07 September 2016

Yong Yap - Bubu - Tok Nenek - Part 2

Sambungan dari Part 1....

DAY 3: BUBU & TOK NENEK

Waktu belum panjat Bubu Tok Nenek bolehlah sorang-sorang muka angkuh, bila dah panjat baru tau erti penyesalan bahahaha
 
Lepas siap bukak khemah, esoknya saya dengan Shafiq berjemaah ke tandas hewhewhew Time kami berjemaah nak wok wok waktu tulah deorang nak buat photoshoot cisss. Dahlah masa tengah wok wok tu nampak Afiq dari celah semak dok sebut-sebut nama saya hahaha

Inilah keadaan kem pelarian YYBTN

Lama jugak pagi ni kami berlengah-lengah dengan nak ambil gambar, masak breakfast dengan lunch, nak pek lunch, nak kemas beg dengan ration. Sepanjang malam tu hujan, yaaa faham-fahamlah ye. Kasut memang dah 48 jam dah basah huuu habislah kurap kaki kita.

Yang paling tragis, hari ketiga ni hari paling berat saya punya beg huuu siapalah dump ration tak ambil balik.

Dapat bawang dua plastik, penunu Bunsen (kot namanya), sos beberapa botol dengan makanan dalam plastic yang tak tahu apa. Wuu hari ni dahlah bak kata Amar pendakian tahap 3. Takpelah, masa tu fikir nak jugak tengok kekuatan diri kan hahahaha #bajet

Yang bahayanya, masing-masing cuma ada 1.5L je air dalam beg, sedangkan nak mendaki lagi dua buah gunung. Waktu mendaki Kenderung satu gunung tu je saya bawak 5L, ada baki sikit je. Ini pulak dua puncak gunung. Masa tu dah takut-takut dah fikir macam mana weh. Fareez kata lepas turun Tok Nenek baru ada air.

Abang Taufiq kita bekas penjual ayam di pasar sedang menampal kad


Dalam pukul 11, kami teruskan penurunan dari Yong Yap dan kemudian pendakian ke Bubu. Saya cakap dengan Edi dah, hari ketiga ni memang saya takkan laju dah. Pertama, dah penat. Kedua, sebab kita mula dengan turun dulu. Waktu latihan dah nampak, saya lagi perlahan turun berbanding naik.

Mula-mula kami jalan bersama-sama lagi, tapi sampai dekat satu kawasan yang kena turun lalu akar-akar besar, kena panjat bagai akar tu, dengan tanah lecak, saya dah jadi slow. Dengan beg beratnya aduhai, badan pun dah letih. Akhirnya saya tertinggal sorang-sorang, saya biarkan yang lain jalan dulu. Tak lama lepas tu, Fareez, Yunuss dengan Nizam lalu. Saya pun kata dekat deorang jalanlah dulu.

Lepas tu sepanjang-panjang jalan tu dah tak jumpa dah geng-geng GEMA huuu seram awaa. Lebih kurang 2 jam lebih mendaki sorang-sorang. Sorang manusia pun takde. Ada sampai satu simpang tu, jalan terpecah dua. Dua-dua jalan takde penanda. Masa tu dah cuak gila dah takut salah simpang sebab sorang-sorang je tengah hutan. Lepas tu saya tawakal je ambil jalan kiri, sebab jalan kanan nampak macam jarang orang lalu.

Tengah-tengah jalan tu, sebab takut salah simpang, saya berhenti kejap bila dengar suara orang berbual dekat belakang. Saya pun melaung dengan harapan orang tu ikut jalan yang saya lalu. Orang tu pun menyahut balik. Tak lama tu lalu 2 orang lelaki group yang sama sampai dengan kami ke puncak Yong Yap semalamnya, group apatah Trekkers. Saya tanya deorang, betul ke lalu jalan ni ke Bubu? Deorang kata betul. Saya pun teruskan pendakian.

Tak lama berjalan tu, naa tiba-tiba hari hujan. Wuu bayangkan perasaan macam mana. Kesejukan, jalan dah licin. Baju dah basah.

Waktu tu memang pancit makaih, air pulak dah tahap kritikal gila-gila. Bila dah jalan tu tak jumpa jugak puncak, saya berehat. Yang 2 orang tu kencang memang tak jumpa dah, laju dia pecut sampai puncak agaknya. Saya berhenti dekat tepi jalan, bila nampak ada seorang brother dari group Trekkers tu lalu saya tahan dia mintak air. Haaa tak segan kan. Tapi dahaga awaa serius dahaga nak nanges huuu tak sempat nak rasa malu

Lepas dia bagi air dia sikit, dia kata dia nak kencing. Boleh pulak kan. Selamba dia kencing depan saya hmmm tapi saya pandang tempat lainlah hahahahahahahaha. Kosser nak tengok orang kencing depan kita


Lepas tu dia pun shoot balik mendaki. Saya jalan slow-slow lagi. Tapi seram lah waktu tu, bila tengok bawah akar-akar pokok yang gelap, macam terbayang ada binatang bersembunyi bawah tu. Saya pulak jalan perlahan sorang-sorang pulak tu. Ada satu tempat tu, saya berehat lepas tu bukak bar coklat Cadbury satu sebab dalam otak fikir nak lunch dekat puncak. Dekat sini lapar macam mana selagi tak sampai puncak Bubu selagi tu saya taknak lunch. Lepas tu lalu dua orang ahli kumpulan Trekkers tu, sorang laki sorang perempuan. Mula saya offer deorang coklat, yang perempuannya je yang ambil. Lepas tu saya tanya deorang kalau ada air manis hehuhehu

Selamba badak macam tu je mintak air orang sebab memang haus gila. Yang laki tu tanya “Minum tak air Sting?” Saya pun angguk je walaupun tak tahu air Sting tu air mende huhuhuhu. Dahaga kan, takkan nak memilih. Lepas tu dia pun hulur air warna merah dekat botol dia tulis Sting, belum bukak lagi. Saya pun ambil dan terus teguk huuu syukur ya Allah rasanya macam Mirinda je, nama je pelik hahaha. Oh ya dekat sini air semua sejuk macam baru keluar peti, sebab udara dia memang sejuk.

Lepas tu, yang perempuan tu pulak bagi saya minum air kosong yang dia bawak. Lepas ucapkan terima kasih, deorang tinggalkan saya sorang-sorang. Saya pun teruskan pendakian sampai ke puncak. Makin dekat dengan puncak, tanah makin licin sebab hujan.

Ada satu tempat tu, tiba-tiba dengar bunyi letupan 3 kali. Waktu tu tak fikir apa. Bila balik Eira cerita yang lepas orang lelaki dan perempuan yang bagi saya air tu dah jauh, deorang dengar bunyi harimau, sebab tu deorang nyalakan mercun. Deorang bagitau dekat Eira dengan Arekim dekat puncak tipu yang deorang terserempak dengan saya jalan sorang-sorang dalam hutan. Wuu kalau tahulah ada pak belang waktu tu memang taknak jalan sorang.

Lepas tu kena hurung pulak dengan agas. Bila sampai puncak Bubu dalam pukul 3.15, boleh kata semua orang dah sampai. Termasuk saya, dalam 5-6 orang je belum sampai waktu tu. Saya datang je deorang dah nak gerak ke Tok Nenek huuuu sedihnya sobs3



Walaupun cedera, masih berjaya mendaki sehingga ke akhirnya. Syabas Din *btw Din senior kita dekat MRSM Jasin, time dekat YYBTN baru jejak kasih*

Edi kata dia dah siap lunch, solat dengan tidur kejap. Ya ampun, saya letak beg pun belum. Edi suruh cepat makan. Tapi nak makan lunch pack yang kering, takde kuah, air minum pun dah habis cemana nak menelannya huhuhu. Tapi sebab fikir tenaga dah takde saya paksa jugak tekak telan nasik tu segumpal demi segumpal #survivalmode kan waktu tu

Saya tak sempat pun habis makan, deorang semua dah suruh gerak. Saya pun simpan balik baki lunchpack dalam beg, terus berjalan dengan Edi. Masa ni dah start nak mental. Air minum dah takde, tapi kena daki satu puncak lagi. Alhamdulillah hujan turun, jadi deorang kata Kem Lopak akan ada air. Jadi saya memang look forward kepada Kem Lopak. Kalau tak hujan, air hanya akan ada lepas turun dari Tok Nenek.

Waktu tu nak mengemis air orang pun kesian, sebab semua orang dah hampir keputusan bekalan air minum. Disebabkan saya betul-betul dahaga, dengan baru makan lunch yang keringnya, sambil berjalan dekat hutan tu saya jilat-jilat daun dekat tepi-tepi denai tu yang baru lepas hujan. Kalau ada lumut saya hisap lumut tu buat macam span. Kalau ada air yang bertakung dalam daun kering saya ambil, terus minum walaupun dapat tak sampai seteguk. Dengar macam mustahil kan ada orang hisap air dekat daun, saya pun tak sangka saya yang akan jadi orang tu hewhewhew, tapi serius dalam hutan memang dah takde pilihan waktu tu sebab terlalu dahaga.

Masa tu jalan memang dah slow, jadi Edi gerak dulu tinggalkan saya. Dalam hutan sorang-sorang tu saya berserah je pada Allah. Edi ingatkan saya pada kisah Siti Hajar yang berlari antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya Nabi Ismail as. “Sekarang kita berlari antara Bubu dengan Tok Nenek.” Kata Edi. Walaupun Edi bergurau, tapi dia mengingatkan saya kepada tawakalnya Siti Hajar. Waktu tu insaf kejap fikir Siti Hajar lagilah, sorang-sorang lady dekat gurun dengan baby. Kita at least dalam hutan yang sejuk, ada ramai orang.


Tak lama jalan sorang-sorang sambil jilat-jilat daun hutan tu, kumpulan sebelah yang laju macam kilat tu pun sampai dekat saya. Saya pun tanya deorang “Bang, next water point jauh lagi ke?” Memang masa tu dah kehabisan air, haus tak terkira.

Deorang kata dekat bawah ni dah. Kem Lopak tu antara cerun menurun dari Bubu dan cerun mendaki ke Tok Nenek. Lepas tu deorang tanya “Kenapa, dah takde air ke?” saya pun menggeleng kesedihan.

Paling mengharukan waktu tu, salah seorang daripada ahli kumpulan tu keluarkan satu botol kecil air Revive yang masih ada berbaki sikit, lepas tu dia topap dengan air kosong sampai penuh, dia pass dekat saya. Waktu tu ya Allah betulkah ini sedang berlaku? Wuu bergenang air mata kita kejap. Sungguh rasa macam gembira, terharu, tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. Lagi gembira daripada berjaya panjat puncak Bubu sekejap tadi huhuhu. Dapatlah saya menyambung nyawa sampai ke Tok Nenek. Dalam hati saya cuma boleh doakan yang Allah akan membalas budi baik dia, sebab saya memang tak boleh nak balas. Sobs3 sebak kejap

Waktu kawan-kawan kita tak boleh bantu sebab masing-masing pun takde apa nak diberi, waktu tu Allah datangkan pertolongan dari orang asing yang kita tak kenal pun. Waktu tu rasa, abang tulah telaga Zam zam saya. Ewah #falsafah kejap

Sampai dekat Kem Lopak, semua geng-geng dah ada dekat situ, baru lepas ambil air. Saya pun mintak air satu botol dekat Afiq. Afiq suruh saya gerak dulu, sebab dia nak tunggu budak perempuan. Saya pun gerak sorang-sorang jugak ke puncak Tok Nenek. Ingatkan nak kejar orang depan, tapi orang depan terlalu padu – laju sampai tak jumpa-jumpa dah. Tunggu orang belakang pulak tak sampai-sampai.

Abang guide meninggalkan wasiat untuk kami

Terpaksalah saya bersendirian mendaki ke puncak Tok Nenek. Puncak Tok Nenek lagi bahaya. Ada beberapa batu yang kena panjat guna kudrat sendiri, takde tali takde tangga. Bayangkan waktu tu saya sorang-sorang berjalan, terpaksa panjat batu tu takde siapa nak guide atau tolong support dari bawah. Batu tu pulak licin dan bertanah lecak sebab baru hujan. Kalau jatuh tu memang innalillah jawabnya huhuhu (lepas balik kem, orang cerita Edi hampir jatuh dekat batu tu, mujur ada orang sempat support dari bawah. Nizam pun hampir terlepas tangan dekat situ)

Lepas dah panjat rasa macam tak henti-henti, saya pun sampai dekat puncak…Kayung? Kenapa Puncak Kayung? Masa sampai dekat situ baca signboard orang gantung – Puncak Kayung. Aku nak pergi Puncak Tok Nenek, bukan Puncak Kayung. Aku dah salah jalan ke ni?

Waktu tu panic gila tak payah cakaplah. Tiba-tiba badan yang penat rasa bertenaga semula. Saya berlari ke depan, dekat depan tu dah takde mendaki, semua menurun je. Ah sudah! Masa tu teringat orang kata dekat sekitar YYBTN ni, ada beberapa jalan nak ke V2 Trans Titiwangsa. Masa tu memang dekat depan tak ada orang, dekat belakang takde orang. Saya dah terfikir aku mesti dah tersilap masuk simpang ni.

Saya pun ambil nafas, bertenang. Lepas tu saya duduk dekat tengah trek sebab orang kata kalau sesat duduk je dekat trek asal, bukak beg, tengok barang apa yang ada. Air ada tinggal lebih kurang seteguk, coklat tinggal beberapa ketul, ada bawang 2 peket dengan sos (huu nak buat mende bawang tu, nak masak pun tak boleh T.T).

Hari dah dekat malam, udara makin tipis dan sejuk. Saya dah mula menggigil. Saya charge telefon dengan powerbank, dengan harapan kalau ada line nak Google dulu tengok Puncak Kayung dekat mana. Lepas tu ada windbreaker satu. Saya fikir bolehlah kot kalau nak survive satu malam dekat sini, kalau betul dah tersalah jalan. Memang pasrah, tapi saya tak boleh mental. Macam mana pun kena kuatkan semangat.

Lepas tu saya dengar suara orang menjerit-jerit. Saya pun melaung balik “TOLONG! AKU SESAT! AKU NAK PERGI PUNCAK TOK NENEK!” Saya dengar orang menyahut balik. Saya pun lari keluar sambil menjerit-jerit macam Tom Hanks dalam filem Cast Away tuh #perasankejap. Rupanya dekat depan tu je puncak Tok Nenek, nampak orang ramai dekat puncak tu, lepas tu orang tu kata “SIMPANG KANAN! 20 MINIT LAGI!” cissss! Sia-sia je daku panik tak tentu arah ingat dah sesat. Rupanya Puncak Kayung tu memang persinggahan sebelum sampai ke puncak Tok Nenek hewhewhew malu malu. Tadi tak nampak puncak Tok Nenek sebab kabus tebal. Itulah, sebelum pergi tak study betul-betul dulu.

Tengok jam, dah pukul 6:57. Saya pun keluarkan spray air dari beg, ambil wuduk, solat jamak Asar dengan Zuhur. Tak lama tu dengar suara Fareez melaung macam yang kami belajar waktu trip RENTAS ke K2. Saya pun melaung balik, tak lama tu nampak Nizam, Fareez dengan Yunuss muncul dari belakang. Waktu tu legaaa gilaaa rasanya hahaha serius rasa ya Allah, Kau sayangkan aku ya Allah. Waktu rasa sesat sekejap tu ada pengajarannya yang tersendiri.

Tak lama lepas deorang bertiga sampai, sampai pulak team gigirls dengan Afiq yang sweep deorang. Sebab Maghrib dah nak masuk, kami azan dulu, lepas tu baru gerak. Waktu dah fefeling sesat tu memang tidaklah daku nak jalan sensorang dah dalam hutan huhuhu

Sebab Tokie dah cedera, Yunuss paksa jugak Tokie keluarkan barang dari beg dia. Dia, Nizam dengan Fareez offer diri nak bawak. Mula Tokie taknak, tapi Yunuss bertegas. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kalau dah cedera lagilah kena tolong.

Kali ni kami bergerak satu kumpulan, dah takde pecah-pecah dah. Headlamp dekat kepala, masing-masing sarung windbreaker, kami teruskan perjalanan ke puncak terakhir. Semangat kami belum luntur walaupun jasad dah penat.

Gambar paling win! 

Tapi memang takde makna 20 minitnya nak sampai Tok Nenek nak oiii, semuanya dusta cisss. Dekat 2 jam lepas tu baru kami dapat naik puncak Tok Nenek. Jalannya mula-mula turun lagi ke bawah, jauuuuuh ke bawah, lepas tu baru mendaki. Dalam pukul 9 lebih kami sampai ke puncak Tok Nenek mendaki batu tengah-tengah malam. View dia memang paling awesome antara 3-3 gunung, 360 darjah, dan boleh nampak lampu-lampu dari Cameron dekat sini. Untuk menikmati lagi suasana malam dekat atas Tok Nenek, kami tutup headlamp di kepala. Kegelapan terus menyelubungi, rasa angin menderu-deru. Begitu sejuk dan mengasyikkan. Berhembus angin beku malam, terasa menggigit sampai ke tulang. (Mujur lemak saya tebal, takdelah sampai ke tulang angin tu gigit kahkahkah!)

Yang sedihnya, sebab malam, memang tak nampak lah gambar dekat puncak. Lepas dalam 20 minit dekat atas, kami pun turun semula nak menuju ke Kem Berlumut.

Masa tu dah pukul 9. Kami terus je berjalan. Waktu tu antara kami ada yang cedera, semua dah sakit-sakit badan dan kaki. Kali ni turun ke bawah je, dah takde mendaki. Tapi turun pun mencabar jugak. Dalam keadaan malam gelap, sejuk, trek licin. Ada pulak kawasan pasir luncur. Memang nak pijak takde struktur kuat, mudah tergelincir. Kalau tak berhati-hati boleh terbabas. Kali ni Afiq lead, saya berjalan belakang Afiq, dan berbuddy sekali dengan Madi, kami saling bagi support sebab taknak sesiapa mental. Dekat tempat yang susah, kami gilir-gilir ajar cara nak turun dan tolong suluhkan dengan headlamp di kepala. Ada tempat yang pakai tali, ada yang takde.

Dalam otak tu terfikir, eee Amar pentipu kata tahap 3. Ini bukan tahap 3 dah, ni tahap moksya level 99 tak mungkin tahap 3 teruk macam ni dah tengah malam tak sampai-sampai kem huuu penadd awaa

Sampai dekat satu point tu, kami jumpa balik dengan guide dan ahli kumpulan GEMA yang lain. Deorang tunggu kami sampai, baru gerak semula. Siap buat unggun api masak hotdog lagi. Deorang kata deorang dah hantar 6 orang shooter untuk set up kem dekat Kem Berlumut sementara deorang tunggu kami, takut apa-apa jadi.

Waktu berjalan tu semua dah penat sebab dah sepanjang hari berjalan tak henti. Mula-mula sebab nak kuatkan semangat kami sempat lagi bernyanyi-nyanyi, apatah lagi dengan adanya Amirul mesin karaoke bergerak, bolehlah lagi berkaraoke on trek, tapi sebab terlalu lama berjalan semua dah diam, dan sorang-sorang dah start mental. Kak Salhah mula dah macam meracau-racau, kami yang jalan belakang dia dah risau.

“Bila nak sampai ni?”
“Dah malam dah ni!”
“Tak payahlah buat YYBTN kalau kena jalan sampai malam! Buatlah YY je!”

Kak Salhah sorang-sorang mengomel. Kami dekat belakang dah macam “Kak Sal, cool kak Sal. Jangan mental. Jalan je.”

Saya pun kaki dah sakit. Masing-masing semua terus je berjalan sebab dalam otak fikir nak balik kem, nak mandi, nak tidur.

Tapi dah berjam-jam tak sampai lagi kem. Ita nampak balak tumbang, lepas tu Ita kata “Tak lama dah dari balak tumbang ni. Lagi 15 minit je.” Saya pun percayalah kata Ita sebab Ita pernah panjat dah YYBTN sebelum ni.

Lepas tu dekat depan tu ada lagi balak tumbang, depan lagi ada balak tumbang, depan lagi tu ada jugak lagi balak tumbang, dah kenapa huuu asyik balak tumbang je mana 15 minitnya huu awaa apeniii


Waktu tu tiba kak Salhah bertenggek atas balak tumbang tu, lepas tu dia diam lama. Kitorang dah cuak dah waktu tu. “Kak Sal OK kak Sal? Kak Sal OK?” beberapa kali kami tanya. Dia diam je. Saya dah fikir macam-macam dah.

Mujurlah tak lama tu dia angguk. Dia kata dia penat sangat dah huhuhu nak buat macam mana, kena jugaklah berjalan selagi belum sampai.

Isma dah tumbang 2 kali, sampai terduduk makan ubat. Kak Nina siap tertidur on trek. Akhirnya lepas berjalan berbelas-belas jam dari pagi sampai malam, kami nampak cahaya dari Kem Berlumut. Alhamdulillah sampailah jugak kami dekat Kem Berlumut dalam pukul 12 tengah malam. Wah dahsyat tak, 6 jam lagi lewat dari tentatif. Pulak tu, kami bukan kumpulan last yang sampai. Belakang kami, kumpulan yang cedera tak tahu apa cerita.

Sampai je kem, saya termenung lama bawah pokok. Terlalu penat, nak bergerak tenaga takde. Hari dah gelap sangat. Lepas tu waktu nak berdiri terpijak jari kaki Ita, terus menangis Ita sebab kaki dia dah melecet. Huhuhu minta maaf Ita. Bila bukak kasut, sekali tengok bandage yang gam dia kuat tu tercabut. Padahal saya dah lilit 3 kali keliling jari. Nampak sangat pendakian hari ni terlalu ekstrem sampai bandage yang sebelum ni melekat kuat dan berlilit pun boleh tercabut.

Dewi-dewi nak pulang ke kota. *pasang lagu Dokter Cinta* 

Nampak Dan mandi (Dan ni kulit Eskimo, asyik mandi je tempat sejuk huuu), saya pun ajak Shafiq mandi sekali (Shafiq ni dah jadi toilet buddy saya dah hahahaha). Waktu tu otak dah tak boleh berfikir sangat, kaki sakit denyut-denyut. Tapi terpaksa jugak mandi sebabnya dah dua hari tak mandi, lepas tu hari tu waktu memanjat kena tanah lecak, habis seluar semua berlumpur. Badan pun bau dah macam lembu dah kena kutuk dengan Fareez hukhukhuk

Nak berjalan ke sungai tu lagilah, dengan batu-batunya lagi. Tapak kaki kita denyut-denyut pulak sakit, jalan pun dah tak betul. Mujurlah dah letak Vaseline, jadi peha tak melecet. Punya penat sampai kali kedua saya tertinggal sabun dekat sungai, tapi tak larat nak patah balik nak ambil huhuhu

Ingatkan sampai kem segalanya sudah berakhir, oh tetapi tidak. Jangkaan kami meleset sama sekali. Malamnya masih panjang.

Sebab hari ni ramai yang tidur dekat kem Berlumut termasuk beberapa kumpulan lain yang sampai lagi awal, kumpulan kami takde tempat nak bentang khemah kami. Kami terpaksa bentang khemah kami dekat tempat sempit, dekat tanah ada batu besar. Bayangkan dekat bawah khemah ada batu besar, dengan tanahnya condong lagi. Dengan nak tidur tak cukup tempatnya. Gigirls punya khemah pulak dekat Iwan, Iwan pulak belum sampai sebab dia ada dengan group yang cedera. Jadi fly dengan ground terpaksa bagi dekat gigirls, kami tidur berhimpit-himpit.

Lepas tu sebab group shooter yang sampai awal ni takde banyak barang sebab ration semua dah diagihkan, jadi deorang tak boleh nak masak pun. Yelah, 6 orang je apalah sangat barang yang ada kan. Last sekali saya, Afiq dengan Shafiq kongsi makan maggi, portionnya satu peket je lebih kurang, kami kongsi bertiga.

Hari terakhir kami. Fareez sedang merobohkan bumbung tempat kami berteduh. Wuuu kejam

Saya, Afiq dengan Shafiq terpaksa tidur dekat dapur, tempat lain semua dah penuh. Sebab malam tu kami masak untuk esok sekali, jadi dapur tu masih berasap, tak boleh nak tidur lagi. Dah pukul 2 pagi lepas habis sesi masak memasak barulah kami boleh tidur. Sementara beberapa orang lain ada lagi yang berjaga sebab menunggu kumpulan Iwan, Din, Taufiq, Hakim, Hafiz dengan Naufal yang masih belum sampai. Kami risau jugak, masing-masing berdoa group yang belakang ni tak putus semangat walaupun ada yang cedera.

Disebabkan dekat bawah khemah ada bonjolan batu besar, saya jadikan batu tu sebagai bantal. Terpaksalah belajar nak beradaptasi dengan alam kan untuk kemandirian spesies. Haagituh

Rasanya baru beberapa minit saya lelap, tiba-tiba saya terjaga sebab rasa kepala basah. Allah, hujan lebat! Air mengalir masuk dalam khemah.

Kami semua terjaga. Kami masa tu sebab mamai lagi macam tak boleh fikir. Lepas tu Amar kata “Tahu tak sekarang ni satu-satunya benda yang menghalang air masuk sebab Amar pegang ground ni?” Amar pegang ground tu untuk bagi air tu mengalir ke luar, taknak dia masuk ke dalam. Waktu tu teringat kisah zaman dulu, budak kecil dekat Belanda yang tutup empangan bocor dengan jari dia, dia berdiri dekat situ sepanjang malam sebab taknak bagi empangan yang bocor kecil tu bertambah besar lalu pecah dan memusnahkan bandar dia.

Rasa macam Amarlah budak kecil tu. Waktu tu sebab letih dan pasrah, saya tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah, ada orang yang hebat-hebat yang tolong baiki khemah untuk pastikan air tak masuk. Walaupun ada tempias sikit-sikit, tapi sampai pagi bolehlah tidur. Sleeping bag saya basah dekat kaki sikit, tapi takpelah *walaupun sejuk gilerr huu kita redha awaa*

DAY 4: KEMBALI KE KETAMADUNAN

Esoknya semua bangun lewat. Subuh gajah semua bahahaha bukan taknak celik tapi celik-celik je hari dah terang. Rasa badan still tak boleh recover, badan dah rasa nak demam. Tapi sebab hari ni nak balik, saya kuatkan jugak hati. Kaki macam biasa, tumit tu dah rasa macam lembik je. Rasa macam baru lepas kena tumbuk dengan lesung huhuhu (ada ke perumpamaan ni? Takpe kita orang pertama guna)

"Shapiq dulu pernah part time dekat kedai sup, Bad" kata Shapiq dekat saya. Tak taulah kau tipu ke betul dik, tapi sebab kau rajin buat kerja dapur abang percaya jelah. Bagus Shapiq ni, nak pinang dia sila hubungi saya dulu. Harga boleh runding 

Paginya kami makan breakfast yang dimasak sebelah malam tu. Bila bangun je nampak Din dengan Hafiz, wahhh lega deorang sampai jugak kem walaupun deorang sampai 4 pagi. Alhamdulillah, semangat kuat. Lepas tu nampak Iwan, Naufal, Hakim dengan Taufiq. Maksudnya semuanya terus mendaki walaupun cedera.

Lepas kami bersiap-siap, ambil balik ration tak guna *kena bawak balik spagheti dua peket dengan gula huu tambah lagi beban 3 kilo* bukak khemah, saya ikut kumpulan cedera jalan dulu (sebab rasa-rasa macam nak tercedera jugak dah hahaha). Kasut waktu ni memang dah 72 jam basah awaa sebab malam tadi hujan. Tak pernah kering. Stoking saya yang terakhir pun basah malam tu waktu hujan, terpaksa pinjam stoking Ostad yang berhati mulia *puji Ostad sebab stoking dia belum pulang lagi hehehe*

Sambil berjalan sama-sama tu nampak kesian gila dekat Din. Din berjalan sambil mendengus-dengus kesakitan, sampai beberapa tempat dia muntah. Kesian ya Rabbi, mujur hari ni jalan menurun dengan mendatar je, dah takde mendaki. Semalam tu saya bayangkan macam mana Din mendaki tempat ekstrem dengan keadaan lutut sakit. Kalau saya, memang dah call bomba siap-siap suruh helikopter datang jemput hewhewhew


Walaupun kaki dah rasa macam nak terputus, depan kamera kenalah pura-pura gembira


Tapi sebab kumpulan cedera ni almaklumlah perlahan, akhirnya kami kena potong. Kami sampai dekat Kem Hari lebih kurang tengahari. Dekat kem Hari, ramai yang terjun untuk mandi. Tapi tidaklah saya nak masuk nanti baju basah, berat, kasut pun basah. Duduk termenung je dekat tepi sebab kaki dah denyut-denyut dari semalam sambil menangisi takdir

Kami pun mula bergerak semula. Lepas daripada Kem Hari ni, jalan dah rata, tapi ya ampun, asyik lalu sungai, kena panjat balak tumbang, kena lalu lereng bukit. Berapa batang sungai dah kami lalu. Kasut tak sempat kering kena balik air.

Amar kata lalu sini 2 jam untuk ke simpang tempat kami lunch hari pertama, kemudian lagi 3 jam dari tempat kami lunch ke exit, tapi kami jalan berjam-jam belum sampai pun. Jadi kami fikir mungkin kami dah terlepas simpang tu, sekarang kami dah menuju ke exit.

Kami terus berjalan dan berjalan, sampai pukul 2 berhenti kejap, lunch spagheti, sambung berjalan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Hei bila nak sampai ni, dah berjam-jam jalan. Walaupun kaki masa tu rasa sakit dia macam baru lepas kena dera, tapi saya taknak fikir, kena teruskan jalan. Kalau saya sakit, yang orang lain yang cedera tu lagi azab, tapi deorang boleh je lagi jalan. Dapat rasa kaki dah mula melecet, tapi saya fikir takpe balik nanti boleh berehat. Sekarang taknak fikir. Tak lama lepas tu (sebenarnya agak lama jugaklah hewhew), kami mula masuk ke hutan buluh.

Banyak gila pokok buluh tumbang dah kenapa. Haku stress betul asyik kena tunduk, lepas tu beg tersangkut dekat buluh. Berdozen-dozen batang buluh tumbang pulak tu rasa nak bakar je buluh tu semua eeee sakit hati titew

Din pun nampak mental dah bila kepala dia tercucuk duri buluh dia dok mendengus-dengus geram huhuhu nak tergelak tapi kesiannnn. Dia berpaut dekat Iwan lepas tu dia lagi tinggi dari Iwan, bila Iwan tunduk Din tak nampak pastu dia terlanggar buluh tu. Lama-lama barulah Iwan cakap “Tunduk” bila lalu buluh, jadi barulah Din tahu bila nak tunduk dan takdelah Din langgar buluh dah.

Sekali dalam pukul 5 baru kami sampai dekat simpang tempat kami lunch hari pertama. Wuddd. Apakah? Apa lambat sangat wehhhh. 5 jam baru sampai dekat sini? Biar betik. Sampai dekat sini kami makan ration yang ada untuk bagi tenaga, solat Asar dengan Zohor, lepas tu kami terus berjalan.

Huntunglaa jadi guide boleh buat menu sendiri hehehe

Iwan suruh kami standby dengan headlamp sebab dia jangka kami akan keluar waktu malam. Tapi macam mana pun, saya fikir, selagi kita berteman, selagi tu kita jangan takut. Tak kisahlah keluar malam ke siang ke yang penting ada orang di sisi kita yang memberikan kita kekuatan. Chewah #ciaciacia

Kami mulakan semula perjalanan, kali ni Iwan guide dekat depan. Iwan pace memang laju, Din walaupun cedera boleh follow, jadi kami dekat belakang pun ikut kejar. Kali ni yang tinggal Iwan, Din, saya, Edi, Mosyaf, Hafiz dengan Naufal. Saya pasrah dah kalau kena keluar malam, tapi makin lama rasa makin dekat. Hari pun dah mula gelap.

Kami pun melintas 5 batang sungai tempat kami mula masuk haritu. Dekat sungai kelima tu saya penuhkan botol, just in case berlaku apa-apa (takut sesat sebenarnya awaa hahaha). Masa nak ambil air tu tiba-tiba Din muntah buat kali yang penghabisan dekat sungai tu *cisss baru aku nak ambil air hahaha*

Takpelah dok, orang sakit. Dia muntah tu kosong, maksudnya dah takde apa dah dalam perut daripada pagi tadi asyik muntah. Weh kesian wehhh

Dalam sejam lebih, kami dah nampak macam jalan keluar, dah nampak ada batang paip, ada jalan motor. Maksudnya makin dekat dengan kampung orang Asli tempat kami masuk 3 hari lepas. Tiba waktu Maghrib, kami berhenti berjalan, azan dulu.

Kami teruskan lagi berjalan. Dan berjalan. Dan berjalan. Wuuu lama jugak rupanya nak keluar, dah berapa jam dah ni berjalan.

Dalam dekat pukul 8 tu, tiba-tiba mesej bertubi-tubi masuk dekat phone. Wah maksudnya dah ada line. Kami terus berjalan, lepas tu line putus balik. Ceh harapan palsu.

Wah spagheti penuh satu kuali. Di sinilah tempat tidurku malam sebelumnya, dekat dapur. Mr Cinderella kami semua ni huhuhu


Tak lama tu, wahhh dah nampak kampung orang Asli. Cepat-cepat kami hayun langkah. Sampai je, kami nampak rumah Tok Baten. Lepas tu jalan lagi, nampak jambatan. Dekat hujung jambatan tu nampak ada geng GEMA tengah tunggu kami. Wuu waktu tu emosi berkecamuk gila. Tapi paling kuat mestilah rasa gembira, bangga, lega. Nak nanges. Nak menjerit sekuat hati. Nak bagitahu satu dunia “HOII AKU BERJAYA LEPASI YYBTN!” Tanpa bersabar, kami pun naik jambatan gantung ke hujung sungai sampai goyang-goyang jambatan haa.

Sampai ke hujung buat reunion kejap dengan rakan-rakan yang menanti. Naiklah kami semua atas 4 wheel, sambil kami bertahniah-tahniah sesama sendiri sebab berjaya merdeka dari YYBTN. Perlahan-lahan 4WD meninggalkan YYBTN di belakang, kami pun melayan perasaan melihat YYBTN yang baru kami takluk perlahan-lahan ditelan kegelapan malam apabila 4WD bergerak maju. Perasaan dalam dada – walaupun penat fizikal, emosi kami basah dengan kebahagiaan. Lebih penting lagi, persahabatan yang kami jalin, saling lengkap melengkapi, ajar mempelajari, saling bergantung untuk hidup, itu bukan murah harganya.

Daripada kampung orang Asli tu, 4WD masuk ke jalan besar. Tengah-tengah gembira dekat atas jalan time tengah laju, tiba-tiba beg Ostad melayang sekali dengan kuali dekat belakang. Macam mana tah boleh tali dia longgar. Kesian Ostad, beg pinjam pulak tu katanya.

Kami sampai semula ke masjid tempat kami mula masuk 3 hari lepas dalam waktu Isyak, sampai-sampai je dah azan. AJK suruh cepat siap sebab bas dah tunggu. Waktu tu kaki nak bengkok pun tak boleh dah. Sampai-sampai je driver 4WD bagi kami strawberry y’all!

Lepas makan strawberyy *tak basuh tangan pun hewhewhew* saya pun mintak shower gel si Yunuss, mandi air sejuk gila. Lepas tu masa shampoo rambut wehh keras gila rambut. Tengok tangan luka-luka, penuh kesan gigitan agas. Kuku penuh dengan tanah. Tapi walaupun rasa satu badan sakit, rasa puas hati yang tak boleh digambarkan.

Gambar dari kamera Edi. Antara sungai-sungai terakhir yang kami kena lintas untuk kembali ke dunia sebenar muahaha

Waktu solat tu, saya jemaah dengan Mosyaf. Waktu tu berdiri pun tak betul sebab tumit dah sakit gilos. Dalam hati “Cepatlah Mosyaf. Baca surah pendek-pendek je huhuhu”

Waktu tu memang rasa nak demam gila dah. Lepas solat kami naik bas, terus bergerak balik. Saya berkelubung dengan kain pelikat dekat atas bas. Windbreaker memang tak pakai dah sebab berbau macam lembu hahaha. Tak lama bas bergerak, saya pun terlelap. Bila sampai R&R Tapah, deorang semua turun dinner, tapi saya taknak turun. Tidur lagi syok.

Tapi masa tu rasa murah rezeki gila. Bila bukak mata je si Shafiq datang bagi buah jambu. Wuu sedap. Lepas makan sepotong dua, saya tidur balik hahaha. Lepas tu Edi pun datang bawak buah, dia bagi dekat saya jugak suruh makan. Muahaha. Tak lama tu kak Salha naik, dia bagi dekat saya air Milo. “Dah beli, tapi taknak minum.” Wuu murah rezeki titew. Thanks kalian.

Akhirnya bas pun bergerak balik sampailah ke Shah Alam. Lepas kami bersalam-salaman cipika cipiki, masing-masing pun membawa haluan masing-masing. Saya, Lan, Din, abe Pijiey dengan guide Encik Emai naik satu kereta balik ke Seri Kembangan. Waktu balik tu ada berlaku gangguan mistik err tapi lain kalilah ye kita cerita. Agak ralat jugak sebab tak sempat buat sesi perkongsian atau ibrah gituh, tapi saya janji dekat deorang nanti saya tulis dalam blog apa yang saya nak cerita hahaha

Esoknya pulak saya balik kampung nak jaga Mak untuk operate mata.

Setelah lebih kurang dua bulan persediaan untuk YYBTN, termasuklah sebulan mendaki gunung (Saya mula mendaki gunung pada 30 Julai, dan last mendaki pada 30 Ogos), tamatlah sudah satu bab yang penting dalam hidup saya. Sedar tak sedar cukup 7 gunung dalam tempoh 30 hari. Datuk – Kerunai – Kenderung – Kutu – Yong Yap – Bubu – Tok Nenek. Tak percaya rasanya, seorang yang tak pernah habiskan merentas desa, tak suka aktiviti lasak, jalan sekejap pun mengah-mengah, montel hahaha akhirnya berjaya mendaki sebuah gunung G7. Semuanya sunnatullah – kehendak Allah.

Itulah saja perkongsian mengenai Yong Yap - Bubu - Tok Nenek. Kepada kalian yang mengikuti siri YYBTN ni dari awal (Cewah bajet retis!) sehingga akhir, terima kasih diucapkan. Kepada rakan-rakan yang membantu secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan misi ini, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian. Kepada kalian geng GSB YYBTN MERDEKA, terima kasih untuk segalanya - memori, makan minum, persahabatan, sokongan. Semuanya begitu berharga buat diriku *nanges*. You guys might not be the best, but I love you guys the most. Kalian akan kukenang sampai bila-bila. Gituh emosi kejap.

Sekian, itulah penutup untuk kisah YYBTN. Untuk siri lengkap YYBTN, bolehlah klik link di bawah muahahaha #promote

1- Gunung Datuk


2- Kenderung Kerunai


3- Bukit Kutu


4- YYBTN - Part 1

Itu saja. InsyaAllah, bertemu kita di siri yang lain. Moga anda beroleh manfaat. Assamualaikum dan jumpa lagi.





















































5 comments:
Write curses
  1. wahh .. penat giler .. macam2 benda buat .. tapi , best .. sebab pengalaman .. unexpected .. pengembaraan yang menyeronokkan .. paling penting , dalam Malaysia pun kita boleh terjah alam semulajadi macam ni .. ���� ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. pengalamannya ada yang seram, ada yang ngeri, ada yang takut. tak sangka dalam Malaysia boleh dapat pengalaman macam ni hehe

      Delete
  2. dah lama mun xbuat aktiviti mcm ni..agaknya baru jalan sikit dah semput kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jomlah Cik Mun kita jalan2 sesama hehehe

      Delete
  3. Kami nak cerita gangguan mistik plak!!! Mistik(3x)!!!

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter