07 April 2018

Yong Belar - Charlie - 3 Boundaries - 6040 #GEMASelangorBackpackerz Part 2


DAY 2 – KEM GURKHA


Kami bangun pagi dan bersolat subuh. Dalam pukul 6 lebih fly dah diselak, nak baring balik pun tak selesa. Tengah-tengah gelap lagi tu, tiba-tiba ada kumpulan lain baru sampai dengan headlamp masih di kepala. Deorang summit attack dari Kem Tudung Periuk kalau tak silap. Wuuu bayangkan pagi-pagi melalui trek berlecak yang kami lalu semalam, tambah dengan bonus keadaan gelap.

Deorang tumpang ground kami nak solat subuh, tapi masing-masing nak ambil wuduk dalam keadaan baju seluar badan semua penuh lumpur tu nak membersihkan memang nampak kegigihan di situ. 

Lepas solat subuh, Afiq siapkan sarapan. Kali ni makan tortilla wrap y’all!

 Tortilla wrap 2,181 meter dari aras laut. Kredit: Hafiq

Butter prawn yang malam tadi lebih kami masukkan dalam lipatan tortilla. Tapi yang peliknya, daging patty untuk tortilla tak cukup pulak. Tak tahu macam mana boleh tak cukup. Terpaksa goreng telur je untuk yang takde patty. Saya pun kongsi tortilla dengan Afiq sebab tak cukup daging.

Pagi ni Alhamdulillah, tak berkabus. Cuaca sangat clear jadi kami dah boleh nampak pemandangan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Masa pagi ni seronoklah berphotoshoot, tambah lagi dengan Naja, selagi phone tak habis bateri selagi tu dia akan ambil gambar. Syiemey kata waktu sampai dekat puncak, orang lain cari air. Naja je cari powerbank dulu hahaha

Pagi ni masyaAllah, kami boleh nampak gunung YYBTN y’all! Yunuss la bagitau dekat saya. Mula tak percaya, tapi bila Yunuss tunjuk “Tuuu yang paling tinggi Yong Yap. Yang tengah-tengah tu Bubu. Hujung sekali tu yang Bad panjat waktu malam tu, Tok Nenek.”

 
Belah kanan Afiq tulah gunung Yong Yap y'all! Gunung G7 saya yang sulung 

Eh haah. YYBTN. Saya dengan excited cite dekat Naja “Naja, tulah Yong Yap. Maigad dulu kitorang tidur dekat puncak Yong Yap. Kali ni tidur atas puncak Yong Belar.” Tapi Naja tak excited pun. “Tak pernah pergi, tak boleh relate.” Lol cisss

Ostad ada bawak belon, kami pun dok tiup untuk berphotoshoot #gigih #demilikes gitu

Gigirls bergambar dengan bendera sama warna dengan baju masing-masing

Pagi ni Tokie kata dia demam malam tadi. Malam-malam tu dia cari panadol. Mengenali Tokie, saya tahu semangat dia susah nak dipatahkan. Untuk hari kedua ni, saya dah takut kalau kena jalan semula dekat trek lecah semalam tu. Memang kalau kena lalu sini pagi ni rasanya boleh koyak rabak mental.

Kalau ikut tentatif, hari kedua ni hari paling senang. Kami dijangka sampai di kem pada pukul 3.00 petang. Lepas dah siap kemas apa semua, sambil-sambil bergambar, masukkan lunch pack (nasi putih dengan ayam masak kicap dan salad), masukkan ration dalam beg (Naja terkantoi beg dia ringan hahaha), Syiemey dapat ration saya semalam. “Aku tahu ada maggi ni ration Bad!” kata Syiemey. Berkira Syiemey cisss haha #carut 

 
The Three Stooges: KimT, Yunulis and coach Ferrisss

Belon-belon yang kami tiup waktu ni semua dah pecah kena rumput. Kena kutip pulak serpihan dia. Sebelum bergerak, Hafiq dengan John bagi briefing untuk hari kedua. Katanya hari ni sepanjang-panjang laluan akan ada batu sempadan, jadi penanda untuk trek. Harini kami akan jumpa 3 helipad sebelum tiba ke kem. Kalau ikut sejarahnya, helipad ni dikatakan tempat helikopter mendarat sewaktu askar-askar ni masuk hutan untuk buat persempadanan negeri. Helikopter ni datang nak hantar ration dan barang-barang lain untuk askar-askar menyiapkan kerja-kerja mengukur dan meletakkan batu sempadan.

Kem Gurkha tu pulak dikatakan tempat askar-askar Gurkha berkhemah waktu zaman dulu-dulu. Tak tahulah sejauhmana kebenarannya kan.

Kami mula berjalan turun semula. Mujurlah kali ni tak lalu trek lecah semalam. Kami lalu dekat kawasan mossy forest dengan trek yang sempit untuk menuju ke Kem Gurkha. Nampak macam ramai tak lalu dekat sini, treknya kelihatan cantik, belum bersentuh. Setiap kali orang pegang lumut-lumut, Afiq kata nanti rosak trek.

Berjalan di lereng tepian Banjaran Titiwangsa

Melalui kawasan-kawasan pokok yang gelap, berlumut dan berlumpur, Naja kata dia teringat scene dalam filem Pan's Labyrinth, waktu Ofelia menyelinap masuk ke dalam akar sebuah pokok besar yang hampir mati disebabkan seekor katak besar yang tinggal di bawah pokok besar tu. Bawah pokok tu sangat berlumpur dan gelap. Eh haah. Tepat pulak symbolism dia.  

 
Movie Pan's Labyrinth. Hadik ni jalan dalam hutan sorang-sorang mencari pokok ni

Allahu dik. Jangan masuk dik! 

 
Of course lah dia masuk jugak. Kalau tak, tak jadilah movie ni kan hehu

 
Merangkak masuk bawah pokok tu dalam lecah-lecah

 
Ngee keluar binatang buruk

 
WORGH KATOK GERGASI!
Pagi ni awal-awal si Syiemey dah melepaskan bom tengah-tengah jalan dah bau kuat gilaaa why simi whyyy.
 
Kali ni menurun dengan penuh aksi akrobatik seperti seorang gimnas. Ada lalu bawah pokok yang kena merangkak. Dengan lalu dahan-dahan dan ranting-ranting yang mencarik raincover. Haihhh mentallll kenapa ranting-ranting ni suka sangat nak dedahkan beg aku suka sangat selak raincover nihhh

Mujur ada Afiq yang bawak gelang getah. Dia kata raincover saya ni longgar, itu yang senang kena cabut. Afiq tolong ikat buat gelung dekat bucu nak bagi raincover saya ketat. Walaupun raincover dah tak terselak, tapi beg still tersangkut time kena menunduk huhuhu nanges awaa. Saia takuadd

Banyak kali jugak kami berhenti menunggu ranting ditebas di tengah jalan. Sampai dekat suatu lereng menurun, saya pun membuka langkah besar. Sekali “Prap!” wuuu dengar bunyi seluar koyak. Dengan kasut pun dah mula nampak macam nak ternganga. Lepas jahit haritu dah naik 3 gunung, iaitu GBH dengan Kenderung Kerunai. Mungkin dah tak tahan.

Harini ada banyak kali menurun, tapi banyak jugak menaik. Time menaik tu nanti pelan-pelan je, turun bolehlah laju. Saya banyak berjalan dengan Naja harini, dekat-dekat belakang dengan Hafiq. Harini John guide dan Hafiq sweep.

 
Turun...

 Naik balik....

Saya pun gatal mulut tanya Hafiq “Kalau taknak naik Chalil, ada jalan lain ke nak keluar dari YB?” punyalah tak rela kan nak naik gunung dah lepas Kem Gurkha haha. Din-senpai gelak je dengar (lepas tu dia carut saya cisss) Hafiq kata takde. Lepas Kem Gurkha kena naik Chalil, 3 Boundaries dengan 6040 baru boleh keluar. Huuu 3 lagi gunung awaa saia memang taakuadd da awaa

Alhamdulillah, walaupun mental belum terjahit sepenuhnya, trek harini bolehlah dilalui dengan ketenangan haagitu. 

Aaaa tomeinya titew hikhik

Kami sampai ke helipad pertama pada tengahari. Sampai je rupanya dekat helipad ni jalannya belum clear, kena parang dulu. Kami berehat beberapa minit. Time ni Yunuss tunjuk dekat saya seluar hiking yang saya tempah untuk dia haritu dah koyak. Aigo sia-sia je beli mahal, tak tahan rupanya.

 
Helipad pertama

Dekat helipad ni nampak ada struktur susunan kayu menandakan dulu ada orang yang pernah menggunakan tempat ni.

Trip kali ni, macam-macam nama manja keluar. Contohnya Naja dipanggil Najasyi, Syiemey orang panggil dia macam-macam cara nyanyian (Syimi-syimi, Syimi-syimiya), KimT jadi Kim Tardashian, Afiq gogo Amar gopro, Didiy jadi Ratu Judidiy. Yunuss pulak mula-mula dipanggil Yunulis Barai, waktu dekat helipad ni Naja kata cuba tukar A tu jadi O. (Yunulis Boroi) lols berdekah kami gelak. 

Menuju helipad kedua

Lepas siap menebang semak samun, kami meneruskan perjalanan ke helipad kedua. Waktu mula berjalan, saya jalan belakang Hakim. Baru je turun sikit, saya dah nak terjatuh terlanggar batang-batang kayu sampai terlatah-latah “Oh p*l*t kau berdarah!” dahlah terjerit kuat gila lol Hakim dengar tu dia tergelak je hahaha.

Perjalanan ke helipad kedua pun ada menurun, ada menaik. Kami sampai ke helipad kedua dekat pukul 1. Semua orang dah mula makan lunch pack. Yunuss dengan Fareez buat air kopi o panas. 



 
Helipad kedua 

Lawa pulak gambar Afiq yang ni (pemandangan yang cantik, bukan Afiq. Hakhakhak)
 
 Azizi dan Amar terdampar, Aizuddin gelak di belakang.

“Siapa nak air boleh. Bagi air korang, kitorang masakkan!” kata Fareez. Yelah, semua nak air panas, tapi taknak bagi air sendiri kan haha #dasar

Waktu ni nampak Naja pakai knee guard. Eh Naja sakit kaki ke. Dia kata dia rasa sakit dekat lutut.

Saya tak lalu nak makan nasik waktu tu. Makan gula-gula je, lepas tu bancuh air iced lemon tea dengan air botol. Rasa masa tu kalaupun tak makan carbo, boleh kot terus perjalanan harini. Sebab pukul 3 dah sampai kem (supposedly!)

Lepas siap makan semua, tiba-tiba hujan dah menitik. Saya nak pakai baju hujan, tapi baju hujan dah kotor waktu dekat puncak saya buat balut beg sampai terkena tanah. Masa tu yakin je kata dalam hati “Takpe, hujan tak lebat kot. Macam semalam je agaknya!”

 
Awat tak nampak hujan dalam gambar ni? Padahal lebat kot masa ni huu dah kurang kesan dramatik haha

Sekali tu ya rabbi, hujan lebat gila haha. Tapi sebenarnya saya suka je hujan dalam hutan. Dekat luar jarang dah ada peluang mandi hujan, sekali-sekala seronok jugak. Sepanjang-panjang berjalan ke helipad ketiga tu hujan je. Saya berjalan dengan Afiq, kali ni Afiq menggunakan skill saya minum air dalam hutan. Dia dok ambil daun yang bertakung air, minum. Perah lumut bagi keluar air. Sepanjang berjalan dengan Afiq, macam-macam teknik dia guna nak harness air hujan. 

 
Helipad terakhir. Pun hujan lebat time ni

Kami sampai dekat helipad ketiga waktu hujan masih lebat, helipad ketiga ni pulak kawasan open, terdedah kami dengan hujan. Masa tu saya fikir belum sampai helipad lagi, ingatkan ni just kawasan lapang je. Hafiq suruh terus berjalan sampai ke Kem Gurkha. Waktu tu dah terfikir, jauh lagi ke Kem Gurkha ni huhu

Kena turun balik, naik balik. Sempat saya syi syi kejap belakang pokok. Kata Hafiq, nak sampai Kem Gurkha ada sebatang sungai. Sebelum-sebelum tu takkan jumpa water point lain.  

Bila sampai sebatang anak sungai, saya terfikir aik kata takde water point lain. Ni ada. Lepas anak sungai tu, kami kena mendaki satu lagi lereng. Sampai je dekat atas lereng tu, nampak ahli kumpulan kami tengah pasang fly. Aik nak berehat dulu ke dekat sini? Sebab hujan lebat ke?

Sekali dengar Hakim cakap, ni dah sampai Kem Gurkha. Aik dah sampai? Saya pun cepat-cepat cari sign. Oh betullah dah sampai. Ya Allah leganya! Patutlah dah ada water point. Saya letak beg dekat tepi, tapi terpaksa menahan diri daripada hujan. Raincoat dah kotor habis. Waktu tu dalam pukul 3.40 sampai. Saya sampai 40 minit lewat dari tentatif. 
Saya tolong Afiq tadahkan air hujan nak buat air minum guna fly. “Afiq dapat idea nak tadah air hujan dari Bad lah!” Afiq kata. Dekat YYBTN kan saya jilat-jilat air dekat daun waktu keputusan bekalan air minum huhuhu

Deorang cepat-cepat masak maggi waktu tu. Semua kebuluran dah.

Budak-budak yang lain yang sampai terus pergi ke anak sungai nak membuang. Amar ingatkan turun ni sampai pukul 6:30 je. Lepas 6:30 dah taknak sesiapa ada lagi dekat sungai #mistik Mula Syiemey turun, dia kata dia nampak Azizi. Azizi halau Syiemey haha. Lepas Syiemey turun John.

Saya dengan Naja tolong Afiq ambil air dekat anak sungai. Saya tolong basuh periuk belanga kotor yang bawak dari puncak pagi tadi, sebab kami dah nak memasak petang ni. Masa tengok anak sungai tu kecik je, terus rasa kuchiwa. Alaa ingat harini dah boleh mandi manda, nak membuang sekali.

Lepas siap tadah air dalam botol, saya dengan Naja pergi membuang. Maigod, dah ada 2-3 pusara najis dah huhu deorang dah tanda takut orang terkorek. Jauh saya dengan Naja pergi nak mengelak pusara-pusara tu, tapi masuk lagi jauh pun still ada pusara lagi. Terpaksa kami pilih port dekat-dekat situ je. Mula saya suruh Naja dulu membuang, saya jaga line. Tapi dia kata tak boleh keluar, constipation lettew.

Lepas tu tukar saya pulak, Naja jaga line. Waktu tu baru sempat tengok tempat seluar yang koyak pagi tadi. Ya ampunnn besar gila koyaknya dekat kangkang. Memang tak boleh pakai dah esok ni. Mujur bawak seluar spare. Lepas siap membuang, kami naik ke kem. Orang lain turun nak mandi. Kami kira mandi hujan ni mandi jelah. Air sungai kecik, takde mood nak mandi.

Saya, Naja dan Syiemey solat jemaah. Budak-budak perempuan masa tu dah bersembunyi dalam khemah. Tak lama lepas tu, hujan berhenti. Kalau semalam deorang bukak pusat judi dekat puncak YB lol, harini deorang bukak pusat urut pulak dekat Kem Gurkha. Pusat urut ni diketuai oleh bapak hayam Yunulis Barai. Kem Gurkha ni boleh tahan jugak ada agas, kami sapu-sapu insect repellant pun kena gigit. 

 
Rumah Urut Kem Gurkha. Gambar ni paling sopan yang ada, yang lain kurang sesuai untuk tontonan umum haha

Bila malam, lepas solat, deorang bukak pusat judi semula lol main UNO. Menu kami malam ni ialah mihun dengan sup meatball. Sebab meatball dah habis, ada satu lagi tinggal meatball untuk Yunuss sebab dia sorang belum makan. Waktu dia gigit meatball tu, barulah dia sedar tu sup bunjut bahaha takde rezeki Yunuss. Mujur ada meatball untuk menu esok yang digoreng sikit, dapatlah Yunuss merasa jugak meatball lepas tu. 

Deorang main UNO tu sambil berselimut guna sleeping bag saya. Bagus-bagus. Malam tu sempat kering sleeping bag sebab deorang guna hehe makasih semua

Si Fareez dah baring siap-siap sementara kami main UNO. Harini kami tukar fly, semalam fly sebelah terkondensasi waktu tidur air menitik ke muka. Untuk hari ni, kami setting balik fly tu supaya tak berlaku kondensasi kalau sejuk. Saya tolong Afiq dekat dapur kejap, gorengkan meatball, lap pinggan dengan tisu. Lepas siap tolong dekat dapur, Yunuss take over goreng telur dadar. (Dengar cite telur ada hilang hewhew semalam daging patty hilang, harini telur pulak)

Saya pun masuk fly nak tidur. Lepas tu dengar Yunuss mintak tolong Naja dekat dapur, tiba dengar ada orang tumpahkan bancuhan telur dadar. Naja lettew hahaha

Tak lama tu kami pun berlayar ke alam mimpi. Masa tu sleeping bag saya dah kering sebab deorang pakai tadi. Yeay! Kain pelikat pun dah kering, boleh buat bantal.

Kem Gurkha ni pun ada mistik juga. Alhamdulillah, saya tak kena. Yang kena Epi. Gurkha tu cari orang Jawa je kot ahewhewhew. Petang tu, Epi dengar bunyi macam orang ketuk gendang, bertalu-talu. Dia ingat kami semua dengar, tapi kami semua buat tak tahu padahal kami memang tak dengar langsung. Lepas tu malam tu masa dia tidur, ada orang cuit-cuit kaki dia. Balik tu bila saya buat Google search memang ada orang lain dekat Kem Gurkha yang kena cuit jugak kakinya huuuuu seremmm


DAY 3: CHALIL, 3 BOUNDARIES, 6040

Pagi-pagi lagi dengar suara Tokie cari parang. Dah tau dah sebab apa tu hehe.

Pagi ni sebelum subuh lagi dapur dah berasap. Breakfast kami pagi ni nasik lemak. Kami solat subuh berjemaah, ostad bagi tazkirah lepas solat. Pengisiannya tentang niat kita masuk hutan ni. Apa sebab kita masuk dalam hutan? Kita kena perbetulkan niat, insyaAllah segalanya akan jadi ibadah. Alhamdulillah, kalau join trip GEMA selalu ada pengisian. *tibaah puji*

Hafiq kata dia pelik trip kami ni takde siapa yang merokok. Selalu trip lain mesti ada orang merokok. Harini walaupun pendakian akan mengoyakkan mental (selain mengoyakkan seluar dan kasut), tapi rasa suka hati sebab dah sampai hari terakhir. Hari ni kami akan berjumpa semula ketamadunan yeszaa. 

 
Kem Gurkha, hari terakhir

Lepas siap mengemas, membuang air, masukkan ration dalam beg, tukar baju semua, kami menyiapkan diri nak mendaki semula. Waktu tengah kemas ration, saya dengan gembiranya exclaim “Wah harini beg dah ringan!” lepas tu deorang dengar je semua tanya “Apa dia? Beg dah ringan?” aaa demm ketahuan guwe. Menyesalnya cakap beg ringan haha. Terus dapat balik barang-barang kompeni. Ada minyak, sampah sarap. Urgh penyesalan. Mula Afiq mintak bawakan sekali kuali, tapi Fareez backup “Beg Bad pun dah berat dah ni!” sambil dia mampatkan beg saya letak barang company. Yess untung ada coach memahami hihihi Afiq pandang sipi je


Yunuss pulak mintak Naja bawakkan khemah, sebab beg Naja banyak ruang lagi. Hakim kata sebelum-sebelum ni Yunuss tak pernah suruh orang bawak load dia walau berat macam manapun. Mungkin faktor usia kot hehe ehh btw Yunuss baru dapat anak lelaki time trip ni. Congratsss hahaha

Lepas siap mengemas dan bergambar, kami memulakan perjalanan hari terakhir. Harini Tokie ajak join dia mendaki sekali, sebab kami berdua tak berapa perform kan trip ni hewhew. “Kita jalan dulu Bad, nanti kita bagi orang potong kita.”

Tokie jalan depan saya, kak Nora dekat belakang. Memang sekejap je, kami dah kena potong dah. Dekat belakang kami Hafiq. Beberapa kali kami berhenti, pace kami taklah teruk sangat, cuma tak selaju orang depan dah. Kami berjalan sekali dengan Naja dan Syiemey, tapi banyak kali jugak deorang lajak laju ke depan. Bukan setakat kena jadi gimnas, ada kena merangkak banyak kali macam ular dah huhu. Saya masa tu dah redha dah, sebelum ni jalan itik, harini terus merangkak macam baby. Dah malas fikir taknak kotor seluar laa apa laa

 
Kecilnya kami di celahan alam. Nampak besar guli je dekat lereng tu

Trek harini banyak naik, sikit turun. Sampai dekat puncak Challi je, semua orang dah tunggu kami. Sempat bergambar sekejap, lepas tu kami meneruskan pendakian seterusnya ke 3 Boundaries. Ke 3 Boundaries, kami pelik kenapa ada puncak 6040. Naja kata “Sebab kebarangkalian nak sampai 60:40” lol 

 
Bagi can senpai popular hehehe

Tapi rupanya sebab ketinggiannya pada 6040 kaki dari aras laut. Setiap kali lalu lereng dan cerun yang susah, saya sebut Allahu, lepastu Naja sambung nyanyi “Allahu, Allahu, Allahu...” Bila teringat balik rasa kelakar gila, tapi sebab masa tu penat dan mental, dengar tu takde perasaan pun. Tokie pulak "Ya Allah bantuin Nabela! Nabela penat!" Hafiq punya suka dekat 3 Boundaries tu bila dapat line je sanggup dia cari lagu tema cerita Mutiara Hati tu dekat YouTube hahaha


Bila sampai 3 Boundaries je, matahari dah tegak atas kepala. Semua orang dah sampai, kami je yang lambat hehe. Waktu saya sampai, si Didiy agah “Tatih! Tatih!” dekat saya haha cissss nak kata aku jalan slow macam baby la tu.

3 Boundaries ialah sempadan 3 negeri, antara Pahang, Perak dan Kelantan. Dekat titik sempadan tiga negeri tu ada satu batu sempadan yang bertulis nama ketiga-tiga negeri. Kami lunch tengahari dekat sini, nasi goreng meatball. Tapi biasalah, saya memang jarang ada selera makan berat kalau on trek. Makan tak habis pun setakat nak alas perut.

 
Behind the scenes. Belakang tu Gunung Challi yang kami baru lepas naik

 
HEY BIJJES I CAN FLY!


Dari 3 Boundaries ni Hafiq kata lebih kurang sejam ke dua jam lagi nak ke exit. Wah semangat dengar tu. Saya mintak Hafiq ikatkan kasut saya (dengan apatahnama tali yang pak guard dekat Mall ikat beg tu tak tau huhu) sebab dah menganga. Huu mujur sempat bertahan sampai hari ketiga. Kami meneruskan perjalanan untuk ke 6040 pulak. Kali ni mungkin sebab dah fikir dah dekat, rasa jauh sangat nak menyampai. Entah macam mana, Tokie terpisah dari kami masa dia laju. Saya kak Nora dengan Hafiq tertinggal dekat belakang. Bila sampai dekat sebuah lereng, saya literally nak terkencing tengok awat tinggi sangat. Masa tu ada Epi, dia pass air dekat saya. 

 
Denai Kehidupan gittu falsafah kejap

Saya mintak Hafiq dengan kak Nora tunggu, saya pergi syisyi kejap. Kami sambung perjalanan, tapi sampai sudah tak jumpa Tokie. Sampailah dekat satu puncak tipu tu, eh ada air tin 100 plus dengan coklat Cadbury dialas daun-daun. Hafiq kata orang depan lah tu tinggalkan untuk kami. Kami pun terus duduk, ambil air tu kongsi bertiga. Y'all ni namanya rezeki terpijak!  

Rezeki terpijak di tengah hutan y'all!


Perjalanan hari ni sama jugak, asyik terselak je raincover sebab kena ranting. Kesian kak Nora setiap kali terbukak raincover, dia tolong pasang balik. Dahlah saya tinggi dari dia huhu dia nak betulkan tu kena cari tempat yang tinggi sikit. Bukan setakat dahan, ada duri yang tersangkut dekat raincover dengan baju pun kak Nora tolong cabutkan. Ada satu pokok tu batangnya halus berduri, boleh tercucuk dalam glove dekat celah kulit antara dua jari. Bila saya tarik keluar rupanya dah masuk dalam kulit. Panjang pulak tu, waktu tarik tu boleh rasa dia mengoyakkan kulit. Ngeee ngilu~
Dekat depan sikit baru jumpa Tokie. Kami sampai 6040 dalam pukul 2. Masa tu mental jugak, berapa lama berjalan tak jumpa. Tokie pasang lagu kuat-kuat sepanjang dia berjalan sorang-sorang sebab seram.

 
Serpihan terakhir di Gunung 6040. Ya ampun Amarrr tangan nak pegang apa tuuu 

Kami sampai puncak 6040 deorang terus tanya “jumpa tak coklat dengan 100 plus tadi?” lol mestilah. Dah selamat masuk perut dah. Tokie kata masa dia lalu tu, dia tak berani nak ambil. Saya, Hafiq dengan kak Nora bedal aje hehehe. Tak lama berehat dekat 6040, lepas bergambar, kami terus berjalan.  

Hafiq kata dah takde mendaki dah, turun je. Sebab taknak kena tipu, saya kata “Kalau kena naik lagi, Hafiq bayar RM10 ya setiap kali naik!” Dengar macam tu terus Hafiq terus-terang kata lepas ni ada satu je mendaki, lepas tu takde dah *tahu pun takut hewhew*

Jauh jugak perjalanan kami harini rasanya urghhh penaddd especially saya dengan Tokie. Kami banyak berehat minum air. Air saya ada 3 botol, tapi semua botol tu sikit je semua tinggal. 

 
Kami bertiga yang terakhir

Dalam pukul 3, kami dah mula jumpa batang paip. Wah dah dekat exit ni! Tapi jalan punya jalan, seolah-olah taknak berakhir batang paip tu. Like wudd siapa yang buat batang paip panjang berkilo-kilo masuk hutan ni? Mana korang beli batang paip panjang-panjang ni?

Ada satu tempat tu trek dah hancur sebab tanah runtuh. Kami kena lalu satu lereng yang sangat curam. Waktu tu kesian Tokie tak lepas, saya tolak beg dia dari belakang. Ada satu tempat tu kena langkah pokok. Saya duduk atas dahan tu nak bagi dia rendah supaya kak Nora tak perlu melangkah besar gittu #bantumembantu

Kami sampai dekat sungai tak lama berjalan (sebenarnya lama okayy) masa tu kak Nora tiba laju dekat depan sebab dia suka main air. Kami dah jumpa batang paip banyak-banyak, tapi belum sampai exit. Hafiq kata nak minum air ni dah boleh, tapi sebab kami dah pijak-pijak sungai ni kan, macam dah kotor pulak. Bila ada paip pecah yang air dia memancut ke atas baru kami minum air dia. Ya Allah puasnya waktu tu.

Dekat-dekat exit, batu makin kecil dan tajam. Sampai dekat satu tempat tu, kena meniti kayu balak tumbang. Saya jalan dulu dekat depan. Sekali dengar Tokie menjerit. Pandang belakang, tak nampak Tokie. Rupanya Tokie terjatuh celah-celah balak tu haha Hafiq yang belakang Tokie pun tak nampak Tokie. Lepas dia pergi situ baru nampak Tokie dekat celah-celah balak, cepat-cepat dia tolong.

Tak lama kami berjalan lepas tu, dengar bunyi suara orang. Tengok-tengok ahli kumpulan kami tengah mandi sungai. Wuhuu dah sampai exit y’all! Saya pun berjalan laju, nampak deorang, deorang ajak saya mandi. Tapi saya nak sampai exit dulu, baru nak mandi. Ehh tapi exit pun jauh jugak dari sungai ni, 5 minitlah jugak. Dengan tanah lecak lagi, ada najis khinzir liar bagai. Ni tak tipu kayy, memang ada najis vavi tengah-tengah trek.

Sampai dekat luar je, nampak separuh lagi ahli kumpulan kami tengah berbaring atas ground. Legaaaa dah sampaiiii ya Allah! Kami sampai 4:20 petang, paling awal sampai Yunuss dengan Fareez pukul 2:40. Deorang suruh saya mandi cepat sebab 4 wheel nak sampai. Saya pun laju-laju pergi sungai, mandi cepat-cepat. Sampai dekat sungai nampak Amar. Tiba nak naik Amar mengadu kasut getah dia hilang sebelah lol kesian Amar. Air sungai pulak laju dan sejuk gila, agaknya sebab kami masih dekat elevation tinggi.

Siap mandi, tukar baju, solat, kemas barang. Sebab 4 wheel belum sampai, deorang sempat lagi main UNO lol. Dah habis main UNO pun tak sampai lagi 4 wheel, kami tunggu tepi jalan sambil berphotoshoot.

Yunuss tanya Naja, macam mana pengalaman first trip hiking bermalam? Naja jawab “First and last.” Dengan buat muka terseksa. Semua orang tergelak. Lol sassy sangat Naja. Hakim kata selalu-selalu dia hiking dengan saya, saya ok je. Tengok prestasi saya sepanjang trip ni nampak teruk benor. Yunuss dengan Fareez kata mungkin sebab tiap minggu saya pergi hiking sampai badan tak sempat nak berehat. Sepatutnya kena ada selang masa, lepas trip kena berehat 2-3 minggu baru join trip lain.

Hafiq pulak terus berjalan nak cari 4 wheel, dekat tempat kami ni line takde. Bayangkan dari pukul 4:20 sampai pukul 7 kami tunggu (yang lagi awal tu tunggu lagi lamalah kan) takde bayang 4 wheel. Pukul 7 tu barulah sampai.

Hafiq kata dia jalan sampai dekat kebun kami masuk haritu baru ada line, habis semua orang dia call. Dah naik 4 wheel ni, cabaran terakhir kami bermula. Melawan goncangan 4 wheel dan ranting-ranting yang bersedia mencarik kepala huhu

Sampai semula dekat parking, kereta Epi pulak ada problem tak boleh nak bukak kunci. Hadoih. Lepas tu drama sebabak bila plastik sampah takde tempat nak buang. John kata selalu sampah tinggal atas 4 wheel je, kami pulak bawak turun huhuhu. Lepas selesai semua drama, kami bergerak ke masjid semula untuk mandi dan solat. Lepas solat, kami membawa haluan masing-masing. Kereta Syiemey dan Epi akan hantar Yunulis ke Terminal Bas Aman Jaya di Ipoh dulu nak pulang ke Kelantan, kereta Afiq dan Azizi pula berpatah semula ke KL.

Kami singgah makan KFC sebelum menghantar Yunuss. Aaa sia-sia mendaki berhari-hari membakar kalori, balik tu terus topap balik lemak hahaha

Lepas hantar Yunuss, kami singgah kejap beli air kelapa. Walaupun sebenarnya nak bandung soda tapi kedai pergi semua tak jual huu sobs3. Masuk je dalam kereta, saya memang tak sedar diri langsung. Esok tu masuk kerja lambat haha. Si Fareez terus EL sebab tak larat dia drive malam tu.

Itulah saja kisahnya petualangan kami ke hutan Kelantan demi mendaki Yong Belar pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu. What went wrong? Selalu sebelum-sebelum ni takdelah teruk sangar rasa, tak tahulah kenapa trip ni teruk sangat prestasi. Mungkin beg berat, mungkin jugak sebab 2-3 minggu ni asyik panjat gunung je sampai badan dah letih. *ke sebenarnya titew memang takuad selama ni tapi sekarang baru sedar hewhewhew*

Demikianlah kisahnya pendakian saya ke gunung G7 saya yang keempat. Overall, pejam celik, gunung Yong Belar ni ialah gunung yang ke-16 saya daki. Tak percaya sungguh, macam mana mmtah boleh terjebak dengan hobi yang meletihkan ni haha. Okay y'all, so far di sinilah tamatnya pertemuan kita untuk entry ni. Untuk teman-teman trip Yong Belar ni, maafkan saya untuk tutur yang terlanjur, dan tingkah yang menikam acewah. Tiadalah niat untuk menyakiti sesiapa melainkan untuk bercanda di tepian Kem Gurkha hatibah. Ok2, jokes aside, terima kasih kalian untuk memori, makanan dan peneman yang membuatkan saya selalu percaya kepada kebaikan. 

Sekian, assalamualaikum. Renung-renungkan dan selamat beramal. Jumpa lagi dalam entry seterusnya!

XOXO - badass|dope|bedaduz #hikermontel hewhewhew

Log:
602 – 4 wheel
640 – kebun
730 – hike
745 – Taklimat
CP1 (tudung periuk) – 945
Pelaur – 1100
Gerak dari Pelaur – 1220
Kem Kasut – 1500
Puncak – 1625
Shooter summit – 1730
Sweeper summit – 1920

CP 2 – 1300
CP 3 – 1505
Kem Gurkha – 325

Bertolak – 818
Chalil – 930
3B – 1115
6040 – 1320
Keluar – 240

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter