If it all makes sense, blogging is the, and I can't stress it enough, the only way, I could ever come close to stopping time.
Jendela yang terbuka dari dinding kamar yang 80% kaca di tingkat 26 membuatkan saya benar terfikir, mungkin ini tempatnya saya mahu berada ketika usia dan ketika ini.
Dari kejauhan pada batas kaki langit adalah Banjaran Titiwangsa, dan di sebaliknya matahari pagi sedang bangkit dari ufuk timur. Melihat Banjaran Titiwangsa, mengingatkan saya kepada beberapa siri penjelajahan dan pendakian gunung yang saya pernah turuti sejak 4 tahun yang lalu. Teringat waktu subuh di puncak Gunung Tok Nenek, dan jubah maroon konvokesyen yang disarung waktu pagi di Gunung Silipat, Thailand. Serentak dengan itu, kesunyian terus menyentak daun jendela dalam hati. Betapa banyak yang telah berubah. Kawan-kawan, paling terutama.
Betapa rindunya. Menyingkap tirai sepenuhnya pada waktu pagi sambil melihat kegelapan mula dirona biru oleh cahaya, dan seterusnya kuning sebelum semuanya menjadi terang begitu memberi ketenangan, membawa harapan baru walau esok bermula sebuah fasa yang celaru. Saya melihat kabus berarak di bawah awan, dan lampu-lampu neon jingga yang bila-bila masa dari sekarang akan terpadam. Pagi ini awan tampak sedikit hitam bergulung, tapi tiada petanda hari akan hujan.
Kicauan burung di celah-celah daun hijau mengingatkan saya kepada suasana desa. Syukur, serasa masih bertemu ketenangan di pinggir kota Putrajaya.
Masih lagi dalam perintah berkurung, hanya dihubungkan ke dunia luar oleh media sosial.
Dua hari yang lalu, saya diingatkan semula tentang masa yang rasa semakin suntuk oleh seorang rakan sekerja. Katanya, saya kelihatan tua. Tidak banyak chill, hanya bekerja di depan komputer. Betapa benarnya pengamatannya, menjentik perasaan marah sedikit dalam diri, kerana belum pernah mampu berlari menuju ke cita-cita sendiri.
Dulu, saya pernah berjanji untuk tidak pernah berhenti menulis. Tapi kini, menulis bagaikan sebuah keistimewaan yang perlu dibayar dengan harga yang mahal. Menulis kini, bukan lagi hak saya. Menulis adalah suatu perkara yang perlu saya curi daripada rutin.
Beberapa hal telah berlalu sejak kali terakhir saya menulis tentang menjelangnya usia 30 tahun. Wabak COVID19 yang melumpuhkan hampir keseluruhan norma, menyerlahkan sifat jelek dan mulia manusia, mengenalkan kita dengan maknawi baru hakikat-hakikat yang sebelum ini rigid dan begitu termaktub bagai tertulis atas batu. Siapa sangka, suatu virus sahaja diperlukan untuk mengubah dunia. (#inb4 seekor nyamuk boleh membunuh Namrod)
3 hari cuti yang panjang memberi saya kesempatan untuk membasuh pelbagai jenis fabrik dalam bilik, termasuk 4 helai kain ihram yang dipakai sewaktu umrah 2 bulan yang lalu. Baru kini punya masa dan ruang (literally, sebab bila hidup berkongsi waima ampaian pun adalah satu komoditi). Keselesaan selalu datang dengan senarai tugasan yang bertambah. Untuk merasa selesa, banyak ketidakselesaan yang perlu ditempuh. Every thing comes with a price.
Pagi ini terlalu permai. Yes I shall end on that note.
Pagi ini terlalu permai.

covid memberi kesempatan utk kita
ReplyDeletereset balik diri..
btw memang rindukan suasasan pagi dripada bajran titiwangsa
Iya. Harap dapat mendaki lagi selepas tamat COVID :D
Delete