Assalamualaikum
dan hai y’all!
Seperti
biasa-biasanya, dah panjat gunung, kenalah update blog kan hehe (Walaupun dah 2
bulan berlalu )
Pada tanggal 27 Januari
yang lalu, untuk pertama kalinya bagi tahun 2018, saya telah menyertai aktiviti
pendakian gunung di Gunung Besar Hantu atau nama manjanya, GBH di Jelebu yang
juga merupakan gunung tertinggi di Negeri Sembilan dengan ketinggian 1462 meter
dari aras laut.
Tujuan nak
mendaki GBH ni ialah sebagai pusingan kelayakan nak naik Gunung KorGa (Korbu +
Gayong) waktu Tahun Baru Cina. Hadoih nak naik gunung, kena naik gunung lain
nak melayakkan diri. Penad awaa penaddd bila naa bersara awaa
Dahlah KorGa dah
pernah naik, rasa malasnya nak repeat kali kedua.
Rancangan asal
kami nak pergi Gunung Nuang, tapi Nuang pulak ditutup disebabkan tragedi tanah
runtuh yang menyebabkan kematian seorang pendaki dari Kem Pengasih ke puncak.
Jadi kami terpaksa menukar rancangan kami ke Gunung Besar Hantu. Bak kata Afiq,
GBH ni treknya seakan Nuang. Untuk melayakkan diri naik KorGa, kena berjaya
panjat Nuang dalam masa sehari. Sebab Nuang tutup, galang gantinya ialah GBH,
tapi tempohnya masih sama, kena panjat dalam masa sehari. Gila nak panjat masa
sehari kalau trek macam Nuang. Nuang yang start mendaki sebelum subuh pun
sampai Kem Pacat je, tak pernah sampai puncak sebab tak larat lol
Afiq tetapkan cut
off time untuk pusingan kelayakan GBH ni ialah pukul 1 tengahari. Kalau nak
pergi KorGa mesti berjaya sampai sebelum pukul 1 dekat puncak.
Sehari sebelum
mendaki, kereta Afiq pulak tayarnya bocor. Dah rasa happy dah kalau cancel,
sekali on jugak sebab Afiq sempat repair tayar dia lol #dasarpanda Beberapa
hari sebelum pergi, Naja mesej tanya saya weekend buat apa. Bila bagitahu dia
saya nak panjat GBH tetiba dia nak join. Mujur Naja duduk Meru je, dekat dah
dengan rumah Afiq, jadi dia carpool sekali dengan Afiq je.
LINEUP
|
|
Bobois
|
Gigirls
|
Afiq
Amar
Azlan
Amir
Azizi
Fairus
Syiemey
Irsyad
ME
Acap
Naja
|
Didiy
Nurel
|
Dipendekkan
cerita, pada tanggal 27 Januari tu, Irsyad datang rumah saya pukul 2 pagi.
Irsyad kata dia nervous sebab dah lama gila tak hiking mana-mana. Hmm Irsyad ni
tawaduk je. Padahal padu kot hewhew. Lepas Irsyad sampai, kami tunggu Acap dan
Syiemey datang dari JB. Gila y’all jauh datang dari JB nak mendaki gunung.
Saya sorang je
dalam kereta ni bukan orang JB. Irsyad, Syiemey dengan Acap 3-3 bangsa J
orang JB. Acap (#janganlupabahagia lol) dah beberapa kali beraktiviti bersama,
termasuklah pergi Kerinci tahun lepas, dan ber-foodgasm dekat Lata Jebus, tapi
Syiemey first time join aktiviti kami. Acap dan Syiemey dulu satu sekolah.
Sampai je Acap
dan Syiemey, kami terus bergerak ke GBH mengikut panduan GPS. Acap jadi drebar,
Syiemey teman dekat sebelah. Saya dengan Irsyad duduk belakang. Sebenarnya GBH
ni agak ke dalam dan jalannya pun tak gazet dekat maps, jadi kami beberapa kali
jugak tersesat sebab maps tak bagi accurate reading. Kami terlepas simpang,
lepas tu kena reverse balik kereta. Tahan orang kampung nak tanya arah, dia
taknak berhenti (takut kena rompak kot lol)
Nak dijadikan
cerita, nama pun Gunung Besar HANTU, maka adalah jugak cerita mistik pasal
gunung ni. Waktu kereta tengah reverse, saya tengah separuh terjaga. Tiba-tiba
dalam separa terjaga tu nampak ada benda putih dekat dalam semak dekat sebelah
Irsyad. Tapi bila bukak mata tak nampak apa. Jadi saya fikir tu mimpi je kot.
Tapi tiap kali
pejam mata je, nampak benda tu ada dekat luar kereta. Bila bukak mata takde
pulak. Akhirnya, lepas sesat-sesat tu, nak call kereta yang dah sampai line
kejap ada kejap takde, kami sampai jua dekat kaki GBH sebelum subuh. Kami semua
ingat nak tidur lah kejap kan sementara belum masuk waktu, masing-masing letih
wehhh semalaman tak tidur. Lagi-lagi Acap Syiemey yang dari JB.
Waktu nak lelap
je masa tu, saya terus kena tindih. Wehh tak beragak makhluk ni. Selalu dah
lama tidur baru dia tindih. Yang ni baru je pejam mata. Saya dok lawan dia,
kali pertama jugak kena tindih dalam kereta. Dan kali pertama pergi hiking kena
kacau SEBELUM hiking.
Terus saya
melawan sambil baca ayat kursi. Tengah-tengah lawan tu, dengar ada benda putih
dekat luar tingkap dalam semak, dan saya dengar ada suara bercakap. “Ada
pontianak tengah perhati.”
Eee tensionnya.
Dahlah tak tidur satu malam, nak lelap kejap pun benda tu kacau. Sambil-sambil
kena tindih berkali-kali tu, akhirnya datanglah ahli-ahli lain dekat kereta
kami, kejutkan kami bangun subuh. Sebab tak larat dah, rasa macam kalau tidur
pun makin letih sebab kena kacau, saya pun terus pergi surau.
Lepas solat subuh
je, nampak Afiq terus marah dekat Afiq sebab pilih tempat ni untuk training
huhu. Geram kena kacau belum habis lagi. Kesian Afiq jadi mangsa. Last time Afiq pergi pun dah kena kacau katanya. Jadi memanglah tempat ni
bukan calang-calang. Saya mintak dekat Afiq nak keluar dari sini sebelum
Maghrib. Takut lagi malam kami keluar lagi banyak benda mengganggu.
Lepas pergi
toilet apa semua, berjumpa dengan ahli-ahli lain, kami pun berkumpul dekat
parking. Afiq dah bentang ground, sambil goreng telur. Saya pun tolong
sambil-sambil tu buat benjo untuk sarapan. Kali ni gigirls cuma dua orang yang
join, iaitu Didiy dengan Nurel. Rasa ingat-ingat lupa Didiy dan Nurel ni, tapi
dua tiga kali dah jumpa sebelum ni rasanya.
Ketuk-ketuk sahur. Masak benjo
Lepas sarapan,
baca doa semua, kami pun terus bergerak menuju ke laluan balak lebih kurang
pukul 7:27 pagi. Laluan balak ni je dah mencabar mental, kejap naik, kejap
turun. Ada group lain yang melepasi jalan balak ni dengan 4 wheel drive, tapi
kami yang acah2 training ni mestilah jalan kaki je dengan penuh semangat
kesukanan lol
Bersiap nak mendaki
Beberapa kali
jugak kami terserempak dengan 4 wheel. Ada yang Jabatan Perhutanan kot punya. Kalau
naik 4 wheel dah jimat beberapa kilometer perjalanan – omelku pada diri sendiri.
Belum sampai pintu rimbu pun time tu nafas dah kencang macam kuda berlari.
Didiy. Without her friends. Selalu Didiy and Friends aherher geddit? Geddit?
Mujurlah daypack
je, jadi takdelah beg besar. Setakat bawak air dengan makanan je. Dengan
headlamp in case keluar malam dan vaseline untuk elak melecet. Laluan balak ni
beberapa kilometer panjangnya dan jalannya tanah merah masih boleh dilalui
kenderaan pacuan empat roda. Mula-mula saya berjalan dengan Naja, tapi Naja kan
slim dan fit, dia pun berlalu meninggalkan saya dekat depan. Si Irsyad yang
nervous dah lama tak hiking sekali shoot laju jauh ke depan dengan Azlan ciss
Amir yang runner
takyah cakaplah. Dia sorang-sorang kemain laju rasa macam dah bukan group
kitorang dah lol. Bila dia tak tahu jalan baru dia berhenti tunggu kami.
Gambar terakhir dengan Naja sebelum ditinggalkan tak bertali. Ya ampun cara jalan pun nampak sangat struggle di situ hewhew
Ostad yang baru
lepas accident pun laju kemain weh. Malu titew dengan sumeorang semua padu-padu
tapi tawaduk ni.
Sampai dekat
bawah satu pokok tu, semua orang tunggu saya. Ingatkan nak rehat kejap sebab
semua orang tengah rehat, sekali saya sampai je terus Afiq suruh saya ikut dia jalan dekat depan. Waddefork tak kesian ke tengok kita menderita?
Terpaksalah berjalan
lagi terus menuju pintu rimba.
Kami sampai ke
Kem Sungai Kering dalam pukul 9:07 pagi. Namanya Sungai Kering tapi airnya
deras semacam je. Afiq gembira katanya pace kami agak laju pagi ni. Ada jugak
orang berkhemah dekat Kem Sungai Kering ni. Lepas berehat dalam 15 minit, kami
pun baru memulakan pendakian sebenar ke puncak GBH.
Mula masuk ke
dalam pintu rimba, jalannya dah makin kecik sebab laluan balak dah tamat. Lepas
tu mula-mula mendatar, tapi makin lama makin mencanak. Akhirnya sebab dah
talarad awaa saia hanyalah seekor panda yang lemah T.T saya pun akhirnya berada
di belakang sekali dengan Afiq dan Acap. Acap pakai Crocs je weh naik gunung
padu gila kan. Pastu kena gigit pacat dua tiga ekor lol.
Tanah agak
berlecak, ada sesetengah tempat lagi kering dan ada sesetengah tempat lagi
berlecak.
Hasyiemey dan partner-in-crimenya, Naja. Di sinilah bibit kemesraan bermula. Ghitooh! bak kata Syiemey
Sorang-sorang
melepasi kami, sebab kami dah slow kan. Lepas berjalan lebih sejam, kami sampai
ke Kem Orkid dalam pukul 10:40 pagi. Sampai je terus duduk mencari air.
Tiba-tiba ada orang keluarkan KFC, edarkan dekat kami. Bahagia gila
tengah-tengah hutan ada KFC. Tak taulah nak siapa yang bawak, kita akikahkan
aje hewhew
Ostad pulak
menunjukkan skill merawat luka gigitan pacat di kaki Acap ecewah. Waktu kami
rehat kejap tu dah start panas dan Kem Orkid ni pulak agak terbuka.
Kami bergerak
semula dalam pukul 11 menuju puncak. Lepas Kem Orkid ni dah takde pitstop.
Daripada jauh saya nampak puncak, lepas tu fikir sendiri “Ya Allah. Jauhnya
lagi nampak puncak ni! Mau lagi 3-4 jam baru sampai!” Tapi masa tu terfikir
jugak, kalau tak sempat sampai sebelum cut off time, tak layak pergi KorGa
bagus jugak hewhewhew. Boleh berehat je masa deorang pergi KorGa hehe #dasar
Sambil berjalan
tu, sebab treknya dah mula mencanak macam memintak-mintak nyawa, akhirnya
seperti biasa, saya pun tersingkir di belakang.
Tapi
alhamdulillah, belakang-belakang pun berteman. Ada Afiq yang setia menemaniku
(nyanyi lagu Sahabat – Najwa Latip untuk deorang sat lels), Ostad Fairus, Didiy,
Acap dan saya. Kami berlima bergerak sekali ikut pace yang paling perlahan. Tabah
deorang sweep saya. Sebab saya faham kalau pace kita laju dan kena jalan ikut
pace orang yang jauh lagi perlahan dari kita, memang cepat penat.
Pace kami agak
santai-santai, dan sampai dekat sebatang checkpoint pokok besar kami sempat
lagi bergambar menghabiskan masa lol. Sebab saya baru pakai phone Huawei Nova
2i yang canggih manggih ni, sempatlah nak test drive camera dia kan hewhewhew.
Yang dekat depan tu terus laju dah tak tunggu-tunggu dah kami dekat belakang.
Sampai sudah tak jumpa on trek, sampai puncak baru jumpa balik.
The Awkward 4. Eheh
Ada dekat satu
tempat, saya berhenti kejap mintak Afiq tolong keluarkan botol air. Sekali si
Didiy kata “Bad ni jangan comel lagi boleh tak?” wah kesipuan kita dikata comel
lol :3
Sambil mendaki,
beberapa kali kami berjalan potong-memotong dengan satu kumpulan dari
Putrajaya. Tak ingat deorang dari agensi kerajaan mana. Bila deorang rehat,
kami potong, bila kami berehat, deorang potong. Ada sorang akak tu dengan abang
sweeper yang teman dia. Kadang tu abang tu bercakap dekat walkie tolkie update
lokasi dengan ahli kumpulan dia. Beberapa jam jugak kami saling bersaing.
“Takpe, nak jalan dulu, jalan dulu. Saya memang perlahan sikit.” kata akak tu
waktu dia suruh kami potong dia.
Tiba dekat satu
lereng tu, sebab kepenatan saya mintak akak tu air minum lol (sejak YYBTN, dah
tak segan mintak air orang dalam hutan bahahaha) lepas tu siap cakap lagi kalau
air manis ada, lagi best kak. Sekali dia kata “Ada, ada.” Dia keluarkan satu
sachet Nutrisari lepas tu dia pass dekat saya sekali dengan air botol satu. Ya
Allah terharu gila. Dahlah tak tau malu mintak air orang bahahahaha
Air bancuhan
Nutrisari ni first saya minum waktu pergi Kerinci. Dekat Malaysia belum pernah
jumpa dekat kedai.
Menikmati Nutrisari dengan penuh feeling
Saya terus bancuh
Nutrisari tu, kongsi berlima dekat situ. Eksaited gila kami berlima waktu tu
terus jadi bersemangat nak mendaki. Kami teruskan pendakian sampai ke Simpang T
antara Gunung Besar Hantu dan Gunung Kecik Hantu. Sepanjang perjalanan, Ostad
dok bagi semangat “It’s okay Bad. Slow but steady.” Bagus ostad Fairus. Selalu
bagi semangat dekat orang waktu hiking.
Teringat jugak
pesan coach (lol). Jangan berhenti. Terus berjalan. Tak penting saiz kita, laju
ke perlahan ke. Yang penting jangan berhenti. Kami sampai Simpang T berehat
sekejap, makan gula-gula dengan coklat. Dalam kepala congak-congak berapa lama
lagi agaknya nak ke puncak dari sini. Jalan ke kiri menuju Gunung Kecil Hantu,
ke kanan ke puncak.
Lepas lama jugak
berehat, kami teruskan final lag ke puncak. Orang depan memang dah tak
terkejar. Afiq dah tinggalkan kami awal lagi sebab dia bawak ration menuju
puncak, takut lambat masak kalau dia lambat sampai. Dari Simpang T menuju
puncak, trek seolah-olah taknak berakhir. Dengan lecak, pacak. Keadaan masa tu
gelap, macam bukan pukul 12.
Tak ingat siapa ambil gambar ni, tapi comelnya kami bertiga hehehe
Waktu tu ya Allah
rasa nak tidur gila. Sepanjang malam tak tidur kot. Dengan kena kacau lagi
sebelum subuh. Rasa penat, pening, mengantuk. Kami terserempak dengan kumpulan
depan yang dah turun. Kami tanyalah, jauh lagi ke kak. “Kalau rasa dah dekat,
jangan tertipu. Jauh lagi sebenarnya.” Pesan akak group tu dekat kami.
Memang wehh, bila
rasa macam nak sampai, rupanya belum sampai puncak lagi. Berjalan lagi kami.
Lepas tu bila rasa dah dekat, rupanya masih kena hiking tak henti-henti. Memang
sungguh gunung ni macam Nuang – never ending track.
Kumpulan terakhir tiba di puncak (adoih perut tak sempat cover )
Sampailah
akhirnya pukul 1:30, barulah kami tiba dekat puncak, nampak deorang semua
tengah menyediakan makanan bentang ground semua. Wehh alhamdulillah dah sampai!
Leganya! Sampai je tanya Naja “korang sampai pukul berapa?”
“12:20 kot”
Gilo. Sejam jugak
rupanya perbezaan masa kami. Terus terlintas dalam pemikiran, aku dah
disqualified ni kan? Takyah lah pergi KorGa aherherher
Katering A&A (Along and Angah?? Afiq and Amar??) in action
Dari Kem Orkid
menuju puncak, lebih kurang 2 jam setengah jugak. Tak lama duduk dekat puncak,
tiba-tiba hujan turun. Terus Ostad Fairus pasang fly yang dia baru beli online.
“Murah fly ni. RM65 ja. Itu yang terus beli tu!” katanya kegirangan agitu
Syiemey pura-pura membantu
Sebab hujan dah
turun, saya terus sarung baju hujan. Baju hujan ni beli dekat Kerinci tahun
lepas, tapi tak pakai sebab dekat Kerinci masa kami mendaki tu tak hujan.
Mujurlah jugak terlintas nak bawak. Sejuk gila waktu tu, mujur kami bersembunyi
siap-siap taknak kena hujan dan angin. Masa tu berkabus je puncak, memang takde
view pun GBH ni.
Afiq menyiapkan
spaghetti carbonara untuk makan tengahari, tapi sebab saya kan lactose
intolerant, takut nak makan banyak *tapi banyak jugak sebenarnya lol* takut
kena sakit perut nak turun nanti. Saya cuba nak lelap barang sekejap sambil
baring bawah fly berselimut raincoat, tapi tak boleh. Adoih mengantuk gila.
Anak panda cuba melelapkan mata, tapi terjaga sebab ada orang snap gambar dia leulz
Lepas makan
semua, mula ingat nak solat dekat puncak, tapi Amar cadangkan solat dekat
bawah. Kalau kami shoot awal sampai dalam pukul 6 dekat parking, kami boleh
jamak taakhir Asar Zohor. Bagus-bagus. Nak bukak kasut, nak ambil wuduk susah
apatah lagi dalam keadaan kulit dah kotor kena lumpur.
Lepas siap kemas
barang, kami pun bergambar dulu sebelum turun. Sorang-sorang bergambar dekat
satu tunggul pokok. Kesian dekat Afiq, dia teringin bergambar dekat situ,
mintak Acap amekkan gambar dia tapi sebab masing-masing nak bergambar dekat
situ, dah ambil masa lama, akhir sekali kami turun tu Afiq tak sempat
bergambar. Sorry na Afiq. Takde rezeki hewhew
Gambar cover majalah bak kata kak Nina hehe
Didiynyer
Kasi can letak gambar Zizi center stage. Sebab gambar Zizi tak banyak hehe
Gambar Amir pun tak banyak. Letaklah sekali hewhew
Dalam pukul 3:00
petang, kami bergerak menuju ke Kem Orkid. Deorang ni, kalau naik dah laju,
turun pun lagilah masing-masing laju kan. Tak terkejar kot. Waktu nak turun tu
sebab baru lepas hujan, jalan dah licin, saya tergelincir jatuh sambil
terlatah-latah.
Terus berdiri
“It’s okay. I’m fine!” Baru lepas cakap ‘I’m fine!’ tu terus terjatuh buat kali
kedua. Lol
Kali ni terharu
dengan Afiq, waktu saya dengan Naja jalan depan sikit dia pesan dekat Naja
“Naja, tolong tengokkan Bad.” Tahulah saya ni jenis cuai huhu dah besar pun
kena berjaga asyik terjatuh je
Sebab turun laju
jugak, habis tunggul ranting akar banir semua saya pijak, sampai tapak kasut
dah koyak boleh rasa ada macam-macam masuk dalam kasut. Pasir, lumpur, ranting,
daun. Semua ada. Kasut ni baru je hantar jahit ke kedai haritu. Setiap kasut
boleh tahan berapa gunung je, lepas tu kena beli baru. Nak beli mahal terus
rasa macam tak mampu sobs sobs
Kami sampai Kem
Orkid semula dekat pukul 4, agak laju jugak. Dekat Kem Orkid ni kami berehat
sekejap. Tiba-tiba nampak ada sorang akak tu bawak teddy bear panda. Terus saya
mintak bergambar dengan maskot diri sendiri hehehe
Panda squared
Kami teruskan
lagi dari Kem Orkid turun ke Kem Sungai Kering lepas berehat beberapa minit
amek nafas sekejap. Ya Allah time ni memang mental sebab lepas trek dah rata,
kami berjalan rasa dah nak dekat sampai kem, tapi jalan dan jalan, masih belum jumpa
kem. Beberapa kali dengar bunyi sungai dekat sebelah kanan, tapi lepas setengah
jam jalan, tak jumpa lagi kemnya. Dah kenapa? Kenapa mempermainkan guwe seperti
ini huuuu penad
Si Acap sebelum
tu dok mengelak lopak, tapi bila dia dah stress belum sampai-sampai lagi kem, terus
dia pijak habis je lopak semua dah malas nak mengelak lol
Kami sampai
semula ke Kem Sungai Kering dekat pukul 5, betul-betul lepas Asar, yang
geng-geng laju dah sampai 10 minit lagi awal dari kami. Saya terus terduduk
dekat sebelah Lan, lepastu makan pisang. Yang lain pergi mandi dalam sungai,
saya malas sebab perjalanan jauh lagi. Takut melecet bila baju dengan seluar
dah basah.
Anak-anak mandi air
Lepas siap mandi
semua, kami pun meneruskan perjalanan ke parking melalui laluan balak. Sama
jugak waktu ni, rasa macam apsal turun ni lagi panjang dari naik tadi wehhh?
Dengan kaki masa tu dah sakit dekat tapak dengan betis, lalu pulak jalan tar,
sambil menurun fikir kenapalah aku pergi sini harini. Duduk rumah boleh rehat
kot huhuhu #penyesalan
Para model Sports Direct ni lol
Tinggallah saya,
Naja, Amar dengan Acap berempat turun sekali. (thanks y’all temankan titew!)
Lepas Amar dengan Naja tahu masing-masing dulu belajar UTM, terus click berdua.
Disebabkan Amar kata kami masih lagi awal, jadi kami pun malas nak berjalan
laju-laju. Kami pun banyak menghabiskan masa mengambil gambar je. Hehe padan
muka orang depan. Siapa suruh tinggalkan kami
Apsal gambar Acap semua lawa2 ni. Ini ngga fair!
Sampai semula
dekat parking, dalam pukul 6. Sampai je nampak deorang semua melepek dekat atas
ground kepenatan hehe. Tak lama rehat, saya terus mandi. Terserempak dengan
Nurel dekat tandas. Nurel kaki menggigil teruk, penat sangat dah tu haha.
Sambil berdiri depan tandas tu kaki dia terketar-ketar.
Lepas siap mandi,
saya duduk atas ground. Habis kena gigit dengan nyamuk besar-besar gajah.
Sambil menggaru-garu tu dah start risau sebab semua orang macam santai taknak
keluar lagi dari tempat ni. Rasa takut dah mula datang.
Lepas solat jamak
taakhir Asar dan Zohor, tengok orang lain macam lepak-lepak je. Tanya dekat
Afiq bila nak keluar? Afiq kata lepas Maghrib. Gulp.
“Kenapa? Kan kita
dah keluar dari gunung sebelum Maghrib?” tanya Afiq.
“Kita maksudkan
Maghrib tu dah keluar dari sini huhu” rupanya Afiq ingatkan saya maksudkan kena
sampai parking sebelum Maghrib. Lepas solat Maghrib baru keluar.
Lepas Afiq tahu
saya nak keluar dari parking tu sebelum senja, kami pun cepat-cepat azan
Maghrib, terus solat jamak taqdim dekat surau. Lepas solat tu, kemas-kemas
barang, terus gerak keluar dari situ. Keluar je dari gate, terus saya baca doa
mengelak benda tu mengikut sekali dengan ayat kursi dan ayat Tammah.
Alhamdulillah, rasa macam okay je. Takde meremang bulu roma apa.
Kami pun bergerak
ke Kuala Klawang nak makan malam. Kelakar gila sebab saya dengan Naja dulu kan
MRSM Kuala Klawang dari form 1 sampai form 3, kiranya kami melawat semula pekan
tempat kami membesar dulu lol
Kami makan dekat
kedai nasik ayam yang kami selalu lepak waktu outing dulu. Time nilah saya
bukak cerita apa yang berlaku waktu pagi tu. Amar pun cerita pengalaman dia
dekat Nuang, tapi time tu saya rasa tak sedap hati jadi saya mintak Amar berhenti cerita. Rasa seram sejuk time tu
Belum sempat habis makan, tiba-tiba hujan. Kami pindah masuk dekat ruang dalam. Masa tu sempatlah saya tanya dekat
Afiq, saya tak layak kan pergi KorGa? Sebab tak lepas cutoff time? Sekali Afiq
kata kira lepas dah sebab setel dalam masa sehari. Lagipun kami gerak naik tu
kira lambat dah, pukul 7 lebih, jadi kira cutoff tu agak awal. Urgh kena pergi KorGa
jugaklah maksudnya sobs sobs sobs *lap air mata dengan buff*
Lepas makan
semua, kami pun bersalam-salaman bercipika cipiki, kami pun bergerak balik ke
tempat asal. Kereta kami berhenti sekejap dekat petrol pump, si Acap nak pergi
toilet. Tiba dekat toilet, dia call Syiemey mintak teman dia lol tetibe je. Tak
tau apa deorang buat berdua dekat toilet. Hehehehe #sebarfitnah
Saya dengan
Irsyad bersetuju waktu tu Syiemey ni sebijik macam Amirul Syazwan lol. Dari segi
gaya, cara pertuturan. Ayat dia. Sebijik. Tapi Irsyad kata “Syiemey has more
balls” lol Irsyad jahadd carut Mirul.
Begitulah
kisahnya pendakian kami ke Gunung Besar Hantu. Dah banyak-banyak gunung naik
pun, masih rasa talaradd penadd takuaadd. Hadoih entah bila nak jadi padu
seperti teman-teman seangkatan yang lain. Naja yang jarang gila hiking pun laju
berdesup naik gunung.
Walaupun ikut ujian
kelayakan ni saya dah lulus pergi KorGa *jeling Afiq*, saya rasa macam tak
cukup lagi training. Ketinggalan jauh dengan group depan, beza sejam. Tapi Naja
mengaku dia yang menyebabkan depan tu laju sebab dia cucuk semua orang lol
kuangsammm patutlah semua laju gila. Rasanya kena practice dengan lebih
hardcore. Chayok2~
Itulah saja nak cerita
pengalaman ke GBH. Lepas ni nantikan entry seterusnya ya *lol bajet ada orang
baca je kan*. Seperti biasa, mohon maaf andai terkasar bahasa dan perbuatan. Sesungguhnya
dalam hati takde niat nak memburukkan sesiapa, hanyalah sekadar bercandat bercanda
merapatkan ukhwah fillah abadan abada binafsha ehewah!
Jumpa lagi dalam
entry seterusnya. Renung-renungkan dan selamat beramal!
XOXO – bedaduz
#hikermontel lol
Log:
Start : 0727
Kem Sungai Kering: 0907
Kem Orkid: 1040
Shooter summit: 1218
Sweeper: summit 1329
Start turun: 1504
Kem Orkid: 1557
Kem Sg Kering: 1640
Kem Sungai Kering: 0907
Kem Orkid: 1040
Shooter summit: 1218
Sweeper: summit 1329
Start turun: 1504
Kem Orkid: 1557
Kem Sg Kering: 1640
No comments:
Write curses