Hai y’all.
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!
Kali ni saya nak
cerita pengalaman mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan pada hari
Sabtu, 30 Julai 2016 yang lalu. Pendakian ke Gunung Datuk ni ialah salah satu
daripada siri latihan untuk ke Gunung Yong Yap – Bubu – Tok Nenek bersama geng-geng
GEMA Selangor Backpackerz hujung bulan 8 ni insyaAllah. Disebabkan saya gataiiii
sangat nak panjat YYBTN tu, maka terpaksalah dengar cakap Fareez untuk
menghadiri beberapa sesi training mendaki dan memanjat di gunung-gunung sekitar
Semenanjung untuk mempertingkatkan stamina dan kekuatan kaki, tangan dan
sekaligus mengempiskan perut hewhewhew
Gambar 4 tahun lepas dengan Kelat | Kop | Gedil #maintaincomel hehehe
Gunung Datuk ni
ialah puncak tertinggi daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan ketinggian 884 meter
dari aras laut. Juga dikenali sebagai Gunung Rembau atau Gunung Datuk Rembau. Nama
Gunung Datuk dikatakan berasal daripada Dato’ Perpatih Nan Sebatang yang
mengadakan sebuah perjumpaan di gunung tersebut pada tahun 1372 bersama ketua-ketua
suku untuk memilih pemimpin baru.
Sehari sebelum
mendaki Gunung Datuk ni, agak risaulah jugak sebab nak bertolak sebelum Subuh.
Kalau tidur takut tak bangun, kalau tak tidur, letih pulak nak mendaki. Disebabkan
saya memilih tengah-tengah, saya pun tidur lambat hukhukhuk. Esoknya dah tak cukup tidur T.T
Paling risau mestilah nak memanjat gunung tu laratkah aku
sebenarnya. Kali terakhir mendaki dekat Lata Medang, itupun daki-daki manja je
(macam pelik je guna daki-daki)
Malam tu, saya
cadang nak goreng mee hoon buat makan dekat puncak, lepas tu kena marah dengan
Fareez. “Kau nak pergi berkelah ke nak pergi training?” katanya
Lepas kena marah
tu, saya pun kata Oklah, goreng nugget jelah.
(Garang tau Fareez ni. Selalu marah kita. )
Pagi esok tu,
terjaga pukul 4.20. bapak terkejut sebab nugget belum goreng lagi, barang-barang
satu hapah tak kemas pukul 5 dah nak gerak dari rumah Fareez.
Lineup: Yunuss | Din | Naufal | Nazirul | Fareez | Me, the cutie (lol!) | Hakim | Ustad |
Terus bergegas dengan
skil ninja saya ke dapur hidupkan api goreng nugget, sambil kemas barang lari
keluar masuk dalam bilik sambil mulut berzikir-zikir panik. Berapa kali tah
Fareez call dengan WhatsApp suruh bangun, siap hantar voice message bagai.
Lepas goreng
habis sekilo nugget tak hagak, saya pun bergegas bawak kereta langgar traffic
light merah semua hewhew demi menuju destinasi sambil mata belum habis celik. Pukul 4 pagi mana ada kereta ye dok, nak cepat sampai tak
sempatlah nak ikut traffic light kekeke.
Sampai je rumah
Fareez deorang semua dah tunggu dekat kereta MyVi si Hakim.
Malu-malu.
Lepas tu kami pun bertolak berlima satu kereta. Hakim drive, saya dekat depan (sebab montel kan, duduk belakang kang tak muat), Fareez, Yunuss dengan Naufal di belakang.
Malu-malu.
Lepas tu kami pun bertolak berlima satu kereta. Hakim drive, saya dekat depan (sebab montel kan, duduk belakang kang tak muat), Fareez, Yunuss dengan Naufal di belakang.
Tibah!
Kami pun
bergeraklah dengan riang ria raya sampai RnR Seremban, berjumpa lagi 3 orang geng;
Nazirul dengan Ustad Fairus satu kereta, dengan Aizuddin aka Izu (kot) aka Din
kawan Iwan Nenek Kebayan Batu Maloi lagi satu kereta.
Dalam pukul 6.30
kami sampai dekat kaki Gunung Datuk, terus solat Subuh, buang apa yang tak
patut, tukar kasut, pek barang semua, kami pun mula mendaki lebih kurang pukul
7.
Mula-mula tu
konpiden lah jalan laju-laju, baru 50 meter jalan tu tetiba mak aih separuh
nafasku hilang.
Dah mengah-mengah,
saya pun jalan pelan-pelan. Lepas tu sekor-sekor potong naik ke atas. Mula
nampak Yunuss hilang, lepas tu Ustad dengan Nazirul, lepas tu Din, lepas tu
Hakim. Last sekali tinggal saya, Naufal dengan Fareez je dekat belakang huhuhu
Waktu tu dah mula
slow down dah, dada macam tak cukup bernafas, jantung dup dap dup dap dengar sampai ke
telinga. Tapi terpaksalah gagahkan diri nak panjat, walaupun ada secebis
perasaan dalam hati fikir nak balik, penat, tak larat, aku menyesal semua ada,
apa salahku diuji begini lol
Lagenda Gunung Datuk menyebut, setiap 4 tahun seorang jejaka kacak berbaju merah akan tiba ke puncak Gunung Datuk. Siapakah jejaka kacak itu (hint: dia berbaju merah)
Mujur ada Fareez
dengan Naufal je bagi semangat. “Come on, you can do it Bad!” dok ulang si
Fareez. Saya pun dalam hati nak menjawab “Yes I know I can. Tapi lain kalilah,
bukan harini huhuhu” tapi mujurlah sebab penat cungap-cungap nak bercakap pun
tak larat hewhewhew
Tiap kali nak
duduk je, Coach Fareez marah. “Duduk depan sana! Sini orang nak lalu lah!”
Lepas tu time berehat je dia tengok jam. “5 minit lagi kita gerak!”
Wah penat woo!
Tegas betul coach kita.
Setiap kali
sampai checkpoint je, mesti dia bagitahu “Dah tak lama dah. Tak lama lagi
sampai!” tapi sebab saya terlalu letih nak bercakap pun tak larat nak kata dia
tipu huhuhu
7 Putera Kayangan dengan gaya bebas. Ewah. Naufal kata tunjuk tangan tuding jari ke kamera tu trademark GEMA, macam shoot cover album boyband. Saya pun ikutlah buat. Tah jadi ke tak hahaha
Yeay dah sampai puncak!
Coach Fareez bergaya dengan gelas buluh
Bila dah
dekat-dekat sampai puncak, tetiba si Fareez berlari tinggalkan saya
terpinga-pinga dekat belakang. Ciissss! Tinggallah saya dengan Naufal menghabiskan
sisa pendakian kami hewwww. Tapi Naufal bagus sebab dia realistik, tiap kali
dia kata nak sampai dia akan bagitahu sekali berapa ratus meter tinggal.Saya pulak dalam hati "Wah? Ratus-ratus meter? Awaa saia taa kuadd"
Lebih kurang
pukul 9:05 minit, selepas lebih kurang 2 jam, sampailah jugak saya di puncak dengan penuh bangga dan letih
(dan penuh taubat keinsafan hehuhehu). Weh waktu tu sungguh rasa macam ya ampun teruknya
panjat gunung weh apsal aku rela nak memanjat ni taknak
panjat dah sorry aku tak mampu
Sampai-sampai je,
deorang yang sampai awal dah siap masak air teh apa semua. Tanpa perlu dijemput, saya duduk ambil tempat, terus sambar cawan air teh haagitu. First time saya minum
air teh panas dalam buluh (rasa dia agak payau). Lepas tu keluarkan nugget yang
goreng sekilo tu dalam hati sempat cakap “tolonglah habiskan wehhh. Aku taknak
bawak benda ni turun!” huuuu
Ostad kata "Nak amek gambaq dengan Bad, nak keluaq dalam blog!" Tercapai na hajat Ostad
Ostad jelir-jelir lidah bakpe tuuuuu. Nakal tau muahahaha
Dekat atas puncak
Gunung Datuk ni, ada satu kesan tapak kaki atas batu yang dikatakan sebagai
tapak kaki Hang Tuah, kononnya Hang Tuah melompat dari Gunung Datuk dan sebelah
tapak kaki lagi di Tanjung Tuan, ketika Hang Tuah mendarat. Nak sampai ke puncak
kena mendaki 3 kali tangga, satu tangga biasa, satu tangga tegak mencanak 90 darjah,
dan yang ketiga tangga zig zag nak naik ke batu puncak.
Jejaka Idaman Malaya pandangan depan. PM tepi untuk harga
Jejaka Idaman Malaya pandangan belakang
Jejaka Idaman Malaya pandangan sisi
Jejaka Idaman Malaya tunjuk burung (??)
Lepas kami ambil
gambar semua, tweet dan WhatsApp sumeorg nak bagitahu satu dunia berjaya panjat
gunung, dalam pukul 10:30 tu pun kami turun. Bila dah turun ni bolehlah
berlari-lari anak sebab dah tak mendaki aherherher. Dalam pukul 11:30 kami sampai
dekat kaki gunung. Nak melepaskan penat (sebenarnya aku je yang penat, yang
lain semua steady je hmmpphh), kami pun memakan kecendolan di restoran dekat
kaki gunung Datuk. #carboloading katanya
Nazirul, ni je gambaq hang aku dapat. Mintak mahap na tak sempat hang nak pose kungfu hahahha
View Rombau dari puncak.
Ya ampun tak ikhlas gila muka amek gambar sebab matahari terik lol
Tengah-tengah
makan tu, alamak tetiba dapat rasa tak sedap. Dapat rasa ‘benda’ tu ada. Saya
bagitahu dekat Fareez, lepas tu buat dono jelah walaupun kejap-kejap dapat rasa
meremang.
Masa nak balik si
Ustad dengan Nazirul ajak mandi dekat Ulu Bendol, tapi sebab malam tu ada open
house dekat Ampang, rasa macam nak balik awal nak berehat tidur apa semua
hahaha. Jadi saya pun mengikut kumpulan balik ke rumah Fareez.
Kami sampai
semula ke Bangi dalam pukul 1:00 lebih kot, lepas tu ingat nak makan dekat open
house kawasan kejiranan Fareez, tapi beratur sikit punya lama. Last sekali
Fareez ajak makan rumah dia je, ada rendang katanya.
The first one yang turun. Tangga dia serius gayat wehh. Abang baju kuning tu banyak tolong ajar sambil bagi motivation. Lepas tu dia pesan dekat saya supaya konsisten panjat gunung. Dia cerita ada sorang kenalan dia berat dari 116kg turun 74kg lepas 3 bulan berturut2 panjat gunung. Hmmm nak kata aku gemuk lettew
Makan cendol #carboloading
Sebagai kesimpulannya, waktu tu dapatlah mengukur stamina memasing tahap mana. Cemana weh nak panjat Yong Yap - Bubu - Tok Nenek nanti kalau yang ni bawak load ringan pun mengah-mengah banyak kali berhenti huuu tatut.
Mujur si Fareez bagi semangat, katanya semua orang boleh. Penat, semua orang pun penat. Takpe Coach, jangan risau. Saya takkan hampakan coach! *sambung jogging 10km*
Itulah nak cerita buat kali ni. Mohon ampun andai terlanjur kata@bahasa, niat nak bercandat bercanda merapatkan ukhuwah. Ehewah.
Assalamualaikum dan jumpa lagi dalam siri latihan yang seterusnya!
P/S: open haus malam tu jumpa Eirzreen, roommate lama dekat MRSM Jasin yang dah literally 10 tahun tak jumpa hewhew
Roommates lama maintain cute hikhik
No comments:
Write curses