06 March 2020

KELABU

Sambil lagu Coba Faizal Tahir bermain di corong radio, minda terus teringat tentang sesuatu. Lagu Coba ialah salah satu lagu dari zaman keemasan Faizal Tahir lewat album Aku.Muzik.Kamu, disusuli Sampai Syurga, sebelum entah kenapa Faizal Tahir bergerak sendiri tanpa Audi Mok.

Selama betapa beberapa tahun, dalam kenang-kenangan menuju ke dekad-dekad tengah kehidupan, ada beberapa hal tentang hidup yang terasa kelabu. Bukan dalam binari hitam-putih, tapi dalam sebuah spektrum warna yang terjerat antara dua kutub.

Kelabu.

Pada waktu kita meninjau suatu kehidupan dalam sebuah kebuntuan, bahawa mungkin tidak semua yang wujud perlu menjadi konkrit. Ada perasaan-perasaan dalam dada kita yang tidak mungkin diungkap dalam persamaan norma. Sesuatu yang bukan cinta, bukan rindu, bukan kasih.

Tentang seseorang.

Kita melakar kehidupan yang terasing, bersama. Tapi kita tidak merasa cinta, hanya dalam dada dengan kejujuran emosi kita mempersoalkan kehidupan, bagaimana?

Sesuatu yang bukan cinta, tetapi sekejap percikan rasa bahagia.

Kita pernah menangis, bercakaran, berhujah. Kita pernah tertawa, berlarian, lelah.

Apabila teman-teman kembali pulang, pernah kita terfikir 'Sampai bila?' lalu diam menjadi sebati dalam bicara kita.

Kelabu. Buntu. Jawapan yang kita belum pernah ketemu, dalam buku-buku, dalam ilmu leluhur. Kita hanya berdua, begitu, selalu.

Tamat putaran lagu, aku menyedari sesuatu: Aku.Perlu.Kamu. 




No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter