16 September 2014

God works in Mysterious Ways

I always pray for miracles to happen my whole life. I’ve read it somewhere that once you pray, the prayer is answered in one of these three responses:
 
1- God will give you what you want
 
2- If God doesn’t grant it now, he will grant it in the future
 
3- Instead of giving you what you want, God gives you something better
 
A few days back, something came to my mind.
 
Masa undergrad dulu, I wished for a few things to happen. God did grant them all, albeit a few years short. So here goes all my wishes when I was younger; and seeing it only realised few years afterwards.
 
1- Nak 4 flat
 
Almost everyday I prayed for a 4 flat GPA when I was doing my first degree. Every time I finish my solat, I would pray for this. I wish for this for every semester, every year passing though sometimes I knew it well that I couldn’t make it. Kelakarnya, masa tu tak terfikir nak mintak first class degree. Ingat nak 4 flat je.
 
Then masa buat Master, baru dapat CGPA 4 flat. Yup, CGPA. Walaupun untuk Master CGPA tu dah tak begitu bermakna seperti masa degree, tapi rupanya doa tu Allah makbulkan jugak. After 5 years. Tapi itulah, walaupunCGPA 4.00 masa Master ni macam perhiasan je, tapi still 4 flat kan?
 
Fullscreen capture 16092014 123014
 
2- Nak belajar 4 tahun dekat U
 
Masa dulu, jealous sungguh tengok budak-budak course 4 tahun. Kami ni rasa sekejap sangat dekat U buat degree. Orang lain tengah baru nak berjinak-jinak dengan dunia remaja, kami yang buat degree 3 tahun ni dah pikul final year project atas bahu.
 
First year baru masuk, second year praktikal, final year buat thesis. Rasa sekejap sangat buat degree. Tak sampai terasa apa-apa dah habis. Tapi bila dah buat Master ni, tiba-tiba sebab technikal error, terpaksa extend sampai 4 tahun. Orang lain buat Master setahun dua tahun je, kita dah 3 tahun lebih tak grad2 lagi kan. Hurm be careful what you wish for kan orang putih kata?
 
Itulah dulu nak sangat duduk buat degree sampai 4 tahun dekat U. Sekarang dapat pun merasa rasanya buat Master degree 4 tahun. Walaupun rasanya macam ironik gila.
 
3- Nak buat fieldwork banyak-banyak
 
Masa undergrad dulu, senior semua cakap course kami ni best. Selalu keluar buat fieldtrip. Aktif sama tahap macam Rakan Muda. Pergi kampung orang Asli, pergi Cameron, pulau tu pulau ni. Dapat buat abseiling, flying fox. Camping bagai. Tapi masa kami, dapat fieldwork paling jauh dekat Sungai Congkak je. Itupun masa first sem. Lepas tu tak pernah-pernah ada fieldwork keluar UPM. Nama je alam sekitar. Bayangkan dalam 6 sem, sekali je pergi fieldwork. Belajar pasal alam sekitar dalam kelas je.
 
WP_001883
Gambar lepas meredah Sungai Chiling. Tak bawak baju mandi lepas tu kena redah sungai berkali-kali. Doktor Penyelia suruh pergi sehari sebelum fieldwork tak sempat prepare apa-apa 2onion16
 
Then bila buat Master inilah merasa semua pengalaman yang tak dirasa masa undergrad. Dapat masuk ladang kelapa sawit, pergi Pulau Pangkor, Royal Belum, Hutan Simpan Air Hitam, Sungai Chiling, Kuala Kangsar, Penang. Barulah merasa semuanya.
 
WP_001793
Atas boathouse dekat Tasik Temenggor, Pulau Banding.

Tapi untuk merasa semua pengalaman tu, terpaksa pulak sambung Master kan. Tak dapat direct masa degree. Tapi takpelah, janji dapat Ok la.
 
4- Nak kerja buat fieldwork
 
Daripada mula pilih UPU lagi, saya dah pilih course yang banyak hands on. Sains Marin, Geologi, Alam Sekitar, Biotech, Food tech. Sebab memang saya jenis tak boleh duduk diconfined dalam satu ruang untuk satu masa yang panjang. Bosan. Nak banyak keluar pergi masuk site *walaupun ramai mengejek – kau ni jenis suka kerja lasak ke? 3coolangry*
 
Sekarang bila dapat kerja asyik pergi fieldwork je tak kira masa, dah mula rasa betul ke pilihan yang aku buat ni? Yelah, pergi fieldwork sekarang ni kena angkut barang naik bas, ingat senang ke. Lepas tu nak pergi busstop pun terpaksa pulak mintak tolong orang, lepas tu spend duit banyak hujung bulan baru boleh claim.
 
Dan sebab sekarang fielwork asyik masuk kawasan sensitif je, asyik kena tukar baju yang bersesuaian.Kadang-kadang dalam tempoh sejam sampling, kena tukar baju dalam 6 kali. Tukar baju tu pulak bukan setakat tukar baju biasa, tapi baju yang betul-betul sterilized dan bersesuaian dengan keperluan tempat tu.
 
Bermaksud, kena bukak baju, then tukar baju siap dengan mask, sarung kaki, seluar, serkup kepala serba serbi. Lepas tu kena sterilized tangan dan peralatan dengan alkohol bagai. Kalau sekali sehari takpe, tapi kalau dah 6 kali sejam? Nak pitam rasanya 6onion72
 
411d456f035c4f109dd4486c6331ccd3
Gambar kerja dalam pakaian berbeza. *Awas: gambar mengandungi level vain yang tinggi!*
 
Nak kata kerja fieldwork ni lagi syok dari duduk office je, tu memang betul. Tapi kadang-kadang tu penat dia lain macam dan bertambah sakit hati kalau benda fieldwork tu ada something wrong yang berlaku dan kompeni salahkan kita *walaupun bukan salah kita*. Lepas tu terpaksa hadap je benda-benda awkward yang berlaku sebab kerja-kerja fieldwork ni semuanya ad hoc dan on the spot. Contohnya haritu saya pergi Ipoh jumpa dengan freelancer untuk satu sampling, dan malam tu dah kena tidur satu bilik hotel dengan dia. Tak ke awkward namanya yociexp361Dahlah bos marah tak bagi ambek 2 bilik *sebab ehem ehem save budget*
 
WP_002412
Tahu tak beratnya 3 luggage ni nak punggah naik bas bawak pergi sampling????
 
5- Nak buat engineering
 
Daripada sekolah, saya memang tak minat buat medic. Walaupun Abah pernah suggest, saya still tak berminat. Ramai orang kata saya patut buat medic, tapi saya rasa saya tak sesuai langsung belajar medic. So saya pun masuklah matrik.
 
Masa lepas matrik, bila tahu ramai kawan-kawan dekat matrik yang result tak berapa OK dapat buat engineering dekat U, wah jealous gila! Sebab masa tu saya memang tak minat engineering, tapi result saya layak untuk buat engineering. Cuma saya tak apply je sebab tak minat. Lagipun orang kata engineering susah banyak projek. Baik ambik course yang banyak pergi fieldwork kan?
 
Lepas tu dalam hati siap cakap “Eleh, aku pun bolehlah buat engineering! Cuma tak apply je!”
 
Sekarang bila kerja bertitle engineer, barulah sedar yang engineer ni hanyalah title. Saya buat degree sains, tapi kerja title engineer. Gaji pun sama gaji engineer. Jadi apa yang bezanya buat course engineering dengan buat course biasa kan?
 
 
WP_002406
I’m an engineer now baby! Come marry me! *Nota: Henset tu bukan kaler pink tahu!*
  
6- Nak kerja tak payah punch, dekat dengan tempat tinggal, tak payah pakai formal 
 
Masa roommate dapat kerja kena pakai baju kemeja dengan tie tiap hari walaupun dia engineer, terus saya gelakkan dia. Saya memang jenis tak suka pakai kemeja formal dengan kasut dengan tie, memang kalau tiap hari kena pakai, dalam sebulan dua saya rasa dah mintak berhenti kerja. Rimas, panas, tak selesa, malas nak gosok. Kalau kerja environment yang banyak fieldwork, buat apa pakai smart-smart kan. Lagi satu, saya nak kerja dekat dengan tempat tinggal. Masa buat part time dekat satu U swasta tu, ya ampun azab nak kena drive, tukar naik komuter, lepas tu tukar LRT pulak, lepas tu jalan kaki. Lepas Subuh dah kena gerak keluar kalau nak sampai on time. Yang ni kerja tahan 4 hari je.
 
Lepas tu masa kerja construction *sekejap*, kena punch card hari-hari rasa terkongkong gila. Siap ada staff yang gaduh pasal punch lagi. Yang ni tahan 5 hari je.
 
Jadi kerja sekarang ni, semua benda tu takde. Tak payah pakai kemeja, tak payah pakai kasut, takde punch, tempat kerja jalan kaki je dari tempat tinggal. Saya pergi kerja pakai selipar je, kasut tinggal dekat ofis. Hari-hari pakai t-shirt pun memang OK sebab kena dengan kesesuaian kerja. Rumah selang dua blok je dari tempat kerja.
 
Tapi yang azabnya hari Sabtu pulak kena kerja. Aduh. Nak cuti Sabtu pun kena amek unpaid leave tahu. Nak balik kampung, nak berjimba-jimba, kenduri kahwen semua tak dapat. Lepas tu sebab takde punch, memang boleh datang lambat. Tapi balik pun boleh balik lambat. Kadang-kadang bos pukul 5.30 time nak balik tu time tulah dia bagi kerja. Kadang tu pukul 4 baru start sampling. Dah tak boleh bilang dengan jari dah dalam tempoh bekerja ni berapa kali dah saya kena stay lebih 8 malam.
 
 
=====  
 
Sebenarnya kan, kita selalu fikir takdir tu selalu tak baik dekat kita. Orang lain lagi bertuah. Tapi kalau kita fikirkan, kalau benda tu dah ditakdirkan dan direzekikan untuk kita, macam mana jalannya kita akan dapat. Dah kalau 5 tahun ke, 10 tahun ke, tapi dah ditakdirkan benda tu milik kita, mesti takkan terlepasnya. Orang Melayu kan kata “takkan lari gunung dikejar.”
 
Jadi kalau rasa-rasa kita ada impian yang tak terlaksana masa sekarang, ingatlah yang mungkin Allah akan bagi benda tu kemudian, cuma dalam bentuk yang berbeza. Kadang tu benda yang kita nak sangat tu kita dapat, tapi bila dah dapat, baru kita sedar benda tu bukan benda yang kita perlukan. Ironik kan? Jadi kawan-kawan, marilah kita doakan Allah bagi yang terbaik buat kita. Yang baik di mata kita, mungkin sebenarnya tak baik untuk kita.
 
So that’s all now peeps. May we all learn something from this. Salam and good day!

3 comments:
Write curses
  1. I can't stop laughing until this post end! Good job! So when you write one serious short story? I want you to send it one to the main stream!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teko! thanks for the comment! but i wasn't intended to make this funny! hahaha. guess i'm a natural funny person ;)

      oh i'm working on few short stories now. we should meet up someday!

      Delete
  2. I read your post on fstep interview and decided to stalk further..ahahahaa.. just wanted to know where did you finally end up working.. Well good things come to those who wait and indeed, Allah is the best of planners.. :))

    Btw, nice entry.. Ignited some hopes in me..

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter