Tak sangka tibajah tahun lepas saya akhirnya memandu seketul Honda City.
Ya itu mukaddimahnya. Direct. Takde selindung-selindung kan. Tapi tak berani aih nak cerita lebih-lebih ataupun nak post gambar dekat dalam sosmed makanya cerita dekat sini jelah ya. Cerita dekat blog, habis dekat blog. Lol
Lebih kepada nak mengingat dan menanda, maka saya coretkan juga di sini buat rujukan di masa depan. Itu pun lepas setahun pakai baru nak menulis, sebab nak make sure every emotion arises from novelty settles first, tengok apa yang tinggal baru nak menulis.
Off tangent, tapi nak cerita kawan-kawan blogger yang aktif memblog dulu sekarang ni pun ramai sendu. Ada yang update last 3, 5, 7 tahun lepas 😛
Kalau orang tanya, kenapa saya still blogging bila orang lain semua dah tinggalkan platform blogger? Sebab in my mind, I am writer first, blogger second. Blog is just a means to write. Jadi walaupun arena blogging ni dah tak sekencang dulu, saya OK jah. Asalkan dapat menulis in my own style and timing. Nak menulis dekat facebook, segan dan cringe sokmo nanti dia remind benda apa kita pernah post. Ya Allah hai segan kot tah mende-mende, zaman muda-muda dulu benda bukan-bukan pun boleh up status.
Dekat twitter OK, tapi nak mencari balik benda yang dituliskan tu mahu makan berbulan. Dekat instagram, why do you even bother??? Orang nak tengok gambar bukan nak baca karangan ahgitu. Lagipun I'm not an avid instagram user, tak berapa pandai sangat nak create post, jadi malas nak godek-godek.
So kembali kepada topik, Honda City. Saya pernah bermimpi dulu suatu hari nanti nak pakai Honda City. Spesifik City sebab kereta import paling logik kan (ie paling murah) tapi taklah tahap aim dengan semahu-mahunya, setakat wah cool jugak kan pakai Honda.
Tapi bila makin dewasa, makin realistik. Dengan keadaan ekonomi sendiri, better lah ambil Axia je ke. Nak dijadikan cerita, Saga FL saya tu pun hand-me-down dari Abengah sambung bayar jah, jadi takdelah beli kereta sendiri.
Dan akhirnya dapat membeli seketul Honda City ni sebenarnya adalah suatu benda yang tak dijangka, yang bukan langsung termasuk dalam planning mahupun budget saya. Apatah lagi bila saya memang taknak buat hutang baru sebab taknak menanggung riba' dah huhu cukuplah dulu bayar kereta Saga FL tu pun walaupun Bank Islam tapi harganya serupa macam meminjam dengan bank Yahudi.
Tahun lepas bulan 3 gitulah, berlaku peristiwa tak dijangka-jangka di mana saya akhirnya menjual kereta Saga FL (dapatlah dalam 4.5k gitu, kereta usia 10 tahun sudah) dan membeli seketul Honda City. So officially jadilah saya salah seorang daripada sekian ramai pemandu jenama H di Malaysia.
First question: apa perasaan memandu H? Jawapannya, sama jah bawak kereta apa-apa pun. Mungkin saya pakai H ni bila dah sampai usia yang agak advanced, jadinya the brand tak bawa apa-apa meaning dari segi merasa kita lebih baik, tapi lebih kepada mengetahui bahawa kita lebih selesa berbanding kita yang dulu. Dari banyak segi, it goes without saying, jenama H lebih selesa lah compare dengan brand-brand local. Just that (wait am I quoting King Coco here?). Lebih selesa. Nak bawak parents pergi berjalan pun lebih tenang. Balik kampung pun dah tak nervous nak balik malam drive jauh-jauh sorang-sorang.
In terms of economy, minyak dia jimat ya rabbi. Saya pernah bawak Saga, pernah bawak Bezza. Pernah bawak Alza. None of them can top City's saving when it comes to petrol. Isi full tank boleh tahan 2 minggu, whereas masa pakai Saga, I have to refuel every week.
Ketiganya, dengan mengenali siapa diri kita dan apa kita nak (shizz dowwan to be that deep, but yeah if the shoe fits) then bawak H ni is just another verb, atau dalam BM nya, satu perbuatan jah. Bukan satu accomplishment atau kebanggaan. And maybe jugak saya menulis ni just to tell you guys and myself that. Takde apa kebanggaan bawak H, melainkan kita tahu kita lebih selesa. Selesa nak berjalan jauh, selesa nak mengangkut orang. Selesa nak bawak banyak barang. And that keselesaan is something that we feel and keep to ourselves, bukan to show atau to flaunt to other people.
It also comes down to our economy class lah kot. Idk sebab it is taboo nowadays nak berbincang tentang how much we make for a living, but for T20, H is just a brand. For M40, H is commonplace. For B40, H is a class symbol.
Well for me, I pernah baca mat salleh kata Honda Accord ialah kereta murah, so brand H ni sebenarnya beshe-beshe jah overseas, what makes it different is dekat Malaysia dia jadi mahal sebab cukai, tapi orang kita associate dia sebagai brand mahal.
That being said, to even make a big deal about it shows kita ni level mana, me included lah kot sebab I care enough about it to write about it. But fret not, this would be my only time speaking about H. Sebab I just want to let it out of my system, no matter how tiny that feeling is. Kebetulan I teringat nak menulis ni pun sebab baru renew roadtax dengan insurans and servis kereta cukup 20k mileage. So tetiba rasa macam hey what if I write about what I feel about driving a H.
Saya pun bukanlah sejenis pengagum (enthusiast) kereta, jadinya at this point of time, brand for me hanyalah logo, yang penting selesa dan boleh bergerak. Lepas tu quality OK lah kot sikit kan tak maulah pakai setahun aircond dah tak sejuk, tombol pintu tercabut *jeling X70*, power window tak boleh turun.
On the other hand, apa yang I tahu and anggap tentang brand H adalah daripada apa yang orang lain cakap, personally I belum berada dalam situasi yang memakai brand H ni buatkan orang melawak atau nak buat I retaliate. Most people joke about it just for the fact that it's a brand new car, not a brand H new car lol
Takde jugak orang approach nak ajak bercinta ke berkahwin ke tinggalkan surat dekat wiper ke, like they used to in university. Dulu zaman study siapa bawak motor besar pun orang tinggalkan coklat dekat stereng (motor besar takde bakul kan). So in a sense, I tak rasa anything different bawak kereta jenama apa-apa pun di mata masyarakat, and all thanks to people around me who make me feel that way. Apa yang I rasa tentang memandu sebuah H mostly adalah internal satisfaction and I am glad to continue feeling it that way, taknak rasa nak poyo ke, nak bajet-bajet bagus je (Yeah I bawak macam jilake sebab I'm just a lousy driver, bukan sebab I bawak H)
On that note, I think I shall end this rant of an entry. I had fun writing this one down, it feels conversational. And more importantly, I don't care about being judged. Hey guess being older has its perks. XOXO dearests jumpa lagi yaa 💗
No comments:
Write curses