11 March 2022

So I Cut You Off (IDGAF)


Minggu ni sebab ada momentum nak menulis, jadi saya perlu menulis tentang sesuatu yang begitu membelenggu - tak tahu tajuk ni cukup ke untuk mencangkup segenap topik ni, tapi harap-harapnya bolehlah. Nak menulis ni bukan satu statement, tapi menulis sebab nak cuba make sense dan identify perasaan sendiri.


"Do I contradict myself? Very well then, I contradict myself; I am large - I contain multitudes."

 

Hidup kita bukan macam watak dalam drama TV. Misalnya ada seorang watak perempuan jahat penggoda, tamak harta. Setiap satu tindakannya adalah penuh kejahatan berpunca daripada niatnya nak berkahwin dengan watak hero yang kacak dan kaya. Tiada apa yang baik tentang wanita itu, dari bangun tidur mula bernafas je semua benda jahat dia buat. Biadab, tikam belakang, menggoda penuh ghairah. Buat perancangan-perancangan jahat. Pendek kata, langsung tiada kebaikan lah pada diri dia. Makan pun tak baca bismillah. Eh.


Tapi hidup kita lebih kompleks dari itu. Lebih kompleks dari itu yang menyebabkan kita rasa kecewa, putus asa, frustrated dengan situasi kita dengan orang sekeliling kita. Misalnya, kita ada kawan baik yang sangat kita hormati yang serba-serbi baik - tidak tinggal solat, cakapnya baik, kata-katanya tidak pernah menyakitkan hati, pemurah selalu belanja kita, rajin menolong bila kita susah. Tapi pada satu-satunya benda yang kita tak boleh terima, dia buat. Say, contohnya dia seorang pemilik bisnes yang taknak bayar gaji pekerja dengan setimpal dan pada masa yang sama, topik gaji pekerja ni adalah satu topik yang kita sangat passionate about. Antara boundaries kita yang paling pantang adalah gaji pekerja.

 

Kemurahan hati dia, sikap dia yang baik hati, tapi di sebalik semua itu kenapa dia bayar gaji pekerja dia ciput? At the same time, kejahatan dia tu pulak bukanlah something yang illegal, cuma sesuatu yang kita langsung tak boleh tolerate dari segi moral. 

 

Maka kompleksiti di situ apabila kita tak tahu nak menakrifkan dia pada kategori mana. Jahat ke, atau kebaikan dia yang banyak tu boleh menutup satu-satunya kelemahan dia? Kebetulan pulak kelemahan dia tu antara benda dalam dunia yang kita tak boleh terima? Jadi perlukah kita hilang rasa hormat pada dia hanya sebab satu kelemahan itu? Perlu ke kita berhenti berkawan dengan dia? 




This has been bugging me y'all. Ramai orang yang saya kenal, yang kebaikannya punya banyak tapi kelemahannya satu. As I'm writing this down, I think it became clear that the only one thing that I should've done tapi tak pernah buat adalah - menasihati mereka pada benda yang saya tidak boleh tolerate itu. Sebab kita tak mahu ketidakselesaan berlaku dalam perhubungan kita, jadi kita taknak bangkitkan isu ni dekat dia secara berdepan, secara tidak langsung kita dah enable kawan kita itu pada benda yang kita tak boleh terima itu. Inilah ya, masalah menjadi people pleaser. Nak sedapkan hati semua orang, takut melukai perasaan sesiapa.


Being me, saya jenis bila saya tak boleh terima satu benda besar yang orang tu buat, saya terus cut contact. Saya  boleh tolerate benda-benda kecil, tapi ada few pressing issues yang saya tak boleh nak reconcile dengan prinsip dan pegangan hidup saya that will make me go 'it's better if we part ways now. There's nothing good will come out of this. I will resent you and I'm just going to pretend to be your friend but I won't like you again, and I won't like that person that I become when I'm with you, and I won't like you fully again unless you change your ways.' 

 

There were a few instances in my life where this has happened before. Sebab saya tak boleh terima satu benda besar, saya terpaksa menjauhkan diri daripada beberapa orang. Pada masa yang sama, saya justify perasaan rengsa itu dengan logik 'kalau dia ni baik sangat, kenapa dia buat XXX?' atau 'kalau dia ni betul-betul kawan aku, kenapa dia buat YYY?'


I think at my current age, I dah tak larat nak deal with bullshit dan drama. Daripada sekolah menengah duduk asrama tak boleh nak escape daripada drama sebab 24-7 duduk dengan rakan sebaya, sampailah masuk universiti lepas tu bekerja pun penat kan. Jadi dah tak rasa ada kapasiti mental dan tenaga nak berhadapan dengan benda yang mengarut, maka bila tercetusnya benda-benda mengarut ni saya pilih untuk terus NC - no contact. 

 

BTW contoh-contoh di atas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau mati ya. The real examples in my mind adalah lebih jahat dan nastier (and borderline illegal), tapi sebab these are the easiest examples that I can think of yang saya rasa orang boleh relate to, saya gunakan jelah contoh-contoh ni. 


As I'm nearing the end, saya rasa beberapa isu di dalam minda saya sudah menjadi sedikit jelas. I can see the pattern, and I can see why am I feeling a certain way. Before this pemikiran tu dalam minda, belum diterjemahkan ke dalam tulisan. Bila nampak dalam bentuk fizikal baru mengerti apa sebenarnya isunya.


 With that idk hope y'all learn something. BTW I bukan delusional bila sebut y'all y'all sebab despite socmed becoming too instagram/tiktok/fb centric, and despite my disbelief, traffic ke blog I still tinggi so I know that people still read what I have to write. I still tak percaya satu entry boleh ratus-ratus orang baca walaupun saya tak share pun huhuhu macam mana korang jumpa tah, but I am so very thankful. It fuels my passion to always write no matter what.

And for that I can never thank you guys enough. 


I think with that I bid my farewell. Moga jumpa lagi semua. XOXO


No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter