All Praise To Allah;
Whom I bear witness of His Oneness; and to Whom I owe everythingTo Muhammad;The love of my life.To my parents, Syed Sagoff bin Syed Sidrus and Nor Azani binti Sulaiman. The most patient, the most loving.This one is for you.
Katanya kalau dekat belah Barat macam UK, motivasi nak menghabiskan pengajian kurang sebab hidupnya selesa. Pernah jugak; ceritanya, ada temannya gagal mendapatkan PhD selepas viva, tapi diturunkan kepada Master of Philosophy.
“Dekat Jepun lain. Asalkan kita publish paper, insyaAllah akan dapat PhD. Malah supervisor kita pun kena viva untuk kita. Dia pun ada viva dia sendiri lepas kita viva; dia kena defend kita punya thesis depan examiner.”
Pesan Doktor Penyelia lagi, ambillah skim Tenaga Akademik Muda UiTM, sebab katanya, dalam banyak-banyak IPTA, renumeration package UiTM untuk lecturer paling lumayan.
Malam tu pulanglah saya semula ke JB dengan perasaan bahagia. Yup3, bahagia sebab 1- dah dapat jumpa semua orang yang dirindui dekat UPM, 2- sebab thesis dah hantar! Walaupun kembali semula ke JB untuk bekerja *huuuuu*
So saya agak perasaan gembira ni akan berlarutan untuk beberapa minggu atau at least beberapa hari la. Bolehlah menggunakan perasaan gembira ni sebagai motivasi untuk mengharungi alam pekerjaan yang sungguh menduga.
Bila balik semula JB, bila dinilai-nilaikan balik rasa bersyukurnya pada Allah sebab dikurniakan rezeki menghantar thesis ni, dan especially, bersyukur sebab ramai orang yang sayang.
Rupa-rupanya kan, I don’t know about other people, tapi for me, memang tak mampu nak siapkan sorang-sorang thesis ni.
Bahagian GIS, mintak tolong Hafifi buatkan. Bahagian data analysis mintak Epul tolong tengokkan. Masa print thesis dan berurusan dengan SGS Yiing Chiee yang guide. Belum lagi bahagian fieldwork, lab analysis. Mintak tolong kawan teman-temankan sampai malam. Seriously lah kata, thesis is more like a teamwork. Hasilnya individu, tapi sebenarnya banyak tangan lain yang bersama menzahirkan satu thesis tu. And for that, I am thankful.
Dan terpenting sekali, keluarga yang menyokong dari jauh. Mak dengan abah yang sanggup berkorban apa-apa sebab anak teruna dia nak sambung pengajian taknak kerja lagi. Sanggup setiap kali kita keputusan duit, bila kita mintak je duit mesti ada walaupun mungkin mereka dekat kampung dah berpatah arang. Bila takde duit nak bayar yuran, tiba-tiba je Mak dengan Abah ada duit tolong sponsor. Itulah kasih sayang ibu bapa *sobs3* Tidak dilupakan juga abang saya yang support financially tiap kali sampai tahap dah pecah2 tabung takde satu sen yang keluar.
Malam tu saya berseorangan dalam rumah sewa. Teringatlah peristiwa daripada mula enroll Master sampai sekarang. Sejak tahun 2011 sampai 2014. Memang seriously ingat lagi masuk Master dengan otak kosong lepas habis degree, hanya dengan sedikit pengalaman buat final year project.
Tapi gamble selamba. Apa-apa jadi jadilah, sebab demi sekeping ijazah sarjana saya sanggup langgar waima tembok besar China sekalipun *hiperbola peringkat agung*
Bila pandang laptop, wahahaha. Laptop yang sama berbakti, dah dua thesis dia bersama saya *dah rasa macam seorang kawan manusia pulak* Rasa nostalgia menebal-nebal. Belum lagi masuk bab kawan-kawan yang daripada serapat-rapatnya sekarang dah serenggang-renggangya. Masing-masing berpecah menongkah haluan sendiri. Rindu memang rindu.
Tapi kan, kepayahan saya sambung Master tak sama macam kawan-kawan lain. Ada yang masa buat Master kematian ayah, laptop kena curi sekali dengan pendrive backup project, laptop rosak dengan projek sekali tak boleh retrieve,
Bila bekerja, perasaannya takkan sama masa belajar. Belajar bila buat silap, kita boleh perbaiki. Kerja, bila buat silap, alamatnya tak bahagialah kerja sampai sudah.
Begitulah ceritanya sedikit sebanyak perkongsian tentang saya menghantar thesis Master di UPM. Andai kata terhibur, semuanya datang dari Allah. Jika ada pengetahuan baru daripada perkongsian ini, datangnya juga dari Allah. Kalau ada benda yang buruk, datangnya pun dari Allah tapi atas kelemahan saya.
So that’s all peeps. Semoga beroleh manfaat bersama! Renung-renungkan dan selamat beramal!
No comments:
Write curses