#randomthoughts
Lalu jalan dekat UPM hari-hari sejak MCO ni, kadang terfikir, pelik betul rasanya. Aku dah bukan student. Kadang mengimbas semula memori - kata blog seorang budak U kan haruslah berkenaan universiti lol
*Dah nak masuk 31 dah tahun ni ya ampunnn*
Masih seperti dahulu, mungkin sedikit lebih mengenal dunia, celik sebelah mata.
Dalam hujan rintik pagi tadi, secara rawak saya teringat peristiwa zaman U dulu. Teringat waktu hujan membasahi blok Jebat, beberapa hari selepas program DUNIA (DUlu, KIni dan selamanyA).
Teringat kami gulung-gulung fabrik hiasan beberapa meter panjangnya yang dibasahi hujan.
"Kenapa tak tunggu kering?"
"Musim hujan sekarang, kalau biar macam ni je lagi basah nanti!"
Entah simpan di mana kainnya, mungkin habis bertahi lalat sebab basah. Kalau nak hantar dryer pun, kainnya panjang kot beberapa roll kami beli. Entah ada ke dryer muat. Setiap tahun beli hiasan baru, setiap tahun temanya berbeza. Tahun pertama kami temanya Riang Ria Raya, tahun kedua retro, tahun ketiga...oh tak ingat. Something about Hollywood kot? DUNIA ni program tahunan dekat kolej, dipanggil jugak nama open block,
sebab masa ni kami bukak pintu semua blok untuk semua orang datang masuk
melawat.
Tahun pertama masa basuh pinggan mangkuk dekat paip tepi blok sebab masa tu buat open house tak silap, teringat deorang bersembang "...yang penting dapat stay kolej..."
Dulu kan, concern kita pada kehidupan meliputi hal-hal mudah - stay kolej, pointer, assignment, persahabatan. Dulu masuk macam-macam aktiviti, sebab end goal kita taknak kena buang kolej, nak kumpul merit. Cukup 40 markah untuk tahun kedua, dan 60 untuk tahun ketiga cukuplah, selamatlah dari kena mencari rumah sewa.
DUNIA ni satu-satunya masa sepanjang kami di kolej untuk merasa masuk ke blok perempuan. Masa mula masuk UPM dulu culture shock jugak sebenarnya, sebab 5 blok, 4 blok perempuan 1 blok lelaki semua dalam kawasan berpagar yang sama - sebelah-sebelah je. Tapi itulah, mungkin bila kita tak terlalu mengawal, student pun takdelah rasa ingin tahu sangat kan? Kalau dekat sekolah dulu sebab blok perempuan terlalu tertutup, terlalu misteri, jadi ramailah budak lelaki nak pecah masuk sebab rasa ingin tahu membuak-buak.
Dekat U, hey siapa peduli kalau blok perempuan sebelah je blok lelaki, takde misteri langsung. Lepas tu boleh masuk lagi secara halal setahun sekali, bila kita tengok ceh sama je macam blok kita, lagilah hilang feel mysterious tu.
Tradisi blok Jebat, masa malam lepas habis giliran blok kami, kami akan lawan cheers antara senior dan junior. Slowly, senior akan push junior makin ke tepi ke tepi, bila dan-dan je dekat tepi balkoni, terus mencurah air baldi dari tingkat 1 ke atas kepala junior, habis semua basah, pecah berderai gelak ketawa.
Sekarang ni tak tahu lagi ada ke tak tradisi tu, heck, Kolej Tun Perak pun dah tak wujud sekarang, bergabung dengan KPZ, apatah lagi tradisinya.
7 Habits of Highly Effective People
1 week ago
No comments:
Write curses