Hai y’all dan selamat sejahtera!
Sejak dua
menjak ni, saya dah aktif beraktiviti outdoor (sebenarnya baru join dua
aktiviti hewhewhew). Sekali dekat Bukit Batu Putih dan sekali lagi dekat Batu
Maloi. Minggu lepas, Sabtu Ahad, 9 & 10 April 2016, saya dengan berdebarnya
menyertai Explorace dan aktiviti menjelajah gua atau nama English-nya, caving dekat Batu Maloi, Tampin.
Hari Sabtu
tu kami kena Explorace dekat sekitar Pekan Air Mawang, tempat terletaknya Batu
Maloi. Sebenarnya entry ni simple je, nak cerita pengalaman kami di checkpoint
terakhir Explorace, kena berjual beli pantun dengan Nenek Kebayan nak dapatkan peralatan
memasak untuk memasak malam tu.
Nak jumpa
Nenek Kebayan pengerasnya ialah kami kena upload gambar semua ahli kumpulan
kami dekat pintu masuk Batu Maloi, dan kena dapatkan at least 20 likes untuk
berjumpa Nenek Kebayan. Punyalah waktu tu gelabah nak cepat dapat 20 likes, terus memasing bukak phone, pastu add friend semua ahli group, post dkt fb gambar, share dekat twitter, instagram bagai, lepas tu call semua member-member mintak like gambar sebab nak cukupkan 20 likes dan pergi ke checkpoint terakhir.
First time rasa macam mengemis like untuk gambar macam 'Sis, like gambar I sis. I merayu pada you sis, tolonglah I sis.' Haa macam tu!
Preparation nak cari posing terbaik nak bergambar
Tadaa! Inilah gambarnya. Dapat 85 likes y'all! And for the record Fizee, it's Maloi, bukan Malai :P
Jadi sebab
saya rasa kumpulan kami antara kumpulan yang excel dalam cabaran ni (Cewah!),
nak share pantun yang kami jual beli dengan Nenek Kebayan. Here goes:
(pantun ni
kami beli pantun Nenek yang tanya hajat kami berjumpa dia)
Andai patah
sayap Rajawali,
Bertongkat
juga kami ke mari,
Besar
sungguh hajat di hati,
Pertandingan
Explorace ingin dimenangi.
(pantun ni
kami jual ke Nenek):
Andai roboh
kota Bangkahulu,
Kami dirikan
papan di Melaka,
Hajat di
hati inginku tahu,
Menang
Explorace apakah cara?
(pantun ni kami beli pantun Nenek yang tanya apa lagi yang
kami hendak dari dia):
Pergi
mengail di pinggir kali
Kail ditunda
di tebing jeram,
Kalau nenek
belaskan kami
Perkakas
memasak berikan pinjam.
(pantun
penutup lepas Nenek izinkan kami pinjam perkakas memasak):
Pucuk
mendatang ulam dicita,
Hinggap di
dahan si burung kedidi,
Hajat di
hati sudah dikata
Izinkan cucu mengundur diri.
Macam scary kan Nenek Kebayan ni dari belakang? Pinjam gambar group lain, group kami tak sempat bergambar dengan Nenek Kebayan
Satu je gambar Nenek Kebayan ada dalam simpanan. Nenek Kebayan Transgender hewhewhew
Anyway, pantun Sirih Pinang tu berbunyi seperti di bawah:
(Waktu ni kami jumpa nenek kali kedua. Kali pertama lupa nak
mukadimah):
Burung darat
terbang tinggi,
Singgah
sebentar di kayu rendah,
Ampunkan
kami tegak berdiri,
Turunnya duduk
kami bersembah.
Bukan lebah
sebarang lebah,
Lebah bersarang
di pohon buluh,
Bukan sembah
sebarang sembah
Sembah
menyusun jari sepuluh.
Sambil berehat tu tangan tak lepas pegang pensel dengan kertas nak karang pantun. Punya semangat kan
Salinan asal pantun yang dikarang tu. Ni kenangan masa depan ni huhuhu
Anyway, lepas kami dah siap berpantun dengan penuh berpuitis
bertanya Nenek nak menang Explorace macam mana, Nenek Kebayan kata kami dah
terlambat. Huhuhu nak menang Explorace kena jadi group pertama sampai. Sampai hati nenek kecewakan cucu T.T Group kami
group ketiga sampai, sebab kami delay dekat satu checkpoint tu. Lepas tu kena tipu lagi dengan budak kampung dua orang sampai kami tersesat tak jumpa checkpoint.
Dapatlah tempat ketiga, hadiah ditaja oleh Jakel. Hehehe. Dari kiri (kena tulis nama sebab abam fasi aka Fizee selalu lupa nama kami XD): Diana, Neti, Una, Daus, ME!, Fakhrul dan Abam Fasi baru balik UK seminggu
Anyway, itulah nak cerita dalam entry ni pasal berjual beli pantun dengan Nenek Kebayan. InsyaAllah next entry cerita pasal pengalaman penuh Explorace dan Caving Gua Batu Maloi. Till we meet again next time insyaAllah. XOXO
P/S: Sampai sekarang semua tak boleh move on. Rancak lagi berbincang dekat group WhatsApp pasal caving minggu lepas hehehe
- Badass|Dope|Bedaduz
No comments:
Write curses