05 April 2012

UNGKIT

 
Laparnya hari ni. Tengahari tadi makan kuih saja. Sebab datang lambat fak, then pukul 2 ada lab. Balik bilik tadi pun takde makan, takde mood nak beli.
Balik bilik makan buah-buah je. Lepas tu rasa lapar balik. Hari ni memang perut kosong.
Sedihnya rasa. Satu nikmat dah kena tarik. Dulu nak masak senang.
Sekarang ni dah tak tau nak makan apa bila malam.
Ingat nak ajak Siti keluar, tapi baru teringat Siti masuk emergency tengahari tadi. Call Siti kejap. Siti tak berapa sihat, tapi OK sikit lepas makan ubat. Selama ni banyak mintak tolong Siti. Bila Siti tak sihat tak tahu macam mana nak bantu. Kesian pulak. Nak lawat nanti sah kena tangkap ceroboh blok perempuan.
Lepas tu tak tau dah nak buat apa. Takpelah, sabar jelah. Tanya Bro kalau dia nak keluar makan, tapi dia dah makan petang tadi. Semua orang macam tak available. Teringat jugak dekat Bro. Banyak menolong waktu kesusahan. Kalau Bro nak keluar makan, tak pernah dia lupa mengajak. Kadang-kadang tu tengah kebuluran, bila Bro ajak rasa macam hidup semula. Terima kasih Bro (mujur dia tak baca blog saya, boleh puji lebih-lebih sikit, tak segan sangat2onion16). Bro tak pernah berkira kalau tumpang dia ataupun kalau dia ajak keluar makan naik kereta dia. Kalau dia nak keluar, mesti dia akan ajak. Dia takde nak berahsia kalau dia nak keluar. So bila malam ni tak ajak, maksudnya dia dah makan la tadi. Saya just konpemkan balik je dengan dia.
Rasa segan pun ada. Nak makan pun harap orang lain. Adoilah. Mulalah macam nak tulis entry emo. Bila nak ada kereta entah. Saya jenis yang tak suka mintak tolong orang lain, kecuali terdesak. selalu dengar orang complaint, “dulu si mamat ni selalu tumpang aku mintak tolong aku, sekarang dia dah senang nak ajak makan pun tak mau!”
Takutlah kalau saya jadi orang yang macam tu. Bila banyak sangat mintak tolong orang, nanti kalau kita dah senang dan tak ingat dekat orang tu, mesti orang tu akan terasa. Sebab tu malu kalau nak menumpang orang, takut dia mengungkit. Kalaupun dia tak mengungkit, rasa bersalah kalau menyusahkan dia. Lagipun seingat saya, sepanjang karier menumpang orang ni bermula, tak pernah saya tuang-tuang minyak kecuali jalan jauh. Segan la nak tumpang beria.
Sebab tu saya tak suka berkira. Kadang-kadang tu sampai terlupa ada orang yang hutang dengan saya. (Kadang-kadang pulak saya yang lupa saya berhutang dengan orang 1915052611455b) Untunglah siapa hutang dengan saya. Memang jarang saya mintak balik kecuali dia bayar sendiri. Kadang-kadang tu tak ingat langsung dah berapa banyak orang berhutang. Dan saya suka kalau dapat gembirakan orang lain dengan rezeki kita. Kalau dapat rezeki sikit, tak salah berkongsi. Kalau kita gembirakan hati orang lain, insyaAllah Allah akan gembirakan hati kita.
Memanglah kadang-kadang kita ingat rezeki kita sikit dari orang lain, tapi tak baik persoalkan tentang hal tu. Kadang-kadang nikmat keluarga, kawan-kawan yang baik, perasaan gembira dan disayangi tu jugak adalah rezeki. Memanglah orang lain kaya-raya, tapi tak semua bahagia. Ada orang yang berduit tapi orang lain menyampah. Orang selalu kutuk belakang sebab kedekut, tapi depan-depan orang buat-buat suka. Malulah kalau ada orang fikir saya macam tu. Mintak dijauhkan.
Dan saya jugak takut jadi seorang yang mengungkit. Buat baik sikit, mengungkit. Bila orang buat jahat sikit, mengungkit. Sebab mengungkit ni satu sikap saya yang disgusting. Walaupun tak suka, tapi bila terasa hati dengan orang lain mesti nak mengungkit balik semua benda baik yang saya pernah buat. Walaupun tak cakap direct, tapi dalam hati tengah mengungkit segala-gala benda baik yang saya pernah bagi. Buruk betul! Bila fikir, rasa malu dan bersalah. Bila kita mengungkit sedekah, hilang pahala kita. Malunya wei! Selalu pulak tu saya buat. Berdosa betul rasanya....
Anyways, mengungkit ni jugak kadang-kadang perlu bila kita nak mengingatkan seseorang tentang pengorbanan kita. Macam kalau dalam organisasi pun, kalau orang asyik tuduh kita tak buat kerja, tapi sebenarnya kita dah banyak berkorban, takkan kita taknak mengungkit tentang sumbangan kita. Tapi most of the time, mengungkit ni bukanlah satu sikap terpuji, jadi tolonglah (kata kepada diri sendiri), berhentilah mengungkit. Apa yang lepas tu halalkanlah, moga mendapat berkat. Biarlah apa yang orang lain buat tu menyakitkan hati kita, tapi janganlah diungkit tentang apa yang kita dah bagi. Biarlah macam mana sekalipun, bab-bab rezeki tak perlu diungkit lebih-lebih. Biarlah orang lain berkira dengan rezeki dia, kita jangan banyak bicara.
Semoga aku akan selalu menjadi hambaMu yang bersyukur Ya Allah, Amin. Dan rasa lapar malam ini hanya akan diisi dengan menulis, dan ingatan bahawa aku perlu menabung untuk memiliki sebijik kereta segera.
Peace out!



LiveJournal Tags: ,,














4 comments:
Write curses
  1. ala.. syed.. nape xckp ko lapar... huuuhu :(

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Siti di Kedah sekarang...dia sambung rawatang dkt hospital sana.. semoga dia cepat sembuh =']

      Delete
  3. Changes are inevitable. Life must go on, everybody must move on too. Make agenda in your life. Reminisce only what good and recollect history as lesson.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter