07 April 2012

WARNA


Setitis tinta, seribu warna
Seribu emosi mewarnai pelangi hati
Seribu pelangi menggarisi langit cerah tengahari yang megah.

Dan bila kau hadir, setiap warna itu kugauli menjadi satu. Setiap warna ku pudarkan untuk meresapi warnamu ke dalam sanubari. Warna-warna indah yang pernah menaungi hidupku kuganti dengan warna-warna emosi untuk dirimu.
Dan setiap warna itu menjadi kusam, malap.

Bersama setiap pedih dan kecewa, setiap harapan yang kau musnahkan, bersama mimpi yang mati.
Rindu bagi ku warna kuning yang sayu, cemburu warna ungu yang buntu, dan merah warna cinta yang segar.

Dan kau padamkan semuanya dengan warna hitam yang kusam. Bersama kebencian dan marah, kau membenamkan setiap warna itu kesudut hatiku yang terdalam. Sehingga aku hampir terlupa apa rasanya bahagia sebelum ku menyerap warna gelap yang kau lakari.

Ada masanya kau lupa bahawa tidak semua kebahagiaan yang kau cari adalah warna-warna yang indah.
Kelam dalam hatiku adalah warna cinta yang kau warnakan.

Dalam rakusmu mengejar manis dunia,
Warna-warna ku kau cemarkan.
Tanpa kecewa, tanpa sebarang rasa.

Dan aku selalu menjadi keliru,
Dalam kegelapan warna cinta.
Apakah bahagia jika warnanya hitam, tapi mimpinya pelangi?

Aku tidak ingin lagi kembali, aku tidak ingin dimiliki.
Biarlah pudarnya hati ini akan mati bersama warna kusam mimpi.
Dan tiba saat hatiku mekar semula, akan kulakari sejuta pelangi atas kanvas kelam.

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter