam tak faham yang peha orang boleh melecet kalau peha dia besar. Lepas tu saya bagitahu dekat Edi “Kau tak faham Edi, masalah orang peha tembam!” Sekali Iwan terdengar, dia gelak. Dia bagitahu dekat saya pakai Vaseline sapu dkt pangkal peha, nanti peha takkan melecet. Tup tup dia bawak keluar satu tub Vaseline.

Saya dengan skeptikalnya bertanya pada Iwan, betul ke Iwan pakai Vaseline ni boleh elak melecet? Iwan sengih je sebab saya tak percaya, dia kata iyaaa boleh. Baiklah, saya pun lari kejap masuk semak, sapu-sapu pangkal peha dengan Vaseline. Lepas tu jalan semula. Yaa betul kata Iwan, sepanjang berjalan 4 hari tu setiap pagi sapu Vaseline, lepas tu takde dah peha melecet. Sebelum ni kalau panjat Gunung Kerunai yang 5 jam pun dah melecet huhuhu akhirnya baru tahu Vaseline ni ubat mujarab untuk elak melecet. Yeay thanks Iwan untuk ilmu baru!


P/S: Iwan kata jangan kata peha tembam, tapi kata peha cyclist. Bunyi sedap sikit hewhewhew



Amirul bila ada kamera je mesti muka dia ada. Hmmm hahaha #carut

Kami sampai dekat Simpang Y (kot) untuk lunch yang kami tapau paginya. Nasik putih dengan telur mata dan sambal petai (I know right? Makan sambal petai dekat hutan like wuddd habislah bau petai kem kita)


7 Putera Kayangan turun bersiram di bumi bersama ayahanda mereka. Ayahanda mereka yang pakai spek tu 

Lepas lunch, kami terus mendaki dan mendaki. Kami tiba dekat Kem Agas dalam pukul 3:27 petang. Kalau ikut tentative, sepatutnya sampai pukul 5:00. Kira kami awal sejam jugak. Hari pertama semua orang sihat walafiat lagi. Kem Agas diberi nama kem Agas sebab kononnya dipenuhi agas sampai tak boleh tidur malam kena hurung agas, tapi kami sampai tu alhamdulillah takde agas pun.



"Saya Bad. Saya ada satu pengakuan. Saya sebenarnya seekor panda..."

Sampai je, keluarkan ration, bina fly dan ground, mandi-manda dekat sungai, masak-masak dan seperti biasa ada sesi bertaaruf beramai-ramai. Dekat Kem Agas ni walaupun takdelah tinggi mana, tapi still sejuk awaa. Kena jugak pakai windbreaker dan kain pelikat buat selimut. Lepas taaruf, solat Maghrib dan Isya jamak qasar, kami pun tidur.



Pusat Urut dan Kecantikan Yong Yap kini dibuka! Tukang urut berpengalaman, pernah bekerja sebagai nenek kebayan di Batu Maloi

Tadi
lama sekali bapa menemani kami
mengisi malam-malam seperti selalunya
duduk mengelilingi pelita minyak tanah
yang kecil itu 
Lim Swee Tin - Ketika Kami Bercerita Tentangnya

DAY 2: PUNCAK YONG YAP


Pendakian hari kedua lebih mencabar dari hari pertama. Ikut kata Amar, hari pertama Tahap 1, hari kedua Tahap 2, hari ketiga Tahap 3, hari keempat Tahap 0.7 (ada pulak tahap perpuluhan kan? Hmmm takpe layan aje)


Muka ceria hari kedua waktu tenaga banyak lagi

Dengan kasut belum habis kering sebab malamnya kan sejuk, manalah kasut nak kering nak oi. Waktu mandi semalam tu bekas sabun saya dibawak air, entah mana pergi, pagi tu pulak stoking basah pulak hilang sepasang entah mana pergi. Lepas tu saya pinjam Afiq punya swiss knife, boleh tertinggal dekat kem Agas ni jugak huhuhu mintak mahap Afiq. Kita tak sengaja tertinggal


Pagi-pagi bangun sebelum subuh tu, tiba-tiba rasa ada benda menggigit dekat tangan dalam sleeping bag. Maigaddd kena serang dengan agas! Banyak kali pulak tu. Pedih awaa. Masa tu barulah merasa agas dekat Kem Agas, ingatkan semalam tak kena harini pun tak kenalah. Rupanya waktu subuh baru dia serang.


Pagi tu lepas subuh berjemaah, membuang di sungai (Yunuss dengan Dan mandi lagi weh sungai waktu pagi tu. Gila kental kulit dolphin), bersarap-sarapan, pek lunch, kami pun mengemaskan barang dan bersiap-siap nak mendaki puncak Yong Yap. Kali ni saya bawak ration Edi sikit, dengan sampah-sarap. *sampai ati suruh kita bawak sampah. Ingat kita Alam Flora ke. Tapi sebab sampah paling ringan, bolehlah muahahaha*


Seekor panda sedang tidur dalam habitat asalnya

 Lepas tampal kad bertulis terjemahan ayat Quran, kami pun bergambar, kemudian meneruskan pendakian ke puncak Yong Yap. Hari kedua ni memang agak estrem, pendakian dah mencanak-canak, tapi saya boleh lagilah melaluinya tanpa mental gituh.

Tortilla lazat ini ditaja khas oleh Ketuk-ketuk Zulkaedah

Kami berhenti sampai dekat satu kawasan untuk lunch. Lunch kami tortilla wrap je tapi masa tu takdelah lapar sangat. Waktu lunch ni kami dapat tahu dah ada 2 orang cedera, Din dengan Taufiq. Din cedera lutut sebelum ni, Taufiq cedera kaki waktu dia nak kejar sleeping bag dia yang jatuh dalam sungai.


Sampai dekat last water point, kami tinggalkan beg dan terpaksa melalui jalan bahaya nak ambil air dekat water point tu. Last water point ni ialah point terakhir untuk kami ambil air dan kami takkan jumpa air dah sampai turun dari puncak Bubu esok harinya. Nak menyampai ke airnya ya ampunnnn jalannya memang bahaya. Berjalan dekat lereng gunung yang ada kesan tanah runtuh, berpaut pada akar-akar. Water point tu airnya kecik gila, sumeorang dah buat lawak laju lagi air kencing masing-masing. Ciss tak senonoh hahahaha


Sebelum sampai puncak Yong Yap, kami berehat dekat satu persimpangan antara Yong Yap dan Tok Nenek. Dekat sini Shafiq kata nanti nak selfie dengan saya. “Awat?” tanya saya kehairanan gituh.


Katanya dia nak tunjuk dekat kawan dia untuk motivate kawan dia (Nak kata aku gemuk lettew hahahaha). Tapi terharu juga kita awaa ada orang chop nak selfie sekali huuu *lap air mata*


Sampai dekat satu kawasan mossy forest, pendakian memang susah sebab tanah licin dah jadi serupa lumpur dan mencanak naik. Kena memanjat guna akar-akar pokok. Tapi tempatnya memang lawa


Dekat sini rasanya saya dah sampai agak awal, sekali ada Ostad dengan saya. Laju woo Ostad kejar. Waktu nak naik ke puncak ni, mungkin sebab nampak saya dah penat, Ostad bukak cerita nak bagi otak tak fikir sangat pasal penat.

“Bad tau dak cita Ashabul Kahfi?”

“Hmm tau. Kenapa Ostad?”

“Oh, kalau tak tau nak cerita tadi. Bad tau dak pasal cite sorang pemuda pada zaman Firaun?”

“Cite apa tu Ostad?”


Ostad pun bukak cerita pasal seorang pemuda yang belajar sihir dengan seorang ahli sihir pada zaman Firaun. Kemudian satu hari pemuda tersebut bertemu dengan seorang pendeta yang mengajar tentang agama tauhid. Pemuda tu pun berulang alik belajar dengan ahli sihir dan pendeta tersebut setiap hari. Belum sempat habis cerita, tiba-tiba dekat depan kami ada seorang gadis ahli kumpulan lain jerit dari atas: “Tahniah! Dah sampai puncak Yong Yap!”


Red, white blue's in the skies,
Summer's in my air and heaven's in your eyes,
I'm your National Anthem.
Lana del Rey - National Anthem


Yong Yap Summit, 2168 masl

Masa tu like whattt betik kah atau tidak betik. Kami pun cepatkan langkah, keluar je dari situ nampak cahaya. Wahhh dah sampai puncak Yong Yap! Puncak G7 saya yang pertama y’all! Nak nanges sebab terlalu gembira, nak campak beg, nak lompat, nak gigit orang lain sebab terlalu eksaited gituh




Yeay! Akhirnya berjaya ke puncak seketul G7! Berjaya jugak menjejakkan kaki ke puncak ketujuh tinggi Semenanjung!

Tak boleh nak ungkap perasaannya berdiri dekat salah satu puncak tertinggi semenanjung Malaysia, waktu tu berkabus dan hujan gunung turun. Sejuknya tak payah cakap memang sejuk nak matiii tambah pulak hujan turun sekejap-kejap. Dahlah tak bawak poncho, lepas tu semua orang sembunyi bawah fly sampai tak muat nak masuk. Terpaksalah saya sedar diri dibuang orang lari nyorok bawah pokok. Rimbunan pokok tu rupanya macam satu pondok tau, siap ada macam pintu masuk lagi. Sekali dah sembunyi bawah pokok tu nampak wet tissue. Wuuu kongajaq rupanya rimbunan pokok tu orang buat jadi tandas


"Berbumbungkan angkasa kelabu...lantainya bumi retak seribu..." eh macam salah lagu je

Waktu kami sampai tu dalam pukul 5 dah kot, tak lama lepas dah set up kem, hujan turun selebat-lebatnya. Ramai jugak belum solat Zohor dengan Asar, dengan baju basah tak sempat tukar lagi. Akhirnya kami solat bawah fly je, solat duduk sebab memang takde tanda hujan nak berhenti.

Lepas solat, sambil tunggu orang siap masak, saya pun pergi masuk balik dalam ‘toilet’ tukar baju, lap badan dengan wet tissue hewhew (saya kutip OK wet tissue dah guna, bawak turun balik), simpan beg dalam raincover dan plastic sampah.

Lepas tu dinner makan ayam masak kicap. Lepas dinner, kami solat Maghrib dengan Isya jamak qasar, ada sesi ibrah (ewah!) yang disampaikan Ostad dan Mosyaf, dan kemudian kami pun tidur. Waktu tidur ni memang ya tohan rapat-serapat rapatnya, nak keluarkan tangan pun tak boleh, berhimpit-himpit sebab pertama, sejuk gilos puncak gunung kot, minyak pun boleh jadi marjerin.


Abang guide tengah tunjuk cara yang tepat untuk menyahtinja di atas gunung 

Keduanya, tempat lapang kecik, jadi tempat yang ada tu jelah buat kem. Terpaksalah berhimpit-himpit mengharapkan haba badan terkumpul untuk survive satu malam tu haa. Sepanjang malam tu hujaaan je sampailah esok tu subuh pun kami solat duduk lagi dalam khemah.

...bersambung...

4 comments:
Write curses
  1. Cubalah cerita kasih habis, potong line la Bad ni :P

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Bad@seketul panda haha.
    Punyalah syok asyik gelak je baca entry ni pastu tetiba rasa nak nangis..macam feeling sendiri bila part Bad sampai puncak Yong Yap tu.

    Line up bagus semuanya..plus ada ibrah dan kisah Islamik.Suka suka!
    eh
    sat..awat hang xhabiskan story ni aduhh Bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh adalah part 2 dia haha. cuba tengok sini https://bedaduz2.blogspot.my/2016/09/yong-yap-bubu-tok-nenek-part-2.html
      thanks Nora Shikin :)

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter