Jadi semalam saya terbaca sebuah iklan di papan notis selepas pulang dari fakulti. Ada student Ph. D dari abroad University dekat UK yang nak datang kolej untuk buat survey mengenai ‘harmful behaviour’.
Tarikhnya 26 April. Eh, hari ni! Masanya, petang sampai malam. Oh, macam berminat nak join. Ada hadiah sekali, dan memerlukan masa satu jam untuk menjawab semua soalan. Ada soalan bertulis dan ujian berkomputer. Saya ambil nombor dia. Sampai bilik, terus mesej:
“Hello, are you still here? I’m interested to join your research as a correspondent”
“Yes we are still here waiting for respondents. Please come in here. Tag along your friends”
“Ok2. Can I come after Maghrib or are you leaving by then?”
“Sure, I’ll be here till 10 pm. Please spread the words around. We need as many respondents as possible”
Kesian jugak. Sebagai seorang yang pernah menjadi enumerator untuk satu subjek masa degree, saya memahami kesukaran deorang nak dapat respondent. Lagi-lagi rakyat Malaysia ni bukan rajin sangat nak di-interview. Mesti tak ramai orang yang datang. Lagipun saya rasa kalau buat questionnaire ni saya akan lebih mengenali diri sendiri. Bila kita jawab questionnaire tu, bila tengok sesetengah soalan, kita akan rasa benda tu related dengan kita. Saya nak jugak tahu kalau saya ni ada masalah mental atau kelakuan saya termasuk dalam kategori ‘harmful’.
So lepas Maghrib tu saya pun siap-siaplah nak pergi soal selidik dia. Pukul 8:15, saya sampai. Masuk-masuk tu ada 2 orang perempuan Melayu.
“Assalamualaikum, hello.” – put a smile on my face. “I came here to answer a questionnaire, I believe?”
“Ah, hello. Oh, so you were the one who text me?”
“Ah yes, I am.”
So deorang pun keluarkan dua borang, satu tu borang akujanji and the other one is borang questionnaire tu.
Borang akujanji tu macam biasalah, kita kena sign untuk menyatakan kesediaan kita untuk di-interview, diambil keterangan, meluangkan masa selama sejam untuk menjawab soalan questionnaire dan ujian berkomputer, dan jugak kesediaan keterangan kita untuk diguna dalam kajian deorang. Selain tu, kena isi nama, umur, alamat, etc etc. Dan jugak dia ada tanya kalau kita pernah mempunyai hubungan romantic atau sedang dalam hubungan romantic.
So lepas isi borang akujanji tu teruslah saya jawab questionnaire dia. Macam biasa, dia bahagi kepada beberapa bahagian. Dan ada skala 1 sampai 5. 1 untuk tak pernah, 5 untuk sangat kerap.
Bahagian pertama tu lebih kepada mengenali diri kita. Dia tanya kita ni kuat tak beragama, kita ni berdisiplin tak. Antara soalan yang nak buat saya gelak ialah:
“Adakah anda kerap mengalami kecelaruan seksual?”
“Semasa saya bersendiri saya suka melihat tubuh sendiri” 1 – tidak pernah, 2 – jarang, 3 – kadang-kadang, 4 – kerap, 5 – sangat kerap. Ha, mana nak pilih?
“Saya suka apabila orang lain melihat saya menari”
“Saya merasa saya kelihatan lebih menarik berbanding orang lain”
OK, seriously saya gelak masa jawab. Kukukukuku! Terpaksa cover tunduk-tunduk. Ada jugak dia tanya kalau kita ni seorang yang ke arah pemimpin atau pengikut. Basically, berdasarkan pengalaman menjawab questionnaire, dia actually nak kaitkan masalah kelakuan berbahaya kita dengan beberapa faktor, seperti:
1 – agama
2 – disiplin
3 – keyakinan diri
4 – moral
5 – kepimpinan
Bahagian seterusnya dia nak tau kalau kita ni pernah mencederakan pasangan romantik kita:
“Saya pernah memukul pasangan saya”
Saya pernah mendera pasangan saya secara verbal”
“Saya pernah terfikir untuk mendera pasangan saya secara verbal”
“Saya pernah mengakibatkan kecederaan kecil (lebam, bengkak, berdarah) kepada pasangan saya”
“Saya pernah mengakibatkan pasangan saya terlantar di wad”
“Saya pernah terfikir untuk mencederakan pasangan romantik saya”
Lepas tu dia tanya pulak kalau pasangan kita pernah mendera kita dari segi percakapan dan perbuatan. Yang ni dia tanya dari segi kekerapan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
“Pasangan saya pernah memukul saya”
“Pasangan saya pernah mengeluarkan perkataan yang tidak enak terhadap saya”
“Pasangan saya pernah melontarkan barang (ke arah saya atau ke arah lain) ketika marah”
“Pasangan saya pernah melakukan kerosakan (menghempas pintu, merosakkan perabot) ketika marah. “
Bahagian seterusnya, dia nak tau tentang sejauh mana kelakuan kita berbahaya kepada diri sendiri. Dia ada tanya:
“saya pernah terfikir untuk mencederakan diri saya”
“Saya mengalami masalah meluahkan perasaan sebenar saya kepada keluarga”
“Saya terfikir diri tidak berharga”
“Saya menjadi marah apabila kecewa”
“Saya merasa sedih apabila tidak diajak keluar oleh kawan-kawan saya”
OK, some of these questions definitely mempunyai brutal truth yang sangat kena dengan saya. Tapi saya rasa saya tak pernah marah bila kecewa. Saya cuma sedih je bila kecewa.
Lepas tu dia tanya kalau-kalau kita pernah menzalimi/melakukan perbuatan kejam kepada orang lain selain pasangan romantik kita.
Lepas tu samaada orang lain pernah menzalimi kita dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Dan last sekali, dia nak tengok kita ni personality A atau B. Dua-dua personality tu takdela positif atau negative, cuma nampak dua personality yang bertentangan. Contohnya personality A suka memanipulasi orang lain dengan cara membesar-besarkan cerita tapi personality B tak pandai mempengaruhi orang; personality A percaya dia akan mencapai sesuatu yang besar dalam hidup tapi personality B berpuas hati dengan kejayaan yang dia capai.
Lepas habis jawab questionnaire, dia suruh buat ujian berkomputer.
Untuk ujian berkomputer, agak memeningkan. Komputer tu akan keluarkan satu perkataan, dan kita kena tekan A atau L secepat mungkin. A ialah untuk Me, L ialah Not Me or Love. Dan soalan dia ada betul salah. Contohnya, kalau perkataan yang keluar tu nama saya, saya kena tekan A. Kalau tekan L, dia kira salah dan kena tekan A semula.
Perkataan yang sangat meneglirukan saya ialah Adore dan Disgust. Sebab adakah Adore diri sendiri atau Adore orang lain? Atau adakah saya benci perkataan Adore? Sebab jawapan sebenar ialah Not Me or Love. Sama macam Disgust. Lepas tu dia ulang balik semua perkataan sampai saya jadi pening nak tertidur.
Lepas tu dia tukar pulak. A untuk Me or Love dan L untuk Not Me. Lagi sekali saya confuse perkataan Adore dengan Disgust.
Pusingan ketiga, dia jadi A untuk Me dan L untuk Not Me or Hate. Pusingan keempat A jadi Me or Hate dan L untuk Not Me. Lepas jawab banyak sangat pusingan, saya main hentam je sebab dah mengantuk. Tapi rasanya bahagian ni paling sikit salah.
Lepas dah habis tu, saya kena isi nama dengan alamat dekat borang lain. Borang ni menunjukkan berapa ramai orang dah buat questionnaire ni. Tak ramai sangat pun orang yang datang. Kesian dekat deorang. Eh, dalam list tu ada jugak nama orang yang saya kenal. Kawan lama… Lepas tu dia bagi saya satu balang marshmallow. Oh, inilah namanya hadiah misteri!
Lepas habis jawab semua soalan tu, saya buat kesimpulan saya ni tidak menunjukkan symptom seorang yang berkelakuan berbahaya. Sebab kebanyakan jawapan saya untuk soalan-soalan berkenaan ialah ‘sangat jarang’ atau ‘bukan perwatakan saya’. So kira selamatlah. Tapi terasa jugak pernah di-abuse dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Hmmm...
Lepas daripada tu, dia suruh cari lagi orang lain sebelum saya balik. Dia kata dia akan ada dekat situ sampai 10 malam. Saya cakap roommate saya takde, so tak boleh nak ajak dia. Tapi saya akan cuba cari orang untuk jawab survey dia. Lagipun dapat hadiah kan, bekas marshmallow tu pun cantik, boleh buat collection.
Balik tu, saya bukak facebook. Nak ajak siapa? Saya tengok dekat chat, takde pun budak-budak yang boleh diajak. Sekali jumpa nama senior.
“Akak nak marshmallow tak? Dapat satu balang!” Rasanya saya personaliti A kot, sebab memanipulasi orang dengan membesar-besarkan cerita. Sebab balang marshmallow dia besar macam bekas jem je, marshmallow pun ada berapa kerat. Hewhew.
“Oh yeke? Dapat dekat mana? Nak nak!”
Hehe. Perangkap dah kena….
aku memahami perasaan deorang respondent xde... coz aku pun penah wat.... kesian jugak laaaaa... hehehe
ReplyDeletekan? hahaha especially bila org ingat enumerator ni macam direct seller >:(
Deleteaku pernah buat soal selidik. siyes, susah. repsonden susah nak dapat. kalau dapat responden byk, bahagia giler rasa. tp aku rasa matsaleh senang la skit. dorang friendly. tak macam Malaysian. tny ckit dah taknak. aku buat dulu utk tourist behaviour.
ReplyDeletebro camne ko dapat responden mat salleh? hebat gak tu.
Deleteooo buat research master ke camne?