Minggu lepas, 5
& 6 Mac 2016, sebab teruja sangat nak pergi buat aktiviti outdoor, buat
julung-julung kalinya lepas tamat pengajian dekat U saya mengikut satu kumpulan
outdoor berkhemah dekat Blue Lagoon, Port Dickson.
Masa mula pergi
tu, rasa nervous ya ampun macam nak pergi akad nikah. Nervous sebab dah lama
gila tak buat aktiviti outdoor, memang martilaa kalu panjat bukit semput lepas
tu pitam kan. Nak lagi dahlah badan serupa tong drum, mahu kena sumpah dengan
ahli group kalau deorang kena papah ke, kena tandu ke.
Keduanya, awkward
sebab satu orang pun tak kenal. Kenal dengan Fareez sekor je, engineer satu
tempat kerja. Fareez punya group dah selalu pergi buat aktiviti outdoor
sama-sama, jadi masing-masing dah lama kenal. Saya ni baru nak berkasih
bercinta dalam bidang outdoor ni, kan dah segan nak kenal orang, lepas tu kenal
malamnya, malam tu jugak kena tidur sama-sama hewhewhew.
Tapi bila dah
Fareez ajak tu, saya berniat jugak nak pergi sebab nak merasa buat aktiviti
outdoor. Dah lama gila tak menggerakkan otot-otot tubuh semua otot dah bertukar
jadi lemak (agaknya).
Memula ajak
kawan-kawan lain, lepas tu semua ada komitmen lain (alasan je, sebenarnya
deorang pun awkward lol). Last sekali saya dengan Syammil je pergi. Jumaat
sebelum pergi tu, berteman dengan Fareez cari kasut hiking, seluar dalam
tracksuit sebab dah lama gila takde seluar nak buat aktiviti (XD) dan barang-barang
lainnya. Fareez ajar macam mana nak pilih kasut, kena tengok tapak katanya. Untuk
hiking tapak dia ada corak macam tajam-tajam, kalau kasut running corak
petak-petak, kalau kasut bergaya untuk fesyen tapak kaki nipis.
Sampai dekat sana
dah pukul 8 malam, dah gelap. Tak lama lepas kami sampai, baru sampai geng-geng
lain dari destinasi berbeza. Sampai-sampai je terus pasang khemah, hammock,
hidupkan api dan sebagainyalah. Kami dapat tempat tak berapa syok, sebab orang
lain dah ramai yang sampai cop tempat-tempat syok. Kali nilah tengok cara orang
nyalakan bara api daripada arang, sorang budak nama Amar ajar kami cara nak
hidupkan api pakai tisu dengan minyak, lepas tu letak arang dekat keliling. Nanti
arang tu akan menyala.
Lepas siap masak
ayam, kami pun makan malam sama-sama. Sambil-sambil makan, sebab nak cepat masa
tu dah pukul 9, kami pun mulakan sesi taaruf aka berkenal-kenalan.
Omnomnomnom sambil taaruf
Basically geng
kami terdiri daripada dua sub-geng, satu group dikenali dengan nama Traveller
Quran, satu lagi GEMA negeri Selangor. Saya kiranya ikut Fareez daripada GEMA.
Masa sesi taaruf
ni, barulah rasa kagum dengan ahli-ahli geng kami ni. Antara cerita yang buat
saya kagum ialah:
#1 Ahli Traveller
Quran (TQ) panjat gunung dan letakkan arah kiblat dekat atas puncak gunung. Selain
arah kiblat, deorang jugak meletakkan signboard bertulis zikir memuji Allah,
jadi bila orang lain panjat gunung tu dan terbaca signboard tu, mereka akan
berzikir secara tidak sengaja. Deorang mintak kebenaran Jabatan Perhutanan dulu
katanya sebelum nak pacak signboard tu. Dan lepas dah dapat kebenaran, baru
deorang panjat bawak simen, signboard segala bagai. Kata ahli-ahli TQ ni, kalau
buat macam tu at least panjat gunung dan balik nanti takdelah dapat penat
semata-mata, tapi dapat jugak pahala.
#2 Ahli-ahli
camping ni latar belakangnya, Masya Allah pelbagai dan menarik. Ada 2-3 orang
radiographer, atau bahasa mudahnya Juru X-Ray. Bila orang tanya apa yang
menariknya tentang kerja deorang ni, deorang cerita fungsi X-ray ni ialah untuk
tahu punca sebenar orang tu sakit, orang tu tak boleh tipu. Dan banyak kali
deorang jumpa orang pakai susuk. Macam mana susuk tu? Dia kata macam jarum,
kecil je dan kebiasaannya jumpa dekat alat sulit. Tapi kalau pakai susuk kenapa
orang tu still boleh sakit – ada budak tanya. Sebab susuk tu sifatnya
mencantikkan, bukan menyembuhkan. Kata radiographer ni lagi, satu dalam tiga
orang yang deorang X-ray ada pakai susuk. Wow, dahsyat statistik dia. Kami nak
percaya pun tak pasti, tapi dengar tu bolehlah kan.
#3 Ada sorang
kakak ni, namanya Risya cerita kenapa dia aktif buat aktiviti outdoor. Dia kata
sebab dia sakit tonsil dan dia obes, which is a deadly combination. Doktor dia
nak bedah tonsil dia, tapi doktor kata sebab dia obes doktor kata masa operate
nanti ada high chances dia berhenti bernafas, then doktor kena tebuk dada dia. Doktor
tu cerita pengalaman dia terpaksa tebuk dada patient yang obes masa pembedahan.
Walaupun pembedahan tu berjaya, patient tu mati tak sampai setahun sebab
jangkitan kuman daripada lubang dekat dada yang doktor tu tebuk. Then kak Risya
ni kata dekat Dr, kalau Dr operate dia masa dia obes, then dia berhenti bernafas
then doktor tebuk dada dia, dia kata baik doktor make sure dia mati on the
spot. Kalau tak dia akan saman doktor tu. Lepas tu doktor tu tangguhkan
operation, suruh dia kurus dulu. Sekarang ni dia dah setahun berkecimpung dalam
aktiviti outdoor, dan dia dah bersedia untuk dibedah.
Gambar lompat tak jadi lol
#4 Antara benda
yang deorang tanya sama-sama deorang ialah gunung mana pernah didaki, dan
gunung masa paling best dipanjat. Dan ada yang bagitahu ada kategori gunung
deorang suka, misalnya dia suka Gunung Tahan sebab pemandangan, tapi kalau
pendakian, dia suka Gunung Angsi. Kalau saya yang tak pernah lepas panjat
gunung ni, macam dengar krik-krik jelah kan, tak boleh nak cerita pun gunung
masa yang saya suka, apatah lagi suka ikut kategori >.< Ada yang pernah
panjat dalam 30 puncak gunung, sementara saya ni 3 puncak gunung pun tak sampai
lagi huhuhuhuhu
#5 Latar belakang
deorang ni, macam saya cakap tadi, dari macam-macam latar. Ada kerja 7 Eleven
bahagian construction aka renovation, ada akauntan pernah kerja Maybank dan
sekarang dah jadi Head of Department dekat SOX ke apa tah syarikat telco, kerja
maintenance hospital, engineer pembinaan, kerja paramedik, Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) pun ada. Bila kita kenal semua orang ni rasa macam kagum
sebab masing-masing daripada profesion yang boleh kata profesional la, tapi
masuk hutan ni selamba je takde rasa janggal ke, mengada-ada letih ke badan
gatal ke. Pulak tu, kami majoriti perempuan – 7 lelaki, 12 perempuan. Yang perempuannya
semua menutup aurat, tapi sempoi dan berfikiran terbuka.
Malam tu, lepas
habis taaruf kami bersihkan kanvas tempat makan, then solat jemaah sama-sama. Kali
pertama saya solat menghadap laut dan masa tu ya Allah, waktu sujud dan muka
mencium kanvas dan sebalik tu ialah pasir, rasa sesuatu yang sangat indah –
rasa rendah diri dengan kebesaran Tuhan. Lepas solat, kami ramai-ramai sinsing
seluar, masuk laut dengan bukak flash telefon masing-masing. Masa tu seronok
gila rasa, macam happy gila macam budak kecik.
Kami tengok ketam
naik ke atas darat, buat lubang dekat pasir, lepas tu ada yang dapat tangkap
udang. Nak tangkap udang ni waktu suluh cahaya, mata dia akan bersinar warna
macam merah jambu. Lepas tu tangkap pakai tangan je. Lepas tangkap kami selfie
dengan udang, lepas tu lepaskan balik. Si Amar dapat tangkap ketam, besar jugak
ketamnya, dia bawak balik ke kem. Ada nampak anak-anak ikan bermain dekat kaki.
Lepas kami dah
habis main dekat laut, balik semula dekat kem, tumpang mandi dekat tandas awam.
Bila nak tidur tu, sebab panas, kami yang lelaki ni tidur atas kanvas tak
berbumbung. Kali pertama saya tidur sambil mata melihat bintang-bintang dekat
langit. Rasa macam nak hidup setiap hari macam tu.
Tapi yang
sedihnya kami semua tak dapat tidur sebab nyamuk T.T
Fareez yang pakai
repellant pun kena gigit, saya yang tak pakai apa-apa substance lagilah. Bawah selimut
pun nyamuk masuk. Mula-mula kami pasang ubat nyamuk sekitar tempat tidur, tapi
still nyamuk ada. Last sekali dua tiga orang cabut masuk kereta.
Esok lepas Subuh
jemaah, kami panjat Bukit Batu Putih tu. Bukit Batu Putih tak tinggi mana pun,
26 meter je, so pendakian dia sesuailah untuk orang-orang tak fit macam saya
(hehehe).
Cuma nak sampai
puncak tu, batu-batu dia agak curam dan menakutkan, kalau silap langkah boleh
tergolek jugaklah. Kami sampai puncak dalam pukul 7 lebih kot. Bila sampai
puncak, barulah nampak kecantikan PD. Serius rupanya ada pantai rahsia yang
kami boleh nampak dari puncak Bukit Batu Putih tu. Sebab pantai tu susah nak
diakses, takde siapa lepak dekat situ. Pemandangan dia SubhanAllah, cantik. Lepas
dah puas ambil gambar selfie wefie dan theyfie, kami pun turun ke pantai yang
kami nampak dari atas puncak tadi.
Serius lawa gila!
Air dia biru, tak sangka dekat PD ada air sebiru macam tu sekali, orang lain
takde, kumpulan kami je ada situ. Lepas tu takde sampah sebab takde orang yang
datang sini (malu je rakyat Malaysia, pantai yang cantik mesti banyak sampah). Kami
pun makan sambil lepak-lepak, lepas tu si Fareez dah tak tahan dia pergi terjun
dalam air dulu.
Lepas makan je
saya cabut kasut, terus lari masuk laut. Sekali lari tu terpijak batu karang,
terus tersungkur macam dugong. Mula-mula sakit tapak kaki lepas pijak batu
karang, tapi ignore je sambil main-main campak lumut dan pasir dekat Fareez. Dalam
15 minit lepas dah puas main air, saya naik tepi pantai. Still tak hilang rasa
sakit. Tengok tapak kaki rupanya dah koyak kulit. Besar gila, lepas tu berdarah
huuuuu T.T
Di puncak gunung bukit y'alls!
KAMI
Masa tulah datang
paramedik, Kak Nina menyelamat hehe. Dia suruh saya cuci luka dengan Dettol
yang dia bawak, mula dia cuba tampal dengan plaster tapi sebab tercabut, dia
tampal luka dengan surgical grade punya plaster. Dia kata ni untuk sementara
je, balik nanti cabut plaster tu dan biar luka tu kering. Sebab dah cedera tu
saya sambung makan sambil gosip-gosip je dah tak boleh mandi laut huhuhu. Si
Amar tak mandi sekali, tapi dia sempat bancuhkan kami teh.
Lepas tu dia
balik awal pergi kenduri katanya. Lepas dah puas makan + mandi + berborak, kami
pun balik semula ke pintu masuk Tanjung Tuan tu. Saya lepas cedera tu jalan
terdengkut-dengkut terasa darah meleleh dalam kasut T.T deng dahlah baru sehari
beli kasut tu. Pulak tu nak sampai pintu masuk Tanjung Tuan tu dahlah kena
panjat balik bukit tu. Dekat depan pintu tu kami buat upacara penutupan, mintak
maaf apa semua, peluk cium then berpisah.
Pengalaman pergi
PD kali ni antara pengalaman camping saya paling best, dan selepas pengajian
dekat U, yang ni paling best (sebab baru first time camping lepas habis U lol).
Sebab tulah rasa excited nak tulis. Dengan kenal orang yang macam-macam, buat
aktiviti macam-macam, makanan yang best, memang terkenang-kenang aktiviti kali
ni.
Itu jelah kot nak
update untuk kali ni. Lain kali kalau ada saya pergi buat aktiviti outdoor saya
update OK!
P/S: Kaki saya
yang cedera masih belum sembuh, lepas tu kena perli dengan bos dekat ofis sebab jalan terhenjut-henjut. “Tulah, panjat
gunung lagi!” dia kata T.T
No comments:
Write curses