27 April 2012

Soalan-soalan Kelakar

double_suicide_25165
 
Jadi semalam saya terbaca sebuah iklan di papan notis selepas pulang dari fakulti. Ada student Ph. D dari abroad University dekat UK yang nak datang kolej untuk buat survey mengenai ‘harmful behaviour’.
 
Tarikhnya 26 April. Eh, hari ni! Masanya, petang sampai malam. Oh, macam berminat nak join. Ada hadiah sekali, dan memerlukan masa satu jam untuk menjawab semua soalan. Ada soalan bertulis dan ujian berkomputer. Saya ambil nombor dia. Sampai bilik, terus mesej:
 
“Hello, are you still here? I’m interested to join your research as a correspondent”
 
“Yes we are still here waiting for respondents. Please come in here. Tag along your friends”
 
“Ok2. Can I come after Maghrib or are you leaving by then?”
 
“Sure, I’ll be here till 10 pm. Please spread the words around. We need as many respondents as possible”
 
Kesian jugak. Sebagai seorang yang pernah menjadi enumerator untuk satu subjek masa degree, saya memahami kesukaran deorang nak dapat respondent. Lagi-lagi rakyat Malaysia ni bukan rajin sangat nak di-interview. Mesti tak ramai orang yang datang. Lagipun saya rasa kalau buat questionnaire ni saya akan lebih mengenali diri sendiri. Bila kita jawab questionnaire tu, bila tengok sesetengah soalan, kita akan rasa benda tu related dengan kita. Saya nak jugak tahu kalau saya ni ada masalah mental atau kelakuan saya termasuk dalam kategori ‘harmful’.
 
So lepas Maghrib tu saya pun siap-siaplah nak pergi soal selidik dia. Pukul 8:15, saya sampai. Masuk-masuk tu ada 2 orang perempuan Melayu.
 
“Assalamualaikum, hello.” – put a smile on my face. “I came here to answer a questionnaire, I believe?”
 
“Ah, hello. Oh, so you were the one who text me?”
 
“Ah yes, I am.”
 
So deorang pun keluarkan dua borang, satu tu borang akujanji and the other one is borang questionnaire tu.
 
Borang akujanji tu macam biasalah, kita kena sign untuk menyatakan kesediaan kita untuk di-interview, diambil keterangan, meluangkan masa selama sejam untuk menjawab soalan questionnaire dan ujian berkomputer, dan jugak kesediaan keterangan kita untuk diguna dalam kajian deorang. Selain tu, kena isi nama, umur, alamat, etc etc. Dan jugak dia ada tanya kalau kita pernah mempunyai hubungan romantic atau sedang dalam hubungan romantic.
 
So lepas isi borang akujanji tu teruslah saya jawab questionnaire dia. Macam biasa, dia bahagi kepada beberapa bahagian. Dan ada skala 1 sampai 5. 1 untuk tak pernah, 5 untuk sangat kerap.
 
Bahagian pertama tu lebih kepada mengenali diri kita. Dia tanya kita ni kuat tak beragama, kita ni berdisiplin tak. Antara soalan yang nak buat saya gelak ialah:
 
“Adakah anda kerap mengalami kecelaruan seksual?”
 
“Semasa saya bersendiri saya suka melihat tubuh sendiri” 1 – tidak pernah, 2 – jarang, 3 – kadang-kadang, 4 – kerap, 5 – sangat kerap. Ha, mana nak pilih?
 
“Saya suka apabila orang lain melihat saya menari”
 
“Saya merasa saya kelihatan lebih menarik berbanding orang lain”
 
OK, seriously saya gelak masa jawab. Kukukukuku! Terpaksa cover tunduk-tunduk. Ada jugak dia tanya kalau kita ni seorang yang ke arah pemimpin atau pengikut. Basically, berdasarkan pengalaman menjawab questionnaire, dia actually nak kaitkan masalah kelakuan berbahaya kita dengan beberapa faktor, seperti:
 
1 – agama
 
2 – disiplin
 
3 – keyakinan diri
 
4 – moral
 
5 – kepimpinan
 
 
Bahagian seterusnya dia nak tau kalau kita ni pernah mencederakan pasangan romantik kita:
 
“Saya pernah memukul pasangan saya”
 
Saya pernah mendera pasangan saya secara verbal”
 
“Saya pernah terfikir untuk mendera pasangan saya secara verbal”
 
“Saya pernah mengakibatkan kecederaan kecil (lebam, bengkak, berdarah) kepada pasangan saya”
 
“Saya pernah mengakibatkan pasangan saya terlantar di wad”
 
“Saya pernah terfikir untuk mencederakan pasangan romantik saya”
 
Lepas tu dia tanya pulak kalau pasangan kita pernah mendera kita dari segi percakapan dan perbuatan. Yang ni dia tanya dari segi kekerapan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
 
“Pasangan saya pernah memukul saya”
 
“Pasangan saya pernah mengeluarkan perkataan yang tidak enak terhadap saya”
 
“Pasangan saya pernah melontarkan barang (ke arah saya atau ke arah lain) ketika marah”
 
“Pasangan saya pernah melakukan kerosakan (menghempas pintu, merosakkan perabot) ketika marah. “
 
Bahagian seterusnya, dia nak tau tentang sejauh mana kelakuan kita berbahaya kepada diri sendiri. Dia ada tanya:
 
“saya pernah terfikir untuk mencederakan diri saya”
 
“Saya mengalami masalah meluahkan perasaan sebenar saya kepada keluarga”
 
“Saya terfikir diri tidak berharga”
 
“Saya menjadi marah apabila kecewa”
 
“Saya merasa sedih apabila tidak diajak keluar oleh kawan-kawan saya”
 
OK, some of these questions definitely mempunyai brutal truth yang sangat kena dengan saya. Tapi saya rasa saya tak pernah marah bila kecewa. Saya cuma sedih je bila kecewa.
 
Lepas tu dia tanya kalau-kalau kita pernah menzalimi/melakukan perbuatan kejam kepada orang lain selain pasangan romantik kita.
 
Lepas tu samaada orang lain pernah menzalimi kita dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
 
Dan last sekali, dia nak tengok kita ni personality A atau B. Dua-dua personality tu takdela positif atau negative, cuma nampak dua personality yang bertentangan. Contohnya personality A suka memanipulasi orang lain dengan cara membesar-besarkan cerita tapi personality B tak pandai mempengaruhi orang; personality A percaya dia akan mencapai sesuatu yang besar dalam hidup tapi personality B berpuas hati dengan kejayaan yang dia capai.
 
Lepas habis jawab questionnaire, dia suruh buat ujian berkomputer.
 
Untuk ujian berkomputer, agak memeningkan. Komputer tu akan keluarkan satu perkataan, dan kita kena tekan A atau L secepat mungkin. A ialah untuk Me, L ialah Not Me or Love. Dan soalan dia ada betul salah. Contohnya, kalau perkataan yang keluar tu nama saya, saya kena tekan A. Kalau tekan L, dia kira salah dan kena tekan A semula.
 
Perkataan yang sangat meneglirukan saya ialah Adore dan Disgust. Sebab adakah Adore diri sendiri atau Adore orang lain? Atau adakah saya benci perkataan Adore? Sebab jawapan sebenar ialah Not Me or Love. Sama macam Disgust. Lepas tu dia ulang balik semua perkataan sampai saya jadi pening nak tertidur.
 
Lepas tu dia tukar pulak. A untuk Me or Love dan L untuk Not Me. Lagi sekali saya confuse perkataan Adore dengan Disgust.
 
Pusingan ketiga, dia jadi A untuk Me dan L untuk Not Me or Hate. Pusingan keempat A jadi Me or Hate dan L untuk Not Me. Lepas jawab banyak sangat pusingan, saya main hentam je sebab dah mengantuk. Tapi rasanya bahagian ni paling sikit salah.
 
Lepas dah habis tu, saya kena isi nama dengan alamat dekat borang lain. Borang ni menunjukkan berapa ramai orang dah buat questionnaire ni. Tak ramai sangat pun orang yang datang. Kesian dekat deorang. Eh, dalam list tu ada jugak nama orang yang saya kenal. Kawan lama… Lepas tu dia bagi saya satu balang marshmallow. Oh, inilah namanya hadiah misteri!
 
Lepas habis jawab semua soalan tu, saya buat kesimpulan saya ni tidak menunjukkan symptom seorang yang berkelakuan berbahaya. Sebab kebanyakan jawapan saya untuk soalan-soalan berkenaan ialah ‘sangat jarang’ atau ‘bukan perwatakan saya’. So kira selamatlah. Tapi terasa jugak pernah di-abuse dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Hmmm...
 
Lepas daripada tu, dia suruh cari lagi orang lain sebelum saya balik. Dia kata dia akan ada dekat situ sampai 10 malam. Saya cakap roommate saya takde, so tak boleh nak ajak dia. Tapi saya akan cuba cari orang untuk jawab survey dia. Lagipun dapat hadiah kan, bekas marshmallow tu pun cantik, boleh buat collection.
 
Balik tu, saya bukak facebook. Nak ajak siapa? Saya tengok dekat chat, takde pun budak-budak yang boleh diajak. Sekali jumpa nama senior.
 
“Akak nak marshmallow tak? Dapat satu balang!” Rasanya saya personaliti A kot, sebab memanipulasi orang dengan membesar-besarkan cerita. Sebab balang marshmallow dia besar macam bekas jem je, marshmallow pun ada berapa kerat. Hewhew.
 
“Oh yeke? Dapat dekat mana? Nak nak!”
 
Hehe. Perangkap dah kena….






















































































































25 April 2012

Laotong.老同.

The world is always changing. Every day it’s changing. Every thing in life is changing. We have to look inside ourselves to find what stays the same; loyalty, our shared history, and love for each other. In them, the truth of the past lives on.
My entire life, I have longed for love. I always thought I understood it. But now I see it, with shame and sorrow, that I understand nothing of deep hearted love. The love between two friends.
So many years without you. This is my penance. If you will come back to me, I will never leave you. Never again.
And we will be friends, for 10,000 years.
 
- Snow Flower and the Secret Fan
 
snow flower






24 April 2012

Decorate

 
Salam peeps! Just a simple entry today. I’m going to tell you of a song that I listen to on daily basis. Just sharing some of my favourite songs. =)
I started listening to Yuna earlier this year when I leeched the whole album out of one of my friends’ external harddrive. To be frank, dalam album Decorate, ada satu je lagu yang saya pernah dengar, which is Penakut. Itupun sebab kontroversi lagu Penakut masa AIM tahun lepas. I was never a great fan of Yuna, sebab I thought she was just another Norah Jones. Boy, was I wrong?
First time dengar the full album, I instantly fell in love. The album offers a different side of contemporary music, which is greatly enhanced by Yuna’s captivating ability to tell stories full heartedly and with honest, simple truth. The lyrics are meaningful, both heartbreaking and soothing at the same time, though composed from uncomplicated words.
And the first number that really grabbed me by heart was These Streets. Lepas tu after kept replaying the album, I realised that there were many other songs worth mentioning; in fact, a huge proportion of the songs in the album are very good. Random Awesome, Super Something, Penakut, Cinta Sempurna. And one song yang membuatkan saya termenung after listening is Decorate, which is also the name of the album.
Decorate is a song about somebody who had a love-hate relationship with his/her lover. Point in case, the lover didn’t want her (in this case it’s a her since I’m referring from Yuna’s point of view) anymore, but she was deeply missing him. The lover already had another girl, which is a thing that Yuna addressed by asking him if the girl knew where he comes from.
She had all this turmoil; missing her lover, wanting him back, but knowing she couldn’t have him. Out of frustration, she deleted the lover’s number that she remembered by heart. And she made excuses to hate her lover even more, like hating the fact that her lover did never call, though she knew she would never totally hate him. All the drama almost made her move out of town since he didn’t want to see her anymore, but she stayed anyway just in case he wants to see her again.
She hates the fact that the guy left his things at her house as if she had all the space, but all the hatred is cancelled out when she said she would never mind anything that her lover had done to her, as long as he comes back when he thinks it’s time.
The song then ended with the chorus, telling how torn apart she is of which there is a dramatic turn of the song’s emotions and tune. The fact that she’s feeling both two contrary feelings inside; (all black and white) is what people could relate to, following a heartbreak. And she was feeling monotonous from left to right, the same way we would feel numb and indifferent once we don’t know what to do in case of a separation.
And the final phrase of the song, she ended sweetly by telling him that she decorated her house with things that he loves, just in case he shows up. And she told him twice, signifying that she really wanted him to come over. The song is just 1:32 minutes long, which is quite short for a great song. It leaves you with this incomplete sense of satisfaction, wanting for more. The sweet melody of the song tells you that she had already forgave him, but in truth, she hurtfully is missing him.

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from
Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case
Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid of your number that I know by heart
You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time
I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up



That’s all for today. Thanks for reading.. =)
LiveJournal Tags: ,









17 April 2012

Kemaafan

 
Kuharap mentari pagi, tak menyambutku
Kuharap sinar rembulan, tutup mataku... selamanya
Sejak kau pergi, tinggalkan bumi, tinggalku di sini

- Anggun, Selamanya

Kata orang, kemaafan tu ialah pembalasan dendam yang termanis. Nak memaafkan mungkin mudah, tapi melupakan tak mungkin.
Apa kata kalau orang paling kita benci dalam hidup kita tiba-tiba mati esok? Adakah kita akan menyesal sebab selalu mengumpat dia? Ataupun kita ego untuk tidak memaafkan dia sebab kononnya dia lebih berdosa dari kita? Kebelakangan ni saya selalu dengar berita tentang kematian.
A few weeks back, one of my childhood friends died. He was drowned in Sungai Rajang. Though we were never close, we were childhood friends. We used to play tuju tin and rounders together.
Though we were never that close, I can sense his loss. After all, he was a part of my childhood memories.
And a few days following, one of my friend’s colleagues died from an accident in Kelantan. I never knew this guy personally, but from my friend’s story, he was a very nice guy. And he made people laugh a lot; he always came up with the right things to say. And their lecturer cried in their class knowing that she had lost somebody that was very special.
And from that moment on, my friend told me that he would forgive everyone that had wronged him. It is a life turning event for him.
And a few days after, I dreamt of my best friend. In my dream, he died from a car accident. Yang menyedihkan saya bila tahu dia dah pergi is knowing that I didn’t had the chance to ask him for forgiveness. Though he had time and time again disappointed me, he was my best friend.
Ada masanya kami bergaduh besar. Kadang-kadang tak bertegur sapa berminggu-minggu. Dia pernah pukul saya, saya pernah pukul dia. Dia pernah simbah air panas dekat saya, saya pernah sepak dia depan orang ramai #truestory. Dia tak pernah nak ajak saya keluar even pergi minum pun, dia pernah ajak sekali je saya keluar walaupun dia ada kenderaan. Lepas tu kalau keluar dengan member kitorang yang lain dia taknak bagitau. Terasa jugakla dengan perangai dia. We had many unresolved issues. Banyak dendam. Banyak cemburu. Lagi dekat final year lagi banyak gaduh. And then saya selalu jadi punching bag dia. Orang kata, bila dah terlampau comfort bila buat salah tak rasa salah. Dia banyak kali unfriend saya dekat facebook. Bila saya nak cerita masalah dekat dia, dia akan maki saya ‘kau tolong diam boleh tak?’. Selalu rasa kecewa sebab sebagai kawan, I expected many things from him. He had never failed to disappoint me in many different ways.
Ada orang kata saya childish. Hidup dekat U dah tak macam sekolah. Kalau nak gaduh dengan kawan ada limit. But I never understood that. Friends at whichever level sekalipun tetap kawan kan? Gaduh dengan kawan biasa je. Saya selalu panggil dia macam-macam gelaran yang menyakitkan hati. Saya ingat lagi saya pernah berharap dia accident sebab sakit hati. Dalam hati saya cakap ‘pergi mamposlah. Aku seriously harap kau mati cepat.’
Tapi lepas saya mimpi dia dah pergi, saya rasa bersalah. Macam mana kalau sebab saya harap dia pergi dia betul-betul pergi? Lepas terjaga dari tidur, saya nak mesej dia tanya OK tak. Tapi saya ingat dia taknak reply mesej saya. Kadang-kadang dia reply mesej dengan carutan. Dalam diam-diam, saya harap dia selamat dan mimpi tu hanya mainan syaitan.
Tapi walau orang kata mimpi tu mainan syaitan, ada jugak baiknya. Bila saya ingat balik mimpi tu saya teringat perasaan sedih bila tau dia dah takde sebab tak pernah mintak maaf dengan dia. Walaupun dia selalu melampaui batas kalau bergaduh, saya pun tak pernah nak beralah dengan dia. Saya teringat perasaan kehilangan kawan baik. It sucks, man. Lagi baik dia hidup dan bergaduh dengan kita dari dia takde dan kita takkan boleh bercakap dengan dia, nak bergaduh dah tak boleh apatah lagi nak bergembira bersama. Kadang-kadang kita rasa nak menangis bila harap dia hidup semula.
Hidup ni terlampau singkat untuk berdendam. Dendam tu hanya akan menyakitkan hati kita lagi. Biarlah selama ni dia menyakitkan kita, tapi maafkanlah, walaupun tak mungkin boleh lupa. Kita pun banyak buat salah dengan dia. Lepas tu, setiap hari bila teringat semua orang yang pernah menyakitkan, membuli, mengejek, menghina, memukul saya, saya akan sedaya-upaya maafkan, dengan harapan kalau saya buat salah dengan orang lain mereka akan maafkan. Bila teringat balik kejadian dulu, memang sakit hati dan sedih. Tapi lagi baik kita maafkan dan berharap benda yang baik-baik untuk mereka. Moga-moga ada hikmahnya. Kalau bukan dekat dunia, dekat akhirat ada. Dan saya jugak dah menghalalkan makan minum orang lain dengan saya, dengan harapan kalau saya ada termakan terminum atau sengaja makan dan minum harta milik orang, orang lain akan halalkan.
Saya dah taknak berdendam. Biarlah orang berdendam dengan saya, tapi saya tak mau dah menyimpan dendam. Kalau dia terbaca apa yang saya tulis ni, saya berharap dia pun sudi memaafkan kesilapan saya. Segala-galanya. Rasanya kesalahan saya pada dia lagi besar dari dia kepada saya. Dan saya berharap dia tahu yang saya takde perasaan marah atau benci walaupun sekelumit. Yang lepas tu biarlah lepas. Walaupun sebenarnya kami lebih banyak salah faham berbanding sebenar-benarnya marah. Maafkanlah daku, wahai teman. Hidup kita pun tak panjang mana, mungkin esok atau lusa kau atau aku dipanggil dijemput Tuhan.
Macam mana kalau esok betul-betul dia pergi, sudahkah saya bersedia? Saya pun tak tau. Cuma berharap dia pun dah maafkan saya…
 
 
 

LiveJournal Tags: ,



















10 April 2012

8 Sebab Kenapa Saya Jadi Blogger

blog-image
Salam peeps! Today I’m going to tell you the reasons why I started blogging. I started writing a blog masa first year dekat U, tapi masa tu tak rasa nak menulis sangat sebab takde akses internet. Masa tu I wrote a blog yang bertajuk Les Rose des Vents (A Rose in the Wind).

Masa tu ikut member-member yang kena bukak blog as one of their assignments and tiap minggu kena update. Bila mereka start menulis blog saya pun excited nak tulis.

Tapi disebabkan takde inisiatif nak memajukan blog tu, lama-lama blog tu diam la. Lepas tu masa second year baru saya start menulis ‘Kisah Seorang Budak U’.

Truth be told, tajuk blog ni agak kelakar. Tapi sebab masa tu saya ingat kalau orang search pasal kehidupan dekat U mesti deorang akan taip ‘kisah budak U’.

So dengan anggapan macam tu saya harap ramailah dapat baca blog saya. Surprisingly, tajuk blog ni masih belum digunakan sebelum saya walaupun bunyinya sangat common. So saya proceed dengan ‘Kisah Seorang Budak U’ sampai sekarang.

To cut the story short, these are the reasons why I started blogging at the first place:

1. Nak jadi famous
Ramai orang yang start buat blog sebab fikir nak jadi famous. Inspirasi dari bloggers terkenal. Well so did I. Mula ingatkan nak jadi blogger sebab nak cepat famous. Itu antara sebab kenapa saya buat blog. Being famous is one of my dreams. Tapi famous ke? Cait, hampeh! Nak jadi famous is not impossible, tapi sangat susah dan ambil masa.

Unless you are already an artist atau famous macam zahiril adzim atau AnwarHadi, memanglah cepat dapat followers! Kita yang mula dari kosong ni kena merangkak-rangkak kutip followers. Yang artis-artis ni, tulis satu perenggan pun orang share blog dia beramai-ramai, siap komen sampai ratus-ratus. Kita tulis karangan peringkat SPM pun takde siapa nak share. Macam mana nak cepat famous!

Tapi itu masa mula-mula dulu la. Lama-lama tulis blog semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Takde makna dah kejar populariti ni. Cewah!

2. Meluahkan apa yang terbuku di hati
I always have this sort of dissatisfaction, sadness and ideas yang sangat susah untuk bagitau dekat orang lain. Most of all, i wanted to be heard. I want people to listen to what I have to say. Dan blog ialah satu medium untuk bagitau semua kesedihan, kekecewaan, kebencian, idea.

Selain jugak perasaan gembira. Kadang-kadang bila kita nak cakap dekat orang lain tak terluah, takut orang tak boleh terima apa kita cakap, so dekat blog jelah kita boleh cerita. Kadang-kadang manusia ni taknak dengar semua komplen kita. Kadang-kadang nak luahkan perasaan puas hati takde tempat yang sesuai, so kita blogging jelah.

Lepas tulis blog, saya akan share dekat facebook. Sebab memang tujuan blogging ialah nak berkongsi apa yang saya fikirkan. Kadang-kadang kalau rasa benda tu terlampau private, tak tergamak jugak nak share. Saya just tulis, lepas tu buat dono. Kalau ada orang baca, bacalah. Dulu mula-mula start menulis dekat notes dekat FB, tapi benda tu macam tak permanent, dan susah kita nak trace siapa yang baca. Lepas tu barulah saya start blogging secara serius.

Tapi walaupun saya selalu meluahkan apa yang terbuku, ada jugaklah saya tapis-tapis. Dan saya sangat tak suka menulis secara kasar@lucah@mencarut@cakap kotor. Bukanlah saya nak kata saya baik, tapi orang yang baca akan meluat kalau kita asyik tulis benda-benda kotor. Lagipun itu akan reflect balik tahap pemikiran kita.

3. Berkongsi pengetahuan
I realised that Malaysians sangat ignorant dalam sesetengah hal. Dan deorang sangat mudah percaya apa-apa yang orang share dalam facebook. Itu satu sikap yang memalukan sebab menunjukkan tahap pemikiran kita yang tak boleh nak berfikiran kritis.

So melalui blog, saya nak cuba berkongsi fakta-fakta yang jarang mereka dapat tahu kalau mereka ni jenis malas berfikir dan membaca. Selain tu jugak, ada sesetengah benda yang saya rasa perlu dikongsikan untuk diketahui yang saya tahu pun sebab tak sengaja terjumpa.

4. Membetulkan persepsi masyarakat
I tried this in many different writings. Kadang-kadang nak membetulkan persepsi masyarakat yang selalu terpesong. Yelah, rakyat Malaysia especially sangat sensitif pada perkataan ‘agama, babi, politik’. Kadang-kadang disebabkan terlampau sensitif, deorang punya persepsi jadi distorted.

Just sebab orang kata dalam makanan ada babi, terus nak emo, padahal perkara sebenarnya bukan macam tu. Tak semua bahan tambahan dalam makanan dibuat daripada babi. Kalaupun tak dapat betulkan persepsi seluruh masyarakat, at least kawan-kawan yang baca dapat melihat dari sudut perspektif berbeza, sebab saya tahu tak semua kawan saya yang baca blog saya setuju dengan pendapat saya. Betulkan persepsi ni tak mudah, lagi-lagi kalau kita dah lama percaya dengan satu-satu ideologi.

5. Berkongsi pengalaman
Not all people have the chance untuk berada di tempat saya, the same way saya tidak ada peluang untuk berada di tempat mereka. Bila ada blog ni, kalau tak banyak, sikit pun jadiklah kongsi pengalaman sebagai ‘Budak U’. Hewhew! Yelah, bukan nak kata pengalaman kita ni hebat sangat, tapi rasanya bolehlah jugak nak kongsi.

Cuma untuk bertukar-tukar cerita jelah. Kalau nak jadikan pengalaman saya ni sebagai sumber rujukan tidaklah ye. Awas! Kadang-kadang yang saya tulis dalam blog ni ikut sedap hati je. Kadang-kadang tulis dalam perasaan tak keruan, kecewa, hampeh hampa.

Jadi tak semua boleh diambil at face value. Ada jugak bila menulis blog ni saya rasa sangat kecewa dan marah, tapi setiap kali jugak saya akan menulis perkara positif untuk timbal balik perasaan negatif tu. Saya taknak pengalaman saya memberi kesan negatif pada orang. Kalau boleh, saya nak inspire orang lain untuk berfikiran positif walaupun dilanda musibah.

6. Sebagai pengingat
Saya tak simpan diari, menulis blog ni salah satu cara untuk mengingat detik-detik penting dalam hidup. Dah tua-tua nanti nak ingat balik zaman duduk U, bolehlah baca blog ni semula sambil gelak-gelak. Anak cucu nak tau pasal kehidupan nenek moyang dia, bolehlah refer blog saya ni ha... Kira legasi keluarga la. Kalau ada benda-benda penting yang deorang nak tau, boleh refer blog saya. So dengan ni saya akan remain immortal melalui penulisan (oh yeah!).

Mula dulu saya ingat saya sangat terasa nak tulis blog bila pergi Korea, sebab nak mengingatkan diri saya apa yang saya rasa, lihat dan alami dekat sana. Balik dari Korea, saya ambik masa jugaklah nak start blogging sebab takde idea. Lepas dah rasa sedia nak blogging, baru saya start menulis. Lepas tu bila dalam hidup saya ada event yang penting, saya akan mention dalam blog.

Tapi tak semua jugak. Kadang-kadang malas sangat nak update blog yo. Kadang-kadang ilham ada, tapi takde idea nak mengayat. Yelah, even blogging je pun, bahasa kena jaga. Karang kalau anak cucu baca tahap penulisan datuk dia ni ha, mau dia malu mengaku datuk.

7. Aktifkan otak
Orang kata Tun Mahathir menulis setiap hari untuk memastikan otaknya sentiasa berfikir. Inspired by this tips, I tried writing every day. Well not necessarily menulis blog semata-mata, tweeting, tulis thesis pun sebahagian dari menulis jugak kan? Hahaha!

Kalau tak menulis pun, saya akan make sure tiap hari baca at least satu muka surat buku. Especially English. Menulis blog ni membantu untuk polish kemahiran menulis kita, kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa (provided you don’t write rubbish in your blog).

Well, walaupun kadang-kadang saya tulis rojak-rojak, tapi I don’t think it’s an issue sebab some words dalam otak saya memang wujud dalam English. Bukan nak kata saya pandai English, tidak. Tapi ada certain perkataan tu memang difikirkan dalam English. Macam excited, awesome etc etc.

Dalam Bahasa Melayu tak dapat fikir terjemahan yang sesuai. Kalau ada pun, kena ubah struktur ayat ataupun maksudnya tak sampai.

Orang kata practice makes perfect. Kalau pun writing kita mula-mula macam sampah, jangan give up. Teruskan menulis sampai you have your own style of writing. Slowly you’ll learn your mistakes sampailah at last you can write your own piece that reflects exactly who you are.

8. Nak kaya
Saya selalu fikir blogging ni ialah first step untuk jadi kaya. Lepas banyak view, boleh letak iklan banyak-banyak. Lepas dah banyak iklan dan ramai followers, saya nak bukukan blog. Lepas tu ramai peminat akan baca blog dan buku saya, bulan-bulan dapat royalti. Sampai tua tak payah kerja. Yelah sangat. Memang banyak dapat duit. Firstly, pasang nuffnang pun takde guna. Lepas setahun lebih pasang, pendapatan saya baru RM16.25 sen. Waddehel man? Nak ramai followers?

Nak dapat 100 pun jenuh menunggu. Yang unfollow pun ramai juga ye. Yang followers sampai 743++ (terima kasih anda semua!) pun sebab entry saya ‘Harapkan pegar, pegar makan padi’. Lama-lama, saya menyedari realiti blogging ni taklah seindah impian. Unless kalau kita jadikan menulis blog sumber pendapatan kita, kita takkan jadi kaya. C’est la vie.
 
But above all, menulis blog adalah dakwah. Bila kita percaya apa yang kita tulis tu akan bawak manfaat walaupun sikit, itu dikira okeyla. Dan niat menulis pun kena betul. Kalau menulis blog semata-mata nak membukak aib orang ataupun nak cerita benda bukan-bukan, it’s not worth a read. Niat kerana Allah tu kan yang utama?

Kalau kita berniat nak menyedarkan dia dan kita nak dia berubah, it’s OK. Tapi jangan semata-mata bukak aib sebab nak balas dendam. insyaAllah, kalau kita ikhlas dalam menulis, orang yang baca pun dapat rasa. Kalau kita menulis sebab gila glamer pon orang yang baca akan dapat rasa.

That’s all from me today peeps. Till we meet again soon. Assalamualaikum and bye bye!

08 April 2012

Lelaki Dalam Cermin

Saya merenung ke dalam cermin dalam-dalam.

Tidak pernah usia saya berdusta. Segalanya terpancar ke dalam cermin. Wajah yang mula dewasa. Tanda-tandanya sudah semakin jelas.

Garis-garis pada wajah yang dimusimkan sengsara, bahagia dan cita-cita. Sudah hampir dua tahun rasanya, masa dicuri dari diri. Wajahnya masih putih, tapi berbalam kuning. Tanda tikaman terik mentari.

Walau dalamnya masih sama, luarannya begitu ketara. Saya senyum tawar. Imej di dalam cermin berbuat yang sama. Saya masam mencuka. Imej di dalam cermin juga. Saya ketawa. Bila melihat imej itu ketawa, saya terhenti. Spontan.

Saya menekap sebelah tangan di atas permukaan cermin. Bahagian tangan kami bersentuh. Yang dirasakan di hujung saraf jari-jari dan tapak tangan hanyalah kesejukan cermin.

Saya memandang imej saya di dalam cermin. Dan dia memandang ke dalam mata. Bagaimana, tanya saya, dia di dalam cermin ini mempunyai sekian segala rahsia dan memori saya? Bagaimana telah dia hidup 22 tahun dalam dunia dan menjadi seperti dia kini?

Merenung ke dalam matanya dalam-dalam, saya melihat kesunyian yang tidak pernah saya tahu wujud. Mata yang airnya tidak pernah surut. Tangisan yang murah. Parut di bawah bibirnya ketika dia berlari lalu jatuh sewaktu usianya 8 tahun dan dagunya mencium kayu balak yang baru ditebang. Saya mengusap parut itu halus. Kepedihan itu muncul semula. Saya sedang bermain sorok-sorok dengan sepupu-sepupu saya.

Sewaktu ingin menyorok, saya terjatuh. Dan kemudian saya terus berlari pulang ke rumah, mengunci pintu. Dan lalu menangis.

Keningnya tebal. Kata setengah orang, kening anak Cina. Ada pak cik Cina yang dapat mengesan aliran darah itu di dalam badannya hanya dengan melihat keningnya. Dan hidungnya yang kemek warisan Bonda. Mukanya bulat bagai purnama, sesuai dengan namanya yang melambangkan bulan mengambang.

Di atas bibirnya, melekat sebutir tahi lalat. Kata orang, mulutnya pedas. Dan ada juga kata orang mulutnya boleh membaham semua jenis makanan. Saya ketawa bila teringat.

Dan di dalam cermin dia juga ketawa. Saya mencemik. Dia juga. Dan saya tidak tertahan geli hati dan terus ketawa. Saya melarikan pandangan darinya untuk terus mampu ketawa.

Oh diri sendiri. Hanya kau yang memahami derita dan bahagiaku. Tiada manusia lain yang lebih mengerti.

07 April 2012

WARNA


Setitis tinta, seribu warna
Seribu emosi mewarnai pelangi hati
Seribu pelangi menggarisi langit cerah tengahari yang megah.

Dan bila kau hadir, setiap warna itu kugauli menjadi satu. Setiap warna ku pudarkan untuk meresapi warnamu ke dalam sanubari. Warna-warna indah yang pernah menaungi hidupku kuganti dengan warna-warna emosi untuk dirimu.
Dan setiap warna itu menjadi kusam, malap.

Bersama setiap pedih dan kecewa, setiap harapan yang kau musnahkan, bersama mimpi yang mati.
Rindu bagi ku warna kuning yang sayu, cemburu warna ungu yang buntu, dan merah warna cinta yang segar.

Dan kau padamkan semuanya dengan warna hitam yang kusam. Bersama kebencian dan marah, kau membenamkan setiap warna itu kesudut hatiku yang terdalam. Sehingga aku hampir terlupa apa rasanya bahagia sebelum ku menyerap warna gelap yang kau lakari.

Ada masanya kau lupa bahawa tidak semua kebahagiaan yang kau cari adalah warna-warna yang indah.
Kelam dalam hatiku adalah warna cinta yang kau warnakan.

Dalam rakusmu mengejar manis dunia,
Warna-warna ku kau cemarkan.
Tanpa kecewa, tanpa sebarang rasa.

Dan aku selalu menjadi keliru,
Dalam kegelapan warna cinta.
Apakah bahagia jika warnanya hitam, tapi mimpinya pelangi?

Aku tidak ingin lagi kembali, aku tidak ingin dimiliki.
Biarlah pudarnya hati ini akan mati bersama warna kusam mimpi.
Dan tiba saat hatiku mekar semula, akan kulakari sejuta pelangi atas kanvas kelam.

06 April 2012

Cerita Tengahari Jumaat

It’s been a long time since I wrote about #mylistofawesomethings.

And today, I have (at least) one more thing to add to my list.

Hari Jumaat ialah hari favourite saya. Hari ni boleh pakai selipar (hari-hari boleh pakai der) tanpa rasa bersalah dekat fakulti, hari last bekerja untuk satu minggu, n hari boleh pergi bercuti bila dah balik kerja.
Hari ni jugak penghulu segala hari (you don’t say...) and of course la kena semayang Jumaat kan. Selalu hari Jumaat saya akan tumpang naik kereta Bro pergi semayang.

Tapi hari ni dari pagi tak nampak dia. Tunggu punya tunggu dah pukul 12.50, tapi dia takde jugak. Saya tunggu jugaklah dia, kot-kot kejap lagi dia balik. Mungkin dia ada hal. Macam mana sekalipun, mesti kena pergi semayang Jumaat kan.

Dah pukul 1.15, takde lagi dia. Saya buat je kerja sementara tunggu dia. Dah pukul 1.20, pun takde. Masa tu agak gelabah la. Kalau lambat lagi karang terlepas pulak semayang Jumaat. Lepas tu, eh eh, baru teringat yang hari ni dia ada field trip. Adoiyai. Tak lama tu dengar orang azan pulak.

Hmm, takpelah. Saya pun terus bergerak dari fak pergi semayang Jumaat. Jalan kaki jelah. Asalkan pergi Jumaat, tak kisah naik apa pun. Tapi masa ni fikiran saya positif je. Rasa gembira je hati. Cuaca pun takdelah terik sangat. Sambil jalan-jalan tu saya menyanyi-nyanyi. Kadang-kadang saya cakap dengan diri sendiri (agak macam gila jugakla, mulut kumat-kamit sorang-sorang tepi jalan).

Tapi baru jalan tak sampai 5 minit, ada motor EX5 berenti sebelah saya. Yang bawaknya budak Melayu pakai T-shirt hitam, kulit cerah.

“Pergi Masjid ke?” dia tanya.
“Haah. Ya”

Lepas tu dia angguk kepala, isyarat suruh saya bonceng dia. Wah, baru semalam cakap malu nak menumpang orang, tiba-tiba datang rezeki depan mata. Lawak sungguh.

Dalam perjalanan tu saya perasan seat dia macam tak sedap. Macam terhenjut-henjut. Mungkin absorber dah tak elok. Lepas tu dia pun pecut bawak saya sampai depan masjid. Dia turunkan saya. “Terima kasih bang!” saya cakap sambil tepuk bahu dia. Dia senyum.

Masuk masjid tu, saya rasa sangat awesome. Kebetulan bila kita dalam kesusahan, ada orang yang langsung kita tak kenal tolong kita. Kindness of stranger. Walaupun setakat bawak saya ke masjid, tapi bagi saya itu sangat mulia. Disebabkan dia, saya boleh semayang dalam keadaan selesa sebab tak berpeluh dan tak penat. Kadang-kadang pertolongan Allah tu datang dalam bentuk yang kita tak duga.

Sewaktu kita berseorangan dan kita ingat takde orang yang boleh bantu kita. Dalam keadaan motor dia yang agak uzur, boleh jugak dia offer saya untuk pergi masjid dengan dia. Bagus betul. Faith in humanity: restored. Alhamdulillah. Dan dengan saya menumpang dia pun, dia dapat peluang untuk dapat pahala melalui bantuan dia kepada saya.

Lepas tu masa balik dari masjid saya sengaja balik lambat, sebab saya taknak ada orang tumpangkan saya. Lebih-lebih lagi kalau ada lecturer saya nampak saya jalan sorang-sorang. Bukannya sombong ke apa, tapi segan la nak tumpang orang. Biarlah jalan sorang-sorang, saya tak kisah dah pun. Dulu mungkin rasa macam tak seronok, tapi sekarang tak rasa apa pun. Kita kena selalu bersedia untuk berubah kalau nak maju ke depan.

Lagipun kalau ada orang yang tumpangkan, nanti mesti deorang akan tanya “Kenapa jalan sorang-sorang ni? Takde motor ke?” Lagi-lagi kalau lecturer yang tanya.

Adoila. Berat hati nak jawab. Malas nak explain balik dekat deorang. “Saya takde lesen motor. Selalu saya naik dengan kawan saya. Hari ni kawan saya takde”. Lagipun saya tak kisah pun kena jalan kaki. Kadang-kadang ada orang cakap “Kau sanggup jalan kaki/naik bas kan? Baik kau beli motor je, senang. Pergilah buat lesen motor!”

Kalaulah saya ni robot tak payah makan, duit tu boleh je guna untuk buat lesen, beli motor. Masalahnya kewangan saya pun tak stabil lagi sekarang. Kena tunggulah dulu. Takpe. Saya fikiran positif. Susah dulu, senang kemudian. Sekarang menabung, banyak duit nanti boleh beli macam-macam.

Tapi minggu-minggu seterusnya taknak dah jalan kaki. Bukan sebab segan jalan sorang-sorang, tapi segan kalau ada orang lain lagi nak tumpangkan. Kalau ada orang berhenti suruh saya naik takkan saya nak tolak kan? Walaupun taknak naik tapi sebab hormat dekat permintaan dan usaha orang tu mestilah kita naik jugak.
Anyways, terima kasih Encik.

Pertolongan anda sangat berharga. Pertolongan anda walaupun kecil, memberi makna yang besar kepada saya. Now I have another reason to see the bright side of the world. =)  

image

05 April 2012

UNGKIT

 
Laparnya hari ni. Tengahari tadi makan kuih saja. Sebab datang lambat fak, then pukul 2 ada lab. Balik bilik tadi pun takde makan, takde mood nak beli.
Balik bilik makan buah-buah je. Lepas tu rasa lapar balik. Hari ni memang perut kosong.
Sedihnya rasa. Satu nikmat dah kena tarik. Dulu nak masak senang.
Sekarang ni dah tak tau nak makan apa bila malam.
Ingat nak ajak Siti keluar, tapi baru teringat Siti masuk emergency tengahari tadi. Call Siti kejap. Siti tak berapa sihat, tapi OK sikit lepas makan ubat. Selama ni banyak mintak tolong Siti. Bila Siti tak sihat tak tahu macam mana nak bantu. Kesian pulak. Nak lawat nanti sah kena tangkap ceroboh blok perempuan.
Lepas tu tak tau dah nak buat apa. Takpelah, sabar jelah. Tanya Bro kalau dia nak keluar makan, tapi dia dah makan petang tadi. Semua orang macam tak available. Teringat jugak dekat Bro. Banyak menolong waktu kesusahan. Kalau Bro nak keluar makan, tak pernah dia lupa mengajak. Kadang-kadang tu tengah kebuluran, bila Bro ajak rasa macam hidup semula. Terima kasih Bro (mujur dia tak baca blog saya, boleh puji lebih-lebih sikit, tak segan sangat2onion16). Bro tak pernah berkira kalau tumpang dia ataupun kalau dia ajak keluar makan naik kereta dia. Kalau dia nak keluar, mesti dia akan ajak. Dia takde nak berahsia kalau dia nak keluar. So bila malam ni tak ajak, maksudnya dia dah makan la tadi. Saya just konpemkan balik je dengan dia.
Rasa segan pun ada. Nak makan pun harap orang lain. Adoilah. Mulalah macam nak tulis entry emo. Bila nak ada kereta entah. Saya jenis yang tak suka mintak tolong orang lain, kecuali terdesak. selalu dengar orang complaint, “dulu si mamat ni selalu tumpang aku mintak tolong aku, sekarang dia dah senang nak ajak makan pun tak mau!”
Takutlah kalau saya jadi orang yang macam tu. Bila banyak sangat mintak tolong orang, nanti kalau kita dah senang dan tak ingat dekat orang tu, mesti orang tu akan terasa. Sebab tu malu kalau nak menumpang orang, takut dia mengungkit. Kalaupun dia tak mengungkit, rasa bersalah kalau menyusahkan dia. Lagipun seingat saya, sepanjang karier menumpang orang ni bermula, tak pernah saya tuang-tuang minyak kecuali jalan jauh. Segan la nak tumpang beria.
Sebab tu saya tak suka berkira. Kadang-kadang tu sampai terlupa ada orang yang hutang dengan saya. (Kadang-kadang pulak saya yang lupa saya berhutang dengan orang 1915052611455b) Untunglah siapa hutang dengan saya. Memang jarang saya mintak balik kecuali dia bayar sendiri. Kadang-kadang tu tak ingat langsung dah berapa banyak orang berhutang. Dan saya suka kalau dapat gembirakan orang lain dengan rezeki kita. Kalau dapat rezeki sikit, tak salah berkongsi. Kalau kita gembirakan hati orang lain, insyaAllah Allah akan gembirakan hati kita.
Memanglah kadang-kadang kita ingat rezeki kita sikit dari orang lain, tapi tak baik persoalkan tentang hal tu. Kadang-kadang nikmat keluarga, kawan-kawan yang baik, perasaan gembira dan disayangi tu jugak adalah rezeki. Memanglah orang lain kaya-raya, tapi tak semua bahagia. Ada orang yang berduit tapi orang lain menyampah. Orang selalu kutuk belakang sebab kedekut, tapi depan-depan orang buat-buat suka. Malulah kalau ada orang fikir saya macam tu. Mintak dijauhkan.
Dan saya jugak takut jadi seorang yang mengungkit. Buat baik sikit, mengungkit. Bila orang buat jahat sikit, mengungkit. Sebab mengungkit ni satu sikap saya yang disgusting. Walaupun tak suka, tapi bila terasa hati dengan orang lain mesti nak mengungkit balik semua benda baik yang saya pernah buat. Walaupun tak cakap direct, tapi dalam hati tengah mengungkit segala-gala benda baik yang saya pernah bagi. Buruk betul! Bila fikir, rasa malu dan bersalah. Bila kita mengungkit sedekah, hilang pahala kita. Malunya wei! Selalu pulak tu saya buat. Berdosa betul rasanya....
Anyways, mengungkit ni jugak kadang-kadang perlu bila kita nak mengingatkan seseorang tentang pengorbanan kita. Macam kalau dalam organisasi pun, kalau orang asyik tuduh kita tak buat kerja, tapi sebenarnya kita dah banyak berkorban, takkan kita taknak mengungkit tentang sumbangan kita. Tapi most of the time, mengungkit ni bukanlah satu sikap terpuji, jadi tolonglah (kata kepada diri sendiri), berhentilah mengungkit. Apa yang lepas tu halalkanlah, moga mendapat berkat. Biarlah apa yang orang lain buat tu menyakitkan hati kita, tapi janganlah diungkit tentang apa yang kita dah bagi. Biarlah macam mana sekalipun, bab-bab rezeki tak perlu diungkit lebih-lebih. Biarlah orang lain berkira dengan rezeki dia, kita jangan banyak bicara.
Semoga aku akan selalu menjadi hambaMu yang bersyukur Ya Allah, Amin. Dan rasa lapar malam ini hanya akan diisi dengan menulis, dan ingatan bahawa aku perlu menabung untuk memiliki sebijik kereta segera.
Peace out!



LiveJournal Tags: ,,














02 April 2012

KEMBALI

It’s been a long time since I came around, been a long time but I’m back in town. This time I’m not leaving without you.” You and I , Lady Gaga.

Saya kembali semula ke tempat segalanya bermula. 4 tahun yang lalu. Seharusnya saya mendengar kata-kata seorang sahabat untuk tidak kembali, tetapi saya sudah berjanji.

Dan janji itu membawa saya kembali ke tempat ini. 4 tahun bukanlah tempoh yang singkat, tetapi terasa seperti masih segar terjadi.

Dan jika diikutkan hati, saya mahu pergi ke hadapan. Tidak mahu kembali lagi ke blok ini. Blok ini terlampau banyak menyimpan kenangan yang menyeksa. Tetapi saya telah berjanji.

Mungkin sepatutnya saya menjadi lebih berani untuk ke tempat lain. Mungkin saya perlu memandang ke hadapan, memilih kolej lain untuk diduduki.

Tetapi mudahnya saya sudah kembali di sini.

Dan ketika berjalan di tingkat 1, mudahnya kaki saya ingin menuju ke bilik Ikram di hujung aras, sebelum otak saya sempat berfikir.

Dan ketika sampai di tangga aras 2, hampir tangan saya ingin membuka pintu bilik Baragas, sebelum saya meningatkan diri saya bahawa mereka semua telah tiada.

Dan ketika ingin membuka pintu bilik (baru) saya, mata saya mencari kasut hitam di rak kasut Hafifi, di sebelah bilik saya. Dan saya menahan perasaan sebak ketika menyedari kasut hitam itu bukan miliknya. Dia pun sudah tiada.

Saya mengemas barang-barang. Setiap inci, setiap sudut adalah bilik yang sama seperti 4 tahun lalu. Tiada apa yang baru dan mengejutkan.

Tandas yang sama seperti tahun lalu. Cuma paip getah warna kuning kini sudah ditutup lumut menjadi hitam. Sinki yang sama, shower yang sama. Mozek biru yang sama. Tempat saya membasuh baju yang sama.

Dan saya perlu membawa barang mandi bersama. Tandas ini dikongsi beramai-ramai, tak macam duduk dalam rumah. Barang mandi dah sedia ada dalam tandas. Sekarang semuanya saya gendong dalam tangan.

Bilik baru saya kipasnya laju. Dulu (baru semalam) sudah tegar tidur dalam aircond, kini harus berubah. Cuma langsir belum ada. Almari saya saya lapiskan dengan surat khabar pada setiap rak. Pemilik sebelum ni ada tinggal barang-barang. Baju, kertas. Semua saya campak keluar. Saya lapik tilam dengan cadar. Katilnya katil kayu. Dulu (baru pagi tadi) saya bangun dari tidur atas tilam di atas lantai.

Dan sekarang saya berfikir apa yang boleh saya makan ketika malam. Dulu semuanya disimpan dalam fridge, malam-malam boleh masak. Now I’ve lost that luxury.

Keadaan blok sama macam dulu, hingar-bingar. Saya dah terbiasa dengan sunyi sepi. Sikit masa lagi mungkin boleh biasakan diri dengan bunyi bising. Dan bila saya duduk bersendiri, seperti menanti ada orang yang datang mengetuk pintu, dan pada detik yang seterusnya saya mengingatkan diri saya bahawa saya sudah bersendiri. Tiada kawan yang akan melawat saya.

Gedil pun sudah mara ke hadapan. Sudah menyewa rumah di tempat lain.

Saya telah menekan butang reset. Dan kini saya kembali. Mereka semuanya telah pergi. Mereka menekan butang forward. Dan mereka meninggalkan saya dengan memori yang menyeksa.

Harus saya teringat detik-detik kami bersama. Di setiap bilik kami, bagaimana hidup kami menjadi sejarah. Setiap gelak ketawa dan janji setia. Setiap jamuan dan keraian. Setiap pesta dan majlis. Setiap umpatan dan gurauan. Setiap tugasan pensyarah. Setiap perkara kecil yang kami sengaja besarkan.

Dan saya menulis dengan memori mereka, memori kami. Saya tidak pernah lupa, saya harap mereka juga. Perasaan rindu mekar semula. Bagaimana kami semua telah menginjak dewasa bersama-sama, belajar mengenal dunia. Apabila berada di sini semula, saya akan selalu diingatkan dengan kenangan mereka. Dan kini, saya teringat mereka, mata saya menjadi berkaca-kaca. Saya menulis tentang mereka dengan menahan setitis air mata.

Tetapi saya tidak pernah kesal, kerana zaman first degree zaman paling bahagia.

LiveJournal Tags: ,
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter