12 March 2016

Pulang Ke Rumah

Malam tadi keluar dengan Zaidi dengan Syammil, dua-dua kawan dari lower form. Dr Zaidi off day semalam, jadi dia ajak kami keluar makan Seoul Garden. Lepas tu tengok Kung Fu Panda dekat TGV The MINES pukul 10:30 malam.
 

Zaidi tumpang tidur rumah saya malam tadi sebab nak transfer movie (lol) gigih kan tumpang tidur semata-mata nak copy movies. 

Harini memang plan nak balik kampung, tumpang De. Dah siap ambil cuti satu minggu sebab nak tolong tengokkan Mak semasa dan selepas operation.  

Mak bedah mata, masukkan kanta lagi sebelah. Sebelah mata Mak operate tahun lepas.

Tapi punya malas nak balik pagi tadi, barang pun tak kemas apa-apa. Mesej Pie nak tumpang park kereta dekat rumah dia for this whole week, tapi Pie kata dia keluar (dating!), terpaksa batal, park dekat LRT Cheras. Masa dah tinggalkan kereta, barulah tergerak fikir selamat ke tak park dekat situ. Lepas tu dalam train saya Google ‘pecah kereta LRT Cheras’, ada satu blog cerita pengalaman kereta Viva dia kena pecah exactly dekat parking LRT Cheras. Terus rasa macam alaa tak tenanglah hatiku minggu ni deng. 

Janji dengan De jumpa dekat LRT Gombak tengahari, tapi bila dekat Dang Wangi De kata dia dekat rumah mak mertua Bukit Beruntung lagi, pukul 3 baru bertolak. Sebab masa tu baru pukul 2 lebih, saya pun mesej Fahim tanya kalau dia free, boleh saya turun dekat rumah dia dekat stesen Taman Melati, lepak lunch dengan dia kejap. 

Fahim kata dia dekat Ampang, dia suruh saya tunggu. Sebab takut nak lunch lama-lama, saya siap-siap tapau Set Burger Ramly dekat stesen LRT Taman Melati, nanti kami piknik je mana-mana kalau tak sempat makan lunch.

Siap je bungkus dua Set Burger, Fahim pun sampai. Dan sebelahnya ada cik tunang, Qis. Alaa Fahim ni, katalah tadi tengah keluar dengan tunang. Kan dah segan nak keluar dengan Qis, rasa macam mengacau rumahtangga orang pulak lol. Dari Ampang patah Taman Melati nak ambil saya, serba salah saya dibuatnya.

Fahim pun bawak saya pergi makan dekat kedai somewhere area Taman Melati, saya pulak pass satu set burger dekat Qis.

“Fahim, aku tak boleh lama tau. Sebab akak aku kejap lagi datang ambil aku dekat Gombak. Dalam pukul 3 lebih, sebab pukul 3 dia baru gerak dari sana.” Saya kata dekat Fahim lepas Fahim kata dia baru balik dari ambil baju kahwin dekat butik, dan lepas ni dia nak pergi Jalan Tar pulak. Biasalah, orang nak kahwin kan.

Sambil makan dekat kedai tu, kami macam biasalah, update gosip. Sampai-sampai kedai je terus lagu Anggun, Kembali bermain dekat radio Sinar FM. Exactly 2 kali dah berlaku macam ni minggu ni tahu! Sekali, dengan Farees dekat Cool Blog Serdang, sekali lagi dengan Fahim. Mungkin sebab deorang tengah promote concert Yonder Music yang Siti Nurhaliza akan perform dengan Anggun kot, tu dia asyik mainkan lagu Anggun tu je. Fahim order nasik ayam, saya order nasik kukus, Qis makan burger Ramly yang kami tapau dari kereta. 

Kebetulan hari ni jugak hari yang sama Fahim baru terima printing card, terus dia bagi saya sekeping. Sayalah orang pertama dapat kad jemputan kahwin tu hehehe. 

Lepas tu Fahim hantar turun dekat LRT Gombak. Saya nak beli air mineral dekat mesin tu, lepas dah masuk duit baru perasan air mineral dah habis damn. Terpaksa beli air teh bunga. Dalam 10 minit De pun sampai.

Pukul 6:30 lebih kurang, kami sampai rumah. Sampai-sampai je Mak dengan Abah dengan semua orang takde. Kami punggah barang depan pintu, telefon Mak kata kami dah sampai. Mak kata tengah makan mee kari dekat tepi sungai, Abah belanja. Bila kami mintak Mak tapau Mak kata tak sedap.

“Mak dah masak gulai ayam.” Kata Mak, reason kuat kenapa dia taknak tapau. Nanti takde siapa pulak makan nasik dekat rumah kan. Sambil tunggu, mula Hadi anak Acu Ana lalu tepi jalan naik motor, baru balik tuisyen. Tahun ni dia SPM. Tak lama lepas tu ayahnya, Pak Cu Sepol pulak yang lalu naik Hilux. Sempatlah kami borak sekejap. Sambil tu anak-anak sedara main lari-lari tengah laman. 

Tak lama tunggu, Mak pun sampai. Mey, adik ipar baru yang baru jadi ahli keluarga kami tak sampai sebulan yang drive Mak, Abah dengan Ya. 

Masuk-masuk rumah, macam biasa saya masuk bilik cek keadaan bilik. Kali ni cadar takde, Mak kata baru basuh tak sempat jemur. Takpelah, saya lapik tilam dengan toto, baru kering angkat dari ampai. Mak suruh potong buah tembikai yang De bawak balik, jamu semua orang. 

Lepas Maghrib tu sembang-sembang dengan Mak. Kata Mak, peti ais Mak dua-dua rosak. Minggu yang sama. Dah kenapa kan? Saya kata mungkin sebab overcharge, overload current ke apa ke (pura-pura reti elektrikal hewhewhew) sebab tu rosak serentak. Habis dekat RM450 nak repair peti ais saja. 

Tension Mak sebab sekarang musim panas, nak minum air sejuk semua takde. Habis ayam udang Mak kena buang sebab busuk. Kata Mak, Bomba Temerloh dari Januari hingga Mac dah padamkan lebih kurang 30 kebakaran semak samun. Kali terakhir Temerloh hujan masa wedding Ya, maksudnya sama tempoh dengan masa Mey jadi ahli keluarga kami (lol). 

Saya charge telefon dalam bilik, macam biasa kabel baru beli jenama Pineng menyakitkan hati. Dekat sejam stuck 15% tak naik-naik. Geram pulak kitew. Saya sempat belek-belek buku Sycamore Row, John Grisham. Dari tahun lepas beli dekat Big Bad Wolf nak baca, dah sampai page seratus lebih, tapi ada jelah halangan. Nak habiskan baca weekend ni jugak! 

Lepas Isyak, saya makan nasik lauk gulai ayam depan TV, borak dengan Mak. Cerita pasal nak operate mata Mak, kami belum cukup kumpul duit adik beradik. Lepas tu cerita pasal anak saudara Abah, Kak Ton yang baru lepas kembali. Kesian, kaki dia kena potong sebab ada saluran darah tersumbat. Hari ni masuk, esok Dr dah potong. Katanya tak boleh diselamatkan dah. Seminggu lepas tu, dia nazak sebab jangkitan kuman dekat organ-organ dalaman. 4 hari lepas dia meninggal dunia. 

Sambil tu tengok cerita nikah Akim dengan Stacy, damn rasa loser gila usia dekat 30 dan tengok orang lagi muda dah start kahwin. Masalah dengan masyarakat kita ialah, pandangan terhadap orang yang tak kahwin ni macam loser nak mati. Lol teremosi pulak kan.

Lepas tu tolong Mak basuh pinggan dekat sink, sambil-sambil tu tetiba rasa sayu semacam balik rumah. Tak tahu nak describe macam mana, tapi bila dah dewasa kita rasa macam ada satu bahagian dalam jiwa kita daripada zaman kanak-kanak yang dah mati, yang dah tak boleh ditebus semula. Sambil-sambil susun pinggan dekat rak, terfikir macam mana rutin Mak setiap hari, tunggu anak-anak balik waktu hujung minggu? Sedihnya. 

Teringat pulak jumpa Fahim dengan tunang dia, lepas tu anak sedara tanya ‘Ami Lang, Ami Lang dah kawin kan?’, lepas tu abang Hatta kata kalau nak kahwin jangan kahwin tahun ni, sebab penat wedding Ya belum habis lagi.

Lol aku ni calon pun takde, ada pulak harapan nak kahwin tahun ni. 

Dah habis basuh pinggan, saya pun masuk bilik, taip entry ni. Banyak pulak benda nak cerita kali ni ya.

Anyway, that's all peeps! Ingat nak update pasal camping dekat PD last week, tapi belum habis taip yang tu lol!


3 comments:
Write curses
  1. Assalamualaikum.. Nak tumpang tanye.. Dr temerloh nak ke serdang mcm mne ye? Boleh terangkan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil bas Metrobus/TemerlohKL/Bulan Restu dekat Terminal Temerloh. nanti bas berhenti dekat stesen Pekeliling. Ambil LRT stesen Titiwangsa dekat seberang jalan, then turun Bandar Tasik Selatan. Dekat Bandar Tasik Selatan ambil komuter ke Serdang

      Delete
    2. Terima kasih banyak2 saudara. 😊

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter