20 October 2014

Kilang Koko


Ramai orang tanya, lepas saya kata nak jadi pensyarah “Kalau nak jadi lecturer, kenapa tak straightaway buat PhD?”
 
“Kan bagus buat PhD masa muda? Sekarang kan ramai graduan PhD muda? Tak rasa rugi ke tak kejar buat PhD masa tengah muda lagi?”
 
“Kenapa buat Master tak habis-habis lagi?”
 
Saya termenung sekejap. Hmm panjang ceritanya.
 
Izinkan saya menjawab dalam bentuk cerita.
 
Masa interview, banyak kali saya jumpa dengan orang yang ada Master. Bila tanya kenapa tak buat PhD? Jawapannya mesti kata dah tak larat. Tunggu dululah. Buat Master stress tak habis lagi, dah kena buat PhD. PhD boleh tunggu.
 
Saya pun rasa benda yang sama. Dah terlalu lama dalam Universiti dan sistem pendidikan; daripada sekolah rendah, sekolah menengah, masuk matrik, buat degree, buat Master. Tolak tambah hitung darab, dekat 17 tahun mengabdi diri dalam menuntut ilmu secara formal.
 
Bukan nak kata menuntut ilmu tak best, sebenarnya memang seronok menambah ilmu pengetahuan. Tapi ada masanya, kita nak keluar dari zon selesa kita, nak tahu sejauh mana kita boleh menapak atas dunia dengan ilmu pengetahuan yang kita ada. Selagi tak teruji ilmu yang kita tuntut selama ni, selagi tu kita tak tahu sejauh mana kita dah belajar. Bak kata orang putih, kapal paling selamat masa dia berlabuh, tapi itu bukan tujuannya kapal dibuat.
 
Macam kitalah. Paling selamat kita rasa masa belajar dalam universiti. Tapi tujuan kita belajar bukan semata-mata nak duduk universiti. Kita belajar untuk mencurah bakti dengan pengetahuan kita.
 
Dan jawapan yang paling saya suka bila orang tanya kenapa tak sambung PhD:
 
“Sebab saya nak jadi pensyarah yang ada pengalaman bekerja.”
 
Harini saya ada kerja ‘monitoring’ dekat kilang koko untuk tengok udara termampat.
 
Perkara pertama yang saya perhatikan ialah, tak macam rumah kita, debu-debu yang terkumpul dekat atas perabot dekat kilang koko ni warnanya coklat. Dekat dalam pejabat, dekat dalam kilang, dekat kantin, kalau ada habuk terkumpul mesti warnanya coklat. Dekat atas komputer, atas wayar, celah dinding. Warna coklat semuanya.
 
Baru saya tahu, habuk-habuk dekat kilang koko datangnya dari serbuk koko tu sendiri, dan walaupun kita tak nampak koko tu berterbangan atas udara, lepas dia berkumpul barulah menunjukkan warnanya. Kalau dekat rumah sumber habuk-habuk tu dari sel mati kita, tapi kilang koko ni, well from koko.
 
Seronok tau, cuma kesat je jari kita dekat habuk tu, terus dapat serbuk koko.
 
Kalau saya terus sambung PhD, adakah saya tahu pasal benda ni? Adakah saya boleh bercerita dekat student saya nanti, yang kilang koko ni serbuk koko ada di mana-mana?
 
Mungkin bunyinya kecik, tapi ada bezanya.
 
Kalau saya tak bekerja, saya tak mungkin tahu yang dalam bidang alam sekitar, majoriti graduan wanita akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan berbanding graduan lelaki. Takde siapa akan bagitahu student saya yang graduan lelaki, walaupun sikit, tapi itulah yang akan cepat dapat kerja dalam bidang alam sekitar. Kalau saya tak bekerja, saya takkan nampak majikan yang masa interview cakap “Kita kalau boleh taknak perempuan.”
 
Kalau saya tak bekerja, saya tak tahu yang industri akan cenderung memanggil pekerja prospek yang mendapat CGPA 3.5 masa first degree untuk temuduga, dan yang dapat first class honours selalunya akan dilayan lebih teruk bila buat kesalahan. “Eh, first class honours takkan macam ni pun tak reti? Ni level office boy je!”
 
Kalau saya tak bekerja, saya tak boleh nak highlight mana bahagian penting yang student saya kena tahu bila nak bekerja nanti. Sebabnya bukan semua student kita akan sambung lagi pengajian, in fact majoritinya akan terus mencari pekerjaan lepas bergraduat nanti.
 
Kalau saya tak bekerja, saya tak boleh bagitahu student saya, apa yang mereka perlu tahu dan apa yang mereka perlu persiapkan untuk bekerja selepas tamat pengajian. Saya perlu beritahu mereka yang bidang alam sekitar kerja sampai larut malam. Monitoring kerja macam gila, travel tak ikut masa. kadang-kadang tidur dalam bas waktu malam, esok pagi terus mula sampling. Siapkan report adalah peneman sejati sampling. Setiap satu kerja sampling ada satu report, jadi jangan main-main masa buat laporan.
 
Kalau sekarang ambil ringan, masa bekerja kena maki dengan bos sebab tak reti, tak faham buat report. Kalau saya tak bekerja, siapa nak ingatkan mereka yang sewaktu bekerja nanti alamnya sungguh berbeza? Bila belajar, kesalahan satu kelas boleh tanggung beramai-ramai – lambat hantar tugasan, lambat masuk kelas. Tapi bila bekerja salah kita, kita sendiri tanggung.
 
Dan paling penting, siapa nak ingatkan mereka yang masa paling berharga ialah masa belajar? Masa untuk mereka menerokai potensi diri masing-masing, belajar tentang persahabatan, belajar mengenali dunia tanpa sebarang sempadan. Siapa nak ingatkan mereka yang masa belajar setiap kesilapan itu perlu untuk memahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri, dan kesilapan itu rahmat buat mereka? Siapa nak ingatkan mereka untuk merebut peluang beraktiviti semasa dalam universiti, sebab bila dah bekerja nanti sudah tiada masa dan peluang lagi? Dan lebih sedih, sebab masa bekerja nanti dah tak punya ramai kawan?
 
Sementara menunggu masanya saya menjadi pensyarah seperti itu, kilang koko inilah salah satu persinggahan saya. Dan saya berjanji, pelajar saya nanti akan tahu tentang cerita kilang koko ini; dan pelbagai cerita lain sepanjang pengalaman saya.














































No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter