04 September 2017

Petualangan Kerinci (volume 2)

DAY 1: SHELTER 2

Belum sempat alarm berbunyi, bersahut-sahut bunyi azan dari masjid sekitar homestay. Ada 2-3 kali azan menandakan ada 2-3 masjid berbeza. Disebabkan letih kami belum hilang, lepas iqamat baru kami bangun hewhewhew 

 Waktu pagi di homestay
 
Lepas solat subuh berjemaah, kami pun errr sambung tidur balik? Hehehe (Si Acap kata selimut ni selimut babi sebab tidur lepas subuh bahahahaha)

Lepas siap mandi, Afiq ajak saya pergi jalan-jalan dekat sekitar kawasan desa Kersik Tuo. Waktu dekat luar, baru tahu yang bawah homestay kami ni sebenarnya kedai runcit. Pengusaha homestay kami bukak kedai runcit sekali, ada jual barang-barang souvenir. 

 Adik Yonata bertemu ibu peri

Kami cari simkad Telkomsel dekat kedai sekitar, tapi takde jual. Dekat satu kedai, Afiq beli jajan, saya beli air kotak untuk dibuat air kemenangan dekat puncak nanti. Air kotak laici satu, Milo satu. Air kotak laici tu jenama Yeo’s yang diimport dari Malaysia. Harganya 5000 rupiah satu, lebih kurang dalam RM1.50. 

Last sekali, kami balik dekat homestay beli simkad Telkomsel dekat kedai runcit homestay je, sama jugak harganya 70,000 rupiah macam dekat pekan Muara Labuh wuuu tiada beda harganya mas Agus. 

 Bekpes berjemaah

Lepas kami breakfast, kami pun mula menyiapkan diri untuk mendaki. Onki tanya kalau kami bawak baju hujan, tapi berapa orang je yang bawak. Yang lain semua tak bawak. Onki kata kena ada baju hujan sebab takut sekarang ni musim hujan dekat sana (Sumatera musim tengkujuh pada Mei hingga September sebab monsoon Barat Daya). Hakim pun pergi ke kedai belikan baju hujan untuk kami (tengs KimT :*).

Lepas siap beg semua, masukkan lunch pack yang dimasak pakcik homestay, masukkan air mineral 3 liter seorang, masukkan pek snek yang disediakan Andika, (ada buah limau, gula-gula dan sachet jus 3-in-1. Weh tak sakit perut ke makan limau atas gunung), Afiq timbang beg kami masing-masing. Beg paling ringan beg kak Nora, dalam 9 kg. Beg saya kedua ringan, 10kg (hehehe kantoi guwe). Sebab beg saya antara yang ringan Hakim suruh saya bawak banner dengan bendera GEMA (ciss KimT).

Beg orang lain semua rata-rata dalam 11-13kg. Beg Hakim 17kg, Afiq 15kg (dah macam bawak lesung batu ni hewhew). Dan beg gigirl paling berat sekali ialah beg Ita, 14.9kg. Afiq dah risau, suruh Ita kurangkan berat beg. Ita kata beg dia memang jenis berat (dia pakai beg Saidah), lagipun Ita tak tahu nak buang load mana.

 Depan homestay. Belakang kami ladang teh menghijau

Tengah-tengah bersiap dekat luar homestay, nyaris berlaku kemalangan. Ada satu pickup truck tu penuh dengan anak-anak dara nak mengelak lori yang keluar dari parking, menjerit-jerit lah anak-anak gadis tu ketakutan di belakang sebab truck tu mengelak sampai keluar ke bahu jalan. 

Lepas beg dimasukkan dalam van, dah pakai kasut apa semua (Afiq sorang pakai sandal), kami pun memulakan perjalanan ke Gunung Kerinci.

Perhentian pertama kami adalah di Tugu Macan di persimpangan masuk ke Gunung Kerinci. Selalunya dekat sini kalau tak berkabus boleh nampak Kerinci sampai ke puncak, tapi sebab rezeki kami mahal pagi ni, nampak awan-awan je. Lepas berwefie bergambar berposing dengan macan si harimau Sumatera, perjalanan kami diteruskan melewati ladang-ladang teh, kobis dan kentang. 

 Di hadapan Tugu Macan. Kalau langit clear, belakang tu nampak puncak Kerinci

Waktu melewati jalan yang jelek, supir mintak kami turun jalan kaki sebab takut van tak lepas keluar dari lopak.


 Terpaksa berhenti turun karena jalannya jelek bangat! 

Dalam 20 minit perjalanan, sampailah kami dekat sebuah kandang lembu. Sempatlah kami bertegur sapa dengan pakcik pemilik kandang tu. (Dekat luar tu ada sebukit tahi lembu awaa kenapa bawak kita berhenti sini T.T)

 Dalam kandang lembu
 

Dekat sini kami ambil gambar lineup, betulkan beg kemudian memulakan perjalanan ke pintu gerbang Gunung Kerinci. Keadaan paginya berkabus, dah macam cerita seram pun ada. Menurut penduduk, sudah beberapa hari hujan di Kerinci.

 Di luar kandang lembunya. Gambar lineup yaww!
From left: Onki | Afiq | Hakim | Me, the cutie (lol) | Daus | Iwan | Tokie | kak Nora | Ita | Kakasarah | Andika | Agus

Waktu berjalan tu rasa seronok sebab pertama kali nampak ladang kentang sepanjang saya hidup. Rasa excited sebab kentang tu dekat tepi jalan je, boleh capai dengan tangan. 

Kami tiba di sebuah gerai kecil sebelum masuk ke pintu masuk Kerinci dan memperkenalkan diri kami dari Malaysia selepas ditanya. 

 Perjalanan menuju Pintu Rimba Kerinci

Andika mengetuai kumpulan kami di depan dan di belakang, Onki dan Agus mengambil tugas sweeper dan tanker. Pagi ni semua masih bertenaga, especially ladies hehe



 Pintu masuk Wisata Alam Gunung Kerinci

Tokie mengetuai di belakang Andika, diikuti kak Nora, kemudian saya.

Batu-batu sulfur terdampar di kiri kanan sepanjang jalan ke pintu masuk Kerinci.

Selepas kami memulakan perjalanan, bermulalah detik-detik mencabar mental dan fizikal bilamana melihat trek dah barai macam baru dilanda sekawan gajah Afrika.
  
Disebabkan hujan beberapa hari dan 2 hari sebelum kedatangan kami merupakan Hari Kemerdekaan Indonesia iaitu hari wisata (holiday), kurang lebih 1000 pendaki telah menaiki Kerinci. Trek memang becak habis, sekali pijak sekali kaki tenggelam. Mental weh awaa nak cabut kaki keluar. Banyak tenaga habis nak tarik kaki dari selut.

 Selut dah level apa ni. Takde langsung tempat boleh mengelak huu

Si Tokie kaki je yang keluar dari selut, kasut tertinggal dalam lumpur hahaha. Afiq pulak dah cabut sandal berkaki ayam. Katanya lagi cepat. 

 Berhenti rehat sekejap. *sebenarnya nak tunjuk Afiq tu dekat hujung berkaki ayam dah, sandal entah ke mana. Cer zoom sket hehuhehu*

Afiq kata trek Kerinci ni macam Irau. Darab tiga. Begitulah (Sebab tak pernah pergi Irau, saya pura-pura je mengerti hewhewhew)

Saya punya tongkat (trekking pole) pulak jadi bengkok waktu tersangkut dekat dalam semak, sebab waktu nak cabut saya terjatuh sambil memegang tangkai dia. Tarik keluar je dah bengkok tongkatnya. Dahlah harga 255,000 rupiah, baru pakai beberapa minit dah bengkok. Mintak Andika betulkan, tapi Afiq kata tak payahlah kot, takut nanti kot-kot bengkok balik (faham-faham je Afiq ni hahaha) 

Kalau dengar cerita orang pasal Kerinci ni yang mental, tak sampai puncak, AMS, kebekuan, hipothermia, (kawan-kawan Iwan yang baru pergi pun ada yang tak sampai puncak sebab ribut) saya dah tanamkan dalam diri. Kalau aku penat, aku kena gagahkan jugak. Yang penting jangan cedera, jangan susahkan orang. Macam mana pun mesti sampai puncak. 3 pesanan coach Fareez (lol!) tersemat di ingatan:

1-      Letih tu mental je
2-      Kau fikir kau penat, orang lain penat jugak
3-      Jangan berhenti

Maka dengan pesanan tu tersemat di dada, saya gagahkan jugak diri yang montel ni. Bak kata Ita “Bad bawak nama coach ke puncak” wuu malu coach titew kalau tak lepas mendaki kan

Untuk pendakian hari ini, target kami adalah ke Shelter 2. Kalau sempat, mungkin terus ke Shelter 3. 

Sambil berjalan saya perhatikan flora dan fauna dekat kaki Gunung Kerinci ni, nak tengok perbandingan dengan gunung-gunung Malaysia. Untuk elevation sekarang, nampaknya takde perbezaan dengan gunung-gunung Semenanjung in terms of biome, tanah dan wildlife. Pokok-pokoknya sama je. Dari segi tanah pun warna dan tekstur sama macam tanah di Semenanjung. So far, belum lagilah tanjat gigirl sebab masih rasa seperti gunung di Malaysia lagi.

Tapi saya tahu lepas elevation tertentu, lanskap Gunung Kerinci ni akan berubah dengan drastik sebab Edi pernah cakap “Gunung berapi ni tanah dia sangat lain dengan gunung dekat Malaysia. Kau panjat gunung apa pun dekat Malaysia takkan menyediakan kau untuk Gunung Kerinci.” lebih kurang gitulah amanat Edi. Sebab sekarang belum sampai lagi lanskap yang berbeza dari gunung Malaysia, saya tahu kami belum sampai lagi ke lanskap yang Edi maksudkan.  

Kami melewati Pos 1, 2 dan 3 dengan agak cemerlang. Cuma berhenti sekali sekala untuk regroup dan meneguk air. Tapi sebab sini memang dari mula sejuk, takdelah rasa dahaga sangat. Kami pun minum secara terkawal lagi.

 Di Pos 1 (rasanya hewhew)
Edit: Afiq kata ni dekat Pintu Rimba. Sorry titew tak perasan papan tanda ni waktu tu sebab terlalu fokus gitu

Yang baik tentang sepanjang-panjang trek adalah, treknya sentiasa mencanak. Sebab saya jenis mental bila trek ada menurun dan menaik. Bila lepas mendaki kena turun, maksudnya kita dah hilang elevation gain, kena kerja keras buat kerja dua kali. Bila mendaki je semua, bermaksud setiap langkah mendekatkan kita dengan destinasi. 

Kami beberapa kali bersaing dengan satu kumpulan pendaki dari Jerman, salah seorang tu pandai berbahasa Indonesia. Ada seorang perempuan usia pertengahan dalam group deorang pakai anduh di bahu, tercedera tangan.

Bila tahu kami dari Malaysia, yang fasih bahasa Indonesia tu tanya “So you’re from Kuala Lumpur?”
“Yes” Iwan jawab.
“Jalan ini sangat berlumpur!” lol dia seloroh dengan kami.
“You got me there!” jawab Iwan, kesipuan hahaha

Antara Pos 3 dengan Shelter 1, dalam pukul 11 pagi macam tu kami berhenti kejap makan lunch pack yang dibungkus dari homestay. (Hakim sorang je tertinggal lunch pack dekat homestay lol) Sebab saya tak rasa lapar, saya habiskan nasik kak Nora, makan pakai sudu yang dipinjam dari Onki. Makan pun sebab tahu badan perlukan tenaga dan taknak perut masuk angin walapun tak lapar. Suap je makanan dalam mulut paksa telan. 


 Berhenti makan lunch

Menu kami ayam goreng berlada dengan nasik putih. Wehh pedas gila. Mujur makan separuh je takut sakit perut weh nak hiking tercirit nanti makan pedas-pedas. (Pelik jugak, sebab tadi dapat limau dalam snack pack. Ni dapat lunch pack makanan pedas. Memang nak lancarkan sistem pencernaan ke apa ni hewhew)

Saya habiskan sekotak air laici, impian nak minum air laici di puncak Kerinci nampaknya nggak kesampaian. 

Kakasarah tanya dekat saya “Kita buat apa dekat sini Bad?” dengan sedikit penyesalan muahahaha
Saya pun jawablah “Belum terlambat lagi nak patah balik kak Sarah. Kita lagi dekat dengan entrance daripada puncak ni.” 

Masa tu terfikir jugak, tak semua orang panjat Kerinci ni sampai ke puncak disebabkan halangan-halangan tertentu yang tak dapat dielakkan. Ada kena ribut, ada yang bangun lambat (nak sampai puncak kena naik sebelum subuh). Jadi kalau saya tak sampai puncak pun takpe kan. 

Wah waktu tu sebenarnya rasa kendur sikit semangat. Tapi saya betulkan balik mindset dan niat. No no, jangan rasa diri lemah. 

Dah lama planning, sekarang tak boleh berundur. Lagipun ni adalah penentuan lepas 8 bulan tak mendaki. Kalau saya gagal ke puncak, mungkin lepas ni saya akan terus berundur daripada arena pendakian gituu #drama.

 Tengok balik gambar ni rasa sesak dada tetiba

Lepas siap makan, kami teruskan pendakian ke Shelter 1. Tak macam guide Malaysia (yang saya pernah jumpa lah), guide dekat sini tak suka rehat lama-lama. Dekat Malaysia guide selalunya ajak lepak dulu (sap kok lu), dekat sini rehat sekejap ambil nafas, kemudian bergerak semula. Taknak bagi badan sejuk katanya. 

Menuju ke Shelter 1, pendakian dah mula mencanak tak hengat. Yang geramnya, dengan tangan berlumpur-lumpur, ingat nak lap dekat dahan dan batang pokok, tapi dekat batang pokok pun berselut. Kenapa dekat pokok pun ada lumpur huuuu. Nampak Acap lap tangan dekat seluar je, saya pun ikut sekali. Gampang begitu aja kan haha

Kami terserempak dengan pendaki-pendaki yang mula turun “Lanjut terus! Semangat bang! Maju!”
“Makasih ya! Makasih!”

Kami sampai ke Shelter 1 lebih kurang pukul 2.30. Dekat sini kami letak beg, tapi Andika kelihatan risau. Dia tak bagi kami rehat lama-lama. Kebetulan ada sekumpulan pendaki Indonesia yang mengajak kami bergambar sekali dengan bendera negara masing-masing, jadi kami pun bergambar dulu, lengah-lengah dengan tidak rasa bersalah. 

 Pertemuan dua negara serumpun di Shelter 1, Gunung Kerinci. (Nota: bendera Malaysia tu bukan terbalik, tapi jenis yang dipasang menegak dekat bangunan)

Dekat Shelter 1 ni, lagi satu persamaan gunung Malaysia dan Indonesia dikenalpasti – iaitu sampah sarap. Ya ampun dahsyat betul sampah, boleh kata dekat setiap sudut ada sampah di Shelter 1 ni. Paling banyak ialah botol air mineral Danone Aqua 1.5L. 

Bila difikirkan, kalau kita pun, nak turun gunung yang tinggi 3,805meter, mesti rasa menyampah nak pikul sampah turun. Mungkin sebab tulah deorang tinggal je sampah dekat sini.

Yang menarik dekat Shelter 1 ni pulak, ada seekor ayam putih yang menghuni. Kata Andika, dulu ada pendaki yang bawak ayam ni naik, dan ditinggalkan dekat situ. Sampai sekarang ayam tu duduk situ. Gila kental ayam ni boleh survive dekat elevation 2,504 meter sekor-sekor dia je. Dingin bangat kot.

(P/S: dekat Gunung Kerinci, ada masa-masa tertentu jurukunci Kerinci akan menyembelih seekor ayam putih untuk dijadikan santapan ‘penguasa’ Kerinci supaya tidak mengganggu pendaki. Darah ayam yang disembelih yang terpercik ke daun-daun katanya akan hilang keesokan harinya. Wallahualam.) 

Lepas Andika push kami, kami pun meneruskan lagi pendakian kami untuk ke destinasi kami pada hari ini, iaitu Shelter 2. Kami akan bermalam di Shelter 2 sebelum summit attack esok pagi.


Kali ni saya, Daus dengan Ita dah geng dengan sweeper sebab kami slow. Afiq, Hakim, Iwan, kak Nora, Tokie dan kak Sarah dah lanjut maju ke hadapan. Acap tolong sweep Ita di belakang. Dekat belakang lagi, si Onki dengan Agus. Onki bawak parang yang tak bersarung, sambil jalan dia tetak-tetak batang pokok buat jadi penanda.

 Onki dan parang beliau berpisah tiada


Dekat Kerinci ni mungkin sebab treknya jelas, jadi penanda jalan tak banyak. Kalau gunung-gunung di Malaysia, lebih kurang setiap 50meter ada pita awas yang diikat dekat pokok. 

Tokie pantas je ke depan, tak sanggup kena parang katanya. Tapi sampai dekat satu tempat, terdengar suara Tokie. Rupanya Tokie diserang ‘sesungut’. Adoih kesiannya. Kita lelaki yang tak cuti pun tak larat weh nak mendaki. Tokie steady je. Lepas telan painkiller, mendesup hilang lagi Tokie. Memang pantas gelaran ‘Peguam Syariah Terpantas Asia Tenggara’ buatmu Mbak Tokie hewhew 

Kami tanya Onki, pace kami harini macam mana?

Jawab Onki “Santai.” Maksudnya kami perlahan lah tu hahaha

Dan ternyata pendakian Shelter 1 ke Shelter 2 adalah cabaran sebenar pendakian kami pada hari pertama ni. Ada beberapa kali kami terpaksa melalui trek yang berbentuk V macam longkang. Kena catwalk nak lepas sebab kaki boleh muat sebelah je. 

 Trek bentuk macam longkang. Kena catwalk nak lepas

Dahlah sempit, time kami nak naik tu ramai pulak yang turun. “Waduh, macet!” terdengar pendaki yang nak turun mengomel. Terpaksa tunggu orang atas clear dulu baru kami boleh naik. Ada yang turun tu cakap “Amazing!” dengan penuh ketakjuban. 

Lepas dia cakap macam tu, baru saya tersedar yang untuk orang Indonesia sendiri, Kerinci ni adalah sesuatu yang asing. Macam jugak rakyat Malaysia dengan Kinabalu. Untuk orang-orang Minang yang duduk sekitar Jambi, Kerinci adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, samalah macam orang Sabah yang tinggal di Ranau. 

Tapi yang tinggal di luar provinsi Jambi, Kerinci adalah sesuatu objek yang asing dan untuk menyampai ke sini pun kena naik kapal terbang seperti kami. Mungkin mereka pun sama macam kami, datang dari jauh bertualang untuk merasa takjub kepada keindahan Kerinci. 

Sempat jugak kami berkenalan dengan pendaki-pendaki lain. Ada orang Melayu Indonesia dari Batam, ada dari Makasar, Sulawesi. Ada dari Jakarta. Perbezaan pertama ialah bila dengar deorang gelar kita, samaada ‘bang’ atau ‘mas’. Kalau dipanggilnya kita ‘mas’ itu tandanya orang Jawa, kemungkinan besar orang Jakarta. Kalau ‘bang’ lazimnya orang Minang atau orang Melayu. 

Ada satu kumpulan tu lepas tahu saya orang Malaysia, dia panggil saya pakcik. Brengsek! Hahaha
“Abanglah, bukan pakcik!” 

Dengan keadaan berselut dah tahap apa, dengan trek yang semakin meminta-minta nyawa, akhirnya dekat satu tempat kami bertiga dengar suara Afiq dan Tokie. Rupanya deorang berhenti sebab nak solat. Afiq bentangkan ground, kami ambil wuduk pakai spray. Waktu tu dah Asar. Jadi kami solat jamak taakhir.

Lepas solat, kami kunyah kurma dan gummy candy untuk instant sugar dan teruskan lagi pendakian. Bila berhenti sekejap je, badan terus rasa nak menggigil. The only reason rasa panas bila mendaki ialah sebab badan kita tengah berespirasi sedangkan suhu sekeliling dah turun ke belas-belas darjah.
Tokie dah mendesup hilang dekat depan sebab dia tak suka duduk belakang dengan Onki sebab Onki pegang parang tak bersarung. Mental Tokie takut kena libas dengan parang. 

Bila kitorang tanya Onki, tak takut ke dengan parang? Dia kata dia lagi takut rotan. Masa kecil ayah dia selalu rotan dia, lepas tu dia ambil parang untuk defend diri sendiri. Pandai Onki ni bersembang. 
(Sekali ni kisah benar. Mana tahu lol)

Kali ni, sebab saya rasa tak boleh nak ikut pace Ita dan Daus, saya terpaksa berjalan dulu. Ita punya barang berat dalam beg semua dah bawak keluar bagi ke Afiq. Daus pulak dengan dua tongkat macam mentadak mentadu. 

Kata Andika, dia takut malam ni Shelter 2 penuh disebabkan banyak kumpulan yang mendaki. Jadi dia cadangkan kami untuk lanjut ke Shelter 3 sekiranya Shelter 2 penuh. Shelter 3 adalah 45 minit perjalanan mendaki dari Shelter 2.

Andika kata Shelter 2 pulak jauhnya 2 jam dari Shelter 1. Bila tanya orang di perjalanan, berapa lama lagi Shelter 2 dari sini? Ada yang kata 2 jam. Tapi lepas 2 jam berjalan, tanya orang lain, lagi 2 jam jugak katanya. Ada yang kata “Shelter 2 dekat aja...dari puncak.” 

Ya ampun mencabar keimanan guwe betul. *nanges kepenatan* 

Tapi guide kami kalau ditanya jauh lagi ke? Jawapannya ialah “Lumayan.” 

Katanya selagi tak sampai, selagi tu dia akan kata jauh. Tak macam kita dekat Malaysia, sebab taknak bagi mental, perjalanan lagi sepuluh jam pun kata lagi sepuluh minit je hewhewhew. Dekat sini guide kami lebih jujur (tak tahulah guide lain macam mana kan hehe). 

Andika, Iwan, Tokie, Hakim, kak Nora dan Afiq terus shoot ke shelter nak cop tempat, memang tak bersua dah lepas Shelter 1. Afiq dan Hakim bawak khemah, jadi deorang kena cepat naik untuk setup khemah (besar harapan sampai nanti semua benda dah siap, tinggal cuci kaki je hehe #dasar)

Jalan punya jalan meninggalkan Ita, Daus dan Acap, akhirnya saya bersaing dengan kakasarah, barulah bertemu kuku dan ruas. Pace kami agak sama, jadi taklah terkoyak mental bila follow kak Sarah. Sampai satu tempat, kami dengar suara. Waktu tu hutannya dah gelap. “Dah dekat Shelter 2 ni kot kak Sarah. Dah dengar suara.”

Kami pun lajukan langkah sebab dah mula rasa gembira. Sebab dah nak masuk Maghrib, jalan memang gelap pukul 6. Dekat Malaysia, kira pukul 7 dah lah. 

Akhirnya kami nampak ada khemah. Ada sorang laki dekat situ tengah dengar radio. Jeling-jeling tak nampak pun macam geng-geng kami, nampak macam geng-geng Jerman tadi tu. Kak Sarah pun tanya dekat dia, dah sampai Shelter 2 ke?
Jawapannya: belum. Lagi 20 minit.

Ya Allah. Mengapa belum sampe? Mahu aja guwe berenti berharap dan menunggu datang gelap haagituh 

Waktu tu dah kurang lebih 4 jam kami berjalan dari Shelter 1.

Tanya kak Sarah, nak berhenti dulu menghormati waktu Maghrib atau terus lagi? Kak Sarah kata teruskan jelah sebab macam dah dekat. Lagipun dengar dah azan Maghrib dekat radio yang laki tadi tu pasang, kira kita tumpang jelah azan dia.  

Kami berhenti kejap, tolong keluarkan headlamp dari beg masing-masing dan perjalanan diteruskan lagi. Suara Ita, Daus dan Acap yang sayup-sayup sekarang dah tak kedengaran. Kerisauan saya yang pertama waktu ni ialah takut tak cukup tidur sebab nak mendaki pukul 3:30 pagi. Sekarang dah pukul 6:30 petang belum jumpa lagi campsite. Yang dekat belakang tak risau sebab deorang ada Onki dan Agus. 

Saya teruskan lagi, layankan je trek. Jangan mental – saya cakap dekat diri sendiri. Ini bukan kali pertama bergelap dalam hutan, so I’m gonna be fine. At least saya tak cedera dan kaki masih boleh melangkah.

Naik atas sikit, sayup-sayup terdengar suara Hakim. Mana korang ni mana? Dengar suara macam dah sampai kem. Tapi jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa. Bunyi suara macam dekat je.

Haru gila, dengar sekejap lepas tu hilang balik suaranya. Saya terfikir sendiri, agaknya berapa jarak aku dengan suara Hakim ni? Mungkin sebab Hakim dah dekat atas, hari dah malam, jadi suara yang jauh bunyi macam dekat.  

Akhirnya lepas 20 minit perjalanan, dari kejauhan kami nampak kelip-kelip cahaya headlamp. Terus bergegas kami naik, dengan harapan ni Shelter 2 dan deorang semua ada dekat sini instead of dekat Shelter 3.

Sekejap je, kak Sarah dah hilang mencelah-celah di khemah dekat campsite ni. Saya pun mengejar dekat belakang, eh dekat mana korang ni alahai. Kami kena menurun semula dekat sebuah lereng. Nampak je muka Hakim tengah dirikan khemah saya terus menjerit “HAKIIIMMM!”

Sekali bukan Hakim lol salah orang. Kemaluan guwe dong! Rupanya khemah kami dekat bawah, sikit lagi dari khemah kembar Hakim tuh. Patutlah kembar Hakim tu dia pandang je saya, tak bagi respon. 

Sampai je nampak Andika, Afiq, dengan kak Nora. Iwan dengan Hakim tengah solat. Wuu we made it y’all! We made it, at least for today. Kami dapat kawasan yang agak lapang, tapi kami berkongsi kawasan dengan satu lagi group pendaki Indonesia. Tak banyak cakap, terus campak beg ke tepi, duduk atas ground, termenung. Wuuu capek. Tengok jam, pukul 6:57. Mujur ada air teh panas yang Andika buatkan.    

 Dari kejauhan nampak sinar mentari terakhir tengah terbenam perlahan di hujung horizon. Penat, tapi masih punya sedikit tenaga untuk menghargai keindahan terakhir sinaran jingga. Sekali sekala, nampak kelip kilat menyambar di langit. 

 Sebuah senja di altitud 3,100 meter dari paras laut

Tak lama, Daus, Ita, Acap, Onki dan Agus sampai. 

Deorang sampai je, terus Afiq ingatkan suruh tukar baju sebelum badan sejuk. 

Sekarang kami sudah berada di ketinggian 3,100 meter dari aras laut, ketinggian yang belum pernah saya capai sebelum ini dengan berjalan kaki. Paling tinggi pun puncak Korbu pada ketinggian 2,183 meter, lebih kurang 900 meter lebih rendah berbanding ketinggian saya sekarang. Perasaan pertama – sejuknyaaaa! Perasaan kedua – is this for real? Amagadd tak percayaaa

 Andika menyiapkan makan malam untuk kami

Lepas siap dirikan tenda (khemah) tukar baju (sampai 3 lapis pakai baju) solat semua, saya tolong Iwan dirikan penghadang untuk menghalang angin ke khemah kami. Saya bagitau dekat Iwan, dekat langit tu nampak Milky Way.

 Iwan tahan gelak meliat guwe mengikat tali lol
Sorry Iwan, dekat UPM dulu takde KRESMA

Serius, kali ni Milky Way sangat jelas. Mula-mula kami pun ragu-ragu, tapi lepas diperhatikan memang Milky Way dan bukan awan. Sebab ketinggian kami di tahap kurang pencemaran cahaya (dalam radius beberapa ribu kilometer, Gunung Kerinci adalah titik tertinggi), pemandangan kami mencerap bintang tidak dihalang awan ataupun dikaburkan cahaya sintetik. Iwan tanya saya ada install tak app GoPro? Dia ada suruh masa dekat klia2. Saya kata sudah.

Terus Iwan bukak gopro, cuba cari sudut terbaik untuk merakam Milky Way dalam bentuk fotografi. Tapi disebabkan kami perlu bermain dengan setting kamera untuk mendapat gambar terbaik, dan suhu semakin sejuk, kami terpaksa melupakan hasrat kami.

Disebabkan semua orang rasa nak terkucil, kami berjemaah pergi ke ‘tandas’ (ehem. Semak). Hakim berpasangan dengan Daus dan saya dengan Iwan. Sekali Iwan belum habis membuang dah keluar balik dari semak.

“Iwan rasa Iwan terpijak najis orang.” Lol sambil tu Iwan kuis-kuis kasut dekat tanah.
“Tapi takpe kot sebab Iwan takde bau.” Kata Iwan.
“Iwan, adalah bau. Mesti Iwan tak bau sebab hidung dah tersumbat.” Saya kata dekat Iwan. Waktu tu hidung masing-masing semua dah berhingus sebab sejuk. 

Mula saya fikir nak kucil esok pagi je, tapi alang-alang semua nak berjemaah kucil lah terus. Mujur perut tak rasa nak membuang.

Lepas siap makan nasik berlaukkan daging dendeng (kongsi pinggan dengan Afiq), kami pun bersiap diri untuk tidur. Ikut prestasi hari ni, walaupun penat ya Rabbi tapi saya yakin esok boleh sampai ke puncak. Doa orang musafir kan makbul. Hewhew 

Walaupun berjalan hampir satu hari, alhamdulillah tak melecet dekat mana-mana anggota badan. *thanks Vaseline hehe*

Cuma satu je benda yang sakit iaitu bahagian antara lengan dengan dada, sebab rasa tak betul setting beg.

Kami semua sampai campsite dekat Shelter 2 ni dalam keadaan berlumpur berpeluh berselut dari hujung kaki ke hujung kepala, Iwan sorang je baju dia ya tohann bersih. Dahlah baju warna putih. Iwan memang level lain – Afiq quote Amar. 

Waktu dah siap nak tidur tu, masuk sleeping bag semua, saya dah excited sebab dapat tidur awal. Masa tu lebih kurang pukul 9. Lebih kurang lagi 6 jam, ok lah kira cukup lah tu. Tapi ternyata malam ni belum lagi berakhir. Hayoo teringat balik kenangan dekat YYBTN masa air hujan masuk ke khemah waktu tidur.

Masa dah nak terlelap, tiba-tiba je rasa kaki sejuk dalam sleeping bag. Ah sudah. Nak tidur ni, tolonglah jangan sejuk sangat. Kepala pun tiba-tiba rasa sejuk. Orang lain semua dah lelap.
Mula-mula saya cuba abaikan, paksa diri tidur. Tapi tak boleh sebab terlalu sejuk. Sebab taknak menyusahkan sesiapa, saya diam je pejam mata. Ke aku sorang je yang rasa sejuk? Saya tanya diri sendiri.

Sampailah nampak Afiq bangun.

“Afiq, sejuk kan?” saya tanya Afiq. Afiq mengiakan.

Afiq keluarkan kain pelikat kain batik semua, tutup kaki dia. Saya kejutkan Iwan bagitahu Iwan khemah tiba-tiba sejuk.

“Iwan tak expect kita tak boleh tidur sebab sejuk tau. So carilah cara macam mana pun untuk tidur.”
Adoih gimanaan ini sih. Guwe kaget. 

“Kalau Bad sejuk jugak, masukkan kaki bawah kaki orang lain.”

Sebab Afiq pun kesejukan, saya pun selinapkan kaki bawah kaki Afiq. Masalah lain pulak timbul. Kebasss. Kaki Afiq berat kot.

Saya capai-capai headlamp dekat kepala. Terpegang phone Afiq. Weh sejuk gila jugak, macam ais. Dekat kaki dengan kepala dua-dua sejuk. Saya syak angin sejuk masuk melalui zip khemah. Mungkin khemah kami tak cukup kedap haba untuk ketinggian 3000 meter dari aras laut huhu

Dengan keadaan badan dah macam ulat mengerekot kaki bawah kaki Afiq, saya pun paksa mata lelap. Sekejap lelap sekejap bangun, tak cukup nyenyak. Sekali dengar orang khemah sebelah pun bangun bersembang.

“Orang Malaysianya sudah tidur enggak? Upin Ipin bla bla bla kak Ros bla bla bla Boboiboy bla bla bla”

Nak tergelak dengar deorang sembang, kalau sebut Malaysia mesti ada mention Upin Ipin. 

Tak lama lelap tu saya tersedar Hakim pun dah bangun, mengadu sejuk. Iwan dengan Afiq pun bangun sekali, Daus dengan Acap je yang masih lena. Kenapa ni wehh sejuk sangat ni. 

Iwan cadangkan pakai beg plastik hitam dekat kaki untuk elakkan kehilangan haba. Tapi rasa macam nak keluar khemah menggeledah barang cari beg plastik tu malasnya hahaha

Macam mana entah, dengan keadaan sejuk begitu kejap-kejap terjaga, kejap tukar tempat dengan Afiq, lena jugaklah kami sampe jam 3. Kepenatan mungkin. 

...bersambung

1 comment:
Write curses
  1. Powernya Bad! Sampai ke Kerinci tu.
    oh Ya Allah berat load masing-masing 9-14kg..pheww macam mana ya nak training bawa load berat macam tu.
    Gigihnya saya baca blog hiking ni haha.
    Okay suspen nak tahu kesudahan misi Kerinci ni..haha next!

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter