Assalamualaikum
dan apa khabar semua! Bertemu lagi kita dalam edisi outdoor yang seterusnya! *Lambai2
tangan* Lol
Kali ni buat
julung-julung kalinya, saya nak cerita pengalaman hiking kali kedua untuk
gunung yang sama. Dan kali ni gunung yang dimaksudkan (dah baca tajuk, mesti
tahu gunung mana kan? Hewhew) ialah Kenderung Kerunai atau nama manjanya, K2, di
Gerik, Perak pada 10 dan 11 Februari yang lalu.
Seperti yang
y’all tahu (lol acah2 ramai gila pembaca setia kan haha) gunung Kenderung
ialah gunung pertama yang memberikan saya pengalaman buruk waktu hiking. Sepanjang
karier saya berhiking sebagai seekor panda montel aherherher, Gunung Kenderung
ialah gunung ketiga yang saya panjat. Jadi memang dari segi mentalnya tak
bersedia, tergezut, tanjat boboi waktu naik dan turun Kenderung memang rasa
azab yang amat, sebelum tu dua gunung yang saya panjat ialah Datuk dan Kerunai,
dua-dua tu bolehlah setel dalam 2-3 jam. Kenderung ni naik turun dekat 11 jam
ok.
Tak cukup 11 jam,
dengan sejuk melampau sebab panjat sebelum subuh sampai rasa nak hipo, ironiknya
nak turun panas melampau sebab takde teduhan pokok, dengan tebing curam hampir
90 darjah yang memang horror kalau terjatuh mau kojol qolu inna, dengan kena gigit serangga, kena hiris daun
tajam dekat leher. Belum lagi peha melecet. Hayooo. Waktu tu memang koyak habis,
penat nak pitams. Rasa nak bersara terus dari dunia hiking aagitu #drama
Mujurlah ada
Fareez menemani dari mula sampai akhir, dia tolong jagakan saya. Bila tengah
panas-panas tu, dia curah air dekat kepala saya.
Kali kedua nak ke
K2 ni, Fareez tak ikut. Jadi kali ni memang menguji lah ketahanan diri sendiri
kan tanpa coach hewhew. Tapi Fareez kata, kalau kali kedua panjat gunung yang
sama, rasa lebih mudah dah. Gitu.
Dahlah seminggu
lepas panjat Gunung Besar Hantu terus panjat K2 ni kan, badan tak sempat
recover betul.
Bae awaa
Sebenarnya
takdelah teringin nak naik pun K2 ni tapi tiba-tiba Azlan Perunding Hartanah
yang pernah hike sekali ke YYBTN dan Bukit Berekeh ajak pergi K2 ni dalam group
WhatsApp. Saya pun fikir-fikir, mungkin dah sampai masa kot nak pergi K2 versi 2.0,
just nak tengok kalau saya dah berbeza berbanding masa mula-mula mendaki dulu. Diam
tak diam, pejam celik, rupanya dah dekat 2 tahun saya buat aktiviti outdoor. K2
ni banyak pengalaman pertama saya. Pertama kali hiking tidur bermalam, pertama
kali panjat 2 gunung dalam masa 2 hari, pertama kali hiking dengan orang tak
kenal.
Lagipun
sebenarnya masa tu teringin nak buat latihan untuk ke Gunung KorGa, lepas tu bercita-cita
nak ke Tahan.
Azlan bagi nombor
sorang akak ni, Raihan atau panggil kak An je. Saya pun contact dia beberapa
minggu sebelum pergi. Lepas confirm payment dengan saiz baju dia pun add saya
dalam group WhatsApp. Masuk je group WhatsApp tu, mak aih, 40 orang dah dalam
tu. Ramainya!
Teringat waktu
saya panjat K2 masa belum viral lagi tahun 2016. Waktu tu kami join group
Rentas Adventures. 20 orang je yang naik weekend kami pergi tu. Kami yang 20
orang ni pun waktu nak mendaki Kenderung tu dah berlaku bottleneck bila kena
menaiki beberapa kali tali. Tali tu pulak seram gila, memang pacak hampir 90
darjah.
Kali ni takut
jugak dengar 40 orang saja dari kumpulan kami. Terbayang-bayang dekat
bottleneck tu, kalau 40 orang agaknya akan ambil masa lama tidak nak lepas. Lepas
tu kami kena datang awal pagi pukul 4 pagi sebab nak cop tapak khemah. Masa
baca tu, saya terbayang ramainya panjat K2! Sampai kena berebut tapak khemah
takut dapat tapak yang takde pokok. Mujurlah saya sempat pergi K2 dulu sebelum
dia viral.
Daripada cara
deorang sembang dalam group, nampak macam K2 ni santai je trip dia. Dulu saya
memang horror kot naik K2 ni. Pelik rasanya deorang macam cool je nak pergi K2
(ke aku yang sebenarnya tak padu lol). Dari segi tentatif, kami akan mula
mendaki Kerunai lepas subuh pada hari pertama. K2 yang saya daki kali pertama
dulu, kami sampai ke kem dalam pukul 1 tengahari, pukul 3 baru mula mendaki
Kerunai. Sebab dulu 4 wheel tak boleh masuk kem, kena jalan dari kebun getah.
Kalau naik pagi
Kerunai dan turun waktu tengahari, kami akan banyak masa untuk berehat sebelum
mendaki Kenderung. Kalau saya dulu, turun dari Kerunai dah malam, pukul 2 dah
kena bangun nak mendaki Kenderung. Waktu tu rasa memang pressure. Trip kali ni
nampak lebih lengai.
Kali ni kali
pertama menyertai Eagle Adventures. Eagle Adventures ni sangat diverse ahli
dia, ada yang join dari Singapura, dari Johor, pantai timur, dari Lembah Klang,
dan ramai jugak dari utara. Setiap pelusuk Malaya dia ada.
Dipendekkan
cerita, malam kejadian Azlan dan Mastura ambil saya dekat rumah lepas Isya’. Azlan
dengan Mas dua-dua sama tempat kerja dengan KimT. Azlan ialah designated driver
kami malam ni. Katanya kalau dia letih nanti dia tukar dengan saya (kalau
Fareez jangan haraplah nak suruh saya drive. Dia lagi sanggup tahan mengantuk
drive daripada tukar dengan saya hewhew). Masuk kereta je, si Mas terus bantai
tidur dekat belakang lol. Sepatutnya kereta kami 4 orang, tapi sorang lagi
tarik diri last minute sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Mujur kami
bertiga je, sebab beg 3 orang je pun dah penuh kot satu kereta lol. Sebab
kereta kami MyVi.
Kami bergerak ke
R&R Sungai Buloh, berjumpa dengan satu lagi kereta ahli kumpulan kami.
Kereta lagi satu dipandu Fazley, dan dinaiki isterinya Suria, dengan Ain dan
Suraya. Sebab tak sempat makan sebelum bergerak, saya makan nasik dekat
R&R.
Lepas siap makan,
solat Isya’ semua, kami bergerak semula ke Gerik. Kami exit dekat Kuala Kangsar
dan lalu jalan dalam nak ke Gerik. Sebelum sampai Gerik, ada roadblock. Bila
polis suluh kereta kami, terus dia tanya “Nak naik gunung ya ni?” Lol nampak
sangat dah ramai hiker sekarang ni dekat Malaysia kan, polis trafik pun dah
kenal. Nampak beg hiking je terus dia tahu dah.
Kami sampai ke
pekan Gerik dalam pukul 2 pagi, terus cari makanan untuk lunch pack disebabkan
makan tengahari tak disediakan oleh penganjur atau bahasa gunungnya, go-go.
Kami sampai ke sebuah kedai, ingat nak tapau nasik lemak untuk kami bertujuh,
tapi akak tu kata nasi lemak tu cuma cukup untuk buat 3 bungkus je. Jadi yang
lain pun ada yang tempah makanan goreng-goreng, ada yang kongsi je beli
makanan. Saya tapau nasik lemak dengan telur mata untuk Mas dengan Azlan
sekali.
Kami sampai ke
rumah 4 wheel untuk parking kereta dan berkumpul pukul 2:48 pagi. Kalau ikut
tentatif, pukul 3 dah berkumpul, tapi nampak gaya orang lain belum sampai. Jadi
kami yang sampai awal ni sempatlah pergi toilet, renggang-renggangkan kaki dulu.
Waktu tu rasa
sejuk je dinihari. Sambil tengok bintang, sambil cerita dekat Suraya pasal
Kerinci yang bintangnya lagi meriah. Teringat jugak mencerap bintang sambil
mendaki Kenderung tahun 2016. Tapi masa tu terlalu penat untuk menghargai
keindahan Kenderung. Kali kedua pergi ni, tazabar nak ambil gambar dan just
enjoy the view and experience. Gitu cita-cita kan.
Sebab tunggu
orang belum sampai-sampai, kami sempat beberapa kali tidur bangun tidur bangun.
Akhirnya dalam pukul 4:28 pagi, 4 wheel kami pun sampai. Saya dengan Azlan
duduk dekat depan dengan driver 4 wheel, yang lain duduk belakang. Mujurlah
dapat duduk depan, sebab saya kesejukan pagi tu, tak sanggup duduk belakang
kena angin sejuk.
Sambil tu driver
4 wheel tu bercerita macam-macam dengan kami. Katanya Gunung Kenderung ni
memang pengalaman berbeza untuk pendaki-pendaki dekat Malaysia. K2 ni pun dah
banyak berubah dia kata. Dia tanya kami kalau pernah naik? Saya bagitahu dia
saya pernah sampai K2 tahun 2016. Dia tanya dengan kumpulan mana, kot-kot kami
pernah berjumpa. Saya jawab dengan Rentas Adventures, tapi dia tak ingat sebab
katanya dah banyak group dia pernah bawak.
Dia kata ketua
kampung sekarang ni ada charge kepala yang masuk K2. Katanya sebab lalu tanah
dia. Jadi sebelum masuk ke kem kena bayar dulu tol dengan ketua kampung, dia
park 4 wheel dia dekat tepi jalan masuk K2 sambil tunggu 4 wheel lain lalu.
Mujur abang driver 4 wheel ni dah setelkan siap-siap sebelum kami datang, masa
lalu ketua kampung tu dia lambai-lambai je. Dulu takde pulak kena charge kepala
macam ni. Aneh, aneh manusia.
Kem 2016
Kem 2018
Kami sampai kem
dalam pukul 5 pagi. Waktu tu saya rasa terkejut betul. Memang betul, K2 dah
berubah. Campsite je dah lain. Dulu saya panggil kem ni Annapurna Base Camp
(sebab nak naik K2 dekat Pakistan kan kem dia ialah Annapurna Base Camp
hewhew). Camp ni dah boleh masuk 4 wheel, yang pertamanya. Keduanya, dah besar
habis. Dulu kami camping memang muat maksimum 30 orang, sekarang kem ni dah
membesar, habis pokok semua kena tebang. Sekali camping je boleh masuk 100
orang. Ketiganya, pintu masuk K2 ni dah ada homestay, lepas ni boleh duduk situ
kalau nak tidur semalam sebelum panjat K2.
Kem kami ni
sekarang ialah kawasan hutan dulu. Sungai pun dah makin kecil. Dulu dah sedia
kecik, sekarang kecik lagi. Kawasan tanah lapang tu pun dah jadi laluan 4
wheel. Dulu nak ke sini kami kena turun dekat tepi kebun getah, lepas tu
trekking + hiking dekat sejam baru sampai kem.
Sampai je, semua
orang tengah menyiapkan khemah dan pasang fly/ground dekat kawasan berpokok.
Kami kena pasang awal sebab nak cop tempat. Kalau lambat, alamatnya tengahari
nanti jadi kambing salai dapat tapak khemah dekat tempat terbuka. Ikut
tentatif, patutnya 530 pagi dah mula bergerak, tapi kami kelewatan sebab
biasalah kalau trip besar-besar ni, ada group yang daripada negeri-negeri
lain-lain yang sampai lewat sebab pelbagai kekangan.
DAY 1: KERUNAI (1000m)
DAY 1: KERUNAI (1000m)
Lepas solat
subuh, saya mintak dekat Mas nasik lemak yang kami tapau. Walaupun sebenarnya
nasi lemak tu sebenarnya untuk merarau (lunch hehe) tapi sebab lepas lunch kami
dah tak hiking. Kenderung naik pagi esok, masa tu dah ada makanan lain. Baik
makan berat sebelum naik gunung.
Persiapan mendaki ke Kerunai
Dalam pukul 730
pagi, kami semua berkumpul. Wah memang group kami ni ada pelbagai jenis orang.
Ada kanak-kanak, pasangan suami isteri. Ada yang satu keluarga mendaki. Ada
yang saiz badan lagi besar dari saya hewhew kagumnya. Lepas kak An selaku gogo
bagi taklimat apa semua, memperkenalkan crew kepada kami, bagi tips2 mendaki,
kami pun mula mendaki Kerunai pada pukul 7:52 pagi. Masa tu excited sebab nak
melawat semula K2 yang memberi pengalaman pahit manis saya berhiking.
Perjalanan melalui anak sungai
Kami mulakan
pendakian pada denai yang jugak ada anak sungai mengalir. Pagi ni matahari dah
start naik, tapi belum panas lagi. Pendakian kami diketuai oleh abang Botak,
seorang wedding photographer (lol) dan disweep oleh Ajak.
Ok, ni barulah gambar Botak yang clear.
Sama jugak, Kerunai ni berbeza dengan kali pertama. Kali kedua ni, pokok-pokok dah tinggi. Dulu saya pergi pokok rendah-rendah, sebab baru lepas terbakar. Dulu memang nampak kesan terbakar – pokok-pokok ada yang macam arang, atas tanah pun ada kesan tanah terbakar. Sekarang ni masih ada, cuma dah tak ketara. Di sebelah kiri kami, nampak profail Gunung Kenderung.
Sambil tu
berfikir, cukup kuat ke nak naik Kenderung ni sekali lagi? Seram. Sebelah kanan kami, pekan
Gerik. Lereng Kerunai bagaikan permatang yang memisahkan Kenderung dengan pekan
Gerik.
Diapit dua puncak. Kiri, Kenderung. Kanan, Kerunai
Sampai dekat satu
tempat, kami berada betul-betul di tengah antara puncak Kenderung dan Kerunai.
Waktu ni sempatlah bergambar kejap (lama jugak lol) Kenderong Kerunai ni
sebenarnya kawasan yang sangat bersejarah, saya Google sebelum naik kali kedua.
Terjumpa jurnal pasal satu pasukan penyelidik dari UKM yang jumpa gua di lembah
Kenderong Kerunai. Dalam gua tu ada peninggalan alatan zaman purba seperti
kapak zaman Neolitik dan kapak batu jenis Sumatralith selain kesan tinggalan
makanan seperti kulit siput. Ikut kata penyelidik tu, K2 ni mungkin zaman dulu
pernah jadi penanda jalan.
-
End
of Sejarah lesson hewhew –
Kerunai seperti
biasa, ada turun, ada naik. Beberapa kali puncak tipu. Tapi sebab dah pernah
pergi konpiden lah hehe. Dan kali ni memang tak rasa tertekan sangat macam kali
pertama dulu. Kali pertama dulu kami banyak kali berehat, kali ni kami maju je.
Berehat kadang-kadang. Dulu seingat saya, trek ke puncak Kerunai ada penanda
warna merah dekat pokok sepanjang-panjang jalan. Sekarang dah tak nampak
penanda tu.
Kabus pada sebuah pagi di Kerunai
Sampai dekat suatu lereng, kami berhenti kejap. Lepas tu sempat bersembang dengan seorang akak dari Singapura. Katanya dia memang beberapa kali join program kak An, dan dia suka lah hiking. Cuma dekat Singapura takde tempat nak training mendaki. Kena panjat tangga flat je.
Merenung puncak Kenderung yang berlatarbelakangkan langit biru tiada sempadan
Sepanjang 2 jam pendakian, saya berjalan belakang Azlan, sampailah dia laju meninggalkan saya. Lepas tu bertembung dengan 2 orang ahli group kami. “Takpe, dah nak sampai ni. Lepas kawasan pokok ni, ada kawasan terbukak. Lepas tu terus sampai puncak!” saya bagitahu dekat deorang.
Kami pun terus
berjalan bertiga, tapi tak jumpa kawasan terbuka tu. Seingat saya, kawasan
terbuka tu memang dekat situ-situ je. Sekeliling tu ada rumput renek-renek.
Tiba-tiba je, eh, dah sampai puncak. Rupanya sebab lalang dah tinggi, tempat
terbukak tu dah jadi tempat tertutup. Wah, sekejapnya sampai puncak! Dulu rasa
macam 3 jam. Ni baru 2 jam lebih dah sampai. Tengok jam, baru pukul 10.29 pagi.
Finally, I’m here again Kerunai! Welcome back!
Di puncak Kerunai, membelakangi Kenderung
Dah ada kumpulan
dekat atas, tengah berphotoshoot. Saya pun keluarkan phone Huawei Nova 2i
(promote habis-habisan kekeke) tolong ambilkan gambar deorang. Waktu pagi ni
matahari dah naik, jadi Gunung Kenderung nampak jelas dekat belakang. Kami
ambil gambar berlatarbelakangkan puncak Kenderung. Tapi deorang group lain,
takde dalam group WhatsApp kumpulan kami. Saya pun tukar nombor dengan ahli
deorang nak share gambar sampai bawah nanti.
Kumpulan kami
sikit-sikit sampai ke puncak. Nampak ada jurang yang besar jugak dari segi
pace. Sampailah sorang akak yang pakai cermin mata hitam sampai waktu saya
tengah ambil gambar. “Dik, nanti ambil gambar akak macam deorang tu ya! Pakai
phone adik” kata akak tu dekat saya sambil mengah-mengah belum hilang penat
lagi bahahaha
The ever lovely kak El
Saya pun ambil
gambar dia, macam-macam pose. “Nama akak El. El Musliha. Panggil kak El.” Dari
situlah perkenalan saya dengan kak El yang kelakar. Dia mendaki gunung dengan
anak saudara dia, Aina.
Sebab saya memang
berniat nak enjoy the experience, memang seronoklah saya ambil gambar. Kali ni
ada sorang akak tu dari JB, yang mendaki satu keluarga – dengan husband dan
anak laki dia dua orang. Anak laki dia masih bersekolah rendah, waktu sampai
puncak Kerunai terus bergambar dengan banner sekolah dia. Keluarganya fasih
cakap English. Tengah-tengah saya ralit ambil gambar bendera, tiba-tiba akak tu
offer ambil gambar saya dari bawah. Angle gambar tu memang kena ambil sambil
baring, kebetulan akak tu tengah berehat dengan family dia atas ground.
Akhirnya akak tu berjaya mengambil gambar favourite saya untuk trip ni hehe
Gambar feveret trip kali ni
Sambil saya
photoshoot tu, Fazley dengan Lan masakkan maggi. Wah nikmat jugak walaupun dah
makan nasik lemak sebelum hiking tadi kan, tapi atas gunung siapa yang boleh
menolak maggi? Haagitu
Maggi kahwin!
Gigirls kumpulan kecil kami pun edarkan makanan, ada coklat, siap ada kek lagi. Lama jugak kami menunggu dekat puncak, sampai pukul 12 lebih. Sempatlah baring-baring kejap. Lepas photoshoot ramai-ramai, kami turun semula pukul 12.15. Kali ni matahari dah pacak atas kepala, mujur saya dah prepare. Tutup kepala habis dengan dua helai buff, satu tutup kepala dan satu tutup muka, tapi still tak boleh lama-lama bawah panas. Bila ada pokok besar terus berteduh.
Turun semula. Matahari dah mula memancar terik
Kali pertama
panjat K2 dulu, turun Kerunai kena pakai headlamp sebab dah lepas maghrib. Kali
ni turun dalam panas remang matahari. Ada satu bukit kecil tu kami kena panjat
semula. Walapun dalam 5 minit je, rasa macam nak terbakar kepala. Sampai kem
semula pukul 2.30, wah lega. Sampai je rehat kejap, lepas tu saya mandi dengan
Lan dekat sungai. Lan kata air sungai ni rasa macam berbau, macam air telaga
yang dah lama. Saya tak faham macam mana rasa dia tu hewhew, tapi memang air
dia rasa pelik, tak macam kali pertama saya pergi dulu.
Tengah mandi tu,
Wan datang ambil air. Sambil tu saya cerita dengan dia pengalaman hiking, pasal
gunung G7 yang saya dah panjat. Sambil tu promote GEMA dekat dia lol. Lepas
siap mandi, saya dengan Lan pasang ampaian untuk baju basah kami, ampaian yang
sedia ada semua dah penuh. Waduh waktu ni teruji skill mengikat tali guwe hewhew
mujurlah walaupun lilit-lilit dekat batang pokok freestyle je, jadilah jugak
ampaiannya.
Balik ke ground
je, saya sempat berkenalan dengan ahli-ahli lain. Ground kami ni pulak sebelah
ground dapur. Ada Kimi yang mendaki dengan kakaknya, kak Ron. Kak Ron ni
kelakar jugak. (Bila kami tanya, kak Ron berapa? Konfiden dia jawab RON97!
Minyak mahal kan lol) Deorang siap cerita kak Ron bertukar-tukar kasut sambil
mendaki. 3 orang bertukar kasut dengan kak Ron, lagi 2 orang tu lelaki, yang
pelik tu saiz kaki semua sepadan.
Kak An goreng cucuq. Belakang kak An tu Wan
Kak An pun dah
pernah sampai K2 ni dari awal-awal lagi sebelum K2 ni viral. Katanya masa tu
sungai penuh lintah (kot?). sekarang ni sungai tu nampak berudu dengan katak je
yewwwwhewhew. Sambil makan cekodok dan minum teh o panas, sambil tu beberapa
kali saya terlelap atas ground. Leganya sebab panjat Kenderung malam nanti,
banyak lagi masa nak berehat. Kali pertama dulu turun dari Kerunai waktu Isyak,
lepas tu dinner apa semua dah pukul 10. Pukul 2 pagi dah kena mendaki
Kenderung. Suka betul tentatif kami kali ni.
Kalau ikut
tentatif, kami akan naik Kenderung pada pukul 4 pagi, tapi kami mintak kak An
awalkan sikit sebab takut lambat sangat nak turun nanti panas. Saya dulu naik 6
jam kot. Naik pukul 3 sampai pukul 9. Turun tu memang panaih lit lit. Kak An
kata ok je nak awalkan pun hehe
Sambil-sambil
borak tu saya cerita lah pernah panjat gunung mana semua dengan ahli-ahli
kumpulan lain. Kak El pun ada masa tu, dia ajak saya naik Yong Yap. Saya kata
dah pernah panjat, sambil buat muka penat sebab teringat balik pengalaman
YYBTN. Memang siapa yang dah pernah buat YYBTN ni (yang saya kenallah) mesti
dah taknak repeat lol. Kalau KorGa ke, Tahan ke, ada jugak yang repeat.
“Kak El pun
teringin nak buat muka macam awak!” kata kak El sambil ketawa. Maksudnya dia
nak panjat Yong Yap supaya kalau orang tanya dia nanti, dia nak tunjuk muka
penat macam saya buat.
Petang tu
tiba-tiba ada 4 wheel masuk, ada group lain sampai. Wah bertambah lagi orang
dekat campsite. Dah macam funfair. Group ni nak naik Kerunai petang ni, pagi
tadi deorang dah panjat Gunung Pulut. Yang ni lagi padu. Tiga puncak terus nak
tapau. Petang tu dekat pukul 4 baru deorang panjat Kerunai. Malam tu kami
nampak cahaya headlamp deorang turun dari puncak Kerunai dalam kegelapan malam.
Saya fikir waktu tu, deorang ni sama macam saya kali pertama pergi K2. Entah
cukup tak rehat malam ni sebelum nak naik Kenderung. Penatnya. Bayangkan je dah
penat, belum sendiri lagi yang alami.
Malam tu menu
kami ialah tomyam dengan telur dadar (tapi rupa macam scrambled egg huhu) yang
dimasak Botak, kak An dan Aina. Ni first time jugak ni makan tomyam dalam
hutan.
Lepas makan, tiba-tiba
perut memulas. Satu hari dah tahan. Saya ajak Fazley teman saya membuang dekat
sungai. Tapi sepanjang-panjang sungai tu ramai orang huuu dah macam pasar dah.
Terpaksa saya pergi jauh ke bawah lagi, lepas sebuah pokok tumbang yang penuh
seranggga. Bila panjat atas dia, berterbangan serangga masuk hidung dan mata.
Jumpa satu port
best dekat dalam sungai, belakang batu.Tengah nak membuang dekat tepi sungai
tu, tiba-tiba ada orang suluh ke arah saya. Mujur belum bukak seluar lagi haha.
Saya suluh balik dekat dia tanda nak bagitahu saya ada dekat situ dan mintak
dia jangan datang dekat. Tapi lagi galak dia menyuluh ke arah saya dan makin
dekat pulak dia datang. Ehhh what’s this? This is not how it’s supposed to
work! Aku suluh2 kau ni suruh main jauh-jauh, bukan suruh datang dekat huhuhu
Makin lama makin
dekat pulak lampu suluh dia. Tengok muka, tak kenal. Bukan ahli group kami. Bila
dia lalu saya, dia tegur, bagitahu dia nak kencing. Urgh carilah tempat lain,
orang dah cop tempat sini dulu huhu. Dahlah suluh-suluh dia buat bodoh je, lagi
datang dekat adalah. Ni kena belajar etika nyahtinja waktu camping ni. Gittuu
acah-acah pendaki senior komplen pasal pendaki nubis lol
Lepas siap
membuang semua, kami pun siap-siap nak tidur. Pukul 3 dah kena mendaki semula.
Ramai yang tidur dalam khemah sebab pasangan suami isteri, ada yang
berkeluarga. Saya yang bujang ni tidur bawah ground dengan Fazley, Kimi dan
abom-abom lain (dah lupa nama lol sowie). Lan tidur atas hammock. Tapi sebab
kami punya ground ni atas akar-akar, agak pelik jugak posisi kami tidur. Malam
tu memang saya tahu saya berdengkur kuat lol mujur tidur nyenyak sebab orang
kata ada dua orang berdengkur kuat. Kalau saya terjaga mesti saya pun tak boleh
tidur sebab ada sorang lagi berdengkur haha
DAY 2: KENDERUNG (1223m)
DAY 2: KENDERUNG (1223m)
Pukul 2 lebih
kami dah mula bangun, si Botak dah bising kejutkan semua orang. Waktu kami baru
bangun ni, ada group yang dah bertolak naik ke Kenderung. Saya ambil baju yang
masih basah dekat ampaian, sarung. Saya pergi sungai kejap nak isi air dalam
botol. Tengah nak isi tu, ada beberapa orang perempuan baru keluar dari sungai.
Nampak gaya macam baru lepas kencing. Errr terus geli nak amek air tu. Dahlah
takde water tablet nak sterilize kan air, sungai ni pulak arus perlahan, kecil
pulak. Uuu kenapa kencing dekat upstream. Pergilah kencing dekat bawah – bising
guwe lagi seraya acah2 pendaki senior.
Lepas tunggu lama
sikit air tu berlalu, barulah saya berani nak ambil. Pukul 3.30, kumpulan kami
memulakan pendakian ke Kenderung diketuai suami kak An, abang Jebat. Kak An dah
tak panjat Kenderung, dia tukar syif jaga anak-anak dekat Annapurna Base Camp.
Waktu taklimat, kata abang Jebat sampai puncak solar je compulsory. Siapa yang
taknak naik sampai puncak Kenderung boleh turun balik.
Naik Kenderung
ni, isteri Fazley, Suria tak ikut. Ain pun tak ikut sebab kasut dia koyak waktu
dekat Kerunai semalamnya. Suraya mengadu malam tadi masa deorang nak tidur, ada
dengar lelaki berborang dekat luar fly deorang, cerita pasal susahnya mendaki
Kenderung sampai deorang mental lol. Itu agaknya Suria dengan Ain tak berani
nak naik pagi ni.
Kak El dengan akak dari Singapura
Kami mula lalu
dekat laluan pacuan empat roda, kalau waktu saya mendaki Kenderung kali
pertama, kami kena naik dekat denai yang sangat sempit dan masih perlu ditebas
sebab semak samun. Kali ni trek dah jelas, sebab dah jadi laluan balak. Saya
masih ketakutan sebab teringat pengalaman perit pertama kali mendaki Kenderung,
tapi kena konpiden sebab dah banyak dah gunung panjat lol harapnya dah makin
baik untuk kali kedua.
Seperti biasa,
headlamp di kepala, dalam kegelapan malam kami bergerak. Pace kami agak
sederhana, tak terlalu perlahan, tak laju. Trek Kenderung memang dari mula
sampai ke sudah, takde diskaun. Canak habis. Tapi orang depan banyak kali
berhenti sekejap-sekejap, sambil tu boleh ambil nafas hehe
Saya
tertunggu-tunggu bila nak sampai tali, tapi nampak macam dah takde je. Kami
jumpa sekali je tali, tapi sebab nampak Lan panjat tak pakai tali, saya pun
ikut dia naik freehand. Eh kenapa macam senang pulak Kenderung ni?? Dulu rasa
separuh nyawa nak memanjat lol.
Saya kali ni secara
tak sengaja berbuddies dengan kak El. Sebab pace kami lebih kurang sama je. Orang
depan suruh berhenti kejap sebab nak tunggu orang belakang catch up. Sambil tu saya berkongsi gummy candy dan air
dengan kak El. Kami padamkan headlamp di kepala, memandang ke luar trek. Dari
tempat kami berehat, boleh nampak bintang di dada langit dan lampu-lampu dari
pekan Gerik. Perjalanan diteruskan lepas dengar orang paling belakang menyahut
semula panggilan ke depan.
Seingat saya,
sebelum sampai Puncak Solar ada sebatang balak tumbang yang besar. Tapi lepas
beberapa jam mendaki, kami sampai dekat situ tapi tak berehat pun huhu. Dengan
Rentas dulu dekat situ kira satu checkpoint. Lepas 2 jam lebih, kami sampai ke puncak
Solar. Eh takdelah teruk sangat mendaki Kenderung kali ni. Gituu kompidens je.
Puncak Solar.
Sampai je puncak
Solar, saya terus keluarkan windbreaker dari beg, sarung cepat-cepat. Dulu
kesilapan saya ialah mendaki Kenderung dengan baju cotton, lepas tu tak bawak
windbreaker. Sampai puncak Solar menggigil-gigil, lagi-lagi lepas amek wuduk
nak solat subuh. Sementara tunggu masuk waktu, kami semua menyorok belakang
pokok. Kak EL boleh tanya “Sejuk ke?” dekat saya lol sejuklah kak El. Walaupun
guwe lemak tebal, still tak tahan sejuk.
Kami sampai sini
dalam pukul 5:48 pagi, 2 jam 20 minit dari kem. Lepas subuh masuk, kami terus
solat bergilir-gilir sebab tak cukup tempat. Ada satu kumpulan lain yang
berkhemah dekat puncak Solar ni, ish mengenangkan nak mengendong air naik ke
sini nak berkhemah, memang tidaklah kalau saya.
Lepas Subuh,
sejam lepas kami sampai ke puncak solar, pukul 6.45 pagi, kami memulakan summit
attack ke puncak Kenderung. Tak pasti berapa ramai taknak naik, tapi saya
perasan akak yang satu keluarga dari JB tu tak naik pun Kenderung. Sambil
berjalan, matahari dah mula terbit dari hujung horizon timur.
Fajar menyinsing di lereng Kenderung
Kali ni, lepas
matahari dah nampak, saya perasan Kenderung kali ni, warna oren. Masa pergi
pertama kali dulu suasana berkabus, awan karpet. Rasa lebih biru. Speaking of
biru, dulu penanda jalan nak naik ke puncak Kenderung warnanya biru, Kerunai
merah. Tapi sama macam Kerunai, penanda tu dah tak nampak. Yang kurang best,
kali ni awan karpet takde sobs3. Dulu sepanjang-panjang dari puncak solar ke
puncak, setiap masa dikelilingi awan karpet.
Gambar tahun 2016 dengan Fareez. Nampak kebiru-biruan dengan awan karpet
Tempat yang sama tahun 2018. Nampak kejingga-jinggaan gitu. Awan karpet takde dah sobs sobs
Sambil mendaki
Kenderung, kami banyak jugak berhenti ambil gambar. Masing-masing seronok sebab
pemandangan Kenderung yang memang rare dari gunung lain. Sampai akhirnya kami
menuju ke puncak tipu. Kalau dulu, waktu ni paling menakutkan saya, lagi-lagi
nak turun. Sebab lerengnya hampir pacak 90 darjah, dan ada tempat ada tali, ada
yang takde tali.
Sekarang ni
sepanjang-panjang lereng tu dah ada tali besar penumbuk budak (lol tak tahu lah
tepat ke tak perumpamaan ni) jadi dah tak horror macam kali pertama saya naik
dulu. Dulu tali ada pada beberapa tempat je, tempat yang takde tali tu kena
sendiri panjat ikut kreativiti masing-masing hewhewhew
Lagi satu, dulu
rumput takde, jadi nampaklah dekat tepi lereng nauzubillah tegak nak mati kalau
salah langkah terus terjunam jatuh. Sekarang pokok dah naik semua jadi tak
nampak sangat betapa lereng tu sangat menjunam, lagipun kalau jatuh sempat paut
pada pokok tu. Dulu takde langsung pokok sebagai penghalang, kalau tergelincir terus
meluncur ke alam barzakh.
Masa nak mendaki
ke puncak tipu, si Mas dah nervous. Dia jadi gayat sebab trek tu mencanak ke
atas. Mas agak perlahan, nampak muka dah gayat.
Saya pakai gloves
siap-siap dari pagi sebab memang tahu Kenderung kena pakai tangan banyak nak
pegang tali semua. Tengah nak panjat tu ada group lain dari atas yang naik awal
daripada kami dah nak turun, berlari-lari deorang turun sampai ada ahli
kumpulan kami tegur. Sebab habis batu lungsur, debu semua melayang dekat muka
kami yang baru nak naik ni. Ini pun satu, dekat tempat bahaya pun nak show off
– pendaki acah senior mengomel lagi hehu
Sampai puncak
tipu, teringat semula kenangan berhenti dengan Fareez dekat situ makan energy
bar masa rasa dah keletihan melampau. Rupa-rupanya 2 minit dari situ je puncak.
Kami tak berhenti kali ni dekat puncak tipu, terus mara ke puncak. Pukul 8:30
pagi, kami sampai ke puncak Kenderung.
Sampai je rasa
macam wahhh finally. Walaupun Kenderung masih brutal, tapi saya dah tak seteruk
dulu. Mula datang keyakinan diri waktu tu hehe
Kami berlima dengan kak El di puncak Kenderung. Sebelah tu puncak Kerunai
Kami
berphotoshoot sementara menunggu yang lain sampai. Saya dengan gumbira senang
hati jadi photographer orang lain sebab nak main-main dengan kamera Huawei Nova
2i. Kali ni dari atas Kenderung, boleh nampak Kerunai. Dari satu lereng, kami
boleh nampak bayang-bayang gunung Kenderung menaungi hutan di bawah. How
impressive.
Dapur kami pagi
ni dihidupkan oleh Fazley yang membancuh air milo. Breakfast pagi ni gula-gula dan
coklat berbaki dari semalam. Tapi matahari dah mula terik, maka saya dah boleh
bayang azab nak turun nanti macam mana.
Turun semula dari puncak
Lepas siap semua ahli kami sampai, kami bergambar sekali. Lepas tu abang Jebat rush kami turun sebab hari dah pukul 9 dan kami akan diserang pancaran matahari waktu turun nanti kalau kami turun makin lambat.
Turun serupa ninja. Muka kepala tutup habis takut kena panas
Kami turun semula
melalui tali panjang. Kalau dulu dekat sini saya turun mengesot dekat tempat
yang takde tali, tapi sekarang ni sekali pegang je, lepas tu perlahan-lahan
turun dengan menggunakan tali yang sama. Tapi Masturah lagi gayat waktu nak
turun. Aina offer nak bagi dia glove, tapi dia kata dia lagi takut dengan
ketinggian sampai tangan dia pegang tali tak rasa sakit dah.
Matahari dah mula
menegak. Kami rushing turun takut makin lama kena heatstroke. Air masih ada
sebotol besar dalam beg. Sambil berjalan dengan kak El, dia cerita-cerita pasal pengalaman dia mendaki. Husband dia pun supportive, dulu laki dia hiking jugak tapi sekarang ni main golf je. Teringat pulak Kapten Zarina dekat Ledang.
Lepas turun dari
tempat tali tu, kami bergerak ke puncak solar. Waktu tu, dah terang, jadi boleh
nampak kawasan sekitar. Siap nampak jalanraya lagi. Azlan kata, tak best nampak
jalan. Dia kata seolah-olah tak betul-betul berada dalam nature 100% kalau
still boleh nampak tamadun manusia. Begitulah, saya anggukkan aje.
Dekat puncak
solar ni dah rasa makin panas. Kami berjalan sikit, berhenti bawah tempat
redup. Jalan beberapa minit, berhenti bawah pokok. Tak boleh lama-lama berjalan
bawah panas. Kali ni saya ditemani seorang pendaki gadis licik sekolah rendah
dengan ibunya. #girlpower
Aina pulak dah lari
cepat ke depan, dia tak tahan panas nak sampai kem cepat. Ada beberapa kali
jugak kami berhenti lama bila ada traffic jam. Saya jalan-jalan tu, tiba jumpa
kak El. Ingat dia dah gerak jauh ke depan. “Akak tunggu Bad.” Katanya wah
tiba-tiba dapat hiking buddies baru hewhew
Sampai dekat satu
tempat, ada seorang laki, seorang perempuan berhenti duduk. Dekat depan tu
traffic jam, katanya ada budak perempuan injured. Dengar tu je, terus risau kak
El. Dia takut Aina yang injured, tapi orang tu kata bukan Aina. Saya pulak pow
air yang laki tu haha ingatkan air manis. Rupanya air garam rasa payau huhu
menyesal pow.
Masa ni dok
teringat bandung soda. Huhu taknak air lain. Nak bandung soda je. Nak keluar
nanti nak bandung soda.
Saya dah tutup
kepala dan muka guna buff dah waktu ni. Dengan jalan yang berdebu sebab hari
dah panas, masuk habuk dalam hidung. Ada sampai satu tempat, tak tahan panas,
saya keluarkan air dari beg, siram kepala. Dulu Fareez yang buatkan. Sekarang
buat sendiri dah haha
Kami sampai
semula dekat kem dah tengahari. Nak masuk simpang kem tu, tiba-tiba nampak Aina
tengah terduduk, berkipas dengan kak An. Kak El nampak Aina terduduk je terus
cemas. Aina rupanya kena lelah sebab terlalu panas, dia pulak turun laju. “Akak
dah agak dah, tu yang orang kata ada budak perempuan injured tu akak tanya,
Aina ke?” kata kak El dekat saya.
Sampai semula
dekat kem, terus kemas barang sebab kak An kata 4 wheel dah nak sampai. Whatt
cepat gila. Dulu saya petang baru keluar. Ni tengahari dah ada 4 wheel. Masa tu
kak An masak lauk ayam masak merah dengan telur rebus. Alaa nak makan tapi
sebab dah nak keluar saya malas nak kotorkan pinggan nanti nak basuh malas
bahaha. Tak makanlah tengahari tu sebab malas hewhewhew
Kemas-kemas
barang, tak mandi sebab takut tak sempat, tak lama tu 4 wheel pertama sampai.
Yang ni kami kena bagi laluan lineup yang kena kejar flight sebab ada yang dari
Singapura kan. lepas tu menunggu 4 wheel kemudian tu masuk ya Allah lama gila.
Kadang 4 wheel masuk, tapi ambil kumpulan lain.
Dekat sini lebih
kurang 4 ke 5 kumpulan masa ni. Keseluruhan dekat 200 orang rasanya. Dulu naik
20 orang je. Sambil-sambil menunggu tu saya sempat berborak dengan kumpulan
yang saya tolong ambilkan gambar semalam tu. Kumpulan deorang kecik je, dalam
13 orang kot rasanya. Lepas tu pow buah epal deorang bahaha
Nak balik dahhh
Kami naik 4 wheel
dan keluar menuju ke rumah pemilik 4 wheel. Sampai je dah pukul 4 lebih weh
dari asalnya nak keluar pukul 12 tadi kan, ni dah petang. Lepas sampai terus
bergerak ke masjid nak mandi dan solat.
Kami singgah
kejap pekan Gerik nak makan. Makan nasik lemak dengan ayam, menu kedai tu ada
tu je huhu. Kami bergerak semula untuk balik petang tu mula Lan bawak lagi
kereta. Saya masuk je kereta dah tertidur, berdengkur pulak tu lol. Letih ya
amatss Mas pun dah tidur. Kesian Mas, tangan dah luka-luka teruk dah.
Sampai dekat
R&R mana tak ingat (sebab masa tu lena hewhew), Lan tak larat, dia suruh
saya sambung drive. Wah tak pernah waktu trip orang kasi saya drive haha. Saya
konpiden je, tapi deorang yang tak konpiden. Sepanjang perjalanan dengar radio
oh, rupanya AJL malam ni. Balik tu, lepas hantar saya dulu dekat rumah, deorang
bergerak balik. Esoknya dahlah saya tak cuti huhu
Beberapa hari
kemudian, terdengar kisah orang terjumpa periuk api dekat Kerunai. Dan beberapa
hari kemudian, ada pendaki terjatuh dekat Kenderung, patah tulang jugak. Ngee itulah
kengerian Kenderung. Masa tu pernah celupar dengan kak El “Walaupun Kenderung
ni seram cenggini belum pernah...” oops
“Jangan sebuttt!”
kata kak El. Tak sangka sebulan lepas tu dah jadi betul.
Itulah penutup
untuk kisah mendaki Kenderong Kerunai kali kedua. Kalini preparation dah makin
mantap bahaha #perasan. Alhamdulillah sangat bersyukur sebab dah tak seazab
yang pertama. Makin yakin nak pergi ke gunung seterusnya, iaitu Yong Belar.
Akhir sekali baru letak gambar kumpulan hehe. Di puncak Kerunai
Di puncak Kenderung. Separuh je lineup naik sampai puncak
Pengajaran dari trip ni:
1. Ilmu
perhutanan kena ada, at least basic pun ok. Kalau orang tu nak terberak dekat
sungai please lah jangan datang dekat kalau dia suluh. Itu tanda dia halau,
bukan dia panggil dekat huhuhu #masihbelummoveon2. K2 dah memang lain daripada dulu. Yang baiknya, sekarang lebih selamat dan kurang menakutkan. Tali besar, padu, panjang. Pendaki pun dah ramai berkampung dekat K2 dah macam Annapurna Base Camp lol. Yang tak baiknya, sekarang nak masuk pun kena bayar dekat ketua kampung. Campsite dah boleh naik 4 wheel sebab pembalakan, lepas ni agaknya sampai ke puncak gunung dia balak
K peeps. So far
itu je nak cerita pasal pengalaman kali kedua menaiki Kenderong Kerunai. Letih dah
menaip ehmehgerd. Nantikan entry seterusnya tentang pendakian ke gunung G7 saya
yang keempat, Yong Belar pulak lol. Renung-renungkan dan selamat beramal!
XOXO –
Your hiker
montel, debabuz bedaduz
Log:
Day 1:
2.22 kedai makan
2.48 rumah 4wheel
4.24 gerak ke kem
7.52 start hiking
10.29 sampai
kerunai
12.15 start turun
2.30 sampai kem
Day 2:
3.30 start hiking
Kenderung
5:48 Puncak solar
6:45 start ke
puncak
8:30 puncak
Kenderung
HAHAHAHA
ReplyDelete"Tapi lagi galak dia menyuluh ke arah saya dan makin dekat pulak dia datang. Ehhh what’s this? This is not how it’s supposed to work! Aku suluh2 kau ni suruh main jauh-jauh, bukan suruh datang dekat huhuhu" <-----LAWAK NAMATEYYYY
Bestnyaa Bad dah repeat K2 2.0. Hehe tahniah sebab makin mantop persiapan berbanding kisah K2 yang dulu.Thanks sharing and menghiburkan pembaca :)