04 September 2017

Petualangan Kerinci (volume 1)

Petualangan adalah sebuah pengalaman yang tak lazim, namun sifatnya menarik. Biasanya petualangan memiliki ciri keberanian, tantangan, risiko, dengan dampak yang bermacam-macam.

 Bumbung Sumatera. Kerintji, Gadang, Berapi Kurinci, Korinci, Puncak Indrapura. 3,805 masl

Assalamualaikum dan apa kabar teman-teman! 
Bertemu kita lagi dalam edisi outdoor yang seterusnya! *clap clap clap* (Lama aih tak hapdet hahaha)

Kali ni nak cerita pengalaman bertualang di Gunung Kerinci, Indonesia pada 18 hingga 22 Ogos 2017 yang lalu bersama geng GEMA Selangor Backpackerz #kamitakdelahpoyosangat hahaha
 Program ini sebenarnya program yang sangat bermakna untuk GEMA dan saya sendiri sebab ni kali pertama GSB bertualang ke luar negara dan ni jugak kali pertama saya buat outdoor dekat negara orang. Sebelum-sebelum ni outdoor semua dekat negara sendiri je. Kiranya nak mencapai satu lagi milestone laa dalam hidup. 

Perancangan nak pergi Gunung Kerinci dah bermula sejak tahun lepas lagi (atau menurut ahli-ahli awal GEMA, sejak tahun 2015 lagi hahaha!), waktu mesyuarat akhir tahun GEMA Selangor Backpackerz untuk menentukan aktiviti-aktiviti pada tahun 2017. Aktiviti Kerinci ni sebenarnya brainchild Iwan, dan didukung oleh Tokie, Yunuss dengan saya mulanya waktu mesyuarat (sebab kami dah bincang beforehand lepas Jerangkang hewhewhew) jadi disebabkan idea Iwan ni mendapat sambutan oleh ahli-ahli yang lain, kami pun mulakan kutipan duit sebulan RM100 bermula dari Januari sampai Julai.

Waktu bagitahu Mak nak pergi Indonesia, Mak ingat nak pergi berjalan. Sekali kata nak panjat gunung, terus Mak tanya “Dah habis ke gunung dekat Malaysia sampai nak panjat gunung dekat Indonesia?” 

Biasalah kan, mak-mak mesti risau kalau nak buat aktiviti berisiko tinggi, lagi-lagi dekat negara orang hewhewhew 

Gunung Kerinci (3,805 m) ni ialah gunung tertinggi Indonesia di luar pulau Papua. Gunung keempat tertinggi Indonesia selepas Puncak Jaya (Carstenz Pyramid) 4,884m, Puncak Mandala (4,760m) dan Puncak Trikora (4,750m) dan merupakan gunung berapi tertinggi Asia Tenggara. 

Kami beli tiket flight dari bulan Februari lagi, waktu tu setiap hari check harga tiket sampailah harga tiket jatuh bawah RM300 untuk pergi balik. 

Walaupun berlaku berbagai-bagai masalah yang tidak dapat dielakkan, seperti pengunduran ahli, dah bayar tapi last minute tak dapat pergi etc etc akhirnya jumlah peserta pun finalized ke 10 orang. Naufal dengan keluarga disebabkan dah beli tiket, ikut jugak kami ke Padang tapi sampai di Padang deorang bertiga berpecah bawak haluan ke Bukittinggi. 

LINEUP
BUKAN LINEUP
Iwan
Bad
Tokie
Kakasarah
Afiq
Hakim
Daus
Asyraf
Kak Nora
Fakhitah
Naufal
Dayah
Nizar

Disebabkan trip kali ni lebih kurang sebulan lepas Syawal, maka memang training semua ke laut. Bulan Ramadan memang la tak training, lepas Ramadan, Syawal sebulan busy dengan open house. Iwan pulak ada kerja di Romania dekat sebulan. Dua hari sebelum flight baru dia balik Malaysia. 

Jadinya kami sempat training lebih kurang 3 kali je. Saya sempat join dua kali, pertama dekat Gunung Nuang sampai Kem Pacat. Kedua dekat Gunung Datuk. Selebihnya prektis sendiri je naik turun tangga 14 tingkat 7 kali sehari. Dahlah kali last panjat gunung ialah Bukit Chorocho tahun lepas, fitness pun dah level obor-obor huhuhu nanges awaa 

Tanggal 17hb Ogos malam tu, dengan barang belum siap lagi, baru balik dari tukar duit dekat IOI City Mall, terkial-kial nak menyiapkan semua. Baju mana nak pakai, berapa helai t-shirt, makanan apa nak bawak. Tisu basah, gloves bagai. Mana yang boleh bawak naik flight, mana yang kena check in. Mujurlah sebab acah-acah dah jadi junior hiker kan, sebelum ni beginner je hewhew jadi kali ni takdelah panik sangat. Headlamp pun dah charge awal-awal.  

Teringat waktu YYBTN tahun lepas, masa tu gelabah takyah cakaplah. Satu apa tak reti, dahlah nak mendaki gunung G7. Sekarang hampir genap setahun YYBTN, macam-macam dah berlaku, alhamdulillah dah semakin tenang nak mendaki gunung. Tahun ni lagi takut tertinggal flight daripada takut panjat gunung.

Dalam pukul 4 pagi, Tokie pun sampai. Ibunya Tokie dan adik lelaki Tokie hantar ke airport, saya tumpang sekali. Masuk dalam kereta je Tokie mintak tolong kirakan baju yang ditempah untuk Petualangan Kerinci ni. Waduh pusing kepala guwe. Ada lengan pendek, lengan panjang. Saiz dari sekecil XS sampai XXXL, ada muslimah, ada cotton. Nak kira tu pulak dalam kereta tengah bergerak sambil pening-pening sebab tak cukup tidur. Last-last sekali dah sampai airport baru siap asingkan semua. 

 Sampai airport kami pun bertemu teman-teman petualang semua, check in segala bagai. Waktu deorang nak print boarding pass, si Daus tak muncul-muncul. Iwan beli tiket deorang atas nama Daus, lepas tu nak check in kena ada nama ayah. Mana tahu nama ayah Daus apa. Mujur dalam file Excel yang saya forward ada nama penuh Daus.

Daus pulak dah sampai, tapi bateri pulak mati. Sebelum bateri mati dia sempat suruh kami add nombor dia yang satu lagi dalam group WhatsApp. Lepas call tak dapat, dia hantar gambar dekat entrance. Kami cari tak jumpa. Entah macam mana entah drama, last sekali baru Hakim nampak si Daus. Daus baru habis shift pukul 3 pagi. Lepas syif tamat terus dia bergerak ke airport tak sempat charge phone apa bagai katanya. 

Lepas siap check in, kami pun check in luggage berjemaah. Alhamdulillah, waktu check in tu semua luggage allowance cukup. Kecuali beg kakasarah (walaupun kak Sarah yang beli tambahan luggage hewhew). Terpaksalah beg kakasarah jadi hand carry, si Acap yang tolong bawakkan naik flight. Disebabkan beg kak Sarah ada pisau, mintak tolong wife Iwan untuk bawak balik pisau tu.

Waktu beratur tu, mungkin sebab nampak barang-barang kami memang terang lagi bersuluh macam nak pergi buat outdoor, uncle belakang kami tanya nak pergi mana? Saya jawablah nak pergi Gunung Kerinci dekat Padang. Terus dia google gambar Gunung Kerinci, lepas tu tunjuk. “Gunung ni ke?” dia tanya. 

Saya pun jawab iya. Dia pun senyum angguk-angguk, kekaguman mungkin (hewhew #perasan)
Siap check in, kami pun solat Subuh dan masing-masing ke tandas melepaskan hajat sebelum nak naik flight. Kami pun wefie sekali, Iwan kata nak hantar gambar kami ke Andika supaya dia kenal kami dekat bandara Padang nanti. 

 Wefie!

Flight kami pukul 7:50 dari Malaysia. Jarak dalam sejam je dari klia2 ke bandara (airport) Antarabangsa Minangkabau, Padang. Tak sempat tidur pun atas flight huhu dahlah mengantuk gila babas masing-masing mana cukup tidur. Sebelah saya ada seorang student PhD UM yang datang ke Padang untuk ke Universitas Andalas, sempat curi dengar deorang berbual-bual.

 Udah nyampe di bandara. (Awat muka terseksa tu haha)

Waktu nak keluar tu, ada pegawai check luggage kami. Bila tahu kami nak panjat Kerinci, terus katanya "Sampai di puncak nanti bagitahu saya!"

Kami sampai je lepas turun kapal terbang tu sempat berphotoshoot dekat bandara. Acap call guide kami, Andika Laksmana. (Saya teman Mas Iwan – Acap memperkenalkan diri lol) 


 Everybody say SATEEE! (Tagline Acap waktu ambil gambar lol)

 Dalam pukul 9 kami pun berpisah dengan Naufal and family dan meneruskan perjalanan ke Jambi. Waktu dekat parking kami sempat berselisih dengan geng-geng postgraduate UM yang sama flight dengan kami. Sempatlah kami bertegur sapa dan deorang ucap good luck dekat kami. Deorang semua pakai baju korporat UM menuju ke Universitas Andalas. 

Andika bawak kami ke van yang dia tempahkan untuk kami. Wah dari luar nampak stylo gila. Dekat dalam, seat tegak gilos se’eh perut memasing huhu. Supir kami ada dua orang, tapi tak sempat berbual. (Sorang tu ada tatu dekat lengan, kecut perut tengok)

 Van kami yang keren bangat!

 Orang sibuk naikkan beg, kita sibuk bergambar haha

 Dalam van

Lepas naikkan dan ikat beg kami ke bumbung van, kami pun memulakan perjalanan ke Kersik Tuo di provinsi Jambi. Persinggahan pertama kami dekat Transmart, iaitu nama pasaraya Carrefour di Indonesia. Dekat sini kami sempat breakfast dekat food court. Sedap jugak makanannya. Saya beli nasi ayam penyet dengan teh dalam botol. Afiq punya mee ayam paling sedap antara semua. 

 Mee ayam enak!

Siap makan, kami beli barang-barang keperluan sikit. Saya beli gummy candy timbang untuk makan on track sebab tak sempat beli dekat Malaysia. Harga lebih kurang standard Malaysia je lepas convert.  

Kami bergerak semula kemudiannya menuju kedai outdoor Petualang. Dekat sini Afiq excited tengok windbreaker harga dalam RM50++. Saya beli trekking pole satu sebab Iwan kata kalau dekat-dekat puncak nanti kena merangkak nak naik takud awaa kalau nak mendaki lereng 90 darjah ke puncak. Terpaksalah beli trekking pole satu. Nak beli windbreaker pulak saiz takde XXL wuuu sedih. Orang Indonesia kan kurus-kurus, jarang ada yang gede (besar)

 Petualang = Pengembara

Afiq beli jam dengan windbreaker. Hakim beli topi. Gigirls pun ada yang beli trekking pole. Daus shopping macam-macam. 

Lepas siap shopping semua, kami bergerak ke Masjid Raya Sumatera Barat untuk solat Jumaat. Disebabkan Sumatera Barat ni ialah kawasan Minangkabau, memang masjidnya pun bercirikan arkitektur Minangkabau seperti di Negeri Sembilan. Masjid Raya ni ialah masjid terbesar Sumatera Barat dan berfungsi sebagai pusat keagamaan yang penting untuk provinsi tersebut. 


 Gigirls Petualang

Topik khutbah pada hari ini ialah tentang kes pembuangan bayi di serata Nusantara. Oh ya, dekat sini perkataan Nusantara selalu digunakan. Kalau yang saya faham, Nusantara meliputi gugusan kepulauan Melayu – termasuklah Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura. Dekat Sumatera Barat ni tak pasti pulak definisinya bagaimana. 

 Bobois Petualang

Dekat sini waktu solatnya awal sejam dari Semenanjung Malaysia. Kalau zohor di Malaysia masuk pukul 1.20, di sini pukul 12.20. Lepas solat Jumaat, sempatlah kami beli air tebu dengan cendol tepi masjid. Ya ampun, sedap bangat. Air dia memang pekat gila. Tebu dia manis semulajadi, pekat warna hijau, cendolnya walaupun ada kelapa parut yang saya tak suka sangat, tapi pekat gila gula merah dengan santan dia. 

Kami bergerak semula menuju ke Jambi. Dalam 30 minit perjalanan, van kami pickup lagi 2 orang guide, Onki dan Agus. (First impression: dua orang ni apsal bau macam nasik padang. Wuu lapar T.T) Iwan tak pernah jumpa Onki sebelum ni, tapi deorang ada beberapa mutual friends. Onki pernah tinggal dan bekerja di Malaysia, jadi dia pun takdelah kekok nak berkomunikasi dengan kami. 

Saya duduk dekat belakang, berapa kali tengah tidur terlambung-lambung kepala terhantuk dekat palang tingkap. Jalannya jelek (teruk). Bak kata guide kami, jalan di sini jelek. Di Malaysia mulus. Sebab dekat sini jalan kampung tulah jalan utama, melalui bukit-bukit, sawah padi dan desa. Macam ular kena palu.  

Dalam pukul 3, lepas lalu jalan berbukit-bukit berselekoh kiri kanan, sampailah kami di sebuah kedai makan nasi padang untuk makan berarau (lunch hewhew)

 Nasi padang!

Turun je humakaih, sejuk macam Cameron. Makanannya bertemakan hidangan nasik padang, ada belut goreng, gulai ikan, gulai perut etc etc. Tapi sebab perut tu dia tak cuci habis ada lagi lapisan hijau, urgh, sedikit sebanyak terjejas jugak selera guwe. Lepas tu nak basuh tangan dia takde sinki, basuh dekat dalam mangkuk kecil yang dia sediakan atas meja.

Kami teruskan lagi perjalanan ke homestay. Eh berapa kali daa teruskan perjalanan. Letih punggung. Terpaksa gilir-gilir. Lepas punggung kiri letih, duduk atas punggung kanan. Lepas punggung kanan letih, duduk atas punggung kiri. 

Berjam-jam nak menyampai ke provinsi Jambi dari bandara Padang. Kalau ikut tentative, dalam 8 jam. Tapi sebab dah berhenti solat Jumaat, makan shopping semua nampak gayanya lebih 8 jam ni.
Dalam pukul 8 malam, kami tiba ke pekan Muara Labuh. Mula saya dengan Afiq nak beli simkad Telkomsel, tapi Agus kata dekat sini mahal (70,000 rupiah), katanya beli dekat-dekat area homestay nanti. Dekat Indonesia, orang kata setiap tempat ni ada lain-lain network yang dominan. Macam dekat Kerinci ni, yang paling dominan Telkomsel. Jadi kami pun tak jadilah beli simkad dekat Muara Labuh. 

(Afiq nak beli simkad Telkomsel sebab nak buat live update atas puncak. Siapalah bagitau dia atas puncak dapat line hewhewhew)

Saya sebenarnya skeptic sikit nak makan streetfood, tapi sebab dah lapar, dekat sini kami makan dekat sebuah gerai ayam penyet di tepi jalan. Sebab saya dua kali pergi Bandung, dua-dua kali tak makan streetfood makan dekat restoran je, jadi rasa sedikit nervous first time nak makan streetfood di Indonesia. 

Daus nak makan bebek (itik), dia ajak saya tukar-tukar dengan dia sebab saya order ayam. Saya bagitau Daus saya tak makan itik. Pernah makan tapi tak suka. Iwan beli goreng pisang, pisangnya tembam gila.


 Pecal Lele Mas Mon

Afiq pulak tapau gorengan dari kedai lain. Makan dekat gerai pecal lele Mas Mon ni sekali dengan teh hangek (teh O panas), kena 20,000 rupiah, dalam RM6.50. Ok lah, lebih kurang harga Malaysia. Dari sebelum makan tu dah start sakit perut dan nak terkencing, jadi saya pun mencari-cari tandas di mana. 

Kebetulan dekat kami makan tu ada sebuah dataran tempat sambutan kemerdekaan berlangsung pada malam tu (hari kemerdekaan Indonesia jatuh pada 17 Ogos), dan dekat dataran tu ada tandas. Saya pun terus ke tandas tu lepas makan. Ada sorang makcik tu jaga pintu tandas tu, dia kata masuk dulu bayar kemudian.

Masuk je tandas tu, ya ampun. Lampu tak ada. Air pun takde. Terus tak jadi melepaskan hajat. Keluar-keluar je dia mintak 2000 rupiah (65 sen). Weh mahalnya. Tapi tandas ni lampu dengan air which are benda basic dalam tandas takde pun huhu. 

Perjalanan kami diteruskan lagi sampailah kami tiba ke homestay di Kersik Tuo. Sepanjang perjalanan tu supir kami bukak lagu Pop Minang album penuh Elsa Pitaloka, dengan lagu-lagu hits beliau seperti Galak Baganti Tagih, Cinta Denai Ko dan Maafkan Denai.

Indak takao indak takao
Denai mangganggam
Cinto nan mambaro
Pado hati jo bathin taseso
Eloklah kito bapisah sajo

Haagituh. Saya ingatkan loghat Minang Indonesia sebijik macam Nogori. Tapi telornya tak sama, hanya ada persamaan dari segi perkataan je. Ingat macam lagu Apo Kono Eh Jang ke, lagu Apo Nak Dikato ke. Tapi bunyinya lain. Hakim kata memang loghat Minang macam tu, sebab ayah Hakim orang Minang. Hakim bolehlah faham sikit-sikit loghat Minang (yeke KimT hewhew). By the way, guide kami Andika dengan Onki dua-dua Minang, Agus sorang je yang Jawa. 

Sampai dekat homestay Paiman dalam pukul 12 malam, kami terus turunkan barang ke dalam. Sama macam dekat YYBTN, turun je angin sejuk terus menerpa. Terketar-ketar rusuk terus sejuk yawww. Rupanya kawasan Kersik Tuo ni je dah 1500 meter dari aras laut, dah setinggi Gunung Nuang, patutlah sejuk kemain. 

Kami disambut mesra oleh pemilik homestay Paiman (tak sempat tanya nama dia, saya assume nama dia Paiman lol). Disebabkan beg kami besar gadang semuanya, kami tinggalkan dekat bawah. Lagipun beg kami yang diikat atas bumbung basah terkena hujan waktu perjalanan walaupun dah ditutup kanvas. Pemilik homestay tu bagitau baru tadi ada orang Malaysia yang turun dari Kerinci checkout dari homestay dia. 

Kami 6 orang lelaki ni dapat satu bilik dekat tingkat atas, sebilik lagi Tokie dengan kak Nora, Ita dengan kakasarah pulak dapat bilik bawah. Tingkat atas dia just nice, ada ruang tamu, kemas dan bersih dan rupanya macam loteng sebab kena naik tangga 90 darjah (nanges kejap waktu nak naik tu. dah macam training hiking. Sebab tu beg tinggal je bawah tak larat nak bawak naik atas lol) 


Lepas kami ambil barang-barang penting dari beg, kami pun mandi, bersolat jamak taakhir Isya dan Maghrib dan terus masuk tidur. Walaupun airnya pun sejuk macam tuuut tapi terpaksa jugak mandi sebab dah sehari suntuk tak mandi. Ok la homestay ni sebab ada air paip dan tandasnya pun ada lampu. Kebersihan pun di tahap memuaskan. Tilam empuk, ada selimut tebal. Makan minum pun disediakan. Memang feeling desa Indonesia betul waktu tu.

Saya mintak dekat tuan rumah pengetip kuku sebab kuku dah panjang takut esok masa mendaki berlaku kecederaan melibatkan kuku (kuku patah, kuku tusuk daging etc etc). Lepas kemas sikit barang-barang, kami pun terus melelapkan mata…

...bersambung

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter