And today, I have (at least) one more thing to add to my list.
Hari Jumaat ialah hari favourite saya. Hari ni boleh pakai selipar (hari-hari boleh pakai der) tanpa rasa bersalah dekat fakulti, hari last bekerja untuk satu minggu, n hari boleh pergi bercuti bila dah balik kerja.
Hari ni jugak penghulu segala hari (you don’t say...) and of course la kena semayang Jumaat kan. Selalu hari Jumaat saya akan tumpang naik kereta Bro pergi semayang.
Tapi hari ni dari pagi tak nampak dia. Tunggu punya tunggu dah pukul 12.50, tapi dia takde jugak. Saya tunggu jugaklah dia, kot-kot kejap lagi dia balik. Mungkin dia ada hal. Macam mana sekalipun, mesti kena pergi semayang Jumaat kan.
Dah pukul 1.15, takde lagi dia. Saya buat je kerja sementara tunggu dia. Dah pukul 1.20, pun takde. Masa tu agak gelabah la. Kalau lambat lagi karang terlepas pulak semayang Jumaat. Lepas tu, eh eh, baru teringat yang hari ni dia ada field trip. Adoiyai. Tak lama tu dengar orang azan pulak.
Hmm, takpelah. Saya pun terus bergerak dari fak pergi semayang Jumaat. Jalan kaki jelah. Asalkan pergi Jumaat, tak kisah naik apa pun. Tapi masa ni fikiran saya positif je. Rasa gembira je hati. Cuaca pun takdelah terik sangat. Sambil jalan-jalan tu saya menyanyi-nyanyi. Kadang-kadang saya cakap dengan diri sendiri (agak macam gila jugakla, mulut kumat-kamit sorang-sorang tepi jalan).
Tapi baru jalan tak sampai 5 minit, ada motor EX5 berenti sebelah saya. Yang bawaknya budak Melayu pakai T-shirt hitam, kulit cerah.
“Pergi Masjid ke?” dia tanya.
“Haah. Ya”
Lepas tu dia angguk kepala, isyarat suruh saya bonceng dia. Wah, baru semalam cakap malu nak menumpang orang, tiba-tiba datang rezeki depan mata. Lawak sungguh.
Dalam perjalanan tu saya perasan seat dia macam tak sedap. Macam terhenjut-henjut. Mungkin absorber dah tak elok. Lepas tu dia pun pecut bawak saya sampai depan masjid. Dia turunkan saya. “Terima kasih bang!” saya cakap sambil tepuk bahu dia. Dia senyum.
Masuk masjid tu, saya rasa sangat awesome. Kebetulan bila kita dalam kesusahan, ada orang yang langsung kita tak kenal tolong kita. Kindness of stranger. Walaupun setakat bawak saya ke masjid, tapi bagi saya itu sangat mulia. Disebabkan dia, saya boleh semayang dalam keadaan selesa sebab tak berpeluh dan tak penat. Kadang-kadang pertolongan Allah tu datang dalam bentuk yang kita tak duga.
Sewaktu kita berseorangan dan kita ingat takde orang yang boleh bantu kita. Dalam keadaan motor dia yang agak uzur, boleh jugak dia offer saya untuk pergi masjid dengan dia. Bagus betul. Faith in humanity: restored. Alhamdulillah. Dan dengan saya menumpang dia pun, dia dapat peluang untuk dapat pahala melalui bantuan dia kepada saya.
Lepas tu masa balik dari masjid saya sengaja balik lambat, sebab saya taknak ada orang tumpangkan saya. Lebih-lebih lagi kalau ada lecturer saya nampak saya jalan sorang-sorang. Bukannya sombong ke apa, tapi segan la nak tumpang orang. Biarlah jalan sorang-sorang, saya tak kisah dah pun. Dulu mungkin rasa macam tak seronok, tapi sekarang tak rasa apa pun. Kita kena selalu bersedia untuk berubah kalau nak maju ke depan.
Lagipun kalau ada orang yang tumpangkan, nanti mesti deorang akan tanya “Kenapa jalan sorang-sorang ni? Takde motor ke?” Lagi-lagi kalau lecturer yang tanya.
Adoila. Berat hati nak jawab. Malas nak explain balik dekat deorang. “Saya takde lesen motor. Selalu saya naik dengan kawan saya. Hari ni kawan saya takde”. Lagipun saya tak kisah pun kena jalan kaki. Kadang-kadang ada orang cakap “Kau sanggup jalan kaki/naik bas kan? Baik kau beli motor je, senang. Pergilah buat lesen motor!”
Kalaulah saya ni robot tak payah makan, duit tu boleh je guna untuk buat lesen, beli motor. Masalahnya kewangan saya pun tak stabil lagi sekarang. Kena tunggulah dulu. Takpe. Saya fikiran positif. Susah dulu, senang kemudian. Sekarang menabung, banyak duit nanti boleh beli macam-macam.
Tapi minggu-minggu seterusnya taknak dah jalan kaki. Bukan sebab segan jalan sorang-sorang, tapi segan kalau ada orang lain lagi nak tumpangkan. Kalau ada orang berhenti suruh saya naik takkan saya nak tolak kan? Walaupun taknak naik tapi sebab hormat dekat permintaan dan usaha orang tu mestilah kita naik jugak.
Anyways, terima kasih Encik.
Pertolongan anda sangat berharga. Pertolongan anda walaupun kecil, memberi makna yang besar kepada saya. Now I have another reason to see the bright side of the world. =)
Yang penting ikhlas dn ikhlas ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
ReplyDeletelike2
ReplyDelete