13 September 2018

Gunung Chabang 1711 m (Ep. 1)

Assalamualaikum dan haiyeee!

Apa khabar semua? *lambai2 tangan*

Bertemu kita dalam edisi gunung yang seterusnya! *clap clap clap*

Macam biasa, dah panjat gunung, kenalah update di blog kannn. Tanggal 18 dan 19 Ogos 2018 yang lalu, saya telah mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Chabang berketinggian 1711 meter dari aras laut yang terletak di Pos Slim, Simpang Pulai, Perak. Trip kali ni trip paling kecil saya pernah join, ada 8 orang je termasuk saya semua sekali.

Seperti biasa, setiap trip mesti ada cerita-cerita yang berbeza. Trip kali ni pun, walaupun tak ramai tapi macam-macam cerita jugak berlaku hehe.


Keta WiraTurbo (tak sihat, tukar Honda City)
Kereta Lily
Fairus
Didiy
Afiq
ME!
Mejar Nazar
Lily
Nurel
Nur


Mula-mula dengar trip ni dari Ostad, katanya trip company dia. Saya pun nak join lah, sebab kenal jugak geng-geng company dia – Nurel, Didiy, Lily, lagipun dah lama tak naik gunung kan. Lemak dah bergantang-gantang dibela bagai menatang minyak penuh agituh.



LINEUP  Ostad Fairus | Mejar Nazar | Nur | Lilymon | Nurel | Didiy | ME! | Afiq

Preparation takdelah beria sangat training, adalah jogging manja-manja sikit-sikit waktu petang dekat tepi tasik, taknak bagi badan tanjat masa naik gunung tu.

Malam 16 hb tu, saya pun bergerak menuju rumah Afiq dekat Setia Alam. Katanya nanti Ostad dengan Didiy akan datang ambil kami dekat rumah Afiq. Afiq baru kebah demam katanya, tak bermaya je. penat sehari mengemas rumah kata Afiq. Sempat keluar dinner dengan Afiq kejap, lepas tu lelap sejam dua. Dalam pukul 3 lebih, Ostad dengan Didiy sampai pick up kami.

Sepanjang perjalanan tu, sebab mengantuk, saya tidur je dekat belakang, sebelah Afiq. Ostad drive, Didiy copilot. Kali ni berlaku pulak Kisah Mistik Dari Gunung siri ketiga. Masa sampai dekat R&R Tapah, saya kena hempap tak boleh bergerak. Pastu mimpi benda bukan-bukan. Bangun terus menjerit, kesian deorang semua terus terjaga, tak jadi tidur. (Edisi Panjang kita cerita next time ya hehehe)

Didiy tanya “Bad ok, Bad?” saya geleng-geleng “Tak OK!”

Kami semua tak jadi tidur, terus keluar dari kereta pergi sarapan. Si Didiy dengan Ostad baru je lelap dah terjaga huhu maafin ya kalian

Sampai dekat foodcourt, kami jumpa dengan ahli-ahli kereta lagi satu. Kali ni berkenalan dengan Mejar Nazar (banyak kali tersalah dengar deorang panggil van jenazah. Astagha) dengan Nor. Mejar Nazar ni dulu askar, sekarang dia head of department kot dekat kompeni deorang ni.



Pendakian dimulakan

Waktu breakfast, tiba-tiba si Nur baru teringat phone dia tertinggal dalam toilet. Mencicit Nur dengan Nurel berlari ke toilet. Didiy cuba call, mula-mula ada bunyi, tapi lepas tu dah masuk voicemail. Nur dengan Nurel balik semula meja, katanya dah takde telefon. Akak cleaner yang ada dekat situ kata dia baru masuk syif pagi tu, sebelum tu pekerja lain. Kesian Nur, dah hilang pulak telefon. Tapi mujur Nur jenis happy go lucky, cool je. Takpelah Nur, ni tandanya nak dapat phone baru ni haha


Lepas siap sarapan dan solat subuh, siap ke tandas semua (pagi-pagi asyik nak terkencing je kekeke), kami meneruskan perjalanan ke exit Simpang Pulai. Sebelum masuk ke Pos Slim, kereta Lily singgah ke balai polis untuk melaporkan kemasukan kami ke Gunung Chabang.


Kami sampai ke parking dalam pukul 8 pagi. Sebab nak terkencing lagi, kebetulan tepi Pos Selim tu ada sungai, saya pun kucil lagi bahaha. Malam tadi baru lepas hujan, air sungai kelihatan besar dan tanah masih basah. Cuaca pun redup-redup je. Kalau dekat rumah ni, mesti tengah tidur lagi ni


Parking kami terletak dekat kampung orang Asli, satu kereta kena bayar RM20 dan seorang abang yang duduk di situ akan tengokkan kereta kami sepanjang satu malam kami dalam hutan. Tengah-tengah kami bersiap dekat parking, ada seorang nenek datang bersalaman dengan kami. Seronok kot dia tengok hiker masuk kampung dia. 


Lepas siap bahagikan ration dan barang-barang teknikal (saya dapat fly khemah gigirls), kami memulakan pendakian pada pukul 9.15 pagi. Mula masuk jalannya tar lagi di tengah Kawasan kampung orang Asli, tapi sampai satu bahagian ada simpang kecil masuk ke hutan.


Mula-mula Didiy dah pesan “Bad, jangan tinggalkan Didiy tau! Jangan macam dekat KorGa, kata nak jalan sesame sekali Bad laju kat depan!” bahaha sorry Didiy.



Ayuh adik-adik turun ke sungai


Masuk je simpang kecil tu, terus menurun ke sungai. Lepas seberang sungai, kami berjumpa sebuah rumah yang dibina dari kayu. Lepas dari rumah tu, pendakian sebenar pun bermula.





"Yo tengok tu nampak gunung!" - acah eksaited untuk photoshoot gituuu

Lepas rumah tu je, terus bertemu pacak. Astagha. Dengan penuh kegagahan, kami mendaki. Mejar Nazar (van jenazah???) mengepalai di depan, diikuti Nur, Lily dan Nurel. Didiy, saya, Ostad Fairus dan Afiq sweep di belakang.

Keadaan hutan agak licin sebab basah hujan malam semalam. Waktu awal dah mula menyesal tak pakai gloves sebab pokok berduri-duri, nak pegang lap tangan yang basah dah tak boleh. Pulak tu, beg saya asyik tersangkut je sampai rain cover tercabut walaupun dah ikat getah. Wuuu koyak jugak mental sikit. Mujur ada Ostad tolong sisipkan benjolan terlebih rain cover dekat pemegang beg.


Ada tempat saya tak larat mengejar Ddiy, saya mintak Ostad maju dulu ke depan. Weyh kena cucuk dengan Ostad tak larat weh. Rasa macam ayam dikejar helang huhuhu


Sampai satu cerun, halangan sukar pertama ditempuhi, iaitu kena merangkak bawah rimbunan pokok buluh sambil menuruni lereng. Tanahnya licin, nampak kesan gelincir. Sambil turun tu, saya fikir, aish esok ni lagi azab nak naik sambil merangkak.

Sempatlah terjatuh terduduk dekat sini. Sampai dekat bawah, tengok tapak tangan dah luka. Saya basuh kejap tangan dekat anak sungai situ. Lepas turun lereng tu, kami terus mendaki dah. Takde diskaun.

Dalam sejam lebih perjalanan, kami sampai dekat air terjun Sg Selim. Sempat terserempak dengan geng kereta Lily (gituh bagi nama sendiri), deorang dah nak bergerak. Saya terus mintak Afiq cawan besi, teringin sangat nak minum air sungai sejuk waktu tu.


Sungai Selim (kot)


Didiy sempat basuh muka dekat sini. Sempat mintak sebatang lolipop dekat Didiy. Lama jugak kami lepak sini, tiba-tiba Lily dengan Nur datang dari jauh. “Korang, jalan depan sikit je. Kita lunch situ.”



Muka penuh tawaduk sebab letih

Kami pun pack barang semua, naik atas sikit je dalam 20 meter macam tu ada air terjun lagi besar. Rupanya sinilah Last Water Point. Dekat sini kami berhenti masak lunch. Lauk simple je, tapi ya Rabbi sedap. Telur mata dengan bawang dan bilis masak kicap. Nasik putih dah ada, jadi kami masak lauk je. Malam tadi Ostad masak dekat rumah, katanya rumah dia takde air, terpaksa dia guna air masak nak masak nasik haha. Dah 24 jam lebih Ostad tak mandi sebab takde air.


Lunch di atas daun pisang

Mejar Nazar potongkan daun pisang dari pokok pisang yang tumbuh dekat tepi sungai untuk dijadikan pinggan. Wow environmental friendly.

Sebab mengantuk, saya baring kejap dekat tepi sungai, bersandar dekat beg terus terlelap, sambil tu kena hurung dengan lebah (tahulah ai sweet hewhew)

 
Nampak lebah semua melekat belakang tu. Manis ngat 

Kami semua makan, kecuali Mejar Nazar. Dia makan buah epal je. Btw Mejar Nazar beg dia kecik je. Beg kami semua besar macam nak pindah rumah. Nampak perbezaan dekat situ seorang askar dengan civilian macam kami kan #tabik #SayangiMalaysiaku #tibaah

Lepas siap makan, gigirls semua pergi mandi. Kami ambil wuduk dulu siap-siap dekat sini takut-takut naik atas nanti dah takde air. Lepas siap semua, dalam pukul 1.10, kami bergerak semula menuju ke puncak. Lepas daripada sungai ni, kami takkan ada air sampailah petang esok. Ngee teringat keputusan bekalan air dekat YYBTN.

Lepas siap lunch. Bersiap mendaki semula. Muka mengantuk + tak rela mendaki tu

Kalau ikut tentatif, kami dijangka akan mengambil masa 3 jam dari last water point untuk sampai ke kem, dan dekat kem kami akan tinggalkan barang, ke puncak. Jarak kem ke puncak mengambil masa lagi 30 minit. Saya pun konpiden cakap dengan diri sendiri “Selalu 3 jam tu maksimum. So 2 jam lebih tu sampailah kem.” Jadi saya congak-congak pukul 4 sampailah kem.

Ayuh chayok2~ Hidup mesti diteruskan

Kami pun berjalan seperti formasi tadi – Geng Kereta Lily dekat depan, Geng WiraTurbo dekat belakang. Lepas dah lena sebentar dan makan tengahari, adalah tenaga nak mendaki semula, cuma satu benda je lupa nak buat – minum air *nanges*

Pendakian kali ni lebih kejam dari first half tadi. Kali ni mencanak terus ke atas, dengan ribuan pepohon diri menusuk-nusuk. Habis segala baju, tudung, beg, kulit kami terkena duri huhu. Memang menyesal sungguh tak bawak gloves. Luka jugaklah tangan terkena duri.

Kami berkumpul semula dekat satu kawasan lapang. Lily set GPS terus ke puncak, katanya lagi 3 jam. Rasanya macam dah 2 jam jalan, kalau 3 jam lagi maksudnya 5 jam ke total perjalanan kami? Waaa tertipu rasanya


Tak lama berjalan, rasa dahaga mula datang. Kami berkongsi-kongsi air, tapi setiap kali nak minum air je rasa tepat panahan mata Afiq menikam guwe. Takut nak minum air depan dia sebab Afiq selalu marah saya minum laju huhu. Dia suruh sedut air penuh satu mulut, lepas tu telan perlahan-lahan.

Masalahnya bila tengah dahaga automatik tekak sedut air tu, tak sempat nak teguk perlahan-lahan dah. Mana ada orang boleh tahan minum air tengah dahaga kan gitu #defensive

Kami terserempak semula dengan Geng Kereta Lily dekat satu lereng bila semak terlalu tebal. Mejar Nazar tengah menebang-nebang pokok-pokok renek dengan duri. Afiq pun tanpa berlengah, terus keluarkan parang, tolong menebang sekali. Tapi manakan sama kudrat Afiq berbanding Mejar Nazar. Lepas daripada menebang pokok-pokok tu, Afiq punya tenaga almost flat.




Didiy di kayangan

Kami semua sebenarnya dah mental waktu tu. Dah hampir 3 jam berjalan, daripada masuk Zohor sampai dah masuk Asar. Yang ambil wuduk dekat last water point pun dah batal, tapi solatnya belum lagi. “Bukan korang je, kitorang pun dah mental.” Kata Lily walaupun beliau laju seperti torpedo hewhew


“Fairus laju! Mula rasa dah jauh dah tinggal, sekali pusing belakang nampak Fairus! Terus mental!” kata Nurel. Bila deorang yang padu saling memuji, seekor panda dok terkebil-kebil dekat tepi hahahaha

Lepas lebih kurang 20 minit duduk dekat situ menunggu jalan clear, kami berjalan semula. Masing-masing masa tu memang dah penat, tak cukup tidur lagi. Banyak kali saya mintak berehat. Masa tu dah pukul 5, ingatkan pukul 4 dah sampai kem. Haish kenapa tak betul congakan daku?

Kami terus berjalan bertiga, Ostad dah laju ke depan. Asal penat je berehat. Dalam perjalanan, nampak ada satu pokok bunga warna oren. Pokoknya besar sangat, dari jauh nampak macam kanvas khemah sebab bunganya warna oren yang rimbun. Nak sampai daripada mula nampak pokok tu ke lepas pucuk dia yang tertinggi dekat setengah jam jugak. Tak tahu nama spesiesnya apa, tapi memang rare.

Sampai dekat satu tempat, Ostad tengah bertenggek atas batang kayu sekali dengan Geng Kereta Lily tengah tunggu kami Geng WiraTurbo (deorang bertiga turbo, saya sorang je turtle kekeke)

“Korang rehatlah dulu, kitorang gerak dulu.” Geng Kereta Lily mintak diri meneruskan perjalanan. Kami pun ambil masa berehat. Masa tu rasa macam nak tinggal je dah beg. Yang kelakar, lepas je Geng Kereta Lily bergerak, kami berempat terus tertidur kot. Semua macam dah penat dan letih sebab expect dah sampai kem waktu ni. Tak lama tidur, dalam beberapa minit je, cuma melepaskan lelah barang sebentar, kami meneruskan semua pendakian.

Sweeper ittew

Berjalan berjalan tu, terpisah dengan Ostad dengan Didiy. Tinggal saya dengan Afiq di belakang. Afiq pun muka dah ketat, nampak mental di situ. Masa tu saya terfikir satu benda je “ya Allah sedapnya air Coway sejuk. Minum dalam cawan kaca letak ais. Ais tu taknak ais yang Atlas tu, nak yang bentuk petak. Sedapnya ya Allah. Kenapalah aku join trip ni?” *nanges*

Beberapa kali Afiq panggil Ostad dekat walkie talkie, setiap kali sampai satu landmark Ostad akan bagitahu Afiq.


“Dah sampai plastik kuning!”


“Jumpa ke dengan orang depan?”

“Takdak”


Kami sampai jugak plastik kuning tu, tapi 20 minit lepas tu. Bahahah jauh dah ketinggalan.

Tengah berjalan tu, dengar walkie tolkie

“Kami dah sampai puncak tipu. Nampak view 360!”


Wow dengar suara Ostad masa tu terus semangat. Terus jugak langkah dihayun walau rasa nak tumbang. Mula Afiq guna walkie talkie, suruh Ostad dengan Didiy gerak. Tapi tak lama tu Ostad kata nak tunggu kami.



Jasad Baru Semangat Ummah - ostad Fairus di puncak tipu 360

Tak lama berjalan, dengar suara Ostad dengan Didiy. Wuuu selalu kalau dengar suara ni mesti lagi 15 minit kurang-kurang. Sampai je puncak tipu je, nampak Ostad dan Didiy tengah photoshoot. Nampak 360 view dari sini. subhanAllah cantik!

Sempat kami berehat dekat sini. Tengah-tengah nak bergambar tu, awan pulak menutup view. Dalam 5 minit lepas tu, bila awan dah beredar, cepat-cepat kami sambung bergambar dengan eksaited.

“Bad jalan dulu!” Afiq bagi arahan lepas puas bergambar. Baik!
Saya pun mula sarung beg, meninggalkan teman-teman di puncak tipu *lap air mata* tibeh


Sebab tahu deorang boleh catch up dengan pace saya, saya terus berjalan tanpa menoleh *walaupun seram juga berjalan sorang-sorang tengah hutan*


Sebab berjalan dulu, bila menoleh dapatlah gambar sekeping hikhik. The only time I look small in a picture!

Kesejukan altitud tinggi mula rasa mencucuk. Bila berhenti sekejap, kedinginan menggantikan kehangatan tubuh. Tak jauh berjalan, saya jumpa satu lagi lookout point. Sebab dah lebih dari 3 jam, saya dah tak pasti kem sebenarnya berapa jauh lagi, jadi saya decide nak berhenti dekat sini nak ajak deorang solat. Tak lama letak beg, deorang sampai.

“Nak solat sini ke nak terus ke puncak?” saya tanya Ostad dengan Didiy.

“Ni macam kecik.” Kata Ostad. Tak semena-mena dengar suara Geng Kereta Lily. Terus Didiy menjerit panggil sorang-sorang. “Kak Nurel! Kak Lily! Kak Nur!”

“Kem dekat sini je! Masuk sini!” deorang melaung.

Kami pun pikul beg, cepat-cepat masuk semak. Masuk je pokok-pokok, yaa, dah sampai Kem Botak!

Okay seriously, selama saya hiking, Kem Botak ni ialah kem yang paling buat saya rasa seronok nak tidur dan rehat(walaupun takde air kami kena pikul dari bawah). Kem ni nampak rimbun, tanah dia keras, tak lecak dan rata. Lepas tu dia terlindung daripada angin sebab terletak dekat bawah rimbunan pokok. Jadi kalau hujan dan angin tak takut sangat. Lagi satu, Kem Botak ni nampak sangat selesa dan cantik. Pokok-pokok dia menghijau dengan mossy. Dekat tempat kami bentang ground tu pulak, tebing tepi tu senget pada sudut yang boleh dijadikan bantal.


Waktu tu Mejar Nazar dah siap pasang hammock dia dekat tepi bendera Malaysia. Kami terus campak beg (wow puas hati rasa!) bentang ground, terus solat. Mujur wuduk saya tak batal dari Last Water Point tadi, tak tersentuh sesiapa tak terkucil dok tahan je huhu. Tengok jam dah pukul 6.32, memang takkan ke puncaklah hari ni nampak gayanya. Kalau puncak lagi 30 minit (rasanya tak kot, sebab hari ni dah tertipu terus tak percaya puncak 30 minit je haha) kami akan sampai dalam pukul 7, ambil gambar apa semua dah gelap, memang gambar tak cantik. Lepas tu takkan nak turun time Maghrib?

Tak jadilah kami ke puncak untuk hari ni.

Lepas solat, kami pun mula menyiapkan dinner dan pasang fly dan ground. Dinner kami guna instant nasik beryani je, maksudnya tak payah pakai air banyak nak masak. Terus keluar dari paket, panaskan dan boleh makan. Wuuu selamat air kompeni boleh jadi air personal esoknya haha

Saya pun terus tukar baju tidur, sarung windbreaker. Tak pasti kem ni di ketinggian berapa, tapi agak sejuk. Kami betulkan khemah, Ostad cadangkan buat bentuk diamond untuk tutup pintu kiri kanan khemah. Nak elak angin. Kreatif juga cadangan Ostad ni. Lagi lagi sebab kami tidur bertiga tapi fly kami besar, jadi bolehlah buat eksperimentasi.




Tengok matahari terbenam. Suka gambar ni, semua comel!

Kami sempat keluar sekejap dari kem, bertenggek atas kayu sambil menjerit-jerit (sebab kayunya bergoyang bila orang pijak) untuk melihat sisa-sisa matahari terbenam di ufuk barat.




Sinar mentari terakhir sebelum masuk waktu Maghrib

Kami siap solat berjemaah lepas masuk waktu Maghrib, terus dinner. Mula Lily masak briyani ayam, sedap! Lepas tu masak briyani kambing, tak sedap! Haha. Memang yang beryani instant kambing tu rasa daging dia macam kurang sikit.

Lepas makan briyani ayam, saya dah kenyang, jadi yang kambing tu makan sikit je. Kongsi tupperware dengan Afiq, sebab malas nak basuh kami lapik tupperware tu dengan daun pisang.

Afiq masa ni nampak dah ting tong, dah tak coherent. Mujur gunung tak tinggi, kalau lebih 3000 meter saya seram dah kot-kot Afiq kena hipoksia (kekurangan oksigen sehingga menyebabkan otak tak boleh berfungsi dengan sempurna). Lepas siap makan, Afiq terus tertidur. Saya dengan Ostad berjemaah pergi toilet, sambil menunggu siap syisyi saya jerit dekat khemah budak perempuan ajak stargazing.

“Tapi jangan keluar sekarang, kami tengah kencing!”
Disambut gelak ketawa.
Ostad: Perlu ke bagitahu tu 😑
Bahahaha sowie

Lepas kami siap ke toilet, gigirls pun keluar. Kami terus memulakan upacara stargazing pada malam ini. Kamera Samsung S9 Ostad lawa, boleh capture bintang. Tapi sebab settings yang betul untuk dapatkan bintang yang jelas kami tak pandai, tambah pulak dari jauh boleh nampak cahaya dari ladang-ladang di Cameron dan cahaya bulan separa mengaburkan sinar bintang.

Kami bertukar lokasi mencerap bintang dekat tanah yang lapang sikit tempat saya berhenti nak solat sebelum sampai kem. Dekat sini, sambil mencerap tu, kami bercerita. Wah feel dia lain machiam. Sayup-sayup je sambil membongkar sejarah manusia, tamadun, buruj dan ayat-ayat Quran.



Sampai semula dekat kem, saya dengan Ostad bancuh air teh hijau matcha, dok minum panas-panas waktu cuaca tengah sejuk. Afiq bangun sekejap, lepas tu dia letak cawan dekat kaki dia sebab sejuk.



Jejaka jejaka nak tidoq

Afiq sempat suruh saya keluarkan duri dari luka-luka dekat tangan dia yang dah jadi selumbar, kami pinjam kerongsang gigirls nak cungkil selumbar tu keluar. Duri-duri tu masuk waktu Afiq menebang. Kecil-kecil durinya, banyak pulak tu. Patut namanya Gunung Duri, bukan Gunung Chabang huhu

Tak lama lepas siap minum air teh panas, kami pun mula bersurai. Saya disuruh tidur tengah, sebab katanya punca haba haha kuajaq! Tapi takpelah, tidur tepi tak syok. Takut, pastu karang kalau angin tiup dia sejuk dulu haha. Sebab kami bertiga je, luas betul rasanya fly kami, boleh golek-golek. Dekat gunung Yong Belar sempit gila, tak boleh bernafas. Ostad baca Quran dulu sebelum tidur, tak lama lepas dia selesai baca saya pun terlelap.

...bersambung









No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter