21 May 2017

MENCANDAT SOTONG 2.0 #GEMASelangorBackpackerz

Assalamualaikum dan hai-yieee! *ubah sikit intro hehehe*


 Barisan Pencandat Laut dan Pengail Ikan (PENCALA LINK)


Cuti hujung minggu lepas, 13 dan 14 Mei 2017, saya buat kali keduanya bersama-sama geng GEMA Selangor Backpackerz #kamitakdelahpoyosangat hehehe pergi mencandat sotong di Terengganu. Nama rasmi program ni ialah Candat 2.0, dan buat julung-julung kalinya, Amirul Syazwan jadi pengarah yaww!
*clap clap clap*

Ini ialah program GEMA pertama yang saya join 2 kali berturut-turut, bermaksud dah genap setahun jugaklah saya menyertai GEMA Selangor Backpackerz buat aktiviti outdoor. Seperti biasa, kalau dah join 2 kali, mesti ada beberapa kelainan Candat 2.0 ni berbanding yang pertama

 Peserta menunggu bas dekat stadium. Wah teringat memori YYBTN

Kali ni, pertamanya, lagi ramai peserta lelaki dari perempuan. Kedua, tahun ni ada 2 bot sahaja berbanding tahun lepas ada 3. Ketiga, kedua-dua bot yang kami gunakan ialah bot kayu. Tahun lepas satu bot kayu, 2 lagi bot fiberglass. Keempat, tahun lepas kami mencandat dekat perairan Pulau Kapas manakala tahun ni dekat perairan Pulau Redang/Bidong. Kelima, tahun lepas kami mencandat waktu malam gelap bertemankan bimasakti, tahun ni kami mencandat bertemankan bulan mengambang.

 Dekat LRT Gombak. Konon-konon nak panggil peserta berkumpul lah pegang poster candat

Seriously kali ni rasa memang taknak pergi lol. Sebabnya ada kekangan kewangan, dan lagi pulak dah pernah join tahun lepas kan. Tapi disebabkan ramai yang merayuku hewhewhew last minute jugaklah baru saya join (lagipun nak support Amirul sebagai pengarah kan). Pastu deorang kata siapa nak tulis blog kalau Bad takde hewhewhew #flipshair

Anyway, selaku pengarah, Amirul pun mengamalkan nepotisme haagituh ajak sedara mara dia join. Ash, sepupu Amirul, the one and only pensyarah yang join tahun lepas kali ni diserikan dengan dua orang adik Amirul, Amir dengan Athirah. The more the merrier krismes kan. 

Tahun ni ada beberapa key figures GEMA yang tak dapat hadir, seperti Naufal, Yunuss, Amar dan kak Nina dan ada yang tahun lepas takde tahun ni ada, seperti Naz, Afiq, Hafizuddin, Saidah dan Hakim. Kali ni buddy hiking saya dekat YYBTN, Madi join sekali mencandat.

Untuk list penuh peserta, boleh rujuk jadual dekat bawah (gittuh dah start buat jadual kan..nak make sure nama semua orang disebut dalam entry hehehe):

ADA 2016/TIADA 2017
TIADA 2016/ADA 2017
Naufal
Yunuss
Kak Nina
Amar
Nazirul
Afiq
Hafizuddin
Saidah
Hakim

ADA 2016/2017
Tokie
Kakasarah
Fairus
Daus
Amirul
Naja
Keon
Ash

BARU 2017
Aizuddin
Mukhlis
Epi
Aliff Ashraf
Anas
Akmal
Fazrie
Azlan
Syed Muhamad
Shafiq
Syed Muhammad
Walter Lee
Juwairiah
Aishah
Sarrah
Nas
Husna
Amir Huzaimi (Adik Mirul)
Athirah (Adik Mirul)
Madihah
Irma
Siti Fairus
Naztiana
Aliya



Pada tanggal 12hb Mei tu, lepas balik kerja saya terus kemas baju. Sebab dah tahu macam mana keadaan atas bot, banyak gila barang saya tinggalkan. Baju bawak dua helai je, headlamp tinggal. Taknak bawak jeans sebab berat. Asam/jeruk pun tak bawak, memang niat di hati nak pow orang #dasarpanda hahaha

Lepas maghrib tu terus chow pergi rumah Zaidi. Tahun ni Zaidi dah tak join mencandat sebab dia mabuk teruk lol

Esok-esok pagi, terus gerak ambil Keon dekat Hospital Selayang pergi Terminal Putra dekat Gombak. 

Sampai dekat Gombak mula nak park dekat rumah Bintang (Bintang pun tak join dah kali ni, katanya sebab katanya sekali cukuplah hahaha) sekali pak guard rumah dia kata maksimum parking visitor 6 jam je, lepas tu kena bayar. Ciss terpaksalah tukar plan beli kad RapidKL nak parking dekat parking LRT tu.

 Baz rasmi GEMA Selangor Backpackerz, AZLiner dah sampai

Lepas beli kad Rapid, Fareez call. Katanya ada sorang peserta yang isi borang kata nak naik dekat Shah Alam, tapi dia tak angkat call. Lepas call waris dia, waris dia kata dia naik dekat Gombak.
Fareez suruh saya settlekan cari pesrta tu, pemilik nama Azlan. Lepas tu Ostad Fairus pulak mesej, dia suruh hantar location. Saya pun hantarlah. Tiba dia tanya nak parking dekat mana dekat Gombak. 



 Dah sampai Terengganu! Singgah solat sat

Lepas fikir-fikir, saya suruh dia park dekat Taman Melati dekat masjid. Nanti saya pick up dia. Rupa-rupanya Ostad patut naik dekat Shah Alam, tapi pagi tu dia terlewat bangun sebab malam semalam dia balik lewat ada meeting. Katanya celik-celik mata je hari dah cerah, ada 14 missed call dengan seratus lebih mesej hahaha. Patutlah masa call dia suara panik je. 

Siap-siap je kami parking dekat LRT, bas pun dah sampai dari Shah Alam membawa lebih separuh peserta. Tanpa berlengah masa, lepas bersalam-salaman penuh heksaited sebab dah lama tak jumpa bahahaha kami pun memulakan perjalanan ke Terengganu. 



 Jeti Merang
Dah sampai di jeti

Tak macam tahun lepas, tahun ni kami kejar masa sebab takut ribut. So kami akan naik bot dalam pukul 4 takut-takut berlaku ribut waktu lewat petang. Tahun lepas kami naik bot pukul 7 malam. 
Kami sampai dekat R&R Temerloh pukul 11:01 pagi tepat, turun lunch dan beli apa-apa yang patut. Dalam bas tu sambung tidur balik, bila celik borak-borak kejap, lepas tu tidur balik, sampailah di Terengganu dalam pukul 3. Kami solat jamak taqdim dengan tukar baju dekat masjid, terus gerak ke jeti.

 Sesi taaruf sesama peserta. Tak kenal tak cinta. Dah kenal baru boleh menyotong sesama

 Nak jugak letak muka titew hehuhehu

Sampai dekat jeti, dengan pantasnya sauk, joran, coolbox, air mineral segala bagai diturunkan, lepas tu seperti biasa, ada sesi bertaaruf. Kami tumpang kejap surau tingkat atas dekat jeti nak bertaaruf dan bertaklimat ringkas.

Kami pun dibahagikan oleh Tokie kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan melantik seorang ketua. Naja atau Naj dilantik jadi ketua bot 2 dan Mukhlis atau Is dilantik jadi ketua bot 1. Jadi nama ketua kami ialah Naj dan Is. Naj. Is. Naj. Is. Hehuhehu

Kali ni semua orang telan ubat tahan mabuk sebelum naik bot, dah belajar dari pengalaman lepas. 

 Ayuh memunggah barang naik bot

Lepas siap bertaaruf, kami pun bergambar dan bacaan doa diimamkan oleh Ostad Fairus. (Hang nak keluar sendiri ka nak aku panggil nama – kata Naz waktu nak memperkenalkan Ostad hahaha)
Selepas kami dipisahkan mengikut bot, kami pun memulakan pelayaran menuju Pulau Redang daripada jeti. Sekitar jeti ialah kawasan paya bakau, perlahan bot membawa kami keluar dari perairan payau kepada lautan lepas.
 
Perjalanan dimulakan

Kemudian bila sampai dekat tengah laut, kami dipindahkan daripada bot kecil untuk naik bot kayu yang lebih besar.

 Eksaited gila muka Kim T

Seronok jugak rasanya naik bot kayu, first time naik sebab last time naik bot fiberglass. Bot fiberglass dalamnya lebih sempit.


 Penghuni Bot 2

Lepas tu bot kayu rasa lebih kukuh dan gagah, siap ada dua tingkat bagai. Tapi bot 2 ni lebih kecil berbanding bot 1. Bot 1 besar gilos weh, dah macam kapal lanun. Kali ni mencandat atas bot 2 saya dapat sekali dengan kakasarah, Daus, Keon, Naja, Hafiz dan kak Aishah, Walter Lee dan Ostad Fairus, Akmal dan Fazrie dan Husna dan Sarrah, Azlan dan Syed. Yang majoriti pulak semua masuk bot 1, termasuklah the Amirul clan dan dua orang Chef, Aizuddin dengan Afiq. Cisss dua-dua chef dia sapu  

Wah dah macam nelayan

 Bot 1 dari kacamata bot 2





 Ostad Fairus kata kami macam kapal lanun nak menyerang pantai 

Bot kayu ni yang bestnya boleh lari daripada bau diesel. Bot fiberglass rasa macam satu bot bau macam diesel takde tempat nak lari. 


Terasa agak jauh perjalanan, sebab kami naik bot lepas Asar. Tapi best rasanya sebab kali ni kami dah belayar melangkaui Pulau Bidong dengan Pulau Redang. Masa mencandat kali pertama tu tak sampai pun Pulau Kapas. Bot kami berhenti dekat tempat pertama dalam pukul 6.30. 

 Pulau Redang

 Sunset di perairan Pulau Redang

Dekat tempat pertama, kami campak candat je terus dua ekor sotong melekat. Yang pertama Walter Lee dapat. Yang kedua Akmal. Wah excited lah. Dah lah tengah laut line telefon full, cepat-cepat kami hantar gambar dalam group WhatsApp nak tunjuk kami dah berjaya candat dulu sebelum bot 1 #competitivesquidjiggling hehehe



Sotong pertama bot 1

Sotong pertama bot 2
 

Sotong kedua Bot 2

Sotongnya pulak besar kalau compare dengan Mencandat 1.0 dulu. Disebabkan sotong ni macam rela je kena candat oleh kami macam nak bunuh diri, kami pun panggil sotong ni....Suicide Squid

Tapi sebab dua ekor je sotong naik, bot kami pun bergerak semula cari port lagi dekat dengan pulau. Tengah-tengah laut tu nampaklah matahari terbenam. Cantik! Last year kan kami naik bot masa Maghrib, memang tak dapatlah view sunset.


Cantiknya lautsss

Lepas sauh dilabuhkan je, tanpa berlengah kami pun terus mencampak candat ke laut, tapi kali ni makin susah pulak sotongnya nak naik.

Dah dekat-dekat maghrib tu tekong bot sediakan maggi goreng untuk kami. Weh tak tahu kenapa rasanya sungguh lazat, agaknya sebab kami last makan pun pukul 11 pagi kot, semua dah kebuluran. Sekali hadap je licin habis maggi satu periuk.

Bila matahari dah terbenam, bot kami pun melebarkan sayap (tiang tu bentuk macam sayap) dan lampu dihidupkan untuk menerangkan suasana. 

 Sayap terbuka, lampu menyala

The winner for best picture from the trip! Photographer: Naja

Lepas solat maghrib dan Isya’ secara jamak taqdim, keadaan cuaca pun tenang, langit terang, laut pun tak bergelora, kami pun bergilir mencandat. Kali ni ada air kopi o panas sambil menyotong eh, mencandat. Enak betul sambil acah-acah merenung laut sambil berfalsafah, sambil tu minum kopi panas berwap-wap.

Tapi mungkin sebab effect ubat tahan mabuk, dah lepas Isyak tu kami semua pun layu, tumbang sekor-sekor. Tapi tak mabuk laut pun, cuma mengantuk gila babas tak boleh nak bukak mata.
Dalam pukul 8:45, akhirnya setelah setahun bergelar pencandat gagal, saya berjaya menamatkan kemarau sotong dengan mendaratkan sotong yang pertama kakaka

Tolong menenangkan sotong yang ketakutan hewhewhew


Bangga gila kot akhirnya. Lepas dah dapat sotong tu terus masuk tidur bahahaha

Sambil ikat tali candat dekat tangan, tangan hulur dekat tepi bot, saya bentang safety jacket lepas tu baring. Terus tak sedar diri. 

 Tidur....
..tidurr....

...dan tidur lagi..


 Tapi paling seram si Ash baju hitam yang kepala dekat dinding bot tu. Tidur sambil tersenyum

Tiap kali bangun, cek candat. Takde pun sotongnya. Daus kata ikut pengalaman tahun lepas, malam-malam sikit baru sotong banyak. Daus pun sambil duduk pegang candat tu mata boleh terpejam.

Malam sikit tu, nampak bulan mengambang 16 Syaaban muncul di sebalik awan, terbit naik ke dada langit. Bila naik bulan, bintang-bintang pun bersembunyi di sebalik cahaya bulan.

 Cahaya bulan mengambang di tengah lautan

Nampak beberapa kali kilat dari kejauhan, mujur jugak sepanjang malam tu belum lagi nampak tanda nak hujan. Dekat sekeliling kami, nampak lampu dari bot-bot lain yang mencandat sekali. Tapi tak macam dekat Pulau Kapas, mencandat kali ni botnya tak padat. Botnya jauh-jauh. Sunyi kami sesekali dipecahkan bunyi enjin bot. 

Dalam beberapa kali bangun tidur candat tengok laut, tak timbul-timbul jugak sotong-sotong. Tahun lepas sotong keluar pukul 2.30 pagi sambil menari-nari macam bunga api, tahun ni sotong-sotong tak mahu jumpa kami huhuhu

Tapi beza sotong tahun ni dengan tahun lepas, sotong tahun ni tak banyak, tapi semua besar-besar. Tahun lepas banyak tapi kecik-kecik. Tahun lepas sotongnya bermain dekat permukaan air sampai boleh disauk, tahun ni semuanya bersembunyi dalam laut.

Dalam pukul 5:30, saya pun terjaga. Cek candat, masih belum ada sotong. Seorang demi seorang terjaga, dan lepas kami gulung semula tali candat, solat subuh, bot pun mula bergerak balik ke jeti.

Sesi photoshoot sebelum kembali ke darat

Sambil belayar tu, abang bot tolong masakkan sotong yang dah dicandat untuk kami. Celup tepung. Wehh lazat gila sotong fresh dia goreng. Memang lain sangat rasa kesegaran dia tu.

 Tengok muka Idah ceria betul dapat makan sotong

Sambil bergerak semula ke jeti, matahari pun naik perlahan-lahan dari laut. 

Dah sampai di darat 
Sampai di jeti, lepas siap punggah barang semua, bawak sotong naik darat, kami pun bergerak untuk breakfast. Selain sotong, bot 1 berjaya mendaratkan seekor ikan barracuda. Kali ni beza bot 1 dengan 2 ialah sotong bot 1 semua yang warna merah jambu, sotong bot 2 semua warna putih. 

Hasil tangkapan hidupan laut. RIP Barracuda

Lepas breakfast, mandi dekat masjid semua, kami pun bergerak balik ke KL. Weh duduk je atas bas, terus lentok tak sedar diri. Rasa macam effect pil tahan mabuk tu tak habis hilang lagi. 

Kami berhenti sekejap dekat R&R Temerloh nak agihkan sotong ke dalam beg plastik dan nak potong sekali ikan barracuda tu. Entah mana tah deorang jumpa parang haha. Lepas tu terus bergerak balik sampai ke Gombak.


 Lepas candat, sotongnya diagihkan ke dalam beg plastik secara samarata. Adalah dalam 3-4 ekor sorang


 Afiq memotong ikan barracuda, Tokie sebagai mandur. Hakim ada kuasa telepati dengan ikan sebab bila potong ikan, dia yang menganga kesakitan. Eh bytheway ni macam dalam bonet bas je ni

So guys, itulah kesudahan kisah candat 2.0 minggu 13hb Mei yang lalu. Katanya mencandat ni akan jadi event tahunan, jadi insyaAllah harap-harap tahun depan ada lagi. Kalau ikut respon kali ni, alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Mula ingatkan bila dah pergi kali pertama, kali kedua macam dah tak istimewa. Tapi rupanya tidak, sebab orang tak sama, pulau tak sama, dan paling penting bot tak sama hahaha

Rombongan Shah Alam disambut oleh delegasi GEMA Selangor *dan juga Nizar the baby*

Seperti biasa, mohon maaf andai ada terlanjur bicara, perkataan dan perbuatan. Tiadalah niat di hati hamba untuk melukai sesiapa, melainkan untuk bercandat, I mean bercanda. Ewah. Kepada korang semua peserta, next time joinlah kami lagi ya. Kami mengalukan kalian dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, icebox sotong kami tadahkan. Sekian renung-renungkan dan selamat beramal!

P/S
1- Kami kena charge parking dekat LRT Gombak RM28. Weh satu malam je kot
2- Balik tu makan eskrem panda. Hahaha
3- Kali ni mencandat in terms of experience sangatlah menenangkan. Tak stress macam tahun lepas sebab tahun lepas mabuk
4- Lepas balik rumah, masing-masing kongsi gambar sotong yang deorang masak ikut resipi masing-masing. Saya masak celup tepung semua. 
5- 'Mencandat was like a dream, cos I slept the whole night.' lol

Sekian. Jumpa lagi di edisi outdoor seterusnya! XOXO












No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter