13 May 2012

SAKIT


Kalau ada masanya saya paling tak sayang diri, inilah masanya. Kalau ada masa saya paling tak kisah tentang kehidupan diri sendiri, inilah masanya.

Hidup macam gelandangan. Tidak tetap. Merayap-rayap, menumpang-numpang. Habis satu tempoh, berambus. Habis satu masa, pergi. Tidak ada tempat benar-benar dipanggil rumah.

Dan sakit mula berkumpul-kumpul. Makan tak kisah waktu. Kadang satu hari cuma makan tiga ketul bebola dan beberapa liter air kosong. Dan besoknya pulak melahap dari pagi sampai malam macam gila. Waktu makan tak menentu, bila lapar degil taknak makan, dan walau seharian tak makan, esoknya puasa. Kadang-kadang bila kenyang tak mahu berhenti makan.

Kadang-kadang dekat seminggu tak jamah nasi, sehari sekadar makan roti. Macam gila kau layan badan kau. Bila perut merayu-rayu mintak nasi, langsung kau tak endah. Sampai pukul 4 pukul 5 baru nak jamah. Kadang-kadang bila perut kata dah penuh, kau sumbat lagi dengan makanan. Nutrisi semua dah tak peduli. Dari dulu suka makan sayur, sekarang makan mana yang sempat.

Mandi tak kira waktu. Pukul 2, 3 pagi bangun sebab panas. Mandi. Bersiram-siram. Lalu tidur. Dan berulang-ulang tiap hari. Kadang mandi sebelum Maghrib, selepas Maghrib, selepas Isya’. Tapi takde waktu tetap. Tak menentu. Tapi bila tak menentu itu bermakna mandi bila dinihari maka tubuh pun memberontak.
Bila sakit, taknak pergi klinik. Batuk berkongkong-kongkong, hidung berpuluh kali menyembur hingus, degil taknak cari ubat. Masih minum air batu, air sejuk. Kepala dah pening-pening masih taknak tidur, taknak berehat.

Tidur tak menentu waktu. Kadang-kadang tidur dari balik pukul 5 sampai besok pagi. Kadang-kadang berjaga semalaman. Bukan kau taknak tidur awal, tapi setiap malam sebelum tidur, terkenang-kenang macam-macam benda yang tak wajar dikenang. Lalu terus mata daripada nak tidur, terus meleleh. Itu lalu mengambil 2, 3 jam daripada masa tidur kau sampai hidung jadi tersumbat, mata pedih-pedih sikit. Dan kemudian merasa tertekan, mimpi yang bukan-bukan.

Kenapa menjadi begitu gila? Ada hari saya bangun dengan merasa sakit dada. Rasa macam jantung tu digenggam-genggam. Balasan dari badan, dah terlampau banyak menyakiti. Kadang-kadang bertanya, sampai bila nak jadi macam ni? Nak memimpin diri sendiri pun gagal. Kenapa nak menyakiti diri sendiri? Kenapa?

Kadang-kadang rasanya orang lain lebih risaukan diri saya daripada saya sendiri. Kadang-kadang roommate yang offer nak belikan makanan, tapi saya sendiri tak terfikir nak makan. Kadang-kadang roommate yang suruh tidur bila dah larut malam. Kadang-kadang roommate yang pelawa makan. Kenapalah kenapa?
Mungkin selagi belum selesai masalah tu, selagi tu tak boleh nak sayang pada diri sendiri.

I’ve been thinking too much lately, and obviously I am not happy with my state of living. I need to start anew, seek a new start somewhere else. I should’ve gone a long time ago. This is not my place any longer. I don’t feel belong.

And mungkin jugak, ada masanya saya perlu jujur dengan masalah. Tak boleh selamanya nak memendam. Mungkin perlu jugak meluahkan perasaan sekali-sekala. Tak boleh setiap hari kita telan masalah dan nangis sorang-sorang sebelum tidur, lepas tu expect everything to be okay the next day tanpa kita cuba tackle punca masalah. Nak jumpa kaunselor, dah pernah jumpa sekali. Tak bawak apa-apa penyelesaian yang konkrit pun. Nak cerita dekat orang, tak semua orang faham. Orang yang selama ni memahami pun dah takde.

Dan bila masalah tu dah menguasai, sekarang ni pun dah merasa kesannya. A deteriorating health. A broken heart. Sleepless nights. Losing sense of time and being.

I have to power through. Mungkin besok, patut bermula memecahkan dinding-dinding yang menghalang. Jumpa kawan-kawan, keluar, main basikal. Anything yang boleh melepaskan sikit stress.

BUT the most wonderful part of this mess is that you’ll realize at the end of the day you are just another imperfect human being trying to live an imperfect life. You know that somehow, this imperfectness makes you feel nothing less than a human. That you’d still be able to feel pain, to feel sad, to be able to feel. It’s the most wonderful gift that a human can have. To feel human. Those tears are just reminder that you are another imperfect being, facing another obstacle in his journey of life. C’est la vie.

So peeps, really got to sleep now. Actually dah tidur tadi, lepas tu mimpi mengarut dan terjaga. So I write this entry to kill some time and to make sure I’m totally exhausted supaya tak sempat berfikir apa-apa masa nak tidur nanti.

Dan besok, I have some plans. =)

5 comments:
Write curses
  1. Semoga segala-galanya baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  2. sampai camtu sekali?! sayang lah diri kita juga ya..

    ReplyDelete
  3. BRo...take a good care of yourself...and perlahan-lahan settlekan mana yg you rasa perlu...insyaaallah ada jalannya :)

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter