16 April 2016

Gua Batu Maloi: Explorace dan Caving #GEMASelangorBackpackerz

Hai y’all dan selamat sejahtera!


Seperti dijanjikan dalam entry sebelum ni, entry kali ni nak bercerita tentang pengalaman saya ber Explorace dan ber caving di Batu Maloi minggu sudah. (Warning: Entry ini panjang tau!)


Sebelum nak mula bercerita tu, saya nak berkongsi kisah dalam kelas tahun 2010. Waktu tu lecturer tanya, waktu umur berapa manusia berada pada tahap tenaga maksima? Lepas tanya-tanya, takde siapa dapat jawapan betul. Last sekali lecturer jawab ‘Umur 16.’ Kemudian dia sambung ‘maksudnya kita semua dah melepasi zaman tenaga maksima kita’.


Bila dengar tu, rasa eh ruginya zaman tenaga maksima dulu aku tidur kuat kot, ponteng prep, lepas tu membazir tenaga buat benda sia-sia.


Bila dah tua ni (hewhewhew), barulah rasa nak manfaatkan tenaga buat benda berfaedah, contohnya seperti buat aktiviti outdoor.


Sebenarnya saya memang suka aktiviti outdoor, tapi dulu malas nak join sebab zaman belajar dulu yang buat outdoor ni dah ada geng sendiri. Rasa segan pulak nak menempek kan. Lagi satu sebab saya ni kategori montel aher aher (more on that later), rasa tak seronok join budak-budak fit yang memang biasa buat kerja outdoor ni.


Dipendekkan cerita, lepas join Fareez and the geng bercamping dan memanjat Bukit Batu Putih, Fareez bagitahu ada trip caving ke Batu Maloi untuk bulan April.


Memang terus excited nak pergi kan, padahal tak tahu pun basic aktiviti caving ni. Lepas pujuk rayu, ajak mengajak kawan-kawan lain sampai bergaduh dalam group WhatsApp (lol!), Syammil dengan Zaidi bersetuju nak pergi.


Sehari sebelum tu, gigih kami mencari headlamp nak masuk gua. Pergi Jusco Equine, kedai DIY dah habis stok. Pergi D’Pulze Cyberjaya kedai dah tutup. Sedih.


Mujurlah last sekali jumpa dekat Downtown MINES, harga RM13 satu. Jadilah, buat pakai buang, sebab kali ni je pakai, lain kali entah bila nak guna hewhewhew


Sebelum tidur tu, saya malas gila nak pack barang. Syammil dengan Zaidi dah siap packing semua, saya satu baju pun belum lipat. Esok pagi, pukul 4.30 dah bangun, kemas barang-barang, dalam pukul 5.00 kami shoot ke R&R Seremban. Zaidi drive, saya copilot. Syammil duduk belakang.


Waktu tu Syammil sambung tidur, saya main phone. Zaidi drive laju sebab takut tertinggal dengan rombongan lain. Waktu agak-agak dah nak sampai R&R Seremban, saya pun pandang keluar. Tak sempat tengok signboard, kami terus terlepas simpang R&R. Masa tu dah “Zaidi, aku rasa ni R&R Seremban ni. Ada Shell, KFC bagai.”





Terlepas simpang pulak kami. Kami terpaksa berhenti dekat R&R seterusnya nak solat Subuh, lepas tu dalam group diorang suruh tunggu dekat tol Simpang Ampat. Kereta kami sorang je terlepas R&R huhuhu



Muka terlepas simpang

Lepas kami bertemu di Simpang Ampat, kami pun bergeraklah secara gerombolan ke Batu Maloi.






DAY 1: EXPLORACE





Peserta bersama fasilitator. Nota: Payung itu bukan payung LGBT


Sampai-sampai je, daftar, ambil baju, breakfast. Immediately urusetia suruh tukar baju yang dia bagi. Waktu ni tengok ramai-ramai orang dah sampai saya dengan Zaidi macam intimidated gila sebab kami memang jarang join aktiviti seumpama ini. Haagitu.


Syammil je yang aktif menyertai aktiviti lasak macam ni. Kemudian terus bermula acara yang dinanti-nanti – Explorace. Dia bahagikan kami dalam 5 group, setiap group ada 6 orang – 3 laki, 3 perempuan.


Saya masuk dalam group 4, Syammil 1, Zaidi 5.


Dalam masa lebih kurang 10 minit, dia suruh kami come out dengan nama kumpulan, cheers, ketua kumpulan dengan bendera. Walaweh! Mana sempat kan. Tapi kena push-push begitu sempat lah jugak akhirnya huuuu


Kumpulan kami diberikan nama Freedom, bendera warna hijau, ketuanya Fakhrul secara paksarela. Cheers kami simple je, Boom ci ke ah, Boom ci ke ah – Freedom! Gooo Freedom!

 
Kumpulan kami menyiapkan panji-panji peperangan cia-cia-cia



Kumpulan Syammil punya cheers wtf gila - Maloi! Cia Cia Cia! Lepas tu ada group 6 Warrior, Group Avengers, Group Toman (?!). Lepas di-assign-kan fasi ke semua group, kami dapat fasi Fizee yang baru balik Malaysia dari UK seminggu hewhew.




Yeay! Dah siap bendera!

Checkpoint 1

Kami pun mulakan Explorace kami dengan satu kertas yang berisi klu. Kertas tu pelik gila perkataan dia, ada naga kepala 7 la, perlu diisikan jiwa yang kosong laa. Kami pun cari-carilah sekitar tu kot-kot apa yang disebut dalam klu tu ada dekat situ. Siap kira tiang, pintu dekat bangunan sekitar konon-konon bilangan dia sama macam dalam klu.


Tapi Fizee kata klu tu ada dalam kertas tu sahaja. Bila tenung-tenung, kami perasan ayat akhir dia lebih kurang ‘pengakhiran yang tujuh perlu dihubungi.’ Eh macam nombor telefon belakang dia nombor 7. Lepas tu kami tengok dari atas. Baru perasan ada perkataan yang font dia lebih besar sikit dari perkataan lain, dan perkataan tu semua nombor. Kosong, satu, Sembilan etc etc. Terus kami dapat nombor telefon tu dan call nombor tu.


Bila call, dia kata pergi ke Balai Polis dan jangan bagitahu orang lain. Kami pun excited dapat menyelesaikan klu pertama. Yeay!


Checkpoint 2

Sampai dekat balai polis tu, nampak dah ada group dah sampai pun. Laa, ingat kami group pertama. Rupanya kami group ketiga. Dia kata checkpoint ni takde task, cuma kena buat cheers kumpulan dan isi borang keselamatan macam tulah. Lepas dah siap isi borang semua, penjaga checkpoint bagi location GPS checkpoint seterusnya dekat group kami melalui WhatsApp, dan at the same time kami terima barang amanah pertama. Beras kot rasanya tak ingat dah. Time ni group kami gelabah gila.


Satu, yang call nombor checkpoint tu nombor Fizee. Nombor Fizee nombor Malaysia, tapi WhatsApp dia nombor UK. Jadi penjaga checkpoint tu hantar location dekat Fakhrul. Fakhrul pulak dia pakai screen protector privacy, yang gelap tak boleh nampak amende, sebab hari tengah cerah.


Lepas tu Fakhrul hantar location dekat Diyanah, faham-faham lah kan nak kena save nombor dulu la apa semua bagai. Dah hantar location, internet pulak slow so Diyanah tak terima location tu.


Dalam 10 minit membazir masa nak tengok location like wtf my group. We’re gonna lose! Ewah gelabah kan acah-acah Amazing Race.


Lepas dapat location tu, kami pulak tersalah arah. Patut pergi kanan, kami pergi kiri, patut turun bawah kami naik atas.

Akhirnya sampai jugak ke checkpoint 3.



Checkpoint 3 – Si Jalak


Checkpoint ni ialah sebuah gerai tepi jalan yang menjual ayam kampung. Kami kena tangkap ayam kampung dalam reban sebagai tugasan di checkpoint ni. Group kami semua dahlah tak pernah pegang ayam hidup. Tapi time ni Fakhrul volunteer nak tangkap. Sekejap je dia masuk, terus ngap! tangkap ayam sekor, bagi dekat pak cik tu, dia ikat kaki ayam dengan tali rafia. Hebat gila Fakhrul waktu tu, kami tak sempat berehat pun dekat situ dah pass. Terkejut pun tak sempat. Hehe. Bila tanya, dia kata tak pernah pun tangkap ayam sebelum tu. Bravo Fakhrul, bravo!





Ini bukan Fakhrul, tapi kumpulan kami tak sempat bergambar, dah lepas cabaran hehe






Yeay! Dah berjaya tangkap ayam


Untuk ke next checkpoint, kami kena selesaikan klu macam dekat checkpoint pertama. Dapat satu kertas yang bertulis satu karangan, tapi cuma kena baca perkataan pertama je dari setiap baris. Checkpoint ni, barang amanah kami ialah ayam tu sendiri. (Later, kami menamakan ayam kami Jericho Rosales. Ayam Pinoy kata Fakhrul lels)

Checkpoint 4 – Route of Spices

Kami bergerak ke next checkpoint, dekat kedai makan. Tugasan kali ni kena identify 7 jenis rempah. Masa tu macam, alamak. Memang fail bab rempah ni. Dekat rumah kalau masak tu rempah tu kan masuk je semua tak tahu nama dia apa.


Tugasan kali ni, kena cium dan rasa 7 jenis serbuk berbeza, lepas tu kena identify nama setiap rempah tu. Hah, mampu kau?





Promoter Adabi


Tapi kumpulan kami cuba jugaklah tugasan ni. Nak buat macam mana kan. Bukan boleh pilih tugasan mana nak buat, tugasan mana taknak buat. Kami sangkut dekat 3 jenis rempah. Jintan manis tertukar dengan jintan putih, satu lagi serbuk kami tulis serbuk kurma ke sup. Huhuhu. Last sekali baru dapat tahu yang sebenarnya tu serbuk ketumbar. I was like, beb, mana tahu bau benda ni semua, dekat rumah semua benda ni mana ada orang blender satu-satu. Kan orang campur semua sekali rempah dengan bawang, lengkuas semua baru blender (alasan je hahaha)


Anyway, untuk ke checkpoint seterusnya kami kena selesaikan teka silang kata. Teka silang kata tu satu je perkataan yang diperlukan untuk ke checkpoint seterusnya, maksudnya tak perlu selesaikan sampai habis pun. Dahlah confusing gila, sebab satu nombor ada banyak soalan dan jawapan. Nombor 1 ada ke bawah, ke atas, ke kanan, ke kiri.



 
Sama jugak, curi kumpulan orang punya gambar, sebab photographer tak ambil gambar kami


Tapi Fizee ingatkan dia kata kami cuma kena jawab soalan ke 5 je untuk dapatkan klu ke checkpoint seterusnya, jadi soalan-soalan yang bersilang dengan soalan ke 5 jelah kena jawab. Lepas tu kami dapat like _ _ M_M E T E R. Mende apa kan? Elmometer? Ammometer? Lepas tu Fizee point out, yang E pertama tu kami isi sendiri atau memang kami dapat jawapan huruf E. So lepas kami sedar yang huruf tu bukan E, jadi kami terus dapat ALMA MATER. Sekolah!

Mencicit kami lari tanya akak jaga kedai makan tu, sekolah terdekat dekat mana. Dia pun bagi direction, kau masuk simpang tu, simpang ni nanti sampai.


Kami pun bergeraklah dengan gembiranya. Lepas beredar dari kedai tu, baru kami sedar kami dah mendahului pertandingan. Wah terus bersemangat!


Checkpoint 5 – Alma Mater



Sampai-sampai je checkpoint ni, terus mintak air. Mujur Una ada simpan air lagi. Selamba minum sebotol sampai habis T.T Dahaga kot jalan tengah panas dekat satu kilo. Masa tengah jalan tu semua dah ragu-ragu, iya ke jalan ni? Sebab jauh ya ampun. Waktu tu dah terik gila.


Checkpoint ni kami kena selesaikan 10 soalan pengetahuan am dan matematik. Like waddefog? Ni macam soalan PTD.



Semua acah-acah serius macam jawab soalan PTD hehe


Kami menjawab jugaklah soalannya, setiap kali salah kena betulkan sampai dapat jawapan. Soalan paling kami susah nak jawab ialah:


‘Leman dan Lim boleh menyiapkan kerja dalam 48 hari. Kalau Leman boleh buat kerja sebanyak 2/3 kerja Lim, berapa hari diambil Leman untuk menyiapkan kerja tersebut seorang?’


Waktu tu dah pening-pening dah fikir. Apa lagi, haruslah kena carut Leman tu. Leman, kenapa kau nak buat kerja sorang-sorang? Buatlah kerja dengan Lim. Dah menyusahkan group aku kena kira kan.


Last sekali dapat jawapan 120 hari, dan kami pertama selesaikan cabaran tu. Masa tu kami still leading. Waktu tu cewah, angkuh lagi la.


Untuk ke checkpoint seterusnya, kami kena selesaikan satu teka teki. Dia kata checkpoint seterusnya ada 6 huruf, bermula dengan huruf B, banyak dekat tadika, tiada di universiti, bergerak macam pendulum. Terus kami dapat jawapannya : B U A I A N.



Checkpoint 6 – Buaian


Kami perasan ada dua orang budak dekat pondok guard sekolah tu, kami pun tanya deorang mana buaian dekat situ. Deorang gelak-gelakkan kitorang, sekejap tunjuk arah situ, lepas tu arah bertentangan.


Last sekali dia tunjuk dekat arah kanan, kami pun pergilah percaya bulat-bulat budak tu. Tak lama kami jalan tu, budak berdua tu datang bawak basikal. Dia suruh kami masuk satu simpang tu, dia kata dalam tu ada buaian. Kami pun masuklah. Dah pusing-pusing tu tak jumpa pun buaian, semua rumah orang kampung je. Kami pun keluar balik.


Rupanya nokhalal budak tu kencing kitorang. Kami pun jalanlah straight je, dah taknak dah masuk simpang. Dalam perjalanan kami singgah kejap sebuah kedai runcit beli aiskrim Malaysia hehehe


Sampai checkpoint tu, baru nampak group lain dah sampai dulu. Kami dah ketinggalan dua group, jatuh balik ke tempat ketiga huhuhu


Cabaran kali ni, kami kena pilih 3 kategori. Apa tah, Miamor, something something, dengan Gigi Air. Kami pilih Gigi Air. Kategori Gigi Air kena nyanyi lagu Tanya Sama Pokok. Like the fug??? Kena menyanyi?


So penjaga checkpoint tu kasi kami lirik lagu tu, suruh hafal. Dalam masa beberapa minit, dah kena buat persembahan Lip Sync for Your Life atas buaian haagitu.


Saya pun sebab sebenarnya pernah sekali kena menyanyi lagu Pohon Beringin waktu camping form 4 (11 tahun lepas huhuhu), agak-agak macam hmmm bolehlah aku buat cabaran ni, terus naik atas buaian, suruh Daus dengan Fakhrul tolak buai. ‘Move on, bitch!’ gitu terus tolak orang ke tepi kan diva dah naik buai.


Dahlah tak ingat lirik, sampai tengah lagu tu tertukar tune macam lagu Terukir di Bintang (bak kata photographer yang merakam video saya menyanyi, saya tak sedar pun hewhewhew). Gasaklah janji lepas cabaran tu kan kekeke.



 
Ni je yang ada. Biasalah kumpulan kami, gambar yang cantik semua takde

Lepas tamat je cabaran tu, dia bagi kami satu peta. Peta tu kata 1300 langkah dari situ kena masuk simpang kanan.


Checkpoint 7 – Masjid

Kami pun jalanlah sambil kira betul ke 1300 langkah. Rupanya lebih, ok. Lebih 1500 langkah baru sampai simpang ke masjid tu. Waktu ni kumpulan kami jatuh ke tempat kedua.

Dekat Masjid ni kami makan tengahari dan solat dulu. Tapi timing dia memang bagus. Yang ni patut puji penganjur sebab memang dia dah set masa cantik. Sampai je checkpoint ni dah lunch hour dan waktu Zohor dah masuk.

Cabaran seterusnya yang membuatkan kumpulan kami jadi kumpulan terakhir. Iaitu cabaran hukum tajwid (malunya adei fail bab tajwid ni). Mula-mula kami kena cari pasal hukum isymam dan imalah dalam ayat al-Quran. Lepas dah jumpa, kami kena demo cara bacaan. Cabaran ni Fakhrul yang take over hehe.


Alhamdulillah, gambar dekat masjid ada.

Lepas cabaran tu, kami kena cari dua tempat dalam al-Quran yang ada wakaf Ta’anuq. Satu kami jumpa dalam surah al-Baqarah, tapi tempat kedua kami tak jumpa. Yang nilah kumpulan kami mengalami kesukaran, sampailah kami jumpa dekat surah Maidah, kami dah jadi kumpulan terakhir dalam pertandingan. *sobs sobs sobs* Tapi berharga sungguh pengajaran kami waktu dekat checkpoint ni, baik dari segi tajwid mahupun segi sifat bangga tak bertempat yang tidak membawa berkat. Ewah.



Checkpoint 8 – Klinik Kesihatan


Mula-mula kami kumpulan terakhir meninggalkan checkpoint Masjid, tapi kami berjaya kejar dan tinggalkan kumpulan depan kami. Kami sampai dekat checkpoint Klinik Kesihatan dan cabaran kami kena balut kaki dan anduh tangan fasi kami yang ‘tercedera’.


Kaki fasi (bukan jugak kumpulan kami) tercedera. Hambek lah dik bau kaki fasi kau haa lepas jalan dekat 5 kilo

Dalam cabaran ni, kami tersalah balut kaki kali pertama. Yang anduh tu kali pertama dah lepas. Kali kedua balut baru penjaga checkpoint puas hati dengan balutan kami, katanya kena bersilang kain tu.

Kumpulan kami pantas jugak siapkan cabaran ni, siap berjaya potong kumpulan yang datang sebelum kami.


Lepas tu dapat klu untuk checkpoint kesembilan, iaitu puzzle gambar checkpoint. Gambar tu ialah gambar entrance Batu Maloi.

Checkpoint 9 – Entrance Batu Maloi





Sebab gambar ni belum upload, nak upload jugak gambar ni. Hehehe. Malaysia's Most Eligible Bachelors + Clever Girls lol


Sampai je dekat tiang entrance Batu Maloi tu, ada sampul surat tergantung dekat situ. Dalam surat tu, dia kata kami kena ambil gambar semua orang dalam group, dan dapatkan 20 likes untuk ke checkpoint terakhir – berjumpa Nenek Kebayan.



Checkpoint 10 – Nenek Kebayan



Ala, dah cerita dah dekat entry lepas. Nanti click dekat sini ye

So, lepas dah habis semua cabaran berjumpa Nenek Kebayan apa semua, tamatlah pertandingan Explorace dan kami pun diberi taklimat macam mana nak sembelih ayam. Haa bagus tak camping ni. Bukan setakat ada cabaran berdasarkan hukum tajwid, ada sekali praktikal sembelih ayam.

Disebabkan group kami pemalu, kami antara last sekali menyembelih ayam. Sedih pula kena sembelih Jericho, si ayam kampung Pinoy yang kami dah bawak berjalan satu kampung (sedap juga daging Jericho by the way hehehehe). Setiap group kena sembelih dua ekor ayam, yang kami bawak sepanjang perjalanan dan satu lagi ayam bandar yang disediakan penganjur.




Sang algojo-algojo. Kiri: Gambar Jericho dan penyembelihnya. Kanan: kawan baik Jericho. Damailah engkau di dalam perut kami Jericho Rosales (2015 - 2016)

Jericho Rosales si Diyana yang sembelih, ayam bandar tu pulak si Fakhrul yang sembelih (saya tolong pegang je, tak sampai hati mencabut nyawa haiwan cewah!). Si Fakhrul @ Rul ni, sembelih ayam macam nak kasi putus leher huhuhu. Sekali potong dah putus urat dia, tapi sebab Rul tak yakin dia dok hiris-hiris lagi leher ayam tu. Ades, ngilu. Biasalah kan, first time katanya.


Lepas tu, kami pun bergegas nak menyiapkan makan malam. Nak sediakan makan malam tu, kami kena masak bergantung kepada barang amanah yang kami dapat dekat setiap checkpoint. Kami dapat barang yang screams ayam masak merah – sos cili, lada giling etc etc. Tapi menurut kata fasi, takde satu group dapat barang yang sempurna. Semua kena bertukar dan berkongsi dengan group lain.



Kilang proses ayam manual.

Macam group kami dapat bawang kecil, tapi tak dapat bawang putih. Ada dua pisau, tapi satu kampit beras je. Lepas tu kami pun bertukar-tukar bahan dan bahagi tugas, saya masak nasik. Ada yang siang dan basuh ayam, pasang api, siapkan perkakas memasak. Semangat group kami jaga nasik taknak bagi berkerak, lepas dia menggelegak kami kacau nasik tu, lepas tu kecikkan api.


Sementara budak lelaki pergi mandi, budak perempuan siapkan ayam masak merah tu.


Malam tu, bila dah balik dari mandi dan solat dekat masjid, tibalah masa untuk makan malam. Waktu tu kami semua dah duduk dalam barisan ikut kumpulan menghadap juadah, tak sabar kan. Yelah lapar gila sepanjang hari berkejar-kejaran tengah panas. Makanan dah hidang dekat depan mata.


Tiba-tiba fasi suruh group 1 dengan 3 berdiri, lepas tu tukar tempat. Makanan kena tinggal, tak boleh bawak sekali. Lepas tu semua group kena tukar tempat. Kami mula duduk depan ayam masak merah, tiba-tiba kena pindah dekat kumpulan masak kari ayam. Group sebelah kami dari dapat ayam masak lemak cili api dapat ayam masak kicap.


Group yang masak kari ayam tu group Zaidi. Kari dia sedap (hehe) tapi lidah dah kecur dengan ayam masak merah, mestilah nak merasa ayam masak merah kan. Lepas tu group Zaidi dia punya nasik ada kerak, kami punya nasik almost cooked to perfection, takde kerak sebab kami jaga nasik tu baik2 huhuhu


Tapi group Zaidi ada pencuci mulut iaitu buah pelam dengan cicah dia. Cicah dia kicap + gula and ada belacan y’all!


Inilah y'all pelam dan cicahnya. Entah siapa gigih amek gambar ni, titew upload je ;)

Dekat situlah fasi terapkan konsep rezeki. Kalau benda tu dah ada depan mata, kita yang masak terbaik untuk diri kita, tapi tak semestinya itu rezeki kita. Turned out rezeki tu sebenarnya rezeki orang. Menarik lah maksudnya kem ni bukan setakat beriadah, dia terapkan sekali nilai-nilai murni macam ni.

Lepas makan tu, kami pun ada sesi penyampaian hadiah dan perkongsian. Macam biasalah kan. Tapi sebab terlalu penat, dan jugak hujan renyai-renyai, malam tu aktiviti war game terpaksa dibatalkan.

Dalam pukul 11 lebih tu kami pun baliklah ke khemah tidur berehat untuk aktiviti caving esoknya. Tidur nyenyak engkau sebab letih sangat kan.

Day 2: CAVING


Kami bangun solat subuh berjemaah, lepas tu ada sesi taaruf. Lepas sesi taaruf ada sarapan.

Lepas sarapan, buat regangan sikit, ada briefing oleh guider, lepas tu ambil gambar, kami pun berlepas masuk ke dalam Batu Maloi.



Abam Afiq sedang mengajar peserta twerk. Naikkan tangan 45 darjah, kangkangkan kaki, and twerrkkk that ass baby

Batu Maloi ni konon-kononnya diberi nama sempena seorang pemuda orang Asli yang bercinta dengan puteri bunian, tapi percintaan dia tidak direstui keluarga. Jadi dia pun bertapa dekat dalam Gua Batu Maloi tu untuk bertemu dengan puteri bunian tu. Entah bagaimana, Maloi tu hilang. Yang tinggal dalam gua tu ialah satu imej atas batu seolah-olah seorang yang duduk bertapa. Itulah sedikit sebanyak kisah asal usul nama Gua Batu Maloi tu.


Gambar terakhir beramai-ramai sebelum masuk ke Gua Batu Maloi. Siapa ambil gambar tak center ni hmmm


Kalau nak diceritakan keadaan fizikal gua tu pulak, ya Allah, saya yang klaustrofobia ni seram betul. Ada tempat betul-betul sempit, cuma boleh masuk dalam keadaan meniarap. Kebanyakan tempat dalam gua ni kami tak dapat pun berdiri penuh, sebab terlalu kecil. Sampai saya terfikir waddehek was Maloi thinking masuk dalam gua ni. Kalau terkojol dalam ni takde siapa tahu.



Sek kito jange pecoh


See? Kami setia dengan froggy #TeamFroggy

Sayangnya, keadaan gua yang ekstrem tu tak boleh nak tunjuk sebab masa lalu tu tak terlintas langsung nak ambil gambar, fikir nak lepaskan diri je (sebenarnya kamera dengan telefon pun tak bawak. Gila engkau masuk air nak bawak telefon. Buat naya je). Panjang gua tu pulak dalam 2 kilometer.




Dekat Gua Batu Perahu. Masa ni ingat dah separuh sebab dah berhempas pulas, sekali baru sampai 6 checkpoint daripada 21. Nak nanges






Berlatarbelakangkan imej di Gua Batu Maloi yang dikatakan imej Maloi dan tuan puteri

Bayangkan satu tempat tu kena menyelam, melawan arus pulak tu. Ada yang literally kena panjat melawan air terjun, bergayut pada tali. Semua ni berlaku dalam keadaan gua yang sangat sempit dan gelap, mengharap betul-betul pada headlamp.




Waktu mula masuk bolehlah ramai-ramai. Masuk dalam tu sensorang je huhuhu

Masa meniarap tu lagilah gila, teringat balik waktu dekat PLKN. Kena menjalar bagai ular, perut betul-betul bersentuh tanah. Waktu tu saya dah fikir kalau baju koyak ke, luka tangan ke, gasaklah. Yang penting boleh keluar dari Gua Batu Maloi tu.

Yang lawaknya, sebab saya ni montel dan baru keluar dari tempat sempit tu, ada orang kata macam marshmallow lol comel. Muahahaha #perahsantan

















Awaa saia malas letak caption awaa...

Seriously masa tu teringat balik belajar dekat PLKN kena merangkak bawah wayar berduri. Jurulatih kata biarlah baju kamu kotor sekalipun, bukan kamu yang basuh. Hantar dekat dobi. Yang penting kamu buat betul-betul. Bila tangan kanan mengengsot ke depan, kaki kiri tolak. Bila tangan kiri mengengsot ke depan, kaki kanan tolak. Pastikan kamu betul-betul meniarap, jangan angkat anggota badan.


Sampai hati kau amek gambar abang terlindung belakang ranting dik. Sedih hati abang. Abang posing maut dah tu haa

Akhirnya bila dah keluar tu, tengok jam dah pukul 2. Gila weh masuk pukul 9, keluar pukul 2. 5 jam jugak kami bersembunyi dalam gua tu. Alhamdulillah, ada makan tengahari disediakan. (Makan ayam jugak herherher).


Lepas makan tu, kami pergi mandi, kami bukak hamper dan ada upacara penutupan.



Freedom - Mulanya di Sini



Gambar terakhir beramai-ramai. Sampah tu pun nak interframe. (Actually, itu sampah kumpulan kami tak sempat bubuh tepi lepas bukak hamper huhuhu. Sorry gaiz)


Kesimpulan:

Yang baik:

1- Pengisian mantap, timing tiptop. Banyak belajar benda baru, dan camping yang menekankan nilai-nilai murni dan pengetahuan agama di samping aktiviti fizikal

2- Ukhuwah fillah (ewah!). Seronok berjumpa kawan baru yang open minded, kelakar dan cooperative.

3- Jumlah peserta sedang elok, tak terlalu ramai, tak jugak sikit. OK la.

Cadangan penambahbaikan:

1- Nak camping lebih 1 malam please. Tapi taknak hiking hahaha. Kalau buat 2 malam mungkin lebih relaks. Disebabkan 1 malam je, semua letih tak larat nak buat wargame huhuhu



Itu jelah kot untuk entry berkenaan Gua Batu Maloi pada 9 &10 April lepas. Thanks so much guys for the memories. Minta maaf kalau terkasar bahasa atau perangai, sungguh tak terdetik niat nak menyakiti. Sayang korang ewah. Semoga ukhwah yang terbina akan terus berkekalan insyaAllah.

Sebagai penutup, nah silalah tonton video yang dibuat oleh saudara Faiz kita:









No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter