Assalamualaikum
dan haiyee! Apa khabar semua! *lambai2*
Bertemu lagi kita
dalam edisi outdoor yang seterusnya! Lolzzz
AVENGERS ASSEMBLE!
Gambar sopan sikit hehe
Kali ni nak
cerita pengalaman mendaki gunung G7 saya yang keempat, iaitu gunung Yong Belar (2181m)
yang terletak di negeri Kelantan pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Tapi sebenarnya
bukan Yong Belar je, ada lagi 3 puncak lain iaitu Charlie, 3 Boundaries dengan
6040 yang kami kena tapau sekali pakej dengan Yong Belar ni. Awaa awaa banyaknyeww
gunumm
Yong Belar ialah gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Tahan (2187m) dan Korbu (2183m). Gunung Yong Belar
– Charlie– 3 Boundaries – 6040 (nak pendek nama, tulis YB3B jelah ye hewhew) ni
mengambil masa selama 3 hari untuk diselesaikan, sama macam KorGa. Cuma KorGa
bawak beg berat sampai Kem Kijang je. Naik puncak Korbu dengan Gayong bawak
daypack. YB3B ni ketiga-tiga hari kena bawak beg. Aigo, kali last saya bawak
beg berat ke puncak ialah waktu trip Yong Yap – Bubu – Tok Nenek, 2 tahun
lepas. Seram jugak mengenangkan beban berat nak dibawa.
Pada mulanya,
rancangan asal kami nak ke KorGa atau Korbu dan Gayong di Perak, tapi
disebabkan last minute permit kami tak diluluskan, kami terpaksa tukar
rancangan ke Yong Belar. Mujur pergi Yong Belar, bolehlah tambah koleksi G7 kan
agituu. Kalau pergi ke KorGa jadi repeat KorGa je. Disebabkan saya baru je
habis mendaki Kenderong Kerunai minggu sebelumnya, adalah keyakinan nak mendaki
YB3B ni hewhew #yakin
Lineup kesayangan hati hamba. Acewah
Trip kami ni agak
last minute, jadi ramai yang jugak yang join last minute seperti KimT dan Din-senpai
dan coach Fareez lol dan ada yang nak pergi KorGa cancel last minute sebab
taknak pergi Yong Belar, termasuklah Irsyad, Amir dan Nurel. Irsyad kata dia
mental sebab trek batang paip lol jadi dia memang tak teringin nak repeat YB.
Afiq selaku
pengarah program atau bahasa hikingnya, gogo lols menjadi tunjang utama untuk
program kami. Dialah AJK makanan, dialah pengarah program, dialah AJK teknikal,
dialah driver. Eheh.
Kali ni jugak
Naja buat pertama kalinya buat kemunculan ikut hiking trip yang ada bermalam.
Sebelum ni dia ikut daypack je. Din-senpai pun buat kemunculan pertama hiking
G7 lepas YYBTN tahun 2016 lol lama betul senpai punya hiatus.
Kereta 1
|
Kereta 2
|
Afiq
Hafiq (abam guide)
Amar
John (kawan guide)
|
Azizi
Didiy
Fairus
Naja
|
Kereta 3
|
Kereta 4
|
Aizuddin
Syiemey
Tokie
Kak Nora
|
Epi
Yunuss
Fareez
Hakim
ME!
|
Kali ni saya
ditugaskan untuk menyusunatur carpool atau nama glamernya, Biro Pengangkutan
Awam gituu. Banyak jugak drama pening-pening nak susun carpool, sebab ramai
yang kereta tak available waktu ni. Sebab nak ringankan muatan kereta, saya
pergi ofis Tokie tengahari tu nak pass beg dekat dia mintak dia bawak. Tokie,
kak Nora, Din-senpai dan Syiemey naik satu kereta, kereta Persona Syiemey. Sebab
deorang berempat dan kami berlima, saya mintak Tokie bawakkan beg.
Dekat ofis Tokie,
saya singgah 99 Speedmart beli gummy candy yakni makanan ruji waktu hiking
sekali dengan gula-gula pelbagai jenis; Lot 100 perisa anggur dengan mangga,
Skittle taste-the-rainbow, kismis rasberi dan 3-in-1 iced lemon tea. Sebab
haritu naik GBH ada akak pass air Nutrisari sampai teringat-ingat rasa dia,
jadi saya pun beli iced lemon tea yang boleh bancuh dengan air sejuk nak bawak
ke YB.
Mengangkut barang ke kereta Epi
Saya, Fareez,
Yunuss, Hakim naik kereta Vios Epi. Lepas habis kerja malam tu, saya terus
bergerak ke rumah (mak) Fareez lol. Tak lama sampai situ, Hakim dengan Yunuss
sampai. Yunuss sampai dari Melaka dan Hakim ambil dia dari Shah Alam. Lepas
solat Isyak, Fareez pun sampai dari Putrajaya (Fareez duduk Putrajaya sekarang
lepas kahwin hehe)
Kami sempat makan
malam sambil menunggu Epi. Hakim bawak keluar kuih koci mak dia yang legend
sedap yang amats tu. Kalini bukan setakat koci biasa, ada sekali koci labu
y’all amagaddd sedapp. Kami berpiknik berempat dekat kaki lima masjid lepas
siap solat lol
Kereta Din-senpai
pulak pergi makan dekat Manhattan Fish Market dulu. Have-have sangat haha
Kami tunggu Epi,
dalam pukul 10 lebih Epi sampai. Mula-mula tersalah masuk simpang jugak Epi sebab
belum pernah sampai rumah (mak) Fareez hewhew. Lepas kami susun barang semua
dalam bonet kereta, kami pun mula bergerak. Fareez mula-mula bawak. Sekali
“SCREECHH!” bunyi tayar Epi. Adoih rupanya kereta Epi lowered, lepas tu dengan
beg berat dan kami pulak beberapa ratus kilogram muatan berat lagilah kereta
dia tak boleh nak tampung. Kami berhenti tepi jalan, tukar Yunuss drive, susun
balik beg dan tukar posisi, kami cuba sekali lagi.
Tak lama jalan,
“SCREECH!” bunyi besi bergesel lagi dari tayar. Adoih, Epi masa tu mesti rasa
macam hati dia kena calar setiap kali tayar dia berbunyi lol
Nak tak nak, kami
call Tokie yang naik kereta Syiemey, mintak jumpa nanti dekat R&R Sungai
Buloh dan agihkan muatan dan manusia.
Kami pun teruskan
perjalanan, Yunuss drive dengan penuh berhemah sebab setiap kali kereta
terhenjut atau membelok, mesti keluar bunyi besi berlaga. Akhirnya sampai jugak
kami dekat R&R Sungai Buloh.
Time nilah baru
Yunuss dengan Fareez sempat berkenalan dengan Epi lol sebab ni first time jumpa
kan. Saya dengan Hakim dah beberapa kali jumpa Epi. Lepas kereta Persona
Syiemey yang dipandu Din-senpai sampai (it rhymes!), kami pun pindahkan
barang-barang dan penumpang ke kereta Syiemey. Tokie dan kak Nora naik kereta
Epi, saya, Fareez Hakim pindah kereta Syiemey. Sebab saya paling, ahem, montel,
saya pun jadi codriver kepada senpai (Fareez tak bagi drive hehehe)
Kereta Vios Epi,
Yunuss drive, Epi copilot. Kak Nora dengan Tokie duduk belakang. Masa deorang
naik kereta Epi, tak turun pun kereta dia, nampak sangat gigirls ni
ringan-ringan je haha
Lepas dah siap tukar
kereta, kami bergerak lagi. Jalan agak jam sebab cuti Tahun Baru Cina.
Lagi-lagi kami ni menuju ke Kelantan, perjalanan agak jauh.
Yunulis jadi pengerusi majlis time tunggu ayam goreng kunyit siap
Kami berhenti
sekali keluar dari exit Simpang Pulai ke sebuah kedai makan. Untuk pendakian
pagi nanti, lunch tak disediakan, kami semua kena tapau makanan siap-siap.
Semua orang tapau ayam goreng kunyit dengan nasik putih nak cepat. Masa bayar,
Fareez terkejut sebab kena dalam RM10. Tukang kira dekat kaunter tu siap tukar
orang sebab Fareez macam tak percaya dekat dia. Tapi sebab kami datang kedai ni
pukul 2 pagi kot lol memanglah harga dia ketuk kaw kaw. Lagi-lagi mesti dia
fikir kami ni orang KL kan.
Kami sampai ke
Masjid Lojing dalam pukul 2:30. Turun je, brrr! Sejuk ya auloh! Tapi dah jangka
dah, sebab masa pergi YYBTN dulu pun sama, turun dari bas je udara lagi sejuk
dari aircond bas.
Dah sampai tu
nampak dekat kereta Afiq ada bentang ground, budak-budak ni tengah kemas-kemas
barang. Saya singgah toilet kejap, lepas tu masuk masjid nak lelap. Masuk
masjid cari port dekat-dekat plug nak charge phone dengan powerbank hewhewhew
Baru turun dari 4 wheel. Ya ampun Didiy awat pandang camtu takuddd
Tak lama pun
lelap, pukul 5 alarm masing-masing berbunyi. Saya tukar baju siap-siap dekat
tandas, pakai buff, ambil wuduk terus nak solat subuh nanti dekat pintu masuk
gunung. Kami berkumpul dekat luar masjid, kemas-kemas barang, agihkan ration.
Sebab waktu ni mindset nak training untuk Tahan kan hewhew saya pun ambillah
ration yang agak berat. Ada satu plastik yang ada maggi dan mayonis peket besar.
Tengah-tengah kemas barang tu eh, ternampak Ajaq yang baru sekali mendaki K2
last week.
"Nak, mak teringin pakai telekung Siti Khadijah" - Najashe
Dia terkejut
nampak saya, saya pun tekejut nampak dia. Kami bertegurlah kejap, tapi dia tak
ingat nama saya haha cisss
Laaa rupanya Ajaq
nak naik Yong Yap dengan kak El lol. Yang kak El ajak saya ikut waktu dekat K2.
Tapi tak sempat nak berjumpa kak El, Ajaq kata kak El tidur dalam masjid. 4
wheel kami masa tu dah nak gerak.
Kami bergerak
naik kereta ke sebuah kawasan parking dekat seberang jalan dari masjid. Dalam
pukul 6 pagi, kami punggah beg naik ke atas pacuan empat roda, bergerak terus
ke kawasan kebun.
HARI PERTAMA –
PUNCAK YONG BELAR
Pagi tu dengan
sejuknya, dengan deruan angin. Ya Allah rasa ke tulang dinginnya. Bila dah mula
jalan tanah, bergegar-gegar 4 wheel sampai kami kena paut kuat dekat
batang-batang besi penghadang takut tercampak keluar. Dahlah lalu tepi-tepi
lereng curam, seram gila huhu kadang-kadang tu terjerit-jerit kami di belakang
bila 4 wheel melambung-lambung.
Dalam 40 minit
perjalanan (longest 40 minutes of my life! Gituuu), kami sampai dekat kebun
tempat pintu masuk gunung. Sampai sini je 4 wheel boleh masuk. Waktu nak turun
tu, si John merangkap guide nombor 2 kami bising “Takkan semua turun kot? Siapa
nak turunkan beg? Takkan nak suruh budak perempuan?” lol pagi-pagi dah kena
ceramah.
Pendakian dimulakan di kebun
Lepas turun, kami
solat berjemaah atas ground dekat luar bangsal kebun tu. Lepas tu, bergilir
pergi toilet. Toilet dia, urgh, mengingatkan guwe kepada toilet di Kerinci.
Tapi at least ada air paip huhu
Nampak ramai
orang yang tengah mengunyah-ngunyah makanan, saya pun jamah kuih koci yang
Hakim bawak. Lepas siap bergambar lineup betulkan beg semua, kami mulakan
pendakian. Mula je dah ada bukit kena naik ya Allah hai. Mencabar betul. Kalini
dengan beg berat dekat belakang, masa latihan dekat Gunung Besar Hantu dengan
Kenderong Kerunai, beg kecil je bawak puncak. Kali ni macam YYBTN, semua tempat
kena kendong beg.
Sinar keimanan Ostad Fairus
Naik je dah
mengah haha. Saya ikut belakang Ostad, dia dengan guide borak macam jalan
biasa, saya yang mengah ni nak bercakap satu perkataan pun tak boleh keluar.
Sampai dekat atas
bukit tu, kami dah boleh nampak puncak Yong Belar dari kejauhan. Kami berhenti
kejap sementara dengar guide bagi taklimat. Lepas tu terus proceed ke
checkpoint pertama, iaitu Kem Tudung Periuk. (cue lagu Tudung Periuk versi Krisdayanti
lelsss)
Perjalanan kami
pagi ni agak santai, takdelah terlalu laju tapi tak perlahan, saya pun rasa ok.
Waktu tu jalan dekat tengah-tengah lineup, tak depan sangat tak belakang sangat.
Hafiq guide kami di depan, di hujung sekali John jadi sweeper.
Dengar taklimat sat
Sampai dekat
beberapa tempat yang ada view, kami berhenti ambil gambar. Dengan Huawei Nova
2i, saya pun bereksperimentasi (haagituh) mengambil gambar pemandangan dalam
hutan dengan menggunakan manusia sebagai subjek. Sebab nak senang capai
telefon, selalu letak telefon dalam beg, tapi kali ni saya letak dalam porchbag
dekat pinggang.
Beg lagi besar dari Tokie muahaha
Mula ni takde
lagi nampak perbezaan pace yang ketara. Kecuali Yunuss dengan Fareez yang laju
namateyy cucuk belakang guide, dan jugak si Azizi. Kali ni rasa macam Azizi ni
group lain pulak lol sebab jarang gila on trek dengan dia. Sampai campsite je
like, siapa ni? Tak pernah nampak pun on trek. Agitu.
Yunuss sebelum
trip ni kata dia training kaki dengan driving je ulang alik Kelantan, takde
masa nak hiking. Tapi rupanya bisa belum hilang, trip kali ni laju kemainnnn
pura-pura nervous je sebelum trip ni.
Kami sampai ke
Kem Tudung Periuk pandailah menari lol pada pukul 945 pagi. Waktu ni sempatlah
kami bertukar-tukar makan ration. (Yunuss: aku tak bawak makanan sebab dah tau
Bad nak bawak hahaha). Ciss kuasam haha
Saya bawak keluar
kismis rasberi, Hakim bawak keluar kacang-kacang. Dah macam makanan sunnah dah
menu piknik kami lol tunggu ada madu dengan habbatus sauda je.
Lawa pulak pintu gerbang ni. Cuma model je tak lawa hehuhehu
Dari segi
semangat dan tenaga, waktu ni masih lagi tinggi. Kami pun masih boleh bergurau
senda gituu. Lepas beberapa minit berehat dekat Kem Tudung Periuk pandailah
berdendang, kami pun meneruskan perjalanan ke air terjun Pelaur.
Sejam perjalanan,
kami tiba ke simpang air terjun Pelaur. Hafiq suruh kami tinggalkan je beg
dekat sini, hanya bawa lunchpack ke air terjun. Afiq kononnya nak goreng udang
dekat air terjun Pelaur, sebab dia takut udang tak sempat sampai puncak dah
busuk. Tapi bila kami cek udang tu, elok je, jadi tak jadilah nak goreng dekat
air terjun.
15 minit jugak
perjalanan dari simpang ke air terjun. Saya tumpang drybag orang je letak
lunchpack lol
Air terjun Pelaur
Sampai dekat air
terjun Pelaur, wah cantekkk. Air terjun dia ada lumut-lumut yang menyebabkan
lanskap batuannya berwarna hijau. Pelaur antara air terjun yang baru dijumpai
orang, jadi kelihatan masih belum diganggu (balik tu baca cerita seram orang
dekat air terjun Pelaur. Mujurlah diri sendiri tak mengalami)
Trip ni banyak gamba Ostad yang lawa. Tunglaa
Sampai dekat air
terjun ni, Fareez dengan Yunuss dah sampai awal daripada kami. Deorang tengah
bancuh air kopi o panas. Hmmm dapnyeww. Kami ambil masa lama jugak nak
berphotoshoot, sambil-sambil makan merarau (lunch hehu). Saya tak habis pun
makan nasi putih ayam kunyit sebab dah sejuk. Susah nak telan. Makan pun paksa
diri sebab badan perlukan tenaga. Kebanyakan budak-budak laki kumpulan kami
turun dalam air, masa tu Fareez check dekat jam dia suhu sekitar dalam 16
darjah. Wehh sama macam suhu aircond paling sejuk dekat ofis. Masuk dalam air
apatah lagi, mesti lagi sejuk.
Luncheon
Saya memang
taklah nak masuk air, takut kaki melecet kalau basah. Mula rancang nak tidur
kejap dekat sini, tapi sebab asyik nak bergambar je, bila nak tidurnya awaa na
makan lagi huhu. Mengantuk belum hilang, badan pun rasa tak fully recovered
dari sesi-sesi training sebelum ni.
Rasanya ni last jumpa Zizi on trek. Lepas tu dah tak pernah selisih dah. Kasi can laa letak gambar Zizi hewhew
Dalam pukul 1220,
kami bergerak semual ke simpang nak mengambil beg kami dan meneruskan
perjalanan ke Kem Kasut. Weh waktu tu nak masuk semula simpang tu pun rasa penat
semacam. Ah sudah masa tu saya dah risau dah. Sebab tak cukup tidur ke rasa
kepala tingtong ni?
Lepas angkat beg,
kami terus berjalan untuk ke Kem Kasut.
Baru beberapa
minit melangkah, saya dah tak boleh nak follow pace group. Saya jalan
tengah-tengah mula-mula, tapi saya terpaksa berhenti bagi laluan kepada
ahli-ahli kumpulan yang lain jalan dulu.
Akhirnya, saya,
Naja, Syiemey dengan Tokie dan kak Nora berjalan sekali dengan John aka sweeper
kami. Mula-mula tu boleh lagilah berjalan dengan tenang, walaupun telefon Tokie
kerap memainkan playlist lagu Siti lol. Beberapa kali jugaklah khatam lagu Hati
Kama waktu on trek. Si Syiemey pulak waktu ni dia bom banyak kali urgh sesak
nafas guwe.
KimT buat muka gangster
John dekat
belakang, bila kami berhenti kejap je dia keluarkan ayat trademark dia “Buat
apa tuuuu?”
Pastu dia
sambung. “Tanya jeee”. Ya Allah mental kot dengar dia tanya tu. Kalau sebelum
ni, dari masuk ke Kem Tudung Periuk dan ke Kem Tudung Periuk ke air terjun
Pelaur sela masa dalam sejam, mencapai ke Kem Kasut ni seolah-olah tak berhenti
berjalan.
Daripada pukul
1220 berjalan, kami sampai ke kawasan semak buluh dalam sejam perjalanan. Tanah
yang mula lecak tambah buat jadi stress. Buluh-buluh yang berceracak menghalang
perjalanan kami. Mujur ada John dengan parang beliau. Ada yang buluh tu nampak
baru dipotong dan diinjak, mungkin oleh ahli kumpulan kami yang laju lalu tadi.
Waktu dekat zohor, kami berhenti sekejap berenam.
“Eh hari ni hari
Jumaat. Tak semayang Jumaat kita harini.” Lol
“Jauh lagi ni. 2
jam lagi.” kata John kepada kami. Whattt? 2 jam lagi baru sampai Kem Kasut.
Belum lagi nak sampai puncak. “Ah mampus esok Hafiq yang sweep. Aku taknak
sweep dah.” Si John membebel muahaha. Banyak kali dia communicate dengan Hafiq
pakai walkie talkie nak tanya dah sampai mana.
Lepas habis
berehat minum air dan Syiemey melepaskan angin kami pun bergerak buat
kesekian kalinya ke Kem Kasut. Menuju ke Kem Kasut ni mental saya yang nak
terkoyak tu terjahit semula dah lol walaupun kena melalui jalan berlecak. Dalam
otak nak pujuk tu saya kata dekat Kerinci lagi teruk lumpurnya. Dekat sini
masih di tahap boleh diterima lagi.
Senpai bergaya macam model #noticemesenpaiii! haha
Dalam nak sampai
ke Kem Kasut, kami terserempak dengan satu kumpulan lain. Waktu tu siapa entah
tegur, tu abang MK Rahman, admin group HACAM (Hiking & Camping Around
Malaysia) dekat facebook yang fofuler tu. Dia jadi guide untuk kumpulan tu.
Tapi saya lalu jelah dia, segan nak tegur. Orang lain yang tegur dengan
bergambar dengan dia. Sebab saya tak follow sangat perkembangan dekat
HACAM, jadi takdelah excited sangat walaupun saya kenal dia. Kenal pun
macam-macam tu jelah.
Tak lama dari
situ, kami tiba ke Kem Kasut, dalam pukul 3 lebih. Sampai je Kem Kasut ahli
kumpulan kami semua tengah menunggu. Tengah berehat masing-masing. Tapi Kem
Kasut ni ya Allah hai, takde langsung tanah yang betul solid untuk dipijak.
Semua tempat berlecak like wuddd Dahlah Kem Kasut ni macam Shelter 1 dengan 2
Kerinci. Sampah banyak nauzubillah.
Dekat sini ada
satu kumpulan yang bersiap nak balik, dan ada group yang sama macam kami baru
nak naik ke puncak dan bermalam. Kumpulan yang nak balik tu siap bagi satu beg
plastik besar nasik impit dengan sambal
tumis bilis dekat kumpulan kami sebab deorang nak kurangkan beban nak turun.
Dekat sinilah
dengar deorang sembang puncak YB ni orang panggil peti ais Malaysia lolwud.
Kenapa puncak YB je? Bukan semua puncak gunung G7 sejuk ke? Hewhew
John masa tu
tegur dekat ahli kumpulan kami yang dah lama sampai, dia tanya kenapa tak shoot
terus ke puncak? Nanti kena berebut tapak khemah dekat atas. Lepas dah John
cakap macam tu, Fareez dengan Yunuss lepas solat terus bersiap-siap naik ke
puncak. Dekat Kem Kasut ni ialah last water point untuk kami sampailah petang
esok dekat Kem Gurkha baru ada sungai semula.
Kami yang lain
mana yang dah solat, terus sorang-sorang naik ke puncak. Tapi sebab dah sampai
Kem Kasut ni, John kata 1 jam je ke puncak. (“Tapi aku buat 40 minit” – John
kata hewhew). Kami takdelah rushing sangat sebab fikir dah dekat. Saya pun
bukak beg, sarung baju hujan sebab hari pun dah mula hujan. Dahlah waktu tu
angin bertiup kuat sejuppp
Lama jugak
rasanya kami berhenti dekat sini, sampai kumpulan MK Rahman tu sempat sampai
dekat sini padahal rasanya dah jauh kami tinggalkan tadi.
Waktu nak solat
tu mintak Naja tisu basah, Naja tanya “Nak perisa apa?” Naja punya tisu basah
tu ada macam-macam perisa hahaha ada epal hijau, strawberry. Fancy gila wet
tissue ada perisa kan. Si Syiemey pulak buat lawak telekung Siti Khadijah dia
time nak solat tu lol sebab dari sebelum pergi lagi si Acap pun dalam group
melawak pasal telekung Siti Khadijah sebab dia nampak iklan dekat bilboard.
Lepas solat,
saya, Naja dengan Syiemey meneruskan perjalanan ke puncak lebih kurang pukul 5.
Hujan rintik-rintik waktu tu. Si Didiy pulak turun ke water point nak mandi,
jadi gigirls yang lain tunggu dia. Mula perjalanan datang balik perasaan mental
tu. Mula-mula okay lagi, sampailah rupanya lag Kasut ke puncak Yong Belar ni
ialah trek paling buruk untuk pendakian kami pada hari pertama.
Kalau sebelum ni
lecah, dekat sini lagi lecah. Tadi antara Pelaur ke Kem Kasut saya fikir
Kerinci lagi teruk, yang ni kalah dah Kerinci. Yang ni dah takde tanah, yang
kami pijak semuanya lapisan daun-daun kering reput yang basah menjadi sebatian
seolah-olah doh kek coklat. Sekali pijak, tenggelam kaki. Paling mental waktu
tu ialah disebabkan serangan tiga hala: Pertama, tanah lecak gila. Kedua, pijak
tanah lecah sambil mendaki lereng. Ketiga, sambil pijak tanah lecek kena
mendaki lereng, kena tunduk pulak lalu pokok-pokok. Bonusnya kalau beg
tersangkut dekat pokok sebab tunduk tak cukup rendah. Rasa nak terbarai kot
mental masa tu eeee tekanan perasaan titew
Mula berjalan
bertiga, Syiemey pantas meninggalkan kami. Tinggal saya dengan Naja. Berjalan
dengan Naja pun saya slow gila. Ya Allah waktu tu kan, badan rasa ada tenaga
tapi saya tak boleh nak menggunakan otak untuk coordinate tenaga ke anggota
badan. Otak rasa macam dah nak shutdown sebab terlalu letih. Dari kerja, lepas
tu malam semalam tak berehat, pagi tu sebelum subuh dah masuk hutan. Nak tidur
dekat Pelaur tak sempat.
Waktu tu Naja dah
mula ke depan. Ada sorang abang dari group lain catch up dengan saya. Kami
sempat berbual sekejap bila kami berehat sekali. “Takpe, kita tak kejar apa.”
Kata abang tu, memberitahu yang perlahan-lahan pun takpe, yang penting sampai.
Abang tu cerita dia baru balik dari Gunung Tahan minggu lepas. Dia pun nampak
banyak berehat, tapi bila dia tak berehat pace dia mantap. Saya pulak waktu ni
dahlah pace slow gila, lepas tu jalan dua langkah dah nak berhenti lol
Akhir sekali
abang tu pun meninggalkan saya. Naja ajak saya berjalan perlahan, tapi jangan
berhenti. Tapi waktu tu memang tak boleh sangat. Saya berjalan sekejap, bila
lalu pokok kena tunduk tu memang habis langsung tenaga. Bila nak berdiri balik
lepas menunduk tu nafas kemain kencang. Dada dup dab dup dab macam nak pecah
dada. Dari satu pokok ke satu pokok. Tak lama lepas tu, dekat belakang dengar
suara ostad Fairus dengan Didiy. Pada masa yang sama Naja terus laju ke depan.
Gambar Amar pun tak banyak. Nah kasi can hehe
Daripada sini, nampak
puncak jauh lagi ke atas. Masa tu dah pukul 6. Sejam kami berjalan belum sampai
lagi. Tak lama saya berjalan (Sebab berjalan slow pulak tu kan hewhew) Ostad
dengan Didiy sampai.
Alhamdulillah,
takdelah sorang-sorang berjalan dalam hutan dekat-dekat waktu Maghrib. Kami
bertiga jalan sekali, Didiy dengan Ostad ikut pace saya. Banyak kali kot beg
tersangkut dekat dahan pokok sampai tercabut raincover. Setiap kali tersangkut
je ostad tolong cabutkan. Huuu mekasih naa Fairus. Mental dah koyak rabak waktu
tu seriously. Padahal baru balik dari K2 minggu lepas.
Ingatkan cukuplah
latihan mental dan fizikal dekat K2 kan. Rupanya tidak hewhew *atau mungkin
sebab badan letih bertalu-talu panjat gunung 2-3 minggu kebelakangan ni*
Setiap kali
nampak macam nak sampai, mesti belum sampai. Terpijak lumpur sampai kasut
tertinggal dekat dalam. Terpijak tali kasut banyak kali sampai tali asyik
tercabut. Badan reverse ke belakang sebab tak lepas menunduk lalu bawah pokok sebab
tanah licin dekat lereng. Masa tu rasa macam robot dah, dah takde perasaan.
Dengar ada suara dari kejauhan, tapi makin lama makin perlahan.
Ada satu tempat
Fairus jalan dulu ke atas, nak tengok dah sampai belum. Dia patah balik kata
belum lagi. Huuu hancus harapan.
Akhirnya dalam
640, barulah nampak jalan keluar. Dah sampai puncak. Aaaa siapa kata 1 jam je?
Boleh buat 40 minit? Saya buat 1 jam campur 40 minit huhuhu
Dahlah dah sampai
puncak tu kena mendaki lagi sikit nak ke tapak khemah. Nampak Fareez je terus
cakap “Ni gunung last aku! Aku taknak hiking dah lepas ni!” Lepas tu Fareez
gelak je. “Setiap gunung kau cakap macam tu Bad!” lol
Lepas sampai
jumpa Naja balik. Naja kata dia takut gila jalan sorang-sorang saya takde dekat
belakang. Dia panggil saya mula-mula saya menyahut, tapi makin lama dah tak
menyahut bila dia dah terlalu jauh.
Yunuss pun kata
dia dengan Fareez mental masa nak naik tu. “Bukan korang je, kitorang pun
mental. Betul ke jalan ni?” Yunuss cerita.
Waktu tu ada air
teh o panas. Itulah teh o terbaik saya pernah minum *hiperbola hewhew* Saya
keluarkan ration semua sekali yang ada mayonis dengan maggi dengan air kompeni
letak dekat dapur.
Dalam sejuk-sejuk menunggu senja merangkak, sekitar
puncak waktu tu dah berkabus tebal, tiada pemandangan. Dalam hati yang masih
terkejut sebab trek yang terlalu kejam, saya sempat jugak merasa lega pendakian
hari pertama ni dah berakhir. Cuma bila terfikir, eh hari pertama dah koyak
mental. Esok lusa macam mana. YYBTN dulu hari pertama dengan kedua senang. Hari
ketiga je mental tapi hari keempat dah balik. Yang ni lagi dua hari kot dekat
sini huhuhu
Senpai, Tokie dan kak Nora sedang memasak di puncak.
Bila Epi sampai
je tak lama lepas saya sampai, terus deorang mintak minyak masak. Dah nak masak
sangat kan tak sempat Epi letak beg deorang dah mintak haha.
Saya dengan Epi
tukar baju dalam semak, saya lap satu badan dengan wet tissue. Masa tu fikir
tak sabarnya nak pergi Kem Gurkha, nak mandi, nak melepaskan hajat. Lepas siap
‘mandi’ dengan Epi, Epi tanya mana nak gantung baju? Saya kata gantung je dekat
pokok-pokok tu.
“Habis tu kalau
hujan?”
“Kalau hujan
basahlah. Tapi takpe, esok kita pakai balik nanti kering lah baju tu.”
Gitu acah-acah
pendaki senior sangat bagi tips hiking lol. Muka Epi macam pelik je waktu tu.
Petang tu, yang
terakhir sampai ialah Tokie dengan kak Nora, diikuti oleh John. Waktu deorang
sampai tu dah nak masuk waktu Maghrib. Alhamdulillah semua selamat sampai
sebelum senja berlabuh. Saya sempat kemaskan beg masuk dalam plastik sampah
dengan raincover takut malam ni hujan. Sebab plastik sampah tu tak besar, saya
guna raincoat nak tutup beg. Konon-konon fikir lepas ni tak hujan dah kot,
kalau raincoat ni kotor pun takpe. Aaa how wrong was I. Esok tu hujan lebat
huhuhu (rujuk part 2 nanti ya hehe)
Malam tu, chef
Afiq dan Aizuddin bertungkus lumus di dapur, yang lain pulak main UNO lol. Amar
bawak kad UNO, lepas habis solat jamak kami bukak fly, berbumbungkan langit
kami main kad. Si Didiy pun join sekali waktu kak Nora dengan Tokie dah selamat
dalam khemah. Didiy masuk je first round dia dah menang. Terus dapat jolokan
nama Ratu Judidiy hahahaha
Sambil main UNO,
sambil makan dinner. Kongsi pinggan je #ukhuwah agitu. Lauk kami butterprawn
dengan sayur campur (ada brokoli). Sayur cepat habis, butter prawn
berlebih-lebih. Sambil main UNO tu, dengar Tokie dengan kak Nora baca Quran.
John nasihatkan esok kalau ke Kem Gurkha, jangan baca Quran sebab dekat situ
ada ‘penghuni.’ Hmmmm okay seram.
Dalam pukul 9
lebih macam tu, tiba-tiba hujan dah rintik-rintik. Aizuddin ajak saya teman dia
pergi toilet kejap, saya pinjamkan dia kain pelikat nak lindung dari hujan.
Saya pulak pakai windbreaker. Lepas siap melepaskan hajat dekat semak, dah
hujan lebat gila. Sekejap sangat cuaca berubah atas gunung. Tak boleh jangka.
Amar bagi taklimat permainan UNO. Sleeping bag biru yang dia letak kad UNO tu kita punya #nakjugakk
Deorang yang main
UNO tadi dah bercempera lari tutup fly semua. Kami berdua menyelinap masuk
dalam fly masing-masing. Habis basah kain pelikat dengan windbreaker, tak boleh
nak pakai dah malam ni nak tidur. Nak masuk dalam fly pun sempit habis, tak
sempat setting sebab hujan lebat, masing-masing bergelimpangan, saya punya
tempat pulak dekat hujung sebelah sana.
Nak bergerak ke
hujung tu susah gila nak menyusur lalu manusia-manusia ni semua. Si Afiq
lagilah, tengah makan masa hujan turun. Dia tidur sebelah pinggan berisi
makanan sepanjang malam tu.
Kami terbaring
tak boleh buat apa tunggu hujan berlalu.
Dalam pukul 10
bila hujan dah reda, saya keluar sekejap nak membuang air. Lepas tu masuk balik
nak tidur. Kain pelikat konon nak buat bantal dah basah, sekali dengan
windbreaker. Mujur saya memang bawak fleece, jadi taklah rasa ralat walaupun
windbreaker dah basah lenjun. Terpaksa cabut. Malam tu Azizi tidur hujung, saya
sebelah dia. Sebelah saya Naja. Lepas siap buang air semua, kami masuk dalam
sleeping bag, bersiap nak tidur. Sebab tidur tak berbantal, berapa kali terjaga
sebab sesak nafas #montel kan aherherher
Bila bangun tu, tiba-tiba rasa hujung kaki basah. Ya Allah melungsur turun
waktu tidur sampai kaki terkeluar dari fly, terkena hujan. Habis basah sekali
sleeping bag. Huuuu sedihnya nanti beg berat bawak sleeping bag basah. Pulak tu
nak bergerak, dekat sebelah kanan ada Azizi. Belah kiri pun kena himpit dengan
Naja. Tak boleh langsung nak berkalih kedudukan. Berhuhuhu jelah sambil
berdengkur lol
Tengah-tengah malam tu dengar ada orang dekat luar khemah, betulkan fly....
...bersambung
No comments:
Write curses