Saya cek dalam sistem
SGS pagi tadi status pengajian Master. Sudah semester 9.
Hai sepatutnya
kena hantar pembetulan thesis sebelum 11 September 2015 untuk konvo tahun ni,
tapi tahulah pemalas nombor 1. Nak bukak balik thesis lepas viva tu punyalah
malas tak payah cakap. Bila bukak je, tenung lama-lama. Tangan nak bergerak
menaip kekok semacam.
Mesti ramai pelik
kan, kenapa dah sampai sem Sembilan (9)? Bukan Master habis maksimum 6 semester
ke? Panjang sangatlah ceritanya, sampai malas nak cerita. Ada yang dulu masuk
sekali Master dengan saya, sekarang dah sem berapa PhD. Dah konvo master,
beranak pinak. Sambung PhD sudah.
Saya nak cerita kisah
budak-budak Master yang sekapal dengan saya. Yang belajar-belajar Master sampai
dah semester masuk dua angka tak habis-habis lagi.
Perjalanan Semester Pertama
Buat Master full
research ni masa first sem takdelah nampak gila sangat, setakat buat literature
review, improve method tak nampak lagi bahaya di tengah jalan. Tapi bila sampai
satu tahap kita dah sangkut, tak tahu nak buat macam mana, ramai yang give up
tengah jalan tak sempat sampai hujung.
Ada yang masa
buat labwork/carry research, rasa okay je. Tapi bila dah masuk buat writing
tiba-tiba lah tak reti buat discussion, lepas tu elaun dah habis, terpaksa cari
kerja. Lepas tu sebab busy berkerja, thesis tak bersentuh, terus hilang kisah buat
Master.
Ada yang selamba
buat labwork, tapi bila dah habis tak reti buat calculation. Lagi best rupanya
untuk dapatkan result, tertinggal satu parameter, tak buat labwork. Nak repeat
balik labwork macam tak sanggup, dah sem 4. Tup-tup diamkan diri, mohon defer
semester, terus hilang buat selama-lamanya.
Salah Siapa?
Sebenarnya tak
tahulah nak salahkan siapa bila buat research tak berjalan ni. Sebabnya
postgrad/pascasiswazah ni dah tak sama macam buat first degree. Full research
bererti menghambakan diri buat kajian, lalu teknik menulis, teknik buat research
semua kena mentaliti research; bukan mentaliti degree. Dah takde belajar untuk
exam dah atau tiru meniru. Dah tak boleh. Semua belajar untuk hasilkan produk
kajian.
Kawan-kawan yang
terkandas buat Master ni, bila dia sangkut dia takkan bagitau kita. Sebab dia
stress. Mula-mula dia jauhkan diri, then satu hari tiba-tiba hilang. Tengok dekat
lab takde, bilik dekat kolej berkunci. Lepas seminggu dua baru tahu dia dah balik
kampung halaman, itupun sebab dia bagitahu supervisor dia.
Bila nak balik U
semula? Semua orang tak tahu. Itu fasa pertama.
Fasa kedua, dekat
media sosial; blog, facebook, twitter, instagram dah tak bercakap pasal buat
research. Dulu kemain, setiap kali masuk lab check in, upload gambar sampel. Masa
pergi fieldwork excited letak dalam instagram. Lepas tu dalam blog setiap 2
minggu cerita pasal buat Master.
Bila terkandas je
semua diam. Dekat facebook suam-suam kuku, dekat twitter dah tak cerita pasal
Master/thesis/research, dekat instagram gambar biasa-biasa. Dekat blog pun dah
tak cerita dah pasal research. Cerita pasal kehidupan biasa je. Tapi takde pun
cerita status pengajian Master, berjaya ke. Selesai ke. Kita pun dok tertanya-tanya
apa dah jadi.
Lepas tu bila
kita mesej susah benar nak balas. Bila kita call gitu-gitu je bercakap, tapi
selalunya tak jawab langsung. Sebab dia taknak kita update pasal research
dengan dia. Dia stress.
Bencana Media Sosial
Fasa ketiga,
tiba-tiba dia aktif semula dekat media sosial. Aktif jual insurans, emas,
saham. Tiba-tiba je kan. Dah diam sekejap, tiba-tiba aktif menjual insurans. Maksudnya
dah beralih kerjaya lah tu.
Bila kita selidik
tanya kawan-kawan rapat, semua tak tahu status pengajian masing-masing. Rahsia.
Sebab dah kalau taknak cerita mana nak tahu. Kadang tu sedih jugak, kawan-kawan
rapat terputus hubungan sebab segan status pengajian tak selesai.
Itulah kisahnya
sambung pengajian ni. Ramai dah terkandas, geng-geng saya sendiri pun ramai dah
taknak jawab bila tanya “Kau bila nak habis?”. Soalan sentap tu tahu. Karang elok
tengah makan terus bergenang air mata tak lalu makan lepas tanya. Soalannya
macam tanya perempuan yang single umur 30 tahun bila nak kahwin. Sensitif!
Orang pun pelik,
susah sangat ke buat Master ni?
Tak tahulah. Sebenarnya
bergantung pada motivasi dan kewangan. Dan jugak beberapa faktor lain. Kalau motivasi
takde, memang susah. Tapi bila dah bekerja tu, selalunya peluang menghabiskan
Master tu agak gila susahnya.
Kewangan pulak
sebab selalunya sambung Master ni umur dah pertengahan 20an, kalau tak kahwin
pun tanggungjawab pada keluarga dah kena pikul. Perbelanjaan dah macam orang
besar, tapi pendapatan masih level student. Jadi nak buat macam mana, stress
jugak dari segi kewangan.
Last-last cari kerja lain, tinggalkan Master
terbengkalai.
Al-Kesimpulan
Itulah sedikit
sebanyak kisah terkandas buat Master ni. Mohonlah doanya supaya saya berjaya
menyiapkan pengajian, tak mahu terkandas. Sebab dah tinggal submit correction
je ni ha. Adoiii itulah. Lagi dekat habis lagi malas berganda-ganda.
Sebab dah lama
kan, semua orang tunggu update. Dah grad ke? Dah selesai ke pengajian? Diam je. Untuk yang masih menunggu nak tahu, inilah kisahnya.
No comments:
Write curses